Kebun Warisan's Followers

Showing posts with label Contract Farming. Show all posts
Showing posts with label Contract Farming. Show all posts

Sunday, October 11, 2009

LADANG KONTRAK / Contract Farming

LADANG KONTRAK / CONTRACT FARMING

Pengenalan

Di bawah RMKe-9, sektor pertanian diberi tumpuan yang khusus terutamanya aktiviti-aktiviti pengeluaran dan nilai tambah yang boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan menjadikan sektor pertanian sebagai penjana pertumbuhan ekonomi ketiga negara. Penekanan diberikan kepada beberapa aspek pembangunan pertanian termasuk pengeluaran berkualiti yang mempunyai nilai tambah yang tinggi menerusi aktiviti seperti pemprosesan, penggredan, pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan.

Program Ladang Kontrak adalah salah satu projek berimpak tinggi yang di perkenalkan sebagai salah satu mekanisma untuk membantu pengusaha pertanian berskala kecil dan sederhana dalam menjamin pengeluaran hasil pertanian mereka mendapat pulangan yang setimpal. Program ini di jalankan secara integrasi di bawah konsep MOA Inc. melibatkan Jabatan/Agensi seperti:


Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
Jabatan Pertanian
Lembaga Pertubuhan Peladang
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
Agrobank
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah
Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak

Objektif Ladang Kontrak

Objektif utama yang telah ditetapkan bagi Program Ladang Kontrak adalah;-

Menjamin pasaran dan seterusnya meningkatkan pendapatan pengeluar;
Mempertingkatkan pengeluaran buah-buahan dan sayur sayuran melalui perancangan pengeluaran dan pemasaran bersistematik;
Memastikan pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti dan mapan serta menepati kehendak pasaran melalui Amalan Pertanian Baik (GAP);
Mempercepatkan pemindahan teknologi di dalam rantaian bekalan;

Skop Program Ladang Kontrak melibatkan petani di bawah pengelolaan Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah dan Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak sebagai pengeluar dan FAMA/Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia bertindak sebagai pembeli dan bersetuju menjamin pasaran hasil tanaman di mana petani mengeluarkan hasil tanaman mengikut jenis, varieti, kualiti, gred, pembungkusan dan jadual pengeluaran yang ditetapkan.

Bagi pengeluaran buah-buahan, Program Ladang Kontrak memberi tumpuan kepada ladang kelompok di samping usahawan dan pengeluaran individu di bawah Jabatan/Agensi dan pengeluaran individu swasta. Bagi komoditi nanas pula, pelaksanaannya adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia.

Faedah Ladang Kontrak

Antara faedah yang diperolehi dengan menyertai ladang kontrak ialah:-

Petani mendapat jaminan pasaran ke atas produk yang dikeluarkan
Menjana dan menambah pendapatan
Jaminan bantuan khidmat nasihat teknikal dan pengurusan ladang yang lebih sistematik daripada agensi dan jabatan
Jaminan kemudahan kredit input kepada ahli Pertubuhan Peladang Kawasan
Menikmati peluang kursus dan latihan untuk meningkatkan motivasi serta pengetahuan dalam bidang pertanian

Kaedah Perlaksanaan

Kaedah pemasaran bagi program ladang kontrak dilaksanakan melalui 2 cara. Iaitu :-

1. Pengaturan Pasaran
Pengeluar dengan Pengilang/Pemproses
Pengeluar dengan Institusi (hyper/supermarket )
Pengeluar dengan Pengumpul / Peraih / Pemborong

2. Belian Terus Oleh Fama
Kontrak Belian Mengikut Peratus
Kontrak Pajakan Bermusim

Belian Terus Oleh Fama

a) Belian Mengikut Peratus
Penghasilan 50 % dijual kepada FAMA dan baki 50% dijual oleh pengusaha sendiri
(Maksud 50% adalah penjualan mengikut hari secara bergilir bagi penghasilan semua gred yang diikat kontrak)
Menandatangani perjanjian kontrak ladang

b) Belian Kontrak Pajakan Bermusim
Pendahuluan boleh di beri tidak melebihi 20% daripada hasil pengeluaran
Pendahuluan di kira sebagai hutang dan akan di tolak dari hasil yang di jual kepada FAMA
Menandatangani perjanjian kontrak ladang

Pemasaran Hasil Ladang Kontrak

Semua hasil pengeluaran Ladang Kontrak akan dipasarkan melalui saluran-saluran berikut ;-

Pasar Borong/ TEMAN/ Gerai Buah-buahan Segar (GBBS)
Rangkaian Hypermarket dan Supermarket
Peruncitan – Pasar Tani, Pasar Malam dan rangkaian pasar mini/kedai
Pembeli institusi seperti MAS, IPTA dan Maktab Perguruan
Usahawan Industri Asas Tani
Eksport

Perkhidmatan Sokongan Dari FAMA

Kemudahan Infrastruktur
Infrastruktur disediakan di peringkat ladang bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan pemasaran. Kemudahan yang disediakan ialah Pusat Pengumpulan Ladang yang berfungsi sebagai tempat menjalankan aktiviti pengendalian lepas tuai, penggredan, pembungkusan dan pelabelan. Peralatan yang sesuai akan disediakan mengikut keperluan aktiviti pengendalian tersebut.

Maklumat Pasaran
Maklumat pasaran disediakan sebagai panduan dan bahan rujukan bagi memudahkan pengeluar membuat keputusan berkaitan dengan pengeluaran dan pemasaran. Maklumat pasaran yang disediakan adalah seperti berikut:-
Maklumat harga (di peringkat ladang, borong dan runcit)
Maklumat bekalan dan permintaan
Kajian potensi pasaran
Senarai perantara pasaran


Khidmat Nasihat dan Rundingan
Khidmat nasihat disediakan bagi membantu dan memudahkan pengeluar membuat keputusan memilih jenis tanaman atau ternakan yang ingin diusahakan dan yang memenuhi keperluan dan kehendak pasaran. Panduan pemasaran juga disediakan bagi memudahkan pengeluar memasarkan hasil keluarannya dengan lebih berkesan.

Penerokaan dan Pembangunan Pasaran
Penerokaan dan pembangunan pasaran dijalankan secara berterusan bagi memastikan pengeluar mendapat pasaran bagi hasil yang dikeluarkannya. Aktiviti ini dijalankan di dalam dan di luar negara melalui misi perdagangan, promosi, pameran, ekspo dan lawatan.


Perkhidmatan Sokongan Dari Jabatan/ Agensi Lain

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
Pembiayaan infrastruktur asas
Penyaluran input awal
Pembiayaan infrastruktur pengeluaran dan pemasaran
Pengaturan program latihan
Penyediaan kemudahan komunikasi/ICT


Jabatan Pertanian
Khidmat nasihat pengembangan
Bantuan insentif pertanian
Latihan dan kursus teknikal dan motivasi
Penyertaan skim SALM


Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Bantuan Input Petanian
Bantuan Bahan Input Tambahan
Latihan dan kursus teknikal dan motivasi
Kemudahan Infrastruktur


MARDI
Research & development
Perkhidmatan bimbingan
Program latihan



Kumpulan Sasar

Petani/Peladang/Penternak individu
Projek berkelompok
Pengeluar komersil
Projek-projek di bawah agensi kerajaan

Syarat-syarat Untuk Menyertai Ladang Kontrak

Individu Perseorangan/Kelompok Petani/Syarikat
Memiliki kawasan tanah tapak projek dengan pemilikan/sewaan yang sah disisi undang-undang
Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam projek tanaman yang diusahakan
Berpengalaman dalam pengeluaran komoditi buah yang diusulkan
Mempunyai modal kerja yang mencukupi

Komoditi Dalam Ladang Kontrak

13 jenis buahan yang tersenarai di dalam Ladang Kontrak ialah:-

Belimbing – B 10, B 17
Betik – Eksotika, Sekaki/Hong Kong, Subang/Batu
Mangga – Chokanan, Harumanis
Nanas – Morris, Josaphine, N 36, Gandul
Tembikai – Merah Tanpa Biji, Wangi, Golden Langkawi
Pisang – Berangan, Mas, Cavendish, Tanduk, Rastali
Jambu Batu – Thai Tanpa Biji, Kampucea GU 8, Klom Toon Klao GU 9, Klom Sali GU 10
Pitaya – Isi Merah, Isi Putih
Limau – Madu, Bali KK2/Melonmas, Bali PO 51/Sha Ting, Bali PO 52/Tambun
10. Nangka – J 31/NS 1, J 29
Cempedak – CH1, CH27, CH28, CH32
Rambutan – Anak Sekolah, Deli
Manggis
Durian – D 24, D 101

16 jenis sayur-sayuran yang tersenarai dalam ladang kontrak ialah:

Cili – Kulai, Batu Pahat, Minyak, Korean Hot (hybrid) (bawah pelindung hujan& serangga)
Tomato – Holand:1039, 322, 263, Denmark 163, Baccarat (sistem fertigasi)
Kubis – KY Cross (tanah tinggi), Tropicana
Kacang Buncis – White Flower/putih
Kacang Panjang – 388, 328
Kacang Bendi – Hijau (5 segi), Putih (7 segi), 989
Timun – 118, 980
Terung – 302, 312, 1540
Petola – tempatan terpilih, F1 (Thailand-hijau/putih)
Halia Tua - Bentong
Labu – Taiwan 767
Keledek – VitAto, tempatan terpilih
Ubi Kayu – kuning, putih, Sri Pontian
Tebu - Telor
Jagung – F1 522, 969
Roselle – UM-UKL 1



Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:FAMA

Saturday, September 12, 2009

AgroHUB tawar tujuh perladangan kontrak

AgroHUB tawar tujuh perladangan kontrak

Posted by harizamrry under Agro - Info Buletin


Peserta perlu memanfaatkan ilmu yang diperoleh dalam bidang akuakultur kerana berpotensi untuk dijalankan secara besar-besaran.--------------------------------------------------------------------------------

Pendekatan yang diambil oleh AgroHUB dengan menawarkan tujuh peluang perladangan kontrak dan kontrak jaminan belian semula melalui seminar di Institut Integriti Malaysia (IIM) pada 2 dan 3 Ogos ini, menampakkan petanda baik dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk melonjakkan sektor pertanian dan makanan negara.

AgroHUB yang merupakan projek Kumpulan Perintis Niaga bagi tahun 2008-2010 menjadikan slogan ‘Pertanian Adalah Perniagaan’ sebagai matlamat dan sasaran yang perlu dicapai dalam usaha memperkasakan sektor pertanian negara.

Hasrat murni kerajaan untuk menjadikan sektor pertanian sebagai sektor ketiga terbesar negara mampu direalisasikan sekiranya semua pihak bersama-sama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengatur langkah strategik dengan menawarkan lebih banyak perladangan kontrak yang dapat menyelesaikan masalah pasaran yang dihadapi oleh kebanyakan usahawan tani dan mempertingkatkan hasil pertanian dan makanan negara.

Menurut Ketua Pengarah Seminar, Norzana Rafie, dengan meletakkan sasaran ‘Pertanian Adalah Masa Depan’, projek AgroHUB 2008-2010 dilihat mampu membantu orang ramai memantapkan ekonomi mereka serta mengurangkan kadar inflasi negara dengan jumlah pendapatan per kapita negara dapat ditingkatkan.

Tambah beliau lagi, melalui projek yang direncanakan, jumlah pendapatan masyarakat dapat dipertingkatkan pada tahap yang rasional seiring dengan peningkatan kos sara diri penduduk di negara kita.

Orang ramai yang berminat untuk mengusaha dan memulakan projek ikan ketutu, ikan keli, cendawan, lintah, lembu, kambing dan cacing dinasihatkan menyertai seminar tersebut.

Pemilihan industri-industri tersebut adalah berdasarkan potensi, kadar pulangan dan berdasarkan permintaan yang tinggi terhadap hasil-hasil pertanian tersebut.

Turut menyertai seminar pada kali ini adalah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang kini membuka lebih banyak perladangan kontrak kepada masyarakat dan menggunakan konsep yang lebih menguntungkan pengusaha yang berada di bawah rangkaian mereka.

Peserta-peserta seminar pada kali ini berpeluang mendapat penerangan berkenaan teknik mengusahakan projek yang ditawarkan.

Ini termasuk keluasan tanah yang diperlukan, cara memulakan projek, modal yang diperlukan, pelan induk perniagaan, perangkaan keuntungan dan bentuk kerjasama yang ditawarkan oleh syarikat kepada peserta projek.

Asasnya, dua bentuk kerjasama yang ditawarkan sama ada melalui perladangan kontrak dan jaminan belian semula yang kedua-duanya meletakkan peserta projek terikat untuk menjual hasil ternakan dan pertanian kepada syarikat tersebut dengan harga yang telah ditetapkan.

Ironinya, kebimbangan pengusaha terhadap lambakan hasil pertanian tidak lagi berlaku dan peserta projek dapat membuat anggaran keuntungan dan pendapatan dengan lebih tepat.

Peserta-peserta yang memasuki projek tersebut akan dibiayai oleh Tekun Nasional bagi membantu mereka menjayakan projek tersebut.

Bagi mereka yang belum mendaftar, sila berhubung dengan urus setia seminar di talian 03-6187 3796 atau 019-3310985.


Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:Perladangan Kontrak