Taman kebun dapur
Oleh Rohaniza Idris
Edible Garden juga berfungsi sebagai kebun dapur
Konsep Edible Garden mengandungi pokok herba, sayuran, ulaman dan buah-buahan
'EDIBLE Garden' yang diilhamkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah mencuri
perhatian ramai ketika Festival Antarabangsa Landskap dan Taman Malaysia (LAMAN 2008),
baru-baru ini.
Begitu juga pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) yang
berlangsung sehingga semalam, yang mana di laman sayur, pengunjung berpeluang melihat
beberapa contoh Edible Garden.
Apakah itu Edible Garden? Edible Garden jika ditafsirkan ke dalam bahasa Melayu bermaksud
taman boleh dimakan. Ini bermakna taman yang dibangunkan mengandungi tumbuhan yang
sesuai untuk dimakan atau pokok herba, sayuran, ulaman dan buahan.
Bagaimanapun, kebiasaannya Edible Garden ini menampilkan tumbuhan jangka pendek iaitu
tumbuhan yang hidup dalam tempoh satu hingga enam bulan.
Namun, ada juga tumbuhan kekal yang boleh hidup lama yang sesuai
ditanam di Edible Garden, seperti kayu manis, tanjung, serai dan pandan.
Kebiasaannya, Edible Garden menampilkan ruang yang
minimum, sempit dan digabungkan dengan tumbuhan landskap.
Selain berfungsi sebagai kebun dapur, Edible Garden juga boleh
menjadi landskap yang menarik jika bijak menggabungkan pokok
herba, sayuran dan buahan dengan pokok berbunga atau tumbuhan
landskap atau hiasan.
Di pameran Maha, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian
(Mardi) bertanggungjawab membangunkan laman sayur
mengetengahkan konsep Edible Garden dengan Minifertigasi.
Menerusi konsep Minifertigasi ini, taman tidak perlu disiram atau
diselenggara setiap hari sebaliknya pengairan dan siraman baja
Gabungan hiasan dan
sayuran adalah ciri utama
Edible Garden
dilakukan menerusi sistem ‘timer’ - alat jangka masa yang akan berfungsi secara automatik
mengalirkan air dan baja mengikut masa ditetapkan.
Pemilihan tanaman sesuai penting untuk
mengindahkan taman.
Kaedah berkenaan sangat sesuai untuk penghuni kota yang sibuk kerana tuntutan kerja dan tidak
mempunyai masa memberikan tumpuan kepada Edible Garden yang dibangunkan.
Konsep Minifertigasi ini menggabungkan tanaman bersifat kekal lama dan tanaman sayuran jangka
pendek yang dibina bukan hanya untuk tujuan mendapatkan hasil tetapi menyerikan dan
mencantikkan laman.
Sayur yang sesuai untuk Edible Garden Minifertigasi adalah sawi, terung, bendi, ulaman - gajus,
tenggek burung, ulam raja dan sabung nyawa. Tumbuhan jenis perisa juga sesuai untuk
melengkapkan lagi Edible Garden seperti pudina, kesum, serai, kari dan pandan.
Apakah pula Minifertigasi? Ia adalah cara fertigasi yang dilakukan secara kecil-kecilan dan ringkas.
Perkataan fertigasi berasal daripada perkataan fertilization (pembajaan) dan irrigation (pengairan).
Dalam fertigasi, proses pembajaan dan pengairan diberikan serentak kepada tanaman. Fertigasi
tergolong dalam kumpulan hidroponik iaitu pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah.
Dengan menggunakan kaedah fertigasi, tanaman tidak dijangkiti penyakit akar seperti Pythium,
Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya di bawah tanah. Selain itu,
tanaman berkenaan dapat ditanam di mana saja asalkan cukup cahaya untuk tujuan fotosintesis dan
mempunyai tempat meletak beg plastik.
Dalam sistem minifertigasi, medium yang mudah dicari dan murah akan digunakan seperti habuk
sabut kelapa atau sekam bakar. Selain itu, medium lain yang boleh digunakan adalah pasir, batu
kerikil granit, perlite, vermiculite dan maidenwell diatomite.
Sebaik-baiknya, campuran medium seperti habuk sabut kelapa dan sekam bakar digunakan untuk
memberi pengudaraan dan sokongan kepada akar berpaut di dalam beg plastik. Tetapi penggunaan
satu medium saja boleh digunakan bergantung kepada kawasan.
INFO: Tip bangunkan Edible Garden
Seeloknya gabungan deria untuk membangunkan Edible Garden seperti sentuhan, rasa, mendengar,
melihat dan bau. Pastikan gabungan yang sesuai - seeloknya pokok ulaman tanpa perisa dengan pokok
yang mudah diserang penyakit seperti pokok bunga tahi ayam dengan tomato.
Gunakan pasu dan petak kayu atau plastik serta hiaskan dengan batu sungai dan batu pasir untuk
mencantikkan lagi taman. Buatkan busut dan susun pokok secara bertingkat atau buatkan pegola dan
sangkutkan pasu kecil di para-para untuk memberikan kesan eksotik. Gunakan sabut kelapa kering
untuk menutup ruang dan menaikkan seri taman.
Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:Berita Hariam
2 comments:
Amiable dispatch and this enter helped me alot in my college assignement. Thank you as your information.
Bestnye edible garden. Tgh nak buat juge. (^.^)
Post a Comment