TUMBUHAN BERACUN
SUSILAWATI SOBENG (A 72881)
FAKULTI SAINS PEMBANGUNAN
KANDUNGAN
1.PENGENALAN
2. TUMBUHAN BERACUN
2.1. BUNGA TAHI AYAM
2.2. RUMPUT CEYLON
2.3. UBI GADUNG
2.4. KECUBUNG HITAM
2.5. PISANG TANAH
2.6. POKOK SESUDU
2.7. PENAGA LAUT
2.8. TUBA
3. LANGKAH UNTUK ELAKKAN KERACUNAN
4. KESIMPULAN
5. RUJUKAN
PENGENALAN
Sememangnya adalah tidak diketahui berapa banyak tumbuh-tumbuhan yang cantik di Malaysia adalah beracun kepada manusia dan juga kepada haiwan . Tidak kira sama ada ia dimakan atau pun disentuh , ia boleh menyebabkan kesan bintik-bintik merah mahupun ekzema . Hal ini kerana kes-kes tentang keracunan tidak dilaporkan atau direkodkan secara tepat di Malaysia .
Di Malaysia , adalah suatu kebiasaan bagi orang-orangnya untuk mengguna ataupun memakan tumbuhan beracun sama ada dalam bentuk daun , biji , ataupun buah , setelah mereka menyediakannya dengan teliti . Misalnya , Terung meranti (Solanum nigrum) biasanya akan dimasak sebagai sayuran . Bagaimanapun , mereka telah sedar ia tidak baik dimakan dalam jumlah yang banyak . Menurut mereka , pengambilan buah tersebut yang berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala .
Keracunan haiwan ternakan akibat daripada tumbuhan telah menimbulkan masalah kepada pengeluar haiwan ternakan . Walaupun keracunan yang berterusan menjadi satu daripada penyebab utama dalam kemerosotan pengeluaran dan juga kematian haiwan ternakan domestik , toksilogi iaitu sains tentang racun masih menjadi satu bidang yang diabaikan dalam profesion veterinar .
Secara umumnya , tumbuhan beracun boleh diklasifikasikan mengikut kesan yang dihasilkan oleh bahan toksidnya . tumbuhan berarun mengandungi bahan toksid seperti:
1) Glycosides ; yang boleh dipecahkan kepada 2 iaitu:
a) Cardiac glycosides
b) Cyanogenetic glycosides
2) Alkaloid
3) Phytotoxins
4) Photosensitiviti
5) Kesan-kesan luaran
TUMBUH-TUMBUHAN BERACUN DI MALAYSIA
2.1) Bunga tahi ayam (Lantana camara)
Bunga tahi ayam atau Lantana camara tergolong di dalam keluarga Verbenacea . Ia adalah sejenis herba yang kelihatan seperti pokok renek , berasal dari Amerika tropika . Ia mempunyai batang yang berbulu dan berduri serta berukuran lebih kurang 2 cm . Daunnya kasar , beraroma dan berukuran panjang beberapa sentimeter dengan bahagian tepi daun yang bergerigi . Ia berbunga dalam satu jambak dan berbentuk seperti sebuah payung . Bunganya terdapat dalam pelbagai warna iaitu kuning terang atau jingga yang akan bertukar menjadi merah . Kadang-kala bunganya juga terdapat dalam 2 ton warna iaitu bahagian luar bunga bertukaar dari jingga menjadi merah dan bahagian dalam pula bertukar dari kuning menjadi jingga . Selain bunga , buah pokok ini juga terdapat dalam satu jambak yang akan bertukar dari hijau menjadi biru tua . Setiap biji buah mengandungi 2 biji benih . Lantana camara mudah disebarkan dan boleh dijumpai disepanjang jalan dan juga padang terbuka di negara ini .
Lantana mengandungi triterpenes tetapi tidak kesemuanya adalah toksid . Asid triterpene iaitu Lantadene A dan Lantadene B adalah toksid major yang bertanggungjawab ke atas ketoksidaan tumbuhan ini . Ia bertoksid apabila diberi kepada kambing pada dos 60 mg per kg . Lantadene B kurang bertoksid jika berbanding dengan Lantadene A yang agak tinggi ketoksidaannya . Haiwan yang diserang oleh ketoksidaan ini akan menunjukan tanda-tanda toksid beberapa hari selepas memakan daun tunbuhan tersebut dan kematian pula akan berlaku beberapa hari kemudian . Keracunan menyebabkan intrahepatic cholestasis dan akibat kecederaan hati termasuk juga perebakan icterus . photosensitization , kurang aktif dan anorexia . Kematian juga mungkin disebabkan oleh kegagalan fungsi renal .
2.2) Rumput ceylon (Brachiaria decumbens)
Brachiaria decumbens atau lebih dikenali sebagai rumput Ceylon dikelompokkan dibawah keluarga Graminae . Ia adalah sumber penting bagi makanan kering untuk haiwan ternakan di Malaysia . Ia dihasilkan dengan banyaknya serta sangat sesuai dengan iklim tropika . Kambing biri-biri dan juga kambing lebih menggemari rumput ini berbanding dengan rumput dari spesis yang lain . Bagaimanapun , rumput ini telah dikenalpasti sebagai bertoksid kepada kambing mahupun kambing biri-biri .
Bahan beracun yang terdapat didalam rumput ini tidak diketahui dan masih lagi disiasat . Brachiaria adalah tidak bertoksid tetapi akan bertukar kepada produk hepatotoxic di dalam rumen kambing dan juga kambing biri-biri . Rumput tersebut boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang diikuti perebakan icterus , anorexia , oedema dimuka dan photosensitization yang teruk dari 3 hingga 4 minggu selepas memakan rumput Ceylon . Kambing yang telah dijangkiti biasanya akan mengasingkan diri sendiri daripada yang tidak dijangkiti dan akan bergarak dalam bulatan serta menghentakkan kepala ke pagar . Keadaan ini menunjukkan kerosakkan otak yang disebabkan oleh toksin .
2.3) Ubi gadung (Dioscorea daemona)
Ubi gadung adalah salah satu ahli keluarga Dioscoracea . Nama botaninya ialah Dioscorea daemona . Ubi gadung adalah tumbuhan memanjat di mana batangnya terdapat duri-duri halus . Manakala ubinya pula terdapat dibahagian bawah tanah . Ubi tumbuhan ini terdapat dalam pelbagai saiz , dari beberapa kilogram hingga lebih daripada 30 kg .
Keseluruhan tumbuhan ini adalah beracun . Ubinya kaya dengan kanji dan mengandungi alkaloid dioscorine deracun yang hampir sama dengan alkaloid dioscoricine . Alkaloid ini adalah penyerap air . Ubi ini biasanya akan dimasak selepas mengasingkan alkaloid dengan membasuhnya dengan air yang banyak atau direndam selama 3 hingga ke 4 hari .
Beberapa kes keracunan selepas memakan ubi tumbuhan ini telah direkodkan dari semasa ke semasa . Sebiji ubi yang sebesar sebiji epal sudah cukup untuk membunuh seorang manusia . Alkaloid yang terdapat di dalam ubi gadung menyebabkan sakit tekak , muntah darah , kesukaran bernafas , merasa mengantuk serta keletihan yang amat sangat . Biasanya kematian terjadi kira-kira 6 jam selepas memakan ubi ini .
2.4) Kecubung hitam (Datura fastuosa)
Kecubung hitam atau nama botaninya Datura fastuosa adalah sejenis tumbuhan herba renek yang mempunyai bau yang tidak menyenangkan . Ia tergolong di dalam keluarga Solanacea . Ukuran tingginya kira-kira 1 meter dengan ranting-ranting muda yang berbulu dan berwarna ungu gelap . Ia berbunga sama ada sekuntum , dua atau tiga , lebih kurang 15 hingga 20 cm panjang , berwarna ungu dibahagian luar manakala bahagian dalamnya pula berwarna putih .
Buah kecubung hitam berbebntuk bulat dan dipenuhi dengan duri-duri pendek . Buah yang telah masak akan pecah dengan sendiri untuk mengeluarkan biji benih . Biji benih tersebut kelihatan seperti biji cili tetapi lebih besar , berbentuk seperti kekacang dan berwarna keperangan . Sebiji buah mengandungi lebih kurang 500 biji benih .
Setiap bahagian tumbuhan ini adalah bertoksid kerana ia mempunyai bahan aktif iaitu daturine . Daturine mengandungi alkaloid laevoscyamine , hyoscine atau scopolamine dan sedikit atropine . Alkaloid tumbuhan ini akan bertindak dan menghasilkan anti-cholinergic manifestasi . Dengan memakan mana-mana bahagian tumbuhan ini sama ada biji , buah atau bunga akan menyababkan muka menjadi merah , anak mata membesar , kekeringan dan melecur di mulut , dahaga , kesukaran menelan , diikuti rasa mengantuk , keletihan , hyperthermia dengan sejuk yang melanpau dan inkoordinasi . Ketidaksengajaan dengan menggosok mata selepas memegang tumbuhan ini akan pembengkakan anak mata . Kematian juga tidak mustahil akan berlaku kerana disebabkan oleh respiratori paralysis .
2.5) Pisang tanah (Dieffenbachia)
Pisang tanah adalah tumbuhan yang biasanya ditanam di dalam pasu di negara ini . Ia adalah dari keluarga Aracea . Genus , Dieffenbachia , dinamakan sempena dengan nama seorang tukang kebun , iaitu Herr Dieffenbach , dari istana Schoenbraun , Vienna pada tahun 1830 . Ia mempunyai batang hijau yang tebal dan mengandungi banyak air , berukuran kurang daripada 1 meter tinggi . Daunnya rata , antara 25 hingga 30 cm panjang dan bertompok-tompok dengan warna putih atau hijau muda . Tumbuhan ini asalnya adalah daripada Amerika Selatan . Beberapa spesis dari tumbuhan ini boleh didapati di Malaysia , sama ada tumbuh secara liar , ditanam di taman ataupun di dalam pasu-pasu .
Keseluruhan bahagian tumbuhan ini mengandungi jus yang aktif iaitu protoanemonine . Pisang tanah boleh menyebabkan kesan bintik-bintik merah jika mana-mana bahagian tumbuhan ini dimakan . Keracunan mungkin juga boleh menyebabkan kematian kerana kesukaran bernafas akibat daripada pembengkakan pharynx dan larynx . Pisang tanah juga merupakan faktor utama kepada kecederaan kanak-kanak terutamanya pada bahagian mata apabila cecair dari tumbuhan ini terkena pada mata ketika memetik buah tersebut . Ini akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat , perebakan oedema pada kelopak mata dan juga kerosakan pada permukaan kornea .
2.6) Pokok sesudu (Euphorbia lactea)
Pokok sesudu adalah sejenis tumbuhan kaktus . Nama botaninya ialah Euphorbia lactea .Ia digolongkan dalam keluarga Euphorbiaceae . Pokok sesudu adalah tumbuhan yang berjus , tumbuh tegak setinggi lebih kurang 3 hingga 4 meter tinggi . Batangnya lurus dan bercabang sehingga hingga 3 hingga 4 yang selebar 7 cm . Cabang-cabang pokok sesudu mempunyai hujung yang tidak rata dan berduri tajam . Ia mengeluarkan susu getah yang melekit apabila dipotong atau sekiranya ia patah . Bunga dan buahnya pula jarang sekali dapat dilihat .
Cecair seperti susu yang dikeluarkan oleh pokok sesudu boleh menyebabkan kerosakan yang teruk dan juga kecederaan dalaman . Penyerapan susu getahnya juga boleh menyebabkan kesakitan abdominal yang seterusnya mengakibatkan muntah-muntah , cirit-birit dan juga kematian . Jika getah tersebut terkena pada kulit , ia boleh menyebabkan dermatitis , pembengkakan serta melecur . Getah tersebut juga merbahaya kepada mata . Ia boleh menyebabkan pendarahan pada anak mata yang akhirnya boleh menakibatkan penglihatan kabur ataupun buta untuk sementara waktu sekiranya getah tersebut masuk ke dalam mata .
2.7) Penaga laut (Calophyllum inophyllum)
Pokok Penaga laut yang rendang ini banyak tumbuh di sepanjang tepi-tepi jalan dan juga pinggir-pinggir pantai di Malaysia . Ia tergolong didalam keluarga Guttiferae manakala nama botaninya ialah Calophyllum inophyllum . Pokok ini dipercayai berasal dari India dan kepulauan Pasifik . Ketinggian pokok ini lebih kurang 20 meter tinggi dengan daun yang licin dan berwarna hijau gelap , bersaiz diantara 10 hingga 15 cm panjang . Pokok Penaga laut ini juga menghasilkan bau yang harum dan terdapat diantar 4 hingga 15 kuntum didalam satu jambak . Kelopak bunganya berwarna putih manakala stamennya pula berwarna kuning . Buahnya berbentuk bulat dan berwarna hijau , berdiameter kira-kira 2 cm .
Biji-biji dari pokok ini mengandungi lebih kurang 75 % minyak . Daunnya pula mengandungi saponin dan asid hidrocyanic . Dengan memakan biji-biji dari pokok Penaga laut ini , ia akan menyebabkan rasa hendak demam , muntah-muntah dan cirit-birit . Cecairnya pula boleh menyakitkan kulit dan mata jika terkena . Kebiasaannya , cecair dari pokok ini sering digunakan sebagai racun pada anak panah .
2.8) Tuba (Derris elliptica)
Tuba atau nama botaninya Derris elliptica digolongkan didalam keluarga Leguminosae . Ia adalah tumbuhan kayu memanjat . Ia jarang-jarang berbunga di negara ini , mungkin kerana iklimnya yang tidak bersesuaian . Di China dan Jepun , mereka menanam tumbuhan ini untuk digunakan sebagai racun serangga tetapi di Sabah dan Sarawak , mereka menanam tumbuhan ini bagi tujuan perikanan .
Derris elliptica muncul sebagai tumbuhan yang paling berpengaruh bagi genusnya . Serbuk kasar yang diperolehi daripada akar tumbuhan ini mengandungi bahan toksid yang aktif iaitu rotenone dan telah digunakan sebagai racun serangga dan juga racun ikan . Ikan boleh diracun menggunakan serbuk yang dihasilkan oleh tumbuhan ini . Malahan ternakan seperti lembu , kerbau , kambing dan lain-lain telah mati selepas memakan tunbuhan ini .
3) LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGELAKKAN KERACUNAN TUMBUHAN
Keracunan tumbuh-tumbuhan boleh dielakkan atau dikurangkan jika langkah-langkah berikut diikuti . Ia mungkin boleh menyelamatkan anda , anak-anak , haiwan peliharaan dan juga haiwan ternakan .
1. Mengambil tahu tentang tumbuhan yang ditanam di taman atau di perkarangan rumah sama ada beracun atau tidak .
2. Mengenalpasti tumbuhan tersebut sebelum menanamnya di taman atau di perkarangan rumah .
3. Mengajar anak-anak supaya tidak memasukkan mana-mana bahagian tumbuhan yang bukan makanan ke dalam mulut .
4. Perlu diingatkan bahawa kanak-kanak lebih cepat mendapat kesan keracunan berbanding orang dewasa .
5. Jangan menganggap bahawa tumbuhan tersebut tidak beracun hanya kerana haiwan lain bolek memakannya .
6. Jangan sesekali mencuba tumbuhan hutan kecuali setelah mengenalpasti ia benar-benar selamat dan tidak beracun .
7. Sentiasa ingat bahawa dengan memasak tidak bermakna boleh memusnahkan bahan toksid tersebut .
8. Perlu diingatkan bahawa tidak semua orang menunjukkan reaksi yang sama ke atas tumbuhan yang dikenalpasti sebagai penyebab kerangsangan sentuhan .
9. Jika anak-anak atau haiwan peliharaan baru sahaja menelan tumbuhsn beracun ini , cuba dorongkannya supaya memuntahkan semula bahan tersebut . Bawalah segera gerjumpa doktor atau veterinarian untuk rawatan lanjut . Adalah lebih baik jika sampel tumbuhan beracun yang terlibat dibawa bersama .
10. Seseorang mempunyai tindakbalas yang berbeza terhadap tumbuhann yang merengsakan.Oleh itu , tindakan selanjutnya perlu diambil segera bagi mengelakkan kesan alahan yang berterusan jika tidak diubati .
KESIMPULAN
Sesuatu tumbuhan itu adalah dianggap beracun jika apabila ia digunakan dalam jumlah yang normal , ia boleh menyebabkan tindakbalas sepertu mengelakkan , menyekat , menahan atau memusnahkan proses semulajadi manusia atau haiwan yang seterusnya diikuti penderitaan , perubahan patologikal atau kematian perseorangan . Terdapat 7000 spesis tumbuhan beracun di dunia dan kebanyakkan spesisnya dijumpai di negara yang bersuhu panas dan lembap .
Tumbuhan beracun akan berterusan ditanam kerana ia adalah bergantung kepada kegunaannya . Strategi yang terbaik sekali untuk mengelakkan keracunan tumbuhan ini ialah dengan mengelakkan ia daripada berlaku . Justeru itu , kita digalakkan untuk berhati-hati dalam mengendalikan tumbuh-tumbuhan ini .
5) RUJUKAN
1) Poisonous Plants of Malaysia
A. Salam Abdullah , 1990 , Tropical Press Sdn. Bhd. , Kuala Lumpur .
2) Poisonous and Medical Plants
Will H. Blackwell , 1990 , Prentice Hall , New Jersey .
3) Nota pengkuliahan Etnobotani
Prof. Madya Dr. Ahmad Hj. Ismail , 1999 , UKM .
No comments:
Post a Comment