Kebun Warisan's Followers

Showing posts with label BAJA DAN RAWATAN. Show all posts
Showing posts with label BAJA DAN RAWATAN. Show all posts

Monday, August 9, 2010

Sisa kambing sebagai sumber pendapatan


Sisa kambing sebagai sumber pendapatan
Posted by harizamrry under Agro - Journal Pertanian





SELAMA ini ternakan kambing dan biri-biri hanya menghasilkan satu produk saja misalnya kambing pedaging hanya menghasilkan daging, manakala tenusu mengeluarkan susu saja. Sebelum ini penternak sedia maklum tinja atau najis ternakan sesuai dijadikan baja bagi pelbagai jenis tanaman, sama ada jangka pendek atau panjang. Kini dengan teknologi dan teknik pemprosesan tinja yang biasanya dibuang begitu saja dan menyumbang kepada pencemaran atau dijadikan baja boleh menghasilkan baja organik.

Baja organik atau popular sebagai emas hitam merupakan hasil tinja kambing yang diproses atau dikitar semula.Baja organik merupakan baja yang dihasilkan daripada punca tanaman atau ternakan yang tidak mempunyai sebarang bahan kimia atau hormon. Bermula dengan 50 ekor kambing, penternak sudah boleh mengusahakan baja organik justeru meningkatkan pendapatan dan menggantikan punca pendapatan utama asal.

Projek yang merupakan pelengkap kepada bidang penternakan menyemarakkan lagi potensi pendapatan sejajar dengan Dasar Pertanian Negara Ke-3. Kuantiti tinja kambing akan bertambah dari sehari ke sehari akan mewujudkan pencemaran bau jika tidak diuruskan dengan betul. Keadaan berkenaan akan menyebabkan penyakit seperti radang paru-paru terutama pada ternakan tua dan terlalu muda.

Longgokan yang bertambah banyak akan menyebabkan pencemaran alam sekitar apabila hari hujan. Setiap projek yang mengandungi 250 ekor ibu atau 750 ekor kambing mampu menghasilkan 9,000 kilogram (kg) atau sembilan tan tinja mentah sebulan. Jumlah tinja yang dihasilkan setiap bulan dalam kuantiti banyak dan boleh dijadikan sumber pendapatan yang lumayan sekiranya diurus secara sistematik.

Sistem penternakan insentif merupakan sistem paling sesuai bagi pengeluaran baja organik secara sistematik kerana ternakan bebas tidak akan memberikan tinja yang optimum. Kandang Penternak disaran membina kandang setinggi enam kaki (dua meter) dari permukaan tanah bagi memudahkan kerja memungut tinja mentah. Permukaan bawah kandang boleh di simen atau tidak mengikut kesesuaian keadaan tempat. Bagi kandang kecil usaha memungut tinja dilakukan menggunakan plastik kanvas di bawah lantai dengan curam ke tepi kandang. Tinja kambing merupakan 83 peratus bahan mentah baja organik bahan organik, bermakna sembilan tan metrik tinja mentah mampu menghasilkan 10.5 tan metrik baja organik.

Baja organik dapat dipasarkan pada harga RM800 setan dan ladang komersial yang berskala 250 ekor kambing mampu menghasilkan RM8,400 sebulan melalui kaedah pemasaran.Jika baja organik dijual dalam bungkusan kecil maka pendapatan meningkat kepada angka yang lebih lumayan.

Kaedah pemasaran yang strategik mampu menjadikan penghasilan baja kompos sebagai penjana pendapatan. Penternak yang menyertai program Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani boleh menyertai kursus secara sangkut dan latihan amali di ladang swasta secara insentif.

Peralatan seperti bangsal (15 kaki x 28 kaki atau lebih besar) mesin pembancuh tinja, cangkul, jaring penapis, alat penimbang dan bekas plastik diperlukan bagi menghasilkan baja organik. Semua peralatan dianggarkan berharga kira-kira RM10,000. Baja organik tidak mengandungi sebarang bahan kimia, antibiotik atau hormon dan tidak mencemarkan alam sekitar atau kualiti air. Baja organik juga dapat mengurangkan serangan hama dan penyakit dan sesuai digunakan bagi semua jenis tanaman jangka panjang seperti durian, duku dan manggis serta jangka pendek seperti sawi, cili dan tomato.
TINJA atau najis kambing boleh diproses dan dijadikan baja yang mampu memberi pendapatan tambahan kepada penternak.

Baja organik Bio Komp ini dihasilkan daripada tinja kambing yang diternak. Antara kebaikan menggunakan baja ini adalah seperti berikut:

* Menyuburkan lapisan bawah permukaan tanah
* Meningkatkan populasi mikro organisma tanah
* Meningkatkan daya serap akar & daya serap air
* Meningkatkan ketersediaan unsur terutamanya N.P.K dalam jangkamasa panjang untuk membentuk unsure yang sangat diperlukan tanaman.
* Mengurangkan kos pertanian & MESRA ALAM.

Harga bagi 1 tan adalah RM 700.00.


InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&Agrotourism
Sumber/Dipetik:Agro - Journal Pertanian
http://jutawanklik.com/#kebunklik

Resepi Baja dari Tinja Kambing

Baja organik dihasilkan daripada hasil buangan haiwan atau tumbuhan. Baja ini 100% tidak terdapat unsur-unsur bahan kimia, antibiotik atau hormon. Baja organik yang dihasilkan daripada proses pengkomposan tinja kambing menggunakan STARDEC yang ditambah dengan bahan abu, kapur dan habuk kayu gergaji dalam tempoh tertentu. Selain itu pellet atau makanan kambing juga harus dicampur dengan Probiotik STARBIO.

Bahan Yang Diperlukan
• Tinja / kotoran ternakan - 83%
• Abu ( dari bahan bakar) - 10%
• Habuk Kayu Gergaji - 5 %
• Kapur (lime) - 2%
• STARDEC - 0.25%

Peringkat-Peringkat Proses Membuat Emas Hitam
• Pengkomposan
• Penapisan
• Pembungkusan
• Pemasaran

Pengkomposan
Langkah pertama, pallet atau makanan kambing haruslah dicampur dengan STARBIO sebanyak 300gm -500gm bagi 100 kg pallet.

Kemudian tinja dikumpulkan dibangsal pengkomposan yang mana lantainya sudah ditabur dan dilapisi dengan habuk kayu gergaji, kapur, abu dan STARDEC. Kemudian bahan ini harus berlapis lapis dengan tinja kambing yang baru sehingga ketinggian 1.5 meter. Biarkan timbunan selama seminggu.

Harus dipastikan bangsal proses pengomposan menggunakan lantai tanah, dan ternaung daripada hujan dan cahaya matahari secara langsung.

Pada minggu kedua, terbalikkan timbunan dengan memindahkannya ke petak berasingan. Suhu dalam timbunan pada minggu kedua akan naik hingga 60 darjah celsius dan ulang pembalikan pada setiap minggu hingga minggu kelima. Suhu dalam timbunan pada minggu ketiga dan keempat akan naik hingga 70 darjah celsius. Pada minggu kelima pula suhu akan turun antara 30-40 darjah celsius menandakan proses pengkomposan telah selesai. Semasa pembalikan dilakukan, pastikan keadaan kelembapan sekitar 60% dan jika terlalu kering hendaklah direnjiskan air.

Bahan pengkomposan yang telah selesai ini, dicampur homogen dengan cara disisir cangkul dari atas ke bawah. Kemudian ditimbunkan pada tempat pemprosesan baja dengan ketinggian 1.5 meter juga.

Ciri-ciri Emas Hitam yang sedia untuk dipasarkan:
•Suhu dingin secara alami (350 darjah celsius)
•Warna Coklat kehitaman
•Suhu dalam timbunan antara 60 -80 darjah celsius
•Tidak berbau
•Kadar air ± 40%

Penapisan/Penyingkiran
Proses ini dilakukan pada minggu keenam. Timbunan baja organik ini perlu dihancurkan dengan menggunakan mesin penghancur (grinder) yang berharga antara RM2300 – RM2500 dalam pasaran tempatan. Ia kemudiannya perlu ditapis menggunakan jaring dawai untuk mendapatkan tekstur yang seragam dan mengasingkan benda asing yang tidak diperlukan.

Pembungkusan
Baja organik yang telah dihancurkan dan ditapis perlu di timbang mengikut saiz plastik pembungkusan mengikut kehendak pengusaha. Pembungkusan boleh dibuat menggunakan jenama tertentu (contohnya Casserose) dengan mengikut saiz 0.5 kg, 1kg, 5kg , 10kg atau 20kg mengikut permintaan pasaran.

Faedah Perusahaan Emas Hitam Kepada Penternak Kambing
• Menyelesaikan masalah pencemaran dan bau busuk
• Menjimatkan kos penyediaan kumbahan najis ternakan
• Menjimatkan kos letrik dan air
• Mesra alam sekitar
• Meningkatkan dayamaju projek
• Menarik minat pengusaha
• Membantu mencapai sasaran Dasar Pedaging Negara

Kelebihan Baja Kompos
• Tidak berbau
• Meningkatkan kesuburan tanah
• Meningkatkan mikrobia tanah
• Mengurangkan serangan hama dan penyakit
• Memperbaiki struktur dan mengemburkan tanah
• Memperbaiki pH tanah
• Merangsang pertumbuhan pokok
• Meningkatkan kualiti hasil pertanian
• Sesuai untuk semua jenis tanaman samaada perladangan komoditi, sayur-sayuran, buah-buahan, pokok perhiasan dan bunnga-bungaan.

Pemasaran
Pasaran borong emas hitam kini adalah antara RM800 – RM1000 satu tan. Namun begitu jika dijual dengan bungkusan yang kecil dengan harga antara RM6 – RM8 sekilogram, ini akan menjadikan pendapatan sampingan penternak kambing sangat lumayan.

Emas hitam ini mendapat permintaan yang menggalakkan pada Pameran MAHA2004 dengan harga RM8 sekilogram. Strategi pemasaran yang baik dan efektif mampu menjadikan pendapatan daripada emas hitam sebagai suatu kegiatan sampingan yang lumayan bagi penternak kambing.

PRODUK BARU DARI CASSEROSE (EMAS HITAM)
Penafian:
Cara pemprosesan ini adalah teori saya sahaja mengikut pembacaan dan rujukan yang telah saya nyatakan di bawah. Ia telah disesuaikan dengan penternakan kambing dan tidak pernah saya praktikkan di lapangan. Formula pemprosesan ini juga tidak mendedahkan formula industri baja organik Casserose. Harap Maklum.

Rujukan:
1. Amran Shahir, Bahagian Pembangunan Industri Ternakan, JPH Selangor. (Pemprosesan tinja lembu dan kerbau sebagai baja organik)
2. Buku Panduan Pengeluaran Kambing Muda KaPrima.







InfoPertanian:Ternakan,Tanaman,Perikanan&Agrotourism
Sumber/Dipetik:esis caserose kambing mas
http://jutawanklik.com/#kebunklik

Saturday, January 16, 2010

Baja Vermikompos

Vermikompos tingkat kesuburan tanah
Sumber : Jabatan Pertanian


Vermikompos kaya dengan nutrien yang sesuai untuk tanaman.

--------------------------------------------------------------------------------



VERMIKOMPOS merupakan baja kompos yang terbentuk hasil daripada pemeliharaan cacing dalam kompos. Vermikompos mengandungi najis cacing yang bercampur dengan bahan-bahan organik yang mereput seperti jerami padi, rumput, dan lain-lain sisa bahan tanaman.

Vermikompos mengandungi pelbagai unsur nutrien yang sangat sesuai untuk tanaman.

Selain itu, ia juga membantu menguraikan sebatian kompleks kepada unsur yang boleh diambil oleh tanaman.

Cara membuat vermikompos

a. Bahan-bahan

i. Jerami padi atau sisa bahan pertanian yang telah reput atau separuh reput.

ii. Najis haiwan (tahi lembut) atau tahi ayam)

iii. Cacing merah (cacing kompos)

b. Cara membuat

i. Sediakan tapak kompos dan bangsal untuk membuat vermikompos bagi melindungi daripada hujan dan panas.

ii. Masukkan 300 kilogram (kg) jerami dan 100 kg tahi lembu ke dalam tapak kompos dan gaulkan.

iii. Masukkan empat kg cacing merah (lebih kurang 10,000 ekor) ke dalam campuran jerami dan tutup dengan jerami atau guni

iv. Lakukan penyiraman setiap dua hari sekali supaya campuran sentiasa dalam keadaan lembap.

v. Pemantauan dan pengurusan yang sempurna hendaklah dilakukan bagi memastikan cacing berada dalam keadaan selesa dan tidak diganggu oleh musuh-musuh seperti tikus, semut dan burung.

vi. Hasil vermikompos boleh diambil dalam masa sebulan.

Pengutipan hasil

Vermikompos boleh dituai selepas tiga atau mepat bulan. Vermikompos yang terhasil diasingkan dengan mengumpulkannya dalam satu bahagian dan bahan sisa tanaman bari ditempatkan di sebelahnya.

Cacing-cacing akan berpindah dengan sendirinya ke bahan sisa tanaman baru. Vermikompos yang telah diasingkan ditapis sebelum dibungkus dan dijual atau digunakan.

Kebaikan vermikompos

i. Memperbaiki struktur tanah

ii. Memperbaiki kandungan biologi tanah dengan penambahbaikan mikrorganisma, hormon dan juga enzim.

iii. Membekalkan unsur-unsur yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok.

vi. Mengandungi humus yang berguna untuk meningkatkan kesuburan tanah.




Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:

Sunday, September 6, 2009

Tips Semburan Racun Serangga dan Kulat

Tips Semburan Racun Serangga dan Kulat

Waktu paling sesuai untuk semburan racun serangga dan kulat adalah pada waktu yang redup dan tidak panas. Jadi, kebiasaannya petani akan menyembur pada waktu awal pagi atau lewat petang.

Pernahkah anda terfikir untuk menyemburnya pada waktu malam? Saya telah lakukannya.

Antara sebabnya;
1) Waktu jam 8.00 - 10.00 malam cuaca sudah sejuk. Jadi pokok tidak terkejut dengan semburan sebab racun nie bahan kimia, jadi ia panas.
2) Kebiasaannya serangga aktif pada waktu malam. Semasa sembur boleh lihat serangga berterbangan.
3) Sejuk. Jadi petani tak la kepanasan dan berpeluh2.

Jadi, selamat mencuba!!!


Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:

Formula Baja AB untuk cili.

Formula Baja AB untuk cili.

Di sini saya nak berkongsi sesuatu dengan rakan fertigasi, iaitu cara menghasilkan baja AB. Menghasilkan Baja AB sendiri mungkin tidak praktikal bagi pengusaha yang menanam dalam kuantiti yang sedikit. Tetapi ia sangat praktikal dan menjimatkan bagi pengusaha yang menanam dalam kuantiti yang banyak.


Kaedah membuat 100 liter baja stok.

Dapatkan bekas dan tandakan pada paras 100 liter.
Letak air bersih separuh daripada bekas tadi.
Tuangkan Set Baja A ke dalam bekas tadi dan kacau sehingga larut.
Tambahkan air bersih sehingga mencapai 100 liter.
Ulangi langkah 1 hingga 4 untuk menghasilkan Baja Set B.
Tandakan pada kedua-dua bekas Set A dan Set B.


Formulasi Baja Fertigasi untuk tanaman cili.

Set A:

Kalsium Nitrat (10,580 gram)
Iron Chelate (190 gram)
Set B:

Kalium Nitrat (6,600 gram)
Mono-kalium hidrogen fosfat (2,220 gram)
Magnesium Sulfat (4,030 gram)
Mangan Sulfat (17 gram)
Asid Borik (28.5 gram)
Zink Sulfat (14.5 gram)
Kuprum Sulfat (1.9 gram)
Natrium Molibdat (1.2 gram)


Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:http://cilipadif1.blogspot.com/

Wednesday, January 7, 2009

Doktor Pokok

Doktor Pokok

Apakah Klinik Pengembangan Dr. Pokok?
Klinik Pengembangan Dr. Pokok ialah:
Satu tempat di mana orang ramai boleh menyalur dan menyelesaikan sebarang masalah berkaitan aktiviti pertanian.
Satu tempat di mana pelanggan dapat bertemu dengan pakar-pakar bidang pertanian bagi mendapatkan sebarang maklumat pertanian.
Satu program Jabatan Pertanian yang menawarkan perkhidmatan pengembangan pertanian sebagai teras perkhidmatannya.
Nama Klinik Pengembangan diberikan kepada tempat / kaunter yang menawarkan khidmat pengembangan pertanian, manakala nama Dr. Pokok pula merujuk kepada pegawai-pegawai Jabatan Pertanian yang memberikan khidmat nasihat serta kepakaran teknikal dan pengembangan pertanian.

Apakah Bidang Kepakaran Dr. Pokok?
Bidang-bidang kepakaran Dr. Pokok ialah:
Diagnostik Masalah Tanaman.
Khidmat Nasihat Amalan Pertanian Baik.
Perundingan dan Pelaburan Pertanian.
Kajian Daya Maju Projek Pertanian.
Pembangunan Sumber Manusia.
Kajian Kesesuaian dan Kesuburan Tanah.
Remote Sensing dan Pemetaan Tanah.
Pakej Teknologi Pelbagai Tanaman.
Teknologi Kejuruteraan Pertanian.
Teknologi Pengeluaran Benih Tanaman.
Teknologi Pengeluaran Industri Asas Tani.
Kawalan Perosak dan Penyakit Tanaman.
Kawalan dan Persijilan Kualiti Tanaman.
Kawalan Import dan Eksport Pertanian.
Kawalan dan Aplikasi Racun Makhluk Perosak.
Khidmat Analisa Makmal.
Pemasaran Hasil Pertanian.
Maklumat Statistik Pertanian.

Apakah Aktiviti-Aktiviti yang dijalankan?
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah:
Memberi khidmat nasihat / bimbingan kepada pelanggan yang meliputi semua bidang kepakaran Dr. Pokok seperti khidmat nasihat pertanian, diagnostik masalah tanaman, analisa makmal, perundingan pelaburan pertanian dan sebagainya.
Menyelesaikan masalah-masalah teknikal dan pembangunan pertanian.
Memberi penerangan / penjelasan mengenai program-program Jabatan Pertanian dan program kerajaan yang lain.
Sebagai penghubung di antara pelanggan dengan kakitangan Jabatan Pertanian, unit / seksyen / bahagian / negeri-negeri, agensi lain atau badan-badan lain yang berkaitan.
Hebahan maklumat-maklumat pertanian terkini.

Di Mana Anda Boleh Mendapatkan Khidmat Dr. Pokok?
Anda boleh mendapatkan khidmat Dr. Pokok di:
Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Putrajaya
Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri-Negeri
Pejabat-Pejabat Pertanian Daerah
Pusat-Pusat Jabatan Pertanian yang berdekatan dengan anda
Kaunter bergerak ke kawasan-kawasan projek pertanian

Bagaimana Anda Boleh Menghubungi Dr. Pokok?
Anda boleh menghubungi Dr. Pokok melalui:
Kaunter Klinik Pengembangan
di Ibu Pejabat Putrajaya, Negeri dan Daerah yang dibuka pada setiap hari bekerja.

Kaunter Bergerak
Diadakan pada setiap 2 minggu sekali di kawasan-kawasan pertanian atau di pusat-pusat pertanian. Makluman akan dihebahkan dari masa ke semasa.

Kaunter Perkhidmatan On-Call
Perkhidmatan On-Call ditawarkan setiap masa. Anda boleh menghubungi nombor "Hotline" yang disenaraikan ini:
Putrajaya 03 - 8870 3000
Johor 07 - 235 5506/07
Melaka 06 - 232 4318
Negeri Sembilan 06 - 765 9760
Selangor 03 - 5544 5440
Perak 05 - 253 1452
Pulau Pinang 04 - 537 2144
Kedah 04 - 777 5000/03
Perlis 04 - 938 4466
Pahang 09 - 573 3133
Terengganu 09 - 627 4191/89
Kelantan 09 - 744 2400
Labuan 087 - 408 513/14

Kaunter e-Khidmat Dr. Pokok

Emel sahaja pertanyaan anda kepada :
drpokok@doa.gov.my

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:drpokok@doa.gov.my

Sunday, January 4, 2009

Iklan - Baja / Baja Rumpai & CD Teknik Pertanian




kedaibaja: assalamualikum, mahukan baja yg mampu membaja dgn berkesan disamping berkesan menghapuskan rumpai??? silalah ke laman web kedaibaja: assalamualikum, mahukan baja yg mampu membaja dgn berkesan disamping berkesan menghapuskan rumpai??? silalah ke laman web www.kedaibaja.webs.com


clip;


DAPATKAN CD TEKNIK PERTANIAN

SECARA PERCUMA DI KEDAIBAJA

Berita baik untuk semua pelanggan KEDAIBAJA, KEDAIBAJA akan memberikan CD teknik pertanian secara PERCUMA untuk setiap pembelian. CD teknik pertanian ini diberikan sebagai tanda penghargaan kami terhadap anda.
BUAH-BUAHAN (17 JENIS BUAH-BUAHAN)*
SAYURAN (23 JENIS SAYURAN)*
CENDAWAN (2 TAJUK) *


Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:Sahabat Kebun Warisan

Iklan - Baja Organik

ray: baja rganik daripada cacing hubungi kami 0162098595


Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:Sahabat Kebun Warisan

Sunday, March 9, 2008

FAHAMI PITA WARNA LABEL RACUN PEROSAK

FAHAMI PITA WARNA LABEL RACUN PEROSAK

Februari 27, 2008 at 3:21 pm (Agro - Journal Pertanian)

Pendahuluan
Racun perosak adalah bahan beracun dan bukan ubat. Ia digunakan untuk mengawal makluk perosak. Oleh kerana ianya racun, adalah merbahaya kepada kesihatan manusia dan persekitaran jika tidak digunakan dengan bijaksana.

Racun perosak mempunyai darjah kebisaan yang berbeza-beza. Lihat pada label botol atau bekas racun yang anda beli. Anda akan mempunyai jalur berwarna hitam atau merah atau kuning atau biru ataupun tidak berwarna.

Pada jalur warna ini, anda boleh lihat perkataan Kelas i (a) atau 1 (b) atau II atau III atau IV dan juga amaran bahaya untuk tiap-tiap satu kelas.

Jalur warna atau kelas racun ini menunjukkan tahap bahaya atau bisa racun tersebut kepada diri anda.

Pengkelasan Racun Perosak
Tahap bahaya sesuatu racun perosak dikelaskan berasaskan kebisaannya kepada manusia. Terdapat 5 kelas racun perosak iaitu:-
Pita Warna Kelas Racun


Label Ia
Warna Hitam
Beracun - Amat Bisa

Label Ib
Warna Merah
Beracun - Bisa

Label II
Warna Kuning
Beracun

Label III
Warna Biru
Berbahaya

Label IV
Warna Putih

Kelas Ia: Beracun - Amat BisaJauhkan daripada makanan dan kanak-kanak

Kelas Ib : Beracun - BisaJauhkan daripada makanan dan kanak-kanak

Kelas III: BeracunJauhkan daripada makanan dan kanak-kanak

Kelas IV: MerbahayaJauhkan daripada makanan dan kanak-kanak
Warna jalur dan kelas racun perosak

Kaitan Warna Pita Dengan Keberkesanan Racun Perosak Untuk Mengawal Perosak Tanaman
Warna pita tidak berkait dengan keberkesanan sesuatu racun perosak. Oleh itu, semua racun perosak yang berdaftar mempunyai keberkesanan untuk mengawal makhluk perosak. Ia bergantung bagaimana racun perosak diguna dan disembur seperti yang disyorkan pada label.
Bagaimana Racun Ini Boleh Memudaratkan Kesihatan Badan Anda?

Sekiranya badan anda terkena racun perosak atau terhidu wapnya semasa membancuh atau membuat semburan, anda mungkin mengalami keracunan seperti pening-pening, sakit kepala, kulit menjadi merah, gatal-gatal, melecur, pengsan dna berbagai lagi.

Langkah-Langkah Keselamatan
Untuk mengelakkan dari mengalami keracunan, gunakan pakaian pelindung yang sesuai semasa membancuh dan menyembur. Sentiasa berhati-hati semasa mengendali dan menggunakan facun perosak.

PENGAMBILAN CONTOH TANAH UNTUK MENILAI KESUBURAN

PENGAMBILAN CONTOH TANAH UNTUK MENILAI KESUBURAN

Februari 27, 2008 at 3:17 pm (Agro - Journal Pertanian)

Penganalisaan tanah adalah penting terutama sekali dalam usaha menilai kesuburan tanah dan seterusnya untuk membuat syor-syor pembajaan atau pengapuran.

Dalam sesuatu penganalisaan tanah, langkah pertama dan yang paling mustahak ialah bagaimana contoh-contoh tanah itu sendiri diambil. Ini adalah penting kerana sesuatu keputusan hasil penganalisaan tanah tidak akan memberikan apa-apa makna dan juga tidak akan memberikan gambaran yang sebenarnya jika cara pengambilan contoh tanah tidak dilakukan dengan betul.

Bila patut dilakukan pengambilan contoh tanah?

Masa yang baik untuk mengambil contoh tanah ialah dalam keadaan cuaca yang baik dan bukan pada musim hujan lebat atau kemarau.

Bagaimana cara mengambil contoh tanah?

Bahagikan kawasan ladang kepada beberapa lot. Suatu lot yang dibahagikan haruslah menggambarkan keadaan yang seragam samada mengikut cerun, saliran, tekstur tanah, kedalaman tapisan tanah, pembajaan ataupun sejarah penanaman kawasan yang berkenaan. Tiap-tiap lot yang telah dibahagikan hendaklah tidak melebihi 4 hektar.

Untuk tiap-tiap lot yang telah dibahagikan, ambil contoh tanah pada 10 tempat. Tempat-tempat ini mestilah terdapat merata di keseluruhan kawasan lot dan jarak tempat-tempat itu di antara satu sama lain mestilah lebih kurang sama. Untuk tiap-tiap tempat contoh tanah diambil:-
Buangkan segala sampah sarap atau batu-batu yang terdapat di atas permukaan tanah.
Galikan tanah dengan menggunakan auger pada dua paras kedalaman iaitu 0-15 cm dan 15-30 cm untuk tanaman berakar cetak.

Masukkan tanah yang telah diambil pada kedua-dua kedalaman tadi ke dalam dua buah baldi plastik yang berasingan iaitu stu untuk contoh tanah dari kedalaman 0-15 cm dan satu lagi untuk kedalaman 15 - 30 cm.

Campurkan kesemua contoh tanah dari 10 tempat-tempat tadi bagi kedua-dua ke dalaman secara berasingan dan gaulkan dengan tangan supaya menjadi samarata.

Kemudian pindahkan sebanyak 1 kilogram contoh tanah bagi kedua-dua kedalaman itu ke dalam beg-beg kanvas yang berasingan yang mempunyai lapisan plastik di dalamnya dan tandakan.

Contoh-contoh tanah yang diambil hendaklah jauh dari pagar, parit, jalan, bangunan, longgokan kompos atau baja, kawasan membakar sampah serta lain-lain benda yang dapat mempengaruhi hasil penganalisaan contoh tanah tersebut.

Bagi kawasan yang pernah diusahakan dengan tanaman yang ditanam dalam bentuk baris, dan pembajaan pula, pernah dilakukan, contoh tanah haruslah diambil di kawasan antara barisan.

VERMIKOMPOS MENINGKATKAN KESUBURAN TANAH

VERMIKOMPOS MENINGKATKAN KESUBURAN TANAH

Februari 27, 2008 at 3:09 pm (Agro - Journal Pertanian)

PENGENALAN
Vermikompos adalah baja kompos yang terbentuk hasil dari pemeliharaan cacing di dalam kompos. Vermikompos mengandungi najis cacing yang bercampur dengan bahan-bahan organik yang mereput seperti jerami padi, rumput dan lain-lain sisa bahan tanaman. Vermikompos mengandungi pelbagai unsur nutrient yang sangat sesuai untuk tanaman. Ia juga mengandungi mikroorganisma yang dapat membantu menguraikan sebatian kompleks kepada unsur yang boleh diambil oleh tanaman.
MEMBUAT VERMIKOMPOS
Bahab-bahan:
1.Jerami padi atau sisa bahan pertanian yang telah reput atau separuh reput2.Najis haiwan (tahi lembu atau tahi ayam)3.Cacing merah (cacing kompos)
CARA MEMBUAT VERMIKOMPOS
1.Sediakan tapak kompos dan bangsal untuk membuat vermikompos bagi melindungi daripada hujan dan panas
2.Masukkan 300 kg jerami dan 100 kg tahi lembu ke dalam kompos dan gaulkan
3.Masukkan 4 kg cacing merah (lebih kurang 10,000 ekor) ke dalam campuran jerami dan tutup dengan jerami atau guni
4.Lakukan penyiraman setiap 2 hari sekali supaya campuran sentiasa di dalam keadaan lembap
5.Pemantauan dan pengurusan yang sempurna hendaklah sentiasa dilakukan bagi memastikan cacing berada di dalam keadaan selesa dan tidak diganggu oleh musuh-musuh seperti semut, tikur dan burung
6.Hasil vermikompos boleh diambil dalam tempoh satu bulan
PENGUTIPAN HASIL
Vermikompos boleh dituai selepas 3-4 bulan. Vermikompos yang terhasil diasingkan dengan mengumpulkannya di satu bahagian dan bahan sisa tanaman baru ditempatkan di sebelahnya. Cacing-caing akan berpindah dengan sendirinya ke bahan sisa tanaman baru. Vermikompos yang telah diasingkan ditapis sebelum dibungkus dan dijual/digunakan.
KEBAIKAN VERMIKOMPOS
1.Memperbaiki struktur tanah2.Memperbaiki kandungan biologi tanah dengan penambahan mikroorganisma, hormon dan juga enzim.3.Membekalkan unsur-unsur yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok4.Mengandungi humus yang berguna untuk meningkatkan kesuburan tanah
Pos Komen

Monday, December 24, 2007

Probiotik EM Effective microorganism

KETERANGAN LANJUT....LAWATI:

http://bakteriabaik.blogspot.com/

Penyakit2 pd Pokok Cili

Sila lawati blogspot berikut untuk rujukan yg lebih jelas beserta gambar>:http://nagaliar.blogspot.com/



Penyakit Pokok Cili (7) --->Reput Kulapuk Berdebu
Penyakit Pokok Cili (6) ---> Hawar Pucuk
Penyakit Pokok Cili (5) ---> Lecur Anak Benih
Penyakit Pokok Cili (4) ---> Bintik Daun
Perosak Pokok Cili (2) ---> Hamama (Mites)
Penyakit Pokok Cili (3) ---> Virus Mozek Daun

SENARAI HARGA BAJA KIMIA/FOLIAR/ORGANIK

SENARAI HARGA BAJA KIMIA/FOLIAR/ORGANIK


BIL
NAMA BARANG
BERAT
HARGA
1
Baja NPK 15/15/15 (imported)
50 Kg
RM 59.00
2
CIRP
50 Kg
RM 24.00
3
Urea
50 kg
RM 38.00
4
Draz M oren
20 Kg
RM 110.00
5
Draz M
1 Kg
RM 5.00
6
Baja Siraman NR
4 Lit
RM 28.00