Kebun Warisan's Followers

Sunday, April 18, 2010

Hilangkan Kedut Dengan Masker Pisang

Hilangkan Kedut Dengan Masker Pisang

Pisang adalah antara buah-buahan tempatan yang mudah didapati. Ianya tidak bermusim malahan harganya yang lebih murah daripada buah-buahan yang lain menjadikan pisang buah tempatan yang paling digemari. Tahukan anda bahawa pisang begitu kaya dengan potassium? Pisang bukan sahaja baik untuk kesihatan malah ianya juga boleh membantu mengurang dan mencegah timbulnya kedutan di wajah akibat penuaan. Bagaimana? Begini caranya.

Hancurkan sebiji buah pisang sehingga ianya lembut dan meyerupai krim. Cara mudah untuk proses ini adalah menggunakan pengisar(blender). Setelah itu, sapukan wajah anda dengan krim pisang berkenaan. Pastikan anda menyapunya secara serata di bahagian wajah dan juga leher. Biarkan selama 10 – 15 minit. Bilas wajah anda dengan air suam dan kemudian bilas sekali lagi dengan air biasa.

Masker pisang ini elok dilakukan seminggu sekali dan anda akan merasai perbezaannya. Cubalah anti-kedut masker pisang ini. Natural dan bebas dari bahan kimia.

Selamat mencuba!



InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&Agrotourism
Sekadar Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:http://www.tipsdanpetua.com/hilangkan-kedut-dengan-masker-pisang/

SALAM HORMAT.SELAMAT MAJU JAYA
KebunWarisan
http://jutawanklik.com/?a_aid=kebunklik

1 comment:

Anonymous said...

salam, boleh saya tanya pisang ape? Maksud saya pisang berangan, mas, tanduk, awak ke....sebab pisang ada pelbagai jenis pisang...terima kasih bg info yang berfaedah ini...