Kebun Warisan's Followers

Showing posts with label Ikan Talapia. Show all posts
Showing posts with label Ikan Talapia. Show all posts

Saturday, June 26, 2010

Promosi Ikan Talapia Merah

petikan dari Blog Ansal Ternak Enterprise






25 November 2009
Promosi Ikan Tilapia Merah
Assalamualaikum semua.



Ade berita baik yang ingin sy kongsikan dgn pembaca2 blog ini. Sebenarnye, di ladang kami terdapat kolam ternakan ikan tilapia merah. Ikan2 ini sudah pun dewasa dan cukop haul dah kalo nak dibuat gulai. Dah byk juge ikan yang dah ditangkap. Antara regular customer kami yang membeli dgn byknye ialah Cikgu Buang dari SK Nyalas (Hampir 40 KG !!). Penat juge kami menangkapnye. Alhamdulillah, ikan2 ini mendapat feedback yang baek dr cikgu2 yang membeli dr Cikgu Buang.




Ape rahsia kelazatan dan kesegaran yang ade pd ikan dlm kolam ternakan ikan kami?? Kolam kami dilimpah air yang mengalir terus dari anak Sungai Kampung Jus, sbb itulah, rase daging ikan segar dan tidak berbau hanyir. Sedap! Gerenti Sedaaaaaap!


Sekarang kami mengadakan promosi untuk jualan ternakan ikan kami. Para pelanggan yang sememangnye kaki pancing, dialu2kan untuk datang bersama joran dan memancing dikolam kami. Tiada sebarang yuran atau bayaran dikenakan untuk memancing. Ape yang perlu dibayar adelah mengikut jumlah berat ikan yang dipancing. (Seronokkan dapat makan hasil tangkapan sendiri!)



Ape? X tahu memancing? Jangan risau, ambillah peluang ini untuk menjadi seorang yang pro memancing. Ade customer kami yang dtg untuk membeli lembu dan kambing, then berminat nk beli ikan, kami pelawa mereka untuk memancing..katenye x reti..tapi, bile dah kne penangan joran n merasa ikan merentap kail..jadi gian..dah mengulang2 ke kolam untuk memancing..



Jadi, jangan lepaskan peluang baik ini…sementara stok ikan kami masih adaa..hehhe. Segera sediakan kelengkapan memancing anda...dan tros memandu ke ladang ternakan kami di:


LOT 25, Kampung Hulu Jus,
77500 Selandar,
Melaka.


Jangan lupa telefon kami dulu yee.. kami bole dihubungi di 013-6520569(Cikgu Anuar) atau 019-3591054(Rizal)

InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&AgrotourismSekadar Rujukan dan Ilmu.Sumber/Dipetik:



SALAM HORMAT.SELAMAT MAJU JAYA
KebunWarisanhttp://jutawanklik.com/?a_aid=kebunklik

Saturday, March 22, 2008

Pembenihan Ikan Tilapia (Oreochromis sp.)

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:


Pembenihan Ikan Tilapia (Oreochromis sp.)

Pembenihan Ikan Tilapia (Oreochromis sp.)
Bahan-bahan Rajah 3:
a) Batu-bata Tangki
b) Tangki 1 tan Pembiakan
c) Pengudaraan Tilapia
d) Kanular atau kateter
e) Tilapia starter pellet.

Pembiakan secara semulajadiPembiakan secara semulajadi diadaptasi kerana faktor ikan tilapia sudah dibuktikan mampu dibiakkan dalam kurungan. Teknik ini juga mampu menghasilkan benih yang banyak berdasarkan kepada kematangan induk dan kesesuaian persekitaran.

Penyediaan dan cara kerja
Sarang tilapia akan disediakan terlebih dahulu dengan menyusun batu-bata ke dalam tangki yang telah disediakan. Jumlah sarang yang dibina adalah berdasarkan jumlah induk jantan yang dimasukkan ke dalam tangki pembiakan.(Nisbah induk 3 betina:1 jantan). Dalam proses ini 5 induk jantan dan 15 induk betina telah dimasukkan ke dalam setiap tangki pembiakan. Ikan tilapia akan mula bertelur selepas air betukar menjadi hijau. Penutup boleh digunakan untuk mengurangkan pendedahan cahaya ke dalam tangki.

Induk akan diberi makan Tilapia starter pellet untuk memastikan sumber protein yang tinggi mencukupi untuk proses pembiakan. Induk akan diberi makan setiap hari dan diberi pengudaraan untuk memastikan parameter air berada pada tahap optimum. Larva ikan yang berenang di permukaan akan ditangkap setiap hari dan diletakkan di dalam tangki asuhan. Telur ikan juga boleh dikeluarkan daripada mulut induk dan dilakukan proses pengeraman(incubating). Larva akan diberi makan Moina untuk 3 hari pertama dan pellet hancur untuk hari seterusnya.PerbincanganInduk betina ditentukan dengan ketiadaan warna dan corak pada sirip anal dan abdomen yang besar. Induk jantan pula ditentukan dengan adanya corak dan warna pada sirip anal. Cara penentuan jantina ini kebanyaknya betul pada tilapia hibrid tetapi menimbulkan masalah kepada spesies tilapia eksotik yang mempunyai warna dan corak yang menarik pada betina.

Kesimpulan

Proses pembiakan secara semulajadi bukan sahaja murah tetapi berkesan. Ini kerana ikan tilapia telah lama dibuktikan dapat membiak dalam kurungan dengan baik. Penggunaan hormon dalam proses ini tidak diperlukan dan hanya induk yang matang dan sihat sahaja diperlukan. Kaedah ini baik tetapi perlu dilakukan pengeraman di luar untuk penetasan yang lebih sekata dan memudahkan pengurusan larva

.KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEBARANG KERUGIAN YG DIALAMI AKIBAT PENGGUNAAN MAKLUMAT DI LAMAN INI

Monday, December 24, 2007

Teknikal Penternakan Ikan Tilapia

Sumber: Internet. Tidak pasti petikan dari mana. Pemilik sila berikan "link" untuk diterbitkan atau arahkan saya utk keluarkan artikel akan di patuhi.

Teknikal Penternakan Ikan Tilapia

PEMILIHAN TAPAK
Lokasi yang dipilih akan menentukan keupayaan muatan sangkar (carrying capacity) kerana kualiti air bergantung kepada keadaan persekitaran luar sangkar. Aliran air menerusi sangkar semasa bekalan air dari empangan, tiupan angin atau pergerakan ikan dalam sangkar akan menambahkan oksigen terlarut dan mengeluarkan bahan buangan dari dalam sangkar. Antara faktor penting yang telah diberi perhatian semasa pemilihan tapak pemasangan sangkar bagi ternakan ikan tilapia merah ialah kualiti air, kedalaman air dan kelajuan air. Kualiti air dan persekitaran yang baik memberi kesan terhadap pembesaran ikan tilapia dengan cepat bagi sistem ternakan secara intensif. Sebagai panduan parameter-parameter yang dianalisis dan diperlukan bagi kesesuaian ternakan ikan tilapia merah ( Oreochromics niloticus ) adalah :
i. Suhu air - 20-35 0 C ( Optimum 28-32 0 C )ii. pH air - 6-8iii. Oksigen terlarut - lebih dari 2.5 ppmiv. Karbon dioksida - kurang dari 2.5 ppmv. Ammonia - kurang dari 1.0 ppmvi. Kemasinan - 0-20 ppt
Kedalaman air antara 3 – 5 meter dalam terusan/taliair Utama memang sesuai untuk ternakan ikan tilapia dalam sangkar. Kedalaman air melebihi 1 meter antara permukaan terusan adalah masih sesuai bagi ternakan ikan dalam sangkar. Ini bagi mengurangkan kemungkinan jangkitan bakteria patogenik terhadap ikan yang terdapat di dasar permukaan terusan/taliair. Kedalaman air 2-3 meter dalam terusan/taliair Sekunder sesuai untuk ternakan ikan dalam sekatan/kandang (pen culture). Kelajuan arus air yang disyorkan adalah antara 10-25 cm/saat bagi memastikan pertukaran air yang baik. Sekiranya kadar kelajuan terlalu perlahan, berlaku kekurangan oksigen terlarut dan ikan yang diternak akan mengalami ketegasan (stress) serta mati. Jika kelajuan air terlalu kuat, ikan tilapia perlu menggunakan tenaga yang berlebihan untuk berenang melawan arus dan sebahagian daripada makanan akan mudah hilang dibawa arus kuat.
REKABENTUK DAN PEMBINAAN SANGKAR
Modul sangkar yang digunakan mengandungi 20 petak sangkar pada setiap ‘array’. Saiz kerangka bagi satu petak sangkar adalah 3.45m x 3.45m iaitu 3.45m panjang dan 0.45m tinggi. Struktur kerangka sangkar menggunakan bahan plastik HDPE (High density polyethlene ). Saiz mata pukat 25.0 mm yang digunakan sesuai untuk pertukaran air yang maksimum. Kedalaman jaring pukat kurungan ikan adalah antara 1.8 – 2.0 meter. Isipadu jaring kurungan ikan dalam sangkar bersaiz 3 m x 3 m adalah antara16-18 meter padu. Sangkar yang menggunakan kerangka besi (G.I Pipe) bersaiz 6 m x 6m boleh digunakan bagi mengurangkan kos.
PENGURUSAN ANAK IKAN TILAPIA MERAH
Pengurusan anak ikan tilapia secara sempurna boleh mengurangkan kos pengeluaran dan menemdekkan tempoh masa ternakan kepada 4-5 bulan. Kebiasaanya, anak ikan tilapia berumur 2-3 bulan bersaiz 50-70 gm seekor dipindah ke sangkar ternakan. Terdapat tiga peringkat pengurusan anak ikan tilapia merah yang perlu diberi perhatian iaitu pengasuhan anak ikan, pelepasan stok dan pemilihan serta pengasingan anak ikan mengikut saiz.
PENGASUHAN ANAK IKAN TILAPIA MERAH
Anak ikan yang bersaiz 2.5-5.0 cm perlu diasuh dahulu sebelum dilepas ke dalam sangkar atau kolam ternakan. Tujuan pengasuhan adalah untuk memilih anak ikan yang sihat, cepat membesar dan bersaiz seragam (50-70 gm seekor) serta memastikan agar anak ikan tidak terkeluar dari sangkar. Pengasuhan anak ikan tilapia merah boleh dilakukan di dalam kolam tanah dan dalam sangkar menggunakan ’haba’.
KADAR PELEPASAN BENIH
Kadar pelepasan benih (stoking rate) bergantung pada peringkat pembesaran dan mengikut keperluan saiz ikan tilapia dalam pasaran. Selalunya pada peringkat awal, anak benih bersaiz kecil antara 2.5 – 5.0 cm perlu diasuh selama 60-90 hari. Kerjakerja asuhan boleh dilakukan di dalam sangkar dan kolam tanah. Kadar pelepasan anak ikan tilapia dalam sangkar,peringkat asuhan antara 3,000 – 4,000 ekor sesangkar. Kadar pelepasan anak ikan peringkat asuhan dalam kolam tanah adalah 350-450 ekor semeter persegi. Setelah mencapai saiz 7-10cm (50-70 gram seekor), anak benih ikan tilapia sesuai dipindahkan ke sangkar ternakan dengan jumlah 500 ekor setiap sangkar bagi sangkar bersaiz 3 m x 3 m manakala sangkar bersaiz 6 m x 6 m jumlah benih yand dimasukan adalah 2,000 ekor .
KADAR PEMBERIAN MAKANAN IKAN
Kadar pemberian makanan ikan mesti diubah setiap bulan dengan mengambil kira anggaran berat badan ikan di dalam sangkar. Cara yang baik adalah dengan menangkap 5-10 ekor ikan tilapia setiap sangkar dan ditimbang bagi mendapatkan purata berat badan seekor pada hari berkenaan. Seterusnya dikira jumlah makanan setiap sangkar mengikut anggaran 3-5% dari berat badan bagi keperluan setiap sangkar.
PENUAIAN HASIL IKAN TILAPIA
Ikan tilapia dituai apabila mencapai saiz 500-600 gm seekor. Bagi pasaran restoran, keutamaan diberi kepada ikan yang bersaiz melebihi 600 gm seekor dalam bentuk ikan hidup. Manakala ikan yang bersaiz antara 450-500 gm seekor lebih sesuai untuk pasaran tempatan(pasar tani dan pasar malam). Benih tilapia yang bersaiz 7- 10cm(50-70g) diternak dalam sangkar selama 5-6 bulan untuk mencapai saiz purata 600 gm seekor. Kadar pelepasan ikan tilapia pada setiap sangkar adalah sebanyak 650-850 ekor dan anggaran hasil yang dituai adalah antara 350-400 kg sesangkar. Penuaian ikan hendaklah dilakukan dengan baik untuk mengelakan ikan terkejut(stress).
PEMASARAN IKAN TILAPIA
Pada masa ini pasaran ikan tilapia di kawasan MADA hanya tertumpu untuk kegunaan dalam negeri sahaja. Pemasaran ikan tilapia dilakukan melalui dua kaedah iaitu pemasaran ikan hidup dan mati. Ikan yang dijual secara hidup mendapat harga lebih tinggi daripada ikan mati. Harga jualan borong ikan adalah antara RM4.00-RM4.50 sekilogram dan manakala harga runcit adalah RM5.00- RM6.00 sekilogram.

Sunday, December 23, 2007

>>PANDUAN MENTERNAK IKAN TILAPIA DALAM KOLAM

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.

Petikan: Tidak pasti (dari Internet)


PANDUAN MENTERNAK IKAN TILAPIA DALAM KOLAM


PENGENALAN

Nama Tempatan :
Tilapia Hitam / Tilapia Merah
Nama Inggeris :
Black Tilapia/ Nile Bream
Nama Saintifik :
Oreochromis niloticus
Kadar tumbesaran:
Boleh mencapai 500gm dalam 6 – 8 bulan
Harga pasaran :
450 gm ke atas = RM8.00 – RM12.00 / kg
Benih ikan = RM 0.20 – RM 1.00 / ekor












Gambar 1: Tilapia albino
Gambar 2: Tilapia hitam

MENGAPAKAH IKAN TILAPIA POPULAR

i. Mempunyai pasaran
ii. Tumbesaran yang cepat
iii. Rupabentuk luaran yang menarik untuk pasaran
iv. Tulang yang sedikit
v. Daging yang enak dan sesuai untuk pasaran
vi. Tahan kepada perubahan persekitaran
vii. Tempoh ternakan yang singkat
viii. Teknologi untuk pengeluaran komersil yang sedia ada
ix. Boleh diproses kepada pelbagai bentuk produk

KRITERIA PEMILIHAN TAPAK KOLAM

1. Bekalan air sesuai : sungai, mata air, taliair dan air bukit.
2. Jenis tanah yang boleh menakung air : tanah liat.
3. Bentuk mukabumi yang landai tetapi seboleh-bolehnya pilih tapak yang air mengalir bergerak mengikut graviti bumi untuk menjimatkan kos elektrik.
4. Ada kemudahan infrastruktur seperti kemudahan asas (jalanraya, elektrik dll), senang mendapatkan buruh, selamat daripada bencana alam seperti banjir atau kemarau.
5. Senang untuk memasarkan ikan.

PEMBINAAN KOLAM

1. Buat perancangan sebelum membina kolam seperti rangkabentuk kolam, susunan kolam, kedudukan bangunan, parit dll.
2. Bersihkan kawasan di mana kolam akan dibina.
3. Korek kolam – menggunakan jentera berat atau cangkul bagi kolam yang kecil.
4. Kedalaman kolam yang sesuai = lebih kurang 4 – 5 kaki.
5. Komponen utama kolam yang perlu ada/ dibina :
a. Batas atau ban – pastikan tidak mudah runtuh (tebing mesti bersudut 45 darjah).
b. Saluran untuk sumber air masuk ke dalam kolam dan juga untuk membuang air.

Gambar 3 : Parit untuk saluran sumber air masuk
Gambar 4 : Saluran air keluar melalui ‘monk’

B
Air masuk
Parit untuk saluran air keluar
Parit untuk saluran air masuk
A
Air masuk
Parit untuk saluran air masuk
Parit untuk saluran air keluar

Satu rangkai kolam selari
Rajah Dua rangkai kolam selari
Gambarajah 1 : - Beberapa Jenis Susunan Kolam-Kolam Ikan



Tambak/ Batas/ Ban
Saluran Air Masuk
Dasar kolam
3 kaki
5 kaki
Saluran air keluar
Monk
Saluran Air Keluar
Saluran air masuk
Keceruanan tebing = 45o












Gambarajah 2 : Contoh Keratan lintang sebuah kolam ternakan ikan


PERSEDIAAN KOLAM SEBELUM PELEPASAN BENIH IKAN

1. Keringkan air asal kolam untuk menggelakkan kematian ikan daripada jangkitan penyakit.
2. Buang lumpur pada dasar kolam kerana ia akan menurunkan kualiti air. Selain itu, buang semua tumbuhan air yang tidak memberi manfaat kepada ikan.
3. Taburkan kapur pada dasar, tebing dan batas kolam. Biarkan sekurang-kurangnya 2 minggu di bawah sinaran matahari. Kebaikan pengapuran adalah:
a. Meningkatkan pH air
b. Mengeraskan dasar kolam
c. Menghapuskan parasit (penyakit), musuh ikan dan tumbuhan yang tidak dikehendaki.
d. Mempercepatkan proses pereputan bahan organan serta meninggikan kesuburan kolam.
e. Mencepatkan proses mendakan bahan organan yang berlebihan di dalam air.
Berikut adalah jenis-jenis dan kadar penggunaan kapur yang disyorkan :
pH
Bawah 4
4 – 4.5
4.5 – 4.0
5.0 – 5.5
5.5 – 6
6 – 6.5
Kg/ha
Kapur Batu Putih - Limestone, CaMg (CO)
3805
3044
2283
1902
1012
888
Kapur Abu Panas, CaO2 (Quicklime/ Burnt Lime)
2917
2283
1776
1395
761
634
Kapur Abu Sejuk, Ca (OH)2 (Hydrated/ Slake Lime)
1903
1522
1142
1015
507
507

Gambar 5 : Kolam yang telah ditabur kapur
Gambar 6 : Aktiviti pengapuran sedang dijalankan

f. Selepas dasar kolam kering dan merekah, air dimasukkan ke dalam kolam
Gambar 7: Kolam yang telah dikapur dan dibiarkan kering sehingga dasar merekah/pecah

g. Setelah sekurang-kurangnya 1/3 kolam dipenuhi air, baja ikan ditabur untuk menyuburkan kolam dari segi kandungan plankton (makanan semulajadi ikan). Kadar penaburan baja air mengikut jenis adalah seperti berikut :
Jenis Baja
Kadar yang disyorkan
Baja Fosfat

i. Double Superfosfat (DSP)
400 kg/ ha/ setahun
ii. Triple Super Fosfat (TSP)”
340 kg/ ha/ setahun
Baja Nitrogen

i. Amonium Sulfat
80 kg/ ha/ setahun
ii. Amonium Nitrat
1,350 kg/ ha/ setahun
iii. Amonium liquar
550 kg/ ha/ setahun
iv. Urea
67 kg/ ha/ setahun


h. Setelah dibajai, kolam dibiarkan sekurang-kurangnya 2 minggu sehingga air kolam menjadi kehijauan.

Gambar 8: Kolam yang baru siap dibina (sebelum air dimasukan)
Gambar 9: Kolam yang sama iaitu setelah air dimasukkan


Gambar10 : Beberapa buah kolam penternak untuk ternakan ikan tilapia


i. Kemudian kualiti air diuji agar menepati keperluan mengikut kesesuaian seperti berikut :

Parameter
Nilai Yang Sesuai
i. Oksigen Terlarut (D.O)
Lebih dari 2.5 ppm
ii. Karbon dioksida
Kurang dari 25 ppm
iii. pH
6 – 8
iv. Suhu air
20 – 35oC (optimum 28 – 32oC)
v. Ammonia
Kurang dari 1.0 ppm


PELEPASAN BENIH IKAN TILAPIA

1. Kadar pelepasan = 3,000 – 5,000 ekor/ ha.
2. Biasanya benih ikan yang hendak dimasukkan ke dalam kolam disimpan di dalam beg plastik. Beg plastik ini perlu diapungkan di atas permukaan kolam sekurang-kurangnya setengah jam. Ini bertujuan supaya benih ikan tidak mengalami tekanan akibat perubahan suhu yang mendadak. Selepas itu, benih ikan dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam air.







PEMAKANAN

1. Ikan Tilapia adalah daripada jenis “Omnivorous” ataupun Maserba (iaitu boleh memakan makananan berasaskan haiwan dan juga tumbuhan).
2. Terdapat 3 punca utama iaitu :
a. Makanan semulajadi – bentos, nekton, plankton, lumut, tumbuhan air dll
b. Makanan tambahan – dedak, hampas kacang tanah, kelapa, soya, makanan berfomulasi (pellet), bahan-bahan buangan sayuran dan sebagainya.
3. Cara pemberian makanan :
a. Tabur - makanan ikan ditabur ke dalam atau di tepi kolam
b. Cara Cuba-cuba - makanan diberi perlahan-lahan sehingga ia berhenti makan. Cara ini agak lambat, namun demikian pemberian makanan boleh dikawal dengan senang.
4. Makanan haruslah diberikan ditempat yang sama setiap masa
5. Ikan perlu diberi makan 2 kali sehari iaitu pada sebelah pagi dan petang. Kadar pemberian makanan adalah seperti berikut :
Saiz Ikan
% Makanan yang patut diberi mengikut berat badan
Anak ikan kurang dari 2 inci
6 – 10%
Anak ikan antara 2 – 6 inci
3 – 6%
Ikan lebih dari 6 inci
2%

Gambar11 : Makanan ikan iaitu pellet (kiri) dan tumbuhan (kanan)
Gambar 12 : Aktiviti menabur makanan.
Gambar 13: Salah satu jenis makanan berfomulasi (pellet) berjenama DINDING
Gambar 14: Salah satu jenis makanan berfomulasi (pellet) berjenama CARGILL






AKTIVITI HARIAN

Pemeriksaan ke atas kolam biasanya dibuat khususnya pada waktu pagi. Ini bagi mengelakkan penternak mengalami masalah-masalah diluar jangkaan. Antara aktiviti yang perlu ialah:

1. Memberi makanan
2. Pemeriksaan kebocoran kolam/ tambak/ batas
3. Memeriksa kualiti air.
4. Membersihkan penapis saluran air masuk dan keluar
5. Mengawal rumpair
6. Mengawal pemangsa
7. Membuat catatan harian

PENUAIAN

1. Penuaian boleh dilakukan mengikut bilangan ikan yang hendak dituai iaitu samada :
a. Penuaian secara sebahagian – menggunakan jala, dengan tangan, pukat tarik.
b. Penuaian keseluruhan – dilakukan dengan mengeringkan kolam sepenuhnya.
2. Umumnya tidak semua ikan yang dituai dapat dijual sekaligus. Oleh itu, penternak perlu menyediakan tempat seperti kolam khas (kecil), tangki atau bekas yang mengandungi air dan dibekalkan alat pengudaraan untuk menyimpan hasil tangkapan sebelum dipasarkan.
3. Semasa penyimpanan ini, air batu boleh digunakan ke dalam tangki berkenaan dengan tujuan untuk menurunkan suhu dan mengurangkan aktiviti-aktiviti bakteria dan sebagainya.

Gambar 15: Ikan yang dituai dikumpul dalam kolam simen sebelum dipasarkan.
Gambar 16: Penternak baru sahaja menuai ikan tilapianya menggunakan pukat

Gambar 17: Aktiviti penuaian ikan menggunakan pukat
Gambar 18: Aktiviti penuaian ikan menggunakan pukat




PENGANGKUTAN IKAN UNTUK PEMASARAN

Terdapat 2 cara utama yang boleh digunakan :
i. Bekas-Bekas / Tangki - berbagai bekas boleh digunakan seperti tong plastik, basin, bakul, kotak kayu dll. Bekas-bekas ini perlu dibekalkan pengudaraan dan suhu air dikawal.
ii. Membungkus – sesuai sekiranya destinasi pasaran yang jauh. Selalunya bahan pelali dan air batu digunakan bagi memastikan ikan berada dalam keadaan yang baik.

Gambar 19: Peti plastik yang diguna untuk menyimpan ikan untuk dipasarkan
Gambar 20: Tangki PVC yang diisi air dan dibekalkan pengudaraan digunakan semasa memasarkan ikan.

Gambar 21: Bekalan oksigen dimasukkan ke dalam beg plastik yang mengandungi ikan dalam jumlah yang sedikit.
Gambar 22: Ikan dalam tangki yang diangkut menggunakan lori untuk dipasarkan.