Kebun Warisan's Followers

Saturday, February 28, 2009

‘Karnival Halal’ in Penang, Terengganu and Melaka

Johor Biotechnlogy & Biodeversity Corporation
Block 2, UTM-MTDC Innovation Centre,
Technology Park, 81300 Skudai,
Johor

Dear Sir/Madam,

Re: ‘Karnival Halal’ in Penang, Terengganu and Melaka

The Islamic Dakwah Foundation Malaysia (YADIM) and the Ministry of Entrepreneur & Cooperative Development (MECD) is jointly organising ‘Karnival Halal’ which will be held in three states:

 Penang
27 - 28 Feb, 1 March 2009 @ Dewan Millenium, Kepala Batas, Seberang Prai Utara

 Terengganu
13 - 15 March 2009 @ Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu

 Melaka
03 - 05 April 2009 @ MITC (Melaka International Trade Centre), Melaka

This exhibition will be open to the public for 3 days at each venue, from 10am to 7pm.

You should take part in ‘Karnival Halal’:
 To boost the local halal industry
 To reach your consumers personally & effectively
 To introduce & promote your halal products
 To further enhance your brand name/s in the market
 To penetrate new markets especially interstate
 To educate consumers on your halal products

Value-added activities
You have the opportunity to market your product/s through conducting demos, food & product sampling and presentations.

Advertising & Promotion
This ‘Karnival Halal’ is advertised and promoted aggressively through television, radio, newspaper/ magazines, banners, posters, leaflets & flyers and SMS. Thus, you can expect a large turnout of visitors & potential buyers.


Cost of Participation
If you are a business/company which provides or produces halal-certified products and services (food & beverage, health care products, herbals, pharmaceuticals, raw food material, frozen foods, confectionery, poultry, meat & dairy, non-food halal products and more), you are cordially invited to participate in this event.

1 booth (3m x 3m) : RM 2,000.00 ( 3 days )

Come, join in the ‘Karnival Halal’ now and increase your sales!

For further inquiries please contact:

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia,
Level 5, Lot 10,
Jalan Rahmat, Off Jalan Ipoh,
50350 Kuala Lumpur
T : 03.4043.7826 / 7812 | F : 03.4043.7835

 En. Abdullah Ali 017.619.5521
 Cik Nurul Ain 012.398.2463
 Khairul Rijal Mohd Dahlan 019.223.2641


We look forward to seeing you at ‘Karnival Halal’.



Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:

Kursus Asas Fertigasi Cili Padi / Api / Burung / Cabai / Kampung

Kursus Asas Fertigasi Cili Padi / Api / Burung / Cabai / Kampung (Untuk Sistem Tanpa Rumah Pelindung Hujan \ Terbuka):

Kursus Asas Fertigasi Cili Padi Skala R & D Kami - 4 Tapak antara 100 - 700 Pokok
Modul 1 – Pengenalan Dan Praktikal Pemasangan Sistem Fertigasi RM150 (Sesi Pagi)
Modul 2 – Pendedahan Teknik Tanaman Fertigasi Cili Padi RM200 (Sesi Petang)
Pakej Module 1 dan 2 RM350 (daftar awal RM300 7 hari lebih awal)
Peserta Module 1 – Maksima 10 Orang
Peserta Module 1 + Modul 2 – Maksima 15 Orang
Lokasi – Bagan Lalang, Daerah Sepang, Selangor Tarikh Cadangan Sesi Pertama Ahad 5 April 2009 Pendaftaran akan dibuka pada 19 Mac 2009
emel kepada:
miniago@gmail.com
(sms line 017-3308003)


- Pengenalan Sistem Pengairan Titis Dan Fertigasi
- Mengenal Komponen Dan Peralatan Pengairan Titis Dan Fertigasi Secara Lebih Dekat
- Asas Rekabentuk Dan Pemasangan Sistem (Tangki Air \ Pam \ Timer \ Valve \ Poly Paip 32mm \ 50mm \ 16mm \ Nipple \ Micro Tube \ Dripper)
- Pendedahan tapak Percubaan (R & D) - Pendedahan Pelbagai Jenis Layout Paip Utama dan 16mm
- Pendedahan Pelbagai Jenis Dripper Standard
- Asas Cara Menentukan Kuasa Pam dan Saiz Paip Utama
- Penggunaan Silver Shine Dan Batu-Bata
- Cara Mengukur Jumlah Air
- Cara Program Timer Dan Alternatif
- Media Semaian Dan Bekas Semaian
- Media Tanaman Dan Polibeg
- Asas Keselamatan Elektrik dan Racun
- Cara Menyemai Dan Penjagaan Benih
- Mengubah Anak Benih
- Mengenal Asas Baja \ Jenis Bahan Baja, Formulasi Baja A Dan B Standard \Tong Baja \ Jadual Kepekatan Baja Mengikut Umur Tanaman Cili
- Asas Jenis Penyakit Cili Dan Penggunaan Racun
- Mencantas
- Teknik Pancang

-- Perbincangan Isu-Isu Cili Fertigasi
---- Felksibiliti
---- Asas Mengenal Pasaran Dan Permintaan Tempatan
---- Buat Ladang Secara Percubaan vs Besar-Besaran?
---- DIY Atau Upah, Atau DIY + Upah?
---- Pengiraan Bajet Asas
---- Pengenalan Asas Aliran Tunai
---- Cara Belajar Yang Baik

------- Lokasi Kursus Pertama Di Daerah Sepang, Selangor


Keterangan Lanjut Hubungi:
chullenmn@gmail.com

-------- Lokasi Kursus Kedua di Batu Kikir, Negeri Sembilan


miniagro@gmail.com

Kambing Aqiqah ex-Batang Kali Dan ex-Mentakab Harga Anggaran RM650 - RM700 Penghantaran Boleh Diuruskan (bagi Lembah Klang dan kawasan liputan sahaja)

Juga Anak Ikan KELAH Untuk Dijual

Keterangan Lanjut Hubungi:

chullenmn@gmail.com


Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:

Saturday, February 21, 2009

TAUGE

TAUGE

Pendahuluan:

Tauge merupakan sejenis makanan daripada percambahan kekacang atau bean sprout sama ada daripada kacang hijau (vigna radiata) atau kacang hitam (vigna mungo) yang diimport dari Thailand atau Cina. Kajian menunjukkan penghasilan tauge merupakan satu bidang usaha yang berdaya maju. Faktor-faktor yang mempengaruhi penghasilan tauge perlu diberi pengamalan dan dilihat pada setiap peringkat proses pengeluaran.

Kaedah dan Pemerhatian:

Walaupun proses penghasilan tauge nampak mudah, hampir setiap peringkat pemprosesan mempunyai kesan kepada penghasilan. Pemilihan lokasi yang betul dari segi sumber air dan luang pasaran adalah untuk memastikan projek yang berterusan. Bahan mentah terutama benih kacang mestilah bernas dan bersaiz besar bagi mendapatkan hasil yang baik dan diperolehi secara berterusan dengan harga yang berpatutan.

Aktiviti mengasing dan membasuh perlu dibuat dengan teliti sebelum kacang direndam. Tempoh rendaman 6-8 jam dengan larutan hormon pembesaran Sontoso sudah memadai dan menggaul dengan Siako (selepas mengetos) sebelum peringkat mencambah, boleh memberikan hasil yang paling tinggi di mana 11 kg. benih menghasilkan 8.7 kg. tauge dan keperluan air siraman menjadi lebih rendah dibandingkan dengan hanya menggunakan hormon. Untuk percambahan, penggunaan tong-tong plastik yang telah digunakan atau recycle container yang tebal dan tidak lut cahaya lebih baik kerana ia tahan lasak dan memberi lindungan yang secukupnya pada tauge untuk bercambah.

Proses Pengeluaran Tauge

Menyediakan persekitaran dan lokasi
|
Mendapatkan bahan mentah (kacang hijau / kacang hitam)
|
Mengasingkan benih (benda asing, kacang rosak, batu dan sampah)
|
Membasuh (hingga kacang benar-benar bersih)
|
Merendam (6-8 jam menggunakan larutan hormon jika mahu, 1.5% Sontoso)
|
Mengetos (digaul dengan 1% Siako)
|
Mencambah (4-6 hari dalam bilik yang gelap dan suhu rendah serta tong bersesuaian)
|
Menyiram (2-4 jam sekali)
|
Mengasingkan kulit
|
Membungkus
|
Menjual

Pertambahan jarak masa siraman dan pemberhentian siraman selepas tengah malam boleh menyebabkan hasil tauge rendah. Pemerhatian yang dijalankan di PKT Serdang menunjukkan jarak antara siraman 3 dan 4 jam memberikan hasil tauge 6.4 kg dan 5.3 kg berbandingan dengan 8.7 kg. tauge pada jarak masa siraman 2 jam.

Tauge yang telah matang boleh diasingkan dari kulitnya dengan mudah dan tauge yang dituai hendaklah terus ditoskan selama satu hari sebelum dibungkus supaya kering kerana tauge lebih tahan dijual secara kering. Tauge yang hendak dijual hendaklah dipastikan supaya sampai kepada pengguna dalam keadaan segar.

PENGHASILAN TAUGE CARA AUTOMATIK
Sumber: Dipetik dari Akhbar Tani Bil. 1/2001

Dalam pengeluaran tauge, antara masalah yang dihadapi ialah ketidak seragaman waktu penyiraman, isipadu air siraman yang tidak konsisten, kegagalan menyiram pada waktu malam, penggunaan buruh yang intensif, hasil tidak konsisten, tempoh pengeluaran yang lebih panjang dan pengasingan kulit biji daripada tauge. Hasil tauge kurang berkualiti iaitu tauge yang halus, akar panjang, akar pendek, kulit atau testa terlekat pada tauge dan tidak tahan disimpan lama. Kualiti tauge yang dikeluarkan secara manual berubah kerana suhu dalam tong percambahan tidak menentu. Suhu dipengaruhi oleh kekerapan siraman dan kuantiti air.

Bagi memudahkan kerja menyiram tauge serta meningkatkan hasil dan kualiti tauge, sekumpulan pegawai yang diketuai oleh Encik Amat Khri bin Mardi, Penolong Pegawai Pertanian Kanan dari Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor telah merekacipta Set Pengeluaran Tauge Automatik (SepTA) yang membolehkan siraman dijalankan secara automatik dengan kos sebanyak RM500.00.

Sistem Pengairan

SepTA terdiri daripada tiga (3) komponen asas iaitu sistem pengairan, pelaras masa Galcon (timer) dan tong penanaman. Sistem pengairan ini digunakan bagi memudahkan kerja siraman air secara berjadual dan kuantiti air siraman yang sekata dapat dilakukan secara automatis. Secara umumnya, bahagian dan peralatan bagi sistem ini ialah PVC tubing, injap kawalan (control valves) dan nozel kabus. Punca air diperolehi daripada paip air rumah.

Setiap unit asas sistem ini mengandungi empat (4) cabang aliran air keluar di mana setiap satunya mempunyai injap kawalan. Empat aliran air keluar diselaraskan dengan tempoh pengeluaran tauge di dalam tong percambahan iaitu selama 4 hari. Susunan boleh diubahsuai tetapi untuk pengeluaran berterusan (harian) mesti mempunyai 4 arah aliran air keluar.

Nozel yang digunakan ialah jenis 'spray jet' dan bersambung kepada 'rigid riser'. Pada tekanan 10-15 psi, nozel ini menghasilkan semburan berbentuk kabus (mist) dan menyiram air dengan kadar 50 liter/jam. Nozel jenis ini amat sesuai untuk siraman tauge kerana siramannya sekata, kadar aliran yang tetap dan isipadu siraman yang rendah. Siraman selama 5 minit dengan kekerapan 90 minit sekali, selama 4 hari hanya menggunakan sebanyak 270 liter air sahaja.

Pelarasan Masa Galcon (Timer)

Pelaras masa (Timer) jenis Galcon ialah alat yang mengawal masa bagi membolehkan sistem pengairan dapat membuat siraman secara automatik. Dengan berbekal kuasa dua biji bateri 9V, pelaras masa Galcon mempunyai kawalan masa minimum sehingga 5 minit. Jangka hayat minimum bateri ialah 15 bulan. Kuasa bateri hanya diperlukan untuk membuka 'solonoid valve' sahaja. Penutupan semula berlaku dengan tolakan spring. Alat kawalan ini amat mudah digunakan. Hanya 2 pelarasan sahaja perlu dibuat iaitu tempoh siraman dan kekerapan siraman.

Tong Penanaman

Tong yang digunakan ialah tong plastik berwarna hitam berukuran 30 liter dengan ketinggian 60 cm (seperti tong sampah). Bahagian penutup tong ditebuk untuk memasukkan nozel penyembur. Bahagian bawah tong, dibuat 20-30 lubang bergaris pusat 4-5 mm. Lubang ini bertujuan mengalir air siraman keluar. Tong yang digunakan mesti berwarna hitam kerana keadaan gelap dalam tong diperlukan untuk percambahan tauge.Dengan tong ini, kuantiti benih kacang yang boleh dimasukkan ialah 1.5 - 2.0 kg dan kapasiti pengeluaran tauge ialah 10 - 15 kg setiap tong. (Setiap 1 kg. benih kacang boleh menghasilkan 7-9 kg. tauge).

Operasi SePTA

Secara ringkasnya, operasi SePTA adalah seperti berikut:-

Sambungkan sistem pengairan SePTA kepada paip bekalan air rumah.

Laraskan kekerapan dan ulang siraman (watering time No. 1, waterring cycle No. 2 (maksudnya: Siraman selama 5 minit setiap 90 minit).

Pasangkan 2 biji bateri 9V

Tekan butang operasi (di bahagian bawah 'timer')

Pastikan penunjuk kawalan berada di tengah (auto)

Siraman berlaku mengikut pelarasan (tempoh menyiram: 5 minit setiap 2.0 kg. kacang)

Set model pengeluaran tauge automatik memudahkan pengeluaran taugeh secara komersil, murah dan menguntungkan. Penggunaan alat pelaras masa Galcon mengurangkan penggunaan air untuk siraman. Dengan rekacipta SePTA, penjimatan masa dilihat daripada aspek menyiram air, membersihkan tauge daripada kulit benih dan pusingan pengeluaran.

Perhatian !
Alat ini telah dicipta oleh sekumpulan pegawai yang diketuai oleh Encik Ahmat Khir bin Mardi, Penolong Pegawai Pertanian Kanan, Institut Pertanian Ayer Hitam Johor pada bulan April 1999 dengan kos (bahan dan upah penyediaan) sebanyak RM500.00 seunit.


Hasil Meningkat

Inovasi SePTA berjaya meningkatkan hasil tauge daripada 6 kg purata kepada 9 kg. purata bagi setiap kilogram benih kacang, iaitu peningkatan sebanyak 3 kg. atau 50%.

Kepuasan Hati Pelanggan

Selain daripada aspek pengurangkan kos, penjimatan masa dan peningkatan hasil, rekacipta SePTA sebagai teknologi tinggi, modal yang rendah, kos operasi yang rendah serta mudah dikendalikan. Pengeluaran tauge boleh dikawal berdasarkan permintaan pasaran. Inovasi yang diperkenalkan ini menyebabkan pengusaha dapat menjimatkan masa yang amat banyak untuk kerja-kerja penyiraman. Pengusaha juga tidak terikat dengan waktu atau kekerapan siraman berbanding secara manual.

Kapasiti Pengeluaran Boleh Ditingkatkan

Pengeluaran boleh ditingkatkan sehingga mencapai 60-160 kg. tauge sehari dengan menambah bilangan saiz tong yang sama atau menukar saiz tong yang lebih besar. Penukaran saiz tong adalah dari segi garispusatnya. Ketinggian optimum yang disyorkan tidak melebihi 80 tan.

Tempoh Pulangan Modal Yang Singkat

Dengan SePTA, pengusaha boleh mendapat kembali modal yang dilaburkan dalam tempoh yang singkat iaitu dalam tempoh 2 tahun atau dengan menanam 100 kg benih kacang.

Kualiti Hasil Yang Tinggi dan Konsisten

Kualiti tauge yang dihasilkan oleh SePTA lebih tinggi serta konsisten, iaitu tauge yang gemuk, putih dan berakar pendek serta tahan disimpan. Keberkesanan SePTA telah mendapat pengiktirafan Jabatan Pertanian apabila inovasi ini memenangani Anugerah Inovasi Jabatan Pertanian 2000. Inovasi ini juga diterima sebagai salah satu teknologi yang akan disebarkan kepada para petani untuk diterima pakai.


Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik: Teknotani Januari-April 2000

Wednesday, February 4, 2009

NAS USAHA MAJU:TERNAKAN CACING

nas usaha maju enterprise

TernakCacing merupakan satu portal di mana pengguna boleh mendapatkan maklumat secara ringkas tentang penternakan cacing samada secara persendirian ataupun ternakan secara berkumpulan yang ditawarkan oleh syarikat kami .

Syarikat kami juga menjalankan menternak secara berkumpulan. Sistem yang di guna pakai memberi jaminan kepada penternak.Penternak yang telah membeli cacing induk dengan syarikat kami secara langsung telah menjadi rangkaian penternak berkumpulan kami.

Menjadi ahli kumpulan penternak dengan rangkaian kami amat menguntungkan,yang mana setiap penternak dapat saling membantu satu sama lain.kiraan pembiakan cacing.sekilo baka cacing boleh membiak 10 kg dalam masa 6 bulan.Kami membeli balik cacing yang cukup matang dengan harga RM300 kg.dengan 1 kg baka cacing boleh mendapat RM3000.00 dalam 6 bulan. Kalau byk membiak kan baka cacing? Byk lah hasil nya,,Hari ini mula ternak..!

Esok dah untung…!!caranya penternak yg masih belum mengeluarkan hasil ternakan pun akan mendapat keuntungan bersama.Bagaimana caranya? Penternak boleh mengajak lebih ramai orang malayu turut serta dalam menternak cacing.setiap kg cacing yg di beli oleh penternak baru,mereka akan mendapat RM100/= untuk upah mencari rakan baru penternak Jikalau lebih banyak KG yang dibeli banyak lah upah nya dapat.Kiraan baja. 1 kg baka cacing di ternak dan 1 kg makanan sehari dan ia akan menghasilkan baja 1 kg sehari, kalau sebulan 30 kg baja di hasilkan, 1 kg harga baja di pasaran dijual RM4.00. kalau 30 kg dah jadi RM120. kalau byk cacing di bela…! Byk lah hasil baja nya.. ,jikalau ada rakan rakan penternak yang dapat pasaran baja.penternak dalam rangkaian akan di utamakan menjualkan hasil baja nya pada rakan yang dapat pasaran,Dengan system rangkaian berkumpulan begini dapat membantu ahli ahli kumpulan menternak dan memasarkan cacing serta baja,

Kiraan menternak dan hasil nya,
2 kg baka cacing dalam 6 bulan 20kg x RM 300.00 = RM 6000,00 x 2 =
RM 12000.00 setahun.
RM 6000 bahagi 6 bulan = RM 1000 sebulan dapat.
60 kg baja terhasil sbulan x RM 4.00 = RM 240.00 x 6 bulan RM 1440.00 x 2
RM 2880.00 setahun.

Lebih banyak baka cacing di ternak…! Lebih banyak untung nya dapat..
Kami menyediakan pakej-pakej menarik untuk anda menyertai kami dengan memperolehi pendapatan Lumayan hanya menternak cacing secara sambilan di rumah.Kami memberi tunjuk ajar serta bimbingan praktikal secara percuma.Hanya dengan menyertai pakej kami, anda akan dapat menjana pendapatan tambahan.Anda tidak perlu menghadiri sebarang kursus atau seminar berkaitan ternakan cacing.Anda akan dibimbing dari dari peringkat awal hingga menuai hasil.Pakej kami telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan sejak kami lancarkan bulan 8 lalu.Telah ramai bakal usahawan cacing telah memulakannya.Anda tidak perlu risau tempat nak ternak!! Di kawasan rumah pun boleh,di belakang rumah,depan rumah,di dalam bilik pun boleh,rumah flat pun boleh menternak…dengan perkakas ternak yg di sediakan oleh syarikat kami dengan pembelian harga pakej.,Anda harus mengambil peluang ini."Jika anda ingin memperolehi kejayaan dalam sesuatu bidang,anda harus belajar dari mereka yang telah berjaya dalam bidang tersebut"Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila hubungi kami:

NAS USAHA MAJU ENTERPRISE
H/p : 016- 9848800 /016-9977203 /012-2600910


Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik: