Kebun Warisan's Followers

Saturday, March 7, 2015

Pertanian Bandar..Urban Farming

Pertanian Bandar (Utusan Malaysia 14 April 2014)
BIDANG pertanian masa kini tidak lagi tertakluk dengan konsep ruang tanah yang luas, modal yang tinggi, kotor serta tidak menjamin masa hadapan. Malah, bidang tersebut mampu menjana pendapatan lumayan jika diusahakan dengan betul dan bersungguh - sungguh.
Pertanian Adalah Perniagaan merupakan antara kempen yang kini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat hari ini. Semakin ramai yang berminat untuk menceburkan diri, terutamanya golongan muda yang suatu ketika dahulu menganggap keijaya sebagai petani itu tidak mempunyai masa depan cerah. Kini, fenomena bercucuk tanam dalam kalangan masyarakat kembali dipopularkan namun bukan di kawasan kampung, sebaliknya di kawasan bandar yang tanahnya terhad, warganya sentiasa sibuk bergerak pantas mengejar tugasan serta tuntutan kerjaya.
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Hortikultur, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Tengku Ab. Malik Tengku Maamun, kadar urbanisasi negara dianggarkan sekitar 2.4 peratus setahun dan hampir 72 peratus rakyat Malaysia tertumpu di 20 bandar utama. Ujarnya, menerusi kajian, dianggarkan pada tahun 2020, sekitar 40 hingga 45 peratus rakyat miskin akan tertumpu di bandar dan kota raya utama negara. "Penduduk bandar bakal terbeban dengan kadar harga makanan yang sentiasa meningkat dan dianggarakan penduduk bandar pada ketika itu perlu membelanjakan sejumlah 50 hingga 70 peratus danpada pendapatan mereka untuk mendapatkan makanan.
"Bagi mengatasi masalah yang lebih buruk di masa hadapan, pertanian bandar merupakan antara solusi terbaik buat masa kini bagi mengurangkan kos perbelanjaan dapur selain menambah pendapatan jika produk pertanian yang dihasilkan dapat dipasarkan dengan baik," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Serdang, Selangor baru baru ini.
Tambah Tengku Ab. Malik, pertanian bandar sebenamya telah lama diamalkan di Negara-negara maju dan kaji selidik mendapati hampir 14 peratus penduduk di kota London menanam buah-buahan dan sayur-sayuran di halaman rumah mereka. Menerusi amalan tersebut, penduduk kota London mampu menghasilkan 232 tan buah-buahan dan sayur-sayuran menyamai 18 peratus keperluan penduduknya. "Perkara yang sama boleh diaplikasikan di negara ini jika masyarakat kita diberi pendedahan, sedikit ilmu, usaha dan minat untuk memastikan amalan yang sama dapat kita laksanakan bagi menjamin bekalan makanan yang stabil di masa-masa akan datang,"
katanya.
Pertanian bandar boleh didefinasikan sebagai penanaman, pemprosesan dan pengagihan makanan dan produk makanan menerusi penanaman intensif dan ternakan terpilih di bandar.
Di antara kelebihan pertanian bandar adalah membekalkan sebahagian daripada makanan kepada penduduknya yang kian bertambah dan amalan tersebut juga dapat meningkatkan taraf ekonomi mereka menerusi pelbagai sumber pendapatan. Jelas Tengku Ab. Malik lagi, sistem pertanian bandar yang kompleks merangkumi sudut pengeluaran, pemprosesan, pemasaran, pengagihan dan penggunaan dengan pelbagai manfaat sampingan bukan sahaja membuka peluang pekerjaan daripada rantaian aktiviti, bahkan mampu melahirkan usahawan tani moden di bandar. Malah, penglibatan komuniti dalam amalan tersebut dapat meningkatkan kemahiran perancangan projek, pengurusan projek, teknik pertanian serta persekitaran dan kemahiran perniagaan.
Pada masa yang sama, amalan pertanian bandar berasaskan penggunaan teknologi moden mampu meningkatkan intergrasi sosial dan kesejahteraan kejiranan. Oleh yang demikian, bagi menyokong amalan pertanian bandar tersebut, MARDI sebagai pusat penyelidikan pertanian utama di Malaysia telah membangunkan beberapa teknologi yang sesuai dengan situasi bandar sekarang. Antara apsek yang diambil kira dalam menghasilkan teknologi khas buah penduduk bandar adalah ruang tanaman yang terhad serta penghuni yang sentiasa sibuk dengan aktiviti seharian.
Teknologi yang dihasilkan oleh MARDI berkonsepkan teknologi moden dengan pengeluaran yang itensif dan efisien menerusi kaedah penjimatan air dan kurang menggunakan bahan kimia. Untuk penggunaan ruang secara maksimum, sistem tanaman bertingkat merupakan antara pilihan teknologi yang sedang dibangunkan. "Di samping menggunakan teknologi termoden, kualiti sayur-sayuran dan buah-buahan keluaran pertanian bandar juga perlu dipelihara dengan mengamalkan pertanian tanpa sisa racun atau sisa racun yang rendah.
"Oleh kerana penduduk kota sangat sibuk, tenologi yang disyorkan mestilah mudah, tidak memerlukan kemahiran yang spesifik atau hanya memerlukan kemahiran yang mudah untuk dipelajari," katanya. Sebagai contoh teknologi yang sesuai adalah teknik pengeluaran sayur-sayuran dan buah-buahan terpilih di bawah struktur pelindung hujan dengan teknik fertigasi.
Teknologi fertigasi yang dihasilkan MARDI adalah seperti Ferikit yang merupakan sistem fertigasi mini, mudah alih dan bertingkat sesuai dengan kawasan perumahan yang memiliki kawasan terhad seperti rumah pangsa dan kondominium. Plant factory atau kilang tanaman adalah generasi ke empat dalam proses pengeluaran tanaman dan kini konsep tersebut merupakan teknologi terkini dalam amalan pertanian bandar. Kilang tanaman merupakan teknologi hidroponik (yang pernah dipopularkan dahulu) dan aeroponik menggunakan cahaya tiruan dalam persekitaran yang terkawal bagi menghasilkan produk yang bermutu tinggi tanpa penggunaan racun perosak.
Sistem hidroponik bertingkat dengan penggunaan NFT (nutrient film technique) atau DFT (deep flow technique) merupakan teknologi yang boleh diaplikasi untuk pertanian bandar sama ada secara individu mahupun komuniti. Antara sayuran yang sesuai untuk teknik tersebut adalah jenis sayuran berdaun seperti salad, sawi, kailan dan ulam-ulaman tradisional. MARDI menerusi teknik NFT juga berjaya membangunkan satu lagi sistem baharu yang dikenali sebagai Vertigrow iaitu sebuah sistem tanaman secara vertikal. Bagaimanapun amalan pertanian bandar di negara ini masih baharu dan dijangkakan pelbagai isu dan cabaran perlu dihadapi contohnya hak milik tanah yang akan dibangunkan dan pembiayaan kos terlibat kerana penggunaan teknologi yang memerlukan kos pembangunan seperti infrastruktur, pembelian bahan seperti Greenkit, sistem fertigasi dan sebagainya. Sehubungan itu satu seminar berkaitan pertanian bandar akan diadakan esok bagi memberi membincangkan isu-isu berkaitan teknologi terbabit.
INFO SEMINAR :
• Pertanian Bandar Untuk Kemapanan dan Kehidupan Bandar
(National Urban Horticulture Conference 2014) - http://nuhc.mardi.gov.my/
• Tarikh 15 April17 April di Johor Bahru, Johor
• Tumpuannya ialah membincangkan pertukaran serta penambahbaikan teknologi serta kajian dan pengembangan (R&D) berkaitan amalan hortikultur di kawasan bandar
• Pelbagai isu dan cabaran bakal dikenalpasti dalam usaha untuk mengembangkan amalan tersebut di Malaysia
• Bagi mereka yang berminat anda boleh menghubungi MARDI di talian 0389437572 atau emailkan kepada confexh@mardi.gov.my untuk mendapatkan borang penyertaan.


InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&Agrotourism. Petikan dari sumber luar untuk perkongsian semata2.

3 comments:

brebesnesia said...

Kami dari MSG 3 ingin menawarkan produk pupuk organik cair MSG3.
Dengan media bakteri keturunan ketiga (EM3)
Harga untuk 1 L : Rp100.000
Harga untuk 2 L : Rp.200.000
Fungsi :
1.Untuk pertumbuhan segala macam tanaman
2.Untuk memulihkan kualitas tanah
3.Sebagai bahan fermentasi pakan untuk ternak
4.Sebagai aktivator bakteri menguntungkan untuk kolam ikan
5.Sebagai aktivator untuk pembuatan pupuk cair dari urin atau feses ternak
6.Untuk mengusir hama dan penyakit tanaman
Takaran untuk aplikasi ke tanaman :
1. 10ml (satu tutup botol) POC MSG3
2. Ditambahkan dengan 4 liter air bersih
3. Bisa langsung di aplikasikan dikocor atau disemprotkan pada daun apabila untuk tanaman
4. Apabila untuk kolam ikan maka di campurkan dalam air kolamnya
Apabila ingin memperbanyak POC MSG 3 menjadi bakteri keturunan EM4 :
1. POC MSG 3 1 liter
2. Ditambahkan dengan phokot/ tetes tebu sebanyak 20 L kemudian di diamkan dalam wadah tertutup selama 2 minggu
Kami juga menyediakan :
1. Formula aktivator untuk pembuatan kompos hanya 1-2 HARI saja
2.Bibit jahe merah dan jahe gajah
Minat ? Hubungi 087830003499
PIN 32F8D220
www.agribisnismsg3.blogspot.com
twitter : agribisnis_msg3
Fanspage facebook : MSG 3
Instagram : agribisnis_msg3
email : maulanagemilang38@gmail.com
terima kasih

brebesnesia said...


pembuatan pupuk kompos tercepat hanya butuh waktu 1 hari langsung jadi
minat ?
hub 087830003499 PIN = 56BC5D0F
http://agribisnismsg3.blogspot.com/

Unknown said...

As salam dan Salam Sejahtera
PERHATIAN KEPADA PEMINAT TUMBUHAN
Go-Grow Chitosan bahan biopolimer semulajadi diperbuat dari kulit udang, ketam dan kerang yang mengandungi keajaiban untuk semua jenis tanaman. Go-Grow Chitosan bukan BAJA atau bahan TOXIC/KIMIA. Bagaimana ia bertindak?
1. Perangsang Pembesaran Tumbuhan Untuk tanaman, Chitosan berfungsi sebagai perangsang untuk tumbuhan menyerap nutrien dan baja dengan semula jadi dan sempurna serta meningkatkan daya tahan atau imun tanaman itu sendiri. Kesan Chitosan pada tanaman boleh dilihat selepas penggunaan kali kedua (atau 10 hari) sahaja. Pada peringkat permulaan, daun tanaman akan menjadi hijau terang, segar dan putik atau bunga akan mula bercambah dengan banyak.
2.Membantu Pembajaan Tanah Ia membantu mikrob menguraikan nutrisi bukan organik kepada bentuk organik agar boleh diambil oleh tanaman. Ia membantu membaiki keberkesanan sistem akar untuk lebih cekap menyerap zat makanan dalam tanah untuk dihantar kebahagian lain tanaman. Ia juga bekalkan kalium dan unsur zat-mikro dalam tanah yang sering kekurangan.
3. Anti Fungal Chitosan menghalang serangan oleh kulat dan ia juga membentuk lapisan kompoun fenolic yang menghalang sebarang kemasukan (penetration) sebarang patogen kulat. Chitosan menghalang reproduksi patogen termasuk menghalang gene yang akan mengeluarkan ‘protease inhibators’ yang menghalang serangan serangga pada tanaman.
4.Bio Pesticide Apabila chitosan dibubuh pada tanah, ia akan membantu membentuk persekitaran sesuai bagi mengaktifkan bakteria pemakan chitin menghapuskan kulat (fungus) dan telur nematod dan organisma mengandungi chitin yang lain. Kulit kerang juga didapati akan menggalakan pengeluaran(secretion) enzim chitonase yang akan menguraikan chitin pada telur kuutu daun, telur nematod dan patogen lain. Kahadiran chitin pada keling tumbuhan ini sebagai biopestide asli (natural biopesticide) menyebabkan ia tidak memberi kesan toksik kepada haiwan lain seperti ikan, burung, tumbuhan lain dan organisma berfaedah.
5. Preservatif Lapisan membran Chitosan dapat mengawal buah-buahan dan bunga-bunga ornamental daripada menjadi kuning atau coklat dan buah-buahan menjamin kualiti dengan cara menahan kandungan antosianin, flavonoid, dan semua polifenol dalam buah-buahan dari meningkat. Kajian membuktikan bahawa kitosan filem segar penyimpanan boleh mengelakkan buah-buahan dan sayur-sayuran (termasuk pic, pear, gooseberry Cina, timun, lada, anggur, strawberi, mangga, tomato, dan lain-lain) daripada mendapat reput dan rosak. Ia membantu memanjangkan masa penyimpanan dan jangka hayat. Bagaimana ia berfungsi: Membran Chitosan boleh menghalang kedua-dua penyerapan oksigen dan limpahan Karbon yang disebabkan oleh respirasi buah-buahan. Tetapi ia mendorong gas etilena yang bocor keluar, yang menghasilkan buah-buahan selepas menjadi masak. Melalui cara ini, ia menghalang kulat dari pembiakan dan menangguhkan buah-buahan dari masak.
(Atikel keberkesanan Kitosan kepada pembesaran tanaman- http://www.slideshare.net/…/chitosan-as-plant-growth-promot…)
Sila kontak saya untuk maklumat lanjut. Pertanyaan agen seluruh Semenanjung dialu-alukan.
Terima kasih
Salleh S Mohamed
019-2288433 (Tel/whatsapp)
salleh.mohamed@gmail.com
www.cbs-malaysia.com/index.php/chitosan/