Kebun Warisan's Followers

Showing posts with label PROJEK MENARIK. Show all posts
Showing posts with label PROJEK MENARIK. Show all posts

Saturday, October 3, 2009

Taman kebun dapur- 'EDIBLE Garden'

Taman kebun dapur
Oleh Rohaniza Idris


Edible Garden juga berfungsi sebagai kebun dapur
Konsep Edible Garden mengandungi pokok herba, sayuran, ulaman dan buah-buahan
'EDIBLE Garden' yang diilhamkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah mencuri
perhatian ramai ketika Festival Antarabangsa Landskap dan Taman Malaysia (LAMAN 2008),
baru-baru ini.
Begitu juga pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) yang
berlangsung sehingga semalam, yang mana di laman sayur, pengunjung berpeluang melihat
beberapa contoh Edible Garden.
Apakah itu Edible Garden? Edible Garden jika ditafsirkan ke dalam bahasa Melayu bermaksud
taman boleh dimakan. Ini bermakna taman yang dibangunkan mengandungi tumbuhan yang
sesuai untuk dimakan atau pokok herba, sayuran, ulaman dan buahan.
Bagaimanapun, kebiasaannya Edible Garden ini menampilkan tumbuhan jangka pendek iaitu
tumbuhan yang hidup dalam tempoh satu hingga enam bulan.
Namun, ada juga tumbuhan kekal yang boleh hidup lama yang sesuai
ditanam di Edible Garden, seperti kayu manis, tanjung, serai dan pandan.
Kebiasaannya, Edible Garden menampilkan ruang yang
minimum, sempit dan digabungkan dengan tumbuhan landskap.
Selain berfungsi sebagai kebun dapur, Edible Garden juga boleh
menjadi landskap yang menarik jika bijak menggabungkan pokok
herba, sayuran dan buahan dengan pokok berbunga atau tumbuhan
landskap atau hiasan.
Di pameran Maha, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian
(Mardi) bertanggungjawab membangunkan laman sayur
mengetengahkan konsep Edible Garden dengan Minifertigasi.
Menerusi konsep Minifertigasi ini, taman tidak perlu disiram atau
diselenggara setiap hari sebaliknya pengairan dan siraman baja
Gabungan hiasan dan
sayuran adalah ciri utama
Edible Garden
dilakukan menerusi sistem ‘timer’ - alat jangka masa yang akan berfungsi secara automatik
mengalirkan air dan baja mengikut masa ditetapkan.
Pemilihan tanaman sesuai penting untuk
mengindahkan taman.
Kaedah berkenaan sangat sesuai untuk penghuni kota yang sibuk kerana tuntutan kerja dan tidak
mempunyai masa memberikan tumpuan kepada Edible Garden yang dibangunkan.
Konsep Minifertigasi ini menggabungkan tanaman bersifat kekal lama dan tanaman sayuran jangka
pendek yang dibina bukan hanya untuk tujuan mendapatkan hasil tetapi menyerikan dan
mencantikkan laman.
Sayur yang sesuai untuk Edible Garden Minifertigasi adalah sawi, terung, bendi, ulaman - gajus,
tenggek burung, ulam raja dan sabung nyawa. Tumbuhan jenis perisa juga sesuai untuk
melengkapkan lagi Edible Garden seperti pudina, kesum, serai, kari dan pandan.
Apakah pula Minifertigasi? Ia adalah cara fertigasi yang dilakukan secara kecil-kecilan dan ringkas.
Perkataan fertigasi berasal daripada perkataan fertilization (pembajaan) dan irrigation (pengairan).
Dalam fertigasi, proses pembajaan dan pengairan diberikan serentak kepada tanaman. Fertigasi
tergolong dalam kumpulan hidroponik iaitu pengeluaran tanaman tanpa menggunakan tanah.
Dengan menggunakan kaedah fertigasi, tanaman tidak dijangkiti penyakit akar seperti Pythium,
Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebanyakannya di bawah tanah. Selain itu,
tanaman berkenaan dapat ditanam di mana saja asalkan cukup cahaya untuk tujuan fotosintesis dan
mempunyai tempat meletak beg plastik.
Dalam sistem minifertigasi, medium yang mudah dicari dan murah akan digunakan seperti habuk
sabut kelapa atau sekam bakar. Selain itu, medium lain yang boleh digunakan adalah pasir, batu
kerikil granit, perlite, vermiculite dan maidenwell diatomite.
Sebaik-baiknya, campuran medium seperti habuk sabut kelapa dan sekam bakar digunakan untuk
memberi pengudaraan dan sokongan kepada akar berpaut di dalam beg plastik. Tetapi penggunaan
satu medium saja boleh digunakan bergantung kepada kawasan.

INFO: Tip bangunkan Edible Garden
Seeloknya gabungan deria untuk membangunkan Edible Garden seperti sentuhan, rasa, mendengar,
melihat dan bau. Pastikan gabungan yang sesuai - seeloknya pokok ulaman tanpa perisa dengan pokok
yang mudah diserang penyakit seperti pokok bunga tahi ayam dengan tomato.
Gunakan pasu dan petak kayu atau plastik serta hiaskan dengan batu sungai dan batu pasir untuk
mencantikkan lagi taman. Buatkan busut dan susun pokok secara bertingkat atau buatkan pegola dan
sangkutkan pasu kecil di para-para untuk memberikan kesan eksotik. Gunakan sabut kelapa kering
untuk menutup ruang dan menaikkan seri taman.

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:Berita Hariam

Wednesday, January 14, 2009

Hidup mewah ternak cacing

Hidup mewah ternak cacing

Rujukan : www.kosmo.com.my

SHAH ALAM - Jika sebelum ini kegiatan penternakan lintah dijalankan secara besar-besaran, kini peluang mula terbuka luas untuk aktiviti pembiakan cacing tanah pula.
Walaupun cacing menyebabkan ramai berasa geli, penternaknya pula boleh meraih pendapatan bulanan mencecah lima angka ekoran permintaan semakin tinggi bagi menjadikannya baja organik, pemusnah sampah organik, bahan campuran dalam makanan ternakan dan pembuatan kosmetik.

Ketua Pegawai Eksekutif AZR Agro Centre, Mustafa Abdul Wahab berkata, kegiatan itu hanya memerlukan modal rendah iaitu RM450 untuk sekilogram benih cacing selain kos penyediaan kandang mengikut keluasan.

Menurutnya, mereka yang berminat boleh memperoleh benih cacing daripada syarikatnya di samping mendapatkan bimbingan dan nasihat.

''Setakat ini kami telah menghasilkan 30 usahawan bumiputera dalam kegiatan penternakan cacing secara komersial,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian seminar penternakan cacing secara komersial yang disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Selangor, Noorazimah Taharim di sini semalam.

Berhubung dari segi pemasaran pula, Mustafa menjelaskan, para petani yang mengeluarkan hasil produk masing-masing seperti baja organik boleh menjual kembali kepada syarikatnya atau wakil pemasaran yang dipilih sendiri.

Dalam pada itu, Noorazimah pula berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukkan sebanyak RM14 juta dalam sektor pertanian termasuk kegiatan penternakan cacing yang termasuk dalam sub sektor padi pada tahun ini.


Last updated on 27 Mar 2008

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:www.kosmo.com.my

Sunday, January 4, 2009

Cacing - Blog Rujukan Yg Meluas

Kunjungi Blog Sahabat Kebun Warisan.....menarik

http://myhealthworms.blogspot.com/


Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:Sahabat Kebun Warisan

WATERMELONFC

KUNJUNGILAH BLOG SAHABAT KEBUN WARISAN.


http://watermelonfc.blogspot.com/


Hidup WatermelonFC Futsal Team!!!


CLIP :

Sunday, November 9, 2008

belajar kultur tisu
Belajar
ini adalah cara-cara yang saya jumpa untuk percubaan membuat kultur tisu yang saya copy paste kan untuk tatapan kawan2 saya....diharap tuan punya ilmu ini halalkan ilmunya untuk sama2 mendapat manfaat.. saya pun x ingat dah kat mana sy sedut..maybe kat dlm bicara jutawan kut...huhuhu

A. Sediakan Bahan21. Agar2 strip x4 strip2. Vit B multi cap KORDEL x3 butir3. Baja orkid 15+15+15+TE xsaiz 3x kepala mancis4. Gula pasir x 2sudu besar5. Air Hujan x 3cawan6. Bekas kaca atau bekas plastik kedap udara7. Chloroc BleachB. Bancuh bahan 1,2,3,4,5, dan masak sehingga sebatiC. Tuangkan kebekas dgn kedalaman min. 2cm dan tutup rapatD. Kukus bekas kaca bersama bancuhan agar selama 30 minitE. Bungkus dgn plastic yg baru (belum dipakai) dan SejukkanF. Cari tempat yg tiada pergerakkan angin utk aktiviti meletakkan tisu kedalam bekas, spt tandas.G. Basuh bahan sample dgn chloroc, dan bilas dgn air hujan.H. Buka sedikit bekas tadi dan masukkan cebisan tisu tumbuhan.I. Tutup bekas dan simpan disuhu bilik.J. Monitor perkembangan agar dan tisu. Agar mudah rosak sekiranya terdedah kpd spora, bakteria dsb.

Rahsia Taman- Website Sahabat Kebun Warisan

Saudara Faizal.....SELAMAT MAJU JAYA



MOHD FAIZAL
Dip. Pertanian UPM, Bac.Sc. Perniagaantani UPM KPLI KH S. Pertanian Maktab Batu Pahat
Berkhidmat : SMK Syeikh Abdul Ghani, Bidor, Perak
Mengajar : Landskap & Nurseri Tingatan 4 & 5


Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:Sahabat Kebun Warisan (http://www.rahsiataman.com/)

BLOG MENARIK-PENGGUNAAN RECYCLE UTK PERTANIAN

Dear Rey...Terima kasih krn berkongsi blog ini.

Saturday, December 20, 2008

IKAN ANTI NYAMUK DALAM TANGKI AIR TADAH HUJAN
Bandung, Jl. Alfa No. 92, Cigadung II, 21 Desember 2008 Foto: Sobirin 2008, Ikan dalam tangki air tadah hujan Oleh: Sobirin

Air hujan yang saya panen dan disimpan dalam tangki telah penuh oleh air hujan. Christine blogger dari Semarang mengingatkan, hati-hati tangki air bisa menjadi sarang nyamuk. Benar juga, jentik-jentik mulai muncul. Lalu saya memasukkan ikan ke dalam tangki ini.Nyamuk rupanya senang mendapat tempat untuk bertelor. Saya khawatir juga kalau kemudian maksud baik panen air hujan malah menjadi sumber nyamuk demam berdarah. Kemudian saya membeli ikan dan saya masukkan ke dalam tangki.Tadinya saya bermaksud membeli ikan mujair, tetapi karena waktu itu tidak ada, lalu saya membeli ikan mas sebanyak 4 ekor ukuran sedang. Selain ikan mas, saya membeli ikan kecil-kecil. Langsung ikan-ikan ini melahap jentik-jentik nyamuk, maka habislah si jentik-jentik ini. Sekarang malah ada kodok ikut bertelor dan menetas menjadi kecebong atau berudu. Tidak apa-apa, asal bukan jentik-jentik nyamuk. Air hujan ini saya manfaatkan untuk menyiram tanaman dalam pot. Ternyata air hujan lebih menyuburkan tanaman dibanding dengan air ledeng.
Posted by Mr. Sob Zerowaste at 10:32 PM

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:

Thursday, April 10, 2008

PROJEK TANAMAN CENDAWAN "Konsep Pertanian Dalam Bandar"

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik: http://www.gomi-mushroom.blogspot.com/


Grey Oyster Mushroom Industries
PROJEK TANAMAN CENDAWAN "Konsep Pertanian Dalam Bandar"

PRODUK GOMI UTK JUALAN
PRODUK GOMI UNTUK JUALAN !!!
Bongkah Cendawan @ Beg Cendawan Berbenih
2000 beg ke bwh = RM 1.50 per beg
2000 - 5000 beg = RM 1.20 per beg
5000 beg ke atas = RM 1.00 per beg
Cendawan Frozen ( 200 gram )
1 Bekas = RM 3.50
Sebarang pertanyaan mengenai produk2 GOMI, anda boleh menghubungi kami untuk maklumat lanjut atau email kami di gomi.mushroom@yahoo.com


PENGUMUMAN : GOMI akan mengadakan Kursus Intensif Penanaman Cendawan tidak lama lagi. Butiran kursus dan tarikh kursus akan diumumkan kemudian. Nantikan kemunculannya. Dikendalikan oleh Pakar Cendawan yg telah lama berkecimpung dalam arena perCENDAWAN. Gomi menjanjikan sesuatu yg berbeza dalam kursus ini.

Posted by Grey Oyster Mushroom Industries

Sunday, April 6, 2008

Panduan Penternakan Burung Walit

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:http://www.jphpk.gov.my/Malay/walit.pdf.pdf


PANDUAN PENTERNAKAN BURUNG WALIT

Klik Laman Web berikut: http://www.jphpk.gov.my/Malay/walit.pdf.pdf

Selamat Maju Jaya

Friday, April 4, 2008

PENGETAHUAN ASAS TANAMAN CENDAWAN

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:permai-desaagrotech.

PENGETAHUAN ASAS TANAMAN CENDAWAN
1. PENYEDIAAN BEG CENDAWAN
Bahan/Peralatan: Habuk Kayu Getah ,Dedak Halus ,Kapur Pertanian,Beg Plastik (tahan panas, saiz 8.5cm x 35cm)Gegelang PVC (panjang 2-3cm, garis pusat 3cm)Kapas/Surat Khabar Lama + Getah PengikatCara:
1.Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1
2.Campurkan air sehingga campuran habuk kayu lembab dan apabila dikepal tidak berderai. 3.Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan hentak sehingga padat. 4.Pasangkan gegelang PVC dan tutup dengan penyumbat kapas atau ditutup dengan kertas surat khabar lama dan diikat dengan getah.

2. PENGUKUSAN BEG CENDAWAN
Bahan/Peralatan:Tong Drum,Set Dapur GasCara:
1. Letakkan lapik (dari bata atau kayu dan dawai jaring) ke dalam tong drum setinggi 20cm.
2. Isikan air ke dalam tong drum bawah sedikit daripada pelapik tadi.
3. Susun menegak beg-beg cendawan yang telah siap ke dalam tong drum dan tutup rapat.
4. Kukus 7-8 jam.5. Sejukkan sebelum disuntik benih.

3. PENYUNTIKAN BENIH
Bahan/Peralatan: Benih Cendawan ,Pencungkil Benih
1.Penyuntikan benih ini hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih.
2.Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil.
3.Buka mulut beg cendawan dan masukkan benih cendawan sebanyak satu sudu besar dan tutup kembali mulut beg cendawan.
4.Susun beg cendawan secara menegak di tempat yang redup dan sejuk (terlindung dari cahaya matahari)
5.Biarkan maisiliam tumbuh hingga memenuhi keseluruh beg cendawan (30-40 hari selepas disuntik benih).


4. MEMUNGUT HASIL
1.Setelah maisilium memenuhi keseluruh beg cendawan, susunkan ke atas rak dengan cara merebahkannya.
2.Buka mulut beg cendawan dan tunggu hingga hasil pertama keluar (2-4 hari selepas dibuka).
3.Sembur air dengan percikan yang halus pada waktu pagi dan petang untuk meninggikan kelembapan dan merendahkan suhu.
4.Pungut cendawan yang telah berkembang sebelum tepi kelilingnya menjadi berombak-ombak.
5.Tutup kembali beg cendawan yang telah dipungut hasil dan tunggu hingga 7-10 hari untuk dibuka kembali.

Info lintah :- Q n A bersama Dr Zaleha, interview oleh Miss Shana

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:http://pelintah.9.forumer.com/index.php?showtopic=54
Tuesday, February 12, 2008

Info lintah :- Q n A bersama Dr Zaleha, interview oleh Miss Shana

1.Berapakah sela masa (bulan) daripada telur kepada benih lintah?

2 hingga 3 minggu, mengikut spesis. Dalam Malaysia terdapat 6 spesis. Lintah pula tergolong dalam dua jenis, iaitu yang boleh bertelur dengan yang beranak.

2. Bilakah lintah dianggap matang serta boleh bertelur (pada bulan ke berapa) dan bilakah pula lintah dikira tamat tempoh pembiakannya?

Bila matang tak dapat dipastikan, perlu lihat pada saiz. Yang paling besar seperti sample dihantar (milik imagna & waang) sudah boleh bertelur. Tamat pembiakan pula dalam 2 hingga 3 tahun. Induk hanya boleh bertelur 20-30 ekor sahaja. Yang 300 ekor sekali bertelur itu merupakan spesis dari oversea (hanya penternak dapat tahu bilangan telur yang sebenar).

3. Apakah jenis ikan yang sesuai utk diletakkan dalam kolam lintah, bagi mengelakkan jentik-jentik daripada membiak?Sbg contoh, ikan tiger barb itu sesuai atau tidak?

Semua jenis ikan tidak sesuai diletakkan dalam kolam. Sekiranya hendak letak juga, ikan yang bukan karnivor. Jentik-jentik tidak mengapa ada dalam kolam kerana bila ia mati, jentik-jentik akan mereput dan menjadi makanan lintah.

4. Adakah berudu memakan telur lintah?

Tidak, tetapi kalau boleh elakkan kerana berudu mkn pokok.

5. Apakah perbezaan lintah hijau dan lintah coklat secara tepat?Lintah jenis apakah daripada dua ini yang paling sesuai untuk perubatan?

Masih dalam peringkat kajian.

6. Benarkah lintah hanya bertelur 3 kali sahaja, dan lintah mula bertelur pada umur berapa?

Tidak. Lintah bertelur 5 hingga 6 kali. Lintah boleh bertelur banyak kali mengikut keadaan. Contohnya untuk tangki 2 kaki, letaklah 20 induk. Apabila sudah bertelur, asingkan induk sehingga induk lintah itu tidak lagi boleh bertelur. Lintah boleh bertelur mengikut saiz lintah paling besar yang telah diberikan pada Dr. Zaleha.

7. Apakah produk lain yang boleh dikeluarkan daripada lintah selain daripada minyak lintah?

Sila ajukan pertanyaan ini pada Dr. Habsah kerana beliau merupakan orang yang bertanggungjawab membuat ekstrak.

8. Berapakah kepanjangan maksimum seekor lintah yang membesar dan bagaimanakah untuk mengenalpasti lintah yang matang secara tepat?

Untuk mengenalpasti lintah secara tepat, biarkan lintah berpuasa dan kita akan ketahui berapa kepanjangan atau lebar lintah tersebut.

9. Dalam environment bagaimanakah lintah lebih cepat membiak?

Kurang gangguan,Gelap,Sikit makan,Kualiti air pH 7 ke atas,Oksigen 4 mmg,Suhu biasa,Cahaya gelap.

10. Dengan teknologi yang semakin canggih, adakah perubatan menggunakan lintah akan terus relevan dan mendapat permintaan pada masa akan datang?

Insya Allah, selagi ada permintaan.

11. Bagaimanakah cara untuk mengharvest lintah?

Cara manual, iaitu kutip menggunakan tangan.

12. Bagaimanakah ingin mengasingkan induk?

Apabila ingin asingkan induk, telur lintah akan berada di bawah. Dengan sebab itu, lintah-lintah tersebut hendaklah dipuasakan. Sampainya masa untuk beri makanan, ia akan member tarikan kepada lintah, dan kemudian tapis.

13. Bagaimana untuk tentukan spesis lintah?

Melalui mata, testis, corak, dan belah lintah.

14. Bagaimanakah cara yang sesuai untuk mengkaji pembiakan lintah?

Pertamanya bila induk lintah diambil, asingkan mengikut saiz. Letakkan di dalam tangki mengikut saiz dan Dr. Zaleha mencadangkan supaya letak di dalam bekas yang jernih supaya dapat melihat perkembangan lintah (seperti akuarium). Kata Dr. Zaleha lagi, meletakkan pokok adalah tidak perlu, tetapi pastikan keadaan kolam/tangki gelap.

Wednesday, March 26, 2008

Pembekal Cacing (Redworm)

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:forum usahawantani

saya supply induk cacing kepada yg ingin menternak cacing kompos.harga RM300/sekilo .
boleh email saya : tahir_biz@yahoo.com

Sunday, March 16, 2008

Panduan Menanam Roselle

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:Written by Utusan Malaysia >> Jumaat 16 November 2007
Monday, 19 November 2007


Panduan Menanam Roselle

ROSELLE, asam raya atau asam susur di kalangan orang tempatan merupakan tumbuhan industri dalam keluarga Malvacee. Tumbuhan berbunga merah dengan nama saintifik Hibiscus sabdariffa L.dipercayai berasal dari Afrika Barat tetapi ada yang mendakwa ia berasal dari India.Di negara ini, roselle ditanam secara komersial oleh pekebun kecil di Terengganu atas tanah bris dan berkembang di beberapa kawasan di Johor. Kaliks atau kelopak dari bunga roselle boleh diproses untuk mengeluarkan jus minuman, jem dan jeli.

Ia mengandungi kandungan vitamin C( asid askorbik ) yang tinggi iaitu sebanyak 260-280 miligram(mg) bagi setiap 100gram(g) kaliks kering.

Selain itu,setiap 100g kaliks segar mengandungi 2.85 ug vitamin D, 0.04 mg vitamin B1, 0.06 vitamin B2 dan 0.05 mg vitamin B2 kompleks.

Roselle merupakan tanaman semusim dengan pokok bersaiz renik dan boleh
tumbuh pada ketinggian 205 sentimeter ( sm ).

Tempoh hayat ekonominya ialah enam hingga 10 bulan dan pada masa itu beberapa
cabang akan keluar dari batang utama.

Batangnya berwarna merah gelap dan biasanya pokok akan lodge semasa matang kecuali pangkasan dibuat.

Daunnya berwarna hijau dan dan semasa peringkat awal, daun berbentuk bujur dan
Bertukar ke bentuk tiga jari.

Pokok mula berbunga pada pada usia 45 hingga 60 hari selepas ditanam dan sekuntum bunga akan keluar pada setiap ketiak daun.

Buah roselle berwarna merah gelap dan akan matang pada umur 35 hari selepas bunga kembang.

Setiap buah akan mengandungi lima kaliks dan bercantum bersama di bahagian bawah bunga.

Roselle hidup subur di tanah mineral dan tanah bris dan penanaman di tanah bris memerlukan pengairan dan pembajaan yang baik.


Penanaman

Penanaman hanya menggunakan biji benih di mana biji disemai dalam bekas yang sesuai dan anak benih sedia untuk ditanam ketika berumur 10-15 hari.

Roselle ditanam di atas batas berukuran 60 sm di tanah bris dan 90 sm di tanah mineral.Ini akan memberikan kepadatan 7, 400 pokok sehektar pada tanah mineral dan 11, 100 pokok sehektar pada tanah bris.

Penanaman roselle di tanah bris memerlukan penggunaan baja organik seperti tahi ayam dan baja sebatian NPK 15:15:15 dan NPK 12:12:17:2.

Pengairan

Sistem pengairan di peningkat ladang perlu dibina bagi menentukan paras air 60 sm dani permukaan. Bekalan air tambahan melalui sistem pengairan renjis perlu dibina. Penyakit kulat biasa menyerang ialah reput daun (Coniella rnusaiaensis var.Hibisci) dan reput batang (Phoina spp).Kejadian ini mudah berlaku sewaktu musim hujan. Kawalan menggunakan racun kimia seperti Carbendazim pada 0.05 peratus adalah disyorkan. Serangga perosak yang biasa menyerang Roselle adalah bena hijau, kumbang dan kutu (Podogrica gemelle, Phylloreta spp.).

Pengawalan boleh dilakukan dengan menggunakan Deltamethrin, Fenvalerate atau Carbaryl. Buah Roselle cukup matang dan sedia untuk dipungut pada 20 hingga 30 hari selepas bunga kembang. Pungutan buah roselle patut dilakukan pada selang tujuh hingga 10 hari untuk tempoh 50 hingga 60 hari. Pungutan dilakukan secara manual dengan memotong buah menggunakan gunting. Buah roselle perlu diproses dalam tempoh dua hari di mana buah dibuang kapsul untuk mendapatkan kaliks.

Cendawan komersial

Sekadar Rujukan dan Ilmu.
Pertanian adalah Perniagaan

Artikel Cendawan


Cendawan komersial -Alah asap dan bau wangi
Oleh FARAH DIBA JAMALUDDIN

Rujukan: http://www.kosmo.com.my

Pembiakan cendawan tiram kelabu secara komersial bukanlah satu proses yang sukar. Ia cuma memerlukan suhu yang lembap, tidak terdedah pada cahaya matahari dan kerja-kerja suntikan benih oleh pekerja mahir, organisma ini juga mempunyai pantang larang yang perlu dipatuhi.Dengan kalori yang rendah, tinggi kandungan protein, chitin, zat besi, zink, fiber, vitamin dan mineral tiada siapa yang boleh menafikan kehebatan cendawanSEJAK lima dekad lalu, organisma kecil seperti kulapuk cendawan, yis dan kulat memberi sumbangan yang besar dalam dunia perubatan.Antibiotik pertama sendiri terdiri daripada ekstrak kulat. Ubat penicillin, tetracylene dan auremycin terhasil daripada kulapuk cendawan.Organisma ini turut digunakan untuk mengkomersialkan produk seperti roti, bir, keju asid organik dan vitamin C.Pil vitamin C yang anda ambil selama ini juga berasal daripada ekstrak sejenis kulapuk cendawan. Ini adalah antara khasiatnya oyang tidak diketahui ramai.Cendawan hakikatnya adalah salah satu sumber makanan yang baik untuk kesihatan. Mengapa? Dengan kalori yang rendah, tinggi kandungan protein, chitin, zat besi, zink, fiber, vitamin dan mineral, tiada siapa yang boleh menafikan kehebatan cendawan.CENDAWAN tiram kelabu boleh dipelbagaikan dalam hidangan.Lantaran itu, tidak hairanlah cendawan yang popular dalam kuisin masyarakat Cina kini sudah menghiasi kulinari dunia. Di Malaysia populariti cendawan melonjak kerana permintaannya yang tinggi.Hari ini terdapat pelbagai jenis cendawan di pasaran. Salah satu yang semakin popular ialah cendawan tiram kelabu.Tetapi tahukah anda, cendawan tiram kelabu alah kepada bau-bauan dan asap seperti minyak wangi dan asap rokok kerana ia boleh menjejaskan pertumbuhannya?Malah tanaman tersebut juga memerlukan kelembapan suhu sekitar 28 darjah Celsius pada waktu siang dan 25 hingga 26 darjah Celsius pada waktu malam.Berbeza dengan tumbuhan lain yang memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk melakukan proses fotosintesis, cendawan memerlukan 90 peratus kegelapan bilik dan berkeadaan tertutup untuk ia membiak dengan sihat.Salah seorang pengusaha tanaman cendawan tiram kelabu di negeri Terengganu, Wan Hassan Wan Nawang, 48, memberitahu tanaman cendawan memerlukan kelembapan yang mencukupi untuk pertumbuhannya dan tidak memerlukan penjagaan yang sukar."Bagi memastikan tumbuhan itu mendapat kelembapan yang secukupnya saya telah membina rumah cendawan yang dikenali sebagai green house atau rumah hijau."Rumah hijau itu diperbuat daripada daun nipah yang dijadikan atap dan dinding yang berupaya memberi kelembapan secara semula jadi."Selain itu, pekerja-pekerja saya akan menyiram air ke atas lantai sebanyak dua kali sehari bagi melembapkan suhu di dalam rumah hijau itu pada waktu pagi dan tengah hari," katanya ketika ditemui di rumah cendawan miliknya yang terletak di Kampung Bukit Jong, Tepoh, Kuala Nerus, Kuala Terengganu.Wan Hassan yang dibantu anak lelaki sulungnya, Wan Hafizi Wan Hassan, 24, mengusahakan projek tanaman tersebut sejak Oktober tahun lalu bersama 20 pekerja lain.KERJA-KERJA memasukkan penutup dilakukan secara manual bagi memastikan silinder serbuk kayu mampat dan kemas.Bekerja di rumah cendawan Wan Hassan, beliau mempunyai pantang larang tambahan yang mungkin kedengarannya agak pelik.Jika di tempat kerja lain, memakai pewangi digalakkan semasa bertugas tetapi di rumah hijau cendawan Wan Hassan mengharamkan pekerja-pekerjanya daripada merokok dan memakai bau-bauan.Peraturan itu penting bagi mengelakkan implikasi yang tidak diingini kepada tumbuhan itu kerana ia amat sensitif kepada unsur-unsur tersebut."Cendawan tidak boleh terdedah dengan asap atau bau-bauan yang terlalu kuat. Ini akan menjejaskan pertumbuhan dan kualitinya. Saya amat menitikberatkan mutu produk yang dihasilkan," katanya.Wan Hassan sekarang memiliki tiga buah rumah cendawan seluas 20 x 80 kaki setiap satu. Ia berupaya memuatkan 30,000 bongkah kayu cendawan pada satu-satu masa.Lelaki ini memulakan projek tanaman itu setelah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Terengganu dan Jabatan Pertanian Muar, Johor yang banyak memberi bimbingan dan nasihat kepadanya tentang projek tanaman itu.Sebelum cendawan mengeluarkan hasilnya, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah membuat bongkah yang merupakan tempat di mana tumbuhan itu akan dibiakkan.Kerja-kerja membuat bongkah dilakukan oleh lapan orang pekerja Wan Hassan yang bermula daripada memasukkan habuk kayu getah atau dedak padi halus yang dicampurkan dengan kapur pertanian ke dalam mesin adunan khas sehingga sebati.WAN HASSAN WAN NANG menunjukkan rumah cendawan yang menggunakan daun nipah untuk memastikan suhu dingin.Wan Hassan berkata, adunan tersebut akan dimasukkan ke dalam bungkusan plastik yang disediakan dengan anggaran berat satu kilogram bagi setiap satu bungkus bongkah."Kemudian, bongkah-bongkah tersebut akan ditutup dengan penutup khas agar ia tidak dicemari bakteria-bakteria dari persekitaran luar."Bongkah-bongkah kayu tersebut perlu berada dalam keadaan sederhana lembap yang terdiri daripada campuran air bagi menggalakkan pertumbuhan cendawan," katanya.Setiap hari sebanyak 1,000 unit bongkah dapat dihasilkan sebelum dimasukkan ke dalam mesin pengewap bagi menghapuskan bakteria yang terdapat pada bongkah-bongkah tersebut."Mesin pengewap itu mampu mensterilkan 1,000 unit bongkah kayu sehari untuk tempoh lapan jam sebelum ia dibiarkan selama 48 jam di luar."Selepas tamat tempoh tersebut, bongkah-bongkah kayu itu akan diberi suntikan benih dengan anggaran satu sudu besar benih cendawan kulat tiram kelabu melalui penutup khas yang akan dibuka seketika untuk tujuan itu," katanya.Jelas beliau yang memperoleh benih cendawan dari Johor dan Selangor, kerja-kerja suntikan itu akan dilakukan oleh seorang pekerja mahir."Ini kerana kerja-kerja suntikan adalah tugasan yang paling penting dan perlu dijaga rapi kerana pada peringkat ini aspek kebersihan amat dititikberatkan dan kecuaiannya boleh menyebabkan penghasilan benih yang kurang baik."Oleh itu, pekerja tersebut perlu sentiasa berkeadaan bersih dan memakai uniform khas. Sekiranya dia keluar dari bilik suntikan itu, dia dikehendaki memakai pakaian lain. Bilik suntikan juga perlu bersih," katanya yang mengakui proses menjaga cendawan bagaikan menatang minyak yang penuh.Kemudiannya, setelah selesai tugasan menyuntik itu, cendawan-cendawan itu akan dibawa masuk ke dalam rumah hijau dan diletakkan di atas rak-rak yang ditetapkan. Seorang pekerja akan mencatat rekod seperti tarikh masuk dan tempoh bila ia akan dibuka.Cendawan kulat tiram kelabu akan mengeluarkan hasilnya yang pertama pada hari ke-50 dan ke-60 iaitu apabila penutupnya boleh dibuka dan hasilnya dapat dipungut.Seterusnya, penutup tersebut akan ditutup semula dalam tempoh seminggu sebelum ia dibuka semula bagi mendapatkan hasil yang seterusnya.

Rujukan: http://www.kosmo.com.my

Sunday, March 9, 2008

Lintah lubuk duit

Lintah Lubuk Duit

(Agro - Column Buletin)

Harian Metro, 28 Okt 2007


Daripada penghisap darah kepada lubuk duit. Mungkin itu ungkapan paling sesuai untuk menggambarkan “transformasi” atau perubahan persepsi masyarakat negara ini kepada lintah.

Jika dulu lintah sering dijauhi kerana menghisap darah, kini ia bukan saja dicari malah diternak

Jika dulu lintah sering dijauhi dan ramai wanita geli geleman apabila melihatnya, kini spesies haiwan yang hidup melata di sawah serta paya itu bukan saja dicari, malah diternak untuk memudahkan lagi ia diperoleh.

Penternak lintah dari Kampung Jaya Gading, Kuantan, Pahang, Norazlan Abdul Rahman, 37, berkata lintah kini menjadi ternakan komersial berikutan permintaan tinggi untuk ramuan kosmetik dan perubatan.

“Kebanyakan lintah yang diternak di negara ini dieksport ke luar negara yang dikenal pasti sebagai pasaran berpotensi haiwan ini.

“Ada dua jenis lintah ternak, iaitu lintah perut hijau dan perut perang yang mendapat permintaan tinggi di pasaran apabila kedua-duanya mampu mencecah harga antara RM40 hingga RM60 satu kilogram (kg) mengikut saiz,” katanya.

Norazlan berkata, lintah semakin mendapat tempat dalam amalan perubatan moden kerana cecair yang dikeluarkan daripada kelenjar liurnya ketika haiwan itu menghisap darah didapati mampu menghalang darah daripada membeku, manakala histamin pada lintah mampu membesarkan pembuluh darah, sekali gus melancarkan peredaran darah dan oksigen.

Norazlan berkata, dia tertarik menceburi bidang ternakan lintah selepas mengetahui kelebihan dan nilai komersial haiwan itu melalui iklan kursus usahawan ternakan lintah yang disiarkan dalam akhbar.

“Bertitik-tolak dari situ, saya mengikuti kursus dua hari menjadi usahawan lintah di Kuala Lumpur yang dikendalikan syarikat berkenaan pada Februari lalu.

“Dalam kursus ini, peserta diberi pendedahan awal untuk mengusahakan ladang ternakan lintah, selain mengenal pasti masalah serta teknik penjagaan lintah,” katanya yang ditemui baru-baru ini.

Selesai kursus, Norazlan tanpa berfikir panjang melaburkan wang simpanannya kira-kira RM15,000 untuk membina empat kolam menternak lintah, membeli benih lintah dan menyediakan kelengkapan lain berkaitan bidang yang baru diceburinya.

Namun, Norazlan tidak bersendirian mengusahakan ternakan haiwan penghisap darah itu apabila dia mendapat bantuan rakannya, Mohd Zakaria Mahmud, 50, yang menyediakan tanah untuk kolam ternakan.

Ternakan lintah tidak memerlukan kolam luas seperti ikan, sebaliknya memadai dengan kolam bersaiz 20 kaki lebar dan panjang 60 kaki.

Dasar kolam pula perlu dihampar dengan plastik dan dimasukkan pasir halus untuk haiwan itu bersembunyi.

“Plastik dan pasir diletakkan dalam kolam supaya lintah tidak hilang ketika waktu menuainya yang mencapai tempoh matang ketika berusia empat bulan dan boleh mula bertelur.

“Haiwan ini bertelur dalam air dan seekor lintah boleh mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina. Lintah induk membawa anak dari telur di dalam kantung yang terbentuk melalui lipatan permukaan bawah badannya. Kadangkala anaknya melekat di bawah badan induk,” katanya.

Menurut Norazlan, telur yang terhasil akan terlekat pada objek di dalam air seperti tunggul kayu dan tumbuhan akuatik. Oleh itu, dalam kolam ternakan, batu-bata disusun empat segi membentuk petak sebagai tempat mengumpul telur.

Bagi bekalan makanan haiwan ini yang menjadikan darah sebagai bahan makanan utama, Norazlan menyediakan kira-kira 30 hingga 40 kg belut untuk 100 kg lintah dan selepas makan darah dengan secukupnya, ia boleh hidup untuk beberapa bulan tanpa mendapatkan darah lagi.

“Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya selepas menghisap darah dan induknya boleh menghasilkan 300 hingga 500 benih lintah sekali bertelur.

“Namun, bekalan benih sukar diperoleh berikutan permintaan tinggi, selain negara masih kekurangan pengusaha lintah. Tidak hairan harga benih lintah boleh mencecah sehingga RM300 satu kg,” katanya yang juga lulusan ijazah dalam Sains Kimia dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Selepas lebih lima bulan mengusahakan ternakan lintah, kini Norazlan boleh berpuas hati dengan hasilnya yang menunggu masa untuk dituai.

“Pada awal perancangan ternakan lintah, saya ingin mengeksportnya saja menerusi bantuan syarikat yang menganjurkan kursus berkenaan. Namun, kini saya mula meneroka peluang lebih luas apabila ingin menghasilkan sendiri minyak lintah.

“Penghasilan minyak ini dijalankan dengan kerjasama jabatan farmasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Saya menunggu waktu sesuai untuk mendaftar produk ini yang bermanfaat untuk sapuan pada tubuh bagi melancarkan peredaran darah,” katanya.

Norazlan berkata, mereka yang mengalami bengkak, salah urat atau sakit sendi disyor menggunakan minyak sapu itu kerana ia membantu memulihkan penyakit berkenaan.

Selesai kursus, Norazlan tanpa berfikir panjang melaburkan wang simpanannya kira-kira RM15,000 untuk membina empat kolam menternak lintah, membeli benih lintah dan menyediakan kelengkapan lain berkaitan bidang yang baru diceburinya.

Namun, Norazlan tidak bersendirian mengusahakan ternakan haiwan penghisap darah itu apabila dia mendapat bantuan rakannya, Mohd Zakaria Mahmud, 50, yang menyediakan tanah untuk kolam ternakan.

Ternakan lintah tidak memerlukan kolam luas seperti ikan, sebaliknya memadai dengan kolam bersaiz 20 kaki lebar dan panjang 60 kaki.

Dasar kolam pula perlu dihampar dengan plastik dan dimasukkan pasir halus untuk haiwan itu bersembunyi.

“Plastik dan pasir diletakkan dalam kolam supaya lintah tidak hilang ketika waktu menuainya yang mencapai tempoh matang ketika berusia empat bulan dan boleh mula bertelur.

“Haiwan ini bertelur dalam air dan seekor lintah boleh mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina. Lintah induk membawa anak dari telur di dalam kantung yang terbentuk melalui lipatan permukaan bawah badannya. Kadangkala anaknya melekat di bawah badan induk,” katanya.

Menurut Norazlan, telur yang terhasil akan terlekat pada objek di dalam air seperti tunggul kayu dan tumbuhan akuatik. Oleh itu, dalam kolam ternakan, batu-bata disusun empat segi membentuk petak sebagai tempat mengumpul telur.

Bagi bekalan makanan haiwan ini yang menjadikan darah sebagai bahan makanan utama, Norazlan menyediakan kira-kira 30 hingga 40 kg belut untuk 100 kg lintah dan selepas makan darah dengan secukupnya, ia boleh hidup untuk beberapa bulan tanpa mendapatkan darah lagi.

“Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya selepas menghisap darah dan induknya boleh menghasilkan 300 hingga 500 benih lintah sekali bertelur.

“Namun, bekalan benih sukar diperoleh berikutan permintaan tinggi, selain negara masih kekurangan pengusaha lintah. Tidak hairan harga benih lintah boleh mencecah sehingga RM300 satu kg,” katanya yang juga lulusan ijazah dalam Sains Kimia dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Selepas lebih lima bulan mengusahakan ternakan lintah, kini Norazlan boleh berpuas hati dengan hasilnya yang menunggu masa untuk dituai.

“Pada awal perancangan ternakan lintah, saya ingin mengeksportnya saja menerusi bantuan syarikat yang menganjurkan kursus berkenaan. Namun, kini saya mula meneroka peluang lebih luas apabila ingin menghasilkan sendiri minyak lintah.

“Penghasilan minyak ini dijalankan dengan kerjasama jabatan farmasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Saya menunggu waktu sesuai untuk mendaftar produk ini yang bermanfaat untuk sapuan pada tubuh bagi melancarkan peredaran darah,” katanya.

Norazlan berkata, mereka yang mengalami bengkak, salah urat atau sakit sendi disyor menggunakan minyak sapu itu kerana ia membantu memulihkan penyakit berkenaan.

Buah naga

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.

Buah naga merah banyak khasiat

Februari 28, 2008 at 3:15 pm (Agro - Column Buletin)

MASIH ramai rakyat negara ini tidak tahu cara memakan buah ini kerana bentuknya yang ganjil, dengan kulit luar berwarna merah dan mempunyai sayap seperti seekor naga sehingga ia mendapat nama buah naga (dragon fruit).
Jangan ketawa jika ada orang yang memotong kulitnya seperti memakan buah epal, walaupun cara sebenar memakan buah naga ialah dengan memotong dua dan menceduk isinya dengan menggunakan sudu.
Bagaimanapun, di sebalik rupanya yang ganjil, buah naga daripada keluarga ‘cactacea’ yang tergolong dalam spesies kaktus dan semakin mendapat tempat di kalangan petani moden negara ini, sebenarnya kaya dengan khasiat.
Buah naga mempunyai isi seperti buah kiwi. Pada masa ini, buah naga yang isinya berwarna putih lebih mudah didapati di pasaran, tetapi mengikut pakar pemakanan dan perubatan, buah yang isinya berwarna merah mempunyai lebih banyak khasiat.
Secara amnya, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.
Mengikut wakil Johncola Pitaya Food R&D, syarikat penanaman dan penyelidikan buah naga merah terbesar di negara ini, AL Leong, buah kaktus madu itu cukup kaya dengan pelbagai zat vitamin dan mineral yang boleh membantu meningkatkan daya tahan dan mengurangkan metabolisma dalam badan manusia.
“Kajian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah. Ia juga memberi tindak balas memberangsangkan untuk mengurangkan tekanan emosi dan meneutralkan toksik dalam darah.
“Kajian juga menunjukkan buah ini boleh mencegah kanser usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan pada masa sama menurunkan kadar lemak dalam badan,” katanya.


Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu mengurangkan metabolisma badan dan menjaga kesihatan jantung; serat (mengawal kanser usus, kencing manis dan diet); karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan menghalang penyakit); kalsium (menguatkan tulang) dan fosferos (pertumbuhan tisu badan).
Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah; vitamin B1 (mengawal kepanasan badan); vitamin B2 (menambah selera); vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).
Leong berkata, satu lagi fakta menakjubkan ialah berdasarkan kajian terkini, khasiat buah naga tidak terhad kepada buahnya, tetapi turut wujud pada keseluruhan pokok.
Katanya, buah naga juga boleh dijadikan pencuci mulut yang lazat.

“Syarikat kami juga mengeluarkan produk jus, jem, dan wain merah daripada buah ini. Pada masa sama, buah yang belum masak boleh dimasak sup dan dicampur dengan daging, ekor atau tulang,” katanya.
Leong berkata, bunga buah naga pula boleh digoreng sebagai sayuran, dijadikan ulam dan juga boleh dikeringkan untuk dijadikan teh bunga.

“Bunga pokok ini mempunyai kadar debunga yang tinggi kerana tempoh ia mekar penuh terlalu singkat, sekali gus menyebabkan lebah dan serangga lain tidak sempat mengambil debunganya secara penuh berbanding bunga lain yang mekar berbulan-bulan.
“Debunga bunga buah naga juga mempunyai khasiat tinggi dan cukup baik untuk kesihatan manusia,” katanya.
Leong berkata, dahan pokok buah naga juga boleh dijadikan salad, ulam, digoreng dengan sambal belacan dan dimasak sup, yang terbukti berkesan untuk membuang toksik dalam badan dan mencuci perut.

“Di Amerika Selatan, dahan buah naga dihancurkan dan diperam untuk dijadikan makanan ternakan seperti lembu dan kambing. Ia terbukti mampu meningkatkan kadar susu, selain kualiti ternakan berkenaan,” katanya.

Leong berkata, pada masa ini buah naga atau nama saintifiknya ‘Epiphytes’ atau ‘Pitaya’ dan berasal dari Amerika Selatan digemari kaum Cina yang menggelarnya ‘Paw Wang Fa Kor’.
“Kita sekarang cuba mempromosikan buah ini kepada seluruh rakyat Malaysia bukan hanya kerana rasanya yang enak, tetapi juga sangat berkhasiat. Tidak hairanlah harganya mahal.
“Bagaimanapun, kita sekarang cuba menggalakkan lebih ramai orang di negara ini menanam buah naga dengan menawarkan insentif menarik, termasuk menjual pokok pada harga murah dan jaminan pembelian semula buah daripada petani,” katanya.
Leong berkata, kelebihan pokok buah naga ialah ia tahan lasak, termasuk tahan serangan serangga, berikutan ia spesies pokok kaktus, menyebabkan racun serangga tidak perlu digunakan ketika penanaman.

“Seperti kita sedia maklum, bahan makanan yang bebas daripada penggunaan racun serangga adalah yang terbaik untuk kesihatan,” katanya.

KEBAIKAN
# Tingkat daya tahan# Kurangkan metabolisma badan
# Baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah
# Kurangkan tekanan emosi
# Neutralkan toksik dalam darah
# Cegah kanser usus
# Cegah kandungan kolesterol tinggi
# Turunkan kadar lemak

Panduan pembenihan ikan Arowana

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.

Panduan pembenihan ikan Arowana

Februari 1, 2008 at 10:19 pm (Agro - Journal Pertanian)

IKAN Arowana atau Scleropages formousus ialah sejenis ikan hiasan yang sangat popular dan agak tinggi harganya. Disebabkan aktiviti penangkapan yang berleluasa sejak 70-an sehingga kini, jumlah populasinya di habitat asal semakin berkurangan dan pupus.

Oleh kerana itu spesies ikan ini telah dilindungi sebagai spesies kawalan untuk diimport dan dieksport di bawah Convention on the International Trade in Endargered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) .Di Malaysia, aktiviti penternakan ikan Arowana juga turut dijalankan secara komersial untuk tujuan eksport ke pasaran antarabangsa dan antara agensi yang terbabit ialah Jabatan Perikanan.Secara semulajadi, ikan ini membiak sekali dalam setahun iaitu pada Jun hingga Ogos di habitat asalnya. Arowana matang boleh membiak apabila mencapai umur empat setengah atau lima tahun dengan berat di antara satu hingga dua kilogram. Semasa proses mengawan, induk jantan dan betina akan berpasangan dan berenang beriringan selama beberapa minggu namun proses mengawan hanya akan berlaku apabila keadaan sesuai. Induk jantan akan melengkungkan badannya dan menghimpit badan induk betina dan pada peringkat ini, telur dari induk betina akan keluar dan akan disenyawakan oleh induk jantan. Telur akan dieram oleh ikan jantan selama dua bulan sehingga anak yang dihasilkan boleh berenang bebas dan bersaiz kira-kira 6-7 sentimeter.

Ikan Arowana boleh membiak didalam kurungan secara semula jadi tanpa memerlukan suntikan hormon aruhan pembiakan. Musim pembiakan di dalam kurungan tidak begitu ketara kerana kurang dipengaruhi oleh persekitaran semula jadi. Namun, aspek pemakanan perlu diberikan perhatian sebaik saja anak ikan mulai berenang bersendirian walaupun masih terdapat sedikit yolk di bahagian bawah perutnya. Kelewatan memberi makanan akan menyebabkan anak ikan mencederakan sesama sendiri. Asuhan anak ikan diperlukan selama dua hingga tiga bulan sehingga anak ikan mencapai saiz 15-20 sentimeter dan sesuai dipasarkan. Bagaimanapun, eraman telur oleh induk jantan secara kaedah pembiakan semula jadi di dalam kolam akan mengurangkan kadar hidup anak Arowana. Justeru, kaedah terbaik bagi menjamin peratusan hidup anak ikan yang tinggi ialah menerusi kaedah in vitro.Pengeraman In-Vitro Menerusi kaedah ini, telur ikan yang sedang dieram oleh induk jantan dan masih mempunyai yolk sac dikeluarkan secara manual dan diasuh di dalam akuarium berukuran 90 x 45 x 45 sentimeter. Pengudaraan diberikan secukupnya dengan suhu ditetapkan pada tahap di antara 27 hingga 28 darjah Celcius dengan memasang pemanas elektrik. Kedalaman air adalah kira-kira 20 sentimeter dan melalui kaedah ini kadar peratusan hidup anak ikan adalah tinggi berbanding kaedah eramansemula jadi.

Arowana sesuai membiak dalam iklim khatulistiwa dengan suhu diantara 26 hingga 33 darjah Celsius. Bagi pembiakan dalam kolam, jenis tanah liat berpasir dengan kandungan tanah liat 55 peratus hingga 60 peratus adalah amat sesuai. Bekalan air diperlukan sepanjang tahun dari sumber semula jadi sama ada air bukit, sungai, empangan dan tasik. Kualiti air yang diperlukan adalah seperti berikut:

Suhu air: 29 hingga 31 darjah CelciuspH: 6.5-8.5
Oksigen terlarut: 5ppm
Alkaliniti: 60-100 ppmCaCO3
Jumlah keliatan: 100ppm
Bacaan piring Secchi: 30 sentimeter
Ammonia: 1ppm

Aspek lain yang turut diberi perhatian dalam aktiviti penternakan ialah pembinaan dan penyediaan kolam.
Antaranya:
Pemilihan TapakTapak yang sesuai ialah kawasan yang tidak mengalami banjir, jauh dari kawasan industri dan punca pencemaran, tiada persaingan aktiviti pertanian dan perindustrian serta mempunyai prasarana yang lengkap.

Pembinaan kolamBentuk kolam yang sesuai ialah segi empat dengan nisbah kecerunan ban 2:1. Bagi memudahkan pengurusan, keluasan kolam yang sesuai ialah di antara 0.2-0.4 hektar dengan kedalaman air 0.75-1.2 meter. Dasar kolam hendaklah rata dan cerun ke arah saluran air keluar. Pembinaan kolam takungan di antara 20 hingga 30 peratus dari jumlah keseluruhan kolam adalah digalakkan bagi menjamin punca bekalan air yang mencukupi dan proses rawatan air dilakukan jika perlu.

PengapuranKolam yang dibina hendaklah dipastikan menepati parameter kualiti tanah dan air serta sesuai bagi aktiviti ternakan. Pengapuran diperlukan jika keadaan tanah berasid dan jenis-jenis kapur yang sesuai ialah kapur pertanian, kapur abu sejuk, kapur abu panas dan dolomite.
PembajaanBaja organan dan bukan organan sesuai digunakan dan kepekatan nitrogen dan fosforus yang sesuai ialah masing-masing 0.95ppm dan 0.15ppm. Terdapat beberapa kaedah ternakan ikan Arowana yang dicadangkan antaranya ialah ternakan kolam tanah.

Berikut adalah keperluan asas dalam melaksanakan sistem ternakan berkenaan.Ternakan Induk Untuk tujuan pembiakan, induk Arowana jantan dan betina diternak dalam kolam yang telah disediakan terlebih dahulu dengan aspek sumber air semula jadi di beri perhatian yang utama. Arowana jarang dijangkiti penyakit namun, pemerhatian perlu sentiasa dilakukan supaya induk Arowana sentiasa sihat.

TaburanSebanyak 20 ekor induk berumur empat tahun dipelihara di dalam dua buah kolam ternakan tanah bersaiz 0.2 hektar dengan nisbah jantina 1:1.

PemakananBagi induk ikan, makanan perlu diberi dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang dengan jenis makanan rumusan terapung yang mengandungi protein sebanyak 35 peratus atau makanan jenis hidup seperti cengkerik, anak ikan dan udang gantung. Anak ikan yang telah berenang bebas dalam akuarium pula perlu diberi makan anak-anak ikan jenis lain seperti Gambusia affinis yang bersaiz 1-2 cm. Pemerhatian berkala ke atas ikan Arowana dewasa atau induk hendaklah dilaksanakan dengan menumpukan kepada ciri-ciri proses Arowana mengawan dan dilakukan secara kaedah menangkap menggunakan pukat. Telur yang sedang dieram oleh Arowana jantan hendaklah dikeluarkan untuk eraman selanjutnya menggunakan kaedah in-vitro yang dijalankan dalam tangki akuarium.

Pungutan HasilBagi ternakan secara semula jadi, anak ikan perlu ditangkap apabila mula dilihat berenang bebas dan disimpan di dalam tangki auarium dengan saiz bersesuaian. Bagi kaedah in-vitro pula, anak ikan yang berenang bebas tanpa yolk sac perlu diasingkan bagi mengelakkan ia di makan oleh ikan lain dan diberi makanan hidup sehingga mencapai saiz 5-7 cm sebelum dipasarkan.

PasaranHarga ikan meningkat berdasarkan saiz namun bagi pasaran tempatan, harga ikan berbeza mengikut lokasi dan secara puratanya bagi ikan yang berkualiti di antara RM250 hingga RM900 pada saiz 6-9 inci.
Bagi pasaran eksport, syarikat atau individu mestilah berdaftar dan memiliki Lesen Import dan Eksport SKKP Pin.91 yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan juga Permit CITES.

Berdasarkan analisis LKIM, pelaburan ke atas projek ini agak besar yang mana kos bagi memulakan ternakan Arowana di atas tanah seluas 0.25 hektar dianggarkan sebanyak RM139,392 dengan kelengkapan paling minimum. Pulangan atau hasil pula hanya akan diperoleh pada tahun keempat atau kelima namun bergantung kepada tahap baka induk yang baik, pemakanan dan pengurusan. Nilai pasaran ikan Arowana juga dipengaruhi oleh cita rasa peminat ikan tersebut namun ketika ini, permintaan serta harganya masih tinggi terutama bagi pasaran antarabangsa.

Secara umumnya ketika ini tidak ramai yang mampu menceburi bidang pengeluaran benih ikan ini kerana modal permulaan dan operasi yang agak tinggi termasuk mengambil masa yang agak lama untuk membiak iaitu kebiasaannya pada umur lima tahun. Bagaimanapun, melihat kepada pasaran semasa, aktiviti ini boleh dilaksanakan dan mendatangkan pulangan yang lumayan.

Ternakan Cacing Tanah

Tuesday, January 29, 2008

Ternakan Cacing Tanah

Ternakan cacing komposUtk makluman Cacing Harimau (Tiger Worm / Eisenia Foetida) adalah salah-satu species cacing yg tergolong didlm kumpulan cacing kompos / pengomposan. Selain itu beberapa spesies yg sesuai digunapakai utk industri Vermikultur / Vermikompos dlm keadaan negara Malaysia termasuk:1. Cacing Merah (Red Worm / Lumbricus Rubellus).2. African Nightcrawlers / Eudrillus Eugeniae.4. Pheretima Elongata.5. Cacing Biru (Blue Worm / Perionyx Excavatus).Setiap satu spesies di atas ada kebaikan / kelemahan yg perlu diambilkira bergantung atas objektif sebenar masing2.Contoh Bekas untuk menternak cacing kompos adalah 15 kakiX 60 kaki untuk skala besar.Makanan bagi cacing ternakan adalah semua jenis sisa organik i.e. sisa kandang, sisa pertanian, sisa dapur, sisa industri dll asalkan ianya organik boleh diguna-pakai & dimanfaatkan sebagai bahan makanan dlm sistem Vermicomposting. TETAPI, setiap satu perlu diSTABILKAN.Sisa makanan TIDAK SEMESTINYA membiakkan ulat. Kalau lalat mula bertelor & membiak bermakna sistem sdr:1. Terlalu basah.2. Berbau busuk.3. Masam / Acidic pH rendah dll.Kalau media terlalu basah ia akan menjadi “anaerobic” (tidak beroksigen) dan menggalakan bakteria penghurai nitrogen (anaerobic microbes) dan mengakibat fermentasi kpd sisa buangan tsb. Bau busuk itu adalah ammonia yg dikeluarkan hasil penghuraian nitrites.Cadangan cara mengatasinya:1. Kawal kelembapan media - kalau terlalu basah, taburkan & gaul “bulking agent” spt kertas carik (shredded paper), habuk sabut kelapa (cocopeat) dsb utk menyerap kelembapan.2. Sistem perlu ditutup dengan jaring halus utk mengelakkan lalat & perosak2 lain.3. Makanan diletakkan cuma di permukaan shj utk mengelakkan fermentasi. Jangan dibenamkan dlm media.4. Jgn beri makan terlalu berlebihan (overload). Jumlah makanan seharusnya seimbang dgn jumlah cacing.Walaubagaimanapun, cara utk skala kecil2an dan skala besar agak berbeza bergantung kpd keadaan setempat.Dari dlm rumah (sisa dapur):1. Lebihan sayur dedaun & kulit buah2an (di bilas dulu - elakkan sisa bahan kimia. elakkan kulit limau)2. Lebihan Nasi (di bilas dulu - jgn bercampur minyak / kari / sambal dll)3. Hampas teh & kopi. Ni favourite dia (di bilas gulanya dulu - elakkan semut)4. Kulit telur yg di hancur halus.5. Lebihan roti walaupun dah berkulat, pizza dll (hati2 jgn terlalu banyak kerana ia akan “menapai” dan “panas”)6. Tisu terpakai yg telah guna lap mulut.7. Kertas bungkusan (jgn berminyak)Dari luar rumah (sisa laman):1. Dedaun & rumput kering (kalu boleh dicarik dulu. Lebih kecil lebih baik)2. Dedaun & rumput hijau (hati2 jgn terlalu banyak kerana ia akan “menapai” dan “panas”)3. Buah2an yg luruh & rosak.Dari pejabat:1. Kertas yg dicarik (elakkan yg berwarna & dicetak dgn “inkjet”)2. Tisu terpakai yg telah guna lap mulut.Dari persekitaran berdekatan kita (sambil2 kita berulang-alik):1. Hampas tebu, pisang dll dari warung2 (di bilas gulanya dulu - elakkan semut & getah).2. Sisa sayur2an, buah2an dll dari pasar, kedai runcit dll.3. Kalu di utara mungkin mudah mendapatkan Jerami padi dll.Kalu boleh bahan2 ini dikumpul setempat dan dikomposkan sedikit agar ia “menapai” dulu dan tidak panas bila diberi makan ke cacing.HARAP MAKLUM: Yg sy terangkan di sini cuma sesuai digunapakai utk SKALA KECIL ya. Jika SKALA MENENGAH ATAU BESAR caranya agak berlainan.Sumber: bicarajutawan.comVermikompos ( baja organik cacing)Baja organik kotoran cacing tidak menyebarkan bau, bersih dari kotoran maupun serangga. Baja yang terhasil dari kotoran cacing ini sangat baik untuk tanaman sayuran, tanaman tahunan, buah-buahan dan tanaman hiasan. malahan merupakan baja organik yang mesra alam.fakta Penggunaan vermikompos berbanding baja kimia adalah 1:3. Artinya 1 kg vermikompos bersamaan3 kg baja kimia.Dalam proses pembuatan baja, diperlukan sisa kotoran lembu atau kerbau. Kemudian cacing ditaburkan di bahagian atas kotoran tersebut dan dibiarkan selama dua minggu. Selama itulah terjadi proses pembuatan baja, cacing mengubah kotoran yang tadinya berwarna kehijauan menjadi kehitaman.Apabila cacing meninggalkan media kotoran maka prosesnya sudah selesai. Kemudian dikeringkan.Baja yang sebenarnya adalah kotoran cacing yang berbentuk butiran, berserat dan berwarna kehitaman.Kebaikan kegunaan baja organik kotoran cacing adalah baja ini dapat meneutralkan lebihan asid tanah dan menjadikan tanah lebih gembur. Tanah juga tidak cepat padat seperti halnya kalau memakai tinja haiwan.Vermikompos#Baja Vermikompos adalah baja organik yang mengandungi NPK yg mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok, trace element, mikrob berfaedah (nitro & phoshobactors), asid humic / fulvic, ph neutral, pest repellant semulajadi, penggalak pertumbuhan/buah dll.Aplikasi vermikompos dalam tanaman:# utk sayur dedaun guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough, apply balance when young shoot sprout after 2 weeks)# utk sayur berbuah jangka panjang guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough, apply balance when young shoot sprout after 2 weeks). Kemudian 100g/m persegi (apply thereafter bi-monthly as carrier fertilizer)Faktor penjimatan / keuntungan penggunaan Vermikompos:# kurang pembajakan antara musim# kurang masalah perosak# pertambahan pengeluaran hasil# mutu rasa & ketahanan hasil (rasa crunchy & shelf-life lebih lama)# penjimatan dari segi pengurangan penggunaan baja setelah musim ketiga apabila tmutu tanah sudah dapat dipulihkan kerana vermikompos memuhikan tanah agar pokok dapat menyerap nutrien dengan lebih efisien.Harga pukal baja vermikompos RM2.50/kg

sumber:Eudrillus (bicarajutawan)usahawantani.com
Posted by usahawantani.com

100 usahawan rumah burung

January 14th, 2008 Posted in Berita

100 usahawan rumah burung

Oleh Mohd Husni Mohd NoorBerita Harian, 11 Jan 2008

GLOBAL Excellent Marketing (GEM), perunding dan pakar reka bentuk rumah burung layang-layang mahu melahirkan kira-kira 100 usahawan Bumiputera bagi memperluas industri ternakan itu.
Bagi mencapai sasaran itu, GEM akan bekerjasama dengan beberapa kementerian dan agensi kerajaan termasuk Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) untuk menganjurkan seminar dan kursus kepada sesiapa yang berminat.
Perunding Pemasaran GEM, Abdul Aziz Mohd Rejab, berkata pihaknya akan mengadakan pameran bergerak dan kursus sehari di seluruh negara mulai Februari depan bagi memberi pendedahan kepada orang ramai terutama Bumiputera mengenai potensi industri ini.
Menurutnya, kursus dan pameran bergerak itu akan dikendalikan oleh cabang perniagaan GEM iaitu Global Entrepreneur Centre (GEC).
“Kursus itu merangkumi aspek pengenalan dan latar belakang industri, potensi pelaburan, reka bentuk rumah burung walet, pengurusan projek dan teknologi yang digunakan, hasil dan keuntungan, risiko dan tip penting penentu kejayaaan dan kegagalan ternakan.
“Setiap peserta kursus juga akan diberikan sijil oleh JPH bagi melayakkan mereka momohon untuk menjalankan industri ternakan itu pada masa depan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Batu Caves.
Katanya, pihaknya yakin dapat membangun dan membaik pulih sekurang-kurangnya 100 bangunan untuk dijadikan rumah burung layang-layang yang dijangka diperolehi hasil daripada sambutan orang ramai terhadap kursus dan pameran bergerak yang diadakan itu.
Selain itu, GEM turut membuka peluang kepada pelabur yang berminat untuk membina rumah ternakan itu di mana segala pembangunan dan reka bentuk akan diuruskan oleh GEM.
“GEM pula akan mendapat hak perkongsian sebanyak 20 peratus daripada projek ternakan itu dan segala urusan kutipan hasil dan pengurusan bangunan itu akan dikendalikan sepenuhnya oleh kami,” katanya.
Abdul Aziz berkata, usahawan Bumiputera perlu mengambil peluang ini memandangkan ia mampu memberi pulangan sehingga 90
peratus selain pasaran sarang burung walet itu sendiri yang boleh mencecah antara RM4,500 hingga RM5,000 sekilogram.
Buat masa ini, terdapat sekurang-kurangnya 10,000 hingga 12,000 buah rumah ternakan itu di seluruh negara yang kebanyakannya berada di Perak dan Kedah.
“Bagaimapun, hampir 90 peratus daripadanya dimiliki oleh usahawan bukan Bumiputera,” katanya.
Bagi memenuhi keperluan kursus, GEM juga bercadang membangunkan makmal rumah burung layang-layang walet di Padang Serai, Kedah tahun ini dengan kos RM300,000.
“Kami juga akan membangunkan 30 bangunan rumah burung berkonsepkan estet ternakan di kawasan seluas 3.2 hektar di Tanjung Agas, Port Dickson untuk tujuan penyewaan kepada pelabur yang berminat,” katanya.

Penternakan Cacing Tanah

Penternakan Cacing Tanah
Saya dapati terdapat ramai orang yang mula berminat dalam bidang penternakan cacing tanah. Beberapa syarikat sudah membuat kursus dalam bidang ini dan sudah ramai perbincangan-perbincangan di internet tentang penternakan cacing tanah.
Namun apa yang saya muskil ialah terdapat terlalu banyak perbezaan pendapat dan pandangan terhadap hasil yang akan diperolehi. Menurut sesetengah orang setelah 6 bulan, sekilo cacing tanah boleh menghasilkan kira-kira 5-6 kilo cacing tanah. Manakala bagi sesetengah orang pula, mereka menyatakan bahawa hasilnya lebih kurang 20-100 kg setelah 6 bulan diternak. Nampaknya terlalu besar jurangnya - antara 5-6kg dengan 20-100kg.
Mengikut apa yang saya baca, cacing tanah jenis cacing tanah boleh menghasilkan kukun (telur) sebanyak 2-3 kali seminggu dan ia mampu menghasilkan telur selama 6-1 tahun secara berterusan. Setiap kukun boleh mengandungi antara 1-40 ekor anak cacing, namun biasanya lebih kurang 2-4 ekor sahaja yang menetas menjadi anak cacing.
Kalau berdasarkan maklumat tersebut, mungkin logik juga sekiranya ia mampu mencapai 100kg setelah 6 bulan. namun begitu, terdapat terlalu banyak faktor lain yang mungkin mempengaruhi kadar pembesaran dan jumlah cacing yang hidup. sekiranya banyak yang mati, memang ia tidak akan dapat mencapai 100kg dalam masa itu.
Biasanya cacing yang selalu diternah adalah dari jenis cacing merah (red worm), cacing harimau (tiger worm) serta cacing nighcrawler. Apa yang saya perhatikan, di Malaysia, biasanya penternah akan menternak cacing merah ataupun cacing harimau sahaja.

Wednesday, January 2, 2008

SYSTEM RAS- Perikanan

Sistem RAS
Petikan dari Omar Mustafa.

Jika dulu, untuk menceburi industri akuakultur memerlukan tanah luas, penggunaan air banyak dan modal besar, kini selari dengan perkembangan semasa, industri ini sangat mudah diceburi, asalkan mempunyai minat.

Kebanyakan yang menceburi bidang akuakultur ini biasanya memilih kaedah paling mudah dan tidak memerlukan modal besar iaitu menternak ikan dalam sangkar dan kolam.

Ketua Pegawai Eksekutif ATR Venture Sdn Bhd, Omar Mustafa, berkata bagi menarik minat lebih ramai lulusan universiti yang menganggur dan orang ramai dalam bidang ini, syarikatnya memperkenalkan satu sistem baru, berupaya menternak ikan dengan cara mudah dan menjimatkan.“Kini, dengan penggunaan sistem filter ‘recirculation’ atau dikenali sebagai Recirculating Aquaculture System (RAS), orang ramai yang berminat untuk menceburi bidang akuakultur dapat melakukannya dengan lebih efektif dan efisien,” katanya.

Beliau berkata, RAS adalah proses penggunaan atau kitaran semula air dengan membela ikan ternakan dalam tangki dan membiarkan air berkenaan mengalir ke tapisan biologi yang bertindak mengeluarkan bahan toksin daripada tangki.“Ia memberi banyak kelebihan dan faedah berbanding sistem kolam dan sangkar. Boleh dilakukan dalam kawasan terhad tanpa perlu bersusah payah seperti menternak ikan menggunakan cara lama.

“Sistem ini menjalankan empat fungsi utama iaitu membuang kumuhan pada dasar dan yang terapung, menukar ammonia dan melakukan pertukaran gas karbon dioksida kepada oksigen,” katanya.Beliau berkata, kebanyakan reka bentuk sistem RAS mempunyai penapis berlainan untuk melakukan keempat-empat fungsi berkenaan dan untuk membersihkan penapis itu hanya memerlukan masa lima minit.

“Penapis ini mempunyai ketinggian 0.6 meter x 0.6 meter dan dipasang bersama tangki fiber berukuran empat meter x satu meter serta tebal empat milimeter berupaya memelihara sehingga 1,000 ekor ikan seberat 500 gram setiap ekor dengan kadar penukaran air rendah.“Sistem ini juga boleh beroperasi secara sendiri tanpa perlu dikawal rapi. Ia direka dengan teknologi tinggi dan boleh digunakan bagi menjalankan aktiviti ternakan ikan secara besar-besaran,” katanya.

Omar berkata, penggunaan sistem modul ini dapat mengawal penyakit dan pembesaran ikan lebih cepat berbanding kaedah konvensional.“Ikan dipelihara mengalami kadar tekanan rendah, secara tidak langsung menghasilkan ikan berkualiti dan mempunyai harga tinggi. Sistem ini membolehkan kawalan persekitaran dilakukan seperti suhu, kandungan air, cahaya ke tahap optima atau diubah suai mengikut kesesuaian spesies ikan,” katanya.

Justeru, beliau berkata, menerusi sistem itu membolehkan usaha ternakan dilakukan pada bila-bila masa bagi menjamin bekalan berkekalan terutama ikan yang mengikut musim.Omar berkata, sistem ini mudah diuruskan dan penjagaannya sangat mudah. Pemerhatian, penggredan, pemberian makanan, rawatan dan penuaian dapat dilakukan dengan mudah disebabkan kawasan kecil dan teratur.“Kelebihan lain sistem ini ialah berupaya meniru habitat semula jadi spesies ikan tertentu. Keupayaan mengasingkan stok ikan membolehkan pengasingan parasit serta makhluk perosak lain dikurangkan.

“Cara ini tidak memerlukan jumlah air banyak dan sesuai digunakan di kawasan yang mana kaedah penternakan akuakultur secara konvensional lain tidak sesuai digunakan,” katanya.Beliau berkata, kawasan seluas 40 kaki x 40 kaki berupaya mengeluarkan sehingga lima metrik tan setahun. Ia lebih insentif berbanding kaedah akuakultur lain kerana berupaya mengawal saiz, berat, tekstur dan kualiti ternakan.Dengan menggunakan kaedah ini, katanya, ia tidak mengeluarkan atau mengumpul sebarang sisa toksik . Keseluruhan air dikitar semula dan hanya sedikit dibuang yang mana bertindak sebagai baja kepada tanaman.

“Format penternakan secara modular ini membolehkan golongan sasaran membabitkan diri dalam bidang akuakultur sama ada sebagai pendapatan tambahan atau utama. Ia tidak menggunakan tenaga buruh yang ramai dan seorang penternak berupaya menjaga sehingga lima modul iaitu 25 tangki.“Kos memiliki sistem ini sangat berpatutan dan mampu dimiliki serta memberikan pulangan modal dalam lingkungan dua hingga lima tahun, bergantung kepada jenis ikan yang diternak.“Orang ramai boleh memulakan penternakan hanya dengan menggunakan tangki dengan modal serendah RM8,500 bagi menghasilkan ikan sehingga 500 kilogram. Ia jauh lebih intensif daripada kolam tanah ataupun sangkar,” katanya.