Kebun Warisan's Followers

Monday, October 26, 2009

BLOG MENARIK:Usahawan Ternakan Unggas dan Ruminan

SILA LAWATI BLOG http://shawnagrofarm.wordpress.com/ UTK MAKLUMAT BERGAMBAR.
PENUH INFORMASI.


Usahawan Ternakan Unggas dan Ruminan
Batu 13, Jalan Sintok, 06010 Changlun, Jitra, Kedah (0194702839)


Ayam Kampung : Ori vs Kacukan•October 22, 2009 • Leave a Comment


Penternak sering keliru. Mereka beli anak ayam kampung kat kedai-kedai pets, pasar-pasar hari dan dari pembekal-pembekal dengan harapan bahawa ayam itu akan membesar macam ayam kampung asli yang biasa dipelihara di kampung-kampung. Bila dah besar depa tengok awat ayam depa tak macam ayam kampung ori tu.

Sebenarnya sama ada ori atau kacukan, kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri. Terpulang kepada motif kita menternak: untuk jual daging atau jual telur atau kedua-duanya.


ayam kampung ori

ayam kampung kacukan

Saya memetik artikel dari ANGSADARIA yang menyatakan:

Terdapat lebih sepuluh pengeluar ayam kampung kacuk yang aktif mengeluarkan anak-anak ayam berkualiti di semenanjung ketika ini. Ayam kampong kacuk merupakan yang paling banyak diternak kerana kadar tumbesarannya amat cepat iaitu 75 hari hingga 90 hari berbanding ayam kampong asli 6 hingga 7 bulan!
Ayam kampong kacuk dihasilkan daripada pembiakan yang terancang. Rupa dan bentuk badannya juga mirip ayam kampong asli. Prestasi pertumbuhannya amat cepat dan dianggap lebih baik berbanding ayam kampong asli yang terdapat di kampong-kampong.

Ciri-ciri menarik yang terdapat pada ayam kampong kacuk ialah warna kulit dan warna kakinya kuning. Rata-rata ayam kampong kacuk mempunyai balong tunggal dan tidak pandai bergaduh, melompat dan terbang melebihi lima kaki tinggi.

Kepada bakal penternak atau para penternak yang mencari ciri-ciri terbaik seekor ayam, ingat pesanan ini; jangan sekali-kali membeli anak ayam yang paruh siap dipotong (paruh atas lebih pendek). Jangan beli anak-anak ayam yang dijual di pasar-pasar.

Ingat juga pesanan kedua ini; kualiti anak ayam bukan di tentukan oleh nombor kod seperti SASSO 154 atau KH B1 atau lain-lain yang berbentuk nombor tetapi kualitinya anda yang menentukan setelah anda menternak hingga boleh dijual, analisis perkara berikut ini;

* Kadar kematiannya kurang 5%
* Kaki dan kulit warna kuning
* Paruh tidak dipotong
* Tumbesarannya sekata
* Dagingnya pejal dan rasanya sedap.
Kalau nak ternak untuk jual daging, baik pilih yang kacukan sebab lebih berat ( 2 – 3 bulan : >1.5 kg ), kalau bela yang ori kena tunggu 6-7 bulan, itu pun lebih ringan kecuali kalau guna baka sabung atau baka komersial seperti KH B1 (Super Kedah). Ada penternak yang saya jumpa boleh menjual telur ayam dari ayam kacukan dengan harga sebiji 45 sen. Dia cuma bela kurang lebih 100 ekor induk dan 10 ekor pejantan. Tiap-tiap hari pengeluaran telur memberangsangkan dan tauke restoran cina dah siap booking lagi.

Terpulanglah pada kita nak pilih yang mana. kalau saya, dua-dua saya pilih sebab saya nak jual daging ayam kampung kacukan dan ayam kampung ori saya jual telur dan tetaskan anak. Kalau bela ayam kampung ori semata-mata nak jual daging saya rasa tak banyak mana yang boleh kecuali kalau biar dia cari makan sendiri. Tapi, kalau dah beratus-ratus ekor, semua ulat-ulat,cacing-cacing,rumput-rumput dan lain-lain makanan semulajadi yang ada kat sekitar ladang pun tak cukup jugak. Nanti mesti depa bising sebab lapar. Terpaksa juga belikan makanan untuk depa walau sekadar temukut atau cari sisa makanan free kat restoran2 atau kantin2. Ramai penternak give up sebab kes nak bagi makan ni la…..last-last jual semua ayam dan tak nak bela dah. Sapa yang rugi?

Sebagai alternatif yang terbaik, jadikan yang kacukan sebagai induk betina dan cari pejantan dari baka sabung. Mesti hasilnya memuaskan. Ramai yang berjaya dengan cara ni.


yang penting ialah telur...

Posted in Penternakan Ayam Kampung
Tags: asli, kacuk, ori, sam-sam



Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:http://shawnagrofarm.wordpress.com/

No comments: