Kebun Warisan's Followers

Showing posts with label Penanaman. Show all posts
Showing posts with label Penanaman. Show all posts

Sunday, March 13, 2011

TANAM POKOK BUAH DALAM PASU DAN CARA-CARA MENYEDIAKAN CAMPURAN TANAH


TANAM POKOK BUAH DALAM PASU DAN CARA-CARA MENYEDIAKAN CAMPURAN TANAH



Biasanya pokok buah-buahan ditanam di ladang. Akibat kekurangan kawasan khususnya di perkarangan rumah, teknik menanam di dalam pasu yang mulanya sebagai hobi, kini dikomersilkan. Antara tanaman yang sesuai ditanam dalam pasu atau bekas ialah belimbing besi, mangga, jambu air, rambutan, limau, kedondong, ciku dan mata kucing.

Pada umumnya, teknik ini digemari kerana;-

· Boleh dijalankan di kawasan yang kecil terutama di sekitar rumah kediaman

· Masalah serangan serangga dan penyakit lebih mudah dikawal

· Masa berbuah dapat ditentukan dengan pemberian zat pemakanan yang sesuai dan tepat pada masa yang dikehendaki

· Kedudukan tanaman boleh diubah ke tempat yang dikehendaki

· Tiada pembaziran zat makanan tanaman

Faktor-faktor yang mempengaruhi hasil tanaman buah-buahan dalam pasu

1. Agroiklim:
Jenis tanaman yang dipilih hendaklah sesuai dengan agroiklim sesuatu tempat. Ini merangkumi suhu, kelembapan udara, jumlah hujan, matahari dan topografi.


2. Bahan Tanaman:
Bahan tanaman yang berasal daripada pembiakan tampang hendaklah dipilih kerana ia cepat mengeluarkan hasil. Selain daripada itu ia hendaklah sihat, bebas dari penyakit dan perosak.


3. Bekas Tanaman:
Ukuran dan bentuk bekas hendaklah sesuai dengan jenis tanaman bagi menjamin pertumbuhan yang baik dan cepat mengeluarkan hasil. Sebagai contoh, anak benih setinggi 60-70 cm, sesuai ditanam dalam bekas berukuran 30 cm panjang, 30 cm tinggi dan 30 cm lebar. Bekas-bekas seperti pasu tanah liat, pasu simen, plastik atau tong drum boleh digunakan. Pasu-pasu ini mesti mempunyai lubang di bahagian dasarnya supaya ia tidak bertakung. Penggantian kepada bekas yang lebih besar dibuat 2-3 tahun sekali selaras dengan pertumbuhan pokok.


4. Media Tanaman:
Media tanaman yang sesuai ialah campuran tanah kebun, pasir, tahi lembu/ayam atau kompos. Nisbahnya 1:1:1 atau 2:1:2. Bahan-bahan lain yang diperlukan ialah NPK (15:15:15).

Penjagaan

Penjagaan tanaman bagi teknik dalam pasu adalah hampir sama dengan penjagaan tanaman di ladang. Ini termasuklah:-

1. Penyiraman:
Dilakukan dua kali sehari (pagi dan petang). Air perigi atau air mata air sangat sesuai digunakan.


2. Naungan:
Anak benih hendaklah diberi naungan selama sebulan sebelum dipindahkan ke tempat terbuka. Pada amnya sinaran matahari selama 5 jam sehari diperlukan.


3. Pangkasan:
Pangkasan pembetukan dan penjagaan yang teratur dapat meninggikan kualiti dan kuantiti hasil. Sebagai panduan tanaman yang mempunyai batang bergaris pusat 3-5 cm, perlu mempunyai 5-6 dahan/cabang sahaja.


4. Pembajaan
Kedua-kedua jenis baja diperlukan iaitu baja organik dan bukan organik. Di peringkat permulaan, baja NPK (15:15:15) diberi sebulan sekali manakala di peringkat berbunga dan berbuah baja NPK (15:19:10) diperlukan.


5. Kawalan perosak dan penyakit:
Pelbagai kaedah kawalan boleh dijalankan bagi tanaman buah-buahan dalam pasu, antaranya ialah:-
- menyembur dengan racun kimia yang sesuai.
- menjaga kebersihan kawasan penanaman
- menggunakan anak benih yang bebas dari serangan perosak dan penyakit
- membuang buah (putik) yang berpenyakit atau rosak dengan tangan


6. Meransang pembungaan dan pengeluaran buah:
Disamping penjarangan buah, terdapat kaedah-kaedah lain untuk mencepatkan pengeluaran hasil. Antaranya ialah melentur dan melukakan dahan/cabang dan penggunaan penggalak tumbuhan yang terdapat di pasaran.


7. Memetik hasil:
Waktu yang tepat untuk memetik hasil menentukan kualiti dan rasa buah. Catatan masa dan tarikh tanaman mula berbunga sangat penting untuk dijadikan rujukan.

Antara aktiviti yang dijalankan secara rutin

1. menyediakan campuran tanah

2. pasu memasu

3. menukar pasu

4. pembiakan tumbuhan

5. penyelenggaraan tanaman

6. memangkas

7. membaja

8. menyiram

9. merumput

10. mengawal penyakit dan musuh tanaman

11. menentukan cahaya

12. menentukan kelembapan suhu dan peredaran udara yang optima

Ciri-ciri campuran tanah yang baik untuk tanaman berpasu

Campuran tanah pasu yang baik boleh membantu pertumbuhan pokok hiasan dalam keadaan yang optima sekiranya mempunyai kriteria seperti berikut:-

1. Fizikal atau tekstur tanah hendaklah berkeadaan peroi dan gembur supaya wujud pengudaraan yang baik, penjalaran akar yang sempurna dan penyerapan air yang tinggi.


2. Campuran tanah mestilah mengandungi unsur-unsur yang mencukupi dan seimbang pada semua peringkat tumbesaran dan perkembangan pokok.


3. Campuran tanah hendaklah bebas daripada bahan-bahan toksik, penyakit dan serangga perosak.

4. Bahan-bahan utama untuk membuat campuran tanah hendaklah murah dan senang didapati.


5. Elakkan menggunakan najis haiwan supaya tidak mencemarkan udara persekitaran dengan bau yang busuk.


6. Setiap bahan mestilah seimbang mutunya dan mempunyai fungsi-fungsi tertentu.

7. Kaedah yang digunakan untuk membuat tanah campuran hendaklah senang dan mudah.

Bahan-bahan utama dalam campuran tanah

Tanah peroi, bahan organik, pasir sungai dan baja asas.

Tanah peroi:
Tanah mengandungi beberapa bahagian bahan galian seperti batu, pasir, tanah liat, reputan hijau (bahan organik) dan lain-lain. Tanah peroi juga dikenali dengan panggilan tanah atas (top soil) yang boleh didapati kurang daripada 0.5 meter dari permukaan tanah. Tanah atas mempunyai berbagai warna dan tekstur bergantung kepada kuantiti kandungan bahan utama yang terdapat dalam tanah itu, contohnya tanah atas yang mengandungi banyak bahan organik mempunyai warna lebih gelap. Dalam kerja-kerja menyediakan tanah campuran, bahagian tanah peroi dijadikan panduan sukatan untuk bahan-bahan lain seperti pasir dan bahan organik. Tanah peroi terbahagi kepada 3 jenis:-

1. Tanah peroi berpasir

2. Tanah peroi sederhana

3. Tanah peroi liat

Tanah peroi berpasir mempunyai kandungan pasir yang tinggi, tekstur terbuka, mudah kehilangan kandungan air (mudah kering), daya penyerapan air rendah dan mengandungi 5-10% lempung.

Tanah peroi sederhana paling sesuai digunakan kerana teksturnya gembur dan peroi. Tahap penyerapan air yang tinggi dan mengandungi 20-40% lempung.

Tanah peroi liat mengandungi lempung yang padu dan padat, melekat dan mempunyai daya penyerapan air yang tinggi. Tanah peroi liat mengandungi lebih 40% lempung. Tanah peroi yang sesuai mempunyai keasidan tanah sebanyak pH 5.5 - 6.5 dan sesuai untuk kebanyakan pokok hiasan tropika.

Bahan organik

Pelbagai bahan organik sesuai digunakan untuk membaiki tekstur tanah. Kebanyakan bahan organik terhasil daripada reputan hijau atau sisa buangan pertanian. Tanah memerlukan bahan organik untuk menggalakkan kegiatan mikro-organisma yang berfaedah, memperbaiki tekstur tanah bagi penyerapan air yang sempurna dan membantu pengudaraan dalam tanah.

Jenis-jenis bahan organik

1. Najis Haiwan
Bahan organik yang terhasil daripada najis haiwan seperti tahi lembu, tahi ayam, tahi kambing perlulah direputkan dan disejukkan terlebih dahulu sebelum boleh digunakan untuk mengelakkan kelecuran. Kandungan unsur-unsur utama yang terdapat dalam baja najis haiwan adalah rendah iaitu 2-3% N, 3% P dan 5% K (Nitrogen, Fosforus, Kalium). Pada masa ini baja najis haiwan sukar diperolehi dan harganya juga agak mahal. Terdapat beberapa kelemahan dalam penggunaan baja najis haiwan seperti baunya yang kurang menyenangkan dan menjadi agen kepada penyebaran benih rumput.


2. Tanah Gambut
Tanah gambut terjadi hasil daripada mendapan bahan organik melalui proses pereputan sisa buangan pertanian seperti jerami padi, rumput dan daun kering serta lain-lain. Proses mendapatan ini berlaku dalam jangka masa bertahun-tahun lamanya. Daya penyerapan air bagi tanah gambut adalah tinggi.


3. Baja Kompos
Baja kompos diperbuat daripada bahan sisa buangan pertanian seperti daun, ranting, pelepah dan lain-lain yang direputkan untuk dijadikan baja. Baja kompos mempunyai daya penyerapan air yang sederhana dan mengandungi unsur-unsur utama yang rendah. Kebaikan menggunakan baja kompos ialah tidak ada pembaziran dalam amalan pertanian kerana sisa buangan pertanian diguna semula. Penggunaan baja kompos juga dapat membaiki tekstur tanah.


4. Habuk Papan
Elakkan daripada menggunakan habuk papan yang tercemar oleh minyak mesin kayu dan sebaiknya direputkan terlebih dahulu.


5. Sekam Padi
Sekam padi yang belum atau sudah dibakar boleh digunakan.


6. 'Cocofibre'
Gabus-gabus kecil yang dihasilkan daripada sabut kelapa ini telah banyak digunakan dalam campuran tanah. Bahan ini mempunyai daya penyerapan air yang tinggi.

Pasir
Pasir membantu pengudaraan dan pengaliran air kerana ia membuka dan meronggakan tekstur tanah. Beberapa jenis pasir boleh didapati seperti pasir sungai, pasir lombong dan pasir laut. Untuk kegunaan dalam campuran tanah sebaik-baiknya gunakan pasir yang mengandungi sekurang-kurangnya 90% kumin pasir dan saiznya lebih kurang 5 mm. Pasir sungai adalah pasir yang terbaik untuk digunakan dalam campuran tanah kerana kasar dan bersih.

Baja Organik
Pada kebiasaannya kandungan unsur-unsur yang terdapat dalam tanah campuran adalah rendah dan tidak seimbang untuk pokok pada peringkat awal pertumbuhan. Untuk mendapatkan unsur-unsur tambahan dalam campuran tanah, baja organik yang mengandungi unsur NPK 8:8:8 atau 10:10:10 perlulah digunakan. Baja organik yang dihasilkan daripada bahan-bahan seperti serbuk tulang, darah kering, serbuk udang, guano dan sebagainya banyak djual dalam pasaran.

Kapur
GML atau kapur pertanian biasanya digunakan untuk menentukan keasidan tanah ke tahap yang sesuai bagi kegiatan pertanian yang hendak dilaksanakan, contohnya untuk penanaman pokok tahap keasi dan tanah yang diperlukan ialah pH 5.5 - 6.5. Selain menentukan keasidan tanah kapur juga berupaya membasmi telur dan larva serangga perosak serta beberapa jenis kulat yang terdapat dalam tanah. Dalam kerja-kerja menyediakan campuran tanah bagi tanaman berpasu kapur perlu dicampurkan bagi tujuan yang dinyatakan tadi.

Jenis campuran tanah
Ada 2 jenis campuran tanah asas yang digunakan untuk pokok-pokok tanaman hiasan, campuran tanah pasu dan campuran tanah tapak semaian.

1. Campuran tanah pasu

Campuran tanah ini sesuai bagi semua pokok hiasan:
- 3 bahagian tanah peroi
- 2 bahagian bahan organik (tanah gambur)
- 1 bahagian pasir sungai

Baja asas:
- 3.5-4.0 kg. baja organik
- 3.5-4.0 kg. kapur pertanian bagi menghasilkan 1 meter padu tanah campuran

2. Campuran tanah semaian
- 2 bahagian tanah peroi sederhana
- 1 bahagian bahan organik (tanah gambut)
- 1 bahagian pasir sungai

Baja asas:
- 2.5-3.0 kg baja fosfat
- 2.0-2.5 kg kapur pertanian bagi menghasilkan 1 meter padu tanah campuran.

Cara-cara membuat campuran
Terlebih dahulu sediakan peralatan asas yang diperlukan bagi membuat campuran tanah, seperti berikut:-

- baldi besar (10 liter) untuk menyukat bahan-bahan utama.
- Dacing untuk sukatan baja asas.
- Pencakar dan cangkul untuk memecah dan meratakan tanah
- 'Slope' untuk mencampur dan membalikkan bahan-bahan utama.
- Kereta sorong untuk mengangkut bahan
- Ayak (saiz 1 sm) untuk mengayak bahan utama

Cara membuat

1. Longgokkan 3 baldi penuh tanah peroi yang sudah diayak di atas lantai dan ratakan setebal 3-4 inci.

2. Longgokkan 2 baldi penuh bahan organik (tanah gambut) yang sudah diayak di atas lapisan tanah peroi dan ratakan.

3. Longgokkan 1 baldi penuh pasir sungai yang sudah diayak di atas lapisan bahan organik dan ratakan.

4. Sukat baja asas dan kapur sebanyak yang ditentukan dengan menggunakan dacing dan taburkan di atas lapisan pasir sungai.

5. Dengan menggunakan slope balik-balikkan lapisan bahan-bahan tersebut dari satu tempat (A) ke satu tempat (B) dan ulangkan 3-4 kali sehingga bahan-bahan dalam campuran benar-benar bercampur dengan rata.

Untuk menguji campuran tanah yang dihasilkan menepati kriteria tanah campuran yang betul, ambil segenggam tanah campuran tersebut dan kepal. Sekiranya tanah campuran tidak pecah setelah genggaman dibuka dan pecah berderai setelah dijatuhkan di atas lantai, ini menunjukkan campuran tanah yang dihasilkan adalah betul. Campuran tanah yang disediakan ini boleh terus digunakan atau disimpan selama 3-4 bulan. Sekiranya campuran tanah ini hendak disimpan elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari dan hujan.

Faedah daripada campuran tanah yang betul

Campuran tanah yang digunakan di dalam pasu atau bekas-bekas lain mestilah disediakan dengan sempurna dan teratur supaya pokok mendapat segala faedah daripadanya seperti:-

1. Peredaran udara dalam tanah yang baik membolehkan akar bernafas dengan sempurna.

2. Membolehkan akar lebih aktif untuk menyerap air dan unsur-unsur yang ada di dalam tanah.

3. Penyerapan air yang lebih tinggi.

4. Mengandungi unsur-unsur yang mencukupi dan seimbang untuk keperluan pokok.

5. Bebas daripada penyakit dan serangga.


InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&Agrotourism.Petikan dari sumber luar untuk perkongsian semata2.

Sunday, January 3, 2010

PANDUAN MENANAM TIMUN DAN

PANDUAN MENANAM TIMUN DAN TIMUN JEPUN


Nama Botani
Famili
: Cucumis Sativus Linn
: Cucucbitacea

Sila klik pada tajuk-tajuk di bawah ini:-


Menanam Timun (pdf)
Timun (Wikipedia Bahasa Melayu)
Mentimun (Wikipedia Indonesia)


Varieti:

MT 1
Varieti MARDI ini ditanam di pantai timur. Lambat mengeluarkan hasil (7-11 minggu selepas menanam). Buahnya pendek dan banyak (10-15 biji/pokok). Hasil dari varieti ini adalah 15-25 tan/hektar.


MT 2
Varieti MARDI. Cepat mengeluarkan hasil. Buahnya sederhana besar dan sangat ranggup. Pungutan hasil ialah 5-10 minggu selepas menanam. Hasilnya ialah 20-30 tan/hektar.


Simpang Pulau
Varieti ini popular di Perak. Kulit buah berwarna hijau tua. Buah sederhana besar. Hasil adalah 20-25 tan/hektar.

Pengenalan:

Timun boleh ditanam di ladang ataupun di sekeliling rumah. Pokoknya tidak memerlukan ruang yang luas kerana ia adalah sejenis sayuran yang menjalar, yang perlu hanyalah cacakan kayu atau pagar-pagar tegap supaya pokok dapat memanjat. Timun tidak memerlukan perhatian yang rapi seperti pokok-pokok lain.

Sebagai ulam timun mengandungi Vitamin A dan kelebihan zat ini tidak dapat ditandingi dengan sayur-sayuran lain seperti kacang bendi dan labu. Timun mengandungi Vitamin A yang setanding dengan cili hidup iaitu lebih kurang 130 IU/Ox (4.6 IU/gm).

Kesusuaian Tanah:

Tanah yang sesuai untuk tanaman timun ialah tanah yang gembur, mengandungi cukup bahan-bahan organan, mempunyai saliran yang baik dan berkeupayaan memegang air. Pokok timun memerlukan hawa panas tetapi tidak terlalu terik, kerana kalau terik ia memerlukan lebih baja dan air. Jika penanaman dimulakan di pertengahan musim kemarau, pokok menjadi kerdil, kerana kekurangan air di dalam tanah untuk pokok menghisap. Sebaik-baiknya penanaman dimulakan di akhir musim hujan di mana udara lebih sejuk disamping suhunya menggalakkan benih timun bercambah dengan cepat.

Tanah digembur dengan cangkul atau ditenggala dengan trektor. Buat batas berukuran 1.2 m lebar x 7.6m panjang dan 23-26 cm tinggi. Bubuh baja organan (tahi lembu atau tahi ayam yang reput dan bakaran sampah sarap) di setiap lubang tanaman atau di dalam parit kecil yang dibuat di kedua belah batas. Banyak baja bergantung kepada kesuburan tanah (11.5 kg/batas atau 12.6 tan metrik/ha).

Penanaman:

Benih timun boleh ditanam terus atau dicambahkan dan diubah ke ladang. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 60 cm x 60 cm (2' x 2'). Dua barisan tanaman timun boleh ditanam atas tiap-tiap batas. Benih timun ditanam terus ke lubang dengan kadar 2-3 biji benih selubang. Siram dua kali sehari. Percambahan akan berlaku selepas 3-4 hari. Selepas 10 hari anak pokok yang kurang subur dibuang dengan meninggalkan 1-2 pokok di satu tempat.

Benih timun boleh juga dicambahkan di dalam kain bersih yang basah, dan seterusnya tiga anak semaian diatur di dalam 'kerek'. Anak-anak semaian di dalam 'kerek' diubah ke ladang selepas 4-6 hari. Pilih anak semaian yang subur sahaja untuk diubah. Pembajakan berikut boleh digunakan:-

14 bahagian Sulphate of Ammonia
11 bahagian Double Superphosphate
5 bahagian Muriate of Potash
11 bahagian Kieserite

atau gunakan baja sebatian NPK Hijau (15:15:15). Baja dua minggu sekali sebanyak 14_28 gm sepokok/sekali, iaitu bila anak semaian berumur 10-12 hari. Tabur keliling pokok atau ke dalam parit kecil yang dibuat di kiri kanan barisan anak-anak timun. Pokok timun memerlukan sokongan sebaik-baik sahaja ia mengeluarkan jari-jari, iaitu apabila anak pokok berumur 14-16 hari.

Pokok timun perlu disiram sekurang-kurang sekali sehari sehinggalah hasilnya dipungut. Dalam musim hujan pokok-pokok timun tidak sepatut disiram terlalu kerap. Merumput patut dilakukan supaya tidak ada persaingan untuk zat makanan antara rumput dengan pokok timun dan untuk mengelakkan pembiakan musuh dan penyakit. Merumput dilakukan dengan tangan atau dengan cangkul.

Membuat Junjung / Penyokong:
Pokok timun bertabiat menjalar dan memerlukan junjung / penyokong untuk memanjat. Kayu junjung/penyokong yang dibuat daripada kayu hutan, buah dan lain-lain sistem para. Sistem trellis yang menggunakan tiang-tiang kayu, para-para dawai dan tali rafia tahan lama tetapi kos adalah lebih tinggi.

Pembajaan:
Timun memerlukan nutrien sebanyak 150-200 kg N, 30 kg P, 160-200 kg dan 20 kg Mg bagi sehektar. Baja organik dan inorganik yang disyorkan adalah seperti berikut:-


Pusingan Masa Jenis Baja Kadar/batas
(7.5m x 1.2m) Amaun/hektar
(650 batas)
1
2
3
4 Sebelum menanam
2 minggu
4 minggu
6 minggu Baja organan
NPK 15:15:15
NPK 12:12:17:2
NPK 12:12:17:2 6 kg
300 kg
450 kg
450 kg 4 tan
200 kg
300 kg
300 kg

Pengairan:
Memerlukan lembapan yang cukup untuk hidup subur. Penyiraman perlu dilakukan 1-2 kali sehari, kecuali pada hari hujan, secara manual atau sistem pengairan renjis.

Musuh:
Musuh yang selalu menyerang timun ialah penyakit ulat dan kumbang Aulacophora, ulat lalat buah (dacus spp.) dan kutu daun. Gunakan racun serangga untuk mengawal musuh-musuh ini.

Penyakit:

Penyakit yang selalu menyerang timun ialah Bintik Berpusar, Kulapok Downy dan Kulapok Debu. Gunakan racun kulat untuk mengawalnya.

Pungutan Hasil:

Buah timun dapat dipungut lebih kurang 30 hari selepas ditanam. Pungutan dibuat dua hari sekali. Ia akan terus mengeluarkan hasil selama 25-30 hari. Buah yang masak mempunyai kulit yang licin sementara yang muda kulitnya kasar dan berkilat.


PANDUAN MENANAM TIMUN JEPUN SECARA
SISTEM HIDROPONIK

Pengenalan:

Sistem ini merupakan kaedah penanaman tanpa tanah di mana bahan makanan dibekalkan melalui larutan nutrien dan garam galian. Oleh kerana sistem hidroponik memerlukan modal yang tinggi, jenis tanaman yang bernilai tinggi seperti timun Jepun disyorkan. Setakat ini, keluasan tanaman ini yang diusahakan secara hidroponik masih kecil. Namun demikian sistem ini berpotensi diperluaskan untuk pasaran tertentu di bandaraya.

Pengeluaran secara sistem hidroponik perlu dilaksanakan di bawah struktur pelindung hujan. Antara kebaikan sistem ini ialah:-

pengeluaran hasil bagi satu unit kawasan adalah lebih tinggi kerana pengambilan baja lebih efisien dan jarak tanaman yang lebih rapat

menggalakkan pengeluaran sayuran yang berterusan sepanjang tahun

menggalakkan impak percikan air hujan ke atas tanaman dan seterusnya kerosakan tanaman


FAKTOR-FAKTOR PENTING DALAM PEMILIHAN SISTEM

Pasaran
Pasaran merupakan faktor penting dalam menentukan jenis sayuran yang diusahakan dan juga teknologi pengeluaran yang sesuai. Pasaran pula ditetapkan mengikut lokasi dan permintaan terhadap jenis sayuran. Permintaan pasaran terhadap sayuran tertentu dan secara berterusan sepanjang tahun menggalakkan penggunaan sistem ini.


Kemampuan Kewangan
Penggunaan teknologi ini memerlukan kos permulaan yang agak tinggi, pengusaha perlu mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh.


Tenaga Kerja
Dalam keadaan di mana tenaga kerja terhad, sistem ini sangat sesuai disyorkan sebagai alternatif.


Pengetahuan dan Pengalaman
Pemilihan kaedah pengeluaran yang sesuai juga bergantung kepada kemahiran pengusaha. Pengetahuan dan pengalaman dalam penyelenggaraan tanaman secara sistem hidroponik adalah penting untuk memastikan kejayaannya.

KULTIVAR YANG DISYORKAN

Dua kultivar yang disyorkan adalah Sakata Seeds No. 67 dan Sakata Seeds No. 69. Ciri kedua-dua kultivar ini adalah seperti berikut:-

Kultivar Sakata Seeds No.67 Sakata Seeds No. 69
Nisbah bunga betina : jantan
Masa berbunga (lepas disemai)
Warna buah
Bentuk buah
Berat buah
Lain-lain ciri 50 : 50
35-37
Hijau tua
Lurus
90-100 gm
Duri halus putih di permukaan buah 80 : 20
35-37
Hijau tua
Lurus
90-100 gm
-



JENIS SISTEM

Jenisnya ialah Intermittent Nutrient Flow Technique (INFT). Bagi sistem ini bakul-bakul kecil yang mengandungi anak benih, diletakkan di dalam lubang pada penutup palong dengan akarnya mencecah larutan nutrien. Pelan latar asas sistem INFT (lihat Rajah 1).

PERALATAN SISTEM

Peralatan yang diperlukan untuk sistem ini adalah seperti berikut:-
Tangki air berkapasiti 1000 liter
Pam letrik berkuasa 2 H.P.
Bekas takongan atau palong berukuran 4 m panjang x 0.2 m lebar x 0.1 m dalam
Paip masuk air, jenis P.E. Grade D, berikuran 50 mm untuk mengepam air ke dalam palong.
Paip buang air, jenis P.E. Grade 0, berukuran 100 mm untuk mengumpul air yang mengalir dari palong.
Bekas air adalah penting dalam sistem hidroponik. Air tadahan hujan atau air paip boleh digunakan. Bagi air paip, kandungan klorinnya perlu diawasi sebelum air digunakan. Kandungan klorin boleh dikurangkan dengan membiarkannya dalam takongan sehari.

Bagi sistem ini, larutan nutrien dipam dari tangki air secara berkala ke dalam palong. Pam untuk menggerakkan dan mengalirkan air dijadualkan berjalan selama setengah jam setiap satu jam mulai pukul 7 pagi hingga 7 malam (pam dijalankan 8 kali dengan jumlah 4 jam sehari).

Bekas takongan biasanya dalam bentuk palong dan saiznya berbeza mengikut keperluan. Bekas takongan ini digunakan untuk mengisi larutan nutrien yang mengalir dan boleh dibuat dengan kayu (lihat Rajah 2).. Palong-palong dibuat daripada plywood setebal 1 cm. Saiz palong adalah 400 cm panjang x 20 cm lebar x 10 cm dalam. Palong-palong ini perlu dilapikkan dengan plastik hitam tebal. Bagi kawasan seluas 10 m x 20 m, ia boleh menempatkan 80 palong.

Styroform yang dipotong mengikut ukuran palong digunakan sebagai penutup palong. Lubang-lubang yang boleh memuatkan bakul semaian ditebok di styroform mengikut jarak tanaman yang akan diusahakan. Bagi tanaman timun Jepun, jarak lubang adalah 40.5 cm. Palong-palong boleh diletakkan di atas para-para yang dibuat daripada kayu (lihat Rajah 3). Empat palong boleh diletakkan di atas satu rak di mana empat palong ini mendapat bekalan air dari satu paip masuk dan satu paip buang. Palong-palong hendaklah diletakkan mencondong ke sebelah (dengan cerun 1:100) supaya air dapat mengalir daripada bahagian masuk air kepada bahagian buang air melalui tekanan graviti. Air yang dikumpulkan dalam tangki dipamkan semula ke dalam palong-palong tersebut.

Dalam sistem INFT ini, kepingan styroform berukuran 17.6 cm lebar x 5 cm tinggi dari 1.2 cm tebal diletakkan di bahagian tengah dan hujung tiap-tiap palong sebagai sekatan. Ini adalah untuk memastikan sedikit air dapat bertakong semasa pam tidak berjalan. Kaedah ini juga menjamin tanaman tidak terjejas sekiranya berlaku masalah terputus bekalan letrik. Semasa pam tidak berjalan, takongan air baja yang bertakung kerana adanya sekatan dalam setiap palong memadai untuk keperluan tanaman. (Sila lihat pelan struktur sistem hidroponik) !

PEMILIHAN STRUKTUR PELINDUNG

Struktur pelindung hujan digunakan untuk pengeluaran sayuran secara hidroponik. Struktur ini sama seperti rumah dan dibuat daripada kayu tetapi bumbungnya adalah bahan plastik yang lutsinar dan tidak berdinding. Struktur jenis kayu adalah lebih murah dan senang dibina walaupun tempoh hayatnya lebih pendek daripada jenis besi.

Bentuk yang popular adalah gergaji dan gable. Jenis tiang yang disyorkan adalah kayu keras (Kelas B). Bagi bumbung, kayu kelas C yang berkualiti sederhana boleh digunakan (lihat Rajah 4 dan 5).

PENYEDIAAN LARUTAN NUTRIEN

Sebelum anak benih dialih, bancuhan baja dalam tangki dibuat terlebih dahulu. Campuran baja yang dibuat adalah mengikut jenis tanaman yang diusahakan, kerana setiap tanaman mempunyai keperluan baja yang berlainan. Tanaman timun Jepun memerlukan kadar Kalium dan Kalsium yang berbeza. cF atau condutivity factor dan pH larutan baja juga perlu sentiasa dalam lingkungan yang disyorkan iaitu pH 5.5 - 6.5 dan 20 - 30 cF.

Contoh formulasi baja dalam tangki hidroponik

Jenis Nutrien g/1000 liter air
Larutan A: CaNO3 900
Larutan B: KNO3 600
MgSO4 450
KH2PI4 160
EDTA-FE4 7.9
ZnSO3 0.4
MnSO4 1.5
CuSO4 0.3
NH4Mo4 0.1
H3BO3 1.7


Formulasi baja larutan pekat di dalam pasaran biasanya dirumuskan sebagai Rumusan A dan B, di mana rumusan A adalah kalsium nitrat dan rumusan B adalah campuran lain-lain nutrien. Setiap rumusan adalah larutan pekat dan perlu diasingkan untuk mengelakkan pemendapatan jika kedua rumusan pekat ini dicampurkan. Dalam persediaan larutan baja di dalam tangki yang luas seperti 1000 liter, rumusan A dan B dicampur dengan kadar 1:1. Campuran kedua-dua rumusan dalam tangki air yang besar tidak akan menyebabkan pemendapatan.

PENANAMAN DAN PENYELENGGARAN POKOK
Menyemai biji benih

Sebanyak 3 g biji benih timun Jepun diperlukan untuk sistem hidroponik di rumah lindungan berukuran 10 m x 20 m. Semaian tanaman disediakan terlebih dahulu sebelum diletakkan ke dalam palong tanaman. Semaian biasanya dilakukan 5-7 hari sebelum dialih. Sedikit rockwool digunakan sebagai media percambahan dalam setiap bakul. Bakul-bakul yang telah disemai dengan biji benih ini diaturkan ke dalam bekas yang diisi dengan sedikit air baja dan diletakkan di kawasan yang redup.

Jarak tanaman

Bekas-bekas yang mengandungi anak benih yang sihat dan subur sahaja dipilih untuk dialihkan ke palong tanaman. Bekas-bekas ini diletak di dalam lubang palong yang berjarak 40.5 cm antara satu sama lain sepanjang palong. Jarak tanaman diantara pokok di dalam palong lain adalah 40.5 cm tiga segi sama. Sebanyak 700 pokok diperolehi dari kawasan 10 m x 20 m (lihat Rajah 6).

Menyedia trellis

Sistem trellis perlu disediakan kerana varieti Sakata adalah jenis indeterminate. Sokongan kayu untuk dawai-dawai trellis di sediakan di kedua hujung palong dan di tengah palong. Tinggi sokongan kayu adalah 20 cm. Dawai halus dipasang selari dan melintang dengan panjang palong dengan jarak 60 cm antara satu sama lain (lihat Rajah 7).

Pokok timun Jepun dilatih dan diikat dan diikat ke dawai trellis supaya dahan-dahan cabang menegak dan cabang-cabang akan berada di bahagian atas trellis dawai yang disediakan apabila pokok membesar. Dahan-dahan berlebihan di bahagian atas dan di bawah trellis akan dibuang supaya pengudaraan mencukupi dan tidak menggalakkan keadaan lembab yang boleh menyebabkan serangan penyakit.

Kawalan perosak

Semburan racun kulat perlu pada peringkat pertumbuhan awal. Semburan racun serangga perosak dibuat apabila diperlukan sahaja. Kadangkala semburan baja daun terutama kalsium diperlukan untuk menjamin kesuburan pokok (terutama untuk megelakkan penyakit blossom end rot bagi tanaman tomato).

Pengawasan yang rapi perlu dijalankan dan langkah-langkah kawalan diambil segera apabila serangan perosak atau penyakit melebihi Paras Ambang Ekonomik. Semburan racun perosak sekiranya perlu, dijalankan secara semburan setempat iaitu menyembur pada pokok tanaman yang diserang perosak atau penyakit sahaja. Kumbang daun (penyakit kulapuk downy), kutu daun (penyakit kulapuk berdebu) dan lalat buah (penyakit antraknos lecur anak benih dan penyakit virus) adalah diantara perosak dan penyakit timun Jepun.
PEMBACAAN pH dan cF

Alat meter ringkas untuk membaca paras pH dan kepekatan bahan larut cF perlu untuk menyelenggara keadaan larutan baja dalam tangki atau palong. Bacaan ini amat penting untuk memastikan larutan baja mengandungi zat yang secukupnya dan tidak kurang atau terlebih daripada keperluan tanaman. Pemerhatian terhadap kekurangan air dalam takungan perlu dibuat dan ditambah bila perlu. Bacaan cF dan pH perlu ditahap yang disyorkan dan penambahan larutan dibuat untuk mendapat bacaan yang sesuai.

PENGUTIPAN HASIL

Hasil dikutip 35-37 hari selepas disemai apabila panjang buah timun Jepun berukuran lebih kurang 20 cm. Timun digred berdasarkan saiz, warna, kesegaran, tahap kecederaan mekanikal dan kesan serangan penyakit dan serangga. Buah-buah timun yang baik perlu diasingkan daripada buah-buah yang rosak akibat serangan penyakit atau serangga, bengkok, terbantut dan berwarna kuning. Pembersihan dengan air tidak digalakkan kecuali jika terlalu kotor.

Buah-buah yang dipilih dibungkus dalam beg plastik polietilena yang mempunyai lubang-lubang kecil. Untuk memanjangkan tempoh penyimpanan buah timun, ia perlu disimpan di dalam bilik sejuk pada suhu 15oC dengan kelembapan relatif diantara 90-95%. Pada suhu ini, timun boleh disimpan selama 2 minggu tanpa mengalami penurunan mutu yang ketara.

Pengendalian Lepas Tuai

Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai.


SPESIFIKASI PIAWAIAN DAN GRED

Spesifikasi piawaian dan gred ini meliputi timun hijau keputih-putihan dan timun susu daripada varieti Cucumis sativus L. yang ditanam di Semenanjung Malaysia.

Indeks I
Muda. Timun berkenaan belum mencapai tahap kematangan. Terdapat jalur-jalur hijau meliputi sehingga keseluruhan permukaan kulit daripada bahagian pangkal hingga hujung timun.

Indeks 2
Matang. Timun berkenaan telah mencapai tahap kematangan. Jalur-jalur hijau meliputi sekurang-kurangnya dua pertiga daripada permukaan timun dan selebihnya berwarna keputih-putihan.

Indeks 3
Tua. Timun berkenaan telah terlalu matang dan jika dipotong bijinya agak keras dan 'seed cavity' agak berserat. Warna keputih-putihan telah bertukar kepada warna kekuning-kuningan.
Keperluan Minima

Agak bebas daripada rosak disebabkan kecederaan mekanikal dan penyakit, kotoran, kecacatan dan sesuai untuk dimakan oleh manusia serta telah mencapai peringkat matang.

Pengelasan Gred dan Saiz

Gred Ketentuan Kelonggaran (% maksimum)
1 Kematangan yang seragam (Indeks 2)
Kerosakan
Kecacatan (cacat bentuk, cacat rupa, kotor)
Saiz yang seragam (panjang > 23 cm) 5
10
15
5
2 Kematangan yang seragam (Indeks 2)
Kerosakan
Kecacatan (cacat bentuk, cacat rupa, kotor)
Saiz yang seragam (panjang 18-23 cm) 10
15
20
10
Luar Gred Timun yang tidak memenuhi ciri-ciri gred di atas

Pengelasan Gred dan Saiz Timun Susu

Gred Ketentuan Kelonggaran (% maksimum)
1 Kematangan yang seragam (Indeks 2)
Kerosakan
Kecacatan (cacat bentuk, cacat rupa, kotor)
Saiz yang seragam (panjang > 21 cm) 5
10
15
5
2 Kematangan yang seragam (Indeks 2)
Kerosakan
Kecacatan (cacat bentuk, cacat rupa, kotor)
Saiz yang seragam (panjang 19-21 cm) 10
15
20
10
Luar Gred Timun yang tidak memenuhi ciri-ciri gred di atas

PEMBUNGKUSAN DAN PERLABELAN

Pembungkusan
Timun daripada gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan bekas yang sesuai supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan. Kertas atau bahan lain yang digunakan untuk membalut atau mengalas hendaklah bersih dan tidak akan menyebabkan kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan.


Perlabelan
Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat berikut:- Tarikh, nama/kod penanaman, nama/kod pengeksport, nombor kad pengenalan, nombor pendaftaran syarikat, alamat, komoditi, berat bersih dan gred.

PERSAMPELAN

Bilangan sampel dan kaedah persampelan bagi tujuan pemeriksaan adalah berdasarkan kepada MS 1187:1990 Method of Sampling For Fresh Vegetables, atau kaedah statistik yang dipersetujui.



Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:perak.gov

Sunday, April 6, 2008

HIDROPONIK

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:(sumbangan : Jabatan Pertanian Sabah)


HIDROPONIK

APAKAH HIDROPONIK?
Hidroponik ialah satu kaedah penanaman sayur-sayuran yang tidak menggunakan tanah.

KELEBIHAN HIDROPONIK
Hidroponik ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem penanaman biasa yang menggunakan tanah seperti berikut:
Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir dan lain-lain;
Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi;
Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak;
Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul;
Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien;
Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.

KAEDAH HIDROPONIK

Sistem Pengaliran Nutrien
Kaedah hidroponik memerlukan perbelanjaan agak rendah jika dibandingkan dengan kaedah biasa bagi mendapatkan alat-alat seperti berikut:
i) Pam air untuk aknarium.
ii) Tempat tanaman (diperbnat daripada paip PVC, dulang plastik dan bahan-bahan lain seperti kayu, papan lapis, tin besi, yang perlu dialas dengan kepingan plastik yang tebal).
iii) Tangki untuk larutan nutrien.
iv) Tenaga elektrik.
v) Pasu plastik kecil (jika perlu).



Sistem Takung
Bagi sistem takung punca peralatan berikut adalah diperlukan:
i) Takung tanaman.
ii) Penutup (diperbuat daripada polisterin, plastik).
iii) Pasu plastik kecil (jika perlu).



KAEDAH PENANAMAN
Kedua-dua sistem penanaman di atas boleh menggunakan kaedah penanaman seperti berikut:-

Cara Mengubah:
Semai biji benih menggunakan pasir kasar atau sabut kelapa halus
Keluarkan anak benih (bersihkan akar anak benih)
Pindahkan anak benih ke tempat tanaman (Letakkan 1-2 pokok benih untuk satu lubang tanaman. Takung tanaman hannya mengandungi air sahaja.)
Selepas dua hari baja separuh kepekatan dilarutkan untuk menyokong pokok
Selepas tujuh hari, masukkan baki baja supaya larutan nutrien mencapai kepekatan penuh
Cara Semaian terus
Sumbatkan benang basah dan tarik untuk buat sumbu
Masukkan dalam lubang tempat tanaman yang mengandungi air
Semaikan 2-3 biji benih atas benang basah
Selepas 7-10 hari, masukkan baja (kepekatan penuh) dalam air
*Larutan nutrien perlu ditambah (tertakluk kepada keperluan) sehingga hasil dituai untuk kedua-dua kaedah penanaman.
Larutan Nutrien
Kadar baja yang diperlukan untuk sayur jenis daun jika larutan nutrien disediakan sendiri adalah seperti berikut :-
BAJA
BERAT (g)
UNSUR KEPEKATAN (bsj)
Ammonium nitrat
75
N 300
Kalium fosfat
40
P 80
Kalium nitrat
32
K 230
Kalsium klorida
55
Ca 200
Magnesium sulfat
18
Mg 36
Besi/Ferum (Fe-EDTA)
3.29
Fe 5
Boron
0.56
B 1.0
Manganous chloride
0.18
Mn 0.5
Kuprum sulfat
0.04
Cu 0.1
Zingkam sulfat
0.05
Zn 0.1
Ammonium molybate
trace
Mo trace

CARA-CARA MENANAM KELAPA SAWIT

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:Dipetik dari risalah Institiut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM), Kementerian Perusahaan Utama Malaysia, 1992


CARA-CARA MENANAM KELAPA SAWIT

PENDAHULUAN
Kelapa sawit sesuai ditanam di kawasan tanah yang gembur, tanah liat gembur dan tanah gambut (kurang dari satu meter dalam).
Tanah gambut (lebih satu meter dalam), tanah masam dan tanah paya adalah kurang sesuai bagi tanaman kelapa sawit. Walau bagaimanapun dengan pengurusan sistem pengairan dan pembajaan yang sempurna, jenis-jenis tanah ini boleh juga ditanam dengan kelapa sawit dengan jayanya.

PERLAKSANAAN KERJA
Kerja-kerja pembersihan, pembarisan dan penanaman kacang penutup bumi dikawasan ladang hendaklah disempurnakan sebelum menanam anak-anak pokok kelapa sawit.
Pembersihan: Kerja-kerja membersih ladang hendaklah mengambilkira kos bunuh dan jentera, keadaan tanah (curam atau rata), hutan atau kawasan tanam semula.
Adalah penting operasi pembersihan ladang dijalankan serentak dengan masa anak benih dapat diperolehi dari pembekal. Jika mempunyai tapak semaian sendiri, masa penyediaan ladang hendaklah disesuaikan dengan masa mengeluarkan anak benih yang telah cukup matang untuk ditanam diladang. Perancangan jadual kerja adalah amat mustahak untuk kejayaan penanaman diladang.

Pembarisan:
Barisan tanaman dibuat mengikut arah Utara-Selatan supaya pokok-pokok mendapat cahaya matahari yang maksima.

Kekacang penutup bumi:
Menanam kekacang penutup bumi dilakukan setelah kerja-kerja pembarisan selesai dilaksanakan. (Kawasan gambut tidak perlu tanam kekacang).

Penutup bumi adalah untuk:
Mengawal hakisan
Memperbaiki status zat pemakanan dalam tanah, khususnya Nitrogen
Memelihara kelembapan tanah

Tiga jenis kekacang penutup bumi yang biasa ditanam adalah:
Centrosema pubescens
Pueraria phaseoloides
Calopogonium mucunoides/caeruleum

Benih kekacang boleh dibeli dari pembekal-pembekal swasta manakala kompos rhizobium boleh dibeli di Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM).

Kaedah ringkas menanam kekacang penutup bumi adalah seperti berikut:
Umumnya campuran 10g kompos rhizobium dengan 10kg biji benih kekacang digunakan.
Campuran tersebut ditabur didalam jalur yang selari diantara 2 barisan pokok kelapa sawit.
Jarak diantara jalur-jalur adalah 2 meter.

Contoh kadar campuran biji benih kekacang adalah seperti berikut:-
Kekacang Kg/ha
Centrocema pubescens 4.0
Pueraria phaseoloides 1.1
Calopogonium caeruleum 0.6
Baja campuran N:P:K:Mg (15:15:6:4) digunakan sebagai baja asas dengan kadar 56 kg/hektar.
Tabur baja debu Fosfat (seperti CIRP) pada kadar 560 kg sehektar mengikut jadual berikut:
Umur Kekacang
Kadar Baja Debu Fosfat (kg/ha)
Semasa menanam (sepanjang jalur-jalur)
112
2 bulan
112
6 bulan
112
8 bulan
112
12 bulan
112

Pengawalan rumpai dan serangga perosak diperlukan dengan mengguna racun-racun yang sesuai jika hendak memperolehi tanaman kacang yang baik.

PenanamanPenanaman: Anak benih sawit yang telah berumur 12-15 bulan ditapak semaian adalah sesuai untuk ditanam.

Kaedah ringkas penanaman adalah seperti berikut:-
Lubang Tanaman disediakan 2-3 minggu sebelum menanam. Ukuran lubang mesti dilebihkan dari ukuran polibeg supaya penanaman mudah dijalankan. Tanah lapisan bawah dan lapisan atas diasingkan.
Taburkan 150g - 200g baja Fosfat didalam lubang.
Buangkan/Tanggalkan polibeg sebelum anak benih ditanam. Masukkan anak benih kedalam lubang yang telah disediakan.
Lubang dikambus dengan tanah lapisan atas dahulu dan diikuti dengan tanah lapisan bawah supaya buku-pangkal pokok berkeadaan sama rata dengan permukaan tanah.
Anak benih hendaklah berkeadaan tegak selepas ditanam.
Mampatkan tanah disekeliling pokok dengan tidak merosakan akarnya.
Masa menanam hendaklah pada musim hujan dan elakkan dari menanam pada musim kemarau.
Lazimnya, jarak tanaman yang dipilih adalah 9 meter tiga segi yang memberi 136 pokok pada 1 hektar. Kepadatan pokok sehektar dengan jarak tanaman yang berbeza adalah seperti jadual dibawah:

Jarak
Jumlah Pokok
Meter (Kaki)
Hektar (Ekar)

8.5 (28)
160 (65)
8.7 (29)
148 (60)
9.0 (30)
136 (55)

Sulam pokok-pokok yang mati apabila menjalani pemeriksaan sekurang-kurangnya 6 bulan selepas menanam.

Tanaman selinganTanaman selingan:
Kacang tanah, jagong dan lain-lain tanaman kontan atau sayur-sayuran boleh ditanam sebagai selingan dalam masa tiga tahun pertama selepas pokok sawit ditanam.
Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan tanaman selingan ialah:
Tanaman itu memberi keuntungan dalam masa tiga tahun.

Tanaman itu tidak memberi persaingan yang boleh menjejaskan
kesuburan pokok kelapa sawit dari segi zat-zat pemakanan, air dan cahaya matahari.
Ada pasaran atau mudah memasarkan hasil tanaman selingan itu.

Ternakan Ternakan :
Haiwan ternakan terutamanya kambing biri-biri mempunyai potensi yang baik untuk diternakkan diladang kelapa sawit. Disamping menambahkan hasil dari jualan ternakan, ia dapat juga mengurangkan kos pengawalan rumpai.


Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
Bahagian BiologiInstitut PenyelidikanMinyak Kelapa Sawit MalaysiaPeti Surat 10620,50720 Kuala Lumpur
Tel: 03-8259155/8259775
Teleks: MA 31609
Telefax: 03-8259446

Saturday, March 22, 2008

Panduan Penanaman Jagung

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:Harizamry's

Secara Ringkas Proses Penanaman Jagung.

Pemilihan Kawasan
- Pilih kawasan yang berhampiran dengan sumber air dan juga mudah dibuang air jika hujan berlebihan.
- Kawasan janganlah berhampiran dengan makhluk perosak seperti kera, lotong atau beruk yang sukar untuk dikawal. Jika lembu atau kambing boleh dipagar.
- Jangan pilih kawasan yang bertanah liat atau berbatu. Seelok-eloknya tanah bukit atau kebun atau sawah terbiar atau sawah yang ditanam padi semusim sekali.
- Berhanpiran dengan jalan bagi memudahkan untuk mengangkut keluar jagung.


Pemilihan Benih
- Jenis jagung yang hendak ditanam mestilah mendapat permintaan di pasaran. Antara jenis yang popular ditanam ialah:
a. jagung manis (mas madu),
b. jagung taiwán (permintaan paling tinggi) – perlu racun selalu sebab ulat pun suka hinggakan batang pun dimakan ulan sebab rasanya sangay manis,
c. jagung korea – kini ditanam oleh kebanyakan petani. Bijinya kecil sedikit berbanding jagung lain.
d. Jagung hybrid 338 – benih yang terbaru dan dikatakan tongkolnya lebih besar dan panjang sehasta (dari siku ke hujung jari).


Bantuan Jabatan Pertanian
- Sebaiknya berurusanlah dengan Jabatan Pertanian untuk mendapat khidmat nasihat dan juga bantuan seperti baja, racun dan juga pembajakan (jika ada).
- Ataupun cuba cari pihak yang boleh memberi kredit dan membayar apabila hasil sudah dapat dijual. Misalnya kedai yang boleh memberi baja, racun, dan juga vitamin secara kredit.
Anggaran pulangan dan kos bagi kawasan seluas 1 ekar (1 relong setengah).
Sebelum nak menceburi dalam bidang tanaman jagung pastinya perlu tahu secara kasar kos dan juga pulangan. Sebagai contoh diberikan kos dan pulangan bagi tanaman jagung seluas satu ekar ( 1 relong setengah).

Bagi kawasan seluas satu ekar boleh ditanam sebanyak 16 ribu pokok jagung dengan anggaran pengeluaran jagung Gred A sebanyak 10 ribu tongkol (purata 35sen setongkol), Gred B sebanyak 5 ribu tongkol (20sen setongkol) dan selebihnya gred C. Jadi, anggaran kasar pendapatan ialah = RM4,500 untuk semusim iaitu dalam masa 2 bulan setengah (65 – 70 hari).
Jagung Gred A = 10 ribu tongkol x harga borong (35sen) = RM3,500
Jagung Gred B = 5 ribu tongkol x harga borong (20sen) = RM1,000
Jagung Gred C = 1 ribu tongkol – tiada harga
Jumlah = RM4,500
Kos yang terlibat ialah:
Benih 3 beg x RM50 = RM150
Traktor = RM100 (membajak dan buat batas)
Baja = RM250 (baja campuran, tahi ayam, baja garam, vitamin)
Racun = RM150 (racun rumput, racun ulat)
Sewa tanah (jika ada) = RM150 (seekar)
Kos buruh = RM200 (jika perlu)
Jumlah kos = RM1,000

Ini adalah kiraan kasar sahaja sekiranya kos sewa tanah, kos buruh dan baja dapat dijimatkan maka kos akan berkurangan. Sekiranya hujan berkurangan mungkin perlu pam air dan ini akan meningkatkan kos juga.

Pendapatan untuk semusim ialah: Pendapatan Kasar - Kos
Pendapatan Kasar = RM4,500
Kos = RM1,000
Pendapatan Bersih = RM3,500
Dalam setahun jika dibahagikan kepada setiap 3 bulan maka boleh ditanam jagung 4 kali/musim. Ertinya pendapatan bersih setahun ialah 4musim x RM3,500 = RM15,000. Terdapat lagi pendapatan sampingan iaitu memproses batang jagung menjadi makanan lembu/kambing (silaj). Akan dibincangkan kemudian.

Pada musim kedua kos traktor dapat dijimatkan kerana tidak perlu dibajak. Ini adalah kerana batas yang sedia ada masih boleh digunakan.
Proses Kerja
- Terangkan kawasan dan racun rumput jika perlu.
- Membajak dan juga membuat batas menggunakan traktor.
- Menyemai benih jagung di dalam tray.
Ini adalah contoh tray yang digunakan untuk menyemai benih jagung ataupun apa-apa tanaman yang sesuai.
Kos satu tray ialah RM2 dan mempunyai 107 lubang. Setiap lubang disemai 2 biji benih menjadikan jumlah pokok ialah sebanyak 214 pokok setiap tray.
Kos satu tray ialah RM2 dan mempunyai 107 lubang. Setiap lubang disemai 2 biji benih menjadikan jumlah pokok ialah sebanyak 214 pokok setiap tray.
Gunakan tanah hitam untuk semaian. Lepas disemai jangan disiram sebaliknya tutup dengan plastik atau tikar untuk 2 malam ditempat yang berbumbung bagi mengelak terkena hujan. Boleh ditindan antara try. Lepas dua hari pindahkan ke kawasan lapang dan tidak berbumbung serta siram sedikit sahaja.
Anak jagung akan mula tumbuh pada hari ke tiga, siram setiap hari.
Apabila anak jagung berusia 5 hari, perlu racun rumput di batas yang telah dibuat supaya bila jagung dipindahkan ke batas, rumput sudah tiada.
Bila anak jagung berusia 8 – 10 hari pindahkan ke batas tanaman.
Batas Jagung
- Lebar batas jagung lebih kurang 3 kaki dan ditanam 2 baris dalam satu batas. Jarak antara baris ialah 1 kaki dan jarak antara pokok dalam barisan ialah 18 – 20 inci. Jarak antara pokok dengan tepi batas lebih kurang 6 inci. Lihat pada ilustrasi gambar di bawah.

Pembajaan awalan.
Selepas seminggu anak jagung ditanam dibatas, perlu diberi baja awalan – iaitu kita meletak beberapa biji baja ditepi perdu pokok jagung. Pastikan baja tersebut tidak kena batang jagung kerana ia akan reput. Caranya buat lubang sedikit ditepi pokok jagung dan masukkan baja ke dalam lubang tersebut.

Pembajaan seterusnya
1 – 2 minggu selepas pembajaan awalan dan menampakkan pokok jagung sudah menghijau dan ketinggiannya hamper satu kaki maka kita perlu berikan baja tambahan.
Kebiasaan yang dilakukan ialah campuran baja tahi ayam yang diproses, baja campuran NPK (jika ada baja padi lagi bagus), dan baja garam. Semua baja itu digaulkan dan diletakkan dalam lubang ditengah-tengah pokok.

Korek lubang ditengah-tengah empat pokok (lihat kotak berwarna hijau dalam gambar di atas. Kemudian masukkan 1 – 2 genggam baja ke dalam lubang kemudian timbus.
Selepas selesai bubuh baja, pokok jagung perlu ditimbus perdunya untuk menguatkan sokongan pokok supaya tidak tumbang ditiup angin. Tanah ditepi batas dicangkul dan diletakkan ditepi perlu pokok.

Apabila pokok sudah berusia sebulan, baja tambahan mungkin perlu diberikan seperti baja urea ataupun baja garam.

Sekiranya pokok berkeadaan subur dan tembun maka baja tambahan tidak perlu diberikan.
Pastikan kawasan jagung tidak ditakungi air kerana ini akan menyebabkan pokok terbantut pertumbuhannya dan menjadi kuning.

Sekiranya kekurangan air (musim panas) dan sukar untuk mendapat air maka perlu berusaha untuk dapatkan air. Sekurang-kurangnya jangan sampai daun bergulung (maksudnya sudah kekeringan air). Jika ini berlaku akan menyebabkan pertumbuhan terbantut.

Baja vitamin (cecair) boleh juga disembur pada pokok jika didapati pokok kurang baja atau sekadar nak tambah kesuburan.

Jika tanam jagung jenis korea - pokok akan mengeluarkan tunas di bahagian perdu dan itu tandanya pokok dalam keadaan subur. Tunas tersebut perlu dibuangkan. Jika ada bela lembu boleh berikan tunas itu kepada lembu.


Meracun
Meracun hanya perlu dilakukan sekiranya terdapatnya ulat yang memakan daun atau pucuk jagung. Mungkin seminggu sekali perlu meracun dan ianya bergantung kepada tahap serangan ulat.

Penjagaan tongkol jagung
Apabila umur jagung sudah mamasuki 50 hari ke atas, pucuk jagung akan menjadi bulat tandanya bunga jagung akan keluar. Selepas bunga jagung kembang maka putik jagung juga akan mula mengembang dan menghulur keluar rerambut jagung.
Pada peringkat ini peracuñan adalah diperlukan untuk memastikan serangga menyengat dan juga bertelur pada putik jagung. Ini adalah untuk memastikan putik jagung tidak dimakan ulat apabila jagung mula berisi.
Dalam sepokok akan terdapat dua tongkol jagung dan kebiasaannya putik jagung yang kedua dibuangkan kerana ia tidak berisi dan juga memberi kesan kepada pembesaran jagung pertama. Jagung kedua ini boleh dijual sebagai jagung sayur. Terdapat juga penanam jagung menyimpan kedua-dua tongkol tersebut.

Menuai hasil
Penuaian jagung bergantung kepada jenis jagung yang ditanam. Apabila rerambut jagung sudah murah kehitaman atau gugur terus bererti jagung sudah boleh dituai. Boleh juga jika koyak sedikit kulit jagung untuk lihat isinya di mana jika sudah berwarna kuning pekat bererti ia sudah boleh dituai.
Jagung manis biasa – tempoh matang ialah sekitar 70 hari, jagung korea antara 65-70 hari.


Pemasaran
Jual sendiri atau jual kepada pemborong. Bagi memastikan jagung dapat dipasarkan dengan segera maka seelok-eloknya perlu dicari pasaran terlebih awal sebelum jagung dapat dituai. Kadang-kadang terdapat pemborong yang bersetuju untuk membeli tetapi apabila tiba masa menuai ia tidak mahu membelinya pula. Jadi eloklah jika mempunyai ramai pemborong bagi memastikan tiada risiko tidak ada pembeli.

Penjagaan pokok jagung tidaklah begitu rumit dan yang pastinya tanah mestilah sesuai dan subur. Hanya pada peringkat sebulan yang pertama sahaja terdapat banyak kerja sedikit iaitu menanam, membaja, mengembur dan menimbun. Selepas selesai proses menimbun maka hanya meracun sahaja.

Monday, March 17, 2008

Jering

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:

Jering
Archidendron jiringa ( Jack ) NielsenFamili: LeguminosaeNama lain: Jengkol
Buah jering juga tidak asing bagi masyarakat Melayu. Bijinya yang muda dimakan segar sebagai ulam atau dicicah dengan pelbagai resipi sambal ketika makan nasi.

Buahnya yang tua boleh dimasak dalam pelbagai resipi masakan tradisional. Cambahan kotiledonnya juga dimakan sebagai ulam. Pucuk jering berwarna ungu juga enak dimakan sebagai ulam. Keunikannya, jering dapat merangsang selera untuk makan nasi.
Bagaimanapun, jering tidak boleh dimakan banyak dan boleh menyebabkan kesakitan ketika membuang air kecil atau dipanggil �disepit jering�. Pengambilan yang sederhana sebagai ulam baik sebagai laksatif dan diuretik.

Jering mengandungi khasiat makanan sederhana. Dalam tiap-tiap 100 gram (g) bahagian buah muda mengandungi: air 93 g, protein 3.5 g, karbohidrat 1.7 g, lemak 0.1 g, kalsium 21 miligram (mg), fosforus 25 mg, ferum 0.7 mg, vitamin B1 0.1 mg, vitamin C 12 mg

Pokoknya sederhana besar dan mencapai ketinggian 20 meter. Batangnya licin, berwarna kelabu asap. Dahannya bercabang banyak dan membentuk silara yang rimbun dan rendang.
Daunnya majmuk pinat, terdiri daripada dua hingga tiga anak daunnya berbentuk ovat-elips hingga oblong. Berukuran 8 � 15 sentimeter (sm) panjang dan 4 � 5 sm lebar.
Ketika muda anak daun ini berwarna merah keunguan dan bertukar hijau muda apabila matang. Bunganya sub-umbel, kecil, stamen banyak berwarna putih.
Lenggainya berputar, 20 � 25 sm panjang, 3 � 4 sm lebar dan berlobus pada tempat yang mengandungi biji dan berwarna perang keunguan atau kehijauan.
Tangkai dan lenggainya berkayu dan liat. Bijinya orbikular, 2.5 � 3 sm diameter, tebar 1.5 sm, testa berwarna putih kekuningan dan apabila masak bertukar perang

Pokok jering mudah dibiakkan dengan cara semaian biji benih. Di kampung pokok ini ditanam dalam konsep dusun. Di hutan sekunder dan belukar pula, pokok jering masih lagi didapati tumbuh liar. Tupai dahan adalah penyebar utama pokok ini.

Sunday, March 16, 2008

Panduan Menanam Roselle

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:Written by Utusan Malaysia >> Jumaat 16 November 2007
Monday, 19 November 2007


Panduan Menanam Roselle

ROSELLE, asam raya atau asam susur di kalangan orang tempatan merupakan tumbuhan industri dalam keluarga Malvacee. Tumbuhan berbunga merah dengan nama saintifik Hibiscus sabdariffa L.dipercayai berasal dari Afrika Barat tetapi ada yang mendakwa ia berasal dari India.Di negara ini, roselle ditanam secara komersial oleh pekebun kecil di Terengganu atas tanah bris dan berkembang di beberapa kawasan di Johor. Kaliks atau kelopak dari bunga roselle boleh diproses untuk mengeluarkan jus minuman, jem dan jeli.

Ia mengandungi kandungan vitamin C( asid askorbik ) yang tinggi iaitu sebanyak 260-280 miligram(mg) bagi setiap 100gram(g) kaliks kering.

Selain itu,setiap 100g kaliks segar mengandungi 2.85 ug vitamin D, 0.04 mg vitamin B1, 0.06 vitamin B2 dan 0.05 mg vitamin B2 kompleks.

Roselle merupakan tanaman semusim dengan pokok bersaiz renik dan boleh
tumbuh pada ketinggian 205 sentimeter ( sm ).

Tempoh hayat ekonominya ialah enam hingga 10 bulan dan pada masa itu beberapa
cabang akan keluar dari batang utama.

Batangnya berwarna merah gelap dan biasanya pokok akan lodge semasa matang kecuali pangkasan dibuat.

Daunnya berwarna hijau dan dan semasa peringkat awal, daun berbentuk bujur dan
Bertukar ke bentuk tiga jari.

Pokok mula berbunga pada pada usia 45 hingga 60 hari selepas ditanam dan sekuntum bunga akan keluar pada setiap ketiak daun.

Buah roselle berwarna merah gelap dan akan matang pada umur 35 hari selepas bunga kembang.

Setiap buah akan mengandungi lima kaliks dan bercantum bersama di bahagian bawah bunga.

Roselle hidup subur di tanah mineral dan tanah bris dan penanaman di tanah bris memerlukan pengairan dan pembajaan yang baik.


Penanaman

Penanaman hanya menggunakan biji benih di mana biji disemai dalam bekas yang sesuai dan anak benih sedia untuk ditanam ketika berumur 10-15 hari.

Roselle ditanam di atas batas berukuran 60 sm di tanah bris dan 90 sm di tanah mineral.Ini akan memberikan kepadatan 7, 400 pokok sehektar pada tanah mineral dan 11, 100 pokok sehektar pada tanah bris.

Penanaman roselle di tanah bris memerlukan penggunaan baja organik seperti tahi ayam dan baja sebatian NPK 15:15:15 dan NPK 12:12:17:2.

Pengairan

Sistem pengairan di peningkat ladang perlu dibina bagi menentukan paras air 60 sm dani permukaan. Bekalan air tambahan melalui sistem pengairan renjis perlu dibina. Penyakit kulat biasa menyerang ialah reput daun (Coniella rnusaiaensis var.Hibisci) dan reput batang (Phoina spp).Kejadian ini mudah berlaku sewaktu musim hujan. Kawalan menggunakan racun kimia seperti Carbendazim pada 0.05 peratus adalah disyorkan. Serangga perosak yang biasa menyerang Roselle adalah bena hijau, kumbang dan kutu (Podogrica gemelle, Phylloreta spp.).

Pengawalan boleh dilakukan dengan menggunakan Deltamethrin, Fenvalerate atau Carbaryl. Buah Roselle cukup matang dan sedia untuk dipungut pada 20 hingga 30 hari selepas bunga kembang. Pungutan buah roselle patut dilakukan pada selang tujuh hingga 10 hari untuk tempoh 50 hingga 60 hari. Pungutan dilakukan secara manual dengan memotong buah menggunakan gunting. Buah roselle perlu diproses dalam tempoh dua hari di mana buah dibuang kapsul untuk mendapatkan kaliks.

Sunday, March 9, 2008

Panduan Penanaman Pisang

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism

Panduan Penanaman Pisang
Jun 14, 2007 at 7:42 pm (Agro - Journal Pertanian) (Agro - Journal Pertanian)


Pisang Terbaru
Pembeli ada dua pilihan:
1. Beli anak pisang yang kecil yang dijual dalam tabung uji dan membelanya secara sendiri dalam polibag hingga besar
2. Atau, beli pokok yang siap sedia dalam polibag untuk ditanam di pusat semaian tertentu.
Penanaman
Jika membeli terus dalam bentuk anak pisang dalam tabung uji, ikutlah peraturan di bawah.
a) keluarkan anak pisang yang kecil daripada botol dan bersihkan dengan teliti agar-agar yang melekat di bahagian akar anak pokok tersebut.
b) Pindahkan anak pisang yang telah dibersihkan ke dalam polibag berukuran 6″ X 8″ mengandungi tanah dan sabut kelapa, baja N:P:K (15:15:15) dan kompos. Letakkan polibag di bawah teduhan 70 %.
Pengairan
Siram air 3 kali sehari dalam 2 minggu pertama kemudian selepas tempoh ini, 2 kali sehari sehingga ditanam di ladang.
Jarak Penanaman
Tanam pada ketumpatan 2200 pokok/hektar dan jarak 1.5 meter di antara pokok dalam satu baris dan 3.0 meter di antara barisan.
Pengendalian Penyakit Layu Pada Tanaman Pisang
Tanaman pisang mudah tumbuh di berbagai tempat, penanaman yang dilakukan oleh petani belum teratur dan sering dicampur dengan tanaman lainnya. Selain itu pemeliharaan tanaman pisang belum dilakukan secara intensif, sehingga produksi dan mutu buah yang dihasilkan masih rendah.
Jenis Penyakit
a. Penyakit Layu Fusarium (Penyakit Panama)
Penyakit ini disebabkan oleh jamur Fusarium oxysparum f. sp. cubense. Jamur penyebab penyakit ini hidup didalam tanah, masuk ke dalam akar, selanjutnya masuk ke dalam bonggol dan jaringan pembuluh.
Gejala dari penyakit ini adalah sepanjang jaringan pembuluh pada batang semu berwarna coklat kemerahan. Daun menguning dan menjadi layu, tangkainya menjadi terkulai dan patah. Kadang-kadang lapisan luar batang semu terbelah dari bawah ke atas. Yang paling khas adalah jika pangkal batang dibelah membujur, terlihat garis-garis coklat atau hitam dari bonggol ke atas melalui jaringan pembuluh ke pangkal dan tangkai daun. Penularan penyakit ini dapat melalui bibit, tanah dan air yang mengalir mengandung spora jamur.
b. Penyakit Layu Bakteri (Penyakit Darah atau Penyakit Moko)
Penyakit ini disebabkan oleh bakteri Pseudomonas Solanacearum. Disebut penyakit darah, karena bila akar tinggal/bonggol tanaman sakit dipotong maka keluar cairan kental yang berwarna kemerahan dari berkas pembuluh. Gejala penyakit layu bakteri pada tanaman pisang adalah layunya daun-daun tua sebelum waktunya, daun menguning dan mati, pada tanaman muda terjadi kelayuan yang menyeluruh. Penularan penyakit ini dapat terjadi melalui bibit terinfeksi, serangga yang mengunjungi bunga, alat-alat pemangkasan dan kontak akar.
c. Pengendalian Penyakit Layu
• menanam bibit pisang yang sehat
• melakukan pemupukan yang seimbang
• sanitasidan drainase kebun yang baik agar waktu hujan, air tidak mengalir di permukaan tanah
• memelihara tanaman dengan hati-hati untuk mengurangi terjadinya luka pada akar.
• untuk mencegah penularan oleh serangga melalui luka pada bunga yang rontok, maka dapat dilakukan pemotongan jantung.
BINATANG PEROSAK
Binatang perosak yang seringkali menyerang pokok pisang ialah bubuk atau kumbang. Masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan racun serangga seperti dieldrin.
Penyakit Anthracnose
Gejala ini berlaku apabila bintik-bintik telah muncul dan menyerang buah pisang yang sedang dalam penghantaran dengan menggunakan kapal.
Penyakit Darah Pisang
PENDAHULUAN
Komoditas hortikultura selama ini telah memberikan kontribusi yang cukup besar terhadap pendapatan petani. Perkembangan komoditas hortikultura di NTB akhir-akhir ini mendapat perhatian besar khusus tanaman pisang karena tanaman ini banyak memberikan manfaat diantaranya pemenuhan gizi keluarga dan penambahan pendapatan petani. Pisang termasuk salah satu jenis buah buahan yang cukup potensial di NTB, populasinya cukup besar. Selain itu, permintaan domestik cukup meningkat karena pertumbuhan penduduk, kesadaran masyarakat terhadap gizi,
peningkatan pendapatan dan pendidikan serta berkembangnya NTB menjadi daerah wisata nasional maupun internasional. Dua tahun terakhir perkembangan tanaman pisang di NTB mengalami penurunan terutama diakibatkan adanya serangan penyakit, yang disebabkan oleh bakteri. Ferken (1972) mengidentifikasikan penyakit darah pisang disebabkan oleh bakteri (Pseudomonas solanacearum).
CARA MENULAR
Bakteri Pseudomonas solanacearum ini dapat ditularkan ke tanaman sehat melalui : tanaman, alat-alat pertanian, tanah yang terbawa alat-alat transportasi, aliran air dan vektor serangga yang menghisap bunga (jantung) pisang. Berdasarkan pemantauan di lapangan, penyakit darah pisang sudah menyebar ke seluruh sentra pertanaman pisang di pulau Lombok dan Sumbawa. Hasil penelitian Sudirman (2000) tentang penyakit darah pisang (Pseudomonas solanacearum) menyatakan bahwa dari sepuluh jenis tanaman pisang yang diuji, pisang kepok dan pisang raja sangat peka (tidak tahan), sedangkan pisang emas lebih tahan. Pisang ketip, pisang susu, pisang hijau, pisang kapal dan pisang ambon bereaksi tidak konsisten.
TANDA SERANGAN
Penyakit Darah Pisang (Pseudomonas solanacearum) kebanyakan mulai menunjukkan tanda serangan pada tanaman yang sudah berbuah, sedang pada tanaman yang masih muda belum menampakkan tanda serangan yang jelas.

1. Pada tanaman dewasa (tanaman pisang yang sudah berbuah) tanda serangan dapat dilihat pada daun ketiga atau keempat dari atas (pucuk) yang mulai menguning serta disusul dengan daun berikutnya lalu mengering. Akibat dari semua daun menguning, maka pertumbuhan buah tidak sempurna.

2. Apabila buah-buah pisang tersebut di potong atau di belah terlihat adanya cairan atau getah kental berwarna coklat kemerahan yang berbau busuk.
3. Pada bagian dalam bungkul dan batang pisang yang sudah terkena penyakit, apabila dipotong bagian tengah terlihat bintik-bintik berwarna coklat kemerahan. Akhirnya berlanjut tanaman pisang akan menjadi kering dan mati.
UPAYA PENGENDALIAN
Ada beberapa upaya yang bisa dilaksanakan pada tingkat serangan tertentu sebagai berikut:
1. Perketat Karantina
Buah pisang dapat diangkut ke mana-mana untuk tidak terjadi serangan (menular) pada lokasi lain, perlu di perketat pengawasan lalu lintas perdagangan pisang, apakah pisang tersebut berasal dari daerah yang sudah terserang, perlu dilarang memasukkan ke daerah yang belum terserang penyakit tersebut.
2. Sanitasi
Sanitasi sangat penting bagi petani yang mempunyai areal tanaman pisang, agar diperhatikan lingkungan kebun pisang agar selalu bersih, jangan sembarangan menempatkan batang-batang pisang yang sudah di tebang. Dan buat parit di sekitar barisan pisang, sehingga tidak tergenang apabila ada air hujan. Terapkan sistem drainase yang baik. Buat parit disekitar barisan tanaman pisang, sehingga tidak tergenang apabila ada air hujan.
3. Desinfektan peralatan
Peralatan yang akan dipergunakan harus disteril/dibersihkan dulu.
4. Pemupukan
Pemupukan dengan bahan organik akan meningkatkan aktivitas mikroorganisme antagonis untuk membunuh bakteri perusak.
5. Isolasi spot
Apabila tanaman pisang sedang/akan keluar bunga dilakukan proteksi terhadap bunga tanaman pisang dari vektor serangga yaitu : di bungkus dengan kain, kertas agar tidak di kunjungi oleh serangga penular sampai selesai pembungaan.
6. Eradikasi
Apabila sudah terjadi serangan berat pada tanaman pisang, diadakan pemusnahan (menebang semua pisang yang ada pada lahan tersebut, dan diganti dengan tanaman pisang yang tahan terhadap penyakit darah pisang (Pseudomonas solanacearum).

PANDUAN PENANAMAN CILI

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.

PANDUAN PENANAMAN CILI

Ikuti petua yang disarankan oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Mahir Mokhtar dan Prof. Dr. Ismail Ahmad dari UKM

Penyediaan Kawasan
Meletakkan Sungkupan
Penyemaian dan Penyediaan Anak Benih
Pengubahtanaman
Penyiraman
Pembajaan
Pengawalan Rumpai, Perosak Tanaman dan Penyakit
Pungutan Hasil

Penyediaan kawasan
Pengapuran – dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pengubahtanaman. Untuk tanah gambut dan berasid, pengapuran pada kadar 2 tan/ha setahun. Untuk tanah berasid yang sangat rendah (pH 3.5 –3.7), pengapuran pada kadar 10 – 25 tan/ha setahun.
Penyuburan tanah – tambahkan najis haiwan pada tanah berpasir & tanah liat
Pembajakkan – tanah dibajak dan digembur sedalam 15-20sm untuk meningkatkan sistem pengairan dan pengudaraan tanah serta untuk mencampuradukkan bahan organik.
Batas
penanaman satu baris sebatas : lebar batas 50, tinggi 30 sm
penanaman dua baris sebatas : lebar batas 120 - 150 sm
jarak antara batas : 60 –100 sm
antara batas : perlu diselangi parit seluas 75 sm untuk mengatasi air bertakung dan banjir
Meletakkan sungkupan
Untuk mengawal rumpai, penyakit & serangga
Mengekalkan kelembapan tanah & mencegah hakisan
Bahan sungkupan : plastik `silvershine’, lalang kering atau jerami padi.
Penyemaian dan penyediaan anak benih
Biji benih
200 hingga 300 gm/ha (bergantung pada peratus percambahan)
Direndam atau dilembabkan semalaman sebelum disemai (campuran vitamin-hormon pada air boleh meningkatkan peratus percambahan).
Kaedah penyemaian
Boleh dilakukan di dalam dulang semaian (60 x 30 x 10 sm) yang boleh menampung 100 anak benih atau di dalam beg-beg plastik
diletakkan di bawah kawasan teduh berjaring> halus untuk mengurangkan pancaran terik matahari dan mengelakkan serangga perosak
Baja NPKMg (12:12:17:2:TE) dicampurkan dengan kadar 7 gm/liter tanah. ‘Seed-raiser’ boleh menambahkan peratus percambahan.
Selepas 2 minggu, anak cambahan dipindahkan ke dalam polibeg bersaiz 15 x15 sm yang mengandungi campuran tanah, najis haiwan dan pasir dengan nisbah 3:2:1
Teduhan pada anak-anak pokok dibuang secara berperingkat.
Penyemaian juga boleh dilakukan terus di ladang dengan memberi teduhan.
Pengubahtanaman
Anak-anak pokok berumur 5 hingga 7 minggu diubahtanam atas paras daun pertama dalam tanah bagi mengelak pokok tumbang.
Jarak tanaman boleh dijarangkan (75 x 100 sm atau 50 x 60 sm) atau dirapatkan (15 x 15 sm @ 40,000 –45,000 pokok/ha) mengikut varieti.
Bagi Cilibangi -4 yang berpokok kecil dan berhasil kurang setiap pokok, jarak tanaman >yang rapat disyorkan untuk mendapatkan hasil yang tinggi per hektar.
Pengubahtanaman perlu dilakukan pada waktu redup atau petang diikuti dengan penyiraman air untuk mengelakkan kejutan.
Selepas seminggu, pokok yang berpenyakit dicabut, dibakar dan disulam dengan pokok sihat.
Penyiraman
Dilakukan 2 kali sehari dengan sistem ‘sprinkler’ pada awal pagi dan petang
Pembajaan
Pembajaan mesti dilakukan mengikut elemen-elemen baja yang diperlukan secukupnya
Baja NPK berwarna hijau (15:15:15) atau baja cecair (15:30:15) digunakan untuk pembajaan asas.
Baja buah NPKMg berwarna biru (12:12:17:2:TE) atau baja cecair (18:18:21) untuk pembajaan pokok dewasa.
Hormon dan vitamin tumbuhan boleh digunakan untuk menjamin kesihatan pokok.
Jumlah baja NPK dan NPKMg yang digunakan adalah 1.8 – 2.5 tan/ha dan dibahagikan kepada 4 kali pembajaan.
Pembajaan asas dibuat sekali sebelum atau ketika pengubahtanaman diikuti dengan 3 pusingan pembajaan permukaan.
Sebanyak 10 g baja ditabur di sekeliling pokok setiap 2 minggu. Baja cecair dilarutkan pada kadar 1 sudu besar per liter air. Baja cecair 15:30:15 disembur dari pangkal pokok hingga ke daun setiap 7-10 hari sehingga pokok berbunga. Baja cecair 18:18:21 juga disembur pada kadar yang sama.
Pengawalan rumpai, perosak tanaman dan penyakit
Racun rumpai pracambah digunakan selepas tanah disediakan untuk mengawal rumpai
Racun serangga digunakan untuk mengelakkan serangan kutu daun dan hamama serta vektor afid yang membawa penyakit virus.
Pelekat (perangkap) lalat buah boleh digunakan semasa pembuahan.
Varieti-varieti Cilibangi rintang kepada penyakit kerekot daun (virus CVMV) dan antraknos buah. Racun kulat digunakan untuk penyakit kulat yang lain.
Pungutan hasilHasil dipetik ketika pokok berumur 12 hingga 16 minggu. Purata hasil 16-20 tan/ha.