Kebun Warisan's Followers

Wednesday, March 26, 2008

Pembekal Cacing (Redworm)

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:forum usahawantani

saya supply induk cacing kepada yg ingin menternak cacing kompos.harga RM300/sekilo .
boleh email saya : tahir_biz@yahoo.com

Saturday, March 22, 2008

Panduan Penanaman Jagung

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:Harizamry's

Secara Ringkas Proses Penanaman Jagung.

Pemilihan Kawasan
- Pilih kawasan yang berhampiran dengan sumber air dan juga mudah dibuang air jika hujan berlebihan.
- Kawasan janganlah berhampiran dengan makhluk perosak seperti kera, lotong atau beruk yang sukar untuk dikawal. Jika lembu atau kambing boleh dipagar.
- Jangan pilih kawasan yang bertanah liat atau berbatu. Seelok-eloknya tanah bukit atau kebun atau sawah terbiar atau sawah yang ditanam padi semusim sekali.
- Berhanpiran dengan jalan bagi memudahkan untuk mengangkut keluar jagung.


Pemilihan Benih
- Jenis jagung yang hendak ditanam mestilah mendapat permintaan di pasaran. Antara jenis yang popular ditanam ialah:
a. jagung manis (mas madu),
b. jagung taiwán (permintaan paling tinggi) – perlu racun selalu sebab ulat pun suka hinggakan batang pun dimakan ulan sebab rasanya sangay manis,
c. jagung korea – kini ditanam oleh kebanyakan petani. Bijinya kecil sedikit berbanding jagung lain.
d. Jagung hybrid 338 – benih yang terbaru dan dikatakan tongkolnya lebih besar dan panjang sehasta (dari siku ke hujung jari).


Bantuan Jabatan Pertanian
- Sebaiknya berurusanlah dengan Jabatan Pertanian untuk mendapat khidmat nasihat dan juga bantuan seperti baja, racun dan juga pembajakan (jika ada).
- Ataupun cuba cari pihak yang boleh memberi kredit dan membayar apabila hasil sudah dapat dijual. Misalnya kedai yang boleh memberi baja, racun, dan juga vitamin secara kredit.
Anggaran pulangan dan kos bagi kawasan seluas 1 ekar (1 relong setengah).
Sebelum nak menceburi dalam bidang tanaman jagung pastinya perlu tahu secara kasar kos dan juga pulangan. Sebagai contoh diberikan kos dan pulangan bagi tanaman jagung seluas satu ekar ( 1 relong setengah).

Bagi kawasan seluas satu ekar boleh ditanam sebanyak 16 ribu pokok jagung dengan anggaran pengeluaran jagung Gred A sebanyak 10 ribu tongkol (purata 35sen setongkol), Gred B sebanyak 5 ribu tongkol (20sen setongkol) dan selebihnya gred C. Jadi, anggaran kasar pendapatan ialah = RM4,500 untuk semusim iaitu dalam masa 2 bulan setengah (65 – 70 hari).
Jagung Gred A = 10 ribu tongkol x harga borong (35sen) = RM3,500
Jagung Gred B = 5 ribu tongkol x harga borong (20sen) = RM1,000
Jagung Gred C = 1 ribu tongkol – tiada harga
Jumlah = RM4,500
Kos yang terlibat ialah:
Benih 3 beg x RM50 = RM150
Traktor = RM100 (membajak dan buat batas)
Baja = RM250 (baja campuran, tahi ayam, baja garam, vitamin)
Racun = RM150 (racun rumput, racun ulat)
Sewa tanah (jika ada) = RM150 (seekar)
Kos buruh = RM200 (jika perlu)
Jumlah kos = RM1,000

Ini adalah kiraan kasar sahaja sekiranya kos sewa tanah, kos buruh dan baja dapat dijimatkan maka kos akan berkurangan. Sekiranya hujan berkurangan mungkin perlu pam air dan ini akan meningkatkan kos juga.

Pendapatan untuk semusim ialah: Pendapatan Kasar - Kos
Pendapatan Kasar = RM4,500
Kos = RM1,000
Pendapatan Bersih = RM3,500
Dalam setahun jika dibahagikan kepada setiap 3 bulan maka boleh ditanam jagung 4 kali/musim. Ertinya pendapatan bersih setahun ialah 4musim x RM3,500 = RM15,000. Terdapat lagi pendapatan sampingan iaitu memproses batang jagung menjadi makanan lembu/kambing (silaj). Akan dibincangkan kemudian.

Pada musim kedua kos traktor dapat dijimatkan kerana tidak perlu dibajak. Ini adalah kerana batas yang sedia ada masih boleh digunakan.
Proses Kerja
- Terangkan kawasan dan racun rumput jika perlu.
- Membajak dan juga membuat batas menggunakan traktor.
- Menyemai benih jagung di dalam tray.
Ini adalah contoh tray yang digunakan untuk menyemai benih jagung ataupun apa-apa tanaman yang sesuai.
Kos satu tray ialah RM2 dan mempunyai 107 lubang. Setiap lubang disemai 2 biji benih menjadikan jumlah pokok ialah sebanyak 214 pokok setiap tray.
Kos satu tray ialah RM2 dan mempunyai 107 lubang. Setiap lubang disemai 2 biji benih menjadikan jumlah pokok ialah sebanyak 214 pokok setiap tray.
Gunakan tanah hitam untuk semaian. Lepas disemai jangan disiram sebaliknya tutup dengan plastik atau tikar untuk 2 malam ditempat yang berbumbung bagi mengelak terkena hujan. Boleh ditindan antara try. Lepas dua hari pindahkan ke kawasan lapang dan tidak berbumbung serta siram sedikit sahaja.
Anak jagung akan mula tumbuh pada hari ke tiga, siram setiap hari.
Apabila anak jagung berusia 5 hari, perlu racun rumput di batas yang telah dibuat supaya bila jagung dipindahkan ke batas, rumput sudah tiada.
Bila anak jagung berusia 8 – 10 hari pindahkan ke batas tanaman.
Batas Jagung
- Lebar batas jagung lebih kurang 3 kaki dan ditanam 2 baris dalam satu batas. Jarak antara baris ialah 1 kaki dan jarak antara pokok dalam barisan ialah 18 – 20 inci. Jarak antara pokok dengan tepi batas lebih kurang 6 inci. Lihat pada ilustrasi gambar di bawah.

Pembajaan awalan.
Selepas seminggu anak jagung ditanam dibatas, perlu diberi baja awalan – iaitu kita meletak beberapa biji baja ditepi perdu pokok jagung. Pastikan baja tersebut tidak kena batang jagung kerana ia akan reput. Caranya buat lubang sedikit ditepi pokok jagung dan masukkan baja ke dalam lubang tersebut.

Pembajaan seterusnya
1 – 2 minggu selepas pembajaan awalan dan menampakkan pokok jagung sudah menghijau dan ketinggiannya hamper satu kaki maka kita perlu berikan baja tambahan.
Kebiasaan yang dilakukan ialah campuran baja tahi ayam yang diproses, baja campuran NPK (jika ada baja padi lagi bagus), dan baja garam. Semua baja itu digaulkan dan diletakkan dalam lubang ditengah-tengah pokok.

Korek lubang ditengah-tengah empat pokok (lihat kotak berwarna hijau dalam gambar di atas. Kemudian masukkan 1 – 2 genggam baja ke dalam lubang kemudian timbus.
Selepas selesai bubuh baja, pokok jagung perlu ditimbus perdunya untuk menguatkan sokongan pokok supaya tidak tumbang ditiup angin. Tanah ditepi batas dicangkul dan diletakkan ditepi perlu pokok.

Apabila pokok sudah berusia sebulan, baja tambahan mungkin perlu diberikan seperti baja urea ataupun baja garam.

Sekiranya pokok berkeadaan subur dan tembun maka baja tambahan tidak perlu diberikan.
Pastikan kawasan jagung tidak ditakungi air kerana ini akan menyebabkan pokok terbantut pertumbuhannya dan menjadi kuning.

Sekiranya kekurangan air (musim panas) dan sukar untuk mendapat air maka perlu berusaha untuk dapatkan air. Sekurang-kurangnya jangan sampai daun bergulung (maksudnya sudah kekeringan air). Jika ini berlaku akan menyebabkan pertumbuhan terbantut.

Baja vitamin (cecair) boleh juga disembur pada pokok jika didapati pokok kurang baja atau sekadar nak tambah kesuburan.

Jika tanam jagung jenis korea - pokok akan mengeluarkan tunas di bahagian perdu dan itu tandanya pokok dalam keadaan subur. Tunas tersebut perlu dibuangkan. Jika ada bela lembu boleh berikan tunas itu kepada lembu.


Meracun
Meracun hanya perlu dilakukan sekiranya terdapatnya ulat yang memakan daun atau pucuk jagung. Mungkin seminggu sekali perlu meracun dan ianya bergantung kepada tahap serangan ulat.

Penjagaan tongkol jagung
Apabila umur jagung sudah mamasuki 50 hari ke atas, pucuk jagung akan menjadi bulat tandanya bunga jagung akan keluar. Selepas bunga jagung kembang maka putik jagung juga akan mula mengembang dan menghulur keluar rerambut jagung.
Pada peringkat ini peracuñan adalah diperlukan untuk memastikan serangga menyengat dan juga bertelur pada putik jagung. Ini adalah untuk memastikan putik jagung tidak dimakan ulat apabila jagung mula berisi.
Dalam sepokok akan terdapat dua tongkol jagung dan kebiasaannya putik jagung yang kedua dibuangkan kerana ia tidak berisi dan juga memberi kesan kepada pembesaran jagung pertama. Jagung kedua ini boleh dijual sebagai jagung sayur. Terdapat juga penanam jagung menyimpan kedua-dua tongkol tersebut.

Menuai hasil
Penuaian jagung bergantung kepada jenis jagung yang ditanam. Apabila rerambut jagung sudah murah kehitaman atau gugur terus bererti jagung sudah boleh dituai. Boleh juga jika koyak sedikit kulit jagung untuk lihat isinya di mana jika sudah berwarna kuning pekat bererti ia sudah boleh dituai.
Jagung manis biasa – tempoh matang ialah sekitar 70 hari, jagung korea antara 65-70 hari.


Pemasaran
Jual sendiri atau jual kepada pemborong. Bagi memastikan jagung dapat dipasarkan dengan segera maka seelok-eloknya perlu dicari pasaran terlebih awal sebelum jagung dapat dituai. Kadang-kadang terdapat pemborong yang bersetuju untuk membeli tetapi apabila tiba masa menuai ia tidak mahu membelinya pula. Jadi eloklah jika mempunyai ramai pemborong bagi memastikan tiada risiko tidak ada pembeli.

Penjagaan pokok jagung tidaklah begitu rumit dan yang pastinya tanah mestilah sesuai dan subur. Hanya pada peringkat sebulan yang pertama sahaja terdapat banyak kerja sedikit iaitu menanam, membaja, mengembur dan menimbun. Selepas selesai proses menimbun maka hanya meracun sahaja.

Penternakan Itik Moskovy

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:
Sumber Informasi Usahawan Tani

Penternakan Itik Moskovy

Itik muscovy tempatan dikenali sebagai itik nila atau itik serati. Itik ini berbulu hitam dan putih biasa dipelihara oleh orang kampung untuk menghasilkan telur dan daging.Baka yang berwarna putih pada keseluruhan badan merupakan jenis yang di import berkualiti tinggi khusus untuk pengeluaran daging secara komersil.
Pusat Pembiakan Itik, Jabatan Perkhidmayan Haiwan, Kg Paya Jaras Hilir adalah satu- satunya ladang yang menghasilkan anak itik komersil pedaging jenis muscovy di Malaysia. Pada tahun 1992, pusat ini telah mengimport sebanyak 500 ekor induk baka tulen dari Perancis bagi menghasilkan anak itik komersil yang bermutu dan dibekalkan kepada penternak- penternak kecil sekitar Selangor dan Pulau Pinang. Sejak itu pengeluaran terus di tingkatkan.
Pusat ini terus giat memperkenalkan dan meningkatkan pengeluaran selari dengan permintaan orang ramai. Dari tahun ke tahun didapati ‘trend’ permintaan bagi setiap tahun kebiasaannya meningkat mengikut musim perayaan kaum cina seperti pada perayaan Kuih Bulan dan Tahun Baru Cina tetapi keadaan ini mula berubah sejak akhir- akhir ini kerana telah dipengaruhi oleh permintaan dan penyertaan pesawah padi/ petani melayu secara kecil- kecilan tajaan Jabatan Pertanian di seluruh negara di bawah kawalan makhluk perosak.
Anak itik yang dihasilkan oleh pusat ini kebanyakkannya ( 60% ) dibekalkan kepada penternak- penternak kecil yang menternak antara 100- 300 ekor secara ‘ all in all out ‘ selebihnya kepada penternak semi komersil yang menternak 300-1500 ekor sepusingan. Oleh kerana perusahaan ini masih baru dan keistimewaan yang ada pada itik muscovy memberi peluang kepada industri ini berkembang dengan baik, seterusnya menyumbang dalam memenuhi keperluan daging negara dan juga untuk eksport.
Pembangunan LadangPemilihan dan mendapatakan kawasan yang sesuai sangat penting dan memulakan perancangan yang baikagar suasana dan persekitaran nyaman dan selesa untuk itik membesar dan memudahkan pengurusan harian. Kemudahan bekalan air untuk ternakan dan mencuci serta bekalan elektrik perlu ada. Tanah bekas lombong, kawasan tinggi atau kering ladang kelapa sawit sesuai untuk pengurusan sistem ‘deep litter’ sama ada secara intensif atau separa intensif.
Cuaca negara kita sentiasa panas dan lembap, reban perlu direka bentuk untuk mengurangkan tegasan iklim, memberi pelindungan itik semasa peringkat membesar sehingga peringkat jual. Reban dibina menggunakan kayu dan beratap rumbia atau zink. Bumbung berbentuk double ridge dan dinding terbuka membantu pengudaraan. Tinggi minima bahagian tengah 14 kaki, tepi 8 kaki dan cucur tepi kira –kira 5 kaki bagi mendapat suasana selesa, pengudaraan yang baik dan terhindar dari tempias ketika hari hujan. Reban berukuran 300 kaki panjang dan 24 kaki lebar boleh memuatkan 5000 ekor itik sehingga peringkat jual. Selain bahagian reban penyediaan bahagian legar berpagar depan reban perlu, terutama musim panas.Lantai simen mengelakkan kelembapan dan memudahkan pembuangan sarap setiap kali selesai satu pusingan ternakan.
Kemudahan jalan dan sistem perparitan dan saliran yang baik perlu ada. Bekalan elektrik dan air yang bersih untuk minuman dan cucian sangat perlu.
Peralatan:
Kepungan
Zink licin setinggi 11/2 kaki disambung menggunakan penyepit/penyokong kayu dibentuk bulat keliling dengan panjang rentas 8 meter untuk menampung setiap 1000 ekor anak itik.
Bahan sarap.
Sekam padi atau habuk papan digunakan sebagai alas lantai simen. Sarap perlu di urus dengan baik, jika basah ianya harus dibuang dan ditambah dari masa ke semasa bagi memastikan lantai reban sentiasa kering.
Alat pemanas.
Set pemanas jenis LPG sesuai digunakan. Alat ini digantung di tengah-tengah kepungan dan dipasang 1- 2 jam sebelum ketibaan anak itik bagi menyediakan suasana persekitaran yang hangat dalam perindukan.
Bidai.
Bidai/ dinding plastik sangat diperlukan diperingkat perindukan sahaja iaitu pada itik berumur 1 hingga 3 minggu bagi melindungi ternakan dari angin sejuk malam dan ketika hari hujan.
Bekas makanan dan minuman.
Bentuk dan saiz bekas makanan dan minuman berbeza mengikut umur itik. Bilangan juga perlu ditambah dari masa ke semasa untuk memastikan itik mendapat makanan dan minuman yang mencukupi.Bekas airberbentuk tabung 1 dan 2 gelen juga palung automatik digunakan. Bekas makanan berbentuk dulang, palung papan panjang dan jenis kotak sesuai untuk itik daging.
Operasi dan pengurusan
Pengurusan itik muscovy terbahagi kepada 3 peringkat:-
Peringkat perindukan - 1 hingga 2 minggu.
Peringkat umur - 3 hingga 4 minggu.
Peringkat membesar - 5 hingga 13 minggu.
Tempoh perindukan anak itik pedaging dari umur sehari hingga dua minggu sangat penting dan memerlukan penjagaan yang sempurna. Pada hari ketibaan anak itik dikira, ditimbang dan terus di masukkan ke dalam kepungan. Air minuman yang bercampur vitamin diberikan dengan segera. Suhu dalam reban ialah 35 darjah celcius diperlukan untuk minggu pertama dan dikurangkan setiap hari sehingga mencapai 27- 30 darjah celcius. Setelah itik minum dan bergerak cergas barulah diberi makanan peringkat awal. Palong minuman sebaiknya dilapik dengan dulang bagi mengurangkan kecah dan kelembapan sarap. Palong minum diletak berselang- seli dengan palong makanan keliling dalam kepungan.
Bidai sekeliling reban dipasang bagi melindungi anak itik dari kesejukkan dan mengawal suhu secara tetap dalam reban. Keadaan suhu dalam reban yang sesuai dan selesa dapat dilihat dengan memerhatikan kelakuan anak itik di dalam kepungan. Jika suhu terlalu sejuk anak itik akan berkumpul dan akan berhimpit- himpit di satu tempat. Jika terlalu panas anak itik akan berselerakkan serta tercungap-cungap serta kepak yang terbuka. Haba perlu dibekalkan pada waktu pagi dan malam atau waktu hujan. Bidai mula diselak secara beransur- ansur selepas 2 minggu. Peringkat 3 hingga 4 minggu, bidai di gulung sepenuhnya kecuali hari hujan lebat. Kepungan dan alat pemanas di keluarkan. Dulang makanan anak ditukar kepada palong panjang. Makanan peringkat pembesar berbentuk pelet mula dicampurkan berperingkat dan seterusnya penggunaan sepenuhnya. Palong minuman kecil ditukar pada palong automatik kerana diperingkat ini itik mula minum dengan banyak.
Peringkat membesar 5 hingga 13 minggu, pada peringkat ini makanan dan minuman perlulah sentiasa mencukupi kerana itik mula membesar dengan cepat dan pengambilan makanan meningkat. Untuk menyediakan makanan yang banyak dan sentiasa mencukupi, makanan mula diisi di dalam bekas berbentuk peti. Pada waktu siang dan cuaca panas, pintu reban dibuka bagi membolehkan itik keluar ke ruang legar depan reban.Elakkan itik dari gangguan pengurusan dan tegasan iklim sehingga sampai waktu dipasarkan.
Pengurusan yang baik akan menghasilkan pembesaran itik yang baik
Pengeluaran yang baik bergantung pada makanan ternakan yang bermutu.Makanan permulaan (starter crumble) perlu mengandungi 19 – 22 % CP dan makanan pembesar (finisher pellet) mengandungi 16- 18 % CP. Makanan permulaan adalah untuk anak itik umur sehari sehingga 3 minggu dan makanan pembesar adalah untuk peringkat 4 minggu hingga jual.Dedak komersial boleh didapati di pasaran.
Kesihatan dan Amalan yang Baik
* Itik yang sihat menentukan keuntungan. Pengurusan yang baik dapat mengawal kadar kematian di paras 3 % setiap kumpulan.* Program suntikan pelalian perlu diamalkan bagi mengelakkan penyakit berpunca dari virus tertentu. Khidmat nasihat Jabatan Perkhidmatan Haiwan perlu diterap dalam pengurusan harian.* Memotong paruh juga perlu dilakukan kerana itik muscovy mempunyai paruh yang mencangkuk ( tajam). Dalam keadaan stress selalunya pada umur 2-3 minggu itik akan patuk-mematuk bahagian belakang dan bulu yang baru tumbuh.* Mengawal kemasukan penyakit dengan mengawal pergerakan pelawat, pekerja, kenderaan. Menyediakan ‘foot-bath’ membasmi kuman di hadapan setiap pintu masuk ladang/reban sangat-sangat diperlukan.* Hapuskan tikus dan burung yang berkeliaran di dalam reban kerana binatang-binatang ini pembawa penyakit dan bakteria.* Penternakan itik juga perlu diurus dengan baik dan mesra alam.* Air cucian dari reban perlu di salurkan ke dalam kolam kumbahan yang disediakan oleh pihak ladang.Itik yang mati tidak wajar di buang merata- rata bagi mengelakkan pencemaran bau dan penaykit.* Lubang pembuangan itik mati yang bertutup papan tebal sedalam 4 hingga 6 kaki dalam perlu dibuat bagi mengatasi masalah ini.
Ladang perlu mewujudkan dan mengamalkan sistem rekodan yang baik.Data- data boleh membantu pengusaha menganalisis pengurusan bagi membaiki kelemahan dan meneruskan usaha, pencapaian yang baik bagi menjamin keuntungan yang lumayan dan berterusan.
Pemasaran
Daging muscovy pasarannya masih kecil berbanding dengan pemasaran itik peking, pemasarannya masih terhad dan hanya tertumpu pada musim perayaan. Ianya di jual diperinggkat ladang, diproses di rumah sembelih dan dipasar segar di seluruh Malaysia.
Sistem integrasi bersepadu pemeliharaan itik pedaging jenis peking telah dimulakan oleh beberapa syarikat.Penternak itik dipilih oleh syarikat dengan syarat penternak mesti mampu membina reban sendiri. Syarikat bertanggungjawab membekal anak itik dan makanan kepada penternak dan kemudiannya membeli balik itik yangtelah memcapai umur sembelihan dengan harga yang telah dijanjikan sebelumnya. Itik muscovy juga diharapkan akan diusahakan secara sepadu seperti ini tidak lama lagi.
Pasaran dalam negeri terhad kepada itik yang bersaiz kecil (betina) dan itik jantan yang berumur dalam lingkungan umur 11 minggu dengan berat 3.8 kg. Pasaran Singapura terutama musim perayaan mengkehendaki itik jantanyang bersaiz besar purata 4.5 kg.
Pentarnak kecil memasarkan itik kepada pemborong atau orang tengah. Itik dimuatkan kedalam bakul yang serupa dengan bakul ayam yang boleh memuatkan antara 8 hingga 10 ekor dan diangkut ke rumah sembelihdengan menggunakan lori. Itik yang sudah diproses (chilled) diedarkan kerestoran-restoran cina dan juga hotel.
Harga pasaran itik hidup di semenanjung ialah diantara RM3.80 hingga RM4.20 dan meningkat kepada RM6.50 pada musim perayaan. Manakala harga itik proses ialah antara RM6 hingga RM9 dan meningkat kepada RM12 pada musim perayaan.
Promosi merupakan satu elemen yang penting bagi meningkatkan penjualan di mana ianya dapat memberi dan meningkatkan kesedaran serta pendidikan di kalangan masyarakat terhadap khasiat dan keenakan daging muscovy terutama kepada masyarakat melayu dan india. Promosi haruslah dijalankan secara berterusan dan berkesab melalui media massa dan elektronik seperti program pendidikan di sekolah, promosi prodak dan masakan di seluruh Malaysia. Daging muscovy amat sesuai dimasak dengan cara merebus (stew) dan ianya sangat popular di Pulau Pinang, Sarawak dan Singapura. Ia juga sesuai untuk masakan melayu dan india seperti rendang dan kari.

PANDUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG SECARA KECILAN

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik: Sumber Informasi Usahawan Tani


PANDUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG SECARA KECILAN

PENDAHULUAN
Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.

TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG
Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;
Telur dan daging untuk makanan keluarga
Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.


KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG
Boleh dibiakkan sepanjang tahun
Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.


SISTEM PERUMAHAN
Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .
1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.
kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat
gunakan peralatan makan/minum yang murah.


PEMAKANAN AYAM
Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-
Makanan komersil/dagangan
Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
Makanan Campuran atau Sisa Makanan
Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
Ikan baja dan lain-lain


PENGURUSAN
Pengurusan anak (1 hari - 4 minggu)
Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu
Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu - 22 minggu)
Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
Boleh dilepaskan pada siang hari
Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
Sediakan sarang bertelur
Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram


PEMBIAKAN
Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.


KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT
Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-
Warisan
Pemakanan
Pengurusan
Persekitaran
Jangkitan
Langkah-langkah Pencegahan Penyakit
Reban sentiasa bersih
Anak ayam bebas dari penyakit
Jauh dari ternakan dan haiwan lain
Pelawat perlu dikawal
Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.
Program Pencegahan penyakit
Umur 1 hari - Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
Umur 3 - 4 minggu - Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
Umur 6 - 8 minggu - Sampar ” S “
Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit
Kurang nafsu makan
Monyok dan tidak aktif
Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
Muka bengkak
Berak cair atau berdarah
Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.

JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM
Sampar ayam (ND)
Penyakit Gumboro (IBD)
Puru
Salmonellosis
Pasteurellosis
Lain-lain
Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.

KURSUS MURAH DAN MENARIK - JADUAL AKTIVITI JABATAN PERTANIAN MELAKA

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:http://tg_kling.idesa.net.my/pertanian.htm

JADUAL AKTIVITI JABATAN PERTANIAN MELAKA
Kursus
Mula
Tamat
Bayaran

Simen Fero
8 Mac
12 Mac
RM 20.00
Membuat Mee Kuning
25 Mac
25 Mac
RM 20.00
Tanaman Pokok Dan Bunga Hiasan
6 April
8 April
RM 20.00
Membuat Jeruk Dan Jem
21 April
22 April
RM 20.00
Tanaman Taugeh
29 April
29 April
RM 20.00
Menjahit Kusyen
13 Mei
13 Mei
RM 20.00
Fertigasi
19 Mei
20 Mei
RM 20.00
Menjahit Langsir
26 Mei
27 Mei
RM 20.00
Lanskap
4 Jun
17 Jun
RM 20.00
Membuat Air Kacang Soya
24 Jun
24 Jun
RM 20.00
Mengawet Bunga
29 Jun
30 Jun
RM 20.00
Tanaman Bunga Dan Pokok Hiasan
6 Julai
8 Julai
RM 20.00
Membuat Mee Kuning
15 Julai
15 Julai
RM 20.00
Gubahan Lilin
22 Julai
22 Julai
RM 20.00
Tanaman Taugeh
29 Julai
29 Julai
RM 20.00
Tanaman Herba Dan Ulam-ulaman
3 Ogos
5 Ogos
RM 20.00
Menjahit Kusyen
12 Ogos
12 Ogos
RM 20.00
Simen Fero
16 Ogos
20 Ogos
RM 20.00
Anyaman Rotan
2 September
2 September
RM 20.00
Membuat Tauhu Fah Dan Dadeh
9 September
9 September
RM 20.00
Lanskap
13 September
16 September
RM 20.00
Menjahit Langsir
22 September
23 September
RM 20.00

sebarang pertanyaan boleh menghubungi melalui email zaini@melaka.gov.my

Tanaman Herba Untuk Kesihatan

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s2_99/a64967.htm

TANAMAN HERBA UNTUK KESIHATAN

Sememangnya kehadiran semak samun atau tumbuhan didalam kawasan rumah kita adalah sesuatu yang kita tidak gemari. Untuk membersihkannya kita akan mencabut atau lebih menyenangkan lagi kita akan meracunnya. Tetapi pernahkah kita sedar bahawa semak samun itu mengandungi tumbuhan herba yang boleh dijadikan ubatan atau bahan makanan yang baik untuk kesihatan.
Antara tumbuhan herba yang dapat kita temui dikawasan rumah kita ialah keremak, dukung anak, kematikan, tutup bumi, kacang kelo, cempaka, stevia, talin, bakawali dan aerva lantasjus. Manakala akar kayu pula ialah rumput samboi, cendawan susu rimau,ubi jaga dan dahan raja kayu. Kesemua tumbuhan herba ini adalah warisan masyarakat kita yang menjadi amalan turun temurun sejak dahulu lagi.
Firman Allah S.W.T
Maksudnya “dan ingatlah satu bukti lagi,engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuhan yang merecup tumbuh) dan gembur membusutlah ia serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.

TUMBUHAN HERBA
Pegaga
Pegaga atau nama saintifiknya Centella asiatica kini bukan sahaja dijadikan ulam dicecah dengan samabal belacan tetapi menjadi rebutan saintis perubatan dan kosmetik antarabangsa. Tumbuhan hijau yang tumbuh melata ini dikatakan mengandungi sejenis enzim yang bernilai tinggi “tetripenoids” yang menjadi antara bahan asas dalam pembuatan kosmetik kecantikan kulit dan ramuan penting untuk dicampur dengan herba tertentu bagi mengubati penyakit barah. Ia juga diproses untuk dijadikan minuman kesihatan atau tonik untuk menyegarkan badan selain peransang kepada pemulihan.
Dengan keistimewaannya, pucuk pegaga kini dilihat sebagai tumbuhan komersil . kajian secara saintifik menunjukkan pucuk pegaga mempunyai enzim tetripenoid untuk dijadikan ubat anti kanser.
Selain itu terdapat empat jenis pegaga yang terdapat dinegara kita, iaitu pegaga biasa yang mudah diperolehi dikampung-kampung, pegaga salad yang daunnya menyerupai daun salad sebenar (versi daun lebar) pegaga nyonya dan pegaga hitam

Tongkat Ali
Tongkat Ali atau nama saintifiknya Eurycoma longifoliajack merupakan tumbuhan yang masyur dan mujarab. Dalam ketegori perubatan tradisional, ia digolongkan dalam jenis perubatan atasan kerana ia dapat meningkatkan daya imuniti semulajadi badan, menguatkan daya tahan melawan penyakit dan sebagai ubat peransang eraksi. Oleh kerana keberkesanannya, ia sesuai merawat pelbagai jenis penyakit. Di antara keberkesananya ialah:
1. menambah tenaga
2. menambah selera makan dan menguatkan sistem penghadaman. Memperbaiki sistem imuniti badan melawan penyakit.
3. Memperbaiki keadaan fizikal dan mental badan
4. Mengurangkan keletihan
5. Meningkatkan fungsi kulit dan otot.

Alfalfa
Alfalfa atau nama saintifiknya Medicago sativa merupakan tumbuhan yang mempunyai reputasi tinggi didalam perubatan herba. Ia sering digunakan untuk membersihkan perjalanan darah serta untuk membuang toksik didalam badan. Ini kerana setiap hari kita mengambil makanan makanan yang mengandungi toksik seperti hidupan laut yang telah tercemar. Alfalfa turut digunakan didalam merawat dan mengesan jangkitan kuman pada pundi kencing, masalah penghadaman penyakit kulit serta ulser.

Aloe vera
Aloe vera atau masyarakat Malaysia memanggilnya lidah buaya merupakan herba yang mempunyai bahagian yang lembik dan lekit. Ia digunakan sejak dahulu lagi bagi meransang pengimunan badan, pelembab kulit, menghilangkan parut, mengubati kulit yang melecur dan juga untuk melebatkan rambut.
Aloe vera turut dikaitkan dengan penyakit asma, kencing manis, serta penyakit ulser. Namun pada masa sekarang aloe vera telah menjadi bahan ramuan yang penting didalam alat-alat kosmetik wanita yang beredar didalam pasaran. Kajian yang dilakukan menunjukkan tumbuhan ini sangat berguna pada manusia dan patut ditanam oleh semua orang untuk digunakan secara tradisional seperti sebagai syampu serta mengubat kesan melecur yang sering berlaku dirumah kita.

Halia
Ziniger officinale merupakan herba yang digunakan didalam perubatan purba China sejak dahulu lagi. Ia digunakan untuk memanaskan badan, meredakan penyakit gout, menangkis serangan ulser serta dapat meredakan kekejangan otot. Ia juga turut digunakan untuk merawat rasa loya- loya serta meredakan tekanan. Namun pengambilan dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan berlaku kompilasi didalam sistem penghadaman.

Ginseng
Ginseng atau Panax ginseng merupakan herba yang sangat bernilai didalam sejarah perubatan China. Diantara ginseng yang popular ialah ginseng Korea ndan ginseng China. Ginseng ini sering digunakan sebagai tonik. Ia dikatakan dapat melegakan ketegangan, menambahkan kadar metabolisma menurunkan kandungan darah didalam badan serta memperbaiki daya imun badan.
Ia juga digunakan untuk merawat penyakit kencing manis, menurunkan kadar kolesterol, merawat gejala-gejala menopous yang dialami wanita yang telah putus haid,mengubat kelesuan serta untuk melindungi badan daripada serangan kanser. Ia juga sesuai untuk para ibu-ibu yang baru lepas bersalin. Ia digunakan untuk mengecutkan sistem peranakan serta memperbaiki kelancaran darah.
Ginseng ini selalu dijadikan tonik dan diminum. Namun terdapat lagi cara tradisional, iaitu dengan merebus ginseng ini untuk mendapatkan air pati rebusannya.

Cendawan
Cendawan turut diiktiraf sebagai herba yang berguna pada manusia. Cendawan ini kebanyakannya tumbuh meliar dan dikutip oleh manusia sebagai makanan serta untuk perubatan. Kajian mendapati cendawan boleh mengurangkan kandungan gula didalam darah,menambah insulin didalam darah, membunuh beberapa jenis virus yang membawa penyakit berjangkit dan turut berperanan sebagai agen mempertahankan badan dari serangan kanser.
Cendawan ini boleh digunakan secara segar seperti dimakan sebagai sayur. Selain itu pada masa sekarang kebanyakan cendawan ini telah dijadikan serbuk didalam bentuk kapsul. Ini untuk memudahkan para pengguna kerana cendawan yang segar agak terhad didalam pasaran.

TUMBUHAN YANG BERBAHAYA KEPADA MANUSIA
Kecubung atau Datura metal turut dikenali oleh penduduk tempatan sebagai kecubong, terung pengar, terung pungak merupakan tumbuhan yang dilaporkan beracun.tumbuhan herba ini boleh menjangkau ketinggian sehingga 6 kaki. Terdapat juga spesis yang boleh tumbuh melebihi ketinggian ini. Tumbuhan ini dikawasan beriklim panas lembab diseluruh dunia. Selain dariapada tumbuh meliar,ia juga ditanam untuk digunakan sebagai bahan didalam perubatan tradisional.
Kesemua bahagian tumbuhan ini adalah beracun terutama bahagian biji dan daunnya. Ciri-ciri keracunannya tidak akan hilang atau terhapus walau bahagian tersebut dimasak atau dikeringkan. Hiosin dan hiosamin merupakan antara alkaloid yang banyak ditemui didalam buah, daun, ranting dan akar. Biji tumbuhan ini merupakan sumber utama sebatian ini. Kesemua sebatian ini mempunyai sifat anti koligernik dan sedikit kesan narkotik. Kesan toksiknya akan mula nyata didalam jangkamasa beberapa minit hingga beberapa jam selepas tumbuhan ini dimakan.
Gejala yang mual kelihatan ialah rasa haus, kering mulut, pembesaran anak mata dan lain-lain lagi. Pada kepekatan yang tinggi ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan darah tinggi,sawan, koma dan boleh membawa maut.
Walaupun tumbuhan ini beracun, namun beberapa bahagian tumbuhan ini kerap digunakan didalam perubatan tradisional. Ia turut digunakan sebagai ubat cacing kepada kanak-kanak, merawat bisul, sakit otot, cirit birit dan untuk melegakan sakit gigi dan bengkak-bengkak badan. Ia hanya digunakan dibahagian luar badan secara bersendirian atau dicampur dengan tumbuhan lain.
Memandangkan akan kesan toksid yang mungkin berlaku,adalah dinasihatkan supaya pengguna mendapat nasihat yang sewajarnya sebelum menggunakannya,.

PENUTUP
Dari apa yang dibincangkan diatas ,dapatlah disimpulkan bahawa tumbuhan herba memberi manfaat yang tidak ternilai kepada manusia. Samaada kita menggunakan herba yang telah diekstrak atau masih didalam keadaan yang asli, namun kepentingan tumbuhan herba ini tidak dapat disangkal lagi. Tumbuhan herba ini merupakan anugerah yang tidak ternilai dari Pencipta untuk digunakan oleh sekelian manusia. Yang memerlukan. Yang pentingnya kita mesti berusaha untuk mencari penawar bagi setiap penyakit itu.

Pembenihan Ikan Keli Afrika (Clarias gariepinus)

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:http://agricultureinmalaysia.blogspot.com/

Pembenihan Ikan Keli Afrika (Clarias gariepinus)

Bahan-bahani.
Induk yang telah matang
ii. Hormon peransang (Ovatide dan Ovaprim)
iii. Tangki Induk
iv. Tangki pengeraman
v. Pengudaraan
vi. Substrat pelekatan telur
vii. Bulu ayam
viii. Mangkuk bersih
ix. Air suling
x. Kain kasa
xi. Kanular

Kaedah persenyawaan kering

Kaedah persenyawaan kering ini digunakan untuk menyelaraskan masa peneluran dan penetasan yang dapat memudahkankan kerja pengurusan larva dilakukan.Kelemahan teknik ini adalah harga hormon yang mahal akibat daripada penggunaan dos hormon yang tinggi. Induk jantan juga terpaksa dibunuh dalam proses untuk mendapatkan testisnya. Sebagai penyelesaian, penggunaan hormon peransang Ovatide digunakan kerana harga yang lebih murah dan penggunaan dos yang lebih rendah.3.1.2.1 Penyediaan dan cara kerjaInduk-induk yang matang dipilih di waktu petang daripada tangki induk. Induk akan ditmbang dan diberi dos hormon secukupnya.(Ovaprim: 0.25mg/kg bagi induk jantan,0.5mg/kg bagi induk betina. Ovatide: 0.1mg/kg bagi induk jantan, 0.2mg/kg bagi induk betina) pada pukul 9.00 malam. Selepas 12 jam, induk betina akan dilirit telurnya ke dalam mangkuk yang telah disediakan. Telur yang matang ialah telur yang mempunyai warna coklat kehijauan dan saiz serta bentuk yang sekata. Induk jantan akan dibedah dan dikeluarkan testisnya. Testis yang baik mempunyai saiz yang besar serta berwarna putih. Testis akan dipotong halus dan air mani akan dibiarkan bercampur dengan telur. Testis akan dipotong di atas kain kasa dan selepas selesai dipotong kain kasa akan diperah dan air suling digunakan untuk mencuci sisa air mani supaya mengalir ke dalam telur ikan dan tiada pembaziran berlaku. Telur akan digaul bersama dengan menggunakan bulu ayam yang telah dicuci mengikut satu arah pusingan supaya ia sekata dan tidak rosak. Telur-telur akan ditabur ke dalam tangki pengeraman yang mempunyai substrat pelekatan telur atau tidak dengan menggunakan bulu ayam. Telur-telur akan diberi pengudaraan dan dibiarkan selama 24 jam. Selepas menetas, telur yang tidak menetas akan dialihkan dan air akan ditukar sebanyak 50% untuk mengekalkan kualiti air dan mengelakkan pembiakan penyakit. Larva akan diberi makan moina 3 hari selepas menetas dan Daphnia selepas 2 minggu.Kaedah persenyawaan secara semulajadiDalam kaedah ini,masa peneluran cuma dapat dijangka dan tidak dapat dipastikan. Jika suhu air kurang dari 280C, induk akan bertelur selepas 12 jam. Jika suhu air melebihi 280C, Induk akan bertelur selepas 10 jam. Dalam kaedah ini induk jantan tidak akan dibunuh dan hormon peransang Ovatide disyorkan digunakan kerana keberkesanannya dan penggunaan dos yang rendah berbanding Ovaprim.Penyediaan dan cara kerjaInduk yang matang akan dipilih pada waktu petang. Induk akan ditimbang dan disuntik dengan hormon secukupnya.(Ovatide: 0.1mg/kg bagi induk jantan,0.2mg/kg bagi induk betina.) pada pukul 9 malam. Induk akan dibiarkan selama 12 jam maksimum untuk menghasilkan telur. Telur yang telah disenyawa akan dikeluarkan dan diletakkan dalam tangki pengeraman yang tidak mempunyai substrat pelekatan telur kerana keadaan telur yang telah sedia melekit dan melekat antara satu sama lain. Selepas 24 jam telur-telur akan menetas jika tiada gangguan persekitaran terutamanya suhu dan pH. Larva akan diberi makan Moina 3 hari selepas menetas dan Daphnia selepas 2 minggu. PerbincanganPenggunaan Ovatide dapat menjimatkan kos sebanyak 50% berbanding ovaprim kerana dos yang digunakan adalah separuh dari dos Ovaprim. Harga kedua-dua bahan ini adalah hampir sama dan langkah ini dapat mengurangkan kos hormon. Hormon disuntik di waktu malam untuk mengurangkan stress kepada induk. Induk betina yang matang mempunyai abdomen yang besar dan lembut. Genital papilae mestilah panjang dan berwarna kemerah-merahan.KesimpulanKebanyakan pembenihan ini gagal kerana masalah tangki penetasan yang terdedah kepada pengaruh cuaca. Jika hujan,kebanyakan pembenihan akan gagal dan tidak menetas. Kekurangan teknik yang betul juga menyukarkan pembenihan pada pertama kali, tetapi ia telah dapat diatasi untuk pembenihan yang berikutnya. Induk yang benar-benar matang akan menghasilkan benih yang berkualiti dan tahan lasak.

KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS KERUGIAN YANG DIALAMI AKIBAT PENGGUNAAN MAKLUMAT DARI LAMAN INI

Pembenihan Udang Galah (Macrobrachium rosenbergii)

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:http://agricultureinmalaysia.blogspot.com/search/label/pembenihan

Pembenihan Udang Galah (Macrobrachium rosenbergii)
Pembenihan Udang Galah (Macrobrachium rosenbergii)Bahan-bahana. Tangki indukb. Tangki asuhanc. Artemiad. Kastad telure. Botol yang telah dipotong tapaknya.f. Jaringg. TaliPembiakan secara semulajadiPembenihan Udang Galah (Macrobrachium rosenbergii) dilakukan secara pembiakan secara semulajadi. Ia dilakukan dengan cara meletakkan induk jantan dan betina dalam satu tangki simen dengan nisbah 1:2. Induk jantan boleh dikenalpasti dengan penyepit yang lebih panjang dan kebiruan. Terdapat juga penyepit kecil di antara kaki-kaki di badannya. Apabila induk betina yang matang telah menghasilkan telur berwarna kuning jingga, induk tersebut diasingkan dan diletakkan di bawah pengawasan.Penyediaan dan cara kerjaInduk betina yang mempunyai telur berwarna jingga-coklat akan ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol yang mempunyai jaring di hujungnya. Botol ini kemudiannya akan dimasukkan ke dalam tangki simen berukuran 4 x 4 x 1.5 meter dan diberi pengudaraan secukupnya. Botol tersebut diikat dengan tali di hujungnya untuk memudahkan proses pemberian makanan kepada induk. Saliniti untuk tangki pembiakan ini ialah antara 15-20 ppt. Saliniti akan diukur menggunakan refraktometer(Hanna Instrument). Setiap hari induk akan diberi makan sama ada hati ayam atau kastad telur untuk memastikan ia mendapat protein yang mencukupi untuk menghasilkan benih yang berkualiti. Induk akan diperiksa setiap hari untuk memastikan ia sudah melepaskan telurnya. Apabila induk betina telah melepaskan telurnya, ia akan diangkat dan dimasukkan kembali ke dalam tangki induk. Selepas 3 hari, rega udang galah akan diberi makan nauplii artemia yang secukupnya. Jumlah artemia yang diberi adalah berdasarkan anggaran. Artemia akan diberi di waktu pagi dan petang. Pada peringkat ini, saliniti air dikekalkan pada 17 ppt. Jumlah artemia yang diberi dipastikan mencukupi dengan memeriksa rega udang galah. Jika artemia yang diberi adalah mencukupi, rega udang galah akan berwarna kemerahan di dalam kepalanya. Jika ia tidak mencukupi,rega udang galah akan berwarna lutsinar.Selepas 2 minggu, proses penukaran makanan akan dilakukan dengan menukarkan artemia dengan kastad telur. Pada waktu ini, artemia akan diberi di waktu pagi dan kastad telur diberi di waktu petang. Selepas 3 hari, kastad telur diberi sepenuhnya di waktu pagi dan petang. Selepas 30 hari, rega udang galah akan bertukar menjadi pasca larva(post larvae,PL). Ini dapat dikenal pasti apabila anak udang ini berenang ke hadapan dan suka melekat di dinding tangki asuhan. Apabila sudah sampai ke peringkat ini, saliniti air akan diubah kepada 0 ppt secara berperingkat-peringkat untuk mengelakkan kejutan kepada anak-anak udang.PerbincanganPengurusan udang galah adalah kritikal pada peringkat pengurusan larva kerana benih udang yang sensitif kepada persekitaran, saliniti, pemakanan dan kanibalisme. Seekor induk mungkin menghasilkan beribu-ribu anak benih tetapi jika pengurusan anak benih adalah teruk, hasil yang diperolehi akan mengecewakan. Induk yang dikurung di dalam botol ini didapati agak stress kerana berada dalam tempat yang kecil dan tidak selesa.Kaedah pemerikasaan secara harian juga mendapati 2 ekor induk yang dikurung bersama akan memakan rakannya jika makanan yang diberikan tidak mencukupi.KesimpulanJumlah anak benih yang mencapai peringkat PL atau pasca larva adalah sedikit berbanding jumlah semasa mula-mula ia menetas. Ini mungkin disebabkan oleh makanan yang tidak mencukupi, kualiti air yang tidak menentu dan persekitaran yang mendedahkannya kepada penyakit dan tekanan.

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEBARANG KERUGIAN YANG DI ALAMI DISEBABKAN OLEH PENGGUNAAN MAKLUMAT DI LAMAN INI. SAYA HANYA BERKONGSI ILMU YANG ADA

Pembenihan Ikan Tilapia (Oreochromis sp.)

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:


Pembenihan Ikan Tilapia (Oreochromis sp.)

Pembenihan Ikan Tilapia (Oreochromis sp.)
Bahan-bahan Rajah 3:
a) Batu-bata Tangki
b) Tangki 1 tan Pembiakan
c) Pengudaraan Tilapia
d) Kanular atau kateter
e) Tilapia starter pellet.

Pembiakan secara semulajadiPembiakan secara semulajadi diadaptasi kerana faktor ikan tilapia sudah dibuktikan mampu dibiakkan dalam kurungan. Teknik ini juga mampu menghasilkan benih yang banyak berdasarkan kepada kematangan induk dan kesesuaian persekitaran.

Penyediaan dan cara kerja
Sarang tilapia akan disediakan terlebih dahulu dengan menyusun batu-bata ke dalam tangki yang telah disediakan. Jumlah sarang yang dibina adalah berdasarkan jumlah induk jantan yang dimasukkan ke dalam tangki pembiakan.(Nisbah induk 3 betina:1 jantan). Dalam proses ini 5 induk jantan dan 15 induk betina telah dimasukkan ke dalam setiap tangki pembiakan. Ikan tilapia akan mula bertelur selepas air betukar menjadi hijau. Penutup boleh digunakan untuk mengurangkan pendedahan cahaya ke dalam tangki.

Induk akan diberi makan Tilapia starter pellet untuk memastikan sumber protein yang tinggi mencukupi untuk proses pembiakan. Induk akan diberi makan setiap hari dan diberi pengudaraan untuk memastikan parameter air berada pada tahap optimum. Larva ikan yang berenang di permukaan akan ditangkap setiap hari dan diletakkan di dalam tangki asuhan. Telur ikan juga boleh dikeluarkan daripada mulut induk dan dilakukan proses pengeraman(incubating). Larva akan diberi makan Moina untuk 3 hari pertama dan pellet hancur untuk hari seterusnya.PerbincanganInduk betina ditentukan dengan ketiadaan warna dan corak pada sirip anal dan abdomen yang besar. Induk jantan pula ditentukan dengan adanya corak dan warna pada sirip anal. Cara penentuan jantina ini kebanyaknya betul pada tilapia hibrid tetapi menimbulkan masalah kepada spesies tilapia eksotik yang mempunyai warna dan corak yang menarik pada betina.

Kesimpulan

Proses pembiakan secara semulajadi bukan sahaja murah tetapi berkesan. Ini kerana ikan tilapia telah lama dibuktikan dapat membiak dalam kurungan dengan baik. Penggunaan hormon dalam proses ini tidak diperlukan dan hanya induk yang matang dan sihat sahaja diperlukan. Kaedah ini baik tetapi perlu dilakukan pengeraman di luar untuk penetasan yang lebih sekata dan memudahkan pengurusan larva

.KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEBARANG KERUGIAN YG DIALAMI AKIBAT PENGGUNAAN MAKLUMAT DI LAMAN INI

HARGA SUPPLY KAMBING / MAKANAN DSBGNYA

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik: Cemerlang Tani Sdn Bhd (720492-A)

CTSB Goat Meal

Assalamualaikum WBT...
:: Mengenai Goat Meal ::
.Goat Meal (GM) merupakan campuran:[ Hampas Gandum + Hampas Soya + Mineral + Herba + PKE ]Secara am nya, GM tinggi kandungan Protein, Karbohidrat, Serat & Mineral..Saya masih menunggu laporan ujian makmal untuk nutrisi lengkap..Produk ini telah pun digunakan di ladang kami..Memang terbukti keberkesanannya..Ketahanan produk adalah seminggu..GM bukan dlm bentuk pellet/ dedak..Sy dah siap mix kan bahan2nya..Saya menggalakkan penternak menggunakan produk ini..Selain lebih murah (RM 0.40/kg), tuan dapat mengurangkan penggunaan pellet..Manalah tau kot2 nnt harga pellet boleh turun bile dah kurang penternak guna~Sy cadangkan seorang incharge untuk setiap negeri & distribute..Untuk Maklumat Lanjut boleh hubungi:Tn. Noor ( 016-7695669 / 013-7296422)En. Amirul (012-5912007)Cik Liyana (012-7949082)Yahoo Messenger: cemerlang_tani@yahoo.com

Sebut Harga Kambinh Cemerlang Tani Sdn Bhd
Senarai Sebut Harga:.:: Baka Jamnapari Pure & Jamnapari Cross ::.~Baka Jerman : RM 4000 (Seekor sahaja tinggal)~Jantan Jamnapari Pure : RM 1500 - Rm 3000 (mengikut umur & saiz)~Ibu Jamnapari Cross : RM 1500 - RM 1800 (mengikut umur & saiz)~Dara Jamnapari Cross = RM 900 - RM 1200 (9 bulan ke atas).:: Pakej Jualan Baka ::.1 Pejantan Jamnapari + 20 Betina (matang) = RM 20,000.:: Kambing untuk Aqiqah, Qurban & Sembelihan ::.~Aqiqah (RM 650/ekor) : Stok sentiasa ada~Sembelihan (RM 18/kg) : Stok sentiasa ada.:: Makanan untuk ternakan ::. ~Goat Meal = (RM 0.40/kg)~Goat Pellet = (RM42/bag/50kg)~Hampas Soya = (RM30/tong)~Hampas Gandum = (RM40/tong)~Hampas Gula Hitam = (RM1.20/kg)~Napier (Benih) = RM 0.60/kg~Napier (Potong) = RM 4/guni~Napier (ikat) = RM 3/ikat (lebih kurang 20kg).:: Baja Organik Tinja Kambing ::.~1 bag = RM 10 / 4 kilo:: Harga masih boleh dirunding bergantung pada kuantiti::..:: Harga tidak termasuk kos penghantaran ::..:: Penghantaran terhad di area Kota Tinggi, Johor Bahru, & Kluang

Monday, March 17, 2008

Udang Galah

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik: Annur Aquaculture


UDANG GALAH


UDANG GALAH ATAU NAMA SAINTIFIKNYA MACROBACHIUM ROSENBERGII ADALAH SPESIS YANG PALING TERKENAL DI ANTARA 200 SPESIS DARI GENUS MACROBACHIUM YANG TERDAPAT DI SELURUH DUNIA. IA BOLEH DIDAPATI SECARA SEMULAJADI DI SELURUH ASIA SELATAN, ASIA TENGGARA, UTARA OCEANIA DAN DI BARAT KEPULAUAN PASIFIK.

UMUMNYA UDANG GALAH MEMBIAK DAN HIDUP SECARA SEMULAJADI DI SISTEM SUNGAI YANG MENGALIR KE LAUT, KERANA PENETASAN BENIH UDANG GALAH BIASANYA BERLAKU DI AIR PAYAU. SPESIS DEWASA HIDUP DI SEPANJANG DASAR SUNGAI DARI MUARA AIR PAYAU HINGGA KE KAWASAN PENDALAMAN AIR TAWAR.

KEISTIMEWAAN UDANG GALAH UNTUK TUJUAN TERNAKAN DAN KOMERSIAL :

1) SAIZNYA YANG BESAR :
PERNAH DILAPORKAN TANGKAPAN SEBERAT 700 GRAM SEEKOR DI SUNGAI SEMENANJUNG MALAYSIA, IAITU MENYAMAI SEEKOR UDANG KARA DEWASA (LOBSTER). WALAU BAGAIMANAPUN SAIZ TERSEBUT ADALAH JARANG DITEMUI PADA MASA KINI. KEBANYAKAN SUNGAI-SUNGAI BESAR DI MALAYSIA , BERAT DI ANTARA 150 GRAM HINGGA 200 GRAM SEEKOR MASIH BOLEH DIDAPATI OLEH NELAYAN SUNGAI DAN PEMANCING.
DI LADANG TERNAKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL, SAIZ SEBERAT 30 GRAM SEEKOR SUDAH BOLEH DIPASARKAN UNTUK MEMENUHI PERMINTAAN DOMESTIK.

2) KADAR PEMBESARAN YANG CEPAT :
DI KOLAM TERNAKAN KOMERSIAL, UDANG YANG TELAH MENCAPAI PERINGKAT BELIA ( POST LARVAE ), DIMASUKKAN DI KOLAM DAN DITERNAK SELAMA 3 HINGGA 6 BULAN. SEAWAL 3 BULAN SEBAHAGIAN UDANG DEWASA YANG MENCAPAI BERAT 30 GRAM SEEKOR, SUDAH BOLEH DIASINGKAN UNTUK DIJUAL.

3) TAHAN KEPADA SERANGAN PENYAKIT :
SERANGAN PENYAKIT YANG SERIUS JARANG BERLAKU DALAM TERNAKAN UDANG GALAH, LEBIH-LEBIH LAGI JIKA PROSEDUR-PROSEDUR DIIKUTI DENGAN KETAT.

4) HARGA PASARAN YANG TINGGI DAN STABIL :
MAKLUMAT YANG DIDAPATI DARI JABATAN PERIKANAN MALAYSIA , HARGA DI LADANG PADA TAHUN 2004 ADALAH RM 25 SEKILOGRAM. HARGA YANG KAMI DAPATI PADA TAHUN 2007 DI BEBERAPA LADANG TERNAKAN, TELAH MELONJAK KE PARAS RM 38 SEKILOGRAM.

5) PERMINTAAN YANG SENTIASA MENINGKAT :
PENGELUARAN UDANG GALAH DUNIA PADA TAHUN 1991 ADALAH BERJUMLAH 26594 TAN METRIK, MELONJAK KE 157,184 TAN METRIK PADA TAHUN 2001.
PENGELUARAN UDANG GALAH DI MALAYSIA PULA TELAH MELONJAK KEPADA 1338 TAN METRIK DARIPADA 145.10 TAN METRIK, DALAM TEMPOH YANG SAMA. UDANG GALAH ADALAH TERMASUK DALAM SPESIS TERNAKAN YANG TELAH DITETAPKAN OLEH MAJLIS TINDAKAN EKONOMI NEGARA (MTEN), DENGAN SASARAN 10 000 TAN METRIK PADA TAHUN 2010.
WALAU BAGAIMANAPUN, PENGELUARAN UDANG GALAH DI MALAYSIA MASIH BELUM MEMENUHI PERMINTAAN DOMESTIK DAN SUDAH TENTU BELUM LAGI MENCAPAI TAHAP EKSPOT.
INI BERMAKNA BANYAK LAGI KOLAM TERNAKAN KOMERSIAL PERLU DIBUKA SAMA ADA KECIL ATAU BERSKALA BESAR, UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN DOMESTIK DAN EKSPOT YANG TERBUKA LUAS.

6) PENGURUSAN TERNAKAN YANG MUDAH :
MENGIKUTI KURSUS-KURSUS TERNAKAN JANGKA PENDEK YANG DISEDIAKAN DAN MEMATUHI PROSEDUR YANG DITETAPKAN, ADALAH PERKARA – PERKARA YANG PENTING DALAM MENENTUKAN KEJAYAAN DALAM BIDANG INI.

7) KEUNIKAN UDANG GALAH :
UDANG GALAH MEMPUNYAI RASA YANG LAZAT, ISI YANG KENYAL DAN MERUPAKAN SPESIS YANG UNIK, KERANA DI MALAYSIA MERUPAKAN SATU-SATUNYA UDANG AIR TAWAR YANG BIASA DIMAKAN. ISINYA MEMENUHI SELURUH RUANG BADAN, KEPALA HINGGA KE KAKINYA YANG PANJANG BAGI UDANG JANTAN DEWASA.


Marketable size 30 grams per unit

Jering

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:

Jering
Archidendron jiringa ( Jack ) NielsenFamili: LeguminosaeNama lain: Jengkol
Buah jering juga tidak asing bagi masyarakat Melayu. Bijinya yang muda dimakan segar sebagai ulam atau dicicah dengan pelbagai resipi sambal ketika makan nasi.

Buahnya yang tua boleh dimasak dalam pelbagai resipi masakan tradisional. Cambahan kotiledonnya juga dimakan sebagai ulam. Pucuk jering berwarna ungu juga enak dimakan sebagai ulam. Keunikannya, jering dapat merangsang selera untuk makan nasi.
Bagaimanapun, jering tidak boleh dimakan banyak dan boleh menyebabkan kesakitan ketika membuang air kecil atau dipanggil �disepit jering�. Pengambilan yang sederhana sebagai ulam baik sebagai laksatif dan diuretik.

Jering mengandungi khasiat makanan sederhana. Dalam tiap-tiap 100 gram (g) bahagian buah muda mengandungi: air 93 g, protein 3.5 g, karbohidrat 1.7 g, lemak 0.1 g, kalsium 21 miligram (mg), fosforus 25 mg, ferum 0.7 mg, vitamin B1 0.1 mg, vitamin C 12 mg

Pokoknya sederhana besar dan mencapai ketinggian 20 meter. Batangnya licin, berwarna kelabu asap. Dahannya bercabang banyak dan membentuk silara yang rimbun dan rendang.
Daunnya majmuk pinat, terdiri daripada dua hingga tiga anak daunnya berbentuk ovat-elips hingga oblong. Berukuran 8 � 15 sentimeter (sm) panjang dan 4 � 5 sm lebar.
Ketika muda anak daun ini berwarna merah keunguan dan bertukar hijau muda apabila matang. Bunganya sub-umbel, kecil, stamen banyak berwarna putih.
Lenggainya berputar, 20 � 25 sm panjang, 3 � 4 sm lebar dan berlobus pada tempat yang mengandungi biji dan berwarna perang keunguan atau kehijauan.
Tangkai dan lenggainya berkayu dan liat. Bijinya orbikular, 2.5 � 3 sm diameter, tebar 1.5 sm, testa berwarna putih kekuningan dan apabila masak bertukar perang

Pokok jering mudah dibiakkan dengan cara semaian biji benih. Di kampung pokok ini ditanam dalam konsep dusun. Di hutan sekunder dan belukar pula, pokok jering masih lagi didapati tumbuh liar. Tupai dahan adalah penyebar utama pokok ini.

Sunday, March 16, 2008

Petai

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:

Petai
Nama Saintifik : Parkia speciosaFamili: Mimosaceae

BUAH petai tidak asing kepada masyarakat Malaysia sebagai ulam dan penyedap rasa dalam pelbagai resipi masakan tradisional. Buahnya sama ada dimakan segar, dijeruk atau direbus enak jika dimakan dengan nasi.

Ulam berkenaan dapat merangsang selera sehingga nasi dirasakan lebih enak dan menambah selera. Petai juga dikatakan mengandungi khasiat dan boleh dijadikan sebagai ubat.
Pokok petai berasal dari Malaysia, Indonesia dan Thailand. Kini, pokoknya masih lagi dapat dilihat tumbuh liar di hutan. Di dusun, pokok petai adalah pokok yang dominan dan sering ditanam bersama pokok buah-buahan lain.

Pokok sederhana besar, setinggi 30 meter, batangnya agak lurus, berwarna kelabu keperangan, licin dan silaranya rendang terbuka. Daunnya terdiri daripada 14 hingga 18 pasang, anak daunnya halus, berukuran 5 � 10 milimeter (mm), panjang 1.5 � 3 mm lebar, berwarna hijau muda.

Bunganya banyak dan halus, bersesak-sesak pada kepala bunga, berwarna putih kekuningan. Lenggainya berbentuk papan, 35 � 45 sentimeter (sm) panjang, 3 � 5 sm lebar, Bijinya bujur 2 � 2.5 cm diameter, tersusun melintang sepanjang papan lenggai.
Terdapat sejenis petai di Sabah dan Sarawak mempunyai biji tersusun membujur.

Biji petai mengandungi khasiat makan agak tinggi.
Dalam tiap-tiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air 70 g, protein 10 g, lemak 1.8 g, karbohidrat 16.9 g, kalsium 126 miligram (mg), fosforus 3 mg, ferum 3.4 mg, natrium 11 mg, kalium 376 mg, vitamin B1 0.15 mg, vitamin B 2 0.2 mg, niasin 0.5 mg dan vitamin C 32.7 mg

Pokok petai mudah hidup tetapi memerlukan tanah yang subur. Sebaik-baiknya ditanam dalam keadaan belakar atau konsep dusun. Pokok Petai biasanya hidup bersimbiosis dengan pokok lain.

BUAH-BUAHAN DAN NILAI UBATAN

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:WAN HAFIZAH WAN HASSAN


BUAH-BUAHAN DAN NILAI UBATAN

PENGENALAN
Ramai orang menganggap buah adalah sesuatu yang membesar selepas bunga layu dan mempunyai biji. Bahagian yang mengelilingi biji ialah buah. Manakala dalam aspek botani pula, buah adalah hasil daripada tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau jambak bunga. Definisi atau takrifan ahli botani ini merangkumi buah-buahan berisi yang wujud dari bahagian ovari bunga seperti reseptaker atau daripada penyangga (buah epal, strawberi ) , brektia atau daun pelindung dan daun pedunkel (nenas). Walaupun begitu majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak.

BUAH-BUAHAN DAN KHASIATNYA
Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.

Delima
Hilangkan Masalah Cacing
Delima sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan

Kurma
Hindar Gangguan Usus
Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.

Pisang
Merawat Kudis dan Luka
Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut

Mangga
Penawar Penyakit Hernia
Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluarga Anacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia. Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat

Nanas
Penawar Penyakit Batu Karang
Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceae dan mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi

Belimbing
Merawat Kencing Manis
Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi

Lemon
Berkesan Merawat Tonsilitis
Tonsilitis atau penyakit radang tonsil dibahagian kerongkong berpunca daripada serangan kuman bakteria streptokokus. Ia dapat di rawat dengan berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminum atau nama saintifiknya Citrus limon. Lemon yang kaya dengan vitamin C serta zat besi, patasium, kalsium dan fosforus berkesan merangsangkan sistem pelalian untuk membunuh kuman streptokokus. Serabut atau bulu-bulu putih yang terdapat di sebelah dalam kulit lemon dan limau-limau sitrus yang lain mengandungi bioflavonoids yang berkhasiat untuk kesihatan. Oleh itu serabut itu perlu dikikis daripada kulit kemudian dicampur dengan isi lemon sebelum dikisar halus. Lemon juga dengan vitamin B kompleksnya juga bertindak membunuh sejenis kuman bakteria dikenali sebagai stafilokokus. Ia turut berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, sifilis dan klamidia .

Pala
Melegakan Kembung Perut,
Pala sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Kulit arinya merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa yang disebut salap bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sakit kepala, selsema, disengat serangga dan lenguh-lenguh sendi. Ia berasal dari keluarga myristicaceae, yang dikenali dengan nama saintifiknya Myristica fragrans juga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Ia juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat. Bijinya pula mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit

Pinang
dengan Pelbagai khasiat Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama saintifiknya Areca catecu Linn dan berasal dari keluarga Arecaceae. Buah dan biji pinang bernilai tinggi dari segi perubatan. Biji pinang dikunyah bersama-sama daun sirih seperti yang lazimnya diamalkan oleh orang-orang tua sebagai salah satu petua untuk menguatkan gusi serta menghapuskan masalah mulut berbau busuk. Bagaimanapun, amalan memakan terlalu banyak pinang boleh memudaratkan kesihatan. Biji pinang juga mengandungi sejenis bahan yang boleh mencegah barah. Sabutnya pula digunakan oleh masyarakat zaman dulu untuk merawat cirit-birit. Ia juga berkesan untuk mengubati penyakit kulit seperti panau

Pisang kaki
Turunkan Tekanan Darah Tinggi
Pisang Kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung

Sengkuang Cina
Penawar Bronkitis
Bronkitis ialah sejenis penyakit radang tenggorok, iaitu saluran udara di bahagian kerongkong. Penyakit ini menyebabkan selaput pada cabang tenggorok menjadi merah dan bengkak. Dalam dunia perubatan tradisional, sengkuang cina merupakan penawar bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik. Rasanya manis dan menyejukkan serta elok dimakan bagi meredakan demam, selsema dan batuk. Sengkuang cina berasal dari keluarga Cyperacea dan kaya dengan karbohidrat, lemak, protein, vitamin C, kalsium, fosforus dan zat besi. Ia digunakan dalam perubatan tradisional cina untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Caranya dengan menggunakan tiga biji sengkuang cina dicampur dengan lobak putih yang dimesin halus dengan sedikit air dan madu

Ciku
Penawar Buang Air Berdarah
Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi

- Pelbagai Khasiat

Tembikai
Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah

Avokado
Hindar Sengal-sengal Tulang dan Sakit Jantung
- Avokado dikenali sebagai Persea americana yang berasal dari keluarga Lauraceae merupakan makanan berzat dan amat berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan zat makanan dan menambah berat badan khususnya dikalangan kanak-kanak. Ia mengadungi protein, zat besi kalsium, vitamin A, vitamin C, niasin, soldium dan potasium. Berasal dari negara beriklim separuh tropika. Sebiji avokado mengandungi kira-kira 300 kalori dengan 88 peratus daripadanya adalah lemak. Ia berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang. Amalan memakan buah avokado pada setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol disamping mengekalkan paras lipoprotein, sejenis kolesterol yang baik untuk mnghindarkan seseorang itu daripada diserang sakit jantung. Ia diamalkan di Brazil, Colombia, Equador dan Peru di Amerika Selatan

Betik
Selesaikan Sembelit
- Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari keluarga caricaceae. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah

KESIMPULAN
Dengan melihat kepada apa yang telah diperbincangkan, jelas membuktikan kepada kita bahawa, buah-buahan sememangnya mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan. Jadi penyelidikan yang terperinci berkaitan khasiat yang terkandung dalam buah-buahan perlu dipertingkatkan. Ini bukan sahaja penting untuk menyakinkan masyarakat, tetapi juga memandangkan rawatan dengan menggunakan tumbuhan semulajadi termasuk buah-buahan tidak mendatangkan kesan sampingan berbanding rawatan moden yang menggunakan ubatan sintetik yang dihasilkan di dalam makmal.

BIBLIOGRAFI
Dr. Azizah Osman. 1998. Khasiat buah pala: Rempah laut dan minyak urut yang mujarab.
Dewan Kosmik. Jabatan Sains Makanan UPM, November: 3 Dr. Ong Hean Chooi. 1998.
Jus Lemon mempunyai khasiat yang tinggi. Dewan Kosmik. Jabatan Botani UM, Oktober: 34-36. Mastika. 1995.
Tips Kesihatan. Oktober: 13. Mastika. 1997.
Tips Kesihatan. Feb: 16. Mastika. 1997.
Tips Kesihatan. Mac: 14. Mastika. 1997.
Tips Kesihatan. April: 20. Mastika. 1999.
Tips Kesihatan. Januari: 117. Mastika. 1996.
Tips Kesihatan. Oktober: 20. Mastika. 1996.
Tips Kesihatan. September: 18.

Panduan Menanam Roselle

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:Written by Utusan Malaysia >> Jumaat 16 November 2007
Monday, 19 November 2007


Panduan Menanam Roselle

ROSELLE, asam raya atau asam susur di kalangan orang tempatan merupakan tumbuhan industri dalam keluarga Malvacee. Tumbuhan berbunga merah dengan nama saintifik Hibiscus sabdariffa L.dipercayai berasal dari Afrika Barat tetapi ada yang mendakwa ia berasal dari India.Di negara ini, roselle ditanam secara komersial oleh pekebun kecil di Terengganu atas tanah bris dan berkembang di beberapa kawasan di Johor. Kaliks atau kelopak dari bunga roselle boleh diproses untuk mengeluarkan jus minuman, jem dan jeli.

Ia mengandungi kandungan vitamin C( asid askorbik ) yang tinggi iaitu sebanyak 260-280 miligram(mg) bagi setiap 100gram(g) kaliks kering.

Selain itu,setiap 100g kaliks segar mengandungi 2.85 ug vitamin D, 0.04 mg vitamin B1, 0.06 vitamin B2 dan 0.05 mg vitamin B2 kompleks.

Roselle merupakan tanaman semusim dengan pokok bersaiz renik dan boleh
tumbuh pada ketinggian 205 sentimeter ( sm ).

Tempoh hayat ekonominya ialah enam hingga 10 bulan dan pada masa itu beberapa
cabang akan keluar dari batang utama.

Batangnya berwarna merah gelap dan biasanya pokok akan lodge semasa matang kecuali pangkasan dibuat.

Daunnya berwarna hijau dan dan semasa peringkat awal, daun berbentuk bujur dan
Bertukar ke bentuk tiga jari.

Pokok mula berbunga pada pada usia 45 hingga 60 hari selepas ditanam dan sekuntum bunga akan keluar pada setiap ketiak daun.

Buah roselle berwarna merah gelap dan akan matang pada umur 35 hari selepas bunga kembang.

Setiap buah akan mengandungi lima kaliks dan bercantum bersama di bahagian bawah bunga.

Roselle hidup subur di tanah mineral dan tanah bris dan penanaman di tanah bris memerlukan pengairan dan pembajaan yang baik.


Penanaman

Penanaman hanya menggunakan biji benih di mana biji disemai dalam bekas yang sesuai dan anak benih sedia untuk ditanam ketika berumur 10-15 hari.

Roselle ditanam di atas batas berukuran 60 sm di tanah bris dan 90 sm di tanah mineral.Ini akan memberikan kepadatan 7, 400 pokok sehektar pada tanah mineral dan 11, 100 pokok sehektar pada tanah bris.

Penanaman roselle di tanah bris memerlukan penggunaan baja organik seperti tahi ayam dan baja sebatian NPK 15:15:15 dan NPK 12:12:17:2.

Pengairan

Sistem pengairan di peningkat ladang perlu dibina bagi menentukan paras air 60 sm dani permukaan. Bekalan air tambahan melalui sistem pengairan renjis perlu dibina. Penyakit kulat biasa menyerang ialah reput daun (Coniella rnusaiaensis var.Hibisci) dan reput batang (Phoina spp).Kejadian ini mudah berlaku sewaktu musim hujan. Kawalan menggunakan racun kimia seperti Carbendazim pada 0.05 peratus adalah disyorkan. Serangga perosak yang biasa menyerang Roselle adalah bena hijau, kumbang dan kutu (Podogrica gemelle, Phylloreta spp.).

Pengawalan boleh dilakukan dengan menggunakan Deltamethrin, Fenvalerate atau Carbaryl. Buah Roselle cukup matang dan sedia untuk dipungut pada 20 hingga 30 hari selepas bunga kembang. Pungutan buah roselle patut dilakukan pada selang tujuh hingga 10 hari untuk tempoh 50 hingga 60 hari. Pungutan dilakukan secara manual dengan memotong buah menggunakan gunting. Buah roselle perlu diproses dalam tempoh dua hari di mana buah dibuang kapsul untuk mendapatkan kaliks.

KERTAS KERJA PENTERNAKAN KAMBING

Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:http://www.sevennseven.com/APK/arahpadu2.doc

ARAH PADU ENTERPRISE
+NO. PENDAFTARAN 000975876-X
Tingkat 2, 3374, jalan 18/31,Taman Seri Serdang
43300 Seri Kembangan, Selangor
Tel/Fax : 603 89619713e-mail ssufiann@agribazaar.com.my


INI ADALAH CONTOH SAHAJA


PENGENALAN 3
LATAR BELAKANG KAWASAN 4

OBJEKTIF SYARIKAT 4

OBJEKTIF KERTAS KERJA 4

PLAN PEMASARAN 5

PENGURUSAN SYARIKAT 7

STRUKTUR PENTADBIRAN SYARIKAT 8
HARTA SYARIKAT 9
Harta Tetap
Harta Semasa

MODAL AWAL PROJEK YANG DIJALANKAN 11

KONSEP PENTERNAKAN 14

SISTEM PENTERNAKAN 14

ANGGARAN PERBELANJAAN / MODAL UNTUK
MEMBESARKAN PROJEK TERNAKAN KAMBING 17

INFRASTRUKTUR 18

DAYA MAJU PROJEK 18

KESIMPULAN 19

LAMPIRAN/RUJUKAN



PENGENALAN

Keperluan daging kambing negara.

Amnya permintaan terhadap komoditi ini terus meningkat dari tahuan ke setahun, sepertimana yang ditunjukkan oleh data berikut.

Pengeluaran Dan Permintaan Daging Kambing

Tahun
2002
2003
2005
2010
Pengeluaran
1.21
1.30
1.50
2.18
Permintaan
15.10
15.60
16.80
21.30
KSD(%)
8.01
8.33
8.93
10.23

Jabatan berpendapat, perlunya ada satu system pengeluaran yang produktif dan berdaya maju bagi meningkatkan bekalan punca tempatan dalam masa yang terdekat. Bermakna asas baka kambing yang sedia ada perlu digembeling ke dalam usaha pembangunan ini dan bagi mengurangkan pengantungan bekalan baka daripada luar negara, sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan impot barangan makanan.

LATAR BELAKANG SYARIKAT
Arah Padu Enterprise telah ditubuhkan pada tahun 1992. Syarikat ini banyak menumpukan aktiviti pembinaan / ubahsuai bangunan secara kecil-kecilan dan pengangkutan.
Syarikat mempunyai kontrak untuk menghantar suratkhabar dengan The New Straits Times Press (M) Bhd yang bermula daripada tahun 2001 hinggalah sekarang ini.
Walaupun bidang penternakan ini baru bagi syarikat ini, namun kemahiran untuk menjalankan penternakan ini datangnya daripada salah seorang rakan kongsi syarikat yang mempunyai pengalaman selama hampir 15 tahun dalam bidang penternakan.
Penternakan kambing telah bermula pada bulan November 2004 dengan permulaan sebanyak 10 ekor. Sehingga pada tarikh ini jumlah kambing yang dipelihara telah ditambah menjadi 20 ekor kesemuanya.
Oleh dengan itu, syarikat amat yakin bahawa rancangan untuk menceburkan diri dalam bidang penternakan ini adalah satu tindakan yang boleh mendatangkan keuntungan kepada pihak selain daripada memenuhi permintaan terhadap daging kambing.

OBJEKTIF SYARIKAT
Selama ini syarikat menumpukan kepada pekhidmatan pengangkutan dan juga pembinaan / ubahsuai, walaubagaimanapun pihak syarikat telah membuat satu pelaburan dalam bidang penternakan dengan membela kambing bagi.
Sehubungan dengan itu pihak syarikat telah melaburkan sejumlah modal dan telah membina kandang kambing di Balakong, Sg Besi. Pada masa sekarang terdapat lebih kurang 20 ekor kambing yang dipelihara.
Pada masa akan datang syarikat bercadang akan meluaskan dan mengembangkan lagi bidang penternakan kambing ini dengan cara menyewa tanah bagi membina kemudahan kandang yang lebih besar.

OBJEKTIF KERTAS KERJA
Tujuan utama kertas kerja ini dibuat adalah untuk mendapat pinjaman modal tambahan bagi memperbesarkan lagi perniagaan ini. Modal akan digunakan untuk menambahkan bilangan kambing yang diternak, membeli mesin perincih makanan (rumput gajah) dan bagi membeli makanan tambahan untuk kambing) pallet PKC/PKE).

PELAN PEMASARAN
Pihak syarikat akan menjual sendiri ternakan. Kriteria yang digunakan bagi menentukan masa jualan ialah berat hidup. Kambing boleh mula dijual apabila mencapai berat badan antara 30 - 35 kg.
Keyakinan bahawa daging kambing sentiasa mendapat pasaran adalah tinggi memandangkan permintaan terhadap daging kambing tempatan yang segar sentiasa ada dan bekalan di pasaran pula adalah tidak mencukupi.
Selain daripada itu konsep pemasaran seperti berikut juga akan dijalankan bagi menjual hasil daging kambing.
Pendekatan yang diambil adalah seperti:
a. Jualan sendiri:
menjual kambing hidup kepada sesiapa yang dirasakan sedia menawarkan harga yang baik dan menguntungkan.
Melalui Jabatan:
Pegawai Penyelaras Projek (TAC) boleh membantu untuk menjual ternakan kepada pembeli yang lebih besar seperti FAMA atau Syarikat Pembeli/Penyembelihan kambing yang besar dengan mengambil kira kos pengangkutan.
Menjual Daging di Pasar/Pasar Tani:
Penjualan dilakukan melalui timbangan berat hidup. Harga kambing yang dipelihara secara fidlot adalah lebih tinggi daripada kambing biasa, kerana mutu dagingnya lebih baik.
Contoh pengiraan jualan kambing secara terus :

Harga belian : RM300

Berat awal kambing : 20kg (a)

Berat akhir kambing : 35kg (b)

Kadar kenaikan berat : b – a = 20kg

Harga pasaran : RM16.00 – RM21.00 / kg

Purata harga : RM18.00

Jumlah jualan : RM18.00 x 35 = RM630.00


Kos bagi 6 bulan/ekor = RM100.80

Untung kasar = RM630.00 – RM100.80 = RM529.20/ekor

Untung bersih = RM529.20 – RM300* = RM229.20/ekor



Nota : * anggaran harga belian awal kambing pedaging

PENGURUSAN SYARIKAT
Pengurus Besar - Pentadbiran dan Kewangan
Mohd Sufian bin Kasim
Dilahirkan di Negeri Sembilan, berumur 38 tahun. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (kepj.) daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Bertindak sebagai Pengurus Pentadbiran dan Kewangan syarikat. Pengalaman beliau dalam bahagian pentadbiran dan kewangan banyak membantu dalam pelaksanaan projek ini. Selain daripada itu beliau juga mempunyai pengalaman selama lebih kurang 8 tahun menternak lembu milik keluarga.
Pengurus Projek Ternakan
Aziz bin Ri
Beliau dilahirkan di Kuala Lumpur, berumur 40 tahun. Beliau adalah pengasas syarikat Arah Padu Enterprise. Mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan kejuruteraan, pengangkutan. Selain daripada itu beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang pertanian dan juga penternakan. Telah mengikuti kursus penternakan lembu kelolaan Jabatan Haiwan di Pusat Latihan Vaterinar, Cermin Kiri, Trengganu.
Pengurus Pemasaran
Mejar (B) Sarmidi bin Marjudin
Beliau adalah seorang bekas pegawai tentera yang telah berkhidmat selama lebih 22 tahun. Lulusan Maktab Turus Angkatan Tentera dan mempunyai Diploma dalam Pengajian Strategik dan Keselamatan. Mempunyai dedikasi yang tinggi untuk mejayakan projek ini. Bidang pemasaran adalah salah satu daripada kemahiran beliau.
Beliau juga adalah salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur. Hubungan baik dengan ahli-ahli dewan membolehkan beliau memasarkan produk syarikat dengan lebih luas lagi.
Disiplin yang ada pada beliau adalah begitu tinggi dan selalu mengendalikan kerja secara teratur dan professional.

STRUKTUR PENTADBIRAN SYARIKAT ARAH PADU ENTERPRISE



PENGURUS BESAR


PENTADBIRAN
&
KEWANGAN
PENGURUS TERNAKAN
PENGURUS PEMASARAN


HARTA SYARIKAT
Pada masa sekarang syarikat mempunyai dua buah lori (3 tan dan 1 tan) dan sebuah van yang dimiliki sepenuhnya, kandang kambing dan kambing induk dan baka.
HARTA TETAP
Perkara Nilai (RM)
Lori 35,000.00
Lori 15,000.00
Kandang kambing 6,000.00
Kambing 22,800.00
-----------------------------------------------------------
Jumlah 78,800.00
===================================HARTA SEMASA
ORANG BERHUTANG
The New Straits Times Press RM19,900.00
DEPOSIT
Baki di bank setiap bulan untuk kegunaan = RM2,434.00 tiap bulan.

MODAL AWAL BAGI PROJEK YANG DIJALANKAN
Pihak syarikat telah mengambil inisiatif sendiri dengan mengeluarkan modal untuk memulakan projek ternakan kambing ini. Modal yang dikeluarkan adalah untuk membina kandang kambing, membeli baka kacukan dan tempatan (induk dan baka).
Sehingga sekarang ini syarikat mempunyai sejumlah 24 ekor kambing yang dipelihara.

Perkara Nilai (RM)
Kandang kambing 6,000.00
Belian kambing 10,000.00
-------------------------------------------------------
Jumlah 16,000.00
======================================


UNTUNG RUGI
BULANAN

Perkara Debit/bulan Kredit/bulan
Servis pengangkutan akhbar NSTP 9,950.00
Percetakan Keselamatan Negara 500.00
Minyak / tol 1,720.00
Gaji pekerja 2,200.00
Telefon 150.00
Servis kenderaan 200.00
Bil bulanan :
i. Kereta 480.00
ii. Rumah 750.00
iii. Southern Bank 1,016.00
iv. Kad kredit 1,500.00
----------------------------------------------------------------------------------
Jumlah 10,450.00
8,016.00
----------------------------------------------------------------------------------
Jumlah bersih 2,434.00
=====================================================
TAHUNAN
Cukai jalan/ Insuran (setahun)
Lori Mitsubishi 1,527.00
Lori Hicom 1,118.00
Van Toyota 359.00
Kereta 394.30
------------------------------------------------------
Jumlah 3,398.30
KONSEP PENTERNAKAN

Tujuan
Tujuan utama pihak syarikat memelihara kambing adalah untuk mendapatkan baka dan mendapatkan anak untuk dipelihara, digemuk dan dijual untuk pengeluaran daging.

Penggemukan (Fattening)
Memelihara anak-anak kambing terutamanya jantan dari 6 bulan hingga setahun atau setahun setengah dengan berat badan sekurang-kurangnya 25 kg sebelum dijual untuk sembelihan.

SISTEM PENTERNAKAN
Pada masa ini pihak syarikat telah mengamalkan sistem penternakan secara berkurung (intensif) dan separuh berkurung (semi-intensif).

Sistem Berkurung (intensif)
Sistem ini memerlukan perumahan yang sempurna, kerana kambing tidak dilepaskan meragut. Makanan dan minuman terpaksalah dibawa kepada mereka setiap hari iaitu konsentrat, rumput dan garam jilat. Kebiasaannya, sistem pemeliharaan begini diamalkan oleh penternak-penternak yang tidak mempunyai kawasan ragut atau untuk ibu-ibu kambing yang akan beranak dan selepas beranak dan juga bagi kambing jantan baka. Oleh kerana kambing tidak dilepas langsung, kemungkinan jangkitan penyakit adalah tinggi. Oleh itu, kandang hendaklah sentiasa bersih dan kering. Selain daripada itu, kambing senang diawasi untuk tujuan rawatan dan pengesanan penyakit.
Sistem Separuh Berkurung (Semi-intensif)
Pemeliharaan kambing secara sistem ini dilakukan dengan melepaskan kambing pada siang hari dan dikurung di dalam kandang pada waktu malam. Sistem ini mempunyai faedah di mana selain daripada perlindungan pada malam hari dan dari cuaca yang buruk, ianya juga memberi kebebasan untuk meragut rumput dan herba-herba yang lebih baik. Cara ini juga memberi kesempatan kepada anak kambing untuk bersenam dan mendapatkan cahaya matahari yang secukupnya. Pemeriksaan terhadap penyakit boleh dijalankan apabila kambing-kambing ini masuk ke kandang pada petang hari.

Sistem Intensif

Projek yang dijalankan adalah berbentuk intensif dan ala fidlot. Ternakan sepanjang masa berada di dalam kandang masing-masing. Bermakna satu-satu projek komersil hanya memerlukan kawasan seluas 2 ekar.


Penyimpanan rekod

Sepertimana peternakan kambing yang lain, setiap ekor ternakan diperlukan memakai tag telinga yang bernombor. Rekod-rekod pengurusan yang lain juga perlu ada dan dikemaskini seperti biasa. Rekod yang lengkap dan senantiasa kemaskini akan memudahkan pegawai yang akan memberikan perkhidmatan LTJ ke projek, usaha ini sudah pasti dapat memperbaiki prestasi dan kecekapan pengurusan dan akhirnya keuntungan bidangusaha.


Pemakanan

Pemakanan adalah merupakan perkara terpenting dan menjadi pendorong utama kepada system pengeluaran kambing. Baka kacukan yang baik tidak akan mampu memberikan kadar pertumbesaran yang tinggi jika kualiti dan kuantiti makanan tidak diperbaiki.

Makanan Kaprima Feeds (701 ) yang dirumus khas oleh sebuah syarikat tempatan dengan menggunakan kepakaran luar negara mempunyai ciri ransum makanan yang berkualiti tinggi, dengan kadar nutrien yang boleh dihazamkan ( total digestable nutrients, TDN) sebanyak 79%(purata) dan kandungan nutrien seperti berikut;

Nutrien Kandungan (%)

Bahan Kering 90.4
Protein kasar 18.5
Lemak kasar 3.3
Gentian kasar 8.1
Abu ( Jumlah ) 5.4
Kalsium 0.05
Phosphorus 0.43
T.Metabolaizable Energy (mJ/kg) 12.12


Seekor ternakan dewasa memakan kira-kira 400 ke 500gm sehari, dengan demikian menjadikan kos makanan seekor sebanyak 30 sen sehari. Ternakan amat digalakkan supaya diberikan juga serat yang diberikan dalam bentuk pelepah sawit, mahu pun daripada silage jagung. Ini bagi memastikan fungsi rumen tidak terjejas.



PEMBIAKBAKAAN

Satu keunikan system ini ialah penggunaan baka katjang ( baka kambing tempatan ) sebagai baka asas di permulaan program. Dengan itu lebih ramai serta memudahkan penternak kambing sedia ada terlibat. Bermakna kos projek dan masa diperlukan untuk memulakan sesuatu projek dapat dikurangkan. Oleh kerana itu kami percaya system ini mampu mempercepatkan pertumbuhan industri peternakan kambing tempatan.

Baka kambing tempatan dipilih oleh kerana beberapa ciri serta kekuatan yang terdapat pada baka ini, dan setelah dikacukkan ciri-ciri ini menyumbang kepada penambahbaikan baka kacukan yang dihasilkan, diantaranya termasuklah:-

1. Ketahanan penyakit, khususnya jangkitan cacing.
2. Kadar kelahiran yang baik,
3. Pertumbuhan daging dibahagian paha yang lebih baik daripada lain-lain baka.

Pembiakbakaan merupakan kacukan 3 baka. Baka kambing yang terlibat ialah Katjang, Jumnapari dan Anglonubian. Anak kambing yang unggul akan dilahirkan hasil kacukan 3 baka tersebut yang disertakan dengan pemilihan sifat/cirri tertentu di setiap peringkat kacukan.
ANGGARAN PERBELANJAAN / MODAL YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBESARKAN PROJEK TERNAKAN KAMBING
Kos untuk memperbesarkan lagi projek penternakan kambing adalah seperti Jadual 1 di bawah :

Ladang Kambing






Kos Pembangunan
Jadual 1


Bil. Unit

Kos/Unit
Jum Kos

1. PEMBANGUNAN TANAH











a) Pembaikan Pastura / Fodder
4
ekar
700
2,800







2. PEMBAIKAN BANGUNAN LADANG





a) Pejabat /Setor /Rumah KT
1

10,000
10,000

b) Kandang / Kemudahan
1

55,000
55,000

d) Pemagaran
1

10,000
10,000







3. LETRIK & UTILITI


2,500
2,500







4. PERALATAN LADANG
1

4,500
4,500

JUMLAH KECIL



84,800







5. PEMBELIAN KAMBING





Baka Pejantan
3

1,000
3,000

Baka Induk Betina
120

500
60,000

JUMLAH KECIL



63,000

JUMLAH KOS PROJEK



147,800

INFRASTRUKTUR

Kandang kambing tidak banyak berbedza dengan perumahan kambing lain. Perumahan yang dibuat ini adalah berasaskan kayu serta beratapkan zing atau asbestos. Tinggi lantai daripada tanah adalah kira-kira 6 kaki. Setiap ekor ibu diberikan keluasan 9 kaki persegi.

Konsep kandang yang akan dibina adalah seperti yang sedia ada sekarang ini Cuma dari lebih besar segi saiz . Kandang yang baru ini akan dapat menampung sebanyak 120 hingga 200 ekor kambing pada satu-satu masa. (Rujuk gambar)




DAYA MAJU PROJEK

Bagi projek kambing tempatan sedia ada, bagi membangunkan semula projek ke tahap komersil (120 ekor ibu) kos terlibat dianggarkan sebanyak RM 100,000.

Kekuatan projek ini ialah ianya berdaya maju dan komersil, berpandukan andaian-andaian parameter teknikal yang dinyatakan. Saiz minima projek ialah 120 ekor ibu. Modal untuk membangunkan projek yang 100% baru ialah sekitaran RM 200,000.00. Kadar pulangan dalaman(IRR) ialah 14% dengan titik pulangan modal diperolehi pada tahun yang ke 6.

Bagi projek kambing tempatan sedia ada, bagi membangunkan semula projek ke tahap komersil (120 ekor ibu) kos terlibat dianggarkan sebanyak RM 100,000. Bagi projek transformasi ini Kadar Pulangan Dalaman(IRR) ialah sebanyak 14% dan titik pulangan modal pada tahun ke 5 juga (Lampiran).

Model pengiraan daya maju projek ini mengambil kira purata pendapatan sebulan bagi pengusaha ialah RM3,000.00 sungguhpun pada tahun pertama kami meletakkan pendapatan pada kadar RM2,500.00/sebulan.


KESIMPULAN

Oleh dengan itu syarikat Arah Padu enterprise ingin menambahkan lagi jumlah bilangan kambing dan membesarkan kandang bagi tujuan mencapai tahap komersil yang lebih mendatangkan keuntungan.

Oleh yang demikian, dengan pembangunan komoditi ini, kami berharap dapat mempercepatkan dan akhirnya meningkatkan pengeluaran daging kambing tempatan, dan dalam kes ini daging kambing bermutu tinggi dan akhirnya mampu mengurangkan impot komoditi ini.

KURSUS IKAN KETUTU

Sekadar Rujukan dan Ilmu.
Pertanian adalah Perniagaan

kursus ternakan ketutu
(Sumber:Hanafiah The Fish Farmer: http://oxymarmoratus.blogspot.com/ )

Untuk penternak dan peminat ketutu, saya akan mengadakan kursus ternakan ketutu pada tarikh tarikh berikut :
1. 20hb Mac, 2008 - PJ, Selangor - dah penuh
2. 22hb Mac, 2008 - PJ, Selangor - dah penuh.
3. 12hb April, 2008 - PJ, Selangor - baru di buka.
4. 19hb April, 2008 - Sungai Petani, Kedah - baru di buka.

Yuran kursus : RM300 seorang termasuk makan tengah hari dan ubat ubatan ternakan ikan ketutu.
Untuk kursus di Sg Petani, tempat tinggal di Chalet terapung Sg Petani boleh di uruskan.

Tempahan RM80 tanpa air cond, RM150 dengan Air cond, chalet 2 bilik.
Satu kelas 15 orang.

Sila PM di puntius@streamyx.com atau sms ke 019-271-0431

PANDUAN MENTERNAK LEMBU TENUSU

Sekadar Rujukan dan Ilmu.
Pertanian adalah Perniagaan

PANDUAN MENTERNAK LEMBU TENUSU

sumber:http://ladanguluyam.blogspot.com

PANDUAN MENTERNAK LEMBU TENUSU

PEMBINAAN KANDANG

1.1.Penyediaan Tapak
1.Sebaiknya ditempat yang tinggi atau ditambak bagi mengelakkan menjadi lumpur
2.Berhampiran kawasan rumput
3.Berhampiran dengan punca air (sungai,kolam,perigi)
4.Kenderaan boleh datang dengan mudah

1.2.Keperluan Kandang
1.Ruang yang megikut jumlah lembu ( minima 30 kaki persegi/ekor)
2.Tempat makan (minima 2.5~3 kaki/ekor)
3.Tempat minum (10 gelen air/ekor/hari) senang dibersihkan
4.Tempat pemerahan
5.Longkang
6.Kolam najis

1.3.Keperluan Bahan Binaan
1.Lantai konkrit setebal 4 inci + BRC
2.Tiang kayu atau batu konkrit
3.Kayu pagar,dinding atau buruti (kayu hutang,saying,kayu biasa,2nd hand)
4.Atap zink,asbestos,rumbia,nipah (sebaiknya tidak panas)

PELAN SISI2.PENANAMAN RUMPUT DAN CARA PENGURUSAN RUMPUT

2.1.Rumput Napier

2.2 Kenapa Rumput Napier
1.Boleh menghasilkan minima 5 ~ 8 ekor lembu per ekar
2.Mudah ditanam dan dijagai
3.Senang dipotong
4.Mudah diangkut
5.Lembu menyukainya
6.Berkhasiat

2.3. Cara Menanam

2.3.1.Cara mendatar atau baling
1.Batang dipotong 2~3 kaki panjang2.Batang ditanam bersambungan antara satu dengan lain3.Jarak diantara barisan 2.5 kaki

2.3.2.Cara Cucuk
1.Batang Napier dipotong 1kaki panjang2.
2 batang satu pokok
3.Jarak antara 2.5 x 1.5 kaki2.

4 PEMBAJAAN

2.5 KAWALAN RUMPUT
2.6 PENYEDIAN RUMPUT
Rumput perlu ditanam tiga bulan sebelum ketibaan lembu.Penanam rumput hendaklah mengikut keperluan dan jumlah lembu yang dirancang.Nisbah keperluan rumput antara1ekar boleh menampung antara 5~8 ekor lembu.Bahagikan setiap ekar pada 4 blok dan dipotong mengiikut blok dan dibajai selepas memotong agar jumlah tunas menjadi bertambah banyak.Untuk Mendapatkan Hasil Rumbut Yang Tinggi

3.PEMELIHARAN LEMBU TENUSU

3.1.Baka Freshian Sahiwal (Dara Bunting 6 ~ 7.5 bulan).Umur lebih kurang 18 bulan dan berat lebih kurang 260kg.Berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara lembu betina jenis Friesian dan jantan Sahiwal. Baka ini dihasilkan khusus untuk dipelihara di Malaysia. Ia merupakan jenis dua-guna yang sesuai bagi Malaysia.Boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000kg. Purata berat anak semasa lahir 24kg. Berat matang ialah 360kg.Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37kg sehari.
3.2.Harga diantara RM4000.00 ~ RM4500.00 seekor.Umur 6~7.5 bulan.Jangka masa bunting selama 9½ (287 hari)sebelum ia melahirkan.
3.3.Lembu bunting perlu makanan yang baik iaitu :-1.Rumput secukupnya (40kg atau lebih/hari)2.Konsentrat antara 4 ~ 5 kg/hari
3.4.Lembu bunting akan terasa cemas apabila dibawa ke tempat baru.Ianya mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk menyesuaikan diri.Berikan lembu yang baru diterima itu makanan seperti rumput,konsentrat dan garam.Disini penternak perlu berdamping dengan lembu-lembu dengan menggosok gosok badan,leher dan muka untuk menjalinkan hubungan intim.Lembu akan cepat jinak jika dilakukan berterusan.
3.5.Kira-kira sebulan sebelum tempoh kelahiran,bawalah lembu-lembu ini ke tempat pemerahan.Beri ia makan konsentrak,menggosok dan mencuci tetek lembu bagi membiasakan lembu.Langkah ini akan menyenangkan aktiviti pemerahan bilamana lembu melahirkan anak kelak.

4.PENGURUSAN ANAK LEMBU

Setelah cukup atau lebih kurang 9.5 bulan ,lembu telah bersedia untuk melahirkan anak.Selalunya lembu akan melahirkan anak dengan tanpa ada sebarang masalah.Sekiranya timbul sebarang masalah,segeralah menghubungi Pegawai JPHPT yang berdekatan.

4.1.Periksa jika ada lendir yang melekat pada muncung anak lembu.Bersihkan lendir itu dengan kain yang bersih.
4.2.Periksa jika ada sebarang kecacatan.Ikat tali pusat 2~3 inci dari pusat.Potong sekiranya terlalu panjang,sapu iodine sehingga kering.Boleh juga digunakan Gusanex dan Dri-dress.
4.3.Pisahkan anak dari ibunya agar senang induknya diperah susu.Sebaiknya namakan anak lembu dan ibunya.(Sila rujuk ke Ladang Ulu Yam untuk menyaksikan aktiviti pemerahan dan gunanya anak dan induk diberi nama)
4.4.Beri susu awal lembu (Colostrum) kepada anak agar mendapat kekebalan penyakit.Jangan beri berlebihan kerana ianya akan menyebabkan cirit-birit dan anak akan lambat biasa dengan makanan.Anak yang berumur 6bulan keatas bolehlah dilepaskan ke padang ragut.

5.AKTIVITI PEMERAHAN SUSU

5.1.Lembu yang dipisahka dengan anaknya pada hari pertama.Pemerahan dilakukan 2 kali sehari.

5.2.Kandang mesti dicuci dan lembu perlu dimandikan dan dibersihkan badan.

5.3 Alat-alat yang digunakan untuk memerah-Baldi – baldi plastic,aluminium atau stainless steel.-Air – Air yang bersih-Ubat – Iodofor dan klorin-Tuala-Tong susu – Penapis susu – Napkin atau kain putih-Penimbang-Peti sejuk

5.4 Persediaan alat-alat pemerahanBasuh baldi,tuala,penapis dan tong susu dengan air dan sabun.Bilas alatan dengan klorin..Bilasan akhir dengan air didih untuk menghilang bau ubat.Keringkan alatan sebelum digunakan.

5.5 Persediaan Pemerah Susu.
1.Seorang pemerah susu mestilah berkeadaan bersih terutama kuku mesti pendek dan bersih.
2.Tangan tiada luka,pakaian atau pemakaian apron digalakkan.
3.Kasut pemerah mestilah bersih.
4.Seorang pemerah juga berkesihatan baik tiada penyakit atau mengidap demam atau selsema.
5.Cuci tangan dengan klorin bila ingin berpindah pada lembu yang lain.Ini dapatmengelak kuman berpindah sekiranya ada.

5.6.Persedian Lembu Tenusu
1.Berkeadaan tenang
2.Elakkan memukul dan menakutkan lembu
3.Lembu mesti dimandikan dan dibersihkan
4.Cuci tetek lembu dengan bersih
5.Ikat kaki belakang lembu dan leher lembu.
6.Jauhkan ternakan dari ternakan lain seperti kambing,ayam,itik atau anjing

5.7.Teknik Pemerahan- Putting susu dipegang dengan kesemua jari kedua-dua tangan-Perah dan lepas semua jari dan mengukut irama

6.SELESAI MEMERAH-Lembu-lembu dilepaskan ke padang ragut bagi akitiviti bersenam atau bagi melepaskan ketegangan sewaktu proses pemerahan susu dilakukan.Ini dapat mengelakkan lembu stress dan bengkak kaki.