Kebun Warisan's Followers

Saturday, October 3, 2009

KOLAM IKAN KEBUNWARISAN 2008

Kenangan Bersama Kolam Kolam 2008

Al Kisahnya....Kolam2 inilah nadi atau jantung Kebun Warisan.
Terlalu banyak usaha telah diambil untuk menyediakannya.
Begitu banyak aral yang melintang dan begitu banyak kesabaran yang perlu ditahani.
Sehingga kini...ianya masih tidak menjadi seperti yang dicitakan.

Dan saat yang paling mengecewakan ialah....aliran air anak sungai telah diubah oleh pengusaha kebun bersebelahan.Kini kolam2 ini menjadi kolam "air mati".
Tiadalah lagi serinya. Hilanglah semangat air bagi saya....sob sob sob!

Bukan apa...main air memang best.Dari Januari 2008 hingga Mac 2008...saya mesti habiskan masa..lebih kurang sejam setengah, kalanya 3 4 jam, setiap hari untuk
memperbetulkan aliran air ke kolam dan persekelilingan kolam.

Apapun....kita tunggu 2010....saya akan kembali dengan perancangan baru.
Kolam "Air mati" akan menjadi kolam HIDUP..sehidup hidupnya. Kolam akan menjadi lebih baik dari adanya dan...kalau pd permulaan..keadaan kolam yang tak seberapapun...percubaan menternak ikan sudah menjadi, berharap akan bermulalah satu hikayat yang lebih mengembirakan hati.(Angan2lah ni...he he!)

Yalah! Keadaan dah berbeza...air kolam aje yg "mati"..tetapi sekelilingnya...dah tak kontang dan beralun alun lagi. Kalau dulu macam gurun Sahara..sekarang dah macam stadium wembley.Err...lebih kuranglah tu.








































Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:

No comments: