Kebun Warisan's Followers

Sunday, March 13, 2011

Kursus Asas Penternakan Kambing 19 &20 Mac 2011

Kursus Asas Penternakan Kambing

Untuk keterangan lanjut...sila lawati blog berikut:

http://www.kumpulanmahir.com/kursus-asas-penternakan-kambing/

Anda ingin mendapatkan panduan secara ringkas tetapi padat tentang bidang penternakan kambing dan berhasrat menjadikannya sebagai kerjaya anda?

Siapa yang patut hadir ke Kursus Asas Penternakan Kambing!
Kursus ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang merupakan:

Individu yang berminat!
Graduan-graduan yang menganggur
Pekerja-pekerja yang diberhentikan kerja!
Belia menganggur
Pesara-pesara yang berminat dalam bidang pertanian/penternakan
Individu yang berumur 18 tahun ke atas

PENGENALAN KURSUS

“Penternakan adalah Perniagaan” – Bidang penternakan jika dilaksanakan secara sistematik akan dapat membawa pulangan yag lumayan kepada para usahawantani. Dengan jumlah import makanan seperti daging dan hasil tenusu dari luar negara yang mencecah bilion ringgit pada setiap tahun, bidang ini menjanjikan ruang yang amat besar dan peluang yang tidak terbatas kepada semua. Dan penternakan kambing merupakan antara yang terbaik kerana permintaan pasaran yang melebihi penawaran.

Sistematik bermaksud bukan sahaja mahir dan berpengetahuan dari segi penternakan tetapi menggabungkan segala ilmu dari latarbelakang yang berbeza seperti kejuruteraan, kewangan, pengurusan, IT dll untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Pemasaran secara tradisional seperti menggunakan “flyers dan banner” hendaklah digabungkan dengan pemasaran melalui media sosial seperti “Facebook” agar produk dan khidmat yang ditawarkan dapat diketahui oleh masyarakat sekeliling.

Manakala kemahiran yang dimaksudkan adalah kebolehan mengerjakan ladang secara “hands-on” agar dapat kurang bergantung pada tenaga luar. Di samping dapat mengurangkan kos ladang, kualiti kerja juga dapat dipastikan berada pada tahap terbaik pada sepanjang masa.

Jadi, kursus ini telah disusun supaya dapat memenuhi keperluan di atas iaitu dengan mengimbangkan di antara topik yang mengandungi teori dengan penerangan tentang kemahiran “hands-on” yang diperlukan oleh setiap usahawantani. Di awal kursus peserta akan didedahkan dengan konsep asas dan senario terkini berkaitan penternakan kambing supaya dapat memberi gambaran awal tentang potensi bidang ini. Dalam topik ini juga, peserta akan didedahkan dengan amalan baik pertanian (GAP – Good Agriculture Practice) supaya dapat dijadikan panduan.

Seterusnya peserta akan didedahkan dengan kaedah yang betul semasa merancang projek penternakan supaya projek mencapai tahap yang terbaik dan dapat berjalan dengan lancar. Kesilapan-kesilapan umum semasa perancangan projek juga akan diterangkan agar segala pembaziran kos (wang ringgit dan tenaga) dapat diminimumkan.

Akhir sekali, peserta akan diajar dengan teknik pemasaran agar penjualan produk dapat ditingkatkan dan menjamin kelansungan perniagaan. Perbincangan secara berkumpulan juga akan diadakan agar para peserta dapat bertukar fikiran serta memahami dengan lebih mendalam tentang prospek bidang penternakan ini.
OBJEKTIF & MATLAMAT KURSUS

Mengubah persepsi bahawa penternakan merupakan bidang yang boleh membawa keuntungan lumayan
Memberikan kefahaman tentang senario masakini penternakan dalam negara dan peluang-peluang berkaitan
Membantu menjana ekonomi individu yang berpotensi menceburi bidang yang menguntungkan ini
Melahirkan usahawantani yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing dalam industri penternakan
Peluang memulakan penternakan sendiri dengan modal dan kos operasi yang minimum melalui ilmu pengetahuan yang ada

JADUAL KURSUS

Kursus dijalankan dalam masa sehari dari jam 9.00 pagi sehingga 5.30 petang. Tarikh-tarikh kursus:
Tarikh Hari Masa
19 &20 Mac 2011 Sabtu & Ahad 0900 – 1730
- Sabtu & Ahad 0900 – 1730
VENUE KURSUS

Kursus ini akan dijalankan di Centre Kumpulan MAHIR, iaitu di:

No. 51-A (Tingkat 1),
Jalan Kajang Impian 2/1,
Taman Kajang Impian,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
TRAINER

Sedikit latar belakang tentang trainer Kursus Asas Penternakan Kambing:

Trainer merupakan seorang bekas jurutera mekanikal lulusan Universiti di Jerman dan pernah bekerja di Jabatan R&D sebuah Syarikat Multinasional. Kemudian menceburkan diri dalam bidang pertanian / penternakan bersama Sinar Utara Agrofarm (SUA), sebuah perniagaan milik keluarga yang berpusat di Jeniang, Kedah. Aktiviti utama syarikat ialah penternakan kambing untuk baka, aqiqah, korban serta susu dan penanaman cili secara fertigasi.

SERTAILAH KURSUS ASAS PENTERNAKAN KAMBING SEKARANG !!
YURAN KURSUS : RM200

DENGAN YURAN KURSUS HANYA RM200, ANDA AKAN MENDAPAT:

MODUL YANG HEBAT DARI KAMI SEBAGAI PANDUAN ANDA UNTUK MEMULAKAN AKTIVITI PENTERNAKAN KAMBING!!
ILMU DAN GAMBARAN TENTANG PENTERNAKAN KAMBING KESELURUHANNYA
MEMBUKA LADANG PENTERNAKAN ANDA SENDIRI!!
BERKONGSI KEMAHIRAN YANG ANDA PEROLEHI KEPADA ORANG LAIN PULA..KREDIT UNTUK ANDA!! J)
SEMESTINYA, ANDA AKAN MENDAPAT SIJIL PENGHARGAANKURSUS ASAS PENTERNAKAN KAMBING DARIPADA KAMI YANG DISOKONG OLEH PIHAK MAEDEC DAN KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA!

AYUH, TEMPAT TERHAD UNTUK 20 PESERTA SAHAJA!!
InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&Agrotourism.Petikan dari sumber luar untuk perkongsian semata2.

Dr Pokok (Doktor Pokok??) Jabatan Pertanian Malaysia

Dr Pokok


Apakah Klinik Pengembangan Dr. Pokok?

Klinik Pengembangan Dr. Pokok ialah:

Satu tempat di mana orang ramai boleh menyalur dan menyelesaikan sebarang masalah berkaitan aktiviti pertanian.

Satu tempat di mana pelanggan dapat bertemu dengan pakar-pakar bidang pertanian bagi mendapatkan sebarang maklumat pertanian.

Satu program Jabatan Pertanian yang menawarkan perkhidmatan pengembangan pertanian sebagai teras perkhidmatannya.

Nama Klinik Pengembangan diberikan kepada tempat / kaunter yang menawarkan khidmat pengembangan pertanian, manakala nama Dr. Pokok pula merujuk kepada pegawai-pegawai Jabatan Pertanian yang memberikan khidmat nasihat serta kepakaran teknikal dan pengembangan pertanian.


Apakah Bidang Kepakaran Dr. Pokok?

Bidang-bidang kepakaran Dr. Pokok ialah:

Diagnostik Masalah Tanaman.
Khidmat Nasihat Amalan Pertanian Baik.
Perundingan dan Pelaburan Pertanian.
Kajian Daya Maju Projek Pertanian.
Pembangunan Sumber Manusia.
Kajian Kesesuaian dan Kesuburan Tanah.
Remote Sensing dan Pemetaan Tanah.
Pakej Teknologi Pelbagai Tanaman.
Teknologi Kejuruteraan Pertanian.
Teknologi Pengeluaran Benih Tanaman.
Teknologi Pengeluaran Industri Asas Tani.
Kawalan Perosak dan Penyakit Tanaman.
Kawalan dan Persijilan Kualiti Tanaman.
Kawalan Import dan Eksport Pertanian.
Kawalan dan Aplikasi Racun Makhluk Perosak.
Khidmat Analisa Makmal.
Pemasaran Hasil Pertanian.
Maklumat Statistik Pertanian.

Apakah Aktiviti-Aktiviti yang dijalankan?

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah:

Memberi khidmat nasihat / bimbingan kepada pelanggan yang meliputi semua bidang kepakaran Dr. Pokok seperti khidmat nasihat pertanian, diagnostik masalah tanaman, analisa makmal, perundingan pelaburan pertanian dan sebagainya.
Menyelesaikan masalah-masalah teknikal dan pembangunan pertanian.
Memberi penerangan / penjelasan mengenai program-program Jabatan Pertanian dan program kerajaan yang lain.
Sebagai penghubung di antara pelanggan dengan kakitangan Jabatan Pertanian, unit / seksyen / bahagian / negeri-negeri, agensi lain atau badan-badan lain yang berkaitan.
Hebahan maklumat-maklumat pertanian terkini.

Di Mana Anda Boleh Mendapatkan Khidmat Dr. Pokok?

Anda boleh mendapatkan khidmat Dr. Pokok di:

Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Putrajaya
Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri-Negeri
Pejabat-Pejabat Pertanian Daerah
Pusat-Pusat Jabatan Pertanian yang berdekatan dengan anda
Kaunter bergerak ke kawasan-kawasan projek pertanian

Bagaimana Anda Boleh Menghubungi Dr. Pokok?

Anda boleh menghubungi Dr. Pokok melalui:

Kaunter Klinik Pengembangan


di Ibu Pejabat Putrajaya, Negeri dan Daerah yang dibuka pada setiap hari bekerja.



Kaunter Bergerak


Diadakan pada setiap 2 minggu sekali di kawasan-kawasan pertanian atau di pusat-pusat pertanian. Makluman akan dihebahkan dari masa ke semasa.



Kaunter Perkhidmatan On-Call


Perkhidmatan On-Call ditawarkan setiap masa. Anda boleh menghubungi nombor "Hotline" yang disenaraikan ini:

· Putrajaya 03 - 8870 3000

· Johor 07 - 235 5506/07

· Melaka 06 - 232 4318

· Negeri Sembilan 06 - 765 9760

· Selangor 03 - 5544 5440

· Perak 05 - 254 1999

· Pulau Pinang 04 - 537 2144

· Kedah 04 - 777 5000/03

· Perlis 04 - 938 4466

· Pahang 09 - 573 3133

· Terengganu 09 - 627 4191/89

· Kelantan 09 - 744 2400

· Labuan 087 - 408 513/14



Kaunter e-Khidmat Dr. Pokok




Emel sahaja pertanyaan anda kepada :
drpokok@doa.gov.my




InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&Agrotourism.Petikan dari sumber luar untuk perkongsian semata2.

FERTIGASI SECARA 'AUTOPOT'

FERTIGASI SECARA 'AUTOPOT'


Fertigasi mengandungi autopot adalah satu kaedah terkini di mana baja lengkap dalam bentuk larutan nutrien diagihkan ke pot tanaman melalui sistem pengairan (titisan).

Fertigasi: Maksud sebenar dalam sains pertanian ialah "Cara Pemberian Makanan Kepada Tanaman". Fertigasi Aautopot bermaksud: "Kaedah terkini, iaitu apabila baja lengkap dalam bentuk nutrien diagihkan ke dalam bentuk larutan nutrien diagihkan ke pot tanaman melalui sistem pengairan (titisan)". Keperluan paras air atau larutan nutiren dikawal oleh smart valve. Pokok ditanam dalam polibeg yang mengandungi serpihan batu-batan dan polibeg ini diletak dalam autopot. Autopot pula dibuat daripada High Density Poliethelin dan jangka hayatnya tahan selama lebih kurang 5-10 tahun.

Tanaman yang paling sesuai dan ekonomik ditanam adalah rock melon, cili dan tomato kerana seiring keadaan harga pasarannya yang agak tinggi dan permintaan yang mantap sepanjang tahun. Tanaman lain seperti timun jepun, terung, kacang bendi, kacang panjang, peria, petola dan bunga-bungaan juga boleh ditanam menggunakan kaedah ini.

Kaedah

Keperluan asas yang diperlukan ialah:-

rumah pelindung hujan
sistem pengairan
baja (khas) untuk fertigasi
peralatan pH dan EC meter.
sumber air bersih.
bekas tanaman di ladang dan semaian (polibeg dan autopot).
media tanaman (pecahan batu-batan)
biji benih terpillih.



Keadaan Penanaman:

Penyediaan larutan stok. Terdapat dua kaedah, iaitu yang pertama ialah dengan menggunakan larutan baja yang sudah dijual dan dikhaskan untuk sistem fertigasi dan yang kedua ialah dengan menggunakan kaedah secara manual.

Kaedah penyediaan stok dengan menggunakan baja yang dikhaskan
Terdapat dua stok, A dan B. Campuran baja dilarutkan ke dalam air berukuran 100 liter dalam bekas Stok A.
Campuran baja B juga dilarutkan ke dalam air berukuran 100 liter dalam bekas Stok B. Kemudian disimpan di tempat yang teduh dan tidak terlalu terdedah kepada cahaya matahari.
Kaedah penyediaan stok baja dengan menggunakan kaedah secara manual
Sediakan formulasi ini terlebih dahulu dalam sebuah bekas (bekas C).



Set A


Kuantiti (g)
Kalsium nitrat
Iron (EDTA)

18.720
328
Kalium nitrat
Monokaliumhydrogen fosforan
Magnesium sulfate
Manganese sulfate
Asid borik
Zingkam sulfate
Kumprum sulfate
Ammonium molibate

16.240
5.260
9.840
30
60
4.4
1.56
0.36

Kemudian masukkan set A ke dalam bekas A berukuran 100 liter air. Masukkan set B ke dalam bekas B brukuran 100 liter air. Masukkan kedua-dua larutan ke dalam tangki C mengikut kepekatan yang ditetapkan. Sila lihat jadual di bawah:-


Umur pokok
(minggu) Kepekatan (EC)
Tangki C Kepekatan (EC)
Autopot
1-2
2-4
4-6
6-7
8-9
>10 1.6
1.7
1.8
1.9
20 - 2.2
2.4 - 2.5 1.7
1.8
1.9
2.0
2.3 - 2.5
2.6 - 3.0

Penting:
Prestasi perkembangan tanaman adalah bergantung kepada kepekatan larutan yang diberikan. Kepekatan yang terlalu tinggi ataupun rendah akan menyebabkan berlaku masalah kepada tanaman, sama ada terbantut ataupun mati akibat kandungan bahan larutan yang terlalu tinggi.

Semaian Anak Benih

Sebiji benih ditanam di dalam media Jiffy 7 (dibua daripada cocopeat) yang direndam di dalam air.
Sediakan polibeg berlubang berisikan batu batan.
Anak benih bersama-sama dengan Jiffy 7 dipindahkan ke dalam polibeg.
Polibeg diletakkan ke dalam pot.

Penjagaan:

Menyukat kondutiviti (E.C.)
Menyukat pH larutan baja
Menyembur racun serangga dan kulat.
Membuang tunas air, akar yang berlebihan di dalam autopot.
Membuat terillis.
Memilih serta membalut buah dan mengutip hasil

Kebaikan Sistem Fertigasi Autopot

Dapat mengelak serangan penyakit, perosak dan rumpai daripada tanah dan media.
Hasil pengeluaran yang tinggi.
Pertumbuhan pokok yang sekata.
Penjimatan air dan baja sebanyak 30%.
Boleh diusahakan 4-5 kali setahun.
Hayat simpanan (shelf life) buah yang lebih lama.

Anggaran keuntungan bagi 300 autopot dalam jangka masa 3 bulan:

Perkara

Jumlah (RM)
Jumlah pendapatan kasar
(5,500 kg @ RM3.50 sekilogram)

19,250.00
Kos perbelanjaan
(kos pembangunan + penyelenggaraan) 7,700.00
Pendapatan bersih 11.550.00
Pendapatan bersih bulanan 3.850.00
Nisbah kos dan keuntungan 1:2:5

InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&Agrotourism.Petikan dari sumber luar untuk perkongsian semata2.

BAGAIMANA MEMILIH BUAH-BUAHAN BERKUALITI "Malaysia's Best"

BAGAIMANA MEMILIH BUAH-BUAHAN BERKUALITI


Memilih buah-buahan yang paling baik bukanlah satu tugas mudah. Biasanya kita terpaksa menggunakan segala pancaindera dan pengalaman memilih sama ada dengan menggoncang, menghidu, memicit, menekan atau kadangkala kita merasai sendiri buah-buahan tersebut. Sebijak mana kita memilih, kita masih sangsi tentang kualiti buah-buahan tersebut.

Kita mendapati di sebalik buah-buahan yang kelihatan begitu sempurna itu, masih tersembunyi kecacatannya seperti isi yang lembik, dimakan ulat, buah yang masih mentah dan pelbagai ketidaksempurnaanya. Kini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah memperkenalkan jenama "Malaysia's Best" untuk mengatasi masalah anda memilih buah-buahan yang berkualiti. Ia begitu mudah, cuma pilih buah-buahan yang menggunakan lambang "Malaysia's Best" ini.

"Malaysia's Best" merupakan program nasional yang dilaksanakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui agensinya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Program ini bertujuan untuk memperkenalkan buah-buahan tempatan yang berkualiti. Seperti gelarannya, "Malaysia's Best" ialah buah-buahan tempatan yang diperakui telah melalui proses pemilihan yang teliti daripada peringkat pemilihan biji benih sehinggalah buah-buahan itu dipasarkan. Segala-galanya menepati standard yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Hanya buah-buahan yang menepati standard ini yang layak menggunakan lambang "Malaysia's Best".

Buah-buahan yang memakai lambang "Malaysia's Best" telah mematuhi syarat-syarat seperti kandungan sisa racun perosak, logam berat, pencemaran mikro, saiz, keadaan rupa, warna, tahap kesegaran, kematangan dan telah melalui proses penggredan, pembungkusan dan pelabelan. Spesifikasi ini dikendalikan mengikut ketetapan di bawah Protokol EUREPGAP untuk buah-buahan dan sayur-sayuran segar, dan juga CODEX, iaitu kod amalan kebersihan untuk pengeluaran dan pembungkusan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

Kesimpulannya, "Malaysia's Best" adalah lambang kualiti yang mencerminkan standard keselamatan makanan di pasaran domestik dan antarabangsa. Sebagai lambang jaminan kualiti, "Malaysia's Best" bukan sahaja membantu memperkenalkan hasil pertanian Malaysia secara kompetitif di pasaran malah ia menggalakkan gaya hidup sihat pengguna di Malaysia melalui pemakanan yang selamat dan berkualiti tinggi.

InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&Agrotourism.Petikan dari sumber luar untuk perkongsian semata2.

TANAM POKOK BUAH DALAM PASU DAN CARA-CARA MENYEDIAKAN CAMPURAN TANAH


TANAM POKOK BUAH DALAM PASU DAN CARA-CARA MENYEDIAKAN CAMPURAN TANAH



Biasanya pokok buah-buahan ditanam di ladang. Akibat kekurangan kawasan khususnya di perkarangan rumah, teknik menanam di dalam pasu yang mulanya sebagai hobi, kini dikomersilkan. Antara tanaman yang sesuai ditanam dalam pasu atau bekas ialah belimbing besi, mangga, jambu air, rambutan, limau, kedondong, ciku dan mata kucing.

Pada umumnya, teknik ini digemari kerana;-

· Boleh dijalankan di kawasan yang kecil terutama di sekitar rumah kediaman

· Masalah serangan serangga dan penyakit lebih mudah dikawal

· Masa berbuah dapat ditentukan dengan pemberian zat pemakanan yang sesuai dan tepat pada masa yang dikehendaki

· Kedudukan tanaman boleh diubah ke tempat yang dikehendaki

· Tiada pembaziran zat makanan tanaman

Faktor-faktor yang mempengaruhi hasil tanaman buah-buahan dalam pasu

1. Agroiklim:
Jenis tanaman yang dipilih hendaklah sesuai dengan agroiklim sesuatu tempat. Ini merangkumi suhu, kelembapan udara, jumlah hujan, matahari dan topografi.


2. Bahan Tanaman:
Bahan tanaman yang berasal daripada pembiakan tampang hendaklah dipilih kerana ia cepat mengeluarkan hasil. Selain daripada itu ia hendaklah sihat, bebas dari penyakit dan perosak.


3. Bekas Tanaman:
Ukuran dan bentuk bekas hendaklah sesuai dengan jenis tanaman bagi menjamin pertumbuhan yang baik dan cepat mengeluarkan hasil. Sebagai contoh, anak benih setinggi 60-70 cm, sesuai ditanam dalam bekas berukuran 30 cm panjang, 30 cm tinggi dan 30 cm lebar. Bekas-bekas seperti pasu tanah liat, pasu simen, plastik atau tong drum boleh digunakan. Pasu-pasu ini mesti mempunyai lubang di bahagian dasarnya supaya ia tidak bertakung. Penggantian kepada bekas yang lebih besar dibuat 2-3 tahun sekali selaras dengan pertumbuhan pokok.


4. Media Tanaman:
Media tanaman yang sesuai ialah campuran tanah kebun, pasir, tahi lembu/ayam atau kompos. Nisbahnya 1:1:1 atau 2:1:2. Bahan-bahan lain yang diperlukan ialah NPK (15:15:15).

Penjagaan

Penjagaan tanaman bagi teknik dalam pasu adalah hampir sama dengan penjagaan tanaman di ladang. Ini termasuklah:-

1. Penyiraman:
Dilakukan dua kali sehari (pagi dan petang). Air perigi atau air mata air sangat sesuai digunakan.


2. Naungan:
Anak benih hendaklah diberi naungan selama sebulan sebelum dipindahkan ke tempat terbuka. Pada amnya sinaran matahari selama 5 jam sehari diperlukan.


3. Pangkasan:
Pangkasan pembetukan dan penjagaan yang teratur dapat meninggikan kualiti dan kuantiti hasil. Sebagai panduan tanaman yang mempunyai batang bergaris pusat 3-5 cm, perlu mempunyai 5-6 dahan/cabang sahaja.


4. Pembajaan
Kedua-kedua jenis baja diperlukan iaitu baja organik dan bukan organik. Di peringkat permulaan, baja NPK (15:15:15) diberi sebulan sekali manakala di peringkat berbunga dan berbuah baja NPK (15:19:10) diperlukan.


5. Kawalan perosak dan penyakit:
Pelbagai kaedah kawalan boleh dijalankan bagi tanaman buah-buahan dalam pasu, antaranya ialah:-
- menyembur dengan racun kimia yang sesuai.
- menjaga kebersihan kawasan penanaman
- menggunakan anak benih yang bebas dari serangan perosak dan penyakit
- membuang buah (putik) yang berpenyakit atau rosak dengan tangan


6. Meransang pembungaan dan pengeluaran buah:
Disamping penjarangan buah, terdapat kaedah-kaedah lain untuk mencepatkan pengeluaran hasil. Antaranya ialah melentur dan melukakan dahan/cabang dan penggunaan penggalak tumbuhan yang terdapat di pasaran.


7. Memetik hasil:
Waktu yang tepat untuk memetik hasil menentukan kualiti dan rasa buah. Catatan masa dan tarikh tanaman mula berbunga sangat penting untuk dijadikan rujukan.

Antara aktiviti yang dijalankan secara rutin

1. menyediakan campuran tanah

2. pasu memasu

3. menukar pasu

4. pembiakan tumbuhan

5. penyelenggaraan tanaman

6. memangkas

7. membaja

8. menyiram

9. merumput

10. mengawal penyakit dan musuh tanaman

11. menentukan cahaya

12. menentukan kelembapan suhu dan peredaran udara yang optima

Ciri-ciri campuran tanah yang baik untuk tanaman berpasu

Campuran tanah pasu yang baik boleh membantu pertumbuhan pokok hiasan dalam keadaan yang optima sekiranya mempunyai kriteria seperti berikut:-

1. Fizikal atau tekstur tanah hendaklah berkeadaan peroi dan gembur supaya wujud pengudaraan yang baik, penjalaran akar yang sempurna dan penyerapan air yang tinggi.


2. Campuran tanah mestilah mengandungi unsur-unsur yang mencukupi dan seimbang pada semua peringkat tumbesaran dan perkembangan pokok.


3. Campuran tanah hendaklah bebas daripada bahan-bahan toksik, penyakit dan serangga perosak.

4. Bahan-bahan utama untuk membuat campuran tanah hendaklah murah dan senang didapati.


5. Elakkan menggunakan najis haiwan supaya tidak mencemarkan udara persekitaran dengan bau yang busuk.


6. Setiap bahan mestilah seimbang mutunya dan mempunyai fungsi-fungsi tertentu.

7. Kaedah yang digunakan untuk membuat tanah campuran hendaklah senang dan mudah.

Bahan-bahan utama dalam campuran tanah

Tanah peroi, bahan organik, pasir sungai dan baja asas.

Tanah peroi:
Tanah mengandungi beberapa bahagian bahan galian seperti batu, pasir, tanah liat, reputan hijau (bahan organik) dan lain-lain. Tanah peroi juga dikenali dengan panggilan tanah atas (top soil) yang boleh didapati kurang daripada 0.5 meter dari permukaan tanah. Tanah atas mempunyai berbagai warna dan tekstur bergantung kepada kuantiti kandungan bahan utama yang terdapat dalam tanah itu, contohnya tanah atas yang mengandungi banyak bahan organik mempunyai warna lebih gelap. Dalam kerja-kerja menyediakan tanah campuran, bahagian tanah peroi dijadikan panduan sukatan untuk bahan-bahan lain seperti pasir dan bahan organik. Tanah peroi terbahagi kepada 3 jenis:-

1. Tanah peroi berpasir

2. Tanah peroi sederhana

3. Tanah peroi liat

Tanah peroi berpasir mempunyai kandungan pasir yang tinggi, tekstur terbuka, mudah kehilangan kandungan air (mudah kering), daya penyerapan air rendah dan mengandungi 5-10% lempung.

Tanah peroi sederhana paling sesuai digunakan kerana teksturnya gembur dan peroi. Tahap penyerapan air yang tinggi dan mengandungi 20-40% lempung.

Tanah peroi liat mengandungi lempung yang padu dan padat, melekat dan mempunyai daya penyerapan air yang tinggi. Tanah peroi liat mengandungi lebih 40% lempung. Tanah peroi yang sesuai mempunyai keasidan tanah sebanyak pH 5.5 - 6.5 dan sesuai untuk kebanyakan pokok hiasan tropika.

Bahan organik

Pelbagai bahan organik sesuai digunakan untuk membaiki tekstur tanah. Kebanyakan bahan organik terhasil daripada reputan hijau atau sisa buangan pertanian. Tanah memerlukan bahan organik untuk menggalakkan kegiatan mikro-organisma yang berfaedah, memperbaiki tekstur tanah bagi penyerapan air yang sempurna dan membantu pengudaraan dalam tanah.

Jenis-jenis bahan organik

1. Najis Haiwan
Bahan organik yang terhasil daripada najis haiwan seperti tahi lembu, tahi ayam, tahi kambing perlulah direputkan dan disejukkan terlebih dahulu sebelum boleh digunakan untuk mengelakkan kelecuran. Kandungan unsur-unsur utama yang terdapat dalam baja najis haiwan adalah rendah iaitu 2-3% N, 3% P dan 5% K (Nitrogen, Fosforus, Kalium). Pada masa ini baja najis haiwan sukar diperolehi dan harganya juga agak mahal. Terdapat beberapa kelemahan dalam penggunaan baja najis haiwan seperti baunya yang kurang menyenangkan dan menjadi agen kepada penyebaran benih rumput.


2. Tanah Gambut
Tanah gambut terjadi hasil daripada mendapan bahan organik melalui proses pereputan sisa buangan pertanian seperti jerami padi, rumput dan daun kering serta lain-lain. Proses mendapatan ini berlaku dalam jangka masa bertahun-tahun lamanya. Daya penyerapan air bagi tanah gambut adalah tinggi.


3. Baja Kompos
Baja kompos diperbuat daripada bahan sisa buangan pertanian seperti daun, ranting, pelepah dan lain-lain yang direputkan untuk dijadikan baja. Baja kompos mempunyai daya penyerapan air yang sederhana dan mengandungi unsur-unsur utama yang rendah. Kebaikan menggunakan baja kompos ialah tidak ada pembaziran dalam amalan pertanian kerana sisa buangan pertanian diguna semula. Penggunaan baja kompos juga dapat membaiki tekstur tanah.


4. Habuk Papan
Elakkan daripada menggunakan habuk papan yang tercemar oleh minyak mesin kayu dan sebaiknya direputkan terlebih dahulu.


5. Sekam Padi
Sekam padi yang belum atau sudah dibakar boleh digunakan.


6. 'Cocofibre'
Gabus-gabus kecil yang dihasilkan daripada sabut kelapa ini telah banyak digunakan dalam campuran tanah. Bahan ini mempunyai daya penyerapan air yang tinggi.

Pasir
Pasir membantu pengudaraan dan pengaliran air kerana ia membuka dan meronggakan tekstur tanah. Beberapa jenis pasir boleh didapati seperti pasir sungai, pasir lombong dan pasir laut. Untuk kegunaan dalam campuran tanah sebaik-baiknya gunakan pasir yang mengandungi sekurang-kurangnya 90% kumin pasir dan saiznya lebih kurang 5 mm. Pasir sungai adalah pasir yang terbaik untuk digunakan dalam campuran tanah kerana kasar dan bersih.

Baja Organik
Pada kebiasaannya kandungan unsur-unsur yang terdapat dalam tanah campuran adalah rendah dan tidak seimbang untuk pokok pada peringkat awal pertumbuhan. Untuk mendapatkan unsur-unsur tambahan dalam campuran tanah, baja organik yang mengandungi unsur NPK 8:8:8 atau 10:10:10 perlulah digunakan. Baja organik yang dihasilkan daripada bahan-bahan seperti serbuk tulang, darah kering, serbuk udang, guano dan sebagainya banyak djual dalam pasaran.

Kapur
GML atau kapur pertanian biasanya digunakan untuk menentukan keasidan tanah ke tahap yang sesuai bagi kegiatan pertanian yang hendak dilaksanakan, contohnya untuk penanaman pokok tahap keasi dan tanah yang diperlukan ialah pH 5.5 - 6.5. Selain menentukan keasidan tanah kapur juga berupaya membasmi telur dan larva serangga perosak serta beberapa jenis kulat yang terdapat dalam tanah. Dalam kerja-kerja menyediakan campuran tanah bagi tanaman berpasu kapur perlu dicampurkan bagi tujuan yang dinyatakan tadi.

Jenis campuran tanah
Ada 2 jenis campuran tanah asas yang digunakan untuk pokok-pokok tanaman hiasan, campuran tanah pasu dan campuran tanah tapak semaian.

1. Campuran tanah pasu

Campuran tanah ini sesuai bagi semua pokok hiasan:
- 3 bahagian tanah peroi
- 2 bahagian bahan organik (tanah gambur)
- 1 bahagian pasir sungai

Baja asas:
- 3.5-4.0 kg. baja organik
- 3.5-4.0 kg. kapur pertanian bagi menghasilkan 1 meter padu tanah campuran

2. Campuran tanah semaian
- 2 bahagian tanah peroi sederhana
- 1 bahagian bahan organik (tanah gambut)
- 1 bahagian pasir sungai

Baja asas:
- 2.5-3.0 kg baja fosfat
- 2.0-2.5 kg kapur pertanian bagi menghasilkan 1 meter padu tanah campuran.

Cara-cara membuat campuran
Terlebih dahulu sediakan peralatan asas yang diperlukan bagi membuat campuran tanah, seperti berikut:-

- baldi besar (10 liter) untuk menyukat bahan-bahan utama.
- Dacing untuk sukatan baja asas.
- Pencakar dan cangkul untuk memecah dan meratakan tanah
- 'Slope' untuk mencampur dan membalikkan bahan-bahan utama.
- Kereta sorong untuk mengangkut bahan
- Ayak (saiz 1 sm) untuk mengayak bahan utama

Cara membuat

1. Longgokkan 3 baldi penuh tanah peroi yang sudah diayak di atas lantai dan ratakan setebal 3-4 inci.

2. Longgokkan 2 baldi penuh bahan organik (tanah gambut) yang sudah diayak di atas lapisan tanah peroi dan ratakan.

3. Longgokkan 1 baldi penuh pasir sungai yang sudah diayak di atas lapisan bahan organik dan ratakan.

4. Sukat baja asas dan kapur sebanyak yang ditentukan dengan menggunakan dacing dan taburkan di atas lapisan pasir sungai.

5. Dengan menggunakan slope balik-balikkan lapisan bahan-bahan tersebut dari satu tempat (A) ke satu tempat (B) dan ulangkan 3-4 kali sehingga bahan-bahan dalam campuran benar-benar bercampur dengan rata.

Untuk menguji campuran tanah yang dihasilkan menepati kriteria tanah campuran yang betul, ambil segenggam tanah campuran tersebut dan kepal. Sekiranya tanah campuran tidak pecah setelah genggaman dibuka dan pecah berderai setelah dijatuhkan di atas lantai, ini menunjukkan campuran tanah yang dihasilkan adalah betul. Campuran tanah yang disediakan ini boleh terus digunakan atau disimpan selama 3-4 bulan. Sekiranya campuran tanah ini hendak disimpan elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari dan hujan.

Faedah daripada campuran tanah yang betul

Campuran tanah yang digunakan di dalam pasu atau bekas-bekas lain mestilah disediakan dengan sempurna dan teratur supaya pokok mendapat segala faedah daripadanya seperti:-

1. Peredaran udara dalam tanah yang baik membolehkan akar bernafas dengan sempurna.

2. Membolehkan akar lebih aktif untuk menyerap air dan unsur-unsur yang ada di dalam tanah.

3. Penyerapan air yang lebih tinggi.

4. Mengandungi unsur-unsur yang mencukupi dan seimbang untuk keperluan pokok.

5. Bebas daripada penyakit dan serangga.


InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&Agrotourism.Petikan dari sumber luar untuk perkongsian semata2.

Roselle 'Pokok emas’Jana Pendapatan Lumayan

‘Pokok emas’ jana pendapatan lumayan

Oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my
ROMPIN 18 Okt. –

Tanaman roselle yang
dikatakan berasal dari India kini tidak asing lagi
bagi masyarakat negara ini. Tanaman tersebut
bukan sahaja berkhasiat malah mampu menjana
pendapatan lumayan kepada pengusahanya.
Ada ketikanya buah roselle yang kaya dengan
vitamin C, B1, B2 dan D dianggap sebagai
‘pokok emas’ kerana setiap bahagiannya mempunyai
keistimewaan tertentu.
Keistimewaan yang dimaksudkan ialah bermula
daripada buah, daun hinggalah ke batang pokok
berkenaan yang boleh dijadikan sajian atau untuk
tujuan perubatan tradisional.
Malah, roselle atau nama tempatannya seperti asam paya, asam kumbang atau asam susur merupakan
spesies bunga seperti bunga raya yang mudah ditanam dan mengeluarkan hasil selepas 65 hari ditanam.
Oleh itu, tidak hairanlah apabila kira‐kira 22 penduduk di Kampung Tebu Hitam di sini mengambil
inisiatif mengusahakan tanaman tersebut.
Menurut salah seorang pengusaha roselle, Mohd. Don Bakar, 68, tanaman itu mudah dijaga dan bernilai
tinggi jika dibandingkan dengan sayur‐sayuran lain.
‘‘Sejak saya mengusahakan roselle tiga tahun lalu, banyak perbezaan yang dialami dan kerja‐kerja
penanaman juga lebih mudah. Jika dibandingkan dengan sayur‐sayuran, tanaman roselle mudah
diusahakan dan tidak memerlukan kos yang tinggi.
‘‘Malah, ia tidak mudah diserang penyakit seperti tanaman yang lain,” katanya ketika ditemui selepas
majlis menandatangani perjanjian jual beli antara Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
dengan peserta ladang kontrak di Kampung Tebu Hitam di sini, baru‐baru ini.
Maznah Mazlan dan Zainuddin Wan Yusof
menunjukkan dua jenis produk daripada
roselle yang diusahakan oleh penduduk
Kampung Tebu Hitam, Rompin, kelmarin.
Majlis tersebut turut disaksikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan.
Turut hadir Timbalan Pengarah FAMA negeri (Pengurusan), Norazmin Fithri Abdul Aziz; Pegawai FAMA
Daerah, Zainuddin Wan Yusof dan Penolong Pegawai Pertanian Daerah, Shaharudin Ramli.
Mohd. Don memberitahu, dia memilih untuk mengusahakan tanaman tersebut setelah diperkenalkan
oleh seorang rakannya beberapa tahun lalu.
‘‘Sebelum ini saya mengusahakan sayur‐sayuran tetapi setelah melihat potensi pendapatan yang begitu
memberangsangkan maka saya mengambil keputusan untuk terus mengusahakannya.
‘‘Kerja‐kerja penanaman begitu mudah apabila mendapat kerjasama dari Institut Penyelidikan dan
Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) terutama untuk mendapatkan benih,” jelasnya.
Bagi Arman Abu, 34, sejak tanaman itu diusahakan oleh beberapa penduduk kampungnya, dia
mengambil peluang menjual buah roselle dan beberapa jenis makanan berasaskan roselle.
‘‘Saya cukup gembira apabila tanaman ini diperkenalkan di sini kerana dapat menjana pendapatan
harian saya.
‘‘Selain menjual buah roselle yang diperoleh dari ladang penduduk di sini, saya turut
mempelbagaikannya dengan menghasilkan jem, jus minuman, biskut, kek, puding dan acar.
‘‘Apa yang saya perhatikan ialah minuman roselle kini mula menarik perhatian penduduk sekitar,”
jelasnya.
Apa yang boleh dibanggakan kata Arman, ialah tanaman roselle di kawasan tersebut mula menarik
perhatian Jabatan Pertanian negeri termasuk FAMA.
Sementara itu, Maznah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muadzam Shah berkata,
pihaknya bercadang menjadikan kawasan berkenaan sebagai kawasan pengeluaran roselle dengan
menyediakan tanah seluas 60 hektar untuk penanamannya.
‘‘Pada masa ini tanaman ini diusahakan di kawasan seluas enam hektar sahaja dengan pengeluaran kirakira
400 kilogram sebulan.
‘‘Oleh itu, saya akan berusaha dan berbincang dengan Jabatan Pertanian untuk mengisytiharkan
kawasan ini sebagai kawasan pengeluaran roselle,” katanya.
Maznah berkata, tanaman roselle mempunyai potensi yang cerah untuk dimajukan apabila ia turut
dieksport ke Australia.
‘‘Selain itu, ia mendapat permintaan yang begitu tinggi daripada orang ramai di negara ini,” tambahnya

InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&Agrotourism.Petikan dari sumber luar untuk perkongsian semata2.

Usahawan Fertigasi Berjaya

Artikel Utusan Malaysia

Hisham usahawan fertigasi berjaya
Oleh JAMLIAH ABDULLAH utusankedah@utusan.com.my
ALOR SETAR 10 Feb. –

Berbudi kepada tanah biar apa cara sekali pun, pasti mendatangkan keuntungan bagi mereka yang gigih seperti yang telah dibuktikan oleh usahawan tani, Mohamad Hisham Md. Isa.
Mohamad Hisham, 38, yang menjadi usahawan sayur-sayuran fertigasi sejak 2006, berjaya meraih pendapatan kira-kira RM4,000 hingga RM5,000 sebulan.
Namun, berbeza dengan kebanyakan usahawan fertigasi lain, Mohamad Hisham mengkhususkan perniagaannya kepada jualan anak pokok dan pokok sahaja berbanding hasil tanaman.
Melalui cara tersebut dia mampu meraih pendapatan berganda berbanding menjual hasil tanaman tersebutnya di pasar.
Tapak semaiannya, Sharm Fertigasi di Simpang Empat di sini, menempatkan lebih 25,000 anak pokok termasuk 1,000 pokok pelbagai sayur-sayuran seperti cili, terung, tomato, sawi dan lobak merah.
Bercerita tentang pembabitan awalnya dalam bidang tersebut, kata Mohamad Hisham, minatnya bermula sejak menyertai satu karnival anjuran Jabatan Pertanian negeri lima tahun lepas.
“Untuk karnival tersebut saya membawa lebih 1,000 anak pokok dan pokok cili untuk dijual dan sambutannya sangat menggalakkan kerana semuanya habis dijual.
“Dari situ timbul idea daripada menjual buahnya, kenapa tidak dijual anak pokok atau pokoknya saja dan tidak sangka idea ini menjadi,” katanya ketika ditemui di tapak semaiannya hari ini.
Tambahnya, selain mempunyai pelanggan dalam kalangan penduduk tempatan, dia turut membekalkan anak pokok dan pokok tersebut kepada agensi kerajaan dan usahawan tani lain.
“Saya pernah mendapat tempahan 20,000 anak pokok daripada seorang usahawan dari Terengganu.
“Setiap anak pokok saya jual cuma 50 sen, sementara pokok besar pula daripada RM3 hingga RM20 bergantung kepada jenis tanaman,” katanya lagi.
Katanya, konsep tapak semaian tanaman fertigasi sayur-sayurannya ini mendapat sambutan, terutama dalam kalangan mereka yang bekerja dan tidak mempunyai banyak masa di rumah.
“Tidak dapat dinafikan saranan kerajaan agar menghijaukan kawasan rumah masing-masing mendapat sambutan, apatah lagi dengan harga sayur-sayuran sekarang tinggi.
“Untuk menanam dari benih bagi sesetengah orang agak susah. Jadi, kami sediakan anak-anak pokok ini untuk mereka yang hanya perlu dibaja sekali sehari.
“Dalam masa tiga bulan misalannya bagi pokok cili, mereka sudah boleh memetik hasilnya,” cerita beliau yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Anak pokok dan pokok cili, kata Mohamad Hisham, antara yang paling popular dalam kalangan pelanggannya.
Katanya, terdapat lebih tujuh jenis tanaman cili di tapak semaian tersebut dan paling mendapat sambutan adalah baka 568 dan 223.
“Harga cili sekarang boleh mencapai sehingga RM15 sekilogram. Jadi, fikirkan berapa yang mampu seseorang itu berjimat jika menanamnya daripada membeli di pasar,” katanya.
Selain membekalkan anak pokok dan pokok, Sharm Fertigasi turut menjual pelbagai kelengkapan fertigasi seperti peralatan dan baja.
Bagi perancangan masa depan, kata Mohamad Hisham, dia berhasrat untuk membuka satu lagi cawangan Sharm Fertigasi di Sungai Petani dalam masa terdekat.
“Saya berhasrat untuk memberikan fokus dalam bidang ini, kerana banyak jenis perniagaan yang saya ceburi daripada jual cakera padat di pasar malam hinggalah kepada pakaian terpakai, namun gagal.
“Saya tahu perniagaan berasaskan makanan ini tidak akan putus, malah dengan menceburi bidang ini sedikit sebanyak dapat membantu orang ramai menyahut saranan kerajaan,” katanya.
Lagipun, katanya, teknik tanaman fertigasi mudah dan tidak memerlukan kawasan luas, memadai menggunakan kawasan lapang sekitar kediaman sahaja.

InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&Agrotourism

Tuesday, March 8, 2011

Petikan Ruang Komen (2)

Jin Tanah: A'kum! Terima kAsih diatas perkongsian blog Puan. Ianya adalah lebih baik dari pertanian..ianya membaja hati. TQ TQ TQ

7 Mar 11, 22:09
ardini: dtng follw...tq sbb sudi follw

7 Mar 11, 12:15
JIn Tanah: 299299

2 Mar 11, 00:12
sedara baru: minta izin nak share tntang cara penanaman bebawang

1 Mar 11, 17:03
SarahMarshall: - ha hahahah :)))) You are Invisible on Yahoo Messenger!! I know from http://bit.ly/g2pFX8

1 Mar 11, 11:15
czahh: mcmana sy nak dptkan contact num bg org yg bkemahiran adible garden nih kerana sy igin kendalikan satu workshop utk komuniti luar bandar

28 Feb 11, 20:24
Sandra: Great info! I recently came across your blog and have been reading along. I thought I would leave my first comment. I don�t know what to say except that I have enjoyed reading. Nice blog. I will keep visiting this blog very often.

25 Feb 11, 11:48
nana: banyak info blog awak.lijhat la blog saya juga yer

24 Feb 11, 09:22
Sofia Reflina: Helpful summary, bookmarked your blog in interest to see more!

11 Feb 11, 17:34
fatin: slam..nk thu psal bunga kmboja bleh...kne buat research..tpi kbykan infrmtion x btl

10 Feb 11, 21:12
ThebloggingIdea: look at me yeah


4 Feb 11, 15:50
???: ???

2 Feb 11, 18:21
RedLips: CoolZ Dudes visit me Back

30 Jan 11, 15:18
Mawar Merah: Salam. MM follow. Follow MM juge kalau sudi. Thanks (^.^)

25 Jan 11, 12:22
agus: Nak minta bantuan, ada sesiapa tau usahawan tani yang ade kat melaka....i mean dia punyer blog ker atau sebagainya

20 Jan 11, 22:21
Caroline: i like your blog so much,care to link exchange with my blog

20 Jan 11, 18:17
DanaParker: - Man you are right, but here you can read others Yahoo Messenger conversations without knowing their passwords. This is so awesome! http://tinyurl.com/ymdecoder

17 Jan 11, 13:33
iklanFB: Percuma........ Ebook Kedai Facebook. Mulakan perniagaan anda di Facebook.


11 Jan 11, 21:01
Mona Lisa: Thanks a lot for this article! I will surely visit your site again

8 Jan 11, 11:01
Nikita: What a great resource!

7 Jan 11, 22:33
matleh: salam...saya sedang membuat kajian tentang serai wangi... bagaimana sy boleh memperolehi ttg maklumat2 berkaitan...

6 Jan 11, 15:49
::IemahRazak::: Hi.. saya nak tanya. dimana saya boleh dapatkan soil humidity meter and waterquality parameters probe dengan harga yang berpatutan di Malaysia? dapat yang made in China pun tak pe.

6 Jan 11, 00:54
MaryG: - I know how to detect my Yahoo Invisble friends. I am using http://tinyurl.com/msgspy

3 Jan 11, 15:06
JuliaCute: Interesting layout on your blog. I really enjoyed reading it and also I will be back to read more in the future.

3 Jan 11, 10:54
jintanah: 286301

29 Dec 10, 00:46
Catalina: Enjoy ones site as its directly to the point but not technical. I�m keen on gadgets as well as anything tech connected thats the reason why i posted right here. are you carrying out some sort of up-date soon because I am engaged in your niche. I am going to return before long and even sign up to your blog. cheers.

20 Dec 10, 20:13
JuliaCute: Well said, you just earned another subscriber

16 Dec 10, 10:40
SexyGirl: a good blog. can you share me a little experience,if you don�t mind?

14 Dec 10, 08:50
Zul: Salam ziarah. Hati-hati bila bermain hujan. Keselamatan diri amat penting sekali.

10 Dec 10, 20:17
ZaolaCute: You seem very knowledgeable and short payoffs have been around for a very long time.

7 Dec 10, 20:41
che: bw sini

3 Dec 10, 22:30
NoritaNice: a good blog. can you share me a little experience,if you don�t mind?

29 Nov 10, 00:22
YumiSexy: Pretty good post. I just digged upon your blog and wanted to say that I have really enjoyed reading your blog posts. Any way I will be subscribing to your feed and I hope you post again soon!

23 Nov 10, 23:27
nor azlina: ini emeil sy..gdkembar@yahoo.com

23 Nov 10, 23:26
nor azlina: salam..bleh kah saya ingin mengetahui keistimewaan tupai...boleh kah anda membantu saya

23 Nov 10, 17:27
amalia: salam,ada tak pembekal tiram kelabu area jitra,kedah? sy student, perlukan bekalan untuk research.kindly message me to my e-maill. fatinamalia@yahoo.com.thanks :)

1 Nov 10, 12:59
mentahagromart: salam ziarah..moga dapat bertukar2 link

30 Oct 10, 19:17
mel: mencari buah delima muda. willing to pay. pls contact me lyssawilliams@gmail.com

26 Oct 10, 03:15
asri: salam kunjungan...

21 Oct 10, 15:43
hafiz....: syer ader meyediakan pelbagai jenis buah pisang....untk pertayaan sila hubungi syer no0192199066

9 Oct 10, 10:59
asri: salam kunjungan...


1 Oct 10, 18:18
nextstore: iklan kn penjualan hasil ternakan anda secara percuma dan anda akan diberikan point setiap pengiklanan anda. point anda bole di redeem dgn emas tulen 999.9 sila lawati www.nextstore.blogspot.com

17 Sep 10, 11:39
LPfarm: Salam Aidilfitri. Kami ada 50pasang merak dewasa biru, pied & putih untuk dijual. Harga terendah di pasaran. Hubungi pihak kami utk terkini. TQ
8 Sep 10, 22:17

Aamalin: Salam... Ziarah Menziarahi Musim Raya Ini... :cool:

20 Aug 10, 14:59
hani: salam ziarah...jemput singgah

20 Aug 10, 05:42
waa ramli: salam bro kami membekal soya hull,dedak soya pellet,pellet pke.pellet jerami padi utk kambing,hampas soya,dedak kambing high protien/soya dedak lembu dedak ayamdengan harga kilang call 0169704360

19 Aug 10, 16:41
laila: salam. saya nak tanya, kat sekitar selangor tu ada kebun cendawan tak? Saya nak buat lawatan akademik la. kalau ada tempat ternak kulat lagi bagus. P/S : kindly send info to my email. thank you

18 Aug 10, 19:04
AuroFarmGarden: Lori untuk disewa..muatan 11 tan..panjag 20 kaki..harga BDR..call 013-206 1185 http://aurofarmgarden.webnode.com/

18 Aug 10, 10:44
Wan: Salam. Kambing Boer Cross Betina umur avg bwh 1 thn, berat avg 25kg. Ada 40 ekor. Nak jual RM6,250 semua. Urgent sale. 012-2059343 Wan Janda Baik.

12 Aug 10, 22:44
sj: sy link ni to my blog

25 Jul 10, 00:09
RoA: Salam ziarah.

24 Jul 10, 17:22
SJ: jemput ke blog kami sjternakankambingboer.blogspot.com

24 Jul 10, 12:17
swiftletcd: SUARA BURUNG WALIT PERCUMA - http://swiftletcd.blogspot.com

12 Jul 10, 18:11
paan64375: everibosi

12 Jul 10, 16:45
http://www.beli-online.ne: http://www.beli-online.net

12 Jul 10, 10:55
la_abwa: en. nash baja tahi kelawar tu apa khasiatnya? RM25 termasuk kos pos ker?

12 Jul 10, 10:54
la_abwa: salam. membalas kunjungan ... salam tani. Ramainya follower anda. selamat maju jaya..

11 Jul 10, 10:26
http://www.beli-online.ne: http://www.beli-online.net

9 Jul 10, 10:25
nash: maaf.. RM15/25KgBag sahaja.

9 Jul 10, 10:24
nash: Salam, Saya mempunyai lebih dari 5000Metrik Ton Baja Tahi Kelawar(Guano Bat) yng di simpan di Gua Musang Kelantan, saya ingin menjual dengan harga RM25/bag25Kg, berminat hubungi Nash(013-2143768)

5 Jul 10, 23:07
note: 238047

2 Jul 10, 21:01
resya: ape namenya!!!!

2 Jul 10, 16:26
gemasindah: maaf tuan jenis jambu jambu madu epal muar dan tab bi chan

2 Jul 10, 16:25
gemasindah: salam tuan pertama kali jumpa blog tuan syukur & terimakasih bakti tuan lagi hebat dari jbtn pertanian ada ke panduan utk elak buah jambu gugur ini msalah besar jambu saya ..saya ada lk 90 pkk

30 Jun 10, 15:46
ein: salam ziarah n selamat berkongsi ilmu

19 Jun 10, 23:31
man: saya mahu membeli ikan kelah bara dalam 6-7 in.tq

15 Jun 10, 03:36
nann: lembu jual borong.rm5.90p/kg.hubungi 0195773106

8 Jun 10, 12:37
mentahagromart: salam singgah, harap dpt berkongsi informasi

28 May 10, 18:29
intan: Sykt sya ntra pgluar trbsr bj kmpaun.prodk trbaik MPOB F4.Smua bja bio-organik n tiada lgsng guna animal waste (tahi) guaranteed!Email saya, boleh buat bisnes deal yg mguntngkan.Hsil tnaman trbaik!

22 May 10, 14:11
daus: salam..kami pengilang mknan ikan terapung.harga lebih rendah.utk semua jenis ikan.call 0123601230.thx

12 May 10, 12:03
nur: sdr. muhammad... bagaimana nak masuk blog tsb.. ada sesiapa blh invite saya

7 May 10, 13:32
mohd rezuan: aku ada jual inkubator penetas telor ayam kampung,puyuh,itik dan ayam pitu serta belanda lawati blog aku http://akubudaktol.blogspot.com/

6 May 10, 16:47
mus: SAPE NAK ILMU TENTANG KAMBING DAN POKOK GAHARU...TRY KLIK LINK NI...... http://jutawanklik.com/#$=berada.

27 Apr 10, 20:58
zizan: sesiapa yg nakan stock feral dan kambing baka sila hubungi 0167406141 atau layari http://pbramunia.blogspot.com/ untuk maklumat lanjut

10 Apr 10, 17:42
sidi: Kursus Perladangan Pokok Kastor,24 April 2010(Sabtu), Kompleks Sukan Rakan Muda Kamunting,Perak.Berminat Call saya 0175146119, tempat terhad 20 orng sahaja.

5 Apr 10, 11:04
GREEN AGRO: "Jom jana pendapatan tetap dgn kerjasama agro tani.bayaran mengikut perjanjian guaman yg sah!"

28 Mar 10, 11:38
azreen: dah follow u

28 Mar 10, 09:15
ansalternak: Salam Tuan, boleh kita exchange link?...Sy sudah link blog tuan...harap tuan boleh link pade saya semula..terima kasih

21 Mar 10, 04:18
Sani: T.Kasih.Ingatkan Kertas Kerja percumsa tu gimmick aje. Apapun...thanks krn I dah dapat dan guna

20 Mar 10, 22:58
bandarkkangsar: Salam singgah

20 Mar 10, 13:12
sinarbizman: peluang..

15 Mar 10, 23:51
Muhammad: Salam, dah tengok telinga kenderaan Dajjal? http://rahsia-rahsiabesardalamal-quran.blogspot.com/

14 Mar 10, 11:02
zack: askum saya mencari telur burung puyuh di sekitar k.l dan negeri 9 sesiapa mempunyai info saya harap sagat call or msj saya 017-2819312 tq..

13 Mar 10, 16:22
Zam: Untuk kesihatan, minumlah jus manggis Shamelin. Layari
http://www.shamelinsmart.com/

8 Mar 10, 10:48
Cili Pendang: salam dari pak tani.

4 Mar 10, 13:21
Hafiz: Salam, Ada tak sapa2 boleh tolong kasi info berapa harga pembinaan kandang kambing?

4 Mar 10, 12:06
gurutani: salam.hasil blog info yg memberansangkan.banyak membantu dgnmaklumat.teruskan usaha.

1 Mar 10, 12:33
Hafiz: Saya ingin bertanya, berapakah kos untuk membuat kandang kambing yang berukuran 100x30 kaki. Bercadang ingin memulakan penternakan di utara malaysia.

27 Feb 10, 12:31
peijal: terima kasih bagi kertas kerja free.dah download.

27 Feb 10, 12:29
counter: 200371

24 Feb 10, 13:00
khairul: aizal75@yahoo.com

24 Feb 10, 12:57
khairul: salam. saya baru bercadang untuk mengusahakan tanaman kelapa sawit di tanah seluas 13 ekar, tanamana sampingan ialah pisang. ada info ttg kursus dan bantuan tak.. ada yg boleh bantu

22 Feb 10, 15:30
lan: boleh kongsi resipi mkanan aym broiler x?

22 Feb 10, 12:06
man: email sy di mazazman1@yahoo.com. tk

22 Feb 10, 12:05
man: boleh dapatkan harga bagi makanan(pellet) yang sesuai dengan harga yang berpatutan bagi ikan tilapia@patin. tk

22 Feb 10, 12:02
man: salam.. tahniah tapi baru terjumpa penerangan yang bagus.. boleh dapatkan harga makanan(pellet) bagi ikan tilapia merah. tk

15 Feb 10, 12:52
KERTAS KERJA: Perlu pertolongan untuk membuat kertas kerja pinjaman? Klik "Kertas Kerja"

7 Feb 10, 15:24
counter: 193587

30 Jan 10, 12:46
Saha: x sengaja ter klik blog ni...full of info...lg best kalau bole sertakan gamba atau video ...pasti teruja tuuu....ni tgh baca lg...tahniah for sharing info!!!

29 Jan 10, 17:15
citypullagro..: huyooo.. poernya blog.. thousand of info ada.. cayalah bro.. camana tak perasan blog nie.. rugitul..

29 Jan 10, 09:04
Abd Ghani: Salam ziarah. Tumpang lalu tuan tanah. En Mail, kalau nak jual keli, hubungi saya, ghanihasan@gmail.com.

29 Jan 10, 00:38
jintanah: salam cili pendang.thanks singgah blog teman.

25 Jan 10, 17:41
mz: saa tertarik dengan pelbagaimaklumat dalam blog ini.Memuaskan

23 Jan 10, 12:16
ZAMZANI: Jus Manggis baik untuk kesihatan. Layari http://www.shamelinsmart.com/hijrahlaba

20 Jan 10, 23:32
ss: ada sesiapa dari SARAWAK ke??

18 Jan 10, 00:57
mgasaqua: Salam, pelbagai produk perikanan, layari mgasaqua.webs.com

12 Jan 10, 22:44
RoA: Salam perkenalan.Sudi link ke http://www.riverorchagro.blogspot.com/ .Terima kasih.

11 Jan 10, 22:41
mail: hi. nk tanya sikit. kt mane nk jual ikan keli yg dh cukup umo? Tolong beri cadangan. :)

5 Jan 10, 07:12
hamidi: Sudu kiranya singgah ke blog saya di Irfan Farm di http://kambing Jengka7.blogspot.com

5 Jan 10, 07:11
hamidi: Sallam............


InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&Agrotourism

Friday, March 4, 2011

Bioteknologi

Bioteknologi

Bioteknologi merupakan salah satu bidang sains yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup manusia dari pelbagai aspek seperti perubatan, makanan, persekitaran dan kesejahteraan secara amnya.

Di antara contoh penggunaan bioteknologi adalah pencapjarian DNA bagi mengesan penjenayah dan mengenalpasti penyakit genetik; penghasilan bahan ubatan seperti vaksin dan penghasilan tanaman transgenik (transgenic crops) dalam sektor pertanian.

Rancangan Malaysia Ke-9 - Bab 6 menyatakan hasrat Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab industri bioteknologi. Dalam usaha untuk menjadi salah sebuah negara utama dalam bidang ini, Kerajaan telah melancarkan Dasar Bioteknologi Kebangsaan (NBP) pada buan April 2005. Lantaran itu, Kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC) yang bertanggungjawab membangunkan industri ini.

Transformasi sektor bioteknologi akan diterajui oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&Agrotourism
Sumber/Dipetik:http:http://www.malaysia.gov.my/BM/Relevant%20Topics/IndustryInMalaysia/Business/Biotechnology/Pages/Biotechnology.aspx

Apakah itu Bioteknologi

Bioteknologi

Bioteknologi merupakan satu bidang sains di mana benda hidup digunakan untuk penghasilan produk atau untuk melakukan sesuatu tugasan untuk manusia. Tumbuh-tumbuhan, haiwan dan juga microorganisma seperti bakteria telah digunakan untuk menghasilkan kebaikan kepada manusia. Dalam bidang industri perubatan dan pertanian, bioteknologi bantu dalm penghasilan makanan, ujian untuk mengesan penyakit dan untuk melupuskan sisa. Bioteknologi boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dan untuk membantu dalam penyelidikan. Bioteknologi biasanya terbahagi kepada 3 bahagian - bioteknologi merah, putih dan hijau. Bioteknologi merah adalah berkaitan dengan mikroorganisma yang telah diubah bahan genetiknya yang digunakan untuk menghasilkan produk seperti insulin dan vaksin untuk kegunaan perubatan. Bioteknologi putih melibatkan penciptaan bahan kimia berguna untuk sektor perindustrian melalui organisma-organisma seperti kulat dan yis. Jenis bioteknologi ini juga dikenali sebagai bioteknologi kelabu. Bioteknologi hijau, juga dikenali sebagai bioteknologi pertanian, berurusan dengan aplikasi-aplikasi yang bertaut kepada pertanian. Ianya melalui penyelidikan bioteknologi merah dapat menghasilkan antibiotik untuk jangkitan berbeza-beza dan vaksin untuk menguatkan sistem keimunan dan mengesan dan mengubati sebarang kecacatan genetik dan penyakit telah dihasilkan. Bioteknologi merah juga membantu dalam teknologi pembiakan seperti persenyawaan in-vitro, penghasilan profil DNA, forensik dan teknologi permindahan. Hanya dengan pertolongan bioteknologi putih yang membantu persekitaran untuk membolehkan pengawalan haiwan dan tumbuhan perosak. Bioteknologi telah membantu dalam pembersihan tumpahan minyak, melindungi spesis yang terancam dengan menyimpan DNA untuk penyelidikan pada masa akan datang dan menolong mengasingkan sebarang nutrien yang berlebihan dalam tanah mahupun dalam air. Penyelidikan dalam bioteknologi juga bertujuan untuk pengekstrakan logam dari tanah untuk menyediakan perlombongan yang bersih, mengesan periuk api dan pembersihan logam arsenik dan logam lain yang mencemar. Bioteknologi hijau melibatkan manipulasi tumbuhan dan haiwan untuk menghasilkan spesis yang lebih mesra alam sekitar dan produktif. Pembangunan pelbagai jenis gandum yang tahan penyakit dengan cara pembiakan silang jenis gandum yang berbeza adalah satu contoh bioteknologi hijau.


InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&AgrotourismSumber/Dipetik:http:

Khasiat buah Acai berry



Khasiat buah Acai berry


Pernahkah anda mendengar tentang buah Acai berry? Buah Acai berry berasal dari hutan amazon dan digelar sebagai Superfood nombor 1 dunia.



Buah berwarna purple gelap ini didapati mengandungi antioksida yang tinggi - malah lebih tinggi dari anggur, bluberry, blackberry atau buah delima. Boleh dikatakan kandungan antioksida di dalam buah Acai berry adalah antara yang tertinggi di dunia.



Antioksida membantu kita membuang toksin di dalam badan yang menyebabkan banyak penyakit. Selain kandungan antioksida yang tinggi, buah ini juga mengandungi kandungan serat dan lemak baik yang bagus untuk kesihatan jantung dan usus. Ia mengandungi kandungan Omega-3, Omega-6 dan Omega-9 yang baik untuk menurunkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan paras kolesterol baik di dalam darah. Selain itu, ia juga mengandungi kandungan garam dan mineral yang bersesuaian untuk kesihatan badan. Rasa buah ini dikatakan seperti coklat tetapi ia mengandungi kandungan gula yang rendah, jadi ia tidak merbahayakan pesakit kencing manis.


Kajian mendapati khasiat buah Acai berry mempu diserap oleh badan manusia. Malah, satu kajian makmal menunjukkan antioksida di dalam Acai berry mampu memusnahkan sel-sel kanser. Walau kajian awal menunjukkan keputusan memberangdsangkan, saintis berpendapat masih banyak kajian perlu dijalankan terhadap buah Acai berry untuk mereka mengetahui dengan lebih lanjut khasiat yang ada padanya.


Acai berry adalah buah yang amat baik untuk kesihatan. Tetapi, ia banyak dikaitkan dengan usaha menurunkan berat badan dan anti-aging. Walaupun Acai berry dapat membantu kedua-dua ini, ia adalah disebabkan Acai berry mampu menolong memperbaiki kesihatan badan. Ini tidak hairan kerana berat badan ideal dan kekal muda kedua-duanya adalah kesan badan yang sihat.

Acai berry banyak diperkatakan di negara barat kerana khasiat yang ditawarkan. Ia pernah dibincangkan di rancangan Oprah, malah pernah diwartakan di Buletin Utama TV3.


Saya sendiri mencuba buah ini dan mendapati ia mampu membuatkan saya lebih bertenaga. Jika dahulu saya selalu berasa penat di waktu petang, sekarang tidak lagi.



Walaupun begitu, perlu diingatkan buah Acai berry amat senang rosak dan perlu diproses di dalam masa 24 jam selepas dipetik. Hanya cara memproses yang dikenali sebagai freeze drying mampu mengekalkan khasiatnya. Khasiatnya pula banyak terdapat di kulit dan bukan bijinya. Oleh itu, jika anda berminat mengamalkan Acai berry, anda perlu berhati-hati memilih produk yang baik. Banyak produk, walaupun ditawarkan pada harga murah, tidak dijaga kualitinya. Jangan membuang duit membeli produk-produk begini kerana ia tidak akan memberi khasiat pada badan anda.



InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&AgrotourismSumber/Dipetik:http://jutawanklik.com/#kebunklik

Khasiat Cordyceps




Khasiat Cordyceps

Khasiat utama:

1. Meningkatkan imunitas, meningkatkan daya tahan tubuh terdapat berbagai penyakit menular, juga dapat menghambat timbulnya tumor.

Sistem imunitas adalah perisai tubuh manusia terhadap berbagai unsur penyebab penyakit baik dari luar maupun dari dalam tubuh, sama seperti tentara dan polisi suatu negara, merupakan jaminan pengamanan tubuh. Jika sistem imunitas dirusak karena berbagai sebab, yang menyebabkan daya tahan tubuh menurun, seperti halnya menurunkan kekuatan tempur pasukan negara, maka berbagai unsur penyebab penyakit akan menggunakan kesempatan untuk menyerang tubuh. Yang dimaksud dengan musuh dari luar adalah berbagai virus, bakteri berbahaya, kuman, dan lainnya yang akan menyebabkan timbulnya penyakit menular; sedangkan musuh dari dalam lebih berbahaya --- yaitu tumor, yang merupakan perubahan sel normal. Karena adanya fungsi pengendalian imunitas dari sistem imunitas, maka presentase memburuknya penyakit sangat rendah dan dapat cepat dihilangkan oleh sistem imunitas. Sedangkan sewaktu fungsi imunitas menurun, presentase timbulnya tumor dapat sangat meningkat, dan menimbulkan bahaya yang besar bagi kesehatan.

Meningkatkan imunitas tubuh seperti meningkatkan tenaga tempur pasukan, ini merupakan proses yang panjang. Komposisi istimewa dalam cordycep sinensis banyak mengandung berbagai senyawa yang dapat meningkatkan imunitas tubuh, seperti polisakarida cordycep sinensis dan asam cordycep sinensis, yang apabila dikonsumsi untuk jangka waktu panjang dapat secara nyata meningkatkan fungsi dan vitalitas sel imunitas dalam tubuh, serta mendorong tubuh menghasilkan berbagai unsur aktif imunitas, sehingga aktivitas imunitas tubuh nyata bertambah, dan daya imunitas tubuh secara nyata meningkat; dengan demikian dapat berkhasiat melawan berbagai penyakit yang bersumber dari dalam maupun luar tubuh, menurunkan infeksi, persentase timbulnya tumor dan penyakit imunitas tubuh, juga tak terdapat efek samping apapun.

2. Menambah tenaga, meningkatkan kualitas tidur, menghilangkan rasa letih, meningkatkan fungsi seksual.

Cordycep sinensis disebut juga bintang penyembuh lemah tubuh, berfungsi sama seperti ginseng , di dalam Kitab Kedokteran China disebutkan khasiat gaibnya dapat mengobati ginjal , berfungsi memberi gizi untuk tubuh lemah, menambah tenaga. Ilmu kedokteran China menganggap bahwa ginjal berfungsi mengatur tubuh, memasok vitalitas dan tenaga (konsep ginjal dalam ilmu kedokteran Barat adalah ginjal dari sudut ilmu bedah). Perubahan fungsi dan pengaturan keseimbangan ginjal mempengaruhi keseimbangan kondisi organ tubuh. Ginjal lemah terutama berkaitan dengan menurunnya mekanisme tubuh, misalnya menurunnya daya ingat, menurunnya fungsi seksual, tulang mudah patah, kurang darah, bagian pinggang dan kaki terasa linu, dan gejala-gejala lainnya.

Namun, memberi gizi kepada ginjal sama sekali tak boleh diabaikan; cordycep sinensis dapat memberi gizi kepada ginjal, menambah darah, merupakan suplemen gizi tubuh berkualitas tinggi; juga dapat meningkatkan fungsi jantung dan paru-paru serta transportasi oksigen di dalam tubuh, meningkatkan tenaga dan stamina, memperkuat stamina dalam bekerja dan menghadapi tekanan lingkungan, juga dapat memulihkan rasa letih, serta meningkatkan berbagai mekanisme tubuh.

Selain itu, komposisi istimewa cordycep sinensis membuatnya mempunyai unsur gizi yang kuat, meningkatkan fungsi ginjal dan memberi gizi kepada ginjal, dapat secara nyata meningkatkan mekanisme seksual pria, meningkatkan kualitas tubuh, memperbaiki lemah ginjal dan tubuh lemah, dapat menambah sekresi hormon jantan, merangsang mekanisme sekresi anak ginjal, memperkuat fungsi seksual pria, mengatasi lemah syahwat, ejakulasi dini dan berbagai fungsi yang tak baik; bagi wanita, secara nyata dapat memperbaiki berbagai ketidak-nyamanan yang timbul sewaktu menopause.

Cordycep sinensis juga berfungsi untuk menambah tenaga dan meningkatkan kesehatan. Dapat mengatur metabolisme, menguatkan fungsi organ tubuh, melawan kekurangan oksigen, itulah sebabnya mengapa setelah mengkonsumsi cordycep sinensis untuk jangka waktu panjang, maka akan merasa penuh tenaga. Bagi mereka yang baru sembuh dari sakit, tubuhnya selalu lemah, dengan mengkonsumsi cordycep sinensis selama masa penyembuhan, maka dapat membantu mempercepat pemulihan tenaga.

Dewasa ini penelitian dunia ilmu kedokteran olahraga membuktikan bahwa cordycep sinensis dapat meningkatkan kualitas tubuh olahragawan dan meningkatkan tenaga olahraga, memperlambat timbulnya rasa letih, mempercepat hilangnya rasa letih, juga tidak mengandung obat dan makanan terlarang yang mempunyai efek samping. Cordycep sinonsis akan menjadi pusaka baru bagi para olahragawan untuk mencapai prestasi yang baik.

3. Berkhasiat mengobati berbagai penyakit pernapasan.

Penyakit pernapasan disebabkan oleh berbagai virus dan bakteri, timbulnya penyakit cepat, apabila tidak segera diobati maka akan berubah menjadi penyakit kronis; penyakit pernapasan kronis pernah menjadi penyakit serius yang mengancam nyawa manusia, namun seiring dengan penggunaan antibiotik secara meluas, ancamannya bagi manusia perlahan-lahan telah berkurang.

Dalam penyakit saluran pernapasan, bronchitis kronis dan pembengkakan paru-paru adalah yang lebih sering dijumpai. Merokok merupakan sebab utama penyakit penyumbatan saluran pernapasan kronis; saluran pernapasan perokok dalam waktu berkepanjangan mendapat rangsangan yang tak baik, yang menyebabkan kambuhnya peradangan, sehingga fungsi paru-paru perlahan-lahan menurun, gejala penyakit saluran pencernaan juga bertambah parah dengan perlahan.

Walaupun memburuknya bronchitis kronis dan pembengkakan paru-paru lebih lambat, tetapi dapat secara serius membahayakan sistem pernapasan dan fungsi paru-paru, menambah kemungkinan besar penderita akan terkena kanker paru-paru, bahkan menyebabkan menurunya fungsi sistem pernapasan yang membahayakan nyawa.

Nenek moyang kita yang cerdas dari dulu telah menemukan khasiat cordycep sinensis untuk mengobati paru-paru , dapat memperbaiki penyakit kronis saluran pernapasan (bronchitis), pembengkakan paru-paru, dan asma.

Cordycep sinensis dapat meningkatkan fungsi imunitas tubuh, juga berkhaisat untuk melawan berbagai jenis bakteri penyebab penyakit saluran pernapasan, dan pada waktu bersamaan mencegah kanker paru-paru; berkhasiat baik untuk melawan peradangan; secara nyata berfungsi untuk mengembangkan saluran pernapasan bronchi; berfungsi untuk membersihkan saluran napas dan mengurangi peradangan, berkhasiat mengobati asma, sesak napas dan kekurangan pasokan oksigen.

Oleh karenanya, jika Anda benar-benar mempunyai gangguan penyakit saluran napas kronis, cordycep sinensis dapat membantu Anda pada saat-saat tak nyaman seperti batuk, dahak, sesak napas, peradangan , dan sama sekali tidak mempunyai efek samping apapun.

4. Meningkatkan daya tahan tubuh terhadap berbagai radiasi yang berbahaya.

Hasil peradaban moderen memberikan kemudahan dalam kehidupan, pada waktu bersamaan juga mempertinggi persentase timbulnya berbagai tumor dan penyakit aliran darah; di kota-kota maju tertentu, tumor telah menjadi pembunuh nomor satu yang mengancam nyawa. Fungsi istimewa cordycep sinensis dalam melawan bahaya radiasi dapat membantu Anda mendirikan benteng pelindung yang kuat terhadap bahaya radiasi.

Penderita tumor ganas selalu perlu menerima pengobatan radioterapi dan kemoterapi dalam dosis besar, obat kemoterapi dan sinar radiasi pada waktu bersamaan membunuh sel tumor, juga dapat menimbulkan bahaya serius pada sel normal tubuh, treutama sel tulang sum-sum dan sel reproduksi.

Cordycep sinensis dapat membantu menghilangkan reaksi buruk yang timbul setelah radioterapi dan kemoterapi tumor pasien (seperti mual, muntah, reaksi saluran pencernaan); cordycep sinensis dapat mencegah dan memperbaiki cidera sel yang timbul karena radiasi atau obat kimiawi yang berbahaya, berfungsi meningkatkan perkembang-biakan dan pembagian sel tulang sum-sum dan sel reproduksi, terutama terhadap berbagai cidera yang terjadi karena radioterapi.

5. Menghambat proses penuaan tubuh

Radikal bebas adalah kumpulan gen kimiawi yang sangat kuat yang bersifat oksidasi di dalam tubuh, adalah bahaya nomor satu yang menyebabkan penuaan dan berbagai penyakit. Percobaan secara besar-besaran baik di dalam maupun di luar tubuh menunjukkan bahwa cordycep sinensis mengandung berbagai komposisi aktif yang dapat menghilangkan radikal bebas, sampai sekarang merupakan salah satu anti-oksidan alami yang paling berkhasiat, yang dapat secara nyata mengurangi cidera organ dan jaringan tubuh yang ditimbulkan oleh radikal bebas, dan berfungsi secara nyata menghambat aktivitasi Monoamine Oksidase, sehingga memperlambat penuaan dan degenerasi berbagai mekanisme tubh, mempunyai khasiat untuk memperpanjang umur.

6. Menurunkan kadar lemak tak baik di dalam aliran darah, mengurangi timbulnya penyakit pembuluh darah jantung dan otak.

Seiring dengan bertambah tingginya taraf kehidupan, struktur makanan dan pola kehidupan manusia moderen mengalami perubahan besar.

Pemasukan lemak dan gula semakin banyak, pada waktu bersamaan aktvitas tubuh semakin berkurang; sedangkan metabolisme lemak di dalam tubuh perlahan-lahan menurun seiring dengan bertambahnya usia, yang sering menyebabkan pengendapan lemak di pembuluh darah jantung dan otak, dengan demikian menyebabkan timbulnya hiperlipidemia, hipertensi, penyakit jantung koroner, dan gangguan pembuluh nadi otak, yang telah menjadi ancaman serius bagi kesehatan manusia. Menurut data statistik, penyakit pembuluh darah otak dan jantung telah menjadi pembunuh nomor satu penduduk kota moderen.

Komposisi asam tak jenuh dan polisakarida pada Cordycep sinensis berkhasiat menurunkan trigleserida dan LDL serta mempertinggi HDL, berperan sebagai pembersih sistem pembuluh darah jantung , yang berkhasiat membersihkan berbagai komposisi tak baik di dalam aliran darah, menurunkan kekentalan darah, dan mencegah terjadinya trombus; juga dapat mencegahnya timbulnya penyakit aterosklerosis, mencegah keram pembuluh darah koroner (yang merupakan pasokan darah pada jantung), mempertahankan pasokan darah normal pada berbagai organ dan jeringan penting tubuh, secara berkhasiat memperbaiki pengerasan pembuluh nadi dan hipertensi, serta mencegah berbagai penyakit pembuluh darah jantung dan otak.

7. Cordycep sinensis adalah sejenis antibiotik alami , yang dapat menghambat dan membasmi berbagai penyebab penyakit

Cordycep sinensis berfungsi nyata menghambat dan membasmi Staphylococcus, streptococcus, kuman TBC dan berbagai jenis bakteri yang sering dilihat, namun tidak mempunyai efek samping yang biasa terdapat pada antibiotik.

8. Cordycep sinensis berfungsi memperbaiki berbagai penyebab yang menyebabkan fungsi liver yang tak baik dan diabetes.



Kajian farmakologi terbaru mendapati Cordyceps mengandungi nutrient pemakanan utama seperti karbohidrat, asid amino, asid lemak poli-tak-tepu, vitamin dan mineral. Cordyceps mengandungi bahan aktif utama iaitu adenosine (rangkaian nukleosida), rangkaian polisakanda (yang terdiri daripada komponen mannose, cordycepin, adenosine, galactose, arabinose, glucose, fucosidase), peptide, poliamines, sterol(ergosterol, ergosterol peroksida, daucosterol dan campasterol)

1. Cordycepin
Anti virus, menghalang bakteria & ketumbuhan, kesan sinegistik apabila digunakan bersama endoxan.

2. Adenosine
Merawat & mencegah embolisme senebral, hemorrhage serebral, renal (berkenaan ginjal gagal berfungsi, merangsang diuresis.

3. Polisakanda
Memperkuatkan imunisasi, memperlambatkan kenyanyukan, mengembalikan dan memperkukuhkan fungsi badan secara normal, melindungi jantung dan hati, anti kanser.

4. SOD Protein
Menghalang ketumbuhan serta menghapuskan keseluruhan superoksida polimisasi, anti-kanser, anti kenyanyukan dan mengurangkan toksin.

5. Protein
Membentuk bahan asas bagi sel organik dan aktiviti yang penting.

6. Vitamin
Vitamin A
Meningkatkan tumbesaran pengaturan Pembezaan sel, Imunisasi secara organik, anti kanser, anti oksida.
Vitamin E
Amat penting untuk memperingkatkan kepintaran, menggalakkan oksida secara biologikal dan metabolisme organik.
Vitamin PP
Menghalang formilasi lipofuskin, anti kenyanyukan,memperkuatkan imunisasi, anti oksida.
Vitamin B12
Mencegah anti kanser terutamanya anti oksida.


InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&AgrotourismSumber/Dipetik:http://jutawanklik.com/#kebunklik

Tentang Arnab

Sila lawati blog yang menarik di bawah:

Arnab- Temerloh Rabbitry

http://temerlohrabbitry.blogspot.com/

TENTANG ARNAB


TENTANG ARNAB

Nama Latin : Oryctolagus cuniculus
Panggilan untuk betina dewasa : Doe
Panggilan untuk jantan dewasa : Buck
Panggilan untuk anak : Kittens
Bilangan anak : 4-12
Berat waktu lahir : 30 – 80 gm
Tempoh buka mata : 10 hari
Purata berat : Jantan 1– 5 kg / Betina 1– 8 kg
Tempoh henti menyusu : 4-7 minggu
Suhu badan : 103.3-104F; 38-40C
Kadar denyutan jantung : 130-325 denyutan seminit
Kadar pernafasan : 32-60 tarikan nafas seminit
Rekod dunia paling tinggi melompat : 1 meter
Rekod dunia paling jauh melompat : 3 meter
Telinga paling panjang : 31.125 inci
Paling lama hidup : 19 tahun
Mempunyai 18 jari kaki : 4 setiap kaki belakang dan 5 setiap kaki depan
Warna bulu : Lebih dari 150
Warna mata : coklat, biru-grey, biru, marbel dan pink
Waktu aktif : Awal pagi dan malam

INFO

-Arnab Boleh dilatih untuk mengunakan tandas (Toilet Tray)
-Jangka hayat arnab boleh mencapai 8-12 tahun, dan mungkin lebih lama
-Arnab adalah haiwan yang suka bergaul.
-Arnab adalah teman yang baik di rumah.
-Arnab akan menghasilkan bunyi “purr” seperti kucing bila gembira dan senang hati.
-Seperti Kucing dan anjing, arnab juga perlu di kembiri (Spay/Neuted) untuk kesihatan dan juga bagi mengawal perilaku matang.
-Arnab bukan seperti kucing yang suka dipeluk dan digendong, mereka lebih selesa duduk disisi anda di atas lantai, dan mendapat usapan mesra dan manja dari anda.
-Arnab amat sukakan permainan. Kotak kad board, plastic berwarna , bola berloceng adalah antara permainan digemari.
-Arnab amat gemar menguyah. Jadi sediakan bahan untuk mereka menguyah seperti potongan blok kayu. (atau mereka akan menguyah harta benda anda).
-Arnab hendaklah dijauhi dari bahaya seperti, pemangsa, kabel elektrik dan telefon, racun atau tumbuhan beracun dan suhu yang melampau.

PEMILIHAN BAKA

Pemilihan baka perlu dilakukan dengan teliti. Aspek penting dalam pemilihan baka ialah;

1. Memastikan apakah tujuan untuk menternak arnab.
2. Produk sebenar yang akan dikeluarkan.
3. Dari mana sumber perolehan.
4. Apakah informasi yang boleh diberi oleh penjual.
5. Memeriksa dengan teliti arnab yang ingin dibeli.
Pastikan fizikal arnab ada sempurna, tidak cacat sebarang anggota. Periksa kesihatan, pastikan keseluruhan badan arnab dalam keadaan kering. Jika terdapat kesan lembapan, periksa dengan teliti bahagian punggung, kemungkinan arnab cirit birit. Pastikan bulu, mata dan telinga dalam keadaan normal dan ceria. Pastikan arnab berada dalam keadaan aktif, iaitu sentiasa bergerak dan melompat ini untuk memastikan arnab itu tidak tempang.
Pembelian hendaklah dilakukan dari sumber yang boleh dikenalpasti mempunyai kemahiran serta pengetahuan tentang aspek pengurusan dan pengendalian ternakan arnab. Seboleh-bolehnya elakkan dari membeli dari kedai haiwan. Ini kerana kedai haiwan mungkin tidak dapat memberikan maklumat asas berkaitan arnab serta tiada rekod dari penternak asal. Pada kebiasaannya, arnab yang dijual di kedai-kedai haiwan, secara majoriti diternak secara tradisional oleh masyarakat kampung. Penternak tradisional secara umumnya tidak mempunyai sebarang catatan. Kalau ada pun hanya sekadar untuk pengetahuan sendiri. Spesifikasi rekod seharusnya mempunyai maklumat asas seperti baka/spesis, tarikh lahir, berat semasa, lokasi dilahirkan, jenis pemakanan, jenis reban (permukaan lantai, dinding) dan rekod kesihatan.

KAWALAN PENYAKIT

Untuk panduan umum, langkah-langkah kawalan penyakit yang minimum adalah seperti berikut:

PUNCA-PUNCA

Perkara yang paling utama dalam penjagaan arnab adalah anda harus peka kepada masalah arnab anda. Berjaga-jaga dengan setiap perubahan arnab anda. Ini adalah kerana apabila masalah cirit birit tidak disedari dari awal dan lambat dirawat boleh menyebabkan kematian. Cirit birit adalah salah satu faktor besar kematian arnab. Terutama arnab yang berumur 8 minggu kebawah. Ada beberapa punca terjadinya cirit birit.

ARNAB MUDA

Jika arnab anda berumur kurang dari 8 minggu, dan terpisah dari ibunya, masalah ini adalah kerana ia masih memerlukan susu dan cecal ibunya. Kebanyakan kedai haiwan peliharaan menjual arnab muda yang berumur kurang dari 8 minggu dan kadang kadang kurang dari 4 minggu, kerana pada umur semuda itu anak arnab kelihatan sangat comel dan dapat menarik pembeli untuk membelinya. Malangnya banyak diantara arnab yang masih kecil ini mati disebabkan masalah cirit birit. Pada umur ini anak arnab memang sudah pandai makan sendiri dan minum sendiri. Walaubagaimana pun sistem penghadamannya yang masih muda, ini masih memerlukan susu ibunya dan juga cecal yang dihasilkan oleh ibunya bagi mengimbangi PH didalam perut muda yang menerima makanan solid, dan masalah cirit birit tidak berlaku.

DIET DAN PEMAKANAN

Diet yang berserat rendah dan tinggi protein dan karbohidratnya. Diet seperti ini membuatkan proses penghadaman menjadi perlahan, dan menyebabkan perubahan PH dalam perut yang membolehkan bakteria membiak dan menyebabkan cirit birit. Perubahan diet secara mengejut juga boleh menyebabkan masalah ini. Oleh itu jika ingin memberi sayur sayuran atau tumbuh tumbuhan kepada arnab, beri secara peringkat dan satu persatu, kerana lebih mudah untuk dikesan jika cirit birit berlaku.

PEMBERIAN UBAT-UBATAN

Pemberian dose yang berlebihan sesetengah antibiotik boleh membunuh bakteria baik yang diperlukan oleh arnab. Untuk jangka panjang ini boleh melemahkan sistem imune arnab bagi melawan bakteria jahat dan meningkatkan toxin dan cirit birit boleh berlaku. Antibiotik yang diambil secara oral lebih mudah membunuh bakteria baik berbanding jika diberi secara suntikan. Semasa memberi antibiotik, diet yang tinggi karbohidrat (seperti memberi Grains dan buah) akan meningkatkan masalah cirit birit berlaku.

STRESS

Stress juga boleh menyebabkan cirit birit.

JANGKITAN

Sebenarnya cirit birit hanya dan kerap berlaku disebabkan faktor pemakanan atau diet dan juga pengambilan antibiotik yang berlebihan. Cirit birit disebakan jangkitan sangat jarang berlaku. Bagi arnab muda, cirit birit boleh disebabkan oleh jangkitan E.coli. Dan jangkitan oleh Coccidia adalah lebih kerap pada semua arnab tidak mengira umur.

SIMPTOM-SIMPTOM

-Najis yang lembik dan tidak solid bercampur air dan berwarna hijau diperingkat awal.
-Arnab akan hilang selera makan dan kurang meminum air
tidak banyak bergerak, dan mungkin mengelurkan bunyi berderam
-pada peringkat kritikal, najis yang keluar hanya lah seperti air berwarna putih kekuningan
arnab hilang upaya dan lemah
-jika terlambat dan tidak dapat dirawat.. kematian boleh berlaku

MENGELAKKAN DARI BERLAKU

-Jangan pisahkan anak dari ibunya kurang dari 8 minggu.
-Beli atau dapatkan arnab yang hanya berumur sekurang kurangnya 8 minggu.
-Berikan diet yang tinggi serat paling mudah beri lebih banyak hay dari pallet
-Beri atau perkenalkan diet sayuran atau tumbuhan secara berperingkat dan satu persatu. Dan elakan memberi sayuran dan tumbuhan yang tumbuh liar dan beracun.
-Berikan antibiotik dalam dose yang disyorkan dan dalam jangka masa yang terhad. Dapatkan nasihat veterinar.
-Kurangkan membawa keluar arnab anda ke persekitaran atau kawansan yang boleh memberi impak stress kepada arnab anda.
-Jaga persekitaran dimana arnab anda ditempatkan bersih bagi mengelakan jangkitan.

APA PERLU DILAKUKAN

-Segera dapatkan rawatan daripada Veterinar.
-Beri Hay sebagai 100% diet pada masa ini dan jika arnab anda masih mampu untuk makan.
-Elakan memberi makanan yang mengandungi kandungan karborhidrat yang tinggi, seperti; pellet tinggi protein, buah buahan tinggi gula dan Grains
-Penting untuk memastikan arnab yang mengalami cirit birit ini dalam keadaan bersih dan selela. Bersihkan bahagian punggung yang terkena nasjis, bagi memastikan ia tidak berbau yang boleh mengundang serangga seperti lalat menganggu.
-Jika terlalu kotor dan berbau.. basuhlah bahagian yang kotor sahaja dengan air tidak perlu memandikan arnab seluruh badan.
-Pastikan arnab anda minum banyak air yang bersih, ini bagi mengelakan arnab anda ternyahhidrat; atau anda boleh memcuba bancuhan ORT seperti dibawah dan diberi berterusan kepada arnab sehingga pulih dengan meletakan didalam botol atau mangkuk minumannya atau menyuapnya mengunakan Syringe.
-Berikan ORT kepada arnab anda sekerap yang mungkin, sehingga ia pulih dari cirit biritnya.
-Berikan ia hay dan juga sedikit Rolled Oat bukan yang segera ( hanya sesudu kecil) jika ada.
-Pastikan juga ia makan sedikit , sayuran yang dipuri atau makanan bayi yang dijual dipasaraya juga boleh turut membantu, dengan mengunakan Syringe suapkan makanan tersebut dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
-Probiotics seperti Denes Probiotic + Powder adalah sangat membantu jika anda boleh mendapatkannya. Dicampur didalam makanan
-Selain itu Arsenicum album 30c drops atau Phosphorus 30c juga boleh mambantu. Mungkin boleh didapati dari veterinar atau Farmasi. Diberi terus secara oral.

MAKANAN TAMBAHAN

-Pemberian bahan hijau ini hendaklah diingati sebagai makanan tambahan sahaja. Jumlah yang patut diberi adalah mengikut jumlah yang boleh dimakan oleh arnab itu.
-Bahan-bahan hijau yang boleh digunakan seperti daun keledek dan daun kangkung. Lebihan kegunaan dapur juga boleh dimanfaatkan seperti daun kobis, sawi dan kacang panjang. Satu perkara yang perlu diambil perhatian dalam pemberian bahan hijau ini ialah kebersihan dan kandungan air pada bahan hijau tersebut.
Untuk ini daun-daun tersebut hendaklah dibasuh dulu beberapa kali dan kemudian dikeringkan pada panas matahari selama 2-3 jam. Kemudiannya bolehlah diberikan kepada amab.
-Lebihan sisa-sisa bahan hijau pada keesokkan harinya hendaklah dibuang, dan jangan digunakan lagi.-
-Makanan utama iaitu makanan pelet arnab hendaklah diberikan dan boleh didapati di kedai jualan makanan ternakan.

PEMBIAKAN

-Sebenarnya cara mengahwinkan arnab adalah mudah dan ringkas. Masukan arnab betina dalam sangkar arnab jantan. Jangan lakukan sebaliknya, kerana arnab betina mempunyai "territorial behaviour" yang kuat dan akan menyerang serta mungkin akan membunuh arnab jantan tersebut.
-Masa mengawan antara 1-5 minit sahaja. Kemudian ambil semula arnab betina dan kembalikan dalam sangkarnya. Jangan tinggalkan arnab betina dalam sangkar arnab jantan tersebut lebih dari tempoh tadi.
-Lakukan waktu proses mengawan arnab ini dalam keadaan cuaca yang selesa seperti awal pagi atau lewat petang. Elakkan proses mengawan di waktu tengahari kerana suhu yang tinggi akan mengurangkan kadar kesuburan.

KEKERAPAN MENGAWAN

-Arnab jantan dewasa yang subur hanya boleh digunakan sekali dalam masa 3 hari ataupun 3 kali seminggu. -Ada juga yang mengsyorkan pengunaan 2 kali sehari dan kemudian direhatkan selama 3 hari. Pengunaan pejantan boleh ditingkatkan secara pelahan kepada sekali sehari.
-Pengunaan arnab jantan yang berlebihan akan mengurangkan kadar kebernasan dan kesuburan. -Menggunakan seseekor pejantan yang terlalu kerap boleh menjejaskan keupayaan seksual arnab penjantan tersebut.

KAHWIN SELANJUTNYA

-Pada keadaan semuiajadi (di hutan) arnab betina akan mengawan semula dalam masa 24-48 jam selepas beranak. Keadaan ini tidak digalakkan dalam penternakan arnab komersial, kerana arnab betina tidak boleh digunakan lebih lama.
-Dalam pentemakan arnab komersial arnab betina akan dikahwinkan semula dalam tempoh antara 3-4 minggu selepas tempoh beranak. Ataupun dalam masa proses anak cerai susu, arnab betina tersebut boleh dikahwinkan semula.

MENINGGIKAN KEBERNASAN

Untuk memastikan arnab tersebut sudah mengawan ialah apabila arnab jantan memanjat arnab betina untuk seketika dan kemudian arnab jantan akan menurunkan badannya seperti keadaan mengelunsur ke belakang atau terlentang.
Untuk memastikan kebernasan, proses mengawan yang pertama pada jam 8-10 pagi dan yang kedua boleh dilakukan 5-6 jam selepas proses mengawan yang pertama, iaitu pada waktu petang.

TEMPOH BUNTING

-Tempoh bunting amab betina antara 29 hingga 31 hari lagi. Bunting berat adalah pada minggu keempat kebuntingan. Pada peringkat lni kotak sarang beranak bolehlah diletakkan dalam sangkar arnab tersebut. -Tujuannya adalah supaya arnab tersebut dapat menyesuaikan dirinya lebih awal dengan kotak sarang tersebut.
-Tanda-tanda arnab tersebut hampir beranak jelas kelihatan pada hari ke 27-29 dimana ia akan berkeadaan gelisah dan kemudian akan mencabut bulu dari bahaglan bawah perutnya serta membuat sarang beranak dari bulu tersebut.
-Pada keadaan ini arnab tersebut hendaklah dibiarkan bersendirian dan jangan diganggu, melainkan jika untuk menukarkan kotak sarang. Makanan dan minuman hendaklah disediakan secukupnya.

BUNTING PALSU

Terdapat juga kejadian apa yang dipanggil "bunting palsu", keadaan ini boleh dikesan pada masa kebuntingan hari ke 12 -17, pada masa itu arnab telah menunjukkan tanda-tanda hendak beranak dengan cuba membuat sarang dari bulu yang dicabut. Jika keadaan ini dikesan, arnab betina tersebut hendaklah dikahwinkan semula.

ANAK ARNAB

Setelah arnab betina tersebut beranak, pastikan anak-anak arnab berada dalam kotak sarang. Jika terdapat anak arnab berada diluar kotak sarang, masukan dalam kotak sarang supaya tidak kesejukan.
-Apabila sudah memegang salah satu dari anak-anak arnab, tangan yang sama hendaklah disapukan untuk seketika pada hidung ibunya, ini untuk mengelakkan ibu tersebut menyingkirkan atau membunuh anaknya kerana terdapat bau lain pada badan anaknya.
-Anak arnab yang baru lahir berkeadaan bogel (tidak mempunyai bulu), buta dan pekak. Bulu akan mula tumbuh pada umur seminggu. Sementara mata dan telinga akan berfungsi pada hari ke 7 hingga ke 10.
-Pada masa ini makanan utama ialah susu dari ibunya. Sehinggalah pada umur umur 14-16 hari anak arnab akan keluar dari kotak sarang dan mula cuba makan makanan ibunya.

MASA MENYUSU ANAK

lbu arnab akan menyusukan anaknya pada waktu malam. Biasanya sebanyak sekali dan paling kerap sebanyak dua kali sahaja. Yang paling penting dalam pemberian susu ini ialah susu awalan. Oleh kerana pemberian susu hanya sekali atau dua kali, ini sudah tentu tidak mencukupi terutama disiang hari. Setiap kali ibu arnab masuk kedalam kotak sarang, anaknya akan cuba menyusu tetapi biasanya ibu arnab tersebut tidak akan memberi susu. Keadaan ini adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan.

IBU ANGKAT

Sekiranya bilangan anak melebihi bilangan puting susu ini sudah tentu menimbulkan masalah. Bilangan puting susu biasanya lapan. Oleh itu anak yang lebih perlu diberi kepada ibu angkat.
Pemilihan ibu angkat ialah dengan memilih ibu amab yang telah beranak dalam masa 48 jam dalam masa anak arnab itu lahir. Anak arnab yang diletakkan pada ibu angkat perlu ditandakan dengan warna pada bahagian kepala.
Kemudian sapukan apa-apa wangi-wangian kepada ibu dan semua anak termasuk anak amab tersebut yang berada dalam kotak sarang yang sama. Wangian tersebut akan menutup perbezaan bau antara anak betul dan anak angkat.
Susu awalan ini hanya pada tiga hari yang pertama dan mengandungi antibodi untuk ketahanan badan anak. Oleh itu pastikan anak arnab mendapat susu awalan tersebut. Susu selepas tempoh tersebut adalah susu biasa. Kemudian pemberian susu tersebut boleh diteruskan sehingga 2-4 minggu.

CERAI SUSU

Anak arnab boleh dibiarkan dalam sangkar ibunya dari umur sehari hingga mencapai peringkat cerai susu. Umur cerai susu ialah umur anak arnab dipisahkan terus dari ibunya. Biasanya apabila anak-anak amab berumur 1 bulan.

Selepas itu anak arnab boleh dibuat pemilihan iaitu sama ada untuk dijadikan baka atau untuk tujuan pengemukan. Pemilihan untuk dijadikan baka hendaklah berdasarkan kepada rekod prestasi yang dicatit dari masa ke semasa.

Setiap arnab yang dipilih hendaklah dilekatkan tag telinga sebagai tanda pengenalan individu. Anak-anak arnab ini hendaklah disimpan dalam sangkar individu ataupun 2 ekor dalam satu sangkar.

Setelah dibuat pemilihan untuk baka, baki anak-anak arnab yang tidak dilpilih akan dijadikan untuk pengemukan (pengeluaran daging). Anak-anak arnab ini boleh disimpan dalam sangkar secara kumpulan selama 30-45 hari lagi.


TR (Ani.Nana)

InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&AgrotourismSumber/Dipetik:http://jutawanklik.com/#kebunklik