Kebun Warisan's Followers

Friday, March 4, 2011

Tentang Arnab

Sila lawati blog yang menarik di bawah:

Arnab- Temerloh Rabbitry

http://temerlohrabbitry.blogspot.com/

TENTANG ARNAB


TENTANG ARNAB

Nama Latin : Oryctolagus cuniculus
Panggilan untuk betina dewasa : Doe
Panggilan untuk jantan dewasa : Buck
Panggilan untuk anak : Kittens
Bilangan anak : 4-12
Berat waktu lahir : 30 – 80 gm
Tempoh buka mata : 10 hari
Purata berat : Jantan 1– 5 kg / Betina 1– 8 kg
Tempoh henti menyusu : 4-7 minggu
Suhu badan : 103.3-104F; 38-40C
Kadar denyutan jantung : 130-325 denyutan seminit
Kadar pernafasan : 32-60 tarikan nafas seminit
Rekod dunia paling tinggi melompat : 1 meter
Rekod dunia paling jauh melompat : 3 meter
Telinga paling panjang : 31.125 inci
Paling lama hidup : 19 tahun
Mempunyai 18 jari kaki : 4 setiap kaki belakang dan 5 setiap kaki depan
Warna bulu : Lebih dari 150
Warna mata : coklat, biru-grey, biru, marbel dan pink
Waktu aktif : Awal pagi dan malam

INFO

-Arnab Boleh dilatih untuk mengunakan tandas (Toilet Tray)
-Jangka hayat arnab boleh mencapai 8-12 tahun, dan mungkin lebih lama
-Arnab adalah haiwan yang suka bergaul.
-Arnab adalah teman yang baik di rumah.
-Arnab akan menghasilkan bunyi “purr” seperti kucing bila gembira dan senang hati.
-Seperti Kucing dan anjing, arnab juga perlu di kembiri (Spay/Neuted) untuk kesihatan dan juga bagi mengawal perilaku matang.
-Arnab bukan seperti kucing yang suka dipeluk dan digendong, mereka lebih selesa duduk disisi anda di atas lantai, dan mendapat usapan mesra dan manja dari anda.
-Arnab amat sukakan permainan. Kotak kad board, plastic berwarna , bola berloceng adalah antara permainan digemari.
-Arnab amat gemar menguyah. Jadi sediakan bahan untuk mereka menguyah seperti potongan blok kayu. (atau mereka akan menguyah harta benda anda).
-Arnab hendaklah dijauhi dari bahaya seperti, pemangsa, kabel elektrik dan telefon, racun atau tumbuhan beracun dan suhu yang melampau.

PEMILIHAN BAKA

Pemilihan baka perlu dilakukan dengan teliti. Aspek penting dalam pemilihan baka ialah;

1. Memastikan apakah tujuan untuk menternak arnab.
2. Produk sebenar yang akan dikeluarkan.
3. Dari mana sumber perolehan.
4. Apakah informasi yang boleh diberi oleh penjual.
5. Memeriksa dengan teliti arnab yang ingin dibeli.
Pastikan fizikal arnab ada sempurna, tidak cacat sebarang anggota. Periksa kesihatan, pastikan keseluruhan badan arnab dalam keadaan kering. Jika terdapat kesan lembapan, periksa dengan teliti bahagian punggung, kemungkinan arnab cirit birit. Pastikan bulu, mata dan telinga dalam keadaan normal dan ceria. Pastikan arnab berada dalam keadaan aktif, iaitu sentiasa bergerak dan melompat ini untuk memastikan arnab itu tidak tempang.
Pembelian hendaklah dilakukan dari sumber yang boleh dikenalpasti mempunyai kemahiran serta pengetahuan tentang aspek pengurusan dan pengendalian ternakan arnab. Seboleh-bolehnya elakkan dari membeli dari kedai haiwan. Ini kerana kedai haiwan mungkin tidak dapat memberikan maklumat asas berkaitan arnab serta tiada rekod dari penternak asal. Pada kebiasaannya, arnab yang dijual di kedai-kedai haiwan, secara majoriti diternak secara tradisional oleh masyarakat kampung. Penternak tradisional secara umumnya tidak mempunyai sebarang catatan. Kalau ada pun hanya sekadar untuk pengetahuan sendiri. Spesifikasi rekod seharusnya mempunyai maklumat asas seperti baka/spesis, tarikh lahir, berat semasa, lokasi dilahirkan, jenis pemakanan, jenis reban (permukaan lantai, dinding) dan rekod kesihatan.

KAWALAN PENYAKIT

Untuk panduan umum, langkah-langkah kawalan penyakit yang minimum adalah seperti berikut:

PUNCA-PUNCA

Perkara yang paling utama dalam penjagaan arnab adalah anda harus peka kepada masalah arnab anda. Berjaga-jaga dengan setiap perubahan arnab anda. Ini adalah kerana apabila masalah cirit birit tidak disedari dari awal dan lambat dirawat boleh menyebabkan kematian. Cirit birit adalah salah satu faktor besar kematian arnab. Terutama arnab yang berumur 8 minggu kebawah. Ada beberapa punca terjadinya cirit birit.

ARNAB MUDA

Jika arnab anda berumur kurang dari 8 minggu, dan terpisah dari ibunya, masalah ini adalah kerana ia masih memerlukan susu dan cecal ibunya. Kebanyakan kedai haiwan peliharaan menjual arnab muda yang berumur kurang dari 8 minggu dan kadang kadang kurang dari 4 minggu, kerana pada umur semuda itu anak arnab kelihatan sangat comel dan dapat menarik pembeli untuk membelinya. Malangnya banyak diantara arnab yang masih kecil ini mati disebabkan masalah cirit birit. Pada umur ini anak arnab memang sudah pandai makan sendiri dan minum sendiri. Walaubagaimana pun sistem penghadamannya yang masih muda, ini masih memerlukan susu ibunya dan juga cecal yang dihasilkan oleh ibunya bagi mengimbangi PH didalam perut muda yang menerima makanan solid, dan masalah cirit birit tidak berlaku.

DIET DAN PEMAKANAN

Diet yang berserat rendah dan tinggi protein dan karbohidratnya. Diet seperti ini membuatkan proses penghadaman menjadi perlahan, dan menyebabkan perubahan PH dalam perut yang membolehkan bakteria membiak dan menyebabkan cirit birit. Perubahan diet secara mengejut juga boleh menyebabkan masalah ini. Oleh itu jika ingin memberi sayur sayuran atau tumbuh tumbuhan kepada arnab, beri secara peringkat dan satu persatu, kerana lebih mudah untuk dikesan jika cirit birit berlaku.

PEMBERIAN UBAT-UBATAN

Pemberian dose yang berlebihan sesetengah antibiotik boleh membunuh bakteria baik yang diperlukan oleh arnab. Untuk jangka panjang ini boleh melemahkan sistem imune arnab bagi melawan bakteria jahat dan meningkatkan toxin dan cirit birit boleh berlaku. Antibiotik yang diambil secara oral lebih mudah membunuh bakteria baik berbanding jika diberi secara suntikan. Semasa memberi antibiotik, diet yang tinggi karbohidrat (seperti memberi Grains dan buah) akan meningkatkan masalah cirit birit berlaku.

STRESS

Stress juga boleh menyebabkan cirit birit.

JANGKITAN

Sebenarnya cirit birit hanya dan kerap berlaku disebabkan faktor pemakanan atau diet dan juga pengambilan antibiotik yang berlebihan. Cirit birit disebakan jangkitan sangat jarang berlaku. Bagi arnab muda, cirit birit boleh disebabkan oleh jangkitan E.coli. Dan jangkitan oleh Coccidia adalah lebih kerap pada semua arnab tidak mengira umur.

SIMPTOM-SIMPTOM

-Najis yang lembik dan tidak solid bercampur air dan berwarna hijau diperingkat awal.
-Arnab akan hilang selera makan dan kurang meminum air
tidak banyak bergerak, dan mungkin mengelurkan bunyi berderam
-pada peringkat kritikal, najis yang keluar hanya lah seperti air berwarna putih kekuningan
arnab hilang upaya dan lemah
-jika terlambat dan tidak dapat dirawat.. kematian boleh berlaku

MENGELAKKAN DARI BERLAKU

-Jangan pisahkan anak dari ibunya kurang dari 8 minggu.
-Beli atau dapatkan arnab yang hanya berumur sekurang kurangnya 8 minggu.
-Berikan diet yang tinggi serat paling mudah beri lebih banyak hay dari pallet
-Beri atau perkenalkan diet sayuran atau tumbuhan secara berperingkat dan satu persatu. Dan elakan memberi sayuran dan tumbuhan yang tumbuh liar dan beracun.
-Berikan antibiotik dalam dose yang disyorkan dan dalam jangka masa yang terhad. Dapatkan nasihat veterinar.
-Kurangkan membawa keluar arnab anda ke persekitaran atau kawansan yang boleh memberi impak stress kepada arnab anda.
-Jaga persekitaran dimana arnab anda ditempatkan bersih bagi mengelakan jangkitan.

APA PERLU DILAKUKAN

-Segera dapatkan rawatan daripada Veterinar.
-Beri Hay sebagai 100% diet pada masa ini dan jika arnab anda masih mampu untuk makan.
-Elakan memberi makanan yang mengandungi kandungan karborhidrat yang tinggi, seperti; pellet tinggi protein, buah buahan tinggi gula dan Grains
-Penting untuk memastikan arnab yang mengalami cirit birit ini dalam keadaan bersih dan selela. Bersihkan bahagian punggung yang terkena nasjis, bagi memastikan ia tidak berbau yang boleh mengundang serangga seperti lalat menganggu.
-Jika terlalu kotor dan berbau.. basuhlah bahagian yang kotor sahaja dengan air tidak perlu memandikan arnab seluruh badan.
-Pastikan arnab anda minum banyak air yang bersih, ini bagi mengelakan arnab anda ternyahhidrat; atau anda boleh memcuba bancuhan ORT seperti dibawah dan diberi berterusan kepada arnab sehingga pulih dengan meletakan didalam botol atau mangkuk minumannya atau menyuapnya mengunakan Syringe.
-Berikan ORT kepada arnab anda sekerap yang mungkin, sehingga ia pulih dari cirit biritnya.
-Berikan ia hay dan juga sedikit Rolled Oat bukan yang segera ( hanya sesudu kecil) jika ada.
-Pastikan juga ia makan sedikit , sayuran yang dipuri atau makanan bayi yang dijual dipasaraya juga boleh turut membantu, dengan mengunakan Syringe suapkan makanan tersebut dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
-Probiotics seperti Denes Probiotic + Powder adalah sangat membantu jika anda boleh mendapatkannya. Dicampur didalam makanan
-Selain itu Arsenicum album 30c drops atau Phosphorus 30c juga boleh mambantu. Mungkin boleh didapati dari veterinar atau Farmasi. Diberi terus secara oral.

MAKANAN TAMBAHAN

-Pemberian bahan hijau ini hendaklah diingati sebagai makanan tambahan sahaja. Jumlah yang patut diberi adalah mengikut jumlah yang boleh dimakan oleh arnab itu.
-Bahan-bahan hijau yang boleh digunakan seperti daun keledek dan daun kangkung. Lebihan kegunaan dapur juga boleh dimanfaatkan seperti daun kobis, sawi dan kacang panjang. Satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam pemberian bahan hijau ini ialah kebersihan dan kandungan air pada bahan hijau tersebut.
Untuk ini daun-daun tersebut hendaklah dibasuh dulu beberapa kali dan kemudian dikeringkan pada panas matahari selama 2-3 jam. Kemudiannya bolehlah diberikan kepada amab.
-Lebihan sisa-sisa bahan hijau pada keesokkan harinya hendaklah dibuang, dan jangan digunakan lagi.-
-Makanan utama iaitu makanan pelet arnab hendaklah diberikan dan boleh didapati di kedai jualan makanan ternakan.

PEMBIAKAN

-Sebenarnya cara mengahwinkan arnab adalah mudah dan ringkas. Masukan arnab betina dalam sangkar arnab jantan. Jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai "territorial behaviour" yang kuat dan akan menyerang serta mungkin akan membunuh arnab jantan tersebut.
-Masa mengawan antara 1-5 minit sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tadi.
-Lakukan waktu proses mengawan arnab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang. Elakkan proses mengawan di waktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.

KEKERAPAN MENGAWAN

-Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. -Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh ditingkatkan secara pelahan kepada sekali sehari.
-Pengunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. -Menggunakan seseekor pejantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab penjantan tersebut.

KAHWIN SELANJUTNYA

-Pada keadaan semuiajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.
-Dalam pentemakan arnab komersial arnab betina akan dikahwinkan semula dalam tempoh antara 3-4 minggu selepas tempoh beranak. Ataupun dalam masa proses anak cerai susu, arnab betina tersebut boleh dikahwinkan semula.

MENINGGIKAN KEBERNASAN

Untuk memastikan arnab tersebut sudah mengawan ialah apabila arnab jantan memanjat arnab betina untuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur ke belakang atau terlentang.
Untuk memastikan kebernasan, proses mengawan yang pertama pada jam 8-10 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5-6 jam selepas proses mengawan yang pertama, iaitu pada waktu petang.

TEMPOH BUNTING

-Tempoh bunting amab betina antara 29 hingga 31 hari lagi. Bunting berat adalah pada minggu keempat kebuntingan. Pada peringkat lni kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar arnab tersebut. -Tujuannya adalah supaya arnab tersebut dapat menyesuaikan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut.
-Tanda-tanda arnab tersebut hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27-29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahaglan bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut.
-Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan diganggu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.

BUNTING PALSU

Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil "bunting palsu", keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 -17, pada masa itu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan ini dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula.

ANAK ARNAB

Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.
-Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak arnab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya.
-Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu), buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.
-Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur umur 14-16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.

MASA MENYUSU ANAK

lbu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan. Oleh kerana pemberian susu hanya sekali atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari. Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak sarang, anaknya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.

IBU ANGKAT

Sekiranya bilangan anak melebihi bilangan puting susu ini sudah tentu menimbulkan masalah. Bilangan puting susu biasanya lapan. Oleh itu anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat.
Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu amab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir. Anak arnab yang diletakkan pada ibu angkat perlu ditandakan dengan warna pada bahagian kepala.
Kemudian sapukan apa-apa wangi-wangian kepada ibu dan semua anak termasuk anak amab tersebut yang berada dalam kotak sarang yang sama. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat.
Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi antibodi untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu biasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2-4 minggu.

CERAI SUSU

Anak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah umur anak arnab dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila anak-anak amab berumur 1 bulan.

Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaitu sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan pengemukan. Pemilihan untuk dijadikan baka hendaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatit dari masa ke semasa.

Setiap arnab yang dipilih hendaklah dilekatkan tag telinga sebagai tanda pengenalan individu. Anak-anak arnab ini hendaklah disimpan dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar.

Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak arnab yang tidak dilpilih akan dijadikan untuk pengemukan (pengeluaran daging). Anak-anak arnab ini boleh disimpan dalam sangkar secara kumpulan selama 30-45 hari lagi.


TR (Ani.Nana)

InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&AgrotourismSumber/Dipetik:http://jutawanklik.com/#kebunklik

No comments: