Kebun Warisan's Followers

Sunday, November 21, 2010

PERUSAHAAN TANAMAN BETIK

PERUSAHAAN TANAMAN BETIK
Posted by harizamrry under Agro - Journal Pertanian | Label: Agro - Journal Pertanian |


Betik (Carica papaya) ialah tumbuhan semula jadi tropika Amerika. Buah betik berbentuk bujur yang agak panjang hingga ke bentuk yang hampir bulat. Kulit buah betik yang masak berwarna kuning cerah hinggalah kuning pekat. Isinya pula berwarna kuning, oren hingga ke warna merah cerah atau merah. Isi betik rasanya manis, sukulen dan aromanya seharum kesturi. Ia kaya dengan vitamin A dan C.

Pokok betik tumbuh tegak meninggi dan batangnya penuh dengan lingkaran parut bekas tangkai daun. Daun betik yang besar terbahagi kepada 5-9 cuping yang tidak sekata dan tumbuh pada sebelah atas bahagian pokok. Semua bahagian pokok betik termasuk daun, mengeluarkan getah putih apabila dicucuk.

Pokok betik membesar dengan baiknya di kawasan tropika. Ia hidup subur di kawasan yang menerima jumlah hujan yang sama sepanjang tahun tanpa banjir atau air bertakung, dan tempatnya terlindung daripada tiupan angin yang kencang.

Betik ditanam secara komersial di Selangor, Perak dan Johor. Di Johor pengeluaran betik varieti Eksotika secara komersial agak terhad akibat serangan virus bintik cecincin.

Antara pengeksport betik dunia, Malaysia menduduki tempat kedua selepas Mexico. Empat destinasi utama betik Malaysia ialah Hong Kong, Singapura, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi. Pada tahun 2002 nilai eksport buah betik dianggarkan sebanyak RM69 juta.

Selain dimakan segar, betik juga digunakan sebagai bahan dalam jem, pengawet dan ditinkan sebagai koktel buah-buahan. Buah yang muda dimakan sebagai sayuran atau dijeruk. Papain iaitu enzim yang terdapat dalam getah betik digunakan sebagai pelembut daging.

Terdapat banyak varieti baka tulen yang nyata di dunia pada masa kini. Kebanyakannya diwujudkan daripada program pembiakan yang sistematik dan selainnya daripada pemilihan yang dilakukan oleh penanam betik sendiri. Baru-baru ini kaedah bioteknologi telah digunakan untuk mewujudkan betik varieti transgenik. Varieti betik boleh dihasilkan melalui pendebungaan sendiri atau pendebungaan silang. Pada amnya, varieti ginodiesius (mempunyai pokok hermafrodit dan betina) mengalami pendebungaan sendiri atau pendebungaan silang, manakala varieti diesius (mempunyai pokok betina dan jantan) didebungakan dengan tangan.

Varieti tempatan
Eksotika ialah baka seturunan berpendebungaan sendiri yang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan Sunrise Solo kecuali saiz buahnya lebih besar. Di Malaysia ia amat popular untuk eksport dan pasaran tempatan. Hasil buahnya agak baik, lebih kurang 60 t/ha/tahun. Buahnya bersaiz kecil ke sederhana (400-800 g). Isinya berwarna oren-merah berbau harum dan kandungan gulanya tinggi iaitu 12-14 o Brix tetapi tidak tahan lama kerana teksturnya yang lembut. Ia juga agak rentan terhadap penyakit bintik buah dan penyakit daun atas berumpun/berkerekot.

Betik Sekaki atau dikenali sebagai betik Hong Kong ialah varieti kedua popular di Malaysia selepas Eksotika. Ia varieti pendebungaan silang dan pengeluar hasil yang prolifik (60-70 t/ha/tahun) dengan saiz buah yang sederhana iaitu 1.5-2.0 kg. Pokoknya agak rendah dan berbuah hampir ke tanah. Di ladang ia mudah diurus kerana sifatnya yang rintang terhadap penyakit daun atas berumpun/berkerekot. Betik Sekaki ini amat menarik, kulitnya licin, warna sekata dan bebas daripada bintik-bintik. Isinya merah, pejal tetapi kandungan gulanya tidak berapa tinggi iaitu 10 o Brix atau lebih rendah lagi.

Di Malaysia, hibrid F1 yang dinamakan Eksotika II telah diwujudkan daripada penghibridan titisan 19 dengan saudara sekandungnya, Eksotika (sebelumnya titisan 20). Hibrid ini telah diisytiharkan dalam tahun 1991, mempunyai ciri-ciri yang sama dengan Eksotika tetapi pengeluaran hasilnya 14-33% lebih tinggi kerana buahnya lebih besar dengan berat 600-800 kg sebiji. Rupa betik ini lebih menarik dengan kulit yang licin dan tahan terhadap bintik-bintik. Isinya lebih pejal dan tahan lebih lama, menjadikan ia lebih digemari untuk dieksport berbanding dengan varieti sebelumnya.


Gambar 1 : Sekaki, varieti buah besar yang popular di Malaysia


Gambar 2 : Eksotika II,varieti kecil untuk dieksport dari Malaysia


Gambar 3 : Rainbow, betik transgenik komersial dunia yang pertama dari Hawaii

Keterangan botani

Pokok betik mempunyai batang yang tegak meninggi dengan ketinggiannya mencapai 8 m dan tidak bercabang. Lilitan pangkal pokok 30-40 cm. Getah akan meleleh keluar dari mana-mana bahagian pokok yang tercedera atau terluka. Daun tumbuh dari bahagian puncak pokok, tersusun melingkari batang. Tangkai daun ini agak panjang dan mendatar dengan ukuran 35-105 cm. Daunnya besar dan lebar, terbahagi kepada 5-9 cuping yang tidak sekata bentuknya. Tulang dan urat daun berwarna kuning. Pokok betik boleh mengeluarkan bunga betina, jantan atau hermafrodit (sempurna). Bunganya wangi berisi dan licin mempunyai lima kelopak. Bunga berlainan jantina yang dihasilkan oleh pokok betik ini bergantung pada keadaan persekitaran dan tegasan.

Bentuk buah betik bujur hingga bulat dengan ukuran panjang 15-50 cm dan lebar 10-20 cm. Buah yang besar boleh mencapai berat sehingga 9 kg. Buah yang belum masak berwarna hijau dan keras dengan getah yang putih. Kulit buah yang masak berwarna kuning cair hingga ke kuning pekat, manakala isinya yang sukulen berwarna kuning, oren, jingga atau merah. Isinya juga manis berjus dengan bau haruman kesturi. Biji betik di dalam buah biasanya berwarna hitam dan dikelilingi selaput berisi yang lut sinar.

Pertumbuhan dan pembentukan
Pokok betik ialah pokok yang cepat membesar dan memerlukan bekalan nutrien yang banyak untuk mengeluarkan hasil yang tinggi. Pokok betik biasanya ditanam daripada biji benih yang mengambil masa selama 2-3 minggu untuk bercambah.

Pokok betik boleh hidup sehingga 25 tahun atau lebih tetapi produktivitinya menurun mengikut umur. Bagi pengeluaran betik dan papain segar, pokok betik elok ditanam semula setiap 3 tahun. Kadar pertumbuhan awal yang tinggi akan mengaruh pembungaan awal (dalam masa 6 bulan selepas ditanam) dan pembuahan awal (buah matang selepas 4-5 bulan pembungaan). Kadar pertumbuhan buah yang sederhana tetapi stabil dan secara relatifnya agak cepat, perlu dikekalkan bagi menghasilkan buah sepanjang tahun dan dalam kuantiti yang tinggi.

Ekologi
Buah betik ialah spesies tropika dan hampir tropika, terbatas dalam kawasan antara 32° Utara dan 32° Selatan dari Khatulistiwa, dengan julat suhu 21-33°C. Ia memerlukan hujan atau pengairan yang banyak tetapi mesti mempunyai saliran yang baik. Ladang betik seharusnya terletak di lokasi yang terlindung atau dikelilingi oleh pengadang angin kerana angin yang kuat akan merosakkan, terutamanya pada tanah yang tak dapat bertahan dengan kehilangan air akibat perpeluhan yang banyak.

Pokok betik tumbuh dengan baiknya pada tanah cepat salir, yang kaya dengan bahan organik dan pH tanah 6.0-6.5. Ia tahan terhadap apa jua jenis tanah dengan syarat tanah tersebut cepat salir dan tidak terlalu kering. Tanah yang sangat berasid boleh dipulihkan dengan penambahan kapur pada kadar 2.4-4.8 t/ha. Pada tanah organik yang kaya dengan nutrien, pokok betik tumbuh dengan baik dan berbuah dengan banyak tetapi buahnya berkualiti rendah. Akar pokok betik amat sensitif terhadap air yang bertakung. Banjir boleh memusnahkan pokok betik walaupun dalam tempoh yang singkat.

Asal dan sejarah
Walaupun tempat sebenar asal pokok betik tidak diketahui, namun dipercayai bahawa pokok betik ialah tumbuhan semula jadi tropika Amerika, mungkin Selatan Mexico dan Amerika Tengah. Biji benih dibawa ke Panama, kemudian ke Republik Dominica sebelum 1525. Penanamannya merebak ke seluruh Amerika Selatan dan Tengah, selatan Mexico, India Barat dan Bahamas dan ke Bermuda pada tahun 1616. Pelayar bangsa Sepanyol membawa biji benih ke Filipina di sekitar 1550 dan seterusnya ke Melaka dan India. Kemudian biji benih dihantar dari India ke Nepal pada tahun 1626. Ia sampai ke Hawaii pada 1800-1820. Kini betik terkenal hampir ke seluruh kawasan tropika.

Pembiakan

Pokok betik biasanya dibiak menggunakan biji benih. Biji benih diambil daripada buah yang masak, dibasuh dahulu bagi membuang selaput gelatinnya, dikeringkan dan didebukan dengan racun kulat. Biji benih ini perlu disemai dengan segera kerana kebolehhidupannya akan hilang dengan cepat semasa dalam simpanan. Selepas direndam semalaman, biji betik boleh disemai di batas pasir atau disemai terus ke dalam beg politena. Bagi memberi saliran yang baik, campuran tanah yang digunakan ialah 50% pasir, 25% baja organik dan 25% tanah atas. Biasanya, sebanyak 30-50 g biji benih (kering) diperlukan bagi keluasan sehektar. Biji benih disemai sedalam 1 cm pada jarak 2.5 cm di bawah 75% teduhan.

Tanah mungkin perlu dilencunkan dengan racun kulat benomyl atau captan bagi menghalang penyakit lecur (sp. Pythium ). Campuran tanah yang steril boleh juga digunakan kerana anak benih betik mempunyai kadar kematian yang tinggi akibat penyakit lecuh. Bagi menyediakan campuran tanah yang steril, letakkan 50:50 tanah kepada ‘vermiculite’ di dalam ketuhar pada suhu 93°C selama sejam. Dalam keadaan yang ideal, biji benih biasanya bercambah dalam masa 2 minggu, tetapi kadang-kadang memakan masa selama 3-5 minggu. Asid giberelik boleh digunakan untuk mempercepat percambahan. Selepas 6-8 minggu, anak benih sedia untuk diubah ke ladang. Anak benih tidak berapa baik responnya semasa mengubah. Mengubah perlu dilakukan dengan berhati-hati dan pastikan ia diubah sekali sahaja. Semasa mengubah pastikan akar yang dibaluti tanah itu tidak rosak. Anak pokok yang diubah perlu kerap disiram sehingga pertumbuhannya mantap.

Walaupun tidak biasa diamalkan, pokok betik boleh dibiakkan daripada keratan tampang. Keratan in dibiarkan mengeras selama beberapa hari, kemudiannya disokong dengan hujungnya menyentuh tanah lembap yang subur sehingga keluar akar. Apabila keratan separa kayu keras ini ditanam, ia akan berakar

Penanaman
Keadaan iklim mempunyai kesan yang ketara terhadap pertumbuhan pokok betik. Pada keseluruhannya, prestasi pokok betik adalah yang terbaik di kawasan tropika, yang mempunyai ciri-ciri suhu yang panas, kelembapan tinggi dan taburan hujan yang baik. Ia tumbuh dengan baiknya di kawasan yang menerima taburan hujan yang seragam sepanjang tahun tanpa banjir kilat atau keadaan air yang bertakung. Oleh sebab pokok betik mempunyai akar yang cetek, ia amat mudah rosak atau mudah rebah apabila terdedah kepada angin yang kuat. Taufan yang kuat kerap menyebabkan pokok tercabut, batang pokok patah, daun koyak atau pengabsisan bunga. Pemulihan pokok yang terjejas agak lambat dan buah yang dikeluarkan agak kecil.

Pokok betik membesar dengan baiknya apabila menerima cahaya matahari yang secukupnya. Namun, ia boleh ditanam sebagai tanaman selingan di bawah pokok kelapa atau sebagai tanaman kontan di antara anak pokok buah-buahan seperti mangga, sitrus atau rambutan.

Penyediaan tanah

Kawasan yang hendak ditanam dengan pokok betik perlu dibersihkan daripada tumbuh-tumbuhan kerana pokok betik amat sensitif terhadap persaingan. Pada kebanyakan tanah, satu pusingan bajak piring diikuti dengan satu pusingan bajak putar sudah memadai. Pada tanah yang mampat, subtanah dibajak sedalam 50 cm bagi membolehkan akar tembus jauh ke dalam tanah. Pembajakan subtanah membekalkan saliran yang lebih baik jika dibuat selari dengan garisan kontur tanah.

Kebanyakan tanah di kawasan tropika berasid dan memerlukan pengapuran sehingga mencapai pH 6 sebelum menanam pokok betik. Kawasan penanaman betik yang mendapat baja kapur yang cukup akan mengeluarkan buah lebih awal dan hasilnya lebih tinggi. Masa terbaik untuk menabur kapur (kalsium karbonat atau batu kapur magnesium kisar) ke tanah ialah selepas dua pusingan bajak piring. Sebanyak 3-4 t/ha diperlukan dan ia ditabur rata sama ada menggunakan traktor atau dengan menggunakan tangan. Selepas menabur, kapur dimasukkan ke dalam tanah dengan sekali pusingan bajak putar.

Selepas kapur disatukan ke dalam tanah, semburan menyeluruh kawasan yang dibajak menggunakan racun herba pracambah disyorkan. Ini bagi memastikan bahawa kawasan tersebut bebas daripada rumpai selama 6-8 minggu pertama pertumbuhan.

Pengapuran seharusnya dilaksanakan mengikut garis kontur dan setiap barisan jaraknya 2.7 m. Di dalam barisan, lubang digali pada jarak 1.8 m. Dengan jarak ini sebanyak 2000 pokok/ha boleh ditanam. Saiz lubang bergantung pada keadaan semula jadi tanah. Jika ia tanah yang rapuh, lubang sedalam 30 cm sudah memadai tetapi jika tanah itu jenis yang mampat atau tanah laterit yang keras ia digali sedalam 45 cm.

Mengubah anak benih

Peringkat unggul untuk mengubah anak benih dari nurseri ke ladang ialah di peringkat 8-12 helai daun pada anak benih. Di peringkat ini anak benih mengalami kejutan paling sedikit kerana saiznya yang optimum dan kecederaan akar yang minimum semasa mengeluarkan anak pokok ini dari polibeg.

Sebelum penanaman, 200 g TSP yang mengandungi 45% P2O5 dimasukkan ke dalam lubang dan digaul rata bersama tanah. Baja TSP lebih digemari berbanding Christmas Island Rock Phosphate (CIRP) walaupun harganya murah, kerana nutrien dalam TSP sedia untuk digunakan oleh anak pokok. Seperti yang telah dinyatakan, kebanyakan tanah di Malaysia berasid dan rendah kandungan fosfatnya. Dengan itu, suntikan awal fosfat akan mendatangkan kebaikan kepada pertumbuhan awal akar dan pucuk.

Proses penanaman sebenarnya mudah. Tanah di sekeliling lubang dimasukkan semula ke dalam lubang dan digaul dengan TSP yang sudah dimasukkan sebelumnya. Satu lubang kecil yang boleh memuatkan beg plastik anak pokok dibuat. Plastik polibeg dikoyak dengan berhati-hati supaya ketulan tanah berakar tidak terganggu dan ia di masukkan ke dalam lubang. Tanah di sekeliling pangkal pokok ditekan. Amalan menghentak-hentak tanah dengan kaki tidak digalakkan, kerana dengan cara ini tanah di sekeliling pokok menjadi cepat padat. Kedalaman penanaman yang paling baik ialah apabila aras tanah menutupi pangkal pokok setinggi 2 cm. Jika lebih cetek dari aras ini, anak pokok menghadapi risiko pendedahan permukaan akar akibat hakisan, manakala penanaman yang terlalu dalam akan menyebabkan penyakit reput pangkal.

Sistem penanaman dua dan tiga titik (tapak) pada amnya melibatkan penanaman dua atau tiga anak pokok pada satu titik pada jarak 30 cm antara satu sama lain. Selepas lebih kurang 3 bulan, apabila pokok mula berbunga, jantina pokok ketika ini boleh dibezakan dengan memeriksa bunganya. Bunga hermafrodit lebih panjang manakala bunga betina berbentuk bulat. Pokok yang betina dibuang meninggalkan hanya satu pokok hermafrodit pada satu titik. Apabila terdapat kes semua pokok betina tumbuh pada satu titik, hanya satu pokok betina ditinggalkan. Dengan menggunakan sistem ini, pencapaiannya ialah pokok hermafrodit 80-85% bagi penanaman dua titik dan lebih 90% bagi penanaman tiga titik.

Sungkupan polietilena di atas batas dapat mengurangkan kehilangan lembapan, larut lesap baja dan dapat mengawal rumpai dengan berkesan. Sungkupan organik seperti rumput, tatal kayu, sekam padi, tandan kosong kelapa sawit dan bahan-bahan yang lain juga boleh digunakan.

Jadual berikut menunjukkan jarak dan kepadatan tanaman
Jarak penanaman (m) Kepadatan tanaman (pokok/ha)
2.5 x 2.5 1,600
3.0 x 3.0 1,111

Pengurusan rumpai
Pengurusan rumpai ialah bahagian yang penting dalam penanaman pokok betik. Selepas pembersihan dan pembajakan piring, kawasan yang hendak ditanam itu perlu disembur secara menyeluruh dengan racun herba pracambah seperti diuron supaya tanah tersebut bebas daripada rumpai selama 6-8 minggu. Penggunaan racun herba yang minimum di peringkat awal pertumbuhan amat penting kerana batang anak pokok yang lembut sangat rentan terhadap kecederaan yang disebabkan oleh racun ini.

Selepas 3 bulan penanaman, rumpai mungkin muncul bertompok-tompok. Keadaan ini perlu diberi perhatian segera. Semburan perlu dilakukan di sebelah pagi apabila angin tidak kuat (kelajuan kurang daripada 1 m/saat) bagi mengelakkan pokok daripada terkena racun herba. Batang pokok betik kekal hijau selama 4-5 bulan selepas ditanam di ladang. Sentuhan secara langsung dengan racun herba boleh menyebabkan nekrosis, reput batang dan pokok akan rebah.

Bagi mengurangkan sebarang kemungkinan kerosakan akibat racun herba semasa peringkat kritikal iaitu ketika batang pokok masih hijau, sungkupan pada setiap batang pokok amat disyorkan. Sungkupan serta merta di pangkal batang pokok dapat mengurangkan keperluan menggunakan racun herba di sekeliling pokok. Rumpai yang muncul sekali sekala boleh diracun atau dicangkul.

Merumpai menggunakan bahan kimia boleh dijalankan setiap 6 minggu. Namun, penyemburan bulanan mungkin perlu semasa musim lembap. Walaupun kosnya agak tinggi, basta disyorkan untuk digunakan dalam tempoh pertumbuhan awal kerana ia kurang fitotoksik terhadap anak pokok betik. Apabila pokok mencapai umur lebih 6 bulan, racun herba yang lebih murah boleh digunakan.

Mencantas
Pokok betik tidak perlu dicantas. Namun, ramai juga penanam yang mencubit anak pokok atau memotong pokok dewasa bagi menggalakkan percabangan bagi menghasilkan lebih banyak buah.

Pengairan
Pengairan merupakan aspek paling kritikal dalam penanaman pokok betik, terutamanya semasa peringkat awal pertumbuhan dan semasa kemarau yang panjang. Pada amnya, pokok betik perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kering bagi mengelakkan penyakit bawaan udara (e.g. Phythophthora ) iaitu reput akar, tetapi ia memerlukan air yang cukup untuk daunnya yang besar. Kekurangan lembapan biasanya membantutkan pertumbuhan pokok dan menyebabkan bunga dan putik gugur. Oleh itu, bekalan air yang mencukupi melalui pengairan amatlah genting dan ia dapat membantu dalam meningkatkan saiz dan bilangan buah yang dapat dipasarkan. Namun, perlu berhati-hati supaya tiada lembapan berlebihan kerana ia akan menyebabkan kejadian penyakit yang tinggi.

Jumlah hujan bulanan yang minimum sebanyak 100 mm diperlukan tanpa pengairan tambahan bagi pengeluaran yang sederhana. Pengeluaran yang baik diperoleh dengan pemberian air 90 L/pokok/minggu sebaik saja selepas menanam atau semasa musim basah dan 120-240 L/pokok/minggu dalam tempoh kering.

Saliran yang baik perlu dipertimbangkan kerana pokok betik amat sensitif terhadap air yang bertakung. Akar akan reput selepas 24 jam terendam. Pokok yang terjejas akan kekal bantut. Daun bahagian bawah akan layu, menjadi kuning dan gugur, meninggalkan beberapa helai daun di puncak pokok. Apabila air surut, akar adventitius yang baru akan tumbuh dari akar yang masih sihat, tetapi pemulihan pokok amat lambat dan hasilnya tidak ekonomik. Pokok kerap tumbang kerana hilang tapak pegangan. Bagi mengatasi masalah ini, pastikan kawasan yang dipilih untuk menanam itu mempunyai tekstur tanah yang baik dengan saliran yang mencukupi.

Pengurusan rumpai
Pengurusan rumpai ialah bahagian yang penting dalam penanaman pokok betik. Selepas pembersihan dan pembajakan piring, kawasan yang hendak ditanam itu perlu disembur secara menyeluruh dengan racun herba pracambah seperti diuron supaya tanah tersebut bebas daripada rumpai selama 6-8 minggu. Penggunaan racun herba yang minimum di peringkat awal pertumbuhan amat penting kerana batang anak pokok yang lembut sangat rentan terhadap kecederaan yang disebabkan oleh racun ini.

Selepas 3 bulan penanaman, rumpai mungkin muncul bertompok-tompok. Keadaan ini perlu diberi perhatian segera. Semburan perlu dilakukan di sebelah pagi apabila angin tidak kuat (kelajuan kurang daripada 1 m/saat) bagi mengelakkan pokok daripada terkena racun herba. Batang pokok betik kekal hijau selama 4-5 bulan selepas ditanam di ladang. Sentuhan secara langsung dengan racun herba boleh menyebabkan nekrosis, reput batang dan pokok akan rebah.

Bagi mengurangkan sebarang kemungkinan kerosakan akibat racun herba semasa peringkat kritikal iaitu ketika batang pokok masih hijau, sungkupan pada setiap batang pokok amat disyorkan. Sungkupan serta merta di pangkal batang pokok dapat mengurangkan keperluan menggunakan racun herba di sekeliling pokok. Rumpai yang muncul sekali sekala boleh diracun atau dicangkul.

Merumpai menggunakan bahan kimia boleh dijalankan setiap 6 minggu. Namun, penyemburan bulanan mungkin perlu semasa musim lembap. Walaupun kosnya agak tinggi, basta disyorkan untuk digunakan dalam tempoh pertumbuhan awal kerana ia kurang fitotoksik terhadap anak pokok betik. Apabila pokok mencapai umur lebih 6 bulan, racun herba yang lebih murah boleh digunakan.

Mencantas
Pokok betik tidak perlu dicantas. Namun, ramai juga penanam yang mencubit anak pokok atau memotong pokok dewasa bagi menggalakkan percabangan bagi menghasilkan lebih banyak buah.

Pengairan
Pengairan merupakan aspek paling kritikal dalam penanaman pokok betik, terutamanya semasa peringkat awal pertumbuhan dan semasa kemarau yang panjang. Pada amnya, pokok betik perlu sentiasa berada dalam keadaan yang kering bagi mengelakkan penyakit bawaan udara (e.g. Phythophthora ) iaitu reput akar, tetapi ia memerlukan air yang cukup untuk daunnya yang besar. Kekurangan lembapan biasanya membantutkan pertumbuhan pokok dan menyebabkan bunga dan putik gugur. Oleh itu, bekalan air yang mencukupi melalui pengairan amatlah genting dan ia dapat membantu dalam meningkatkan saiz dan bilangan buah yang dapat dipasarkan. Namun, perlu berhati-hati supaya tiada lembapan berlebihan kerana ia akan menyebabkan kejadian penyakit yang tinggi.

Jumlah hujan bulanan yang minimum sebanyak 100 mm diperlukan tanpa pengairan tambahan bagi pengeluaran yang sederhana. Pengeluaran yang baik diperoleh dengan pemberian air 90 L/pokok/minggu sebaik saja selepas menanam atau semasa musim basah dan 120-240 L/pokok/minggu dalam tempoh kering.

Saliran yang baik perlu dipertimbangkan kerana pokok betik amat sensitif terhadap air yang bertakung. Akar akan reput selepas 24 jam terendam. Pokok yang terjejas akan kekal bantut. Daun bahagian bawah akan layu, menjadi kuning dan gugur, meninggalkan beberapa helai daun di puncak pokok. Apabila air surut, akar adventitius yang baru akan tumbuh dari akar yang masih sihat, tetapi pemulihan pokok amat lambat dan hasilnya tidak ekonomik. Pokok kerap tumbang kerana hilang tapak pegangan. Bagi mengatasi masalah ini, pastikan kawasan yang dipilih untuk menanam itu mempunyai tekstur tanah yang baik dengan saliran yang mencukupi.

Pembajaan

Dalam pengurusan yang baik, pokok betik yang membesar dengan pantas dan berterusan mempunyai potensi pengeluaran buah sepanjang bulan di sepanjang tahun. Dengan itu, bekalan nutrien yang banyak pada tempoh yang tetap untuk pertumbuhan yang baik dan pengeluaran buah yang berkualiti amat kritikal. Pengapuran tanah sebelum menanam ialah amalan yang baik, kerana pH tanah 6-6.5 dianggap optimum untuk pertumbuhan dan prestasi hasil bagi pokok betik. Bagi kebanyakan tanah di kawasan tropika, 3-4 t/ha kapur diperlukan. Pokok betik yang mendapat cukup baja kapur, berbuah lebih awal dengan hasil yang tinggi dan dapat dipasarkan.

Semasa peringkat awal pertumbuhan, bekalan nitrogen dan fosforus yang cukup perlu dibekalkan bagi memastikan pertumbuhan tampang yang baik. Pada peringkat pembuahan, aras kalium perlu ditambah bagi meningkatkan kualiti buah (supaya warna isi lebih menarik, lebih manis dan lebih pejal). Pada masa yang sama, aras fosforus pula perlu dikurangkan bagi mengekalkan saiz buah yang besar. Bagi nitrogen, arasnya tidak berubah di sepanjang peringkat tampang dan pembuahan. Namun, baja bernitrogen yang berlebihan terutamanya baja organik perlu dielakkan kerana ini akan menggalakkan balikan seks daripada bunga hermafrodit kepada bunga betina yang menghasilkan buah yang tidak menentu bentuknya.

Faktor kepelbagaian jenis tanah, keadaan cuaca dan amalan pengurusan, membuatkannya perlu untuk membentuk pengesyoran bagi sesuatu kawasan yang khusus berasaskan analisis tanah dan foliar. Di Malaysia sebanyak 50-100 g/pokok rumusan 15:15:15 diberikan setiap bulan sehingga anak pokok berumur 4 bulan. Selepas itu, rumusan 12:12:17:2 diberikan sebanyak 180 g/pokok setiap bulan. Sebagai tambahan kepada baja bukan organik yang disyorkan, tahi ayam, efluen kilang kelapa sawit atau baja organik yang lain ditambah dalam tempoh yang tetap. Pemberian baja organik ini perlu dihadkan kepada 2 kg/pokok dalam tempoh 4 bulan kerana pemberian baja organik yang tinggi mengaruh pertumbuhan tampang secara berlebihan dan mengurangkan hasil dan kualiti buah.

Kekurangan nutrien
Kekurangan boron amat penting dalam penanaman betik, terutamanya apabila ditanam di tanah berpasir. Bagi pokok yang sedang membesar, daun yang muda menjadi rapuh dan berbentuk mencengkam. Pada peringkat pembuahan, simptomnya ditunjukkan pada buah yang menjadi herot dengan kulit yang kasar dan permukaan buah berbenjol-benjol (Gambar 1). Pokok yang terjejas terbantut pertumbuhannya, pembentukan buah merosot teruk manakala buah yang terjejas tidak menghasilkan biji, tidak terbentuk dengan baik dan pemasakan tidak sekata dengan kandungan gula yang rendah. Kekurangan boron boleh dirawat dengan menggunakan borax sebanyak 5-10 g/pokok atau semburan foliar dengan 0.25% larutan borax .


Gambar 1: Permukaan buah betik yang kasar atau berbenjol-benjol kerana kekurangan boron. Foto oleh P. Raveendranathan

FERTILISER APPLICATION

Fasa
Umur pokok*(bulan ) Jenis baja Kadar/bulan Masa membaja
Vegetatif 1 15:15:15 (NPK) 50g Sekali setiap bulan
3 15:15:15 (NPK) 100g Sekali setiap bulan

* Pada tempoh ½ tahun 2 kg/pokok bahan organik tanaman diberikan TSP1 = Triple Super Phosphate

Baja borax (1-5 g/pokok) perlu ditambah jika simptom kekurangan boron kelihatan.

Pembungaan dan pembuahan

Pokok betik boleh dibezakan berasaskan jenis seksual, iaitu sama ada pokok hermafrodit, pokok jantan atau pokok betina. Pokok hermafrodit biasanya mengeluarkan satu atau beberapa bunga dwiseks pada setiap buku ruas. Bunga dwiseks ini sensitif terhadap persekitaran dan dari semasa ke semasa boleh berubah ke balikan seksnya sama ada menjadi bunga betina atau bunga jantan. Pokok betina menghasilkan satu atau dua bunga betina pada setiap buku ruas, manakala pokok jantan tidak berbuah tetapi mengeluarkan banyak pendulus bunga jantan yang panjang. Walaupun kedua-dua pokok betina dan hermafrodit boleh berbuah, pokok betina menghasilkan buah yang bulat manakala pokok hermafrodit menghasilkan buah yang agak panjang berbentuk silinder.

Produktiviti pokok betik boleh terjejas teruk disebabkan keadaan cuaca. Terutamanya, hujan, suhu, kelembapan relatif dan taufan yang amat mempengaruhi pembungaan, pembuahan, kejadian penyakit dan kematangan buah. Kemarau yang panjang yang dikaitkan dengan suhu yang tinggi, menjejaskan pengeluaran buah dengan teruk kerana keadaan tersebut mengaruh penguguran struktur bunga dan buah yang menyebabkan fasa steril atau putus buah pada batang pokok (Gambar 2).
Di sebaliknya pula, suhu dingin dan keadaan yang basah akan menyebabkan bunga hermafrodit berbalik menjadi bunga betina, menghasilkan buah yang tidak menentu bentuknya (Gambar 3), yang tidak dapat dipasarkan. Keadaan cuaca yang panas tidak memberikan kesan terhadap hasil betik di Malaysia.

Penjarangan buah ialah amalan penting yang akan mengawal pengeluaran dan meningkatkan peratusan buah yang mempunyai saiz yang seragam yang boleh dipasarkan. Selepas berputik, peringkat awal pembentukan buah sangat cepat. Putik yang lambat membesar selepas lebih kurang seminggu berputik, mungkin tidak akan menjadi buah yang boleh dipasarkan. Oleh sebab buah seperti ini tidak berbiji dan kecil saiznya, ia harus dibuang. Buah lain yang perlu dibuang ialah putik yang tidak menentu bentuknya dan yang menunjukkan tanda-tanda kerosakan. Pada amnya, disyorkan supaya hanya sebiji buah ditinggalkan pada setiap buku ruas. Apabila terdapat banyak putik pada satu buku ruas hanya yang terbesar sahaja disimpan.

Oleh sebab pokok betik tidak dapat ditentukan jantan betinanya sehingga mula berbunga, iaitu selepas 6 bulan percambahan, jadi dalam ladang yang kecil, pastikan hanya 3 atau 4 pokok betina atau tanam pokok hermafrodit. Buah menjadi matang selepas 4 bulan pembungaan. Bergantung pada varieti yang ditanam, keadaan iklim dan amalan pengurusan kultur, hasil buah betik yang boleh dipasarkan berjulat daripada serendah beberapa tan hingga ke 60 t/ha. Biasanya sebanyak 100 biji/pokok boleh didapati dalam tempoh penuaian 1.5-2 tahun. Selepas itu bahagian pokok sebelah atas boleh dicantas bagi mengeluarkan cabang sekunder bagi menghasilkan lebih buah. Untuk tahun pertama, lebih kurang 15-20 t/ha buah boleh diperoleh dan 30-50 t/ha pada tahun kedua.

RINGKASAN PROSES PENGELUARAN BUAH BETIK
Tindakan Apa tindakan perlu diambil? Bagaimana tindakan dilakukan? Bila tindakan diambil? Kenapa tindakan dilakukan?
Membuat baris dan lubang Membaris dan memacak pancang pada jarak 1.8 m x 2.7 m di sepanjang garis kontur, gali lubang 30 cm x 30 cm x 30 cm Membuat baris, secara manual gali lubang dengan tangan atau menggunakan mesin.
Mengubah Tambah 200 g TSP, aras tanah 2 cm dari pangkal pokok Secara manual Anak benih mempunyai 8-12 helai daun. Peringkat anak benih mengalami paling sedikit kejutan, suntikan awal fosfat untuk anak benih
Pengairan 60–90 L/pokok/minggu selepas menanam dan semasa musim lembap, 120-240 L/pokok/minggu semasa tempoh kering Pembanjiran alur, perenjis mikro, jet, pemancar titis. Kritikal di peringkat awal pertumbuhan dan semasa kemarau yang berpanjangan Kekurangan lembapan membantutkan pertumbuhan tetapi air yang berlebihan membawa kepada penyakit akar.
Kawalan rumpai Racun herba pracambah, semburan tompok, sungkupan di sekeliling pangkal pokok. Secara manual Sebelum menanam, setiap 6 minggu Bagi menghalang saingan dengan pokok betik
Penuaian Buah dipetik dengan tangan Secara manual atau menggunakan galah panjang yang mempunyai bakul dawai. 17-20 minggu selepas antesis bunga, indeks warna 2 atau 3

Kematangan buah
Pokok betik di kawasan tropika mula berbunga 3- 4 bulan selepas ditanam dan buah matang 5 bulan kemudian. Selepas antesis bunga iaitu antara 17-20 minggu, terdapat pelbagai peringkat kematangan buah yang optimum. Kepelbagaian ini dipengaruhi oleh cuaca dan umur pokok. Menuai pada peringkat kematangan yang sesuai sangat perlu bagi memastikan kualiti dan tempoh penyimpanan dapat dimaksimumkan.

Penuaian
Buah hendaklah dipetik pada indeks warna 2 atau 3 bagi membolehkan masa yang lebih untuk pengendalian dan penyimpanan seterusnya. Pada peringkat ini terdapat juga sedikit kerosakan yang disebabkan oleh antraknos atau lalat buah. Buah pada indeks warna 1 tidak sesuai dipetik untuk dimakan segar kerana belum matang dan ia tidak akan menjadi lembut atau berubah warna. Buah yang dipetik pada indeks warna 4 dan 5 juga tidak sesuai kerana sudah masak dan tidak boleh disimpan lama untuk tujuan pemasaran.
Buah sulung keluar lebih kurang 1-1.4 m dari aras tanah, jadi memetik buah dengan menggunakan tangan pada tahun pertama agak selesa. Pada tahun kedua pemetikan buah menjadi rumit kerana buah melebihi aras yang boleh dicapai tangan. Dalam keadaan ini, bagi memudahkan pemetikan buah, galah panjang yang mempunyai bakul dawai yang beralaskan span di hujungnya boleh digunakan. Selain itu, di hujung galah juga boleh dipasangkan jaring nilon yang diikat pada bingkai bulat, gunanya untuk menadah buah yang tanggal dari pokok. Buah yang dipetik disusun dalam bakul plastik yang dilapis kain atau surat khabar bagi menghalang kecederaan pada buah.

Kemusiman pengeluaran buah
Buah betik dianggap buah yang tidak bermusim tetapi menunjukkan puncak pengeluaran yang nyata dalam kitaran hayatnya. Puncak pengeluaran berlaku setiap 3 bulan, bermula dengan puncak pertama pada bulan ke 11 selepas penanaman. Fasa pengeluaran terbaik ialah di sekitar bulan ke 13 dan 14. Puncak-puncak selepas ini kurang nyata sehinggalah pokok mencapai penghujung jangka hayatnya lebih kurang 18-24 bulan. Corak pengeluaran boleh dipengaruh oleh keadaan cuaca terutamanya taburan hujan. Dalam keadaan kemarau, pemasakan buah terlambat selama 2 minggu atau lebih dan beberapa biji buah pada pokok yang sama masak serentak apabila hujan mula turun.

Corak pengeluaran buah betik Eksotika
Mengatur tarikh penanaman yang berperingkat-peringkat tidak menjamin puncak pengeluaran yang disasarkan (juga berperingkat-peringkat), kerana pokok betik amat sensitif terhadap perubahan cuaca dan pengeluaran bunga paling prolifik semasa musim hujan. Dengan itu, semua pokok betik dalam lokasi yang sama, akan memberi respon sewajarnya dan menunjukkan persamaan dalam corak pengeluaran tanpa mengira umur. Corak pembuahan yang ditunjukkan oleh tempoh puncak dan kurang daya pengeluaran akibat kepelbagaian keadaan cuaca menyebabkan bekalan dan harga betik tidak stabil.

Rajah pengendalian lepas tuai

Pengendalian lepas tuai bagi buah betik memerlukan pemerhatian dan penjagaan yang rapi. Buah betik rentan terhadap beberapa faktor yang boleh mengurangkan kebolehpasaran, termasuklah suhu yang terlampau tinggi atau rendah atau suhu yang kerap turun naik, lembapan, penyakit dan kerosakan mekanikal. Pendedahan kepada faktor-faktor ini melalui pengendalian yang tidak betul boleh menyebabkan buah tidak atau terlebih masak, kualiti tidak konsisten dan rasa tidak sedap. Ini menyebabkan kerugian lepas tuai yang tinggi. Jika dikendali dengan baik, buah betik boleh mengekalkan tempoh simpan selama 4-6 bulan dalam keadaan tropika yang ambien (25-28°C), atau sehingga 3 minggu pada suhu rendah (10-12°C).

PENGGREDAN
Bagi tujuan eksport hanya buah hermafrodit berbentuk piriform dipilih dan digred mengikut peringkat kematangan (indeks kematangan) dan saiz. Buah dikelaskan sebagai besar (601-800 g), sederhana (361-600 g) dan kecil (250-350 g). Buah yang besar dan sederhana biasanya dieksport ke Singapura, China dan Timur Tengah, manakala buah yang kecil dipasarkan ke Eropah. Pada masa ini betik Eksotika tidak dieksport ke Jepun, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat kerana negara-negara tersebut mempunyai peraturan kuarantin yang ketat yang memerlukan penyahserangan lepas tuai.

Indeks warna
Kematangan betik Eksotika dibahagikan kepada 6 peringkat warna kulit seperti berikut:

Indeks warna 1 : Hijau keseluruhan
Indeks warna 2 : Hijau dengan kesan warna kuning
Indeks warna 3 : Lebih warna hijau daripada warna kuning
Indeks warna 4 : Lebih warna kuning daripada warna hijau
Indeks warna 5 : Kuning dengan kesan warna hijau
Indeks warna 6 : Kuning keseluruhan


Gambar 1 : Indeks kematangan buah betik
Baris atas, kiri ke kanan : Indeks 1-3

Baris bawah, kiri ke kanan : indeks 4-6

Pemilihan dan pembasuhan
Di rumah pembungkusan buah betik dipilih mengikut saiz, bentuk (jantan/betina), indeks warna, kecacatan (buah berkarpel) dan kerosakan yang disebabkan perosak, penyakit, kecederaan mekanikal dll. Bagi betik Eksotika buah yang beratnya kurang daripada 250 g atau melebihi 800 g dianggap dalam julat yang tidak boleh diterima. Buah yang rosak, cacat, terlalu masak dan berbentuk bulat (betina) juga ditolak. Pemilihan amat penting terutamanya pada buah yang hendak dieksport. Hanya buah dengan indeks warna 2 diterima untuk eksport. Buah yang mempunyai indeks warna 3 hingga 5 biasanya dijual di pasaran tempatan. Buah dengan indeks warna 6 terlalu masak dan ditolak. Selepas pemilihan, tangkai buah dipotong tidak melebihi 5 mm. Buah-buah ini kemudian dibasuh di bawah air paip yang mengalir bagi membuang getah, kotoran, serangga dan benda asing.

Kerosakan mekanikal
Kerosakan pada kulit selepas sahaja dipetik akibat pengendalian yang cuai, mengisi buah ke dalam kotak secara berlebihan dan pergerakan yang berlebihan semasa diangkut di ladang akan meninggalkan kesan bergetah, tercucuk, parut dan lebam. Semasa proses pemasakan bahagian yang lebam akan menjadi lembut dan berwarna gelap, dan mudah dijangkiti kulat serta bakteria. Kesan yang sama boleh terjadi akibat pengendalian yang kurang cermat semasa membasuh, menggred dan membungkus. Dengan mengambil langkah-langkah pengawalan di sepanjang prosedur pengendalian, kerosakan dapat dikurangkan. Pekerja perlu dilatih tentang teknik penuaian, perlunya pelapik diletakkan di dalam kotak di bahagian bawah dan kotak hanya boleh diisi dengan satu lapisan buah sahaja. Di ladang, tangkai betik perlu dibuang bagi menghalang buah daripada tercucuk atau tercalar dengan buah yang bersebelahan. Kenderaan yang digunakan untuk mengangkut buah dari ladang ke rumah pembungkusan perlu dipandu dengan perlahan dan berhati-hati. Semasa pengendalian di rumah pembungkusan, buah tidak boleh sama sekali dibaling atau terjatuh, dan dalam operasi automatik pula, semua mesin yang digunakan perlu dilapik.

Lelasan pada kulit akan menyebabkan warna buah berbelak-belak seperti pulau (bahagian kulit kekal hijau dan tenggelam apabila buah betul-betul masak). Keadaan ini mempercepat kadar kehilangan air. Kecederaan seperti lelasan dan tercucuk lebih penting daripada kecederaan impak terhadap buah betik.

POST HARVEST TREATMENTS

Gangguan-gangguan patologi
Penyakit antraknos (sp. Colletotrichum) mudah tersebar luas dalam tempoh penyimpanan yang lama di ladang yang lembap dan kawalan penyakit sebelum tuai yang tidak sesuai atau ladang yang tidak bersih. Kehadiran penyakit ditunjukkan dengan tompok-tompok hitam atau perang yang halus yang menjadi semakin besar dan bergabung lalu tenggelam.

Reput phomopsis yang disebabkan oleh Phomopsis caricae-papayae bermula di pangkal buah atau luka pada kulit buah. Penyakit ini cepat menular pada buah yang masak. Tisu terjangkit menjadi lembut dan sedikit gelap.

Reput alternaria disebabkan oleh Alternaria alternata berlaku selepas kecederaan dingin pada buah betik yang disimpan pada suhu kurang daripada -12°C.

Masalah suhu rendah
Menyimpan buah betik yang belum masak pada suhu 10°C akan menyebabkan kecederaan dingin. Simptomnya termasuklah permukaan buah menjadi lekuk, penyahwarnaan pada kulit dan isi, pemasakan tidak sempurna, rasa tidak sedap dan kerentanan terhadap kejadian penyakit meningkat. Buah betik yang masak tahan disimpan pada suhu rendah, tetapi pengangkutan buah yang masak (lebih 50% kuning) tidak disyorkan kerana kerentanan terhadap kerosakan mekanikal dan lebam.

Masalah suhu tinggi
Mendedahkan buah betik pada suhu lebih 30°C dan melebihi 10 hari akan menyebabkan kecederaan haba (masak tidak sekata, masak berbelak, warna tidak cantik, pelembutan tidak normal, lekuk permukaan dan cepat busuk). Penyejukan segera ke suhu 13°C selepas rawatan haba dapat meminimumkan kecederaan haba.

Rawatan air panas
Ramai pengeksport mengamalkan kaedah rawatan ini bagi mengurangkan penyakit lepas tuai terutamanya apabila buah dieksport melalui jalan laut. Rawatan ini tidak perlu jika buah diangkut melalui udara atau dipasarkan di pasaran tempatan. Selepas dibasuh, buah dicelup ke dalam air panas pada suhu 49°C selama 10 minit. Kemudian buah ini disejukkan di bawah air paip yang mengalir selama 10 minit sebelum dirawat dengan racun kulat.

Pencelupan dengan racun kulat
Buah yang dimakan segar tidak perlu dirawat dengan racun kulat. Namun, buah yang hendak disimpan atau dieksport perlu dirawat dengan suspensi propiconazole yang mengandungi 250 bpj bahan aktif selama 5 minit. Mencelup buah ke dalam racun kulat dapat mengawal penyakit lepas tuai seperti antraknos (Colletotrichum) dan reput hujung batang (Botryodiplodia, Phomopsis). Selepas dicelup, buah dikeringkan di atas rak pengeringan yang sudah dialas dengan pelapik poliuretana atau span. Kipas boleh digunakan bagi mempercepat pengeringan.

Pembungkusan
Buah betik dibungkus dalam kotak teleskopik papan gentian beralun (CFB) dengan bahagian tangkai buah menghala ke lantai kotak. Sebelum menyusun buah ke dalam kotak CFB, setiap biji buah disampul dengan sampul poliuretana atau dibungkus dengan surat khabar. Bahan pembalut ini akan dapat mengelakkan kecederaan terhadap buah semasa buah diangkut. Buah ini dipek dalam kotak 6 kg, yang biasanya mengandungi 6-18 biji buah sekotak. Pembungkusan sebegini biasanya untuk dieksport melalui udara atau pengangkutan jarak dekat melalui laut ke Hong Kong. Bagi varieti Sekaki yang lebih besar, ia dipek di dalam kotak 20 kg. Setiap kotak mengandungi 12-18 biji buah


Gambar 2 : Kotak pembungkusan betik Eksotika 6 kg yang standard untuk dieksport

Bagi pengangkutan jarak jauh yang menggunakan kapal laut, buah dipek di dalam bungkusan atmosfera terubahsuai (MAP). Bagi mengadakan suasana atmosfera terubah suai (MA), kotak CFB dilapis dengan beg polietilena berketumpatan rendah (LDPE) setebal 0.04 mm. Mulut beg diikat dengan gelang getah. Di dalam setiap beg, 40 g penyerap etilena (nama dagangan ‘cleanpack’) dibungkus bersama-sama dengan buah bagi membantutkan pemasakan buah semasa dalam perjalanan. Dengan menggunakan kaedah pembungkusan sebegini, buah boleh dieksport ke Timur Tengah melalui jalan laut. MAP dengan suhu penyimpanan 10-12°C dapat mengekalkan kualiti buah betik Eksotika selama 3 minggu. Tempoh ini cukup untuk perjalanan yang jauh (10-12 hari), pemeriksaan kastam dan kuarantin di pelabuhan (1-2 hari) dan pengedaran dan pemasaran buah (6-7 hari).

Penyimpanan
Buah yang mempunyai indeks warna 2 dan 3 boleh disimpan dalam keadaan ambien (25-30°C) selama 5-7 hari, manakala buah yang mempunyai indeks warna 4 dan 5 hanya boleh bertahan selama 2-3 hari. Buah yang hendak diangkut melalui udara mengelilingi dunia perlu disimpan pada suhu 10-12°C, tahan disimpan selama 2 minggu atau lebih. Dengan MAP tempoh simpan boleh dipanjangkan ke 3 minggu iaitu cukup tempoh untuk pengangkutan laut ke Hong Kong dan Timur Tengah.

Pengangkutan

Pasaran domestik
Pasaran domestik jarang memerlukan nilai tambah atau pembungkusan yang canggih. Dengan itu buah betik pada indeks warna 2 dan 3 dibungkus di dalam bakul plastik yang boleh disusun bertingkat-tingkat, bakul atau bekas yang boleh diguna semula dan diangkut menggunakan lori tanpa pendinginan.

Pasaran eksport
Kontena sejuk yang beroperasi pada suhu 10-12°C sesuai untuk buah betik di dalam kotak CFB (dengan atau tanpa MAP) yang menggunakan pengangkutan laut. Kontena berukuran 40 kaki boleh memuatkan 2000 hingga 3500 kotak betik Eksotika (kotak 6 kg) dan betik Sekaki (kotak 20 kg). Bagi eksport melalui udara, setiap palet boleh mengisi 204 kotak betik Eksotika (kotak 6 kg).


Gambar 3 : Kontena sejuk berukuran 40 kaki untuk pengangkutan laut betik Eksotika ke Hong Kong

Buah betik masak pada suhu 15-30°C. Suhu kurang daripada 15°C (seperti di dalam kontena dingin) dan suhu yang rendah semasa musim sejuk akan membantutkan pemasakan buah. Bagi mengatasi masalah ini, apabila sampai ke destinasi, buah dipindahkan dari pembungkusan MAP ke dalam bilik pemasakan ‘flow-through’ yang mempunyai kelembapan relatif 85-90% untuk pemasakan. Buah diaruh untuk masak dengan didedahkan kepada 5 bpj etilena selama 24 jam. Satu lagi kaedah untuk mengaruh kemasakan buah ialah dengan pendedahan singkat kepada etilena sebelum dibungkus ke dalam kontena dingin.

InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&AgrotourismSumber/Dipetik:http://harizamrry.wordpress.com/2007/11/07/perusahaan-tanaman-betik/

PANDUAN MENANAM BETIK - CARICA PAPAYA


PANDUAN MENANAM BETIK - CARICA PAPAYA




(Tanaman Jangka Pendek dan Sederhana)

Nama saintifik bagi betik ialah Carica papaya L. dari keluarga Caricaceae, dikenali juga sebagai 'paw-paw' merupakan sejenis tumbuhan herba jenis saka yang hidup singkat. Tanaman ini dipercayai berasal dari West Indies atau Mexico.







VARIETI DAN PANDUAN MENANAM BETIK

Di Malaysia, terdapat beberapa jenis betik yang dibiak-biak secara tempatan dan juga beberapa jenis dari luar negeri. Betik jenis tempatan seperti Batu Arang, Morib, Subang 6, Taiping 3, Serdang 1 dan Sitiawan mempunyai isi yang berwarna merah. Jenis-jenis yang dibiak di luar negeri mempunyai isi berwarna kuning dan diantaranya ialah Sunrise Solo dan Honey Dew. Keperluan tanaman betik adalah seperti berikut:-

1. Faktor Iklim
Sesuai ditanam di kawasan-kawasan yang mendapat taburan hujan yang sama rata sepanjang tahun. Keperluan hujan tidak kurang dari 1200 mm setahun dan keadaan kemarau boleh menyebabkan keguguran bunga-bunga betik. Suhu sesuai untuk tanaman betik ialah diantara 21-33oC. Tidak sesuai ditanam di kawasan yang mengalami tiupan angin kencang kerana pengakarannya yang cetek pokok mudah tumbang.

2. Faktor Tanah
Memerlukan tanah bersaliran baik. Jenis tanah yang mudah dibanjiri air adalah tidak sesuai. Bagi tanah-tanah yang sederhana sesuai/bermasalah betik boleh ditanam dengan pengurusan yang bersesuaian bergantung kepada masalah yang dihadapi. Masalah dan cara mengatasi adalah seperti berikut:-

CEC sederhana Rendah
Ikut program pembajaan yang disyorkan dan gunakan tambahan baja organik.

Lapisan padat (di bawah 50 cm) atau berbatu
Pecahkan lapisan padat dan buang batu-batu jika perlu. Kemudian buat batas atau timbunan, sediakan lubang tanaman yang sempurna dan ikuti program pembajaan yang disyorkan.

Sangat salir
Adakan sistem pengairan dan gunakan bahan-bahan organan sebagai baja tanaman.

Curam
Elakkan hakisan tanah dengan menanam penutup bumi, menanam mengikut kontor, membina teres atau tapak pentas. Sediakan parit kontor dan lain-lain.


Diantara kultivar-kultivar betik yang disyorkan ialah:-

* Subang 6

Sesuai untuk diproses kerana warna isinya yang menarik serta saiz buahnya seragam. Ia juga boleh dimakan segar kerana senang dihiris dan tidak mudah patah. Jenis ini sangat subur pada peringkat awal pertumbuhan dan berbuah awal, lebih kurang 42-44 minggu selepas disemai. Buah yang masak mempunyai warna kulit kuning seragam dengan permukaan buah yang sangat bersih dan bebas daripada bintik-bintik atau lebam manakala tekstur isinya bagus dan mantap, dengan kandungan gula yang rendah.

* Sitiawan

Betik jenis ini lebih sesuai untuk diproses atau ditinkan kerana hasilnya tinggi dan isinya yang pejal. Ia mempunyai tumbesaran yang sangat subur, ketinggian yang sederhana dan cepat berbuah, kira-kira 44-45 minggu selepas disemai.

* Batu Arang

Mempunyai ketinggian pokok yang sederhana tetapi cepat berbuah. Ianya mula berbunga 4-6 bulan selepas disemai dan mengambil masa selama 5 bulan untuk buah membesar dan masak. Tumbesaran dan penghasilan pokok amat sensitif kepada faktor-faktor alam persekitaran seperti suhu yang tinggi dan kemarau.

* Eksotika

Betik Eksotika ialah hasil kacukan secara berulang-ulang diantara jenis luar negeri Sunrise Solo dengan jenis tempatan Subang 6. Hasil kejayaan ini, betik Eksotika merupakan jenis yang berpotensi untuk pasaran. Pokok Betik Eksotika sederhana tingginya dan mula berbunga pada peringkat umur 3-4 bulan selepas ditanam. Buah akan dihasilkan dan kematangannya akan mengambil masa selama antara 4 ke 5 bulan, dewasa pokoknya setinggi lebih kurang 80 cm dari permukaan tanah.

Kesemua pokok betik eksotika akan menghasilkan buah jantina iaitu bermofrodit dan buah betina. Buah bermofrodit berkeadaan panjang berbentuk pir, kecil di bahagian pangkal dan besar menirus ke bahagian hujung. Sementara buah betina berbentuk bulat. Berat sebiji diantara 600-800 gm dan mempunyai kandungan gula yang tinggi 14-15 TSS. Isinya tebal berwarna samar kemerahan, rongga ovarinya kecil, berbau wangi dan lazat rasanya.

* Betik Panjang

Nama lain: Betik Sekaki atau Betik Hong Kong.



CARA MENANAM

Tanaman betik sesuai kepada tanah yang mempunyai struktur dan saliran yang baik tetapi sentiasa berkeadaan lembab. Tanah yang terendam air tidak sesuai bagi tanaman betik. Pohon betik akan hidup subur di kawasan lapang tetapi tidak terdedah kepada angin yang kencang. Cahaya matahari yang cukup dan taburan hujan yang serata adalah mustahak bagi tanaman betik.

PENYEDIAAN BIJI BENIH

Sebanyak 1,700 pokok anak benih adalah diperlukan bagi tanaman setiap hektar tanah dan ditambah 10% atau 200 pokok lagi untuk sulaman jika ada yang tidak hidup selepas ditanam. Biji benih elok disemai ke dalam polibeg, yang berukuran 15 cm x 22 cm. Isikan polibeg dengan campuran 2 bahagian tanah lapisan atas, 1 bahagian pasir sungai dan 1 bahagian bahan organik (tahi ayam atau tahi lembu). Sebelum biji benih disemaikan, adalah baik dirawat terlebih dahulu dengan racun thiram untuk mengelakkan terkena serangan kulat.

Tanamkan biji benih sedalam 2 cm ke dalam tanah. Jangan tanam terlampau dalam kerana ditakuti benih tidak akan bercambah disebabkan terlampau cetek biji benih yang disemai akan berubah-ubah tempat semasa menyiram dan kecambahannya akan terganggu. Biji benih akan bercambah dalam masa satu minggu. Sedang anak benih beransur membesar, taburkan racun siput di merata kawasan, untuk mengelakkan daripada serangan siput. Selain anak benih berumur 6-8 minggu ataupun telah berdaun 8-12 helai, anak semaian boleh diubah ke ladang.

KAWASAN PENANAMAN

Kawasan yang akan ditanam hendaklah dibersihkan dan dibajak. Gali lubang sedalam 30 cm dan 30 cm lebar. Jarak tanaman 1.8 m x 2.7 m, boleh ditanam sebanyak 1,700 pokok sehektar. Semasa menanam gaulkan tanah di permukaan atas dengan baja phosphate sebanyak 200 g -250 g. Pilihlah musim hujan yang sederhana apabila hendak menanam, kalau masa hujan yang banyak boleh menjadi keadaan terlalu lembab, dan akar betik yang belum berfungsi itu menjadi busuk.

Pembajaan

Jarak tanaman


Kepadatan tanaman sehektar
(pokok)


Umur pokok
(bulan)


Jenis baja


kadar baja mengikut jenis tanah (kg/pokok)

Tanah mineral


Tanah pasir







sebelum/semasa menanam


Pembajaan Asas
TSP
Organan



0.25
5.0



0.25
6.00

1.8m x 2.7m
2.0m x 2.7m
2.0m x 3.4m
2.5m x 3.0m
2.7m x 3.0m


2000
1800
1420
1300
1200


1 bulan
2 bulan
3 bulan
4 bulan
> 5 bulan


15:15:15
15:15:15
15:15:15
12:12:17:2
12:12:17:2


0.05
0.05
0.05
0.10
0.35


0.05
0.05
0.10
0.35
0.35







setiap 2 bulan
setiap 3 bulan
setiap 6 bulan


12:12:17:2
12:12:7:2
Organan


0.35
-
2.0


0.35
6.00
-


KAWALAN RUMPAI

Apabila pokok muda, rumpai di keliling pokok dikawal dengan mencangkul atau mencabut dengan tangan. Rumpai diantara pokok boleh juga dikawal dengan semburan racun glufosinate ammonium (Basta). Selepas itu, ' 'spot spraying' dengan Glufosinate ammonium atau paraquat dibaut setiap 2 bulan sekiranya perlu. (Racun herba sistemik seperti Glyphossate dan 2, 4-D Amine tidak boleh digunakan untuk betik).

MENJAGA MUTU BUAH

Pokok betik akan mula berbunga apabila berumur lebih kurang 4 bulan selepas ditanam. Penjarangan buah perlulah dijalankan untuk menjaga bentuk dan saiz buah yang seragam.

PENGAIRAN

Jika musim terlampau kering, pokok-pokok betik perlu disiram air, jika tidak pertumbuhannya akan terganggu. Kekurangan air juga boleh menyebabkan bunga-bunga betik menjadi gugur.


PENYAKIT DAN PEROSAK TANAMAN BETIK SERTA PENGAWALANNYA

PENYAKIT:

1. Antraknos (Colletotrichum gleosporioides)
Dahan dan ranting mati pucuk. Batang kering dengan cepat, bermula dari hujung dan merebak ke bahagian bawah batang. Daun menjadi kecut dan gugur. Bahagian yang diserang mempunyai garis-garis perang gelap di hujung. Amalkan pertanian yang baik dan guna racun kulat mengikut label seperti mancozeb, thiophanate-metyl, prochhloraz zinc complex. Musnahkan buah dan daun yang berpenyakit.

2. Reput Akar (Phytopthora parasitica)
Daun muda menjadi layu, daun tua menjadi kuning dan patah terkulat di sekeliling batang sebelum jatuh. Pokok tidak tahan kemarau dan senang tumbang bila ditiup angin. Amalkan pertanian yang baik. Cabut dan musnah pokok yang berpenyakit dan jaga kebersihan ladang. Gunakan racun Benomyl (0.1%) atau Mancozeb (0.1%) serta elakkan dari air bertakung dalam kawasan bertanam

3. Daun berumpun dan kerekot (Cladosporium oxysporum)
Vektor: Kutu Trip
Hanya terdapat pada betik ekxotika. Pucuk daun kelihatan cacat dan terdapat bintik daun serta bintik berlubang 1-3 mm. Pada daun tua kelihatan binti perang, sekelilingnya berwarna kuning dan daun kelihatan kerekot. Dalam keadaan teruk hanya tinggal tangkai daun ssahaja. Pokok keliahtan bantut dan buah menjadi kecil. Gunakan racun serangga mengikut label untuk mengawal kutip trip serta racun kulat yang sesuai.

4. Bintik Berlubang (Corynespora cassiicola)
Daun matang kelihatan bintik-bintik perang muda berbentuk bulat dan berlubang di tengash sehingga 5 mm lebar. Musnahkan daun-daun yang dijangkiti terutama daun yang tua dan duan gugur. Amalkan pertanian yang baik dan pembajaan yang mencukupi.

5. Penyakit Virus Bintik Cincin Betik

Penyakit virus bintik cincin betik ini adalah penyakit yang merbahaya kepada tanaman betik. Ianya disebabkan oleh sejenis virus dan sangat mudah merebak. Virus ini tidak boleh dikawal dengan racun perosak. Penyakit ini belum pernah dijumpai di Malaysia, tetapi dilaporkan telah merebak di negara jiran.

Penyakit Bintik Cincin Betik menyerang tanaman betik di peringkat anak dan pokok dewasa. Di peringkat anak pokok, tanda-tanda serangan adalah seperti berikut:

* Daun-daun muda terbentuk tidak sempurna.


Tanda-tanda kerosakan pada batang:

* Kelihatan jalur-jalur basah hijau gelap seperti direndam air (water-soaked streak) pada tangkai daun dan batang pokok.

Kawalan:

* Musnahkan pokok yang berpenyakit
* Musnahkan juga perumah lain seperti tanaman jenis timun (cucurbits)

Di peringkat pokok dewasa, tanda-tanda serangan boleh dilihat pada daun, batang dan buah.

Tanda-tanda awal serangan pada daun:

* Daun muda mula menguning (kuning cair)
* Di peringkat pertengahan serangan, lingkaran daun ketiga (dari atas) menjadi kuning nyata.

Kawalan:

* Musnahkan pokok yang berpenyakit
* Musnahkan juga perumah lain seperti tanaman jenis timun (cucurbits)

Tanda-tanda pada buah:

* Bintik-bintik bewarna hijau gelap di peringkat buah muda
* Lingkaran berwarna kekuning-kuningan melingkari tompok-tompok hijau gelap di peringkat buah matang.
* Buah menjadi kecil dan tidak sempurna bentuknya jika diserang di peringkat muda.

Tanda-tanda pada batang:

* Pokok terbantut dan kecil
* Kelihatan lakaran hijau berminyak atau bintk-bintik hijau pada batang

Tanaman betik yang dijangkiti penyakit ini akan terencat pertumbuhannya, mengurangkan hasil sebanyak 60%, merendahkan mutu dan saiz buah dan warna isi pucat dan tidak manis. Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti tersebut di atas, sila hubungi:-

* Pejabat Pertanian untuk mengesahkannya.
* Musnahkan tanaman yang diserang dengan membakarnya.

Selain dari itu, elakkan daripada menanam tanaman selingan berikut dalam kebun betik tuan:-

* Tembikai atau Timun Cina
* Petola
* Labu
* Tanaman-tanaman lain dari keluarga mentimun


Tanaman selingan dari keluarga mentimun boleh menyebabkan tanaman betik tuan diserang penyakit bintik cincin. Oleh itu, sebagai langkah keselamatan, kerapkan pemeriksaan kebun betik tuan. Tindakan awal mengesan penyakit ini menyelamatkan masa, tenaga dan wang.



Penyakit Mati Rosot Betik (papaya dieback)

Klik untuk makluman seterusnya!





MUSUH / PEROSAK TANAMAN BETIK DAN KAWALANNYA

1. Lalat Buah (Bactrocera spp.)
Berenga mengorek serta memakan isi buah menyebabkan isi buah menjadi lembut dan busuk. Musnah buah yang diserang dengan cara menanam ke dalam tanah sedalam satu kaki. Pasang perangkap methyl-eugenol. Gunakan racun seperti cypermethrin.

2. Hamama Merah (Tetranychus spp.)
Menyerang bahagian pucuk, daun dan buah pada semua peringkat dengan menghisap cairan. Serangan meningkat di musim kemarau. Sebur dengan racun hamama tetradifon.

3. Kutu Trip (Thrips parvispinus)
Menyerang bahagian pucuk, daun muda dan kudup bunga pada semua peringkat pertumbuhan. Menghisap cairan dari bahagian yang diserang. Sembur dengan racun serangga seperti deltamethrin.


MEMUNGUT HASIL

Selepas lebih kurang 8-9 bulan ditanam, pokok betik jenis ini sudah mula mengeluarkan hasil. Bila sebahagian kulit buahnya berwarna kuning, bolehlah dipetik buahnya. Pada peringkat ini, buahnya senang dikendalikan kerana tidak mudah rosak. Disamping itu dapat dihindarkan dari terkena serangan lalat buah dan penyakit Antraknos. Buah-buah yang dipetik di peringkat ini tahan disimpan selama seminggu. Bagi sepokok, hasilnya boleh mencapai kepada 25 kilo sepanjang hayatnya. Masa pengeluaran, hasil yang banyak adalah diantara 18-24 bulan, bermula dari bulan ke sepuluh selepas ditanam di ladang.


INDEKS KEMATANGAN DAN PENUAIAN BUAH BETIK

Umumnya buah betik dituai pada peringkat umur 150-164 hari selepas bunga kembang. Oleh sebab peringkat kematangan betik sangat berkait rapat dengan perubahan warna kulit buah, penuaian sering dilakukan berdasarkan indeks warna buah tersebut. Buah betik sudah boleh dituai sebaik sahaja terdapat perubahan warna pada kulit buah. Perubahan warna kulit buah ini biasa mula berlaku di bahagian lurah pada hujung buah.

Indeks warna 1


:




Berwarna hijau sepenuhnya. Belum matang, tidak akan masak dengan sempurna

Indeks warna 2


:




Berwarna hijau dengan sedikit kesan kekuningan, sesuai untuk pasaran eksport.



Indeks warna 3


:




Warna kulit lebih hijau daripada kuning sesuai untuk pasaran eksport.

Indeks warna 4


:


Warna kulit lebih kuning daripada hijau, sesuai untuk pasaran tempatan.

Indeks warna 5


:


Kulit berwarna kuning dengan kesan kehijauan, sesuai untuk pasaran tempatan.

Indeks warna 6


:




Kulit berwarna kuning sepenuhnya, masak sepenuhnya.






Buah pada indeks warna 1 masih tidak sesuai dipetik kerana kematangannya tidak jelas. Walaupun isi sudah kemerahan, kulitnya masih hijau dan buah ini dikhuatiri tidak masak dengan sempurna dan kandungan pepejal larut kurang daripada 10%. Di Hawaii, buah petik yang masak perlu mengandungi jumlah pepejal larut 11.5% bagi memenuhi gred piawaian. Buah betik untuk tujuan eksport sebaik-baiknya dituai pada indeks warna 2 atau selewat-lewatnya pada indeks warna 3. Buah pada peringkat ini lebih tahan terhadap operasi pengendalian lepas tuai dan tempoh penyimpannya lebih panjang. Buah ini mempunyai ciri-ciri rasa yang memuaskan setelah masak. Penuaian buah pada indeks warna 4 dan 5 pula mungkin hanya sesuai untuk pasaran tempatan kerana hayat penyimpanannya pendek iaitu buah akan masak dengan cepat. Buah-buah ini juga tidak sesuai untuk pengangkutan yang jauh kerana tidak tahan terhadap himpitan sama sendiri disebabkan buah sudah lembut.









Indeks Warna

Buah Betik Eksotika





Penuaian mestilah dilakukan dengan cermat kerana buah betik sangat mudah tercedera. Penuaian yang sebaik-baiknya ialah dengan memulas tangkai menggunakan tangan.



SPESIFIKASI PIAWAIAN DAN GRED BETIK EKSOTIKA
(Sumber: FAMA)

Spesifikasi piawaian dan gred ini adalah untuk Betik Eksotika (II) yang nama botaninya Carica Papaya L.Var.Eksotika dari famili CARICACEAE. Nama asalnya MARDI Backcross Solo.

Definasi Terma

Bagi tujuan spesifikasi tersebut, terma-terma yang digunakan akan bermaksud:-

* Tahap kematangan (terdiri dari 6 indeks)

Indeks 1 : Seluruh permukaan kulit berwarna hijau sepenuhnya. Tidak sesuai untuk pasaran.
Indeks 2 : Permukaan kulit berwarna hijau dengan sedikit tompok kekuningan. Buah telah matang.
Indeks 3 : Permukaan kulit berwarna hijau melebihi permukaan yang berwarna kuning.
Indeks 4 : Masak. Permukaan kulit berwarna kuning melebihi permukaan yang berwarna hijau.
Indeks 5 : Seluruh permukaan kulit berwarna kuning dengan sedikit tompok hijau.
Indeks 6 : Terlalu masak, keseluruhan permukaan kulit berwarna kuning. Tidak digalakkan untuk dipasarkan.

* Kotor
Buah yang terdapat kesan-kesan kotoran yang tidak dibersihkan seperti kesan getah, serangga, tanah dan lain-lain bahan asing.

* Segar
Keadaan buah tidak kecut dan kulit tidak berkedut.

* Cacat
Buah yang bentuknya tidak normal seperti bengkok dan berbonggol.

* Cacat Rupa
Tanda-tanda yang mencacatkan rupa seperti berbintik dan kesan parut serta tidak boleh dibersihkan, tetapi tidak menjejaskan isi buah. Kesan ini meliputi 10% - 25% permukaan kulit buah.

* Rosak
Buah yang rosak akibat kecederaan mekanikal seperti luka, pecah, lebam dan busuk atau reput akibat serangan penyakit dan makhluk perosak serta kesan seperti cacat rupa yang melebihi 25% permukaan kulit buah.

* Tahap Kematangan Seragam
Konsainan yang mengandungi satu indeks tahap kematangan atau gabungan 2 indeks yang terdekat.


Keperluan Minima

* Agak bebas daripada rosak disebabkan kecederaan mekanikal dan penyakit, kotoran, kecacatan dan sesuai untuk dimakan oleh manusia.
* Tangkai buah yang tidak melebihi 0.5 cm
* Telah mencapai peringkat kematangan yang mencukupi (indeks 2 - indeks 5) seperti yang dikehendaki oleh pasaran.


Pengelasan Gred dan Saiz

* Gred 1:
Kandungan bahan pepejal larut > 10oBrix
Kematangan yang seragam (maksimum kelonggaran: 5%)
Kerosakan (maksimum kelonggaran: 10%)
Kecacatan: cacat, kotor, cacat rupa (maksimum kelonggaran: 10%)
Saiz yang seragam: berat > 600 gm (maksimum kelonggaran: 5%)
* Gred 2:
Kematangan yang seragam (maksimum kelonggaran: 10%)
Kerosakan (maksimum kelonggaran: 15%)
Kecacatan: cacat, kotor, cacat rupa (maksimum kelonggaran: 20%)
Saiz yang seragam: berat > 300 gm x 600 gm (maksimum kelonggaran: 5%)
* Luar Gred:
Buah yang tidak memenuhi ciri di atas.


Pembungkusan dan Perlabelan

* Pembungkusan

Betik Eksotika daripada gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan bekas yang sesuai supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan. Kertas atau bahan lain yang digunakan untuk membalut atau mengalas hendaklah bersih dan tidak akan menyebabkan kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan. Berat bersih yang dibenarkan bagi satu unit pembungkusan ialah tidak melebihi 30 kg.

* Perlabelan

Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat berikut:-

- Tarikh
- Nama / Kod Penanam
- Nama / Kod Pengeksport
- No. Kad Pengenalan
- No. Pendaftaran Syarikat
- Alamat
- Komoditi
- Berat Bersih
- Gred


Persampelan

Bilangan sampel dan kaedah persampelan bagi tujuan pemeriksaan adalah berdasarkan kepada MS 78:1973 Method of Sampling Fresh Fruits atau kaedah statistik yang dipersetujui.


KECEDERAAN DINGIN BUAH BETIK
(Sumber: Teknotani 1/97)

Penyimpanan buah-buahan pada suhu rendah boleh melambatkan proses buah masak. Walau bagaimanapun, kebanyakan buah tropika dan subtropika peka terhadap suhu rendah. Buah-buahan tersebut boleh mengalami kerosakan fisiologi yang dikenali sebagai kecederaan dingin apabila didedahkan pada suhu di bawah had kritis. Suhu kritis kecederaan dingin bagi kebanyakan buah tropika adalah sekitar 10-15oC. Tahap kecederaan dingin pada produk yang peka terhadap suhu rendah bergantung pada jangka masa penyimpanan serta rendah suhu.

Tahap kematangan juga mempengaruhi berlakunya kecederaan dingin. Buah pada peringkat praklimakterik iaitu pada peringkat awal kematangan lebih peka kepada kecederaan dingin berbanding dengan buah pada peringkat pascaklimakterik.

Bagi buah betik, tahap dan simptom kecederaan dingin yang berlaku berbeza-beza mengikut varieti dan kaedah penyimpanan. Kecederaan dingin pada betik Solo berlaku pada suhu penyimpanan 7oC, manakala bagi betik Eksotika, simptomnya mula kelihatan pada keadaan berikut:-

* setelah disimpan selama 5 hari pada suhu 10oC
* setelah disimpan selama 4 minggu pada suhu 12oC

Simptom kecederaan dingin:

Antara simptom kecederaan yang biasa berlaku pada buah betik ialah:-

* lekukan pada permukaan kulit
* bintik-bintik berwarna perang/hitam
* peningkatan serangan kulat dan penyakit
* masak tidak seragam atau tidak masak
* lebam

Mengatasi kecederaan dingin:

Beberapa kaedah boleh digunakan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya ialah dengan mengolah suai keadaan penyimpanan, pengawalan atmosfera di sekeliling buah, pengawalan kelembapan, penyimpanan pada tekanan rendah, penggunaan bahan kimia dan modifikasi genetik.

Kaedah mengolah suai keadaan penyimpanan memberi kesan positif pada buah betik. Kaedah ini dapat dilakukan dengan berbagai-bagai cara. Antaranya adalah dengan penyimpanan tertangguh, iaitu menyimpan buah yang peka terhadap suhu dingin pada suhu ambien untuk seketika sebelum disimpan pada suhu dingin, penyimpanan berselang-seli pada suhu dingin dan suhu ambien dan pendedahan buah pada suhu lebih tinggi sedikit daripada suhu kecederaan dingin.

Kaedah mengekalkan kelembapan persekitaran yang tinggi semasa penyimpanan juga boleh membantu mengelakkan kecederaan dingin. Caranya ialah dengan pembungkusan atmosfera terubahsuai. Sistem penyimpanan yang sesuai dan pengawalan suhu yang optimum amat penting untuk memanjangkan tempoh simpanan sesuatu komoditi. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius dalam merancang pengeluaran dan pemasaran komoditi-komoditi yang mempunyai potensi eksport.

Buah betik yang baru berputik dari kudup bunga.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:-

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
Kementerian Pertanian Malaysia
Bangunan FAMA POINT, Lot 17304, Jalan Persiaran Satu
Bandar Baru selayang, 68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 603-61389622 Faks: 603-61383650 / 61385200
Emel: fama@pop.moa.my Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Laman web: http://www.famaxchange.org/index.php



InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&AgrotourismSumber/Dipetik:
Portal Rasmi Jabatan Pertanian Negeri Perak (Web Pertanian yg sangat hebat)
SILA LAWATI WEB TERSEBUT
http://pertanianperak.gov.my/jpp/index.php?option=com_content&view=article&id=182:panduan-menanam-betik-carica-papaya&catid=68:manual-tanaman&Itemid=385

BETIK

BETIK

Betik atau nama saintifiknya Carica papaya L. adalah dari genus Carica dalam famili

Caricaceae . Ia adalah buah-buahan jenis beri. Perikarpnya berisi dengan rongga tengah

yang besar, berasal dari ovari superior. Hanya 3 spesies sahaja yang mempunyai

kepentingan hortikultur walau pun sebenarnya terdapat 40 spesies dalam genus carica ini.

Spesies yang biasa ditanam dan mempunyai nilai ekonomi yang tinggi ialah spesies

Carica papaya L.Betik dipercayai berasal dari Amerika tropika. Orang-orang Sepanyol

telah membawa spesies betik ke Filipina dan kemudian dibawa pula ke Malaysia.

Kini betik banyak ditanam di kawasan tropika dan subtropika. Di Malaysia, betik banyak

ditanam di persekitaran rumah. Selain itu, pekebun-pekebun kecil menanam pokok betik

sebagai tanaman komersil. Varieti betik yang biasa ditanam ialah seperti Batu Arang,

Sitiawan, Subang 6 dan Eksotika. Betik boleh didapati dengan banyak di Johor,sekitar

Daerah Larut Matang, Perak dan beberapa kawasan di Selangor dan Pahang. Keluasan

tanaman betik meningkat dari 1903 hektar pada tahun 1992 kepada 4300 hektar pada

tahun 1994. Pengeluaran betik juga meningkat dari 57,090 tan metrik pada tahun 1984

kepada 93,930 tan metrik pada tahun 1992. Ini disebabkan pengeluaran varieti baru seperti

Eksotika.

Morfologi Pokok dan Buah

Pokok betik dapat dikelaskan kepada 3 jenis iaitu:

i)Diesius - bunga jantan dan bunga betina pada pokok yang berasingan;

ii)Monoesius - bunga jantan dan bunga betina pada pokok yang sama;

iii)Ginodiesius (hermafrodit) – bahagian bunga jantan dan betina pada bunga yang

sama.

Walau bagaimanapun, spesies Carica papaya L. yang biasa ditanam ialah dari jenis

diesius atau ginodiesius (hermafrodit). Pokok-pokoknya kelihatan sama sahaja kecuali

setelah bunganya keluar. Hanya bunga betina dan hermafrodit akan hasilkan buah.

Setelah 9 hingga 12 bulan penanaman barulah ia mengeluarkan buah.

Varieti yang berlainan akan menghasilkan rasa, rupa bentuk dan saiz yang berbeza.

Biasanya ia berukuran di antara 7 hingga 60cm panjang dan beratnya boleh mencapai

sehingga 9kg. Buah yang muda berwarna hijau dan menjadi kuning apabila masak. Isi

atau pulpa betik berwarna kuning dan juga seakan-akan oren. Bahagian tengah buahnya

mempunyai biji-biji kecil bulat berwarna hitam perang.

Terdapat dua kumpulan betik yang popular di negara-negara ASEAN iaitu kumpulan

pertama yang terdiri daripada varieti yang menghasilkan buah yang besar dan panjang

bujur seperti Subang, Sitiawan, Batu Arang, Kaegdum, Kaegnuan dan Sainampeung.

Kumpulan kedua pula lebih kecil dan bulat seperti Solo dan Eksotika. Kumpulan pertama

adalah lebih berat iaitu lingkungan 1 hingga 3kg dan isinya berwarna merah. Kualiti

buahnya dikatakan tidak begitu baik jika dibandingkan dengan kumpulan kedua yang

mempunyai kualiti lebih tinggi dan berpotensi untuk pasaran antarabangsa.

Indeks Kematangan dan Pemetikan

Buah betik perlu dipetik pada peringkat yang sesuai untuk mengelakkan terjadinya

peranuman yang tidak sempurna dan untuk mendapatkan rasa buah yang sedap. Biasanya

ia dipetik berdasarkan perubahan warna kulit buahnya. Buah betik yang ingin dieksport

ke pasaran yang lebih jauh akan dipetik pada peringkat di mana kuning baru wujud di

bahagian hujung buah. Manakala untuk pasaran tempatan, buah boleh dipetik apabila

sebahagian besar buahnya berwarna kuning.

Nilai Pemakanan

Betik sememangnya buah yang berkhasiat. Bagi setiap 100g bahagian yang boleh

dimakan, betik mengandungi:

- 84.4–90.7g air -0.6-0.7mg besi

-1.0-1.5g protein -2-3mg natrium

-0.1g lemak -39-337mg kalium

-7.1-13.5g karbohidrat -1160-2431ug karoten

-0.5g fiber -0.03-0.08mg vitamin B1

-0.1-0.5g abu -0.07-0.15mg vitamin B2

-11-31mg kalsium -0.1mg niasin

-7-17mg fosforus -69.3-71.0mg vitamin C

Buah betik yang mengkal (agak keras) biasanya dibuat rojak bersama buah-buahan lain

seperti mangga, timun, kedondong dan nanas. Betik muda juga sesuai dijadikan halwa

(jeruk manis). Selain rasanya yang sedap, ia juga boleh dijadikan sebagai manisan untuk

hantaran peminangan atau perkahwinan dengan mengukir buah yang muda kepada

bentuk kelopak bunga sebelum dijeruk.

Betik muda juga mempunyai kegunaan tersendiri dalam petua orang Melayu. Getah betik

muda boleh digunakan untuk menghaluskan tumit kaki yang pecah-pecah. Walau

bagaimanapun, getah betik muda ini juga merbahaya kerana jika ia terkena mata akan

mengakibatkan mata gatal dan bengkak seperti digigit serangga.

Buah betik yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut. Kulitnya dikupas

dan dipotong. Walau bagaimanapun, betik Eksotika lebih sesuai dibelah dua dan dimakan

menggunakan sudu. Betik masak juga boleh dijadikan jem, puree, jus minuman, perisa

aiskrim dan puding. Betik matang yang tidak begitu ranum boleh juga dimasak sebagai

sayur.Daun betik boleh direbus dan dimakan sebagai sayur bersama sambal belacan. Air

rebusannya jika diminum berkhasiat untuk menurunkan suhu badan mereka yang demam

dan menghidapi malaria.

Betik juga boleh digunakan untuk melembutkan daging kerbau yang liat. Satu jenis

keluaran yang dihasilkan untuk tujuan ini ialah papain, sejenis enzim proteolitik dari

getah buch yang hijau muda. Papain juga digunakan dalam penyediaan chewing gum.

Proses-proses yang berkaitan pelembutan kulit binatang (tanning hides) juga

menggunakan papain.

InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&AgrotourismSumber/Dipetik:http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/noridah.htm

Betik / Carica papaya Linn / Caricaceae




KETERANGAN AM

Nama Biasa : Betik
Nama Saintifik : Carica papaya Linn
Keluarga : Caricaceae

Asal :
Betik dipercayai berasal dari Amerika tropika. Orang-orang Sepanyol telah membawa spesies betik ke Filipina dan kemudian dibawa pula ke Malaysia.

Kawasan Utama Tanaman :
Tanaman Betik banyak terdapat di negeri Selangor, Johor dan Perak

Kegunaan :
Buah betik yang mengkal (agak keras) biasanya dibuat rojak bersama buah-buahan lain seperti mangga, timun, kedondong dan nanas. Betik muda juga sesuai dijadikan halwa (jeruk manis). Selain rasanya yang sedap, ia juga boleh dijadikan sebagai manisan untuk hantaran peminangan atau perkahwinan dengan mengukir buah yang muda kepada bentuk kelopak bunga sebelum dijeruk. Betik muda juga mempunyai kegunaan tersendiri dalam petua orang Melayu. Getah betik muda boleh digunakan untuk menghaluskan tumit kaki yang pecah-pecah. Walau bagaimanapun, getah betik muda ini juga merbahaya kerana jika ia terkena mata akan mengakibatkan mata gatal dan bengkak seperti digigit serangga. Buah betik yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut. Kulitnya dikupas dan dipotong. Walau bagaimanapun, betik Eksotika lebih sesuai dibelah dua dan dimakan menggunakan sudu. Betik masak juga boleh dijadikan jem, puree, jus minuman, perisa aiskrim dan puding. Betik matang yang tidak begitu ranum boleh juga dimasak sebagai sayur.Daun betik boleh direbus dan dimakan sebagai sayur bersama sambal belacan. Air rebusannya jika diminum berkhasiat untuk menurunkan suhu badan mereka yang demam dan menghidapi malaria. Betik juga boleh digunakan untuk melembutkan daging kerbau yang liat. Satu jenis keluaran yang dihasilkan untuk tujuan ini ialah papain, sejenis enzim proteolitik dari getah buch yang hijau muda. Papain juga digunakan dalam penyediaan chewing gum. Proses-proses yang berkaitan pelembutan kulit binatang ( tanning hides ) juga menggunakan papain.

Kandungan Zat Makanan :
Kandungan Kandungan Zat / 100 gm
Tenaga 59.0 kal
Lembapan 84.4 %
Protin 1.0 gm
Lemak 0.1 gm
Kabohidrat 13.5gm
Serat 0.5 gm
Abu 0.5 gm
Kalsium 31.0 mg
Magnesium 0.8 mg
Posporus 17.0 Mg
Besi 1.0 mg
Sodium 2.0 mg
Potasium 337.0 mg
Vit B1 0.08 mg
Vit B2 0.12 mg
Niacin 0.1 mg
Asid Ascobic (Vit C) 69.3 mg
Karotin 2431 ug
R. E 405 ug

TANAMAN BOTANIA

Pokok :
Mempunyai tisu yang lembut, berakar rerambut dan tahan sepanjang tahun. Batang pokok berlubang di bahagian tengah dan boleh mencapai ketinggian hingga 8 meter dengan daun berjambak dibahagian atas.

Daun :
Daun yang lebar, nipis, bersusun berjambak pada bahagian atas batang pokok. Bercuping dan berukuran antara 60 cm panjang dan lebar.

Bunga :
Berbau wangi, kelopak bunga seakan berlilin, dan mempunyai warna yang suram (Putih kekuningan). Betik mengeluarkan bunga jantan dan bunga betina atau hermafrodit.

Buah :
Buah betik mempunyai saiz yang berbeza-beza, rupa bentuk dan rasa yang berlainan. Biasanya ia berbentuk bujur, kulit yang licin, berwarna hijau dan bertukar kuning atau oren apabila sudah matang . Isi juga berbeza samada kekuningan hingga kemerah tomato. Bahagian tengah buah berlubang dan disekeliling dindingnya dipenuhi biji berwarna hitam.

Kultivar / Klon :
Exotica

Exotica 11

Betik Sekaki
Pokok
Kacukan antara Hawaiian Solo dan lubang 6. Tinggi sederhana dan mula berbunga 4 bulan selepas di tanam Kacukan antara jenis 19 dan jenis 20 exotica. Tinggi sederhana dan mula berbunga 4 bulan selepas di tanam. Hasil lebih tinggi daripada exotica Pokok mula berbunga 3-4 bulan selepas di tanam.
Buah
Pengutipan hasil dilakukan selepas 9 bulan di tanam dan berat buah lebih kurang 600-900 gm/ buah. Terdapat bintik hitam (Jagat) pada buah. Pengutipan hasil dilakukan selepas 9 bulan ditanam dan berat buah lebih kurang 600-1000gm. Kurang bintik hitam (jagat) pada buah. Permukaan buah licin tiada bintik hitam dan apabila masak kulit bertukar warna dari hijau kekuning. Berat buah 1.5-2.4 kg.
Isi
Berwarna oren kemerahan dan kandungan gula yang tinggi (Brix 13-15 %) Berwarna oren kemerahan dan pejal, lebih manis dari exotica (Brix 14.5 %) Berwarna oren kemerahan dan pejal manis (Brix 11-12 %)

KEPERLUAN TANAMAN

Cuaca :
Betik memerlukan taburan hujan yang seimbang untuk proses pendebungaan. Biasanya taburan hujan sebanyak 1200 mm dengan suhu antara 21-33 c. Betik tidak sesuai di tanam di kawasan angin yang kuat yang boleh menyebabkan pokok rebah/ tumbang.

Tanah :
Memerlukan sistem pengairan yang boleh menghalang dari berlakunya banjir. Kesesuaian tanah ialah pH 5.0 - 5.5.

AMALAN KULTUR

Bahan Tanaman :
Menggunakan anak benih

Menanam :
Sediakan lubang 3m x3m x 3m dan biarkan terdedah ke matahari selama 2-4 minggu. Campuran baja organik 1-2 gm/ lubang dan 200 gm TSP (Triple Super Phosphate ) dalam setiap lubang.

Sistem Tanaman :
Sistem tanaman empat segi iaitu 2.7 m x 1.8 m dan jumlah sebanyak 2000 pokok / ha.

Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :
Umur pokok (bulan) Kandungan Baja (N:P:K:Mg) Masa Membaja (Tahun) Jumlah Baja (pokok / tahun)
1 15:15:15 3-4 0.05
2 15:15:15 3-4 0.05
3 15:15:15 3-4 0.10
5 12:12:17:2 3-4 0.35
>5 12:12:17:2 6 0.35
Setiap 6 bulan Organan 2 2.0

Pengurusan Air :
Sistem pengairan yang betul perlu untuk pertumbuhan yang sihat di peringkat awal penanaman. Kekurangan kelembapan akan menyebabkan keguguran dan tidak subur.

PENGURUSAN PEROSAK

Penyakit :
Penyakit yang sering menyerang betik adalah seperti berikut :
Penyakit (ajen penyebab)

Tanda-tanda

Kawalan
Himpunan daun yang tidak normal pada bahagian atas pokok (Interaksi antara kutu daun dan Cladosporium oxsporum Berk) -menyebabkan bintik pada daun muda dan
bintik coklat pada daun tua.
-menyebabkan daun berkerikot.
-menyebabkan buah bengkok dan
kecil -sembur dengan benomyl 0.1 %
untuk mengawal C.oxysporum.
-sembur dengan cabaryl.
-kutu daun sembur dengan
dimethoate atau permethrin
(0.1%).
Virus Bintik Cincin- dibawa oleh Aphis gossypii dan Aphis craccivora Koch. -menyerang semua bahagian pokok.
-daun muda bertukar menjadi kuning
-daun berkerekot dengan bintik kehijauan
-bulatan cincin pada buah dan batang
-calar atau garisan berair pada bunga -buang semua buah yang
diserang
-Aphids dikawal dengan
malathion (sembur cabaryl atau
dimethoate)
Antraknos (Colletotrichum gloeosporioides sacc) -menyebabkan bulatan hitam pada buah
masak akhirnya akan terbenam
-buah busuk -sembur dengan mancozeb 0.1%
-buah dan daun dimusnahkan.
Reput Akar (Phytophthora parasitica, P.palmivora) -daun muda dan tua bertukar menjadi kuning
dan gugur
-reput akar, reput batang dan buah busuk
-jika tidak dikawal, daun akan gugur dan
pokok akan mati -sembur dengan metalaxyl

Serangga :
Serangga yang biasa menyerang betik adalah seperti berikut :
Serangga

Tanda-tanda

Kawalan
Lalat Buah (Bactrocera spp.) Menyerang buah masak menyebabkan rosak - Kutip hasil sebelum
buah menjadi kuning
- Sembur dengan
dimethoate 0.1% atau
acephate
Kutu labah merah (Tetrarynchus spp) Menyebabkan daun pramatang gugur, mengurangkan kecergasan pokok dan kecacatan pada buah. - Sembur dengan dicofol
atau propagite 0.1 %
a.i
Kutu daun (Thrips parvispinus) Serangga ini menyerang pucuk daun, daun muda kudup bunga, menyebabkan bintik dan saiz buah tidak seragam. - Sembur dengan
dimethoate 0.1% a.i
atau malathion 0.1 %.

Rumpai :
Kerja-kerja merumput dilakukan diperingkat awal penanaman disekeliling pangkal pokok. Sungkupan disekeliling pangkal pokok untuk mengawal rumpai dan mengawal kelembapan tanah. Merumput diantara barisan pokok untuk mengawal serangga dan penyakit dengan menggunakan racun herba.

KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL

Kematangan :
Mula mengeluarkan hasil 9 bulan selepas ditanam.

Hasil :
Jangkahayat antara 2-3 tahun. Hasil meningkat selepas 13-14 bulan selepas menaman. Betik boleh membuahkan hasil antara 40-65 tan/ha/tahun. Manakala exotica 11 antara 50-80 ta/ha/tahun dan betik sekaki lebih kurang 100-150 tan /ha/tahun.

Musim :
Bermusim sepanjang masa.

Indeks Warna :
Pengeluaran hasil yang optimun antara 17-20 minggu selepas pendebungaan. Indeks kematangan pada buah perlu untuk menentukan kualiti hasil. Peringkat kematangan yang sesuai adalah seperti berikut:

1 : hijau keseluruhan
2 : hijau sedikit kesan kekuningan
3 : hijau melebihi kuning
4 : kuning melebihi hijau
5 : kuning sedikit kesan kehijauan
6 : keseluruhan permukaan kuning

Pengutipan hasil perlu dilakukan diperingkat 2 atau 3.

MENGUTIP DAN PENYIMPANAN HASIL

Pasca Tuai :
Buah perlu dipetik dengan tangan. Pengendalian termasuklah pemilihan buah, membersih, air panas dan rawatan kulat, pengeringan dan menggred. Buah dimasukkan ke dalam bakul plastik atau bakul buluh dan dilapiskan dengan suratkhabar atau daun pisang untuk pasaran tempatan. Untuk pasaran ke luar negara buah dibungkus kedalam kotak corrugated fibre board.

Penyimpanan :
Indeks buah peringkat 2-4 boleh disimpan antara 5-9 hari dengan suhu (25-35c) Penyimpanan dengan suhu 6-15 c, buah boleh tahan lebih lama dan sesuai untuk pengangkutan kapal laut.

EKONOMI

Jumlah pengeluaran bagi tiga pusingan (9 tahun ) exotica sebanyak RM 107,376.00.
Berasaskan harga diladang RM 0.45/kg.
NPV (Net present value) @ 10 % ialah 19,474.00
IRR (Inernal rate of return) ialah 40.27 % dan B/C (Benefit cost ratio) @ 10 % ialah 1.27

InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&AgrotourismSumber/Dipetik:http://jpn.penang.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=33:betik&catid=23:buah-buahan&Itemid=54&lang=ms

Penyakit Mati Rosot Betik


Penyakit Mati Rosot Betik



PENGENALAN
Penyakit mati rosot betik atau "papaya dieback disease" adalah penyakit tanaman betik yang paling serius. la boleh menyebabkan kerosakan pokok dan kehilangan hasil buah betik sehingga 100%. Penyakit ini adalah satu ancaman kepada industri tanaman betik Malaysia. Penyakit ini digazetkan sebagai berbahaya di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan1976.

MAKLUMAT PENYAKIT

Nama Penyakit : Mati rosot betik
Patogen penyebab : Bakteria, Erwinia papayae
Bahagian diserang : Daun, pelepah, pucuk, batang dan buah
Cara merebak Kawalan : Tanah dan air & Tiada cara untuk mengawal pokok betik yang diserang penyakit ini melainkan mengamalkan amalan pertanian baik sebagai langkah pencegahan.

TANDA-TANDA PENYAKIT
Penyakit mati rosot ini menyerang semua bahagian pokok betik termasuk pucuk, daun, pelepah daun, batang dan buah betik. Terdapat tanda-tanda yang jelas pada bahagian-bahagian tanaman betik yang diserang oleh penyakit mati rosot ini.

Pucuk
Terdapat tanda lecur basah (water-soaked) dan nekrotik kehitaman pada bahagian antara pucuk dan pelepah. Pucuk kemudian reput dan terkulai.

Daun
Kelihatan tanda lecuh basah pada tepi dan hujung daun. Urat daun dan sepanjang urat daun menjadi nekrotik kehitaman.

Pelepah daun
Terdapat tanda lecuh basah dan nekrotik kehitaman pada bahagian hujung pelepah. Daun akhirnya terkulai.

Batang
Terdapat tanda lecuh basah pada batang pokok betik yang diserang oleh penyakit mati rosot ini.

Buah
Terdapat tompok-tompok hitam pada kulit buah manakala isi buah kelihatan lecuh basah.




APA YANG PERLU DIBUAT?

* Petani dinasihatkan untuk memeriksa anak benih betik di tapak semaian tiap-tiap minggu.
* Petani perlu juga memeriksa anak pokok betik yang baru ditanam di ladang serta pokok betik yang membesar dan yang sedang berbuah tiap-tiap minggu.
* Sekiranya anak benih atau pokok betik menunjukkan tanda-tanda penyakit mati rosot, cabutkan pokok bersama dengan akar dan memusnahkannya secara membakar atau menanam kedalam tanah.
* Elakkan dari menanam semula di kawasan di mana berlaku kejadian penyakit mati rosot ini.

CARA MEMUSNAHKAN POKOK BETIK BERPENYAKIT

Ladang Betik Kecil dan Pokok Betik Keliling Rumah

Penebangan pokok betik yang diserang penyakit tersebut di ladang.

Cabut Akar

Kumpul Pokok-Pokok Betik Tersebut

Tuang minyak tanah

Bakar pokok-pokok betik tersebut

Atau menggali lubang dan isi dengan pokok berpenyakit dan menimbus.

Ladang Betik Besar

Gali pokok betik yang diserang penyakit resebut.

Gali Lubang

Buang pokok ke dalam lubang

Menimbus lubang



PENCEGAHAN JANGKITAN DAN SEBARAN DI LADANG BETIK

Bersihkan alat-alat dengan pembasmi kuman selepas menggunakannya.

Pastikan bakul-bakul dibersihkan dengan air sebelum dibawa masuk ke ladang untuk diisikan dengan buah.

Tapak pembasmi kuman (disinfection foot bath) di pintu masuk ladang pengusaha.

Tapak kasut dan tayar kenderaan dibersihkan / basmi kuman sebelum masuk ke ladang betik.

Sediakan tapak pencuci yang diisikan dengan bahan basmi kuman dipintu masuk ladang.

Notis zon larangan di pintu masuk ladang betik.

Notis larangan masuk ke dalam ladang betik


TAHUKAH ANDA?

* Mengikut Seksyen 15, Akta Kuarantin Tumbuhan 1976, petani dikehendaki memusnahkan dengan segera pokok-pokok betik di ladang jika didapati diserang oleh penyakit mati rosot.
* Tujuannya ialah untuk mengelakkan penyakit dari merebak dan menjadi satu ancaman kepada industri tanaman betik negara.
* Menurut Seksyen 18, Akta Kuarantin Tumbuhan 1976, petani yang enggan memusnahkan tanaman betik yang diserang oleh penyakit mati rosot boleh disabitkan kesalahan di mahkamah dan dikenakan denda tidak lebih RM 10,000.00.



Tarikh Akhir Dikemaskini : 06 Mei 2010
Paparan : 511

InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&AgrotourismSumber/Dipetik:http://www.moa.gov.my/web/guest/penyakit_mati_rosot_betik

Saturday, November 20, 2010

Malaysia bakal pengeluar betik terbesar


Malaysia bakal pengeluar betik terbesar
Posted by harizamrry under Agro - biz
[5] Comments


TEMERLOH 26 Dis. – Malaysia bakal menjadi pengeluar betik terbesar dunia apabila 80 hektar kawasan tanaman buah tropika itu di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Lanchang dekat sini mengeluarkan hasilnya menjelang 2010.

Naib Presiden Perbadanan Makanan Pertanian Malaysia (MAFC), Raja Zalina Raja Safran berkata, pihaknya menyasarkan pengeluaran betik sebanyak 80,000 tan metrik setahun dengan 26,000 tan metrik dihasilkan menerusi TKPM dalam tempoh tersebut.

Pada masa ini, kata beliau, Malaysia menghasilkan 70,000 tan metrik buah betik dengan 26,000 tan metrik dieksport ke beberapa negara terutama United Kingdom.

“Ketika ini Malaysia merupakan negara keenam terbesar dari segi pengeksport betik di dunia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di TKPM Lanchang hari ini.

Raja Zalina berkata, setakat ini, sasaran awal pengeluaran betik jenis ‘Paiola’ di TKPM ialah kira-kira 3,000 tan metrik menjelang pertengahan tahun depan.

“Kita menjangkakan pengeluaran meningkat kepada hampir 5,000 tan metrik pada hujung tahun depan,” jelasnya.

Beliau memberitahu, projek tanaman betik jenis ‘Frangi’ telah dimulakan di tanah seluas 20 hektar di TKPM pada 2007.

“Kita berjaya mengeluarkan sebanyak 40 tan metrik betik jenis Frangi pada tahun tersebut. Sebanyak 20 hektar tanah lagi akan diusahakan oleh petani secara kontrak pada tahun depan,” katanya.

Raja Zalina menjelaskan, projek tanaman betik yang dijalankan di TKPM adalah menerusi program perladangan kontrak.

Menerusi program itu, jelas beliau, setiap petani diberi tanah seluas 20 hektar untuk diusahakan dengan projek tanaman betik.

“Hasil tanaman betik akan dijual kepada MAFC untuk dipasarkan. Dengan kaedah ini, petani tidak lagi perlu bimbang terhadap aspek pasaran kerana ia dilakukan oleh MAFC,” katanya.

Menurut beliau, tanaman betik itu merupakan sebahagian daripada projek perladangan di kawasan seluas 3,600 hektar di TKPM yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 13 Januari depan.

Daripada keluasan tanah tersebut, tambah beliau, seluas 3.200 hektar diusahakan oleh pihak swasta manakala selebihnya dilaksanakan oleh pekebun kecil dengan bantuan syarikat tertentu sebagai induk.

“Selain betik, tanaman lain yang turut diusahakan di TKPM ialah pisang, nangka, jambu, belimbing, limau, mangga dan tembikai,” ujarnya.

InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&Agrotourism

Tuesday, August 10, 2010

Cara-cara membuat baja organic tinja kambing

Cara-cara membuat baja organic tinja kambing

Baja organik tinja kambing memang elok dan bagus untuk hampir semua jenis tanaman. Apa yang menarik, penggunaan yang berlebihan, tidak akan merosakkan pokok kerana kandungan baja yang telah diuraikan (bakteria / hama 'jahat'). Cara buat baja organic ini pun tidak sepayah mana, yang penting , kena istiqamah dan rajin sikit sebab kerja yang memenatkan untuk memproses 1 hingga 2 tan, secara manual. Apa yang pasti, jika ada mempunyai mesin pembancuh simen (cement mixer), kerja memproses akan menjadi lebih mudah. Ditambah lagi jika anda mempunyai jentera penyodok (bobcat).


Resepi baja tahi @ tinja kambing


Bahan-bahan asas

1. Tinja 83% = 830 kg
2. Abu sawit 10% = 100 kg
3. Habuk kayu 5% = 50 kg
4. Kapur(lime) 2% = 20 kg
5. Stardex 0.25% = 2.5 kg


Cara-cara membuat baja organic tinja kambing.

1. Keringkan Tinja kambing. Tahi perlu betul-betul kering bagi mengelakkan mesin grinder tersumbat.
2. Hancurkan tinja menggunakan mesin penghancur (grinder)
3. Ratakan tinja yang hancur didalam petak 1.
4. Tabur habuk kayu, abu kelapa sawit, kapur dan stardec.
5. Gaul dan balik-balikkan sehingga agak sebati semua bahan-bahan asas.
6. Campurkan air dan mula menggaul. Kelembapan adalah sehingga 60% .
7. Longgokkan sehingga membukit : seelokkanya ditutup dengan kanvas bagi mengelakkan kekeringan.
8. Proses mengurai tahi akan berlaku oleh bacteria stardec ini (suhu akan mencecah sehingga 70° Celcius).
9. Biarkan selama seminggu. Buat catatan tarikh.
10. Minggu kedua, masukkan ke petak ke - 2, dan tutup.
11. Minggu ketiga, pindahkan ke petak ke – 3 dan tutup.
12. Minggu ke empat, pindahkan ke petak ke –4 dan biarkan terbuka. Ini bagi mempercepatkan pengeringan berlaku. Pada ketika ini. Suhu sudah mula menurun, bermakna proses penguraian telah berkurangan. Bau tahi telah hilang.
13. Selepas 4 minggu, selerakkan baja organic tinja kambing yang telah siap ini untuk dikeringkan supaya boleh dibungkus.

14. Boleh mula dijual, dan buat duit. Selamat mencuba!



InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&Agrotourism
Sumber/Dipetik:http://kambing-jamnapari.blogspot.com
http://jutawanklik.com/#kebunklik

Monday, August 9, 2010

Sisa kambing sebagai sumber pendapatan


Sisa kambing sebagai sumber pendapatan
Posted by harizamrry under Agro - Journal Pertanian





SELAMA ini ternakan kambing dan biri-biri hanya menghasilkan satu produk saja misalnya kambing pedaging hanya menghasilkan daging, manakala tenusu mengeluarkan susu saja. Sebelum ini penternak sedia maklum tinja atau najis ternakan sesuai dijadikan baja bagi pelbagai jenis tanaman, sama ada jangka pendek atau panjang. Kini dengan teknologi dan teknik pemprosesan tinja yang biasanya dibuang begitu saja dan menyumbang kepada pencemaran atau dijadikan baja boleh menghasilkan baja organik.

Baja organik atau popular sebagai emas hitam merupakan hasil tinja kambing yang diproses atau dikitar semula.Baja organik merupakan baja yang dihasilkan daripada punca tanaman atau ternakan yang tidak mempunyai sebarang bahan kimia atau hormon. Bermula dengan 50 ekor kambing, penternak sudah boleh mengusahakan baja organik justeru meningkatkan pendapatan dan menggantikan punca pendapatan utama asal.

Projek yang merupakan pelengkap kepada bidang penternakan menyemarakkan lagi potensi pendapatan sejajar dengan Dasar Pertanian Negara Ke-3. Kuantiti tinja kambing akan bertambah dari sehari ke sehari akan mewujudkan pencemaran bau jika tidak diuruskan dengan betul. Keadaan berkenaan akan menyebabkan penyakit seperti radang paru-paru terutama pada ternakan tua dan terlalu muda.

Longgokan yang bertambah banyak akan menyebabkan pencemaran alam sekitar apabila hari hujan. Setiap projek yang mengandungi 250 ekor ibu atau 750 ekor kambing mampu menghasilkan 9,000 kilogram (kg) atau sembilan tan tinja mentah sebulan. Jumlah tinja yang dihasilkan setiap bulan dalam kuantiti banyak dan boleh dijadikan sumber pendapatan yang lumayan sekiranya diurus secara sistematik.

Sistem penternakan insentif merupakan sistem paling sesuai bagi pengeluaran baja organik secara sistematik kerana ternakan bebas tidak akan memberikan tinja yang optimum. Kandang Penternak disaran membina kandang setinggi enam kaki (dua meter) dari permukaan tanah bagi memudahkan kerja memungut tinja mentah. Permukaan bawah kandang boleh di simen atau tidak mengikut kesesuaian keadaan tempat. Bagi kandang kecil usaha memungut tinja dilakukan menggunakan plastik kanvas di bawah lantai dengan curam ke tepi kandang. Tinja kambing merupakan 83 peratus bahan mentah baja organik bahan organik, bermakna sembilan tan metrik tinja mentah mampu menghasilkan 10.5 tan metrik baja organik.

Baja organik dapat dipasarkan pada harga RM800 setan dan ladang komersial yang berskala 250 ekor kambing mampu menghasilkan RM8,400 sebulan melalui kaedah pemasaran.Jika baja organik dijual dalam bungkusan kecil maka pendapatan meningkat kepada angka yang lebih lumayan.

Kaedah pemasaran yang strategik mampu menjadikan penghasilan baja kompos sebagai penjana pendapatan. Penternak yang menyertai program Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani boleh menyertai kursus secara sangkut dan latihan amali di ladang swasta secara insentif.

Peralatan seperti bangsal (15 kaki x 28 kaki atau lebih besar) mesin pembancuh tinja, cangkul, jaring penapis, alat penimbang dan bekas plastik diperlukan bagi menghasilkan baja organik. Semua peralatan dianggarkan berharga kira-kira RM10,000. Baja organik tidak mengandungi sebarang bahan kimia, antibiotik atau hormon dan tidak mencemarkan alam sekitar atau kualiti air. Baja organik juga dapat mengurangkan serangan hama dan penyakit dan sesuai digunakan bagi semua jenis tanaman jangka panjang seperti durian, duku dan manggis serta jangka pendek seperti sawi, cili dan tomato.
TINJA atau najis kambing boleh diproses dan dijadikan baja yang mampu memberi pendapatan tambahan kepada penternak.

Baja organik Bio Komp ini dihasilkan daripada tinja kambing yang diternak. Antara kebaikan menggunakan baja ini adalah seperti berikut:

* Menyuburkan lapisan bawah permukaan tanah
* Meningkatkan populasi mikro organisma tanah
* Meningkatkan daya serap akar & daya serap air
* Meningkatkan ketersediaan unsur terutamanya N.P.K dalam jangkamasa panjang untuk membentuk unsure yang sangat diperlukan tanaman.
* Mengurangkan kos pertanian & MESRA ALAM.

Harga bagi 1 tan adalah RM 700.00.


InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&Agrotourism
Sumber/Dipetik:Agro - Journal Pertanian
http://jutawanklik.com/#kebunklik