Kebun Warisan's Followers

Showing posts with label Panduan. Show all posts
Showing posts with label Panduan. Show all posts

Sunday, March 13, 2011

Dr Pokok (Doktor Pokok??) Jabatan Pertanian Malaysia

Dr Pokok


Apakah Klinik Pengembangan Dr. Pokok?

Klinik Pengembangan Dr. Pokok ialah:

Satu tempat di mana orang ramai boleh menyalur dan menyelesaikan sebarang masalah berkaitan aktiviti pertanian.

Satu tempat di mana pelanggan dapat bertemu dengan pakar-pakar bidang pertanian bagi mendapatkan sebarang maklumat pertanian.

Satu program Jabatan Pertanian yang menawarkan perkhidmatan pengembangan pertanian sebagai teras perkhidmatannya.

Nama Klinik Pengembangan diberikan kepada tempat / kaunter yang menawarkan khidmat pengembangan pertanian, manakala nama Dr. Pokok pula merujuk kepada pegawai-pegawai Jabatan Pertanian yang memberikan khidmat nasihat serta kepakaran teknikal dan pengembangan pertanian.


Apakah Bidang Kepakaran Dr. Pokok?

Bidang-bidang kepakaran Dr. Pokok ialah:

Diagnostik Masalah Tanaman.
Khidmat Nasihat Amalan Pertanian Baik.
Perundingan dan Pelaburan Pertanian.
Kajian Daya Maju Projek Pertanian.
Pembangunan Sumber Manusia.
Kajian Kesesuaian dan Kesuburan Tanah.
Remote Sensing dan Pemetaan Tanah.
Pakej Teknologi Pelbagai Tanaman.
Teknologi Kejuruteraan Pertanian.
Teknologi Pengeluaran Benih Tanaman.
Teknologi Pengeluaran Industri Asas Tani.
Kawalan Perosak dan Penyakit Tanaman.
Kawalan dan Persijilan Kualiti Tanaman.
Kawalan Import dan Eksport Pertanian.
Kawalan dan Aplikasi Racun Makhluk Perosak.
Khidmat Analisa Makmal.
Pemasaran Hasil Pertanian.
Maklumat Statistik Pertanian.

Apakah Aktiviti-Aktiviti yang dijalankan?

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah:

Memberi khidmat nasihat / bimbingan kepada pelanggan yang meliputi semua bidang kepakaran Dr. Pokok seperti khidmat nasihat pertanian, diagnostik masalah tanaman, analisa makmal, perundingan pelaburan pertanian dan sebagainya.
Menyelesaikan masalah-masalah teknikal dan pembangunan pertanian.
Memberi penerangan / penjelasan mengenai program-program Jabatan Pertanian dan program kerajaan yang lain.
Sebagai penghubung di antara pelanggan dengan kakitangan Jabatan Pertanian, unit / seksyen / bahagian / negeri-negeri, agensi lain atau badan-badan lain yang berkaitan.
Hebahan maklumat-maklumat pertanian terkini.

Di Mana Anda Boleh Mendapatkan Khidmat Dr. Pokok?

Anda boleh mendapatkan khidmat Dr. Pokok di:

Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Putrajaya
Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri-Negeri
Pejabat-Pejabat Pertanian Daerah
Pusat-Pusat Jabatan Pertanian yang berdekatan dengan anda
Kaunter bergerak ke kawasan-kawasan projek pertanian

Bagaimana Anda Boleh Menghubungi Dr. Pokok?

Anda boleh menghubungi Dr. Pokok melalui:

Kaunter Klinik Pengembangan


di Ibu Pejabat Putrajaya, Negeri dan Daerah yang dibuka pada setiap hari bekerja.



Kaunter Bergerak


Diadakan pada setiap 2 minggu sekali di kawasan-kawasan pertanian atau di pusat-pusat pertanian. Makluman akan dihebahkan dari masa ke semasa.



Kaunter Perkhidmatan On-Call


Perkhidmatan On-Call ditawarkan setiap masa. Anda boleh menghubungi nombor "Hotline" yang disenaraikan ini:

· Putrajaya 03 - 8870 3000

· Johor 07 - 235 5506/07

· Melaka 06 - 232 4318

· Negeri Sembilan 06 - 765 9760

· Selangor 03 - 5544 5440

· Perak 05 - 254 1999

· Pulau Pinang 04 - 537 2144

· Kedah 04 - 777 5000/03

· Perlis 04 - 938 4466

· Pahang 09 - 573 3133

· Terengganu 09 - 627 4191/89

· Kelantan 09 - 744 2400

· Labuan 087 - 408 513/14



Kaunter e-Khidmat Dr. Pokok




Emel sahaja pertanyaan anda kepada :
drpokok@doa.gov.my




InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&Agrotourism.Petikan dari sumber luar untuk perkongsian semata2.

FERTIGASI SECARA 'AUTOPOT'

FERTIGASI SECARA 'AUTOPOT'


Fertigasi mengandungi autopot adalah satu kaedah terkini di mana baja lengkap dalam bentuk larutan nutrien diagihkan ke pot tanaman melalui sistem pengairan (titisan).

Fertigasi: Maksud sebenar dalam sains pertanian ialah "Cara Pemberian Makanan Kepada Tanaman". Fertigasi Aautopot bermaksud: "Kaedah terkini, iaitu apabila baja lengkap dalam bentuk nutrien diagihkan ke dalam bentuk larutan nutrien diagihkan ke pot tanaman melalui sistem pengairan (titisan)". Keperluan paras air atau larutan nutiren dikawal oleh smart valve. Pokok ditanam dalam polibeg yang mengandungi serpihan batu-batan dan polibeg ini diletak dalam autopot. Autopot pula dibuat daripada High Density Poliethelin dan jangka hayatnya tahan selama lebih kurang 5-10 tahun.

Tanaman yang paling sesuai dan ekonomik ditanam adalah rock melon, cili dan tomato kerana seiring keadaan harga pasarannya yang agak tinggi dan permintaan yang mantap sepanjang tahun. Tanaman lain seperti timun jepun, terung, kacang bendi, kacang panjang, peria, petola dan bunga-bungaan juga boleh ditanam menggunakan kaedah ini.

Kaedah

Keperluan asas yang diperlukan ialah:-

rumah pelindung hujan
sistem pengairan
baja (khas) untuk fertigasi
peralatan pH dan EC meter.
sumber air bersih.
bekas tanaman di ladang dan semaian (polibeg dan autopot).
media tanaman (pecahan batu-batan)
biji benih terpillih.



Keadaan Penanaman:

Penyediaan larutan stok. Terdapat dua kaedah, iaitu yang pertama ialah dengan menggunakan larutan baja yang sudah dijual dan dikhaskan untuk sistem fertigasi dan yang kedua ialah dengan menggunakan kaedah secara manual.

Kaedah penyediaan stok dengan menggunakan baja yang dikhaskan
Terdapat dua stok, A dan B. Campuran baja dilarutkan ke dalam air berukuran 100 liter dalam bekas Stok A.
Campuran baja B juga dilarutkan ke dalam air berukuran 100 liter dalam bekas Stok B. Kemudian disimpan di tempat yang teduh dan tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari.
Kaedah penyediaan stok baja dengan menggunakan kaedah secara manual
Sediakan formulasi ini terlebih dahulu dalam sebuah bekas (bekas C).



Set A


Kuantiti (g)
Kalsium nitrat
Iron (EDTA)

18.720
328
Kalium nitrat
Monokaliumhydrogen fosforan
Magnesium sulfate
Manganese sulfate
Asid borik
Zingkam sulfate
Kumprum sulfate
Ammonium molibate

16.240
5.260
9.840
30
60
4.4
1.56
0.36

Kemudian masukkan set A ke dalam bekas A berukuran 100 liter air. Masukkan set B ke dalam bekas B brukuran 100 liter air. Masukkan kedua-dua larutan ke dalam tangki C mengikut kepekatan yang ditetapkan. Sila lihat jadual di bawah:-


Umur pokok
(minggu) Kepekatan (EC)
Tangki C Kepekatan (EC)
Autopot
1-2
2-4
4-6
6-7
8-9
>10 1.6
1.7
1.8
1.9
20 - 2.2
2.4 - 2.5 1.7
1.8
1.9
2.0
2.3 - 2.5
2.6 - 3.0

Penting:
Prestasi perkembangan tanaman adalah bergantung kepada kepekatan larutan yang diberikan. Kepekatan yang terlalu tinggi ataupun rendah akan menyebabkan berlaku masalah kepada tanaman, sama ada terbantut ataupun mati akibat kandungan bahan larutan yang terlalu tinggi.

Semaian Anak Benih

Sebiji benih ditanam di dalam media Jiffy 7 (dibua daripada cocopeat) yang direndam di dalam air.
Sediakan polibeg berlubang berisikan batu batan.
Anak benih bersama-sama dengan Jiffy 7 dipindahkan ke dalam polibeg.
Polibeg diletakkan ke dalam pot.

Penjagaan:

Menyukat kondutiviti (E.C.)
Menyukat pH larutan baja
Menyembur racun serangga dan kulat.
Membuang tunas air, akar yang berlebihan di dalam autopot.
Membuat terillis.
Memilih serta membalut buah dan mengutip hasil

Kebaikan Sistem Fertigasi Autopot

Dapat mengelak serangan penyakit, perosak dan rumpai daripada tanah dan media.
Hasil pengeluaran yang tinggi.
Pertumbuhan pokok yang sekata.
Penjimatan air dan baja sebanyak 30%.
Boleh diusahakan 4-5 kali setahun.
Hayat simpanan (shelf life) buah yang lebih lama.

Anggaran keuntungan bagi 300 autopot dalam jangka masa 3 bulan:

Perkara

Jumlah (RM)
Jumlah pendapatan kasar
(5,500 kg @ RM3.50 sekilogram)

19,250.00
Kos perbelanjaan
(kos pembangunan + penyelenggaraan) 7,700.00
Pendapatan bersih 11.550.00
Pendapatan bersih bulanan 3.850.00
Nisbah kos dan keuntungan 1:2:5

InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&Agrotourism.Petikan dari sumber luar untuk perkongsian semata2.

BAGAIMANA MEMILIH BUAH-BUAHAN BERKUALITI "Malaysia's Best"

BAGAIMANA MEMILIH BUAH-BUAHAN BERKUALITI


Memilih buah-buahan yang paling baik bukanlah satu tugas mudah. Biasanya kita terpaksa menggunakan segala pancaindera dan pengalaman memilih sama ada dengan menggoncang, menghidu, memicit, menekan atau kadangkala kita merasai sendiri buah-buahan tersebut. Sebijak mana kita memilih, kita masih sangsi tentang kualiti buah-buahan tersebut.

Kita mendapati di sebalik buah-buahan yang kelihatan begitu sempurna itu, masih tersembunyi kecacatannya seperti isi yang lembik, dimakan ulat, buah yang masih mentah dan pelbagai ketidaksempurnaanya. Kini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah memperkenalkan jenama "Malaysia's Best" untuk mengatasi masalah anda memilih buah-buahan yang berkualiti. Ia begitu mudah, cuma pilih buah-buahan yang menggunakan lambang "Malaysia's Best" ini.

"Malaysia's Best" merupakan program nasional yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui agensinya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Program ini bertujuan untuk memperkenalkan buah-buahan tempatan yang berkualiti. Seperti gelarannya, "Malaysia's Best" ialah buah-buahan tempatan yang diperakui telah melalui proses pemilihan yang teliti daripada peringkat pemilihan biji benih sehinggalah buah-buahan itu dipasarkan. Segala-galanya menepati standard yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Hanya buah-buahan yang menepati standard ini yang layak menggunakan lambang "Malaysia's Best".

Buah-buahan yang memakai lambang "Malaysia's Best" telah mematuhi syarat-syarat seperti kandungan sisa racun perosak, logam berat, pencemaran mikro, saiz, keadaan rupa, warna, tahap kesegaran, kematangan dan telah melalui proses penggredan, pembungkusan dan pelabelan. Spesifikasi ini dikendalikan mengikut ketetapan di bawah Protokol EUREPGAP untuk buah-buahan dan sayur-sayuran segar, dan juga CODEX, iaitu kod amalan kebersihan untuk pengeluaran dan pembungkusan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

Kesimpulannya, "Malaysia's Best" adalah lambang kualiti yang mencerminkan standard keselamatan makanan di pasaran domestik dan antarabangsa. Sebagai lambang jaminan kualiti, "Malaysia's Best" bukan sahaja membantu memperkenalkan hasil pertanian Malaysia secara kompetitif di pasaran malah ia menggalakkan gaya hidup sihat pengguna di Malaysia melalui pemakanan yang selamat dan berkualiti tinggi.

InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&Agrotourism.Petikan dari sumber luar untuk perkongsian semata2.

Sunday, November 21, 2010

Penyakit Mati Rosot Betik


Penyakit Mati Rosot Betik



PENGENALAN
Penyakit mati rosot betik atau "papaya dieback disease" adalah penyakit tanaman betik yang paling serius. la boleh menyebabkan kerosakan pokok dan kehilangan hasil buah betik sehingga 100%. Penyakit ini adalah satu ancaman kepada industri tanaman betik Malaysia. Penyakit ini digazetkan sebagai berbahaya di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan1976.

MAKLUMAT PENYAKIT

Nama Penyakit : Mati rosot betik
Patogen penyebab : Bakteria, Erwinia papayae
Bahagian diserang : Daun, pelepah, pucuk, batang dan buah
Cara merebak Kawalan : Tanah dan air & Tiada cara untuk mengawal pokok betik yang diserang penyakit ini melainkan mengamalkan amalan pertanian baik sebagai langkah pencegahan.

TANDA-TANDA PENYAKIT
Penyakit mati rosot ini menyerang semua bahagian pokok betik termasuk pucuk, daun, pelepah daun, batang dan buah betik. Terdapat tanda-tanda yang jelas pada bahagian-bahagian tanaman betik yang diserang oleh penyakit mati rosot ini.

Pucuk
Terdapat tanda lecur basah (water-soaked) dan nekrotik kehitaman pada bahagian antara pucuk dan pelepah. Pucuk kemudian reput dan terkulai.

Daun
Kelihatan tanda lecuh basah pada tepi dan hujung daun. Urat daun dan sepanjang urat daun menjadi nekrotik kehitaman.

Pelepah daun
Terdapat tanda lecuh basah dan nekrotik kehitaman pada bahagian hujung pelepah. Daun akhirnya terkulai.

Batang
Terdapat tanda lecuh basah pada batang pokok betik yang diserang oleh penyakit mati rosot ini.

Buah
Terdapat tompok-tompok hitam pada kulit buah manakala isi buah kelihatan lecuh basah.




APA YANG PERLU DIBUAT?

* Petani dinasihatkan untuk memeriksa anak benih betik di tapak semaian tiap-tiap minggu.
* Petani perlu juga memeriksa anak pokok betik yang baru ditanam di ladang serta pokok betik yang membesar dan yang sedang berbuah tiap-tiap minggu.
* Sekiranya anak benih atau pokok betik menunjukkan tanda-tanda penyakit mati rosot, cabutkan pokok bersama dengan akar dan memusnahkannya secara membakar atau menanam kedalam tanah.
* Elakkan dari menanam semula di kawasan di mana berlaku kejadian penyakit mati rosot ini.

CARA MEMUSNAHKAN POKOK BETIK BERPENYAKIT

Ladang Betik Kecil dan Pokok Betik Keliling Rumah

Penebangan pokok betik yang diserang penyakit tersebut di ladang.

Cabut Akar

Kumpul Pokok-Pokok Betik Tersebut

Tuang minyak tanah

Bakar pokok-pokok betik tersebut

Atau menggali lubang dan isi dengan pokok berpenyakit dan menimbus.

Ladang Betik Besar

Gali pokok betik yang diserang penyakit resebut.

Gali Lubang

Buang pokok ke dalam lubang

Menimbus lubang



PENCEGAHAN JANGKITAN DAN SEBARAN DI LADANG BETIK

Bersihkan alat-alat dengan pembasmi kuman selepas menggunakannya.

Pastikan bakul-bakul dibersihkan dengan air sebelum dibawa masuk ke ladang untuk diisikan dengan buah.

Tapak pembasmi kuman (disinfection foot bath) di pintu masuk ladang pengusaha.

Tapak kasut dan tayar kenderaan dibersihkan / basmi kuman sebelum masuk ke ladang betik.

Sediakan tapak pencuci yang diisikan dengan bahan basmi kuman dipintu masuk ladang.

Notis zon larangan di pintu masuk ladang betik.

Notis larangan masuk ke dalam ladang betik


TAHUKAH ANDA?

* Mengikut Seksyen 15, Akta Kuarantin Tumbuhan 1976, petani dikehendaki memusnahkan dengan segera pokok-pokok betik di ladang jika didapati diserang oleh penyakit mati rosot.
* Tujuannya ialah untuk mengelakkan penyakit dari merebak dan menjadi satu ancaman kepada industri tanaman betik negara.
* Menurut Seksyen 18, Akta Kuarantin Tumbuhan 1976, petani yang enggan memusnahkan tanaman betik yang diserang oleh penyakit mati rosot boleh disabitkan kesalahan di mahkamah dan dikenakan denda tidak lebih RM 10,000.00.



Tarikh Akhir Dikemaskini : 06 Mei 2010
Paparan : 511

InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&AgrotourismSumber/Dipetik:http://www.moa.gov.my/web/guest/penyakit_mati_rosot_betik

Wednesday, April 14, 2010

Banana (Pisang)

BANANA

Uses

-Food consumption

Bananas are mainly consumed as a fresh fruit. Export bananas, mostly of the Cavendish variety, are also called "dessert" bananas. There is a multitude of recipes that include bananas as a basic element. However, in many developing countries, bananas of the different varieties are also a staple commodity, an essential component of many cooking dishes.



Exotic/ethnic bananas in export markets

There is an market niche that offers a trade alternative for exporters in developing countries. As developed countries consumers have become more sophisticated they show an increasing preference for new tastes, therefore demanding the presence of new varieties of bananas. This has resulted in a market for what can be called exotic or ethnic bananas. At present it is possible to find at speciality shops or supermarkets other varieties of bananas than the usual dessert bananas or Cavendish, such as red bananas, baby bananas, apple bananas or even plantains. There is a great potential for promotion of consumption of these new banana varieties and small banana producers can profit from the opportunities given by these new market niches. The initial increase in sales for new varieties may take place through the extensive travel of consumers from developed countries who experience the new flavours or through the ethnic minorities living in developed countries, which demand the presence in the market of these varieties from their native countries. At present, availability of different varieties of fruits is much higher than some years ago and some of the new varieties are no longer considered exotic once the consumer has become used to them. It is possible to find in the supermarket some new types of fruits that were not known just a decade ago and they are now considered as regular. Demand for these exotic products increases as the general consumers tend to be more familiar with them.

Processed banana food products

Through the proccessing of bananas it is possible to obtain dried bananas, also called banana "chips", banana puree as the basis for baby food or for dairy products, banana flour and powder, banana juice or even banana alcohol (See Alcohol in East Africa, 1850-1999).

Apart from being a very important food product, banana products and by-products have other many different uses and applications:

Banana fiber

It is used for handicraft and art in baskets, carpets and so on. The fiber is also used for the manufacturing of banana paper.

Animal feeding

Bananas which do not arrive to fulfill quality requirements for export and banana waste may be used for animal feeding.

Banana leaves

They are used for wrapping food when cooking in many countries.

Intercropping

In some cases, banana cultivation is used to give shade to other crops that need it, such are coffee or cocoa.

Tourism

Banana production areas can be shown for tourism interests.

Medicinal use

Bananas are considered to be good for the treatment of gastric ulcer and diarrhoea. Because they contain vitamin A, bananas and plantains act as an aid to digestion. Due to their high content of B6 vitamin, they help to reduce stress and anxiety. They are also considered benefitial for cancer prevention and heart diseases. The high content of carbohydrates makes of them a very good source of energy, for example, for people practising sports. Potassium helps to better brain fonctioning.

The change in consumer eating habits has given place to new preferences as consumers in developed countries have become more sophisticated and more exigent with the bananas they demand, as it has happened with produce and food consumption in general. At present consumers are interested in many additional issues. Consumers are becoming increasingly aware of the health and nutritive benefits of eating more fresh fruit. They are also more interested in dietary issues, consuming more low fat and sugar food, what favours consumption of fruits. The campaign 5 a day launched by Produce for Better Health Foundation in USA, and extended later all over the world, is trying to encourage the consumption of fruit on health grounds following this trend towards healthy products . However, the potential for fruit consumption increases based on health reasons is still high since the intake of fruit is still bellow the recommended levels.



InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&Agrotourism
Sekadar Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:http://www.unctad.org/infocomm/anglais/banana/uses.htm

SALAM HORMAT.SELAMAT MAJU JAYA
KebunWarisan
http://jutawanklik.com/?a_aid=kebunklik

Tuesday, February 16, 2010

PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS PROJEK / RANCANGAN PERNIAGAAN

PANDUAN PENYEDIAAN KERTAS PROJEK / RANCANGAN PERNIAGAAN

GARIS PANDUAN (Checklist)

1.0TUJUAN
2. LATAR BELAKANG PROJEK
2.1 PENGENALAN
· Lokasi projek /keluasan
· Latar belakang industri dan trend pasaran
· Senario masa hadapan
2.2 SYARIKAT / KUMPULAN
· Profil Syarikat
· Kepakaran Ahli dan Pengalaman
2.3 LATAR BELAKANG PENGUSAHA / AHLI
· Latar Belakang Pengusaha, Nama, Alamat, telefon
· Pengalaman
· Kelulusan akademik
· Kepakaran
· Kursus dan latihan ( peserta diwajibkan menghadiri kursus berkaitan sebelum pembiayaan diluluskan)
2.4 MODEL/KONSEP PERNIAGAAN/KEUSAHAWANAN
3. RANCANGAN PENGURUSAN
· Diuruskan sendiri oleh pengusaha; atau
· Project Management Consultant (PMC)
· Kakitangan pengurusan
· Pengalaman/kepakaran
· Jawatan dalam Bahagian/Agensi
· Struktur organisasi
4. RANCANGAN PEMASARAN
· Analisis Pemasaran
- Ramalan jualan – perlu buat analisis pelanggan, pasaran dan perkhidmatan
- Kaji arah aliran pasaran dalam industri
- Mengukur saiz pasaran
- Pesaing
· Ramalan Jualan
· Strategi Pemasaran
- Strategi pemasaran secara keseluruhan spt bagaimana mengahapi pesaing dari segi kualiti, harga, lokasi, imej dan sebagainya
- Contract farming/manufacturing
· Strategi Perkhidmatan
- Faktor-faktor yang boleh menarik pelanggan
· Strategi Harga
- penentuan harga
- Tawaran harga dan sebagainya
· Strategi Pengedaran
- cara pengedaran dibuat
- Kos-kos terlibat
- Rancangan jangka pendek dan panjang jualan tersebut
· Strategi Promosi
- Teknik-teknik promosi yang dijalankan
· Belanjawan Pemasaran

5. RANCANGAN OPERASI
· Perkhidmatan/produk ditawarkan
· Proses operasi
· Keupayaan operasi
· Senarai bahan mentah (jika ada)
· Pembekal bahan mentah / sumber produk
· Khidmat sokongan / bantuan daripada agensi
· Senarai pekerja terlibat
6. RANCANGAN KEWANGAN
Rancangan kewangan akan memastikan sejauhmana kebenaran andaian/ramalan yang dibuat dalam pasaran, jualan dan kos-kos terlibat. Ramalan/andaian yang dibuat perlu realistik supaya ianya boleh digunakan untuk menilai dayamaju projek dan juga sebagai alat kawalan belanjawan. Rancangan kewangan merangkumi:
· Kos projek – kos tetap / kos berubah
· Sumber pembiayaan
- sendiri daripada peserta
pembiayaan
Profoma aliran tunai – bulanan dan tahunan ( 3 – 5 tahun)
· Profoma penyata pendapatan – tahunan (3 – 5 tahun)
· Analisis ROI / pay back period
7. JADUAL PELAKSANAAN PROJEK
· Tunjukkan peringkat-peringkat perlaksanaan projek
8. PENGLIBATAN AGENSI KERAJAAN
· FAMA / JABATAN PERTANIAN / PENTERNAKAN / HAIWAN / LPP/LPPK / MARDI / LKIM / AGENSI DI BAWAH KERAJAAN NEGERI DLL
9. PENGURUSAN RISIKO PROJEK
· Cagaran / Penjamin
· Kajian Teknikal / Pengesahan Jabatan/Agensi Kerajaan
· Cadangan pengurangan risiko projek
10. PENUTUP

Bahagian ini merupakan kesimpulan atau rumusan yang memberi gambaran yang menyeluruh mengenai perniagaan yang dijalankan. Pengusaha juga boleh memberi sebarang maklumat sokongan lain yang boleh memberi justifikasi mengenai daya maju perniagaan


Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:

Monday, February 15, 2010

Tip mengetahui umur kambing

Tip mengetahui umur kambing

Pada umur muda, gigi yang tumbuh adalah gigi susu, gigi susu ini kecil dan agak tajam serta tumbuh agak renggang.Pada umur semakin dewasa gigi susu akan tanggal, lalu diganti dengan gigi tetap.Pengantian gigi tetap ini lah yang menjadi panduan untuk menduga umur kambing. Pada usia yang sudah tua kehausan gigi menjadi ukuran dasar menduga umur kambing.

Untuk membantu anda menduga umur kambing, gunalah daftar dibawah:-

1. Belum ada gigi tetap - kurang dari 1 tahun
2. Ada sepasang gigi tetap - 1 - 2 tahun
3. Ada 2 pasang gigi tetap - 2 - 3 tahun
4. Ada 3 pasang gigi tetap - 3 - 4 tahun
5. Ada 4 pasang gigi tetap - 4 - 5 tahun
6. Gigi tetap haus - 5 tahun keatas
Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:

TERMA (KAMBING) ANTARA FULL BLOOD , PURE BLOOD , KACUKAN

TERMA ANTARA FULL BLOOD , PURE BLOOD , KACUKAN

Ramai penternak yang baru berjinak-jinak dengan penternakan kambing masih tidak dapat membezakan dua terma yang sering disebut-sebut : Fullblood dan Purebred. Perkara ini sangat penting dan perlu dijelaskan supaya penternak baru tidak mudah ditipu ketika membeli dan memilih kambing.

Full-Blood : Merujuk kepada haiwan yang 100% baka tulen tanpa ada kacukan dengan baka lain. Ini boleh dibuktikan dengan sijil kelahiran/pedigree daripada badan-badan/institusi yang diiktiraf. Ciri-ciri fizikal juga dapat digunakan untuk memastikan samada kambing yang dipilih adalah benar-benar ‘full-blood’.

Pure-Bred : Merujuk kepada haiwan yang mempunyai lebih 85% darah dari baka tulen. Masih mengekalkan kebanyakan ciri-ciri fizikal dari baka tulen. Amat sukar untuk membezakan antara baka ‘full-blood’ dan ‘pure-bred’ tetapi ciri-ciri seperti warna bulu, lengkungan tanduk dan telinga boleh digunakan untuk membezakannya .

Kacukan : Kedua-dua ciri dari induk jantan dan betina berlainan baka dapat dilihat pada anak yang lahir.



Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:

GOAT TERM / TERMA PERIHAL KAMBING

GOAT TERM

Buck: Male Goat

Sire : Pejantan

Dam : Induk Betina

Doe: Female Goat

Doeling: Young female goat

Buckling: Young male goat

Kid: Newborn Goats

Male offspring : Anak Jantan

Female offspring : Anak Betina

Wether: Castrated male goat

Capretto: Meat that comes from kids

Chevon: Meat that comes from adult goats

Colostrum: The first milk that any animal (including humans)
produce after they give birth. This milk helps to pass along the
mother’s immunity to disease to her offspring.

Polled: Breeds of goats naturally born without horns.

Ruminant: a hoofed animal that digests its food in two steps: first by eating the raw material and regurgitating a semi-digested form known as cud, then chewing the cud (a process called ruminating). Ruminants have four stomachs and include cows, goats, sheep, llamas, bison, buffalo, elk and deer.

Debudding: Removing the horns just as they are starting to grow. Most dairy goat farmers remove the horns at an early age for the sake of safety for both people and other animals.


Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:

Saturday, January 16, 2010

Baja Vermikompos

Vermikompos tingkat kesuburan tanah
Sumber : Jabatan Pertanian


Vermikompos kaya dengan nutrien yang sesuai untuk tanaman.

--------------------------------------------------------------------------------



VERMIKOMPOS merupakan baja kompos yang terbentuk hasil daripada pemeliharaan cacing dalam kompos. Vermikompos mengandungi najis cacing yang bercampur dengan bahan-bahan organik yang mereput seperti jerami padi, rumput, dan lain-lain sisa bahan tanaman.

Vermikompos mengandungi pelbagai unsur nutrien yang sangat sesuai untuk tanaman.

Selain itu, ia juga membantu menguraikan sebatian kompleks kepada unsur yang boleh diambil oleh tanaman.

Cara membuat vermikompos

a. Bahan-bahan

i. Jerami padi atau sisa bahan pertanian yang telah reput atau separuh reput.

ii. Najis haiwan (tahi lembut) atau tahi ayam)

iii. Cacing merah (cacing kompos)

b. Cara membuat

i. Sediakan tapak kompos dan bangsal untuk membuat vermikompos bagi melindungi daripada hujan dan panas.

ii. Masukkan 300 kilogram (kg) jerami dan 100 kg tahi lembu ke dalam tapak kompos dan gaulkan.

iii. Masukkan empat kg cacing merah (lebih kurang 10,000 ekor) ke dalam campuran jerami dan tutup dengan jerami atau guni

iv. Lakukan penyiraman setiap dua hari sekali supaya campuran sentiasa dalam keadaan lembap.

v. Pemantauan dan pengurusan yang sempurna hendaklah dilakukan bagi memastikan cacing berada dalam keadaan selesa dan tidak diganggu oleh musuh-musuh seperti tikus, semut dan burung.

vi. Hasil vermikompos boleh diambil dalam masa sebulan.

Pengutipan hasil

Vermikompos boleh dituai selepas tiga atau mepat bulan. Vermikompos yang terhasil diasingkan dengan mengumpulkannya dalam satu bahagian dan bahan sisa tanaman bari ditempatkan di sebelahnya.

Cacing-cacing akan berpindah dengan sendirinya ke bahan sisa tanaman baru. Vermikompos yang telah diasingkan ditapis sebelum dibungkus dan dijual atau digunakan.

Kebaikan vermikompos

i. Memperbaiki struktur tanah

ii. Memperbaiki kandungan biologi tanah dengan penambahbaikan mikrorganisma, hormon dan juga enzim.

iii. Membekalkan unsur-unsur yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok.

vi. Mengandungi humus yang berguna untuk meningkatkan kesuburan tanah.




Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:

Sunday, January 3, 2010

PANDUAN MENANAM TIMUN DAN

PANDUAN MENANAM TIMUN DAN TIMUN JEPUN


Nama Botani
Famili
: Cucumis Sativus Linn
: Cucucbitacea

Sila klik pada tajuk-tajuk di bawah ini:-


Menanam Timun (pdf)
Timun (Wikipedia Bahasa Melayu)
Mentimun (Wikipedia Indonesia)


Varieti:

MT 1
Varieti MARDI ini ditanam di pantai timur. Lambat mengeluarkan hasil (7-11 minggu selepas menanam). Buahnya pendek dan banyak (10-15 biji/pokok). Hasil dari varieti ini adalah 15-25 tan/hektar.


MT 2
Varieti MARDI. Cepat mengeluarkan hasil. Buahnya sederhana besar dan sangat ranggup. Pungutan hasil ialah 5-10 minggu selepas menanam. Hasilnya ialah 20-30 tan/hektar.


Simpang Pulau
Varieti ini popular di Perak. Kulit buah berwarna hijau tua. Buah sederhana besar. Hasil adalah 20-25 tan/hektar.

Pengenalan:

Timun boleh ditanam di ladang ataupun di sekeliling rumah. Pokoknya tidak memerlukan ruang yang luas kerana ia adalah sejenis sayuran yang menjalar, yang perlu hanyalah cacakan kayu atau pagar-pagar tegap supaya pokok dapat memanjat. Timun tidak memerlukan perhatian yang rapi seperti pokok-pokok lain.

Sebagai ulam timun mengandungi Vitamin A dan kelebihan zat ini tidak dapat ditandingi dengan sayur-sayuran lain seperti kacang bendi dan labu. Timun mengandungi Vitamin A yang setanding dengan cili hidup iaitu lebih kurang 130 IU/Ox (4.6 IU/gm).

Kesusuaian Tanah:

Tanah yang sesuai untuk tanaman timun ialah tanah yang gembur, mengandungi cukup bahan-bahan organan, mempunyai saliran yang baik dan berkeupayaan memegang air. Pokok timun memerlukan hawa panas tetapi tidak terlalu terik, kerana kalau terik ia memerlukan lebih baja dan air. Jika penanaman dimulakan di pertengahan musim kemarau, pokok menjadi kerdil, kerana kekurangan air di dalam tanah untuk pokok menghisap. Sebaik-baiknya penanaman dimulakan di akhir musim hujan di mana udara lebih sejuk disamping suhunya menggalakkan benih timun bercambah dengan cepat.

Tanah digembur dengan cangkul atau ditenggala dengan trektor. Buat batas berukuran 1.2 m lebar x 7.6m panjang dan 23-26 cm tinggi. Bubuh baja organan (tahi lembu atau tahi ayam yang reput dan bakaran sampah sarap) di setiap lubang tanaman atau di dalam parit kecil yang dibuat di kedua belah batas. Banyak baja bergantung kepada kesuburan tanah (11.5 kg/batas atau 12.6 tan metrik/ha).

Penanaman:

Benih timun boleh ditanam terus atau dicambahkan dan diubah ke ladang. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 60 cm x 60 cm (2' x 2'). Dua barisan tanaman timun boleh ditanam atas tiap-tiap batas. Benih timun ditanam terus ke lubang dengan kadar 2-3 biji benih selubang. Siram dua kali sehari. Percambahan akan berlaku selepas 3-4 hari. Selepas 10 hari anak pokok yang kurang subur dibuang dengan meninggalkan 1-2 pokok di satu tempat.

Benih timun boleh juga dicambahkan di dalam kain bersih yang basah, dan seterusnya tiga anak semaian diatur di dalam 'kerek'. Anak-anak semaian di dalam 'kerek' diubah ke ladang selepas 4-6 hari. Pilih anak semaian yang subur sahaja untuk diubah. Pembajakan berikut boleh digunakan:-

14 bahagian Sulphate of Ammonia
11 bahagian Double Superphosphate
5 bahagian Muriate of Potash
11 bahagian Kieserite

atau gunakan baja sebatian NPK Hijau (15:15:15). Baja dua minggu sekali sebanyak 14_28 gm sepokok/sekali, iaitu bila anak semaian berumur 10-12 hari. Tabur keliling pokok atau ke dalam parit kecil yang dibuat di kiri kanan barisan anak-anak timun. Pokok timun memerlukan sokongan sebaik-baik sahaja ia mengeluarkan jari-jari, iaitu apabila anak pokok berumur 14-16 hari.

Pokok timun perlu disiram sekurang-kurang sekali sehari sehinggalah hasilnya dipungut. Dalam musim hujan pokok-pokok timun tidak sepatut disiram terlalu kerap. Merumput patut dilakukan supaya tidak ada persaingan untuk zat makanan antara rumput dengan pokok timun dan untuk mengelakkan pembiakan musuh dan penyakit. Merumput dilakukan dengan tangan atau dengan cangkul.

Membuat Junjung / Penyokong:
Pokok timun bertabiat menjalar dan memerlukan junjung / penyokong untuk memanjat. Kayu junjung/penyokong yang dibuat daripada kayu hutan, buah dan lain-lain sistem para. Sistem trellis yang menggunakan tiang-tiang kayu, para-para dawai dan tali rafia tahan lama tetapi kos adalah lebih tinggi.

Pembajaan:
Timun memerlukan nutrien sebanyak 150-200 kg N, 30 kg P, 160-200 kg dan 20 kg Mg bagi sehektar. Baja organik dan inorganik yang disyorkan adalah seperti berikut:-


Pusingan Masa Jenis Baja Kadar/batas
(7.5m x 1.2m) Amaun/hektar
(650 batas)
1
2
3
4 Sebelum menanam
2 minggu
4 minggu
6 minggu Baja organan
NPK 15:15:15
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2 6 kg
300 kg
450 kg
450 kg 4 tan
200 kg
300 kg
300 kg

Pengairan:
Memerlukan lembapan yang cukup untuk hidup subur. Penyiraman perlu dilakukan 1-2 kali sehari, kecuali pada hari hujan, secara manual atau sistem pengairan renjis.

Musuh:
Musuh yang selalu menyerang timun ialah penyakit ulat dan kumbang Aulacophora, ulat lalat buah (dacus spp.) dan kutu daun. Gunakan racun serangga untuk mengawal musuh-musuh ini.

Penyakit:

Penyakit yang selalu menyerang timun ialah Bintik Berpusar, Kulapok Downy dan Kulapok Debu. Gunakan racun kulat untuk mengawalnya.

Pungutan Hasil:

Buah timun dapat dipungut lebih kurang 30 hari selepas ditanam. Pungutan dibuat dua hari sekali. Ia akan terus mengeluarkan hasil selama 25-30 hari. Buah yang masak mempunyai kulit yang licin sementara yang muda kulitnya kasar dan berkilat.


PANDUAN MENANAM TIMUN JEPUN SECARA
SISTEM HIDROPONIK

Pengenalan:

Sistem ini merupakan kaedah penanaman tanpa tanah di mana bahan makanan dibekalkan melalui larutan nutrien dan garam galian. Oleh kerana sistem hidroponik memerlukan modal yang tinggi, jenis tanaman yang bernilai tinggi seperti timun Jepun disyorkan. Setakat ini, keluasan tanaman ini yang diusahakan secara hidroponik masih kecil. Namun demikian sistem ini berpotensi diperluaskan untuk pasaran tertentu di bandaraya.

Pengeluaran secara sistem hidroponik perlu dilaksanakan di bawah struktur pelindung hujan. Antara kebaikan sistem ini ialah:-

pengeluaran hasil bagi satu unit kawasan adalah lebih tinggi kerana pengambilan baja lebih efisien dan jarak tanaman yang lebih rapat

menggalakkan pengeluaran sayuran yang berterusan sepanjang tahun

menggalakkan impak percikan air hujan ke atas tanaman dan seterusnya kerosakan tanaman


FAKTOR-FAKTOR PENTING DALAM PEMILIHAN SISTEM

Pasaran
Pasaran merupakan faktor penting dalam menentukan jenis sayuran yang diusahakan dan juga teknologi pengeluaran yang sesuai. Pasaran pula ditetapkan mengikut lokasi dan permintaan terhadap jenis sayuran. Permintaan pasaran terhadap sayuran tertentu dan secara berterusan sepanjang tahun menggalakkan penggunaan sistem ini.


Kemampuan Kewangan
Penggunaan teknologi ini memerlukan kos permulaan yang agak tinggi, pengusaha perlu mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh.


Tenaga Kerja
Dalam keadaan di mana tenaga kerja terhad, sistem ini sangat sesuai disyorkan sebagai alternatif.


Pengetahuan dan Pengalaman
Pemilihan kaedah pengeluaran yang sesuai juga bergantung kepada kemahiran pengusaha. Pengetahuan dan pengalaman dalam penyelenggaraan tanaman secara sistem hidroponik adalah penting untuk memastikan kejayaannya.

KULTIVAR YANG DISYORKAN

Dua kultivar yang disyorkan adalah Sakata Seeds No. 67 dan Sakata Seeds No. 69. Ciri kedua-dua kultivar ini adalah seperti berikut:-

Kultivar Sakata Seeds No.67 Sakata Seeds No. 69
Nisbah bunga betina : jantan
Masa berbunga (lepas disemai)
Warna buah
Bentuk buah
Berat buah
Lain-lain ciri 50 : 50
35-37
Hijau tua
Lurus
90-100 gm
Duri halus putih di permukaan buah 80 : 20
35-37
Hijau tua
Lurus
90-100 gm
-



JENIS SISTEM

Jenisnya ialah Intermittent Nutrient Flow Technique (INFT). Bagi sistem ini bakul-bakul kecil yang mengandungi anak benih, diletakkan di dalam lubang pada penutup palong dengan akarnya mencecah larutan nutrien. Pelan latar asas sistem INFT (lihat Rajah 1).

PERALATAN SISTEM

Peralatan yang diperlukan untuk sistem ini adalah seperti berikut:-
Tangki air berkapasiti 1000 liter
Pam letrik berkuasa 2 H.P.
Bekas takongan atau palong berukuran 4 m panjang x 0.2 m lebar x 0.1 m dalam
Paip masuk air, jenis P.E. Grade D, berikuran 50 mm untuk mengepam air ke dalam palong.
Paip buang air, jenis P.E. Grade 0, berukuran 100 mm untuk mengumpul air yang mengalir dari palong.
Bekas air adalah penting dalam sistem hidroponik. Air tadahan hujan atau air paip boleh digunakan. Bagi air paip, kandungan klorinnya perlu diawasi sebelum air digunakan. Kandungan klorin boleh dikurangkan dengan membiarkannya dalam takongan sehari.

Bagi sistem ini, larutan nutrien dipam dari tangki air secara berkala ke dalam palong. Pam untuk menggerakkan dan mengalirkan air dijadualkan berjalan selama setengah jam setiap satu jam mulai pukul 7 pagi hingga 7 malam (pam dijalankan 8 kali dengan jumlah 4 jam sehari).

Bekas takongan biasanya dalam bentuk palong dan saiznya berbeza mengikut keperluan. Bekas takongan ini digunakan untuk mengisi larutan nutrien yang mengalir dan boleh dibuat dengan kayu (lihat Rajah 2).. Palong-palong dibuat daripada plywood setebal 1 cm. Saiz palong adalah 400 cm panjang x 20 cm lebar x 10 cm dalam. Palong-palong ini perlu dilapikkan dengan plastik hitam tebal. Bagi kawasan seluas 10 m x 20 m, ia boleh menempatkan 80 palong.

Styroform yang dipotong mengikut ukuran palong digunakan sebagai penutup palong. Lubang-lubang yang boleh memuatkan bakul semaian ditebok di styroform mengikut jarak tanaman yang akan diusahakan. Bagi tanaman timun Jepun, jarak lubang adalah 40.5 cm. Palong-palong boleh diletakkan di atas para-para yang dibuat daripada kayu (lihat Rajah 3). Empat palong boleh diletakkan di atas satu rak di mana empat palong ini mendapat bekalan air dari satu paip masuk dan satu paip buang. Palong-palong hendaklah diletakkan mencondong ke sebelah (dengan cerun 1:100) supaya air dapat mengalir daripada bahagian masuk air kepada bahagian buang air melalui tekanan graviti. Air yang dikumpulkan dalam tangki dipamkan semula ke dalam palong-palong tersebut.

Dalam sistem INFT ini, kepingan styroform berukuran 17.6 cm lebar x 5 cm tinggi dari 1.2 cm tebal diletakkan di bahagian tengah dan hujung tiap-tiap palong sebagai sekatan. Ini adalah untuk memastikan sedikit air dapat bertakong semasa pam tidak berjalan. Kaedah ini juga menjamin tanaman tidak terjejas sekiranya berlaku masalah terputus bekalan letrik. Semasa pam tidak berjalan, takongan air baja yang bertakung kerana adanya sekatan dalam setiap palong memadai untuk keperluan tanaman. (Sila lihat pelan struktur sistem hidroponik) !

PEMILIHAN STRUKTUR PELINDUNG

Struktur pelindung hujan digunakan untuk pengeluaran sayuran secara hidroponik. Struktur ini sama seperti rumah dan dibuat daripada kayu tetapi bumbungnya adalah bahan plastik yang lutsinar dan tidak berdinding. Struktur jenis kayu adalah lebih murah dan senang dibina walaupun tempoh hayatnya lebih pendek daripada jenis besi.

Bentuk yang popular adalah gergaji dan gable. Jenis tiang yang disyorkan adalah kayu keras (Kelas B). Bagi bumbung, kayu kelas C yang berkualiti sederhana boleh digunakan (lihat Rajah 4 dan 5).

PENYEDIAAN LARUTAN NUTRIEN

Sebelum anak benih dialih, bancuhan baja dalam tangki dibuat terlebih dahulu. Campuran baja yang dibuat adalah mengikut jenis tanaman yang diusahakan, kerana setiap tanaman mempunyai keperluan baja yang berlainan. Tanaman timun Jepun memerlukan kadar Kalium dan Kalsium yang berbeza. cF atau condutivity factor dan pH larutan baja juga perlu sentiasa dalam lingkungan yang disyorkan iaitu pH 5.5 - 6.5 dan 20 - 30 cF.

Contoh formulasi baja dalam tangki hidroponik

Jenis Nutrien g/1000 liter air
Larutan A: CaNO3 900
Larutan B: KNO3 600
MgSO4 450
KH2PI4 160
EDTA-FE4 7.9
ZnSO3 0.4
MnSO4 1.5
CuSO4 0.3
NH4Mo4 0.1
H3BO3 1.7


Formulasi baja larutan pekat di dalam pasaran biasanya dirumuskan sebagai Rumusan A dan B, di mana rumusan A adalah kalsium nitrat dan rumusan B adalah campuran lain-lain nutrien. Setiap rumusan adalah larutan pekat dan perlu diasingkan untuk mengelakkan pemendapatan jika kedua rumusan pekat ini dicampurkan. Dalam persediaan larutan baja di dalam tangki yang luas seperti 1000 liter, rumusan A dan B dicampur dengan kadar 1:1. Campuran kedua-dua rumusan dalam tangki air yang besar tidak akan menyebabkan pemendapatan.

PENANAMAN DAN PENYELENGGARAN POKOK
Menyemai biji benih

Sebanyak 3 g biji benih timun Jepun diperlukan untuk sistem hidroponik di rumah lindungan berukuran 10 m x 20 m. Semaian tanaman disediakan terlebih dahulu sebelum diletakkan ke dalam palong tanaman. Semaian biasanya dilakukan 5-7 hari sebelum dialih. Sedikit rockwool digunakan sebagai media percambahan dalam setiap bakul. Bakul-bakul yang telah disemai dengan biji benih ini diaturkan ke dalam bekas yang diisi dengan sedikit air baja dan diletakkan di kawasan yang redup.

Jarak tanaman

Bekas-bekas yang mengandungi anak benih yang sihat dan subur sahaja dipilih untuk dialihkan ke palong tanaman. Bekas-bekas ini diletak di dalam lubang palong yang berjarak 40.5 cm antara satu sama lain sepanjang palong. Jarak tanaman diantara pokok di dalam palong lain adalah 40.5 cm tiga segi sama. Sebanyak 700 pokok diperolehi dari kawasan 10 m x 20 m (lihat Rajah 6).

Menyedia trellis

Sistem trellis perlu disediakan kerana varieti Sakata adalah jenis indeterminate. Sokongan kayu untuk dawai-dawai trellis di sediakan di kedua hujung palong dan di tengah palong. Tinggi sokongan kayu adalah 20 cm. Dawai halus dipasang selari dan melintang dengan panjang palong dengan jarak 60 cm antara satu sama lain (lihat Rajah 7).

Pokok timun Jepun dilatih dan diikat dan diikat ke dawai trellis supaya dahan-dahan cabang menegak dan cabang-cabang akan berada di bahagian atas trellis dawai yang disediakan apabila pokok membesar. Dahan-dahan berlebihan di bahagian atas dan di bawah trellis akan dibuang supaya pengudaraan mencukupi dan tidak menggalakkan keadaan lembab yang boleh menyebabkan serangan penyakit.

Kawalan perosak

Semburan racun kulat perlu pada peringkat pertumbuhan awal. Semburan racun serangga perosak dibuat apabila diperlukan sahaja. Kadangkala semburan baja daun terutama kalsium diperlukan untuk menjamin kesuburan pokok (terutama untuk megelakkan penyakit blossom end rot bagi tanaman tomato).

Pengawasan yang rapi perlu dijalankan dan langkah-langkah kawalan diambil segera apabila serangan perosak atau penyakit melebihi Paras Ambang Ekonomik. Semburan racun perosak sekiranya perlu, dijalankan secara semburan setempat iaitu menyembur pada pokok tanaman yang diserang perosak atau penyakit sahaja. Kumbang daun (penyakit kulapuk downy), kutu daun (penyakit kulapuk berdebu) dan lalat buah (penyakit antraknos lecur anak benih dan penyakit virus) adalah diantara perosak dan penyakit timun Jepun.
PEMBACAAN pH dan cF

Alat meter ringkas untuk membaca paras pH dan kepekatan bahan larut cF perlu untuk menyelenggara keadaan larutan baja dalam tangki atau palong. Bacaan ini amat penting untuk memastikan larutan baja mengandungi zat yang secukupnya dan tidak kurang atau terlebih daripada keperluan tanaman. Pemerhatian terhadap kekurangan air dalam takungan perlu dibuat dan ditambah bila perlu. Bacaan cF dan pH perlu ditahap yang disyorkan dan penambahan larutan dibuat untuk mendapat bacaan yang sesuai.

PENGUTIPAN HASIL

Hasil dikutip 35-37 hari selepas disemai apabila panjang buah timun Jepun berukuran lebih kurang 20 cm. Timun digred berdasarkan saiz, warna, kesegaran, tahap kecederaan mekanikal dan kesan serangan penyakit dan serangga. Buah-buah timun yang baik perlu diasingkan daripada buah-buah yang rosak akibat serangan penyakit atau serangga, bengkok, terbantut dan berwarna kuning. Pembersihan dengan air tidak digalakkan kecuali jika terlalu kotor.

Buah-buah yang dipilih dibungkus dalam beg plastik polietilena yang mempunyai lubang-lubang kecil. Untuk memanjangkan tempoh penyimpanan buah timun, ia perlu disimpan di dalam bilik sejuk pada suhu 15oC dengan kelembapan relatif diantara 90-95%. Pada suhu ini, timun boleh disimpan selama 2 minggu tanpa mengalami penurunan mutu yang ketara.

Pengendalian Lepas Tuai

Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai.


SPESIFIKASI PIAWAIAN DAN GRED

Spesifikasi piawaian dan gred ini meliputi timun hijau keputih-putihan dan timun susu daripada varieti Cucumis sativus L. yang ditanam di Semenanjung Malaysia.

Indeks I
Muda. Timun berkenaan belum mencapai tahap kematangan. Terdapat jalur-jalur hijau meliputi sehingga keseluruhan permukaan kulit daripada bahagian pangkal hingga hujung timun.

Indeks 2
Matang. Timun berkenaan telah mencapai tahap kematangan. Jalur-jalur hijau meliputi sekurang-kurangnya dua pertiga daripada permukaan timun dan selebihnya berwarna keputih-putihan.

Indeks 3
Tua. Timun berkenaan telah terlalu matang dan jika dipotong bijinya agak keras dan 'seed cavity' agak berserat. Warna keputih-putihan telah bertukar kepada warna kekuning-kuningan.
Keperluan Minima

Agak bebas daripada rosak disebabkan kecederaan mekanikal dan penyakit, kotoran, kecacatan dan sesuai untuk dimakan oleh manusia serta telah mencapai peringkat matang.

Pengelasan Gred dan Saiz

Gred Ketentuan Kelonggaran (% maksimum)
1 Kematangan yang seragam (Indeks 2)
Kerosakan
Kecacatan (cacat bentuk, cacat rupa, kotor)
Saiz yang seragam (panjang > 23 cm) 5
10
15
5
2 Kematangan yang seragam (Indeks 2)
Kerosakan
Kecacatan (cacat bentuk, cacat rupa, kotor)
Saiz yang seragam (panjang 18-23 cm) 10
15
20
10
Luar Gred Timun yang tidak memenuhi ciri-ciri gred di atas

Pengelasan Gred dan Saiz Timun Susu

Gred Ketentuan Kelonggaran (% maksimum)
1 Kematangan yang seragam (Indeks 2)
Kerosakan
Kecacatan (cacat bentuk, cacat rupa, kotor)
Saiz yang seragam (panjang > 21 cm) 5
10
15
5
2 Kematangan yang seragam (Indeks 2)
Kerosakan
Kecacatan (cacat bentuk, cacat rupa, kotor)
Saiz yang seragam (panjang 19-21 cm) 10
15
20
10
Luar Gred Timun yang tidak memenuhi ciri-ciri gred di atas

PEMBUNGKUSAN DAN PERLABELAN

Pembungkusan
Timun daripada gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan bekas yang sesuai supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan. Kertas atau bahan lain yang digunakan untuk membalut atau mengalas hendaklah bersih dan tidak akan menyebabkan kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan.


Perlabelan
Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat berikut:- Tarikh, nama/kod penanaman, nama/kod pengeksport, nombor kad pengenalan, nombor pendaftaran syarikat, alamat, komoditi, berat bersih dan gred.

PERSAMPELAN

Bilangan sampel dan kaedah persampelan bagi tujuan pemeriksaan adalah berdasarkan kepada MS 1187:1990 Method of Sampling For Fresh Vegetables, atau kaedah statistik yang dipersetujui.



Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:perak.gov

PANDUAN MENANAM BAWANG

PANDUAN MENANAM BAWANG

Sumber:PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329



Nama Saintifik
Famili : Allium cepa L.
: Alliaceae



Di Malaysia terdapat beberapa jenis bawang merah yang ditanam iaitu jenis Siam, Indonesia dan India.

KEADAAN TANAH

Tanah yang sesuai bagi bawang merah ialah tanah yang pengaliran airnya sempurna seperti tanah gembur berpasir atau tanah pasir peroi yang kaya dengan bahan reputan. Tanah gambut juga didapati sesuai dan keasidan tanah ialah antara 6.5-7.8. Sekiranya tanah kurang subur, penambahan baja organan seperti tahi lembu dan sebagainya adalah disyorkan.

Pengairan yang mencukupi dalam lima minggu selepas menanam dan kering setelah pokok berumur 8 minggu adalah penting. Penggunaan sungkupan seperti jerami padi dapat mengekalkan kelembapan dan mengawal suhu tanah. Kawalan rumpai dibuat pada peringkat awal pertumbuhan dan semasa penyediaan tanah.

PENANAMAN

Menyedia Batas
Di tanah gambut dan gambut halus (muck) yang tidak bertakung air; bawang ditanam di tanah rata tanpa batas. Bagi tanah-tanah lain dan di kawasan-kawasan air senang bertakung, batas disediakan setinggi 20-30 cm (8-12 inci) dan 91-122 cm (36-48 inci) lebar. Jarak antara batas selalunya 66-91 cm (26-36 inci) dan panjang batas bergantung kepada petani sendiri.


Menyedia Benih
Bawang jenis India adalah lebih baik dari jenis yang lain (Thailand, Filipina dan Cina) dari segi pertumbuhan, ketahanan terhadap gejala 'White Tip' (iaitu kekeringan bahagian hujung daun) dan penghasilan bawang. Saiz bebawang yang digunakan semasa menanam tidak memberikan kesan yang bererti ke atas jumlah hasil. Bagi jenis berlabu panjang rencong memerlukan sebanyak 1210 kg untuk sehektar (8 pikul seekar) manaka jenis bulat pendek, kadar benih yang diperlukan untuk sehektar ialah sebanyak 1512 kg (10 pikul seekar). Untuk mendapatkan hasil yang baik, benih hendaklah dipilih dari labu yang matang, tidak berpenyakit dan telah dikeringkan sekurang-kurangnya 6 minggu selepas dituai.


Menanam
Labu-labu bawang untuk dijadikan benih didebu atau dicelup di dalam racun cendawan sebelum menanam. Benih ditanam dengan menimbus 1/3 bahagian dari labu benih dengan tanah dan meninggalkan 2/3 bahagian lagi di permukaan tanah. Jarak tanaman yang diguna ialah 13 x 13 cm (5 x 5 inci).

Amalan memotong di bahagian atas hujung bebawang sebelum menanam tidak menunjukkan kesan dalam mempercepatkan percambahan, sebaliknya cara ini akan menggalakkan jangkitan penyakit seperti jangkitan Fusarium. Dengan itu amalan memotong bahagian atas hujung bebawang sebelum menanam adalah tidak digalakkan.

Bekalan air yang secukupnya di peringkat awal pertumbuhan bawang mungkin dapat mengurangkan kejadian penyakit mati pucuk dan reput bebawang. Penggunaan sungkupan adalah digalakkan di mana kandungan air dan suhu tanah dapat dikawal. Bagi mengurangkan masalah, penanaman bawang hendaklah dijadualkan mengikut keadaan cuaca. Kerja-kerja menanam dan peringkat awal pertumbuhan hendaklah jatuh pada musim hujan dan memungut hasil pada musim kering.

PENJAGAAN

Mengawal rumpai
Penggunaan racun pra-cambah (Lasso) selepas menanam adalah digalakkan. Cara mencabut dengan tangan perlulah dilakukan dari peringkat awal lagi agar pertumbuhan akar bebawang tidak terjejas.


Membaja
Nisbah dan waktu membaja bawang merah yang ditanam di Muar dan Melaka adalah seperti berikut:-

Waktu Membaja Baja campuran terus
Jumlah Baja Digunakan
(kg/ha) (lb/ekar) (Ka/ha) (lb/ekar) (lb/ekar)
Semasa menanam
N
P2O5
K2O
90
112
135 80
100
120 664 591
atau I.C.I. Compound 88
989 800
Sebulan selepas menanam
N
P2O5
K2O
67
56
67 60
50
60 381 339
atau I.C.I. Compound 55
483 430


MENGAWAL MUSUH DAN PENYAKIT

Musuh
Bagi tanaman bawang merah (Alliaceae) tidak terdapat musuh yang merbahaya tapi untuk langkah berjaga-jaga, sembur 2 minggu sekali dengan Dipterex kekuatan 0.1% bahan aktif. Ulat ratus (spodoptera litura) memakan daun secara berkelompok. Buat giliran tanaman.

Penyakit pokok dan cara kawalannya

Hawar daun / Tumpuk mungu dan cumut
Sembur dengan Maneb (Manzate D) sebanyak 280-560 gm / 898 liter air sehektar.(4-8 oz / 80 gelen air/ekar).

Reput bebawang
Pastikan saliran air sempurna. Rendam benih dalam racun kulat sebelum menanam. Jangan lukakan bebawang sebelum dan selepas menuai dan amalkan tanaman giliran.

Tumpuk ungu (Alternaria porri)
Bintik-bintik pada mulanya berwarna kelabu. Bintik akan membesar dan merekah berwarna ungu. Akhirnya daun menjadi kering dan layu. Rawat benih dengan racun kulat sebelum menanam. Semburkan dengan thiram, ziram atau maneb.

Pucuk putih (fisiologi)
Hujung daun menjadi putih dan kering. Hasil akan berkurangan.


MEMUNGUT HASIL

Hasil mula dipungut 80-90 hari selepas menanam. Hasil yang didapati sebanyak 10-13 t/ha (66-85 pikul/ekar) adalah tinggi.

MENGERING DAN MENYIMPAN

Selain dari cara menjemur di bawah matahari, bebawang boleh dikeringkan dengan menggantungkan ikatan bebawang ke atas ampaian tali di dalam bilik yang mempunyai pengudaraan yang baik. Cara ini didapati lebih berkesan dan memerlukan tenaga buruh yang kurang serta kadar pereputan bebawang rendah jika dibandingkan dengan cara menjemur di bawah matahari.

PENGENDALIAN LEPAS TUAI

Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai.

HALANGAN PENGELUARAN

Bawang merah boleh ditanam dengan jayanya di kebanyakan tempat di Malaysia. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak masalah yang perlu diselesaikan sebelum sebarang projek berekonomi berskala besar dapat dilaksanakan. Antara masalah utama adalah seperti berikut:-

Kos yang tinggi dan ketiadaan biji bebawang yang bermutu untuk digunakan sebagai bahan tanaman.

Jika benih (true seeds) murah digunakan, amalan-amalan agronomi yang diwujudkan untuk biji bebawang perlu diubahsuai.

Kejadian 'keputihan-hujung' daun bawang adalah masalah biasa yang tidak menentu dan boleh timbul bila-bila masa di sepanjang pengeluaran bawang merah tempatan. Bergantung pada peringkat pembesaran pokok bawang, apabila simptom pertama kelihatan, boleh menyebabkan sedikit atau kesemua tanaman musnah (tiada hasil langsung).

Hujan yang sukar diramal boleh menyebabkan kehilangan hasil ketika dan selepas penuaian bebawang.

Kurangnya maklumat tentang keperluan penyimpanan bebawang kultivar benih tulen (true seeds).

Penanaman bawang merah di Malaysia mempunyai potensi yang baik. Kejatuhan nilai ringgit Malaysia menjadikan bawah merah import mahal dan bawang merah tempatan menjadi lebih kos kompetitif. Penanaman secara kecil-kecilan perlu dijalankan oleh petani-petani kecil kerana pendekatan ini mampu mengurangkan kos disamping memberi pulangan yang lebih baik berdasarkan penjimatan kos oleh sebab penggantian kos tenaga upah kepada kos tenaga keluarga.



Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA
TEL: 605-6883112 Fax: 605-6888329

PENGENDALIAN LEPAS TUAI SAYUR-SAYURAN

PENGENDALIAN LEPAS TUAI SAYUR-SAYURAN

Sumber:PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

PENUAIAN

Penuaian merupakan operasi awal dalam pengendalian lepas tuai. Aspek penting bagi penuaian adalah menentukan tahap kematangan yang sesuai dan cara penuaian. Tahap kematangan ketika penuaian mempengaruhi mutu selepas tiai dan ketahanan semasa penyimpanan. Citarasa sesuatu jenis sayur berbeza sekiranya hasil dikutip terlalu muda atau terlalu tua.

Masa penuaian yang sesuai bagi sayuran bergantung pada iklim, musim penanaman tertentu, varieti dan jenis sayur. Menentukan tahap sesuatu jenis sayur itu telah mencapai puncak mutu terbaik, bukanlah satu perkara yagn mudah dilakukan. Jangka masa kematangan yang tertera pada label yang terdapat pada paket atau katalog biji benih boleh digunakan sebagai panduan sahaja. Indeks penuaian bagi kebanyakan sayur buah dan sayur daun adalah berdasarkan saiz dan warna. Sayur buah pada peringkat muda seperti timun dan bendi, misalnya, boleh dipetik pada beberapa saiz mengikut keperluan pasaran. Manakala kebanyakan sayur buah yang diperlukan pada peringkat matang seperti tomato dan cili, penuaian mungkin bergantung pada perubahan warna sayuran tersebut. Bagi sayur daun pula, saiz biasanya digunakan sebagai kriteria utama bagi indeks penuaian. Manakala sayuran seperti kubis, kepadatannya boleh digunakan sebagai asas penuaian. Umumnya, peringkat kematangan yang sesuai untuk penuaian berbeza mengikut jenis sayur dan cara pemasarannya.

PENGENDALIAN DI LADANG

Pengendalian di ladang perlu dilakukan dengan cermat bagi mengelakkan kecederaan mekanikal yang boleh memberi kesan lebam, calar atau pecah. Pengendalian awal yang dilakukan di ladang dapat mengurangkan kadar kerosakan sayuran pada peringkat pengendalian yang berikutnya. Disamping itu, operasi penyediaan di rumah pembungkusan dapat dikurangkan sekiranya penyediaan awal telah dilakukan di ladang.

MEMETIK SAYURAN

Kebanyakan sayur dipetik menggunakan tangan sahaja atau menggunakan pisau yang tajam. Pisau yang digunakan mestilah sentiasa tajam dan bersih untuk mengelakkan penyebaran virus dari satu pokok ke pokok yang lain. Teknik penuaian berbeza bergantung pada bahagian tanaman yang dipetik. Bagi sayur jenis crucifer (kubis, kailan, kubis bunga dan brokoli), batang utamanya dipotong dengan pisau tajam dan pembersihan boleh dibuat di ladang. Manakala sesetengah sayur daun yang lain (bayam, kangkung) biasanya dicabut dengan tangan. Perlulah dipastikan supaya bahagian tangkai yang dipotong tidak menyentuh permukaan tanah. Sayur buah yang mempunyai tangkai yang ada lapisan pemisah (kacang panjang, buncis, cili) boleh dipetik dengan cara memutuskan tangkai dengan mudah menggunakan tangan. Sebaliknya sayur buah yang mempunyai tangkai yang liat, memetik menggunakan tangan boleh merosakkan sama ada tangkai atau buah (bendi, terung, timun, labu). Sayur jenis ini boleh dipetik dengan cara memotong tangkai menggunakan gunting (secateurs) atau pisau.

Masa yang sesuai untuk menjalankan operasi penuaian perlu juga difikirkan. Penuaian perlu dilakukan pada waktu yang paling sejuk, sama ada pada awal pagi atau lewat petang. Sayuran untuk pasaran tempatan boleh dipetik pada waktu pagi. Untuk pasaran yang jauh, penuaian lebih baik dilakukan pada waktu petang sekiranya pengangkutan yang sesuai dapat diatur untuk mengangkut sayuran ke pasaran pada waktu malam atau awal pagi keesokan harinya. Bekas pengisi sayuran yang digunakan semasa penuaian mestilah mempunyai saiz yang sesuai dan boleh dibawa oleh pekerja ke seluruh ladang. Bekas tersebut mestilah mempunyai dinding yang tidak tajam untuk mengelakkan kerosakan pada sayur. Penggunaan bekas yang kotor atau tercemar oleh tanah, sisa tumbuhan dan sisa yang reput perlulah dielakkan.

Sayuran yang telah dipetik mestilah dikumpulkan di tempat yang redup sekiranya pengangkutan segera tidak dapat dilakukan. Sayuran yang terdedah pada panas matahari akan mengalami peningkatan suhu yang menyebabkan sayur mudah rosak dan layu. Merenjis dengan air mungkin perlu supaya sayur tidak layu. Sayuran yang telah dipetik juga mesti dielakkan daripada tercemar degan tidak meletakkannya secara terus di tanah terutamanya tanah basah.

Peringkat penuaian yang sesuai mengikut kiraan masa selepas ditanam bagi sayuran terpilih

Sayur Daun Selepas Ditanam Sayur Buah Selepas Ditanam Kekacang dan Ubi Selepas ditanam

Bayam
Brokoli
Kailan
Kangkung
Kubis bulat
Kubis bunga
Kubis cina
Sawi
4 minggu
8 minggu
6 minggu
3 minggu
8-8 minggu
8 minggu
8 minggu
4 minggu
Bendi
Capsicum
Cili
Terung
Timun
Tomato
8 minggu
10 minggu
10 minggu
14 minggu
4 minggu
6-9 minggu
Jagung sayur
Kacang buncis
Kacang manis
Kacang panjang
Keledek
Sengkuang 7 minggu
5 minggu
5 minggu
5 minggu
3-5 minggu
3-5 minggu



PEMBUNGKUSAN DI LADANG

Penggunaan bahan pembungkus yang sesuai serta tahan lasak semasa di ladang amat penting untuk mengurangkan kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan. Kaedah pembungkusan yang baik dapat mengurangkan kehilangan air daripada sayuran dan kerosakan mekanikal yang boleh mempengaruhi mutu sayuran pada peringkat penggunaan. Memasukkan hasil yang dituai terus ke dalam bungkusan yang tersedia untuk dipasarkan adalah digalakkan bagi mengurangkan kerosakan disebabkan oleh pengendalian berganda.

PENGANGKUTAN DI LADANG

Mengangkut sayuran keluar dari ladang ke rumah pembungkusan perlu dilakukan dengan cepat untuk mengelakkan sayuran daripada terdedah terlalu lama pada persekitaran yang kadangkalanya terlalu panas atau terlalu lembap. Jenis kenderaan yang digunakan perlu disesuaikan dengan jarak pasaran dan jumlah sayuran yang dikendalikan. Lori kecil atau trailer yang disambungkan ke traktor boleh digunakan untuk mengangkut sayuran yang dipetik ke tempat pengumpulan atau rumah pembungkusan. Jalan ladang perlulah dalam keadaan baik sebab kerosakan terhadap sayuran mudah berlaku jika diangkut melalui jalan yang tidak rata lebih lebih lagi jika menggunakan kenderaan yang tidak sesuai. Bekas yang berisi sayur mestilah dipunggah ke dalam kenderaan dengan cermat dan disusun dengan sebaik mungkin supaya tidak mudah terbalik atau terlalu memberi beban kepada bekas di lapisan bawah, yang boleh menyebabkan kecederaan.

OPERASI RUMAH PEMBUNGKUSAN

Rumah pembungkusan merupakan kawasan teduhan untuk melakukan operasi penyediaan bagi menyediakan sayuran untuk pasaran. Rumah pembungkusan boleh merupakan bangsal yang mempunyai peralatan yang terhad atau kompleks yang dilengkapi dengan berbagai-bagai jenis peralatan moden. Operasi penyediaan yang dijalankan meliputi pemilihan, pemotongan, pembasuhan, pengeringan, penggredan, penyimpanan dan pembungkusan. Kesesuaian sesuatu operasi penyediaan berbeza mengikut jenis sayur dan jenis pasaran.

Operasi penyediaan sayur-sayuran untuk pasaran

Sayur daun
Pemilihan Pembersihan Pembasuhan Rawatan
Air Panas Pengeringan Perawatan Pemasakan Penyahijauan Penggredan Pembungkusan
Bayam
Brokoli
Kubis bunga
Kailan
Kangkung
Kubis bulat
Kubis cina
Sawi √






√ √






√ √






√ √






√ √






√ √







Sayur buah

Bendi
Capsicum
Cili
Terung
Tomato √



√ √



























√ √




Kekacang

Jagung sayur
Kacang buncis
Kacang manis
Kacang panjang √


√ √


√ √



Ubi

Keledek
Lobak medrah
Sengkuang √

√ √

√ √

√ √

√ √

√ √

√ √




PEMPROSESAN MINIMUM SAYURAN

Aspek pemprosesan minimum merupakan satu aktiviti lepas tuai yang mula mendapat tempat di pasaran sekarang. Sayuran yang diproses secara minimum merupakan sayuran yang telah dilakukan pembersihan, dibuang kulit atau dipotong dan dibungkus. Operasi yang dilakukan bergantung pada jenis sayur. Sayur yang diproses secara minimum ini sedia untuk terus dimasak atau dimakan. Melalui kaedah yang sesuai, sayuran yang boleh diproses secara minimum dapat dikekalkan kesegarannya untuk tempoh simpanan tertentu. Antara kelebihan yang diperolehi daripada hasil pemprosesan minimum ini ialah pengguna mudah membuat pilihan pada hasil yang dibeli dalam masa yang singkat. Bahagian-bahagian yang hendak dimakan atau digunakan jelas kelihatan. Selain itu pengguna juga dapat menjimatkan masa pengendalian sayuran itu sendiri, terutama bagi sayuran yang telah tersedia dipotong (bergantung pada jenis sayur). Pembelian bersesuaian dengan menu yang dirancang.

Suhu, kelembapan dan tempoh simpanan
yang sesuai bagi sayur terpilih

Jenis
Suhu (oC) Kelembapan relatif (%) Tempoh
Bayam
Cili
Kacang bendi
Kacang panjang
Kailan
Kangkung
Kubis bulat
Kubis bunga
Kubis cina
Labu
Lobak merah
Saderi
Sawi
Terung
Timun
Tomato hijau
Tomato masak
Ubi keledek
Ubi sangkuang 5
5
7-10
4-7
5
5
1-2
0
0
10-13
0
0
5
8-12
10-13
13-21
8-10
13-16
0
90-95
90-95
95
95
90-95
90-95
90-95
95-98
95-100
90-95
98-100
98-100
90-95
90-95
95
90-95
90-95
85-90
95 1-1.5 minggu
8 minggu
3-4 hari
7-10 hari
1-1.5 minggu
1-1.5 minggu
6-12 minggu
3-4 minggu
2-3 bulan
5-10 bulan
4-6 minggu
2-3 bulan
1-1.5 minggu
1 minggu
10-14 hari
1-3 minggu
4-7 hari
4-7 bulan
4-5 bulan

Suhu, kelembapan dan tempoh simpanan yang
diproses secara minimum

Jenis
Suhu (oC) Kelembapan relatif (%) Tempoh
Bawang
cili
Daun bawang
Daun salad
Daun saderi
Kacang Panjang
Kubis
Timun 2
2
2
2
2
2
2
2
85-90
85-90
85-90
85-90
85-90
85-90
85-90
85-90 3
3
2
2
2
2
2
3


Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:PEJABAT PERTANIAN DAERAH MANJUNG
KOMPLEKS PENTADBIRAN DAERAH MANJUNG, 32040 SERI MANJUNG
PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA

MENANAM ASPARAGUS DI TANAH RENDAH

MENANAM ASPARAGUS DI TANAH RENDAH

Nama Saintifik
Famili : Asparagus officinalis L.
: Asparagaceae

PENDAHULUAN:

Asparagus (Asparagus Officinalis) ialah sejenis tanaman sayuran jangka panjang yang berasal dari kawasan Timur Mediterranean. Kini asparagus banyak ditanam di negara-negara lain termasuk di kawasan tropika. Di kawasan hawa sederhana, sayuran ini tidak mengeluarkan sulur di musim sejuk, tetapi sebaliknya sulur akan keluar di musim bunga dan musim gugur. Sulur inilah dipungut sebagai sayuran. Di Malaysia didapati tanaman asparagus mengeluarkan sulur di sepanjang tahun. Sulur-sulur yang tidak dipungut akan membesar dan mengeluarkan daun.

KANDUNGAN ZAT PEMAKANAN

Asparagus mempunyai nilai pemakanan yang agak tinggi kerana ia banyak mengandungi vitamin (Vitamin A, B1, B2 dan C) dan zat-zat galian (Kalsium dan besi). Aspargagus segar mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus protin, gula dan selulosa.

KEADAAN POKOK

Pokok asparagus tumbuh menegak sehingga lebih kurang 2 meter tinggi dan bercabang-cabang. Daunnya halus seperti jarum, keluar dari bahagian bukunya. Bilangan daun di setiap buku ialah di antara 5 hingga 12 tangkai. Kebanyakan akar tersebar 30 cm di bawah paras tanah. Pucuk pada rizom akan tumbuh menjadi sulur dan keluar di permukaan tanah. Pada pokok matang, sulur boleh dipungut 3 hingga 5 hari selepas keluar dari tanah.

JENIS-JENIS ASPARAGUS

Jenis asparagus yang sesuai dan berpotensi ditanam di tanah rendah ialah Mary Washington, Califonia 309 dan UC 157. Bagaimanapun hasil penyelidikan mendapati jenis Mary Washington senang diserang penyakit.

KESESUAIAN IKLIM DAN TANAH

Iklim:

Semasa menyemai, biji benih asparagus memerlukan suhu di antara 150 hingga 300 C untuk mendapatkan percambahan yang tinggi. Suhu semasa menanam di ladang hendaklah di antara 220 hingga 20 C di waktu siang dan 170 hingga 220 C di waktu malam.

Tanah:

Tanaman asparagus boleh ditanam di atas semua jenis tanah. Ia hidup subur dan boleh mengeluarkan hasil yang tinggi di atas tanah jenis ringan seperti lom berpasir atau lom berkelodak yang kaya dengan bahan organik serta tidak bertakung air.

Tanaman ini sesuai ditanam di tanah yang mempunyai pH di antara 5.5 hingga 6.7. Sekiranya pH tanah kurang daripada 5.5, sebanyak 2 hingga 3 tan kapur sehektar perlu ditabur.

PENANAMAN

Penyediaan Tanah:

Bersihkan kawasan daripada rumpai kemudian bajak sedalam 30 cm bersama-sama dengan baja organik dan kapur. Buat batas yang berukuran setinggi 15 cm hingga 20 cm, lebar 80 cm hingga 180 cm dan 20 m hingga 50 m panjang.

Penyediaan Anak Benih:

Biasanya asparagus ditanam daripada biji benih. Ia juga boleh ditanam daripada keratan rizom. Bagi setiap hektar kawasan sebanyak 1.5 kg biji benih diperlukan. Biji benih ini disemai terus ke dalam petak semaian atau polibeg (campuran tanah mengandungi 3 bahagian tanah lapisan atas, 2 bahagian pasir dan 1 bahagian bahan organik). Sebanyak 2 hingga 3 biji benih disemai di setiap polibeg. Biji benih akan bercambah dalam masa 1 hingga 2 minggu. Peringkat semaian mengambil masa 2 hingga 3 bulan.

Menanam Ke ladang:

Biasanya asparagus ditanam di atas batas. Batas boleh dibuat sebelum atau selepas menanam. Ukuran batas ialah di antara 80 cm hingga 180 cm lebar dan tinggi sekurang-kurangnya 15 cm hingga 20 cm. Anak benih ditanam sedalam 15 cm. Asparagus juga boleh ditanam di atas tanah rata yang telah dibajak. Batas dibuat di peringkat pokok sedang membesar dengan menaikkan tanah beransur-ansur.

Menanam di dalam alur dan dengan menggunakan rizom sesuai bagi kawasan kering. Cara begini didapati akar dan pokok lebih tegap. Alur dibuat sedalam 15 hingga 20 cm, lebar antara 15 hingga 20 cm dan jarak antara atur ialah 160 cm. Anak benih ditanam sedalam 10 hingga 15 cm kemudian timbus secara beransur-ansur ketika pokok membesar. Sekiranya menggunakan rizom, timbus dengan tanah setebal 5 hingga 8 cm.

Jarak Tanaman:

Asparagus boleh ditanam dalam sebaris atau dua baris berpasang. Jarak tanaman bagi cara sebaris ialah 30 cm antara pokok dalam barisan dan 120 cm hingga 150 cm antara barisan. Bagi cara dua baris berpasang pula, jarak antara pokok dalam barisan ialah 30 cm dan jarak antara barisan ialah 45 cm. Jumlah pokok yang boleh ditanam dalam sehektar kawasan ialah lebih kurang 20,000 pokok.

PENJAGAAN

Menyiram:

Penyiraman yang lebih kerap perlu dijalankan di peringkat awal pertumbuhan dan sekiranya cuaca panas. Sungkupan diperlukan untuk menjaga kelembapan serta suhu tanah disamping mengawal rumpai.

Membaja:

Bagi tanah yang tidak subur tambah baja organik seperti tahi ayam, tahi lembu dan lain-lain sebanyak 25 tan sehektar setahun. Bagi kawasan sederhana subur pula sebanyak 2.5 tan baja sehektar diperlukan dan digaul di lapisan atas batas atau alur penanaman.

Pembajaan baja bukan organik yang disyorkan bagi tanaman asparagus ialah seperti berikut:-

Contoh Jenis Baja Yang Boleh Digunakan Dalam
Program Pembajaan Asparagus

Masa
Jenis dan Jumlah Unsur
Contoh Jenis Baja Yang Boleh
Digunakan (kg / ha)

M0
P205 K2
Semasa menanam 62.5-125 125-250 62.5-125 433-866 kg. baja sebatian
12:12:17:2 = TE
510-520 kg. Triplesuperphosphate
21-42 kg. Urea
Selepas tiap-tiap
kutipan hasil 125-187.5 125-250 125-187.5 866-1,327 kg. baja sebatian
12:12:17:2 + TE
42-63 Kg. Urea


Pemangkasan

Cantasan dilakukan 3 hingga 4 kali setahun mengikut keadaan pokok. Batang matang dicantas ke paras tanah dan tinggalkan 3 hingga 4 batang sahaja disamping sulur baru yang sedang membesar yang akan dipotong sebagai hasil segar. Bagi sulur muda yang tidak sesuai dikutip dibiarkan membesar seterusnya mengeluarkan daun.

Memungut Hasil:

Hasil pertama boleh dikutip selepas 8 hingga 10 bulan ditanam. Hasil meningkat bila pokok berumur 4 tahun. Tanaman Asparagus boleh mengeluarkan hasil sehingga 15 ke 20 tahun sekiranya pokok dijaga dengan sempurna.

Asparagus dipungut dalam dua bentuk, putih atau hijau. Asparagus hijau digunakan sebagai sayuran segar dan yang putih ditinkan. Asparagus putih didapati dengan menambus sulur yang baru keluar dan membiarkannya membesar di dalam tanah. Pokok-pokok yang tidak ditimbus dipungut sebagai asparagus hijau.

Pemungutan hasil dibuat dengan memotong sulur muda yang berukuran lebih kurang 25 cm panjang, di bawah paras tanah. Kutipan hasil yang terlewat menjadikan sulur panjang meruncing, berserabut dan hujung sulur.

Jumlah hasil yang dipungut bergantung pada jenis iklim, tanah dan kekerapan memungut. Di kawasan tropika, asparagus mengeluarkan pucuk di sepanjang tahun. Oleh yang demikian, hasil yang didapati di kawasan ini dijangka melebihi daripada di kawasan beriklim sederhana.



Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:pertanianmjg.perak.gov

TANAMAN TEBU KUNING

TANAMAN TEBU KUNING


Nama Botani : Saccharum offcinarum L.
Famili : Gramineae


Deskripsi Tanaman

Sejenis tanaman yang ditanam untuk mendapatkan airnya sebagai minuman dan untuk dibuat gula. Batang tebu berbentuk selindar memanjang 1.8 - 3.0 m dan mempunyai ruas berukuran 5-10 cm. Setiap ruas terdapat matatunas. Daun tebu berbentuk tirus memanjang, berbulu halus pada kedua belah permukaan. Tebu ditanam sebagai tanaman tunggal atau selingan.

Iklim dan Tanah


Tebu kuning adalah sensitif kepada jenis tanah, kemarau dan foto period. Ia memerlukan cahaya matahari yang banyak dan hujan sebanyak 1500 mm. Dengan adanya kemarau atau desakan yang lain, pokok tebu akan terbantut. Tanah yang rata (0o-6o) serta mempunyai saliran yang baik adalah diperlukan untuk menjamin pertumbuhan yang sempurna. Daerah Manjung, Larut Matang dan Selama serta Kerian adalah sesuai bagi tanaman tebu.



Penyediaan Tanah



Dua pusingan bajak piring sedalam 20 cm diikuti dengan satu pusingan bajak putar akan menentukan pertumbuhan pokok yang baik. Alur bagi penanaman keratan tebu juga perlu disediakan.



Menanam



Tebu dibiak dari keratan yang sihat berumur 7-9 bulan. Ukuran keratan 20 cm dan mempunyai 3 matatunas, keratan tidak boleh disimpan melebihi 3 hari. Keperluan bahan tanaman ialah 2800 batang (berukuran 1.5m) atau 17000 keratan sehektar. Keratan tebu perlu dirawat sebelum menanam dengan mencelupkan keratan ke dalam campuran Dielrin dan Benomyl. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 2m antara baris dan 0.3 m antara pokok dalam sebaris. Keratan-keratan tebu ditanam di dalam alur yang telah disediakan.



Pembajaan



Baja yang disyorkan adalah seperti berikut:-

Bilangan / Berat Biji Benih Diperlukan

Jenis Baja
Masa
Amaun / Hektar

NPK 15:15:15
NPK 15:15:15
Urea
NPK 15:15:15 Semasa menanam
Umur 3 bulan
Umur 3 bulan
Umur 5 bulan 250 kg
250 kg
125 kg
300 kg
Jumlah Keseluruhan Urea
NPK 15:15:15 125 kg
800 kg


Tebu akan mengeluarkan hasil sebanyak 3 kali. Bagi kali kedua dan ketiga, baja NPK 15:15:15 sebanyak 800 kg dan urea sebanyak 125 kg. digunakan.

Kawalan Rumpai

Rumpai perlu dikawal sehingga pokok tebu berumur 6 bulan. Racun pracambah, Atrazine pada kadar 4 liter / hektar digunakan sebaik sahaja keratan tebu ditanam. Rumpai yang tumbuh kemudiannya boleh dikawal dengan paraquat ataupun secara manual.

Penyelenggaraan Rumpun

Pangkal pokok perlu ditimbus dengan tanah semasa pokok berumur 3-5 bulan. Sekiranya pokok itu rebah, kayu penyokong perlu dipasang. Daun-daun kering dibuang apabila berumur 5 bulan.

Kawalan Serangga / Penyakit

Pengorek Batang
Sembur racun Endosulfan (Thiodan). Bakar batang-batang tebu yang telah diserang.


Bulir Hitam
Rendam benih tebu dalam air panas 50o bercampur racun Benomyl (Benlate) selama 2 jam. Musnahkan pokok-pokok berpenyakit.


Memungut Hasil

Tebu dipungut hasilnya antara 8-9 bulan selepas menanam dan sebanyak 3 kali dalam masa 2 tahun. Hasil yang dijangka ialah 30,000 batang pada kali pertama dan 25,000 batang pada kali kedua dan 20,000 batang pada kali ketiga.



Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:

Thursday, September 17, 2009

PANDUAN CANTUMAN DAN PEMANGKASAN POKOK LIMAU

PANDUAN CANTUMAN DAN PEMANGKASAN POKOK LIMAU
PROSES PENYEDIAAN BAHAN TANAMAN CARA CANTUM

Utk Artikel Sama & Bergambar;;lawati blog berikut:
http://consultantpertanian.blogspot.com/


Pemilihan Baka Pokok Penanti
Pokok penanti yang sesuai digunakan untuk cantuman limau ialah jenis Troyer citrange, Cleopatra dan Rangpur lime. Pokok penanti yang dipilih hendaklah tahan kepada penyakit utama seperti tristeza dan phythopthora, mudah dibiak sesuai untuk beberapa jenis tanah dan sesuai dicantum dengan limau yang hendak dibiakkan.


Pemilihan Matatunas
Matatunas mesti diambil daripada pokok yang subur dan bebas daripada segala penyakit terutama virus dan greening. Ranting sebesar batang pensil dengan tunas-tunas dorman di celah ketiak daun dipilih. Mata tunas seelok-eloknya digunakan segera selepas dipotong.


Kaedah Cantuman
Kaedah cantuman yang disyorkan ialah cantuan tunas kepingan, cantuman tunas T, cantuman tunas serpihan dan cantuman tunas baji sisi.


Cantuman Tunas Kepingan (patch budding)
Cara ini merupakan satu daripada cantuman yang paling biasa digunakan untuk limau dan buah-buahan tropika lain. Dengan teknik ini, pokok penanti dan matatunas yang digunakan hendaklah sama garis pusat dan umurnya. Cara mencantum adalah dengan memotong kepingan berbentuk empat persegi bujur pada pokok penanti. Bekas potongan itu dilekatkan dengan kepingan matatunas yang sama saiznya.


Cantuman Tunas T/Cantuman Tunas T Terbalik/Cantuman Tunas Perisai
Cara ini adalah antara teknik cantuman yang biasa digunakan untuk limau. Ia terhad kepada penanti berukuran 0.6-2.5 cm garis pusat, kerana pada peringkat ini pokok sedang tumbuh dengan aktif dan kulit kayu mudah dipisahkan dari kayunya.

Untuk cantuman T pokok penanti dituris melintang dan ke bawah hingga membentuk T. Semasa menuris ke bawah mengguna pisau, kulit batang dibuka sedikit. Satu kepingan matatunas yang elok dipotong dengan pisau yang tajam. Kepingan matatunas ini ditolak ke bawah dua keping kulit yang telah terbuka pada pokok penanti.

Untuk cantuman T terbalik pokok penanti dituris berbentuk T-terbalik iaitu turisan melintang di bawah turisan menegak. Semasa menuris melintang, pisau dipusingkan ke atas sedikit supaya turisan melintang dan melengkong sedikit.


Cantuman Tunas Serpihan (Chip budding)
Cantuman ini dilakukan dengan membuat satu turisan yang sama pada pokok penanti dan matatunas. Turisan pertama dibuat disisi pokok penanti, manakala turisan kedua dibuat memanjang ke bawah kira-kira 2.5 cm panjangnya hingga bertemu turisan pertama. Bagi keratan matatunas pula satu turisan melintang dibuat kira-kira 1 cm di bawah matatunas. Ini diikuti dengan satu lagi turisan 2.5 cm di atas matatunas hingga ke bawah bertemu dengan turisan pertama. Kepingan ini dicantum ke bahagian pokok penanti yang dipotong.


Cantuman Tunas Baji Sisi
Serpihan mata tunas disediakan dengan membuat dua potongan yang sendeng, potongan A lebih panjang sedikit daripada potongan B. Kedua-dua potongan bertemu di bawah mata tunas. Potongan A dibuat di sebelah batang yang leper untuk mendedahkan kambium. Lepas ini serpihan ini dimasukkan ke pokok penanti yang telah siap dituris. Cantuman biasanya dibuat pada ketinggian 25-30 cm. dari paras tanah

Anak benih di tapak semaian perlu dijaga dengan rapi. Anak benih perlu disiram 1-2 kali sehari mengikut keadaan cuaca, dibaja dan dibuat kawalan serangga dan penyakit dari masa ke masa mengikut keperluan. Baja foliar boleh digunakan sebagai baja tambahan jika pertumbuhan pokok kurang subur. Selepas 2-3 bulan pokok cantuman boleh dipindah ke ladang.



. KAEDAH TUT DAN KAEDAH CANTUMAN BAJI CIKU
Kaedah tut biasa digunakan kerana tekniknya mudah dan pokoknya cepat berbuah. Kelemahan kaedah ini adalah bahan tanaman daripada satu pokok induk tidak banyak diperolehi. Pokok tut mudah tumbang terutama jika ditanam di kawasan yang mengalami angin kencang.

Cara Membuat Tut

Pucuk yang sihat mempunyai saiz dahan berukuran garispusat 1.0-1.2 cm dipilih untuk ditutkan. Satu lingkaran kira-kira 2 cm panjang dibuat pada batang pucuk. Lingkaran tersebut dibiarkan 1-2 minggu. Sedikit hormon seperti Seradix No. 2 disapukan pada lingkaran ini. Kepalan tanah disediakan dengan menggunakan campuran tanah atas dan tahi lembu dengan kadar 2:1. Campuran ini ditambah sedikit air sehingga boleh dikepal. Bahagian batang yang dilingkarkan dibalut dengan kepalan tanah dan seterusnya dibungkus dengan plastik dan diikat. Dahan akan mengeluarkan akar dalam masa 4-6 bulan. Dahan yang telah berakar ini boleh dipotong dan ditanam di dalam politen beg yang berisi tanah campuran iaitu tanah atas, pasir dan bahan organan dengan kadar 3:2:1.

Pokok tut ini disimpan selama 2-3 bulan di bawah rumah lindungan sebelum dialih ke ladang. Penyiraman dilakukan sekali sehari dan pastikan tanah di dalam politen beg tidak terlalu basah atau bertakung air. Proses penyediaan bahan tanaman ini memakan masa 7-10 bulan.

Kaedah Cantuman Baji

Kaedah penemuan baru dalam pembiakan ciku.

Penyediaan pokok penanti:

Biji benih matang disemai di dalam kotak semaian berpasir. Percambahan bermula 3-4 minggu. Anak benih yang mempunyai 2 helai daun dialih ke dalam beg plastik bersaiz 20 cm x 30 cm berisi tanah campuran 3:2:1 (tanah atas: pasir : baja organan).

Pokok penanti yang sesuai dicantum setelah berumur 10 bulan atau 15 cm tinggi. Bahagian pucuknya dipotong dengan menggunakan pisau cukur sepanjang 8-10 cm dari pangkal pokok. Pastikan bahagian pucuk yang tinggal masih berwarna hijau. Kemudian batang pokok penanti dibelah dua sepanjang 2 cm dengan pisau cukur tadi.

Penyediaan tunas pucuk:

Pucuk yang sihat berukuran 8-10 cm panjang berwarna hijau keperangan dan berdaun daripada klon terpilih sebagai sion. Pucuk direndam di dalam larutan hormon seperti Pantas atau Indole Butyric Acid selama 10-15 minit dan dikeringkan dengan kain bersih. Dengan menggunakan pisau nipis, pangkal pucuk dipotong berbentuk baji atau V. Permukaan yang dipotong hendaklah rata dan licin serta berukuran kira-kira 2 cm panjang. Daun-daun dikerat separuh.

Penyisipan pucuk sion ke pokok penanti

Pucuk akan disisipkan pada pokok penanti yang telah dibelah dengan kemas. Cantuman ini diikat tali rafia yang halus. Pokok yang telah dicantum ditutup dengan sarong plastik dan diletakkan di bawah lindungan. Beg plastik ini boleh ditanggalkan selepas didapati pucuk baru keluar pada tunas atau 1 bulan selepas cantuman. Ikatan tali boleh dibukakan selepas 1 1/2 hingga 2 bulan atau apabila didapati percantuman antara tunas pucuk sion dan pokok penanti telah kukuh. Anak cantuman baji yang telah berjaya boleh dialih ke ladang setelah berukur 5-6 bulan.



















3. KAEDAH PEMANGKASAN POKOK (CANTAS)

Pemangkasan adalah penting bagi membentuk pokok menjadi seimbang dan tidak terlalu tinggi supaya mudah diurus ia juga dapat mengeluarkan hasil yang tinggi dan berkualiti. Terdapat tiga jenis cantasan iaitu:-

Cantasan Bentuk

Pokok dibiarkan tumbuh dengan satu batang utama setinggi 1.5 m. Di awal musim hujan, batang utama dipangkas pada paras 1m untuk menggalakkan pengeluaran cabang. Batang pokok diikat pada kayu pancang supaya pokok tumbuh tegak. Beberapa tunas akan tumbuh di batang utama. Pilih empat batang yang agak teguh dan seimbang dan buang yang selebihnya. Tunas-tunas tadi dibiar tumbuh menjadi cabang pertama dan seterusnya membentu batang pokok.

Apabila kesemua empat cabang pertama telah mencapai 1.5 m panjang, ia dicantas semula pada jarak 1m dari batang utama. Tunas-tunas baru akan tumbuh dan pilih tunas-tunas yang menghala keluar untuk disimpan. Gunting tunas yang tumbuh menghala ke arah dalam pokok untuk memberi bentuk pokok 'terbuka tengah'. Bentuk pokok yang seimbang dengan ruang dahan utama yang lapang akan mendapat pengudaraan dan cahaya matahari yang mencukupi. Ini akan menjamin pertumbuhan pokok yang sihat. Pemangkasan keseluruhan masih perlu diteruskan dua kali setahun sehingga pokok menghasilkan buah. Tunas-tunas air serta dahan berpenyakit dan cedera hendaklah digunting.


Cantasan Penjagaan (pokok dewasa)

Pemangkasan seterusnya dibuat selepas pengeluaran hasil pertama. Potong dahan-dahan yang melentur serta mencecah tanah dengan menggunakan gunting atau gergaji pangkas. Gunting semua tunas air serta dahan yang menegak ke atas dan yang tumbuh menghala ke dalam pokok. Potongan hendaklah dibuat rapat ke dahan. Buang dahan-dahan yang mati dan berpenyakit hingga tanda-tanda mati atau penyakit tiada kelihatan pada dahan tersebut. Kemudian sapukan cat ke atas keratan tersebut untuk mengelakkan jangkitan merebak.


Pemangkasan Bunga dan Buah

Pada keadaan terentu, pemangkasan bunga dan buah dilakukan untuk mempertingkatkan saiz dan kualiti buah. Ia dilakukan supaya buah tidak terlalu lebat dan mengurangkan kesan biennial bearing. Jika buash terlalu lebat ia akan menjejaskan pertumbuhan dan penghasilan tahun berikutnya. Kadar pemangkasan buah adalah bergantung kepada kesuburan pokok dan juga jumlah buah.

Pemangkasan bunga dan buah dibuat dua kali (jika perlu). Pilih ranting yang matang dan gunting sebelum buku ruas. Berhentikan pengairan kepada pokok buat sementara bagi menggalakkan pengeluaran bunga. Empat minggu selepas pemangkasan bunga akan keluar sepenuhnya.




Posted by inangmesra_ent at 00:59 0 comments
Pembajaan Tanaman Limau
PEMBAJAAN DAN PENGAPURAN

Tanaman limau memerlukan pembajaan yang teratur dan sempurna untuk mendapatkan hasil yang maksima dan berkualiti. Tanaman limau memerlukan baja hanya selepas ia mula tumbuh. Baja semburan boleh disembur tiga atau empat kali setahun mengunakan baja semburan yang sesuai. Keadaan tanah yang berasid menyukarkan penyerapan elemen-elemen seperti boron (B) dan mengnesium (Mg) dan lain-lain micro oleh akar tanaman limau. Keadaan tanah yang kurang baik dan kadar larut resap yang tinggi menyebabkan penggunaan baja dalam kualiti yang besar, akan tetapi penggunaan baja Lahar Gunung Berapi (Clinop Zeolite) dapat membantu memulihkan pH tanah kembali asal.

Bagi kompaun (15:15:15) dan 12:12:17 + TE) boleh diberi pada kadar 3 atau 4 kali setahun, berdasarkan umur pokok limau. Disamping itu, tanaman limau juga memerlukan pengapuran (magnesium limestone) atau Clinop Zeolite dan kadarnya berdasarkan kepada umur pokok limau tersebut. Selain baja kompaun dan pengapuran, tanaman limau juga memerlukan baja organik seperti tahi ayam pada kadar 1-2 kg/sepokok/setahun.


Umur pokok
(tahun) Baja Kompaun
NPK (15:15:15) (g) Magnesium
Limestone (g)
1 133 20
2 326 50
3 606 90
4 907 136

Baja Kompaun
NPK (12:12:17 + TE)(kg) Magnesium
Limestone (g)
5 1.5 182
6 1.5 182
7 1.5 182
8 2.0 227
9 2.0 227
10 2.0 227
10-15 2.6 318
15-20 3.0 364

Disamping itu, tanaman limau juga agak sensitif terhadap kekurangan elemen-elemen miktro seperti zink, magnesium dan lain-lain. Untuk mengatasi masalah ini, baja semburan yang mengandungi elemen-elemen ini perlu disembur pada kuantiti yang cukup untuk menentukan hasil yang maksima. Jadual di bawah menunjukkan elemen-elemen mikro dan kuantiti yang diperlukan oleh tanaman limau untuk hasil yang optima.


Elemen Kadar
Zink 1.5 g zink sulfate dengan kalsium hidroksida dalam satu liter air.
Molybdenum 0.06 g sodium molydbdate / satu liter air.
Magnesium 3.0 g metallic sulfate dengan 1 g. kalsium hidroksida / satu liter air.
Boron 0.25 g. soluble borate.

Baja untuk tanaman limau boleh ditabur pada jarak 30-60 cm daripada cabang terluar pokok tersebut ataupun baja boleh juga ditanam ke dalam lubang sedalam 15 cm di sekeliling pokok tersebut.

Posted by inangmesra_ent at 00:46

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:http://consultantpertanian.blogspot.com/

Rezeki & Pertanian

Sekilas Renungan

Sabda Rasulullah S.A.W."9/10 dari pintu2 rezeki ada di dalam perniagaan, 1/10 ada dalam pertanian dan penternakan". Maksud hadis riwayat at-Tirmizi.
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~


Sabda Rasulullah S.A.W. "Carilah rezeki dari khazanah bumi"(Hadis riwayat al-Tabrani).
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~


Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman, melainkan Allah menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan'(Hadis riwayat Imam Ahmad).
~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~


Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi”.
(Hadith Riwayat Abu Daud)


Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:

Sunday, September 13, 2009

KOD AMALAN AKUAKULTUR (TERNAKAN IKAN AIR TAWAR)

KOD AMALAN AKUAKULTUR (TERNAKAN IKAN AIR TAWAR)
Posted by harizamrry under Agro - Journal Pertanian | Label: Agro - Journal Pertanian |
[6] Comments
KOD AMALAN AKUAKULTUR (TERNAKAN IKAN AIR TAWAR)
(Code of Practice for Aquaculture [Freshwater Fish Culture)

PENGENALAN

Industri akuakultur telah berkembang pesat di Asia sebagai pengeluaran bahan makanan, sumber pendapatan kepada penguasa dan menjadi sumber pendatapan eksport yang penting kepada ekonomi negara berkenaan. Walaupun begitu industri ini juga telah menghadapi kontravesi yang dikaitkan dengan impak negatif terhadap alam sekitar, kualiti dan keselamatan makanan, kesan sosio ekonomi dan seterusnya kepada kemapanan projek-projek akuakultur.Terdapat kesedaraan di peringkat antarabangsa keperluan pembangunan industri perikanan tangkapan dan akuakultur dilaksanakan secara bertanggungjawab. Negara pengimport ikan dan udang telah memperkenalkan syarat import untuk melindungi pengguna mereka dari segi pengesahan mutu
dan keselamatan makanan dan kawalan kemasukan agen penyakit. Terdapat juga gerakan di negara maju untuk menyediakan produk akuakultur dengan ‘eco-labelling ‘ demi kepentingan alam sekitar.Untuk membolehkan industri akuakultur dapat membangunan negara secara mapan dan tidak terus mendapat tomahan negatif. Pertubuhan Makanan Sedunia ( FAO ) telah menggesa Kod Amalan Akuakultur diperkenalakn dikalangan penguasa setiap sistem akuakultur. Ini adalah untuk memastikan industri tersebut dapat dibangunkan secara bertanggungjawab, mengeluarkan bahan makanan yang berkualiti dan selamat untuk para pengguna dan kerosakan alam sekitar dapat dikurangkan.

SKOP

Kod amalan ternakan ini disediakan untuk memperakukan tanggungjawab dan matlamat aktiviti ternakan ikan airtawar di Malaysia sebagai salah satu pengguna sumber alam sekitar yang boleh menyumbang kepada penggurusan dan pemuliharaan sumber alam sekitar secara mapan dan bertanggungjawab.

TUJUAN

Menyediakan panduan praktikal aspek-aspek utama dalam aktiviti ternakan ikan airtawar.
Menyediakan panduan untuk ikuti secara sukarela oleh penternak.
Menyedikan panduan untuk menghasilkan produk yang berkualiti kepada kesihatan pengguna.
Menyedikan panduan untuk menjamin pulangan yang berpatutan kepada pengusaha.
Menyedikan panduan supaya aktiviti ternakan tidak merosakan alam sekitar.
PEMILIHAN TAPAK

Tanah

Kawasan Yang Digalakan:

Kawasan yang telah dizonkan oleh pihak berkuasa negeri sebagai kawasan pembangunan akuakultur air tawar.
Kawasan tanah yang terbiar dan tidak produktif tetapi sesuai.
Kawasan yang tidak menjejaskan aktiviti lain-lain sektor ekonomi yang berdekatan.
Kawasan yang mempunyai prasarana asas.
Kawasan Yang Tidak Digalakan:

Kawasan yang bermasalah seperti banjir, hakisan, pencemaran dan sebagainya.
Kawasan hutan simpan.
Air

Kawasan yang mempunyai bekalan air yang mencukupi dan berterusan tanpa menjejaskan lain-lain aktiviti. Kawasan yang mempunyai mutu air yang sesuai. Penggunaan air dari punca bawah tanah tidak digalakan

Pembersihan kawasan


Penebangan pokok di kawasan ladang hendaklah diminimumkan.
Zon penanaman perlu disediakan bagi kawasan yang berhampiran dengan sungai atau lain badan perairan.
Elakan hakisan dan pencemaran sumber air semasa pembinaan kolam.
Elakan cara pembinaan yang memberi kesan negatif kepada alam sekitar.
REKABENTUK LADANG

Mempunyai Kolam takungan yang sesuai.
Mempunyai kolam atau kawasan untuk rawatan kumbahan sesuai dengan saiz ladang.
Mempunyai sistem air masuk dan keluar yang berasingan.
Bentuk dan saiz kolam hendaklah memudahkan pengurusan air dan ternakan.
Ladang hendaklah mempunyai kemudahan operasi dan pekerja yang sesuai.
Rekabentuk ladang hendaklah bercirikan keselamatan dan kerbersihan.
PENGURUSAN TERNAKAN

Penyediaan kolam

Bersihkan dasar dan kawasan persekitaran kolam.
Gunakan racun yang dibenarkan dengan kadar yang sesuai.
Pengurusan Benih

Benih yang digunakan hendaklah berkualiti dan dari sumber yang mempunyai rekod yang baik.
Sistem ternakan dan pengurusan yang diamalakn hendaklah disesuaikan dengan saiz benih yang digunakan.
Gunakan benih yang sama saiz dan umur.
Pengendalian benih hendaklah mengurangkan ternakan kepada benih.
Pengurusan Air

Jika perlu bekalan air hendaklah dirawat sebelum digunakan.
Air yang berkeladak hendaklah diendapkan terlebih dahulu dalam kolam takungan dalam tempoh yang sesuai.
Kadar pertukaran air hendaklah disesuaikan dengan peringkat umur ternakan.
Kaedah pengudaran air hendaklah sesuai dengan sistem ternakan.
Penggunaan bahan-bahan rawatan air hendaklah dengan kaedah yang betul.
Hanya baja bukan organan digalakan.
Pengurusan Makanan

Gunakan makanan rumusan yang berkualiti tinggi.
Bahan mentah makanan basah hendaklah terdiri daripada bahan yang segar, halal dan selamat.
Bahan adetif hendaklah yang dibenarkan oleh pihak berkuasa.
Makanan hendaklah digunakan sebelum tempoh luput dan di simpan ditempat yang sesuai.
Kadar dan jadual pemberian makanan hendaklah disesuaikan dengan sisitem dan peringkat ternakan.
Penggunan antibiotik mengikut tempoh luputnya hendaklah yang dibenarkan dan dipatuhi.
Pengurusan Kesihatan

Sistem, peralatan dan pekerja hendaklah mematuhi keperluan kebersihan yang ditetapkan.
Laporkan kejadian penyakit kepada Jabatan Perikanan yang terdekatan dengan segera.
Pengurusan Bahan Kumbahan

Air kumbahan dari sistem ternakan hendaklah dirawat sebelum dialirkan ke perairan umum.
Bahan kumbahan hendaklah diletakan di tempat yang sesuai.
SPESIES EKOSTIK

Ternakan spesies ikan ekostik hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan dari Jabatan Perikanan Malaysia dan mematuhi segala syarat-syarat yang ditetapkan.


PENGUTIPAN HASIL DAN PENGENDALIAN LEPAS TUAI

Pengutipan hasil

Gunakan peralatan yang bersih dan mempunyai ciri-ciri yang tidak meroskkan ikan.
Kuantiti hasil yang akan dikutip hendaklah sesuai dengan kapasiti alat pengendalian.
Bahan-bahan asing hendaklah dibersihkan terlebih dahulu daripada hasil ikan.
Pengendalian Hasil Lepas Tuai

Bagi kolam ternakan yang menghadapi masalah bau lumpur, rawatan yang sesuai hendaklah dilaksanakan
Penggunaan bahan kimia tidak digalakan semasa pengendalian hasil lepas tuai.
Tempat pengendalain dan peralatan yang digunakan untuk pengendalain hasil hendaklah sentiasa bersih.
Gunakan ais secukupnya dan dengan segera bagi ikan yang dikendalikan secara mati.
Pekerja yang mengendalikan hasil lepas tuai hendaklah menggunakan pakaian dan peralatan yang bersih.
Pengendalian dan pengangkutan secara hidup hendaklah menggunakan air bersih.
REKOD DATA TERNAKAN DAN PENGENDALIAN

Data Ternakan

Rekod aktiviti pengurusan sir ( kualiti, rawatan dan pertukaran air ).
Rekod pengurusan benih ( sumber, tarikh dan kadar penebaran ).
Rekod pengurusan makanan ( pembekal, jenama, kualiti, harga, kadar pemberian dan lain-lain aspek yang berkaitan dengan makanan ).
Rekod penggunaan ubat-ubatan dan bahan kimia sepanjang ternakan ( jenis, kadar penggunaan, masa dan lain-lain ).
Rekod kejadian penyakit ( jenis, ciri-ciri dan lain-lain ).
Rekod hasil tangkapan ( peratus hidup, jumlah hasil ).
Rekod pekerja.
Rekod kewangan projek.
Pengendalian Hasil Selepas Tuai

Rekod aktiviti pembasmian bau lumpur.
Rekod aktiviti pengendalian ( jumlah pembungkusan, kadar penggunaan ais ).


Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik: