Kebun Warisan's Followers

Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Tuesday, March 16, 2010

Kelas Menternak Ayam Kampung Cara Citypull-teknologi terkini

www.citypullagro.blogspot.com

Thursday, October 8, 2009
Kelas Menternak Ayam Kampung Cara Citypull-teknologi terkini


Pihak Citypull telah bersetuju untuk mengadakan kelas menternak ayam kampung cara Citypull yang menggunakan teknologi terkini. Kelas ini mungkin adalah kelas pertama diadakan diMalaysia berikutan jenis ayam yang diternak adalah dari jenis ayam kampung biasa/melayu/malaikai/ori. Nama-nama diatas adalah panggilan kepada ayam jenis ini berikutan sekarang ini terdapat pelbagai variasi ayam kampung yang telah dikacuk untuk tujuan penambahbaikan.

Seperti yang anda tahu, ayam jenis ini diternak oleh penduduk luar bandar secara kecil2an dimana jumlah ayam yang diternak tidak melebihi 100 ekor. Ayam ini biasanya diternak secara tradisional dan biasanya tidak mempunyai rujukan khas bagaimana penternak kampung ini melakukan tugasan mereka. Oleh kerana cara menternaknya yang terlalu tradisional, pendapatan dari penternakan ini adalah sangat tidak memuaskan. Reban yang dibina juga tidak sempurna sehingga wujud pepetah seperti "reban ayam" yang membawa maksud kawasan yang tidak tersusun atau sangat buruk dan tidak sesuai didiami manusia.

Pihak kami telah memulakan penternakan ayam jenis ini sejak setahun dahuku kerana berpendapat ayam kampung ini mudah untuk diternak. Jika tidak kenapa orang kampung begitu mudah membiakkan dan membesarkan ayam ini sehingga matang. Kami pun memulakan pembinaan reban dan menternak 200 ekor ayam. Rupa2nya tiada panduan langsung mengenai ternakna ayam kampung jenis ini di mana2 temoat rujukan. Rujukan terdekat adalah penternakan ayam kacuk yang yg diternak diladang. Terlalu banyak perbezaan antara penternakan ayam kacuk dan ori. Setelah yakin dengan pengalaman dan pengetahuan, kami menemui cara kami sendiri untuk menternak ayam kampung ori ini dan rekaan atau cara ini adalah hak eksklusif pihak kami sendiri. Butiran tentang kelas kami adalah seperti dibawah:


Program: Kelas Menternak Ayam Kampung Asli Cara Citypullagro
Tarikh : Ahad pertama setiap awal bulan Baru

Lokasi : Bilik Mesyuarat Ladang Citypullagro
Masa : dari 8.30 sehingga 5 petang

Anjuran : Citypullagro Enterprise
Hari : Ahad

Jumlah peserta : Maksimum 20 orang
Sasaran peserta: penternak baru atau tradisional,pesara, pekerja sepenuh masa yang mahu menternak secara partime,penganggur,penduduk kampung yang mahu pendapatan sampingan
Anda akan bawa pulang:nota ternakan

Yuran : RM 100 Sahaja

Deposit : tidak diperlukan, bayaran dilakukan semasa pendaftaran kelas

hubungi atau SMS butiran anda untuk pendaftaran.

Tentatif:

8.30-9.00 -Pendaftaran & Minum Pagi
9.00-9.30 - lawatan singkat keLadang Citypull
9.30-12.30 -kelas (pengenalan,pelaksanan)
12.30-2.00 -rehat
2.00-3.45 -sambungan kelas
3.45-4.30 -lawatan reban Citypull(2),contoh reban citypull dan amali
4.30-5.00 -minum petang, penyerahan sijil, penyampaian cenderahati dan bersurai.

-pihak citypull berhak untuk meminda tarikh dengan persetujuan semua peserta.
-mudul yang diberikan adalah tertakluk kepada hak cipta Citypull dan tak boleh diterbitkan semula
-peserta dinasihatkan hadir awal ke lokasi bagi mengelakkan tercicir silibus kelas.
-peserta juga digalakkan memakai pakaian yang bersesuaian untuk memasuki ladang

Sebarang maklumat atau pertanyaan anda bolehlah menghubungi terus 012-3332273(saiful)

Untuk mendaftar menyertai kelas, anda perlu menghantar Email kepada kembara9595@gmail.com maklumat berikut:

1. nama penuh serta alamat tempat tinggal
2. No telepon
3. bilangan peserta

*anda juga boleh memohon untuk mengadakan kelas pada hari biasa yang ditentukan anda dengan syarat jumlah minimum peserta adalah 4 orang. Pilih tarikh yang sesuai dengan anda dan call kami.


Posted by jaringan penternak ayam kampung.. at 12:03 PM



Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:http://citypullshop.blogspot.com/2009/10/kelas-menternak-ayam-kampung-cara.html

Saturday, March 13, 2010

Penjagaan Anak Ayam Kampung

ARTIKEL/JOURNAL YG SANGAT MENARIK OLEH WAA RAMLI
LAWATILAH BLOG BELIAU:http://www.ternakanayamkampung.blogspot.com/
Jualan Ayam Kampung @ Ayam Belanda juga ada dijual.


Saturday, February 27, 2010
Penjagaan Anak Ayam Kampung

Alhamdullilah sekarang ni agak sibuk juga dengan jualan anak ayam kampung yang semakin meningkat.Walaupun didalam kesibukan itu,sempat juga aku memberikan beberapa tip untuk mereka yang membeli dari aku.Bukan aku nak tunjuk pandai cuma berkongsi ilmu dengan mereka.Tambahan pula aku nak mereka berjaya menternak sehingga dapat pulangan yang berbaloi.Kadang kadang aku follow up semula selepas 2 minggu pembelian untuk melihat sejauh mana perkembangan ternakan mereka.Didalam skop ternakan ini terdapat 2 perkara yang memainkan peranan penting.
1.Daya hidup benih ayam kampung yang dibeli
2.Kosa makana ayam kampung.

Dua perkara yang aku sebut diatas ini teramat penting untuk menjaminkan untung rugi perniagaan ternakan ini.Sekiranya kita hendakkan magin yang tinggi maka kena ambil berat dua perkara tersebut.Disini aku berikan contoh yang mudah sekiranya perhatian tidak diberikan pada perkara tersebut.

1.Sekiranya tahap kematian anak ayam diparas tinggi ..andaikan 20% tahap kematian daripada 500 ekor bermakna kita telah kerugian sebanyak rm250.sekiranya perhatian diberikan mungkin kita dapat mengurangkan kadar kematian daripada 20% kepada 5%.lihat contoh dibawah

Kematian Senario 1
500 x 20% = 100 ekor
100 x rm2.50 = rm250

Senario 2 sekiranya kadar kematian 5%
500 ekor x 5%=25 ekor
25 ekor x rm2.50=rm62.50

Dari Senario diatas tahap kerugian adalah amat ketara tetapi sekiranya diberikan perhatian,kita dapat mengurangkan sebanyak kerugian sebanyak rm187.50.Ini kita lihat dari segi kerugian kos.Bagimana pulak dari segi kerugian Jualan.(ini yang Lebih penting)
Sekiranya Senario 1 dapat dikurangkan seperti senario 2 maka kita mempunyai lebihan ayam dewasa sebanyak 75 ekor.Lihat Senario dibawah:

Senario 1 Jualan

Ayam dewasa yang hidup 400 ekor
Harga jualan Sekilo (andaian) RM 10 sekilo
Berat purata ayam 1.4 kg
Jumlah berat ayam keseluruhan 560kg
Jualan 560 x rm10 = rm5600


Senario 2 Jualan
Ayam Dewasa yang Hidup 475 ekor
Harga Jualan Sekilo RM 10
Berat Purata 1.4kg
Jumlah berat keseluruhan 665 kg
Jualan 665 kg x rm10 = RM 6650

senario 1 - senario 2
RM 5600 - RM 6650 = RM1050

Dari contoh diatas kita dapat lihat sekiranya perhatian tidak diberikan kepada anak2 ayam tersebut kerugian jualan yang ditanggung oleh penternak sebanyak RM1050 semusim..ini sekiranya 20% ..BAGAIMANA SEKIRANYA KADAR KEMATIAN MELEBIHI 20%.APAKAH PERHATIAN YANG PERLU KITA MENGAMBIL BERAT UNTUK MENGURANGKAN KADAR KEMATIAN DAN MENINGKATKAN MAGIAN PERNIAGAAN INI.

1.Persediaan sebelum ketibaan anak ayam kampung.
Persediaan yang rapi perlu dititik beratkan.Di peringkat persediaan ini juga amat penting untuk memastikan kadar kematian yang rendah.Persediaan yang perlu dilakukan adalah seperti beri ikut.
i)Perkara yang penting dan harus diberikan keutaman sebelum ketibaan anak ayam kampung adalah reban anak ayam asuhan atau brooder.Size reban ayam ini atau brooder harus le mengikut quntity anak ayam yang bakal dimuatkan.Kebanyakan ilmu yang terdapat didalam intenet ini tidak diberitau size untuk anak ayam ini.Sekiranya untuk Induk atau ayam dewasa adalah 1 kaki persegi untuk setiap seekor,tetapi untuk anak ayam tidak diketaui.Ini adlah dari pengalaman saya sendiri dimana untuk 500 ekor anak ayam,keluasan brooder yang aku buat adalah 12x3.Keluasaan ini cukup untuk memuatkan 500 ekor anak ayam.didalam reban itu pulak saya bahagikan kepada 5 bahagian dimana setiap 1 bahagian untuk 100 ekor anak ayam sahaja.Ini bagi mengelakan berlaku anak ayam mati disebabkan tertindih antara satu sama lain.
ii)Selain dari size reban haba juga menjadi salah 1 faktor yang perlu diambilberat,Sumber haba yang kebiasaan dibekalkan untuk memanaskan anak ayam ialah lampu mentol.Anak ayam yang masih baru memerlukan haba untuk memanaskan badan mereka.Anak anak ayam ini mempunyai bulu2 yang halus,ia tidak dapat membantu anak ayam untutk memanaskan badan mereka ketika malam atau pun dimusim hujan.Jadi lampu yang dipasang dapat membantu memberikan kepanasan kepada anak2 ayam ini.Tetapi sekiranya watt mentol yang digunakan terlalu besar boleh menyebabkan anak ayam ini mati kepanasan.Ditahap minggu pertama hingga ke sebulan lampu hendaklah dipasang 24 jam.Ini bagi menjaminkan anak2 ayam ini mendapat kepanasan yang secukupnya.ntuk keluasan 12x3 saya gunakan cuma mentol 5 watt.jarak diantara 1 lampu ke 1 lampu adalah didalam 2 kaki.6 mentol digunakan untuk memberikan kepanasan kepada anak2 ayam.Sekiranaya dimusim hujan watt lampu ini hendaklah ditukar ke 15 watt.Diwaktu hujan angin agak sejuk sedikit.Jadi anak2 ayam ini memerlukan haba yang secukupnya.Sekiranya masih kekal kepada 5 watt,ia tidak dpt memberikan suhu yang diperlukan.Jadi pastikan haba yang secukupnye diberikan pada anak2 ayam anda.
iii)Bekas makan ayam janganlah dipandang sebagai remeh.Ini boleh meyebabkan anak ayam anda bantut pembesaranya.Seandainya anda memberikan bekas makanan yang tidak cukup besar dengan quntity anak ayam 500 ekor,bagaimana dapat anda pastikan kesemua anak ayam itu dapat makanan dan minuman.DIdalam reban anak/brooder saya gunakan 5 bekas air yang besar bagi memastikan kesemua anak ayam boleh mendapat minuman yang secukupnya dan saya gunakan tray atau dulang segi empat tepat untuk makanan ayam.Makan anak ayam yang saya berikan adalah 201c Gold Coin.Brand ini agak mahal,tapi ia amat bagus dan berquality untuk pembesaran anak2 ayam ini.
iv)Reban ayam/brooder yang telah siap dibina hendaklah dibasuh dahulu supaya hilang bau kayu.Sebaiknya spray dengan EM.Ia bagi mengelakkan bacteria yang terdapat didalam reban ayam tersebut hilang dan tidak berbau.
Diatas adalah sedikit tip yang saya berkongsi dengan anda semua untuk persediaan anak ayam sebelum sampai.Jagan tunggu anak ayam sampai dulu baru nak buat reban dan sebagainya.Ini boleh menyebabkan anda kerugian besar.Dibawah ini akan saya kongsi bersama2 perkara yang penting apabila ketibaan anak2 ayam ini....Sambung nak gi Ulu langat tengok tanah..nak sewa disana...untuk projek diKuala lumpur.Sapa2 yg ada tanah untuk disewa sekitar Selangor boleh hello saya..tq

Seperti yang saya janjikan.Tengahari tadi.Disini saya berkongsi dengan anda persediaan yang perlu ketika ketibaan anak ayam kampung.
1)Apabila anak ayam kampung anda telah sampai hendaklah disegerakan masuk kedalam reban anak ayam/brooder.Bekas minum hendaklah disiapkan.Pastikan air tersebut di campur dengan ubat anti stress.Ubat anti stress itu bertujuan untuk mengurangkan stress kerana perjalanan yang jauh dan memenatkan.Dan juga pasti makan anak ayam telah disiapkan.Apa yang saya amalkan adalah,Anak ayam ini diberikan makan sehari 2 kali.Ia itu sebelah pagi dan petang.Ini bagi memastikan anak ayam mendapat makanan yang secukupnya.Sekiranya anak ayam anda mempunyai luka dibadan atau kekurangan bulu,ini bermakna anka ayam anda tidak cukup makanan. Makan yang terbaik ketika anak adalah Gold Coin 201M dan apabila umur meningkat 1 minggu berikan 201C.
2)Reban ayam / brooder pastikan tiada lubang yang boleh menyebabkan angin sejuk masuk.Angin sejuk boleh mengurangkan haba didalam reban tersebut dan juga akan menyebabkan kematian.Ketika dimusim hujan pastikan tiada kebocoran yang boleh air hujan masuk kedalam reban anda.Cabaran yang saya hadapi pada mula2 menternak,waktu tu kiranya hujan lebat juga entah masa bila agaknya bumbung brooder saya tu ada kebocoran.Dengan rasa sedihnya esokkan hari mati anak ayam 260 ekor.Kerugian mencecah hampir RM650.00,pada masa tu anak ayam saya beli dengan harga rm2.50.Pesanan saya pada rakan ternak.Pastikan reban anak ayam /brooder anda tidak bocor.
3)Ketika anak ayam berumur bawah 1 bulan lampu hendaklah dipasang 24 jam sehari.Seperti yang saya nytakan di peringkat persediakan sebelum tiba anak ayam.Disaat umur bawah 2 minggu ini adalah waktu yang paling critical.Ketika ini macam macam cabaran yanag akan datang sekiranya kita tidak menjaga anak ayam ini dengan teliti,Kekurangan Haba akan menyebabkan anak ayam ini berkumpul diantara satu sama lain.Sebaiknya ambil suhu brooder setiap masa.Amalkan themormeter sentiasa ada didalam brooder kalu gunakan yang digital lagi baik.Suhu yang terbaik untuk brooder adalah sekitar 37c ketika umur bawah 1 minggu dan menurun 1 c setiap minggu.Anak ayam ini akan kurang stress dan akan lebih sihat.Anak ayam yang sihat akan memberikan berat dan tumbesar yang stabil.
4)Reban anak ayam/brooder hendaklah sentiasa dibersihkan.Ini bagi mengelakkan anak ayam dari pada terkena penyakit.Tahi ayam mempunyai gas Ammonia yang boleh menyebabkan kematian.Menggunakan EM boleh mengurangkan bau busuk dan mengelakkan lalat.Selain dari itu EM juga boleh meningkatkan FCR anda.Pengeluaran juga akan bertambah dengan kadar kematian yang kurang.
Semoga semua penternak atau bakal penternak yang membaca blog saya ini mendapat serba sedikit ilmu dari Blog ini.Saya doakan anda berjaya didalam ternakan ini.Dan juga jangan lah kita lupa memohon doa dari Allah swt untuk melindugi ternakan kita dari segala bencana dan khianat.
PERTANIAH ADALAH PERNIAGAAN.MENLANGKAH KEARAH MEMBEKAL MAKANAN HALAL.
at 9:03 PM Posted by Waa Ramli

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:http://www.ternakanayamkampung.blogspot.com/

Monday, October 26, 2009

BLOG MENARIK:Usahawan Ternakan Unggas dan Ruminan

SILA LAWATI BLOG http://shawnagrofarm.wordpress.com/ UTK MAKLUMAT BERGAMBAR.
PENUH INFORMASI.


Usahawan Ternakan Unggas dan Ruminan
Batu 13, Jalan Sintok, 06010 Changlun, Jitra, Kedah (0194702839)


Ayam Kampung : Ori vs Kacukan•October 22, 2009 • Leave a Comment


Penternak sering keliru. Mereka beli anak ayam kampung kat kedai-kedai pets, pasar-pasar hari dan dari pembekal-pembekal dengan harapan bahawa ayam itu akan membesar macam ayam kampung asli yang biasa dipelihara di kampung-kampung. Bila dah besar depa tengok awat ayam depa tak macam ayam kampung ori tu.

Sebenarnya sama ada ori atau kacukan, kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri. Terpulang kepada motif kita menternak: untuk jual daging atau jual telur atau kedua-duanya.


ayam kampung ori

ayam kampung kacukan

Saya memetik artikel dari ANGSADARIA yang menyatakan:

Terdapat lebih sepuluh pengeluar ayam kampung kacuk yang aktif mengeluarkan anak-anak ayam berkualiti di semenanjung ketika ini. Ayam kampong kacuk merupakan yang paling banyak diternak kerana kadar tumbesarannya amat cepat iaitu 75 hari hingga 90 hari berbanding ayam kampong asli 6 hingga 7 bulan!
Ayam kampong kacuk dihasilkan daripada pembiakan yang terancang. Rupa dan bentuk badannya juga mirip ayam kampong asli. Prestasi pertumbuhannya amat cepat dan dianggap lebih baik berbanding ayam kampong asli yang terdapat di kampong-kampong.

Ciri-ciri menarik yang terdapat pada ayam kampong kacuk ialah warna kulit dan warna kakinya kuning. Rata-rata ayam kampong kacuk mempunyai balong tunggal dan tidak pandai bergaduh, melompat dan terbang melebihi lima kaki tinggi.

Kepada bakal penternak atau para penternak yang mencari ciri-ciri terbaik seekor ayam, ingat pesanan ini; jangan sekali-kali membeli anak ayam yang paruh siap dipotong (paruh atas lebih pendek). Jangan beli anak-anak ayam yang dijual di pasar-pasar.

Ingat juga pesanan kedua ini; kualiti anak ayam bukan di tentukan oleh nombor kod seperti SASSO 154 atau KH B1 atau lain-lain yang berbentuk nombor tetapi kualitinya anda yang menentukan setelah anda menternak hingga boleh dijual, analisis perkara berikut ini;

* Kadar kematiannya kurang 5%
* Kaki dan kulit warna kuning
* Paruh tidak dipotong
* Tumbesarannya sekata
* Dagingnya pejal dan rasanya sedap.
Kalau nak ternak untuk jual daging, baik pilih yang kacukan sebab lebih berat ( 2 – 3 bulan : >1.5 kg ), kalau bela yang ori kena tunggu 6-7 bulan, itu pun lebih ringan kecuali kalau guna baka sabung atau baka komersial seperti KH B1 (Super Kedah). Ada penternak yang saya jumpa boleh menjual telur ayam dari ayam kacukan dengan harga sebiji 45 sen. Dia cuma bela kurang lebih 100 ekor induk dan 10 ekor pejantan. Tiap-tiap hari pengeluaran telur memberangsangkan dan tauke restoran cina dah siap booking lagi.

Terpulanglah pada kita nak pilih yang mana. kalau saya, dua-dua saya pilih sebab saya nak jual daging ayam kampung kacukan dan ayam kampung ori saya jual telur dan tetaskan anak. Kalau bela ayam kampung ori semata-mata nak jual daging saya rasa tak banyak mana yang boleh kecuali kalau biar dia cari makan sendiri. Tapi, kalau dah beratus-ratus ekor, semua ulat-ulat,cacing-cacing,rumput-rumput dan lain-lain makanan semulajadi yang ada kat sekitar ladang pun tak cukup jugak. Nanti mesti depa bising sebab lapar. Terpaksa juga belikan makanan untuk depa walau sekadar temukut atau cari sisa makanan free kat restoran2 atau kantin2. Ramai penternak give up sebab kes nak bagi makan ni la…..last-last jual semua ayam dan tak nak bela dah. Sapa yang rugi?

Sebagai alternatif yang terbaik, jadikan yang kacukan sebagai induk betina dan cari pejantan dari baka sabung. Mesti hasilnya memuaskan. Ramai yang berjaya dengan cara ni.


yang penting ialah telur...

Posted in Penternakan Ayam Kampung
Tags: asli, kacuk, ori, sam-sam



Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:http://shawnagrofarm.wordpress.com/

Thursday, January 15, 2009

Penternakan Ayam Penelur


Penternakan Ayam Penelur

Pengurusan Ternakan

Ternakan yang diuruskan dengan betul didalam persekitaran yang selesa akan membesar dan mengeluarkan hasil dengan baik dan berkualiti dengan baik dan dengan itu output ladang yang maksimum. Untuk output yang maksimum ia memerlukan integrasi sepadu dari segi kualiti anak ayam yang dibeli , pengurusan makanan , pengurusan air minuman , pengurusan kesihatan dan persekitaran pemeliharaan. Sebarang bentuk tekanan hendaklah dielakan. Anak ayam yang bermutu akan membesar dengan baik dan dengan itu mengeluarkan telur dengan bilangan dan kualiti yang baik. Makanan dan air minuman yang diberi hendaklah bermutu baik dan mencukupi. Makanan hendaklah disimpan ditempat dan pada suhu yang baik supaya tidak menjejaskan mutunya. Setiap ekor ayam perlu diberikan ruang lantai , ruang makanan dan minuman yang mencukupi mengikut peringkat pembesaran. Ketinggian bekas makanan dan minuman juga diselaraskan dengan peringkat pertumbuhan. Kesemua ini bukan sahaja dapat mengelakan tekanan dan pembaziran juga mempastikan keseragaman pembesaran.

Pengurusan Sisa Ladang

Sisa ladang ayam daging termasuklah sampah-saraf, saraf lantai, ayam yang mati, tahi ayam dan telur yang pecah. Sisa ini boleh menjadi tempat pembiakan lalat yang baik, menarik pemangsa datang ke ladang dan membawa bersama penyakit serta menyebabkan bau. Jika ianya tidak dilupuskan dengan sistematik dan sempurna bolih menyebabkan masalah kacau-ganggu kepada masyarakat persekitaran dan kejadian penyakit kepada ayam-ayam peliharaan.


Kawasan dan Perumahan

Pemilihan lokasi dan binaan reban yang sesuai serta pengurusan yang baik adalah penting untuk kepastian operasi ladang yang cekap, produktif, output yang maksimum dan berterusan. Kepekaan masyarakat kepada kualiti alam dan produk yang memberikan kesejahteraan kepada kesihatan dan kehidupan akan mewujudkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh industri.

Lokasi Ladang

Pemilihan lokasi ladang yang sesuai adalah penting. Ciri-ciri penting dalam pemilihan tapak ladang adalah ;


Kawasan hendaklah jauh dari kawasan perbandaran dan perumahan
Mempunyai kemudahan perhubungan yang baik dan boleh beroperasi sepanjang masa
Jauh dari lain - lain ladang
Kawasan datar dengan sistem saliran air yang baik
Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik

Binaan Reban

Reban yang dibina hendaklah yang dapat menyediakan persekitaran yang memberi keselesaan kepada ayam dan pekerja serta kos yang ekonomik.


Bahan yang digunakan hendaklah bermutu , supaya kos penyenggaraan kurang , tahan , mudah dicuci dan tidak menyerap haba.
Pokok-pokok dan infrastruktur disekeliling reban tidak menghalang peredaran udara yang sempurna.
Rekabentuk reban memudahkan peredaran udara yang bersih yang sempurna didalam reban
Rekabentuk reban juga hendaklah dapat membantu kecekapan pekerja melaksanakan tugas-tugas penjagaan ayam dan pembersihan sisa ladang

Pengurusan Penyakit

Penyakit akan mengurangkan produktiviti kerana meningkatkan kos operasi akibat dari penggunaan ubat rawatan , kematian , menjejaskan pertumbuhan dan pengeluaran serta kualiti telur yang dihasilkan. Langkah-langkah kawalan penyakit seperti biosekuriti dan pelalian perlu dilaksanakan dengan teratur. Penggunaan ubatan didalam rawatan apabila perlu hendaklah mematuhi peraturan untuk mempastikan tiada residu ubat didalam telur atau mempastikan tidak meenggunakan ubat terlarang. Penggunaan ubat dengan betul juga dapat mengelakan pembentukan kekebalan terhadap ubat oleh kuman.

Amalan Perladangan Yang Baik

Penerapan amalan perladangan yang baik didalam perancangan menubuhkan ladang, kawalan penyakit dan pengurusan harian akan memberi beberapa faedah antaranya ladang produktif, kos diminimumkan, output dimaksimumkan, persekitaran dan kualiti hasilan yang tinggi dihasilkan. Ini akan memberikan keyakinan kepada pengguna, meningkatkan peluang pasaran dan seterusnya menjaminkan sebuah ladang yang mapan.

Teknologi

Beberapa teknologi baru telah diperkenalkan didalam pengeluaran telur ayam. Penggunaan teknologi-teknologi ini membantu menjimatkan penggunaan tenaga pekerja , meningkatkan output ladang.


Perumahan tertutup dengan ventilasi terkawal akan menyediakan persekitaran yang lebih sejuk dan selesa kepada ayam-ayam yang dipelihara. Kos pelaburan adalah lebih tinggi kerana menyediakan kemudahan untuk penyejukan reban dan kawalan persekitaran serta kos elektrik . Namun begitu ayam memerlukan ruang lantai yang lebih kecil . Maka itu lebih banyak ayam boleh dipelihara. Selain itu perumahan tertutup juga membantu didalam kecekapan pengawalan penyakit terutama penyakit bawaan burng dan haiwan liar. Antara kaedah yang digunakan sekarang adalah seperti 'evaporative cooling system' dan 'tunnel ventilation'. Perumahan seperti ini memerlukan kemahiran untuk mengurus dan menyenggaranya.


Penggunaan automasi didalam pemberian makanan dan minuman, buang paruh, memungut, membungkus dan menggred telur, pelupusan najis juga telah digunakan.

PEMASARAN TEMPATAN

Lebihkurang 90 peratus daripada pengeluaran dipasarkan dipasaran tempatan. Kesemua telur ini dipasarkan dalam bentuk 'shell-egg'. Pemasaran telur sebahagiannya dibuat oleh pemborong dan sebahagian kecil terus oleh peruncit. yang datang sendiri mengambil bekalan dari ladang. Selain dari pasaran runcit telur juga digunakan oleh loji pemprosesan makanan seperti kilang roti dan kaya.


Harga telur Ayam

Di Malaysia telur ayam dipasarkan berdasarkan sen sebiji mengikut gred. telur dikelaskan kepada beberapa gred berasaskan berat. Gred-gred tersebut adalah gred AA , A , B , C , D , E dan F. Harga telur ayam juga turun-naik (Jadual 7).


AA lebih dari 70 gram
A 65-70 gram
B 60-65 gram
C 55-60 gram
D 50-55 gram
E 45-50 gram
F dibawah 45 gram


Peratus sesuatu gred telur yang dikeluarkan bergantung kepada baka dan pengurusan. Hitungpanjangnya peratus gred adalah seperti berikut;


AA 4
A 12
B 28
C 31
D 18
E 5
F 2



Purata Harga telur Ayam (sen / biji)



AA A B C D E F
1996 18.02 17.52 16.98 16.33 15.33 14.33
1997 17.65 17.16 16.55 15.78 14.78 13.78 11.10
1998 18.52 17.83 16.94 16.16 15.21 14.21 13.21
1999 19.59 19.09 18.55 18.03 17.53 16.53 15.53


Pengangkutan


Mengurangkan tekanan haba dan stress semasa pengangkutan anak ayam adalah penting. Anak ayam yang terdedah kepada stress mungkin akan mengalam kadar kematian yang tinggi, terjejas pertumbuhan , terjejas ketahanan badan dan memudahkan terkena penyakit. Penghantaran anak-anak ayam kepada pembeli hendakalah menggunakan kenderaan yang dilengkapi dengan sistem ventilasi yang baik. telur pula mesti diangkut berhati-hati bagi mengelakan telur-telur pecah. Penggunaan sistem dan dulang telur yang baik adalah penting untuk mengurangkan masalah ini. Untuk menjaga kualiti yang baik telur sebaiknya diangkut menggunakan pengangkutan yang dilengkapi dengan sistem ventilasi yang baik terutama yang mempunyai sistem penyejukan.


Pasaran Eksport


Sebanyak 8-11 peratus daripada telur ayam yang dikeluarkan dieksport (Jadual 8 ). Kesemua telur-telur dieksport dalam bentuk 'shell-egg'. Pasaran utama adalah Singapura. Untuk memasuki pasaran eksport ladang hendaklah memenuhi syarat ditetapkan oleh negara pengimport meliputi sanitasi veterinar, jaminan kualiti dan status penyakit disamping harga dan produk yang berdayasaing.


Eksport telur Ayam ('000 tan metrik)
1996 1997 1998 1999
33,403 40,244 27,494 34,800


Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:

Layer Chicken Farming


Layer Chicken Farming

Production Management

Birds managed in a suitable environment will grow and produce good quality product leading to a maximum farm output. Maximum output requires integration of quality chicks and management of feed, water, health and environment. Stress should be avoided. Quality chick will have good growth rate and high egg production with good quality eggs. Good and enough feed and water should be given. Feed should be stored at a suitable temperature to maintain its quality. At every growing stage each bird should be given enough floor space, feed and watering space. The height of the feeder and drinker should vary with the growing stage. These factors will not only prevent stress and wastage but also ensure growth uniformity

Farm Waste Management

Farm waste includes rubbish, floor litter, dead birds, birds waste and broken eggs. These farm waste will be a good breeding site for flies, attract predators bringing along diseases and cause unpleasant smell. If it is not manage systematically it will affect the environment and leads to diseases in birds.

Location and Housing

For effective, productive, maximum output and continuity, choosing suitable farm location and building of sheds as well as good management are important. Society sensitivity to environment and quality product for health and life has resulted in regu;lations that should be obeyed by the industry.

Farm Location

Choosing a suitable farm location is important. The important factors in choosing the farm location are:

The area should be far from the town and housing areas.
Good communication facilities.
Far from other farms
Flat area with good irrigation system
Good ventilation

Poultry Shed

The shed built should provide a pleasant environment to the birds and workers as well as economical cost.


The materials used should be of good quality to reduce maintenance cost, durable, easy to clean and do not absorb heat.
Trees and other infrastructures around the shed should not obstruct air ventilation.
The shed design should facilitate clean air ventilation.
The shed design should enable workers to work efficiently in the shed, collecting eggs and removing the farm wastes.

Disease Management

Disease will reduce productivity from the increase in cost of operation from drug usage, mortality, effects on growth, production as well as the quality of eggs produced. Disease control such as biosecurity and vaccination should be done as scheduled. Regulations must be followed in the use of drugs for treatments to ensure that drug residues do not occur in the eggs. Do not use illegal drugs. The right usage of drugs will prevent the development of drug resistance.

Good Animal Husbandry Practices

Enforcing good farming practice in farm planning, disease control and daily management will improve farm productivity, minimise cost, maximise output, environment and good product quality. This will increase customers' confidence, increase marketing opportunity and ensure farm stability.

Technology

Some new technologies have been introduced in poultry egg production. The use of these tecnologies reduce manpower requirements and increase farm output.


Closed housing with controlled ventilation will provide cool and pleasant environment to the birds. Cost of investment is higher due to facilities for cooling, environmental controlas well as electricity cost. As chickens require only a small floor space, more birds can be housed. A close house system will aid in effective controlling of diseases especially those brought by wild birds and animals. Among the methods used are evaporative cooling system and tunnel ventilation. This type of housing system requires expertise in management and maintainence.


Automation used include dispensing of feed and drink, debeaking, collection, packing and grading of eggs and waste disposal.

MARKETING

Local Market

About 90 per cent of production is for the local market. All eggs are marketed in the form of shell-egg. Eggs are mainly marketted through wholesalers and a small part to retailers who come to the farm. Besides that, eggs are used by food processing plants such as bakeries and coconut jam producers.

Poultry Egg Prices

In Malaysia, eggs are marketed based on grades. Eggs are graded based on weight. The grades are AA, A,B,C,D,E and F :


AA more than 70 gram
A 65-70 gram
B 60-65 gram
C 55-60 gram
D 50-55 gram
E 45-50 gram
F less than 45 gram


Percentage of each grade produced depends on breed and management. The average percentage of grade is as below:


AA 4
A 12
B 28
C 31
D 18
E 5
F 2



Average Chicken Egg Prices ( sen / egg )



AA A B C D E F
1996 18.02 17.52 16.98 16.33 15.33 14.33
1997 17.65 17.16 16.55 15.78 14.78 13.78 11.10
1998 18.52 17.83 16.94 16.16 15.21 14.21 13.21
1999 19.59 19.09 18.55 18.03 17.53 16.53 15.53



Transportation

It is important to reduce heat and stress during transportation of chicks. Chicks exposed to stress may experience high mortality, stunted growth, affect body resistant and easily infected by diseases. Delivery of chicks to buyers should use well ventilated vehicles. Eggs shold be handled with care to prevent breakage. The use of good transportation system and good egg trays will reduce this problem. To maintain good quality eggs, transportation should have good ventilation systems especially with refrigeration.

Export Market


About 8 – 11 percent of eggs produced are exported. All eggs are exported in the form of shell-egg. The main market is Singapore. To penetrate the export market, a farm should satisfy the stated requirements of the importing countries such as veterinary sanitation, quality assurance and disease status as well as price and product competitiveness.


Chicken Egg Exports ('000 metric tonne)
1996 1997 1998 1999
33,403 40,244 27,494 34,800





Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:

Penternakan Ayam Pedaging


Penternakan Ayam Pedaging

Pengurusan Ternakan

Ternakan yang diuruskan dengan betul dengan persekitaran yang selesa akan membesar dengan baik dan dengan itu output ladang yang maksimum. Ia bermula dari peringkat perolehan anak ayam sehinggalah kepada pasaran. Output yang maksimum memerlukan integrasi sepadu dari segi kualiti anak ayam yang dibeli , kualiti dan pengurusan makanan / minuman , pengurusan kesihatan dan persekitaran pemeliharaan. Sebarang bentuk tekanan hendaklah dielakan kerana ianya akan menjejaskan produktiviti ayam dan mengurangkan ketahanan melawan penyakit. Anak ayam yang bermutu akan membesar dengan baik. Makanan dan air minuman yang diberi hendaklah bermutu baik dan mencukupi. Setiap ekor ayam perlu diberikan ruang lantai , ruang makanan dan minuman yang mencukupi mengikut peringkat pembesaran. Ketinggian bekas makanan dan minuman juga diselaraskan dengan peringkat pertumbuhan. Kesemua ini bukan sahaja dapat mengelakan stress dan pembaziran, juga mempastikan keseragaman pembesaran.

Pengurusan Sisa Ladang

Sisa ladang ayam daging termasuklah sampah-saraf , ayam mati , tahi ayam dan saraf lantai. Sisa ini boleh menjadi tempat pembiakan lalat yang baik , menarik pemangsa datang ke ladang dan membawa bersama penyakit serta menyebabkan bau. Jika ianya tidak dilupuskan dengan sistematik dan sempurna bolih menyebabkan masalah kacau - ganggu kepada masyarakat persekitaran dan kejadian penyakit kepada ayam-ayam peliharaan.


Lokasi Ladang

Pemilihan lokasi ladang adalah penting. Ciri-ciri penting dalam pemilihan tapak ladang adalah -


Kawasan hendaklah jauh dari kawasan perbandaran dan perumahan
Mempunyai kemudahan perhubungan yang baik dan boleh beroperasi sepanjang masa
Jauh dari lain - lain ladang
Kawasan datar dengan sistem saliran air yang baik
Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik

Binaan Reban

Reban yang dibina hendaklah yang dapat menyediakan persekitaran yang memberi keselesaan kepada ayam dan pekerja serta kos yang ekonomik.


Bahan yang digunakan hendaklah bermutu , supaya kos penyenggaraan kurang , tahan , mudah dicuci dan tidak menyerap haba.
Pokok-pokok dan infrastruktur disekeliling reban tidak menghalang peredaran udara yang sempurna diantara reban dan persekitaran.
Rekabentuk reban memudahkan peredaran udara yang bersih yang sempurna didalam reban
Rekabentuk reban juga hendaklah dapat membantu kecekapan pekerja melaksanakan tugas-tugas penjagaan ayam dan pembersihan sisa ladang

Kilang Makanan

Pada masa ini terdapat lebihkurang 47 buah kilang makanan ternakan di Malaysia. Sebanyak 38 buah terdapat di Semenanjung manakala 9 buah lagi di Sabah, Sarawak dan Labuan. Bahan-bahan mentah utama makanan ayam seperti jagung dan kacang soya diimport terutamanya dari China, Amerika Syarikat dan Argentina.

Pengurusan Penyakit
Penyakit akan mengurangkan produktiviti ladang. Kos operasi akan meningkat akibat dari penggunaan ubat rawatan , kematian , terjejas pertumbuhan dan kehilangan kualiti selepas diproses. Langkah-langkah kawalan penyakit seperti biosekuriti dan pelalian hendaklah diambil. Penggunaan ubatan untuk rawatan perlu mematuhi peraturan untuk mengelakan residu ubat yang mana boleh menjejaskan kesihatan pengguna. Penggunaan ubatan yang betul juga untuk mengelakan pembentukan kekebalan terhadap sesuatu ubat oleh kuman.

Vaksin dan Ubatan

Terdapat beberapa buah syarikat yang membekalkan ubatan dan vaksin yang diperlukan oleh industri. Hampir kebanyakan bekalan ini diimport.


Amalan Perladangan Yang Baik
Penerapan amalan perladangan yang baik bermula dari peringkat perancangan menubuhkan ladang, kawalan penyakit dan pengurusan harian ladang akan memberi beberapa faedah antaranya ladang produktif , kos diminimumkan , output dimaksimumkan , persekitaran dan hasilan yang bermutu dihasilkan.. Ini akan memberikan keyakinan kepada pengguna , meningkatkan peluang pasaran dan seterusnya menjaminkan sebuah ladang yang berdayamaju dan mapan.


Teknologi
Beberapa teknologi baru telah diperkenalkan didalam pengeluaran ayam daging. Penggunaan teknologi-teknologi ini membantu menjimatkan penggunaan tenaga pekerja , meningkatkan output ladang dan kecekapan kawalan penyakit.


Perumahan tertutup dengan ventilasi terkawal akan menyediakan persekitaran yang lebih sejuk dan selesa kepada ayam-ayam yang dipelihara. Kos pelaburan adalah lebih tinggi kerana menyediakan kemudahan untuk penyejukan reban dan kawalan persekitaran serta kos elektrik . Namun begitu ayam memerlukan ruang lantai yang lebih kecil . Maka itu lebih banyak ayam boleh dipelihara. Selain itu perumahan tertutup juga membantu didalam kecekapan pengawalan penyakit terutama penyakit bawaan burng dan haiwan liar. Antara kaedah yang digunakan sekarang adalah seperti 'evaporative cooling system' dan 'tunnel ventilation'. Perumahan seperti ini memerlukan kemahiran untuk mengurus dan menyenggaranya.


Penggunaan teknologi automasi juga telah diterapkan didalam didalam pemberian makanan , minuman , pemvaksinan dan beberapa operasi lagi.

Peralatan Ladang

Peralatan -peralatan pemeliharaan seperti bekas makanan, minuman dan raga ayam dihasilkan oleh kilang-kilang tempatan. Bagaimanapun teknologi moden peralatan diatas dan beberapa peralatan lain seperti alat pengeraman dan penetasan diimport. Ada beberapa syarikat tempatan yang menjadi pengedar kepada peralatan yang diimport.

PEMASARAN AYAM DAGING

Ayam daging dipasarkan sebagai ayam hidup , ayam sembelih bersih , pelbagai keratan dan produk sedia untuk dimasak atau dimakan. Lebih dari 80 peratus ayam daging dipasar dalam bentuk ayam hidup kepasar-pasar basah. Antara 15 hingga 20 peratus dihantar untuk disembelih diloji-loji penyembelihan yang kemudiannya dijual semula sebagai ayam siang bersih , keratan ayam dan setengah syarikat menggunakan nya untuk diproses menjadi produk hiliran.


Pasaran Tempatan

Daripada keseluruhan bekalan daging ayam kira-kira 85 peratus dipasarkan dalam negeri. Daging ayam dipasarkan dalam bentuk daging ayam segar kepasaran basah , melalui rangkaian pasaran sejuk seperti pasaraya atau terus kepada pelanggan seperti hotel dan restoran. Bagi syarikat-syarikat yang mempunyai pasaran yang luas dan loji penyembelihan , pusat-pusat perkhidmatan diwujudkan. Bekalan dari loji penyembelihan akan dihantar dan disimpan dipusat ini sebelum ianya dibekal kepada peruncit diseluruh negara menggunakan.



Pengangkutan


Mengurangkan tekanan haba adalah penting dalam pengangkutan ayam. Anak ayam yang terdedah kepada tekanan kepanasan semasa diangkut kepada pelanggan akan menyebabkan kematian yang tinggi, terjejas pertumbuhan , terjejas ketahanan badan dan memudahkan terkena penyakit. Penghantaran anak-anak ayam kepada pembeli pada masa ini kebanyakannya dibuat menggunakan 'closed ventilated truck'. Penghantaran jarak jauh biasanya dibuat pada waktu malam.


Penghantaran ayam dewasa dibuat menggunakan lori yang diubahsuai supaya ventilasi yang baik disediakan kepada ayam-ayam yang diangkut. Penghantaran jarak jauh biasanya dibuat diwaktu malam.


Daging ayam akan cepat mengalami kerosakan jika terdedah kepada kepanasan yang tinggi. Daging ayam hendaklah diangkut dalam keadaan sejuk menggunakan 'refrigerated truck'.


Kenderaan


Bagi pengangkutan anak ayam , kenderaan disediakan sendiri oleh syarikat atau ada juga yang membeli perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat lain mengikut syarat dan spesifikasi ditentukan.


Bagi ayam dewasa perkhidmatan pengangkutan disediakan sendiri olih penternak , pemborong atau syarikat lain yang mengikat kontrak perkhidmatan pengangkutan. Kadar bayaran dikenakan adalah berdasarkan bilangan ekor dan jarak antara ladang dan pelanggan.


Harga ayam

Ayam daging adalah komoditi ternakan yang harganya dikawal. Harga pasaran ayam adalah mengikut peringkat pasaran iaitu harga hidup diladang, harga borong hidup, harga borong bersih, harga runcit hidup , harga runcit bersih ( dengan kaki, kepala, hati dan hempedal) dan harga runcit bersih ( tanpa kaki , kepala, hati dan hempedal ). Harga -harga ini ditentukan berasaskan kepada harga diperingkat ladang. Harga bumbong diperingkat ladang dan runcit ditetapkan. Selain itu persatuan pengeluar ayam dari masa kesemasa akan menetapkan harga rujukan untuk panduan pengeluar-pengeluar semua .Walaupun harga dikawal, harga sebenar adalah bergantung kepada faktor pasaran pada sesuatu masa tetapi tidak boleh melebihi harga bumbong ditetapkan. Harga pasaran sebenar mungkin berbeza dengan harga rujukan pada masa itu bergantung kepada lokasi , jarak bekalan, pasaran , sistem pasaran dan keputusan individu pengeluar . Harga ayam daging dalam setahun pengeluaran akan turun naik diatas dan dibawah kos pengeluaran kerana pengaruh pasaran ( Jadual 7 ). Untung -rugi dalam pengeluaran ayam daging tidak boleh dilihat berdasarkan satu pusingan pengeluaran tetapi kepada hitungpanjang satu tahun pengeluaran.


Jadual 7 : Harga Diladang Ayam Daging dan Kos Pengeluaran
Tahun Harga diladang
(RM/Kg) Kos Pengeluaran
(RM/Kg)
1996 1.45 - 3.05 ( 2.61 ) 2.50 - 3.06
1997 2.05 - 3.05 ( 2.69 ) 2.70 - 3.32
1998 2.40 - 3.50 (3.14 ) 2.79 - 3.40
1999 2.10 - 3.50 ( 3.00 ) 2.60 - 3.05



Pasaran Eksport


Sebanyak 12-15 peratus bekalan ayam daging dieksport ( Jadual 7 ). Lebihkurang 85 peratus dieksport dalam bentuk ayam hidup dan bakinya dalam bentuk keratan dan produk hiliran. Pasaran eksport pada ketika ini hanay tertumpu ke Singapura. Untuk memasuki pasaran eksport, pengeluar perlu memenuhi syarat-syarat ditetapkan oleh negara pengimport meliputi sanitasi veterinar, kualiti dan status penyakit. Selain itu produk dan kualiti serta harga juga harus berdayasaing.


Jadual 8 : Eksport Daging Ayam ('000 tan metrik)
1996 1997 1998 1999
66.88 72.25 61.45 77.44


Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:

Broiler Chicken Farming


Broiler Chicken Farming

Birds from day old chick to slaughter should be well managed and provided with good environment in order to get maximum farm output. The factors that affect farm output are chick quality, feeding management, feed quality, health management and farm environment. Stress should be avoided to prevent low productivity and diseases. Quality chicks grow well. Feed and drinking water given should be of high quality. Each bird should be provided with enough floors, feeding and drinking space. Feeder and drinker height should be suitable to bird's age. This will avoid stress, wastage and ensure uniformity of bird's size.

Waste Management

Farm waste includes rubbish, carcasses, chicken dung and litter. These waste materials attract flies, pests and cause bad smell. Improper management of waste material can cause environmental pollution and become disease agent to the birds.

Factors that affect farm output are
chick quality
feeding management
feed quality
health management
farm environment

Waste Management

Farm waste
attract flies
attract pests
brings disease
cause odours

Farm Location
Selection of farm location is important. The following are the criterions used to determine farm location.
Farm should be far away from town and housing area
Farm should have access to transportation and be able to operate all the time
Farm should be far away from other farms
Land should be flat and have good drainage
The area should be well ventilated
Housing
Poultry houses should provide conducive environment to birds and economic.
Materials used have to be of high quality, lasting, easy to clean and do not absorb excessive heat
Trees and buildings should not hinder house ventilation
House design should provide good ventilation
House design should facilitate workers to manage birds and cleaning activities

Criteria used to determine farm location -
Farm should be far away from town and housing area
Farm should have access to transportation and be able to operate all the time
Farm should be far away from other farms
Land should be flat and have good drainage
The area should be well ventilated
Housing
Poultry houses should provide conducive environment to birds and economical to build.


Feedmills
There are 47 feedmills operating in Malaysia. 38 feedmills are located in Peninsular Malaysia and 9 are located in Sabah, Sarawak and Labuan ( Appendix 2 ). Raw materials such as corn and soy bean are imported from China, United States and Argentina.

Disease Management
Disease reduces farm productivity. Operational cost would increase due to the use of medication, death, slow growth and downgrading of carcasses. Disease prevention measures such as biosecurity and vaccination has to be taken. The use of drugs/medication has to follow instructions to avoid residues and drug resistant.

Vaccines and Medication
There are a few companies which supply medication and vaccines to farmers. Most of the items are imported.

Good Animal Husbandry Practice
Good animal husbandry practice covers various aspects of chicken farming. It covers farm planning, disease control and daily farm management / activities. Good animal husbandry practice could increase farm productivity, minimize production cost, maximize farm outputs and provides clean environment and quality products. This will give confidence to consumers, increase market opportunity and provide a competitive and sustainable farming.

Technology
New technologies have already been introduced in broiler chicken industry. These technologies are able to minimize manpower, increase farm outputs and increase the efficiency of disease control.
Close housing system with controlled ventilation provides cool and conducive environment to birds. These facilities involve high overhead and operational cost (e.g. electric). However less floor space is needed and more chicken is could be reared. Close housing system is able to help in pest-born diseases. Evaporative cooling system and tunnel ventilation are the most common method used and farmers need to have some knowledge to operate and maintain the equipments.
Automation is also used for feeder, drinker, vaccination etc.

Farm Equipments
Farm equipments such as feeder, drinker and cages are produced by local manufacturer. However certain modern and sophisticated equipments such as incubator and hatcher are imported by local distributors.


Marketing
Chickens are marketed in the form of live bird, slaughtered and frozen, chicken parts or ready to eat products. More than 80 percent of broiler chicken is sold live in the wet market.15-20% of broiler chicken are slaughtered and processed in the slaughterhouse.

Local Market
Approximately 85 percent of poultry meat are marketed locally. Most of the meat is sold as fresh meat in the wet market and supermarket or to hotel and restaurant. For big companies the poultry meat from slaughterhouses is sent to their own service centre before being distributed to retailers all over the country.

Transport
It is important to minimise heat stress during transportation of chicken. Chicks exposed to heat stress can cause high mortality, slow growth rate and high susceptibility to diseases. Closed ventilated truck is used for transportation of chicks. Long distance transportation of chicks is normally done at night.

Poultry meat is highly perishable when exposed to high temperature. It has to be transported using refrigerated truck.

Vehicles
a. For chick transportation, some companies provide their own transport and some companies buy services from other companies which follows certain specifications.
a. For adult chicken, transportation is usually provided by farmers, wholesalers or other companies which have contract with transport services. Fee charges depend on number of chicken and distance.

Chicken Price
Broiler chicken is a controlled item. Poultry meat price is influenced by ex-farm price, wholesale live bird price, wholesale processed bird, retail live bird price, retail processed bird price with legs, head, liver and gizzard and without legs, head, liver and gizzard. Ceiling prices for ex-farm and retail prices are fixed. Reference price is fixed by broiler chicken producer association. The actual price is influenced by market factors but not exceeding ceiling price. The actual price might be different from reference price depending on location, distance, marketing system and supplier. Broiler chicken price fluctuates below production cost due to market influence. Profit-loss in this industry could not be measured by using one production cycle only but measured by the yearly average production.

Broiler chicken Farm Price and Production Costs
Year
Farm Price(RM/Kg)
Production cost(RM/Kg)
1996
1.45 - 3.05 ( 2.61 )
2.50 - 3.06
1997
2.05 - 3.05 ( 2.69 )
2.70 - 3.32
1998
2.40 - 3.50 (3.14 )
2.79 - 3.40
1999
2.10 - 3.50 ( 3.00 )
2.60 - 3.05

Export Market
Approximately 12-15% of total broiler chicken produced is exported (table 7). 85% are exported live and the remainder is in the form of chicken parts and value added products. Most of the broiler chickens are exported to Singapore. In order to penetrate the export market, broiler chicken producer have to meet the requirements of importing country such as veterinary sanitary, quality and disease status. Besides that, they should produce competitive products, quality and price.
Broiler Chicken Exports ('000 metric tons)
1996
1997
1998
1999
66.88
72.25
61.45
77.44

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:

Sunday, April 6, 2008

KURSUS TERNAKAN 2008

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:http://www.jphpk.gov.my/Malay/jadual2001.htm


Untuk Melihat Jadual Yang Jelas sila KLIK LAMAN WEB BERIKUT:http://www.jphpk.gov.my/Malay/jadual2001.htm


Livestock Training Course Schedule 2008 / Jadual Kursus Ternakan 2008Ladang Infoternak Sg Siput (U)
NO / BIL
CODE / KOD
TYPE OF COURSE OFFERED /JENIS KURSUS
DATE / TARIKH
NO OF DAYS/ BIL. HARI
TOTAL NO OF PARTICIPANTS/ JUMLAH PESERTA
1
VPT101
Goat Farming TechnologyTeknologi Penternakan Kambing
18 - 22 Feb. 2008
5
40
2
VPT102
Cattle Farming TechnologyTeknologi Penternakan Lembu
03 - 07 Mac 2008
5
40
3
VPT103
Chicken Farming TechnologyTeknologi Penternakan Ayam
07 - 11 Apr 2008
5
40
4
VPT101
Goat Farming TechnologyTeknologi Penternakan Kambing
12 - 16 May 2008
5
40
5
VPT102
Cattle Farming TechnologyTeknologi Penternakan Lembu
09 - 13 Jun 2008
5
40
6
VPT101
Goat Farming TechnologyTeknologi Penternakan Kambing
14 - 18 Jul 2008
5
40
7
VPT103
Chicken Farming TechnologyTeknologi Penternakan Ayam
25 - 29 Aug 2008
5
40
8
VPT101
Goat Farming TechnologyTeknologi Penternakan Kambing
13 - 17 Okt 2008
5
40
9
VPT102
Cattle Farming TechnologyTeknologi Penternakan Lembu
03 - 07 Nov 2008
5
40
10
VPT101
Goat Farming TechnologyTeknologi Penternakan Kambing
01 - 05 Dec 2008
5
40
Application for Training Courses / Permohonan KursusDownload, print FORM & send to:Muat turun BORANG, cetak & hantar kepada;Pengarah Perkhidmatan Haiwan Negeri Perak Darul RidzuanJalan Sultan Azlan Shah (U)30740 Ipoh, PERAK(U.P: Damanhuri Hj Abd.Kadir) Ketua Unit Pembangunan Sumber Manusia
Appications are valid for current year onlyBorang hanya sah untuk tahun semasa sahaja.
Applicants not getting any offer within the current year are deemed unsuccessfulPemohon yang tidak mendapat tawaran dalam tahun semasa adalah dianggap tidak berjaya
Application forms can be obtained from District Veterinary OfficeBorang-borang boleh juga didapati di Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah yang berdekatan
For Perak non-residents, please apply via Department of Veterinary Services (DVS), State concernedPeserta luar dari Negeri Perak hendaklah kemukakan permohonan melalui Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri masing-masing
Yuran pendaftaran kursus ialah RM20.00/pesertaRegistration fee RM 20.00/participant

Saturday, March 22, 2008

PANDUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG SECARA KECILAN

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik: Sumber Informasi Usahawan Tani


PANDUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG SECARA KECILAN

PENDAHULUAN
Aktiviti penternakan ayam kampong telah ujud zaman berzaman sejak datuk nenek kita dahulu. Generasi pertama ayam atau nama saintifiknya Gallus domesticus adalah dari keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) . Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampong iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampong Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampong yang dapat kita lihat hari ini . Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampong dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampong mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampong seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.

TUJUAN MEMELIHARA AYAM KAMPONG
Adalah untuk menggalakkan penternak kecil memelihara ayam kampong. melalui aktiviti ini negara dapat mengimport bahan-bahan makanan ayam disamping meningkatkan pengeluaran bahan-bahan makanan ayam tempatan. Disamping itu;
Telur dan daging untuk makanan keluarga
Telur boleh ditetaskan untuk pembiakan
Andai berlebihan boleh dijual untuk menambah pendapatan.


KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG
Boleh dibiakkan sepanjang tahun
Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.


SISTEM PERUMAHAN
Reban diperlukan untuk melindungi daripada cuaca buruk dan gangguan musuh. Boleh dibuat menggunakan ” Sistem Lantai Atas ” atau ” Sistem Lantai Bawah .
1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Jika 20 ekor ayam, keluasan lantai ialah 20 ekor kaki persegi. reban seluas 4 kaki x 5 kaki memadai.
kayu hutan, kayu sayung, buluh , dawai mata punai atau pukat
gunakan peralatan makan/minum yang murah.


PEMAKANAN AYAM
Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-
Makanan komersil/dagangan
Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
Makanan Campuran atau Sisa Makanan
Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
Ikan baja dan lain-lain


PENGURUSAN
Pengurusan anak (1 hari - 4 minggu)
Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit
Beri makanan bermutu dan minuman secukupnya
Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu
Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu - 22 minggu)
Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit
Boleh dilepaskan pada siang hari
Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi
Sediakan sarang bertelur
Elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram


PEMBIAKAN
Melibatkan perkahwinan secara tabie/asli
1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina
Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur
Tempat yang sunyi,kering dan bebas dari gangguan
Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.


KAWALAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT
Penyakit ayam boleh disebabkan oleh:-
Warisan
Pemakanan
Pengurusan
Persekitaran
Jangkitan
Langkah-langkah Pencegahan Penyakit
Reban sentiasa bersih
Anak ayam bebas dari penyakit
Jauh dari ternakan dan haiwan lain
Pelawat perlu dikawal
Pencegahan adalah lebih baik dari rawatan
Semua ayam perlu diberi suntikan pencegahan penyakit
Ayam yang mati hendaklah ditanam atau dibakar untuk mengelakkan jangkitan kepada yang sihat.
Program Pencegahan penyakit
Umur 1 hari - Sampar Ayam “F” (Biasanya telah dibuat ditempat penetasan)
Umur 3 - 4 minggu - Cacar Puru ayam dan Sampar “F”
Umur 6 - 8 minggu - Sampar ” S “
Tanda-tanda Am Ayam Berpenyakit
Kurang nafsu makan
Monyok dan tidak aktif
Pucat, bersin, keluar hingus dari hidung
Muka bengkak
Berak cair atau berdarah
Gangguan saraf seperti sayap lemah, kaki lemah, kepala berputar dan sebagainya.

JENIS-JENIS PENYAKIT AYAM
Sampar ayam (ND)
Penyakit Gumboro (IBD)
Puru
Salmonellosis
Pasteurellosis
Lain-lain
Sekiranya ayam-ayam anda menunjukkan tanda-tanda penyakit, sila dapatkan nasihat daripada pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berdekatan.

Monday, December 24, 2007

SKIM KONTRAK TERNAKAN AYAM DAGING

Disunting dari http://www.usahawantani.com/2007_11_01_archive.html

Tuesday, November 27, 2007

SKIM KONTRAK TERNAKAN AYAM DAGING


Apakah skim kontrak ternakan ayam tersebut? Perusahaan ayam di negara ini telah maju setapak lagi dengan wujudnya sistem integrasi ternakan ayam daging. Pemeliharaan ayam daging berkontrak adalah sebahagian daripada sistem integrasi ternakan ayam tersebut. Di dalam sistem integrasi ternakan ayam daging, beberapa komponen seperti ladang ayam pembiakan dan penetasan, pengilang makanan ternakan, kesihatan ternakan, loji pemprosesan, pengembangan dan pemasaran ayam adatah dikawal oleh sesebuah syarikat yang besar yang juga dikenali sebagai integrator. Pemeliharaan ayam daging biasanya dilakukan oleh penternak secara kontrak di bawah kelolaan integrator tersebut. Secara ringkas struktur organisasi sistem integrasi ternakan ayam daging adalah seperti Rajah 1. INTEGRATOR <-- Ladang Ayam Pembiakan <-- Pusat Penetasan <-- Kilang Makanan <-- Kesihatan & Khidmat Nasihat <-- Loji Memproses/Prosesan Lanjutan <-- Pemasaran Pemeliharaan PENTERNAK ---> dan --------> Pengeluaran Ayam Daging V PENGGUNA Rajah 1: Struktur Organisasi Sistem Integrasi Ternakan Ayam Daging
Siapakah integrator-integrator ini? Mereka ini terdiri daripada Kentucky Fried Chicken (KFC), Pertanian Charoen Pokphand (CP), Goldkist, Leong Hup, Cargill dan Malayan Flour Mills (MFM}.
Apakah peranan saya di dalam integrasi ayam daging ini sebagai seorang penternak? Peranan anda ialah memelihara anak-anak ayam dengan makanan dan lain-lain input yang telah dibekalkan oleh integrator kepada anda. Tetapi sebelum anda dibekalkan dengan segala input yang isebutkan, anda mestilah menandatangani surat perjanjian atau kontrak dengan pihak integrator terlebih dahulu.
Kenapa berkontrak? Penternak hendaklah bersetuju memelihara anak-anak ayam dengan menggunakan makanan/ubat-ubatan dan mematuhi syarat-syarat dan nasihat yang diberikan oleh integrator. Harga anak ayam dan makanan termasuk harga ayam akan ditetapkan. Jika anda bersetuju dengan syarat-syarat dan harga anak ayam, makanan dan harga ayam daging yang akan dibeli semula oleh integrator, anda akan diminta menandatangani surat perjanjian atau kontrak dengan pihak integrator.
Apakah kebaikan menyertai skim kontrak ini daripada menternak ayam sendirian? Anda tidak memerlukan modal yang banyak untuk memulakan projek. Anda cuma perlu membiayai pembinaan reban dan peralatan serta bekalan api dan air. Sebagai seorang penternak kontrak, anda tidak perlu bimbang ke mana ayam daging anda yang telah cukup umur dan beratnya hendak dijual. Ini kerana pihak integrator akan membeli semula ayam-ayam daging yang telah anda pelihara. Masalah turun naik harga yang sentiasa berlaku tidak akan menjejaskan anda. Anda akan dibayar dengan harga di ladang yang telah ditetapkan seperti yang terdapat di dalam kontrak anda dengan pihak integrator. Bekalan anak ayam, makanan, ubat-ubatan dibekalkan kepada anda secara kredit. Input-input ini akan dibayar kepada integrator selepas ayam anda dijual kepada integrator tersebut. Apabila kontrak telah ditandatangani dan reban serta peralatan-peralatan lain telah disediakan, anak ayam dan makanan akan terus dihantar ke reban anda.
Berapa lamakah satu-satu kontrak tersebut? Ada yang mengikat kontrak untuk 1 atau 2 tahun. Tetapi, jika anda seorang penternak yang baik dari segi prestasi pemeliharaan ayam daging tersebut, kontrak tersebut boleh diperbaharui selepas ia tamat. Tetapi jika anda didapati tidak memelihara ayam-ayam daging dengan baik dan selalu cuai dan rugi, kontrak anda boleh dibatalkan bila-bila masa oleh pihak integrator.
Bagaimana caranya untuk mendapatkan kontrak tersebut? Anda mestilah mempunyai tanah yang sesuai dan yang boleh dimasuki oleh lori. Jika tidak terdapat jalan yang sesuai, sukar bagi lori untuk masuk menghantar anak ayam dan makanan ke reban. Anda juga mestilah mempunyai modal yang cukup untuk mendirikan reban mengikut panduan daripada pihak integrator, membeli peralatan bekas makanan dan minuman dan lain-lain serta kemudahan air dan api. Hubungilah integrator yang bergiat menjalankan skim ini dan berdekatan dengan tempat anda. Tetapkan temujanji untuk pihak integrator pergi melihat tanah yang anda cadangkan sebagai tapak ternakan ayam daging kontrak tersebut. Jika pihak integrator telah bersetuju dengan tapak tanah dan anda bersetuju dengan syarat-syarat kontrak, anda bolehlah menandatangani kontrak sebelum reban didirikan.
Adakah latihan dan pengalaman diperlukan? Ya. Malah jika anda telah dilatih untuk menternak ayam daging secara komersial, peluang anda untuk mendapatkan kontrak adalah lebih cerah lagi. Tetapi latihan saja bukanlah syarat yang utama untuk mendapatkan kontrak. Malah ramai penternak yang telah berjaya tidak pernah mendapat latihan yang formal.
Siapakah yang menyediakan latihan? Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Pergilah ke Pejabat Haiwan yang berdekatan untuk maklumat lanjut tentang kursus dan tarikh yang sesuai untuk anda.
Di manakah latihan ini dijalankan? Jabatan Perkhidmatan Haiwan anda mempunyai 3 buah pusat untuk memberi latihan yang anda pertukan untuk menternak ayam daging secara komersial. Pusat-pusat tersebut adalah seperti berikut: Pusat Latihan dan Ternakan Ayam Cheras, Selangor. Pusat Latihan dan Ternakan Ayam Ayer Keroh, Melaka. Pusat Latihan dan Ternakan Ayam di Marang, Kuala Terengganu, Terengganu. Kursus ayam daging secara komersial yang dijalankan memakan masa selama 6 minggu.
Selepas penternak menyediakan reban dan peralatan yang diperlukan, apa pula peranan integrator? Anak ayam dan makanan akan dihantar ke reban anda. Selain daripada. membekalkan anak ayam, makanan, ubat-ubatan dan khidmat nasihat, integrator akan memasarkan ayam-ayam yang telah anda pelihara dengan harga yang telah ditetapkan, seperti di dalam kontrak yang telah anda dan kontraktor persetujui dan tandatangani.
Ladang Penternak Ayam Kontrak
Bolehkah saya mengetahui syarat-syarat kontrak secara am? Di antara syarat-syarat utama yang perlu anda sebagai penternak patuhi adalah seperti berikut:- Tidak membeli anak ayam dan makanan secara kredit daripada integrator/syarikat lain. Memelihara ayam-ayam yang dibekalkan dengan baik. Tidak menjual ayam-ayam atau makanan yang dibekalkan kepada orang lain. Bertanggungjawab ke atas semua kos yang terlibat sehingga ayam yang dipelihara dijual. Menjaga kebersihan ladang dan pengurusan seperti yang dikehendaki oleh integrator. Selain daripada syarat-syarat am di atas, pihak integrator mungkin ada syarat-syarat yang lebih khusus lagi. Pastikan anda telah benarbenar faham dengan kontrak sebelum ianya dipersetujui. Sebagai contoh, ada pihak integrator yang mahukan anda menghantar ayam ke pusat pemprosesan dengan berat badan yang telah ditetapkan di dalam kontrak. Syarat-syarat yang telah ditetapkan hendaklah dipatuhi. Prestasi penternakan anda juga adalah diawasi oleh integrator. Jika anda tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan prestasi penternakan anda pula rendah, kontrak anda mungkin dibatalkan pada bila-bila masa.
Bagaimana mendapatkan keuntungan dari sistem kontrak? Jika anda adalah penternak yang masih baru dan belum berpengalaman, mulakan ternakan anda dengan bilangan minima yang ditetapkan oleh integrator. Tetapi, apabila telah berpengalaman, tingkatkan bilangan ayam yang anda pelihara. Jika anda seorang penternak yang gigih dan dibantu pula oleh keluarga, 10,000 ekor ayam bagi satu pusingan adalah dicadangkan (setahun anda boleh memelihara sebanyak 5 pusingan). Kurangkan kematian di bawah paras 4% sahaja untuk memperbaiki keuntungan bersih. Jangan membazir makanan. Sentiasa periksa kedudukan bekas makanan ayam anda. Kedudukan bekas makanan yang terlalu rendah bagi ayam yang telah berumur 2 minggu ke atas menyebabkan makanan terbuang dan akan menyebabkan pembaziran. Pastikan sistem pengurusan, termasuk kesihatan ayam yang dipelihara sentiasa diberi perhatian.
Siapakah yang menyediakan ubat-ubatan dan khidmat nasihat? Pihak integrator. Malah pihak integrator akan menghantar wakil-wakil mereka untuk memberi khidmat nasihat yang anda perlukan.
Dari mana pelan dan anggaran kos reban ayam boleh diperolehi? Kebanyakan integrator mempunyai pelan reban yang mana anda terpaksa ikuti. Anggaran kos mendirikan reban juga~ada disertakan.
Saya ingin menternak 5,000 ekor ayam, berapa banyakkah modal untuk reban dan peratatan yang diperlukan untuk menternak ayam? Oleh kerana harga bahan-bahan seperti kayu, atap, upah dan lain-lain adalah berbeza mengikut tempat, anda mestilah mempunyai modal di antara $15,000 - $20,000 untuk reban dan peralatan yang diperlukan.
Adakah integrator menetapkan bilangan minima ayam daging yang ingin dipelihara? Ada. Kebanyakan integrator bersetuju mengadakan kontrak dengan anda jika anda ingin memelihara di antara 3,000-4,000 ekor ayam daging satu pusingan. Pastikan dengan integrator yang telah anda pilih berapa bilangan minima ayam daging yang membolehkan anda memulakan ternakan secara kontrak tersebut.
Berapa kali pemeliharaan boleh didapati bagi setahun? Ia bergantung kepada kontrak. Jika kontrak yang anda perolehi memerlukan ayam berumur 35 - 40 hari, anda boleh memelihara sehingga 6 kali setahun. Tetapi, jika anda dikehendaki memelihara sehingga 45 - 50 hari, anda boleh memelihara sebanyak 5 kali pusingan/tahun.
Jika saya kekurangan wang sebagai modal untuk pembinaan reban dan pembelian peralatan yang diperlukan, bolehkah saya meminjam daripada bank? Boleh. Tetapi biasanya bank akan membiayai 60 - 70% daripada modal keseluruhan untuk tujuan pembinaan reban dan pembelian peralatan tersebut. Hubungilah bank yang berdekatan untuk keterangan lanjut.
Adakah skim kontrak ternakan ayam daging ini menguntungkan? Tentu sekali. Secara am anda boleh mendapati 30 - 40 sen untung bersih bagi setiap ekor ayam yang anda jual. Jika kematian ayam rendah, mungkin anda boleh mendapat untung yang lebih tinggi lagi. Pastikan makanan ayam daging yang dibekalkan digunakan dengan cekap agar kadar tukaran makanan (FCR) anda mencapai 2.0 - 2.1 pada berat ayam 2 kg hidup.
Apakah kadar tukaran makanan atau FCR tersebut? Kadar tukaran makanan, atau FCR itu ialah satu nilai yang menggambarkan banyak makanan yang diperlukan oleh seseekor ayam untuk menukar makanan kepada daging. Sebagai contoh, jika kadar tukaran makanan ayam daging anda 2.2, ini bermakna anda terpaksa memberi 2.2 kg makanan untuk ditukarkan menjadi 1 kg daging. Kadar tukaran makanan ini bergantung kepada beberapa faktor. Di antaranya:- Kuatiti dan baka anak ayam Kualiti dan jenis rnakanan yang diberikan Kadar kematian. Pembaziran makanan akibat daripada kecuaian untuk menetapkan ketinggian bekas makanan. Pengurusan keseluruhannya termasuk status penyakit di ladang ternakan. Oleh kerana kualiti makanan dan anak ayam yang diberikan oleh pihak integrator adalah terjamin, anda mestilah mengawasi kadar kematian ayam-ayam daging yang anda pelihara. Jika ayam yang ada pelihara mati, makanan yang selama ini diberikan kepada ayam tersebut adalah sia-sia sahaja. Ini yang menyebabkan kadar tukaran makanan ayam daging anda menjadi 2.5 atau 2.6 dan sebagainya. Kadar tukaran makanan yang baik adatah dalam lingkungan 2 pada berat badan 2 kg, iaitu ayam daging anda memerlukan 2 kg makanan untuk ditukar menjadi 1 kg daging.
Adakah penternak yang mengalami kerugian daripada kontrak ayam daging ini dan kenapa? Ada. Terdapat beberapa sebab. Di antaranya disebabkan oleh: kematian yang melebihi 5% kadar tukaran makanan sehingga melebihi 2.25 pada berat badan kg. 2 (hidup)
Adakah pihak integrator datang menangkap ayam yang telah cukup berat dan umurnya. Tidak semestinya. Ada integrator yang datang menangkap ayam di reban. Tetapi, ada juga yang mahukan anda menghantarnya ke loji pemprosesan ayam.
Oleh kerana sema input diberi secara kredit, bagaimana hutang terhadap integrator diselesaikan? Sebelum ayam anda dikeluarkan oleh integrator dari ladang atau selepas ayam tersebut sampai di loji pemprosesan, ayam akan ditimbang. Pendapatan anda akan ditentukan. Pihak integrator akan menolak semua kos anak ayam, makanan, ubat-ubatan yang telah anda gunakan. Bakinya adalah milik anda. Tetapi jangan lupa selesaikan hutang bank anda terlebih dahulu, jika anda masih belum habis menjelaskan hutang untuk pembinaan reban dahulu.
Bagaimana boleh berjaya dalam ternakan ayam daging berkontrak Anda mesti lah seorang yang berdisiplin dan bersungguh-sungguh semasa menjalankan kontrak ternakan tersebut. Sistem kontrak ini bukan tajaan kerajaan. Pihak integrator tidak akan meneruskan kontrak jika anda didapati tidak berminat untuk meneruskannya. Prestasi anda sentiasa diawasi. Untuk mencapai kejayaan dan keuntungan, anda mestilah meneruskan projek ini sekurang-kurangnya selama 5 tahun berturut-turut. Jika selepas 1 atau 2 pusingan ancla berhenti atau diberhentikan, hutang dari pinjaman anda pun tidak mungkin habis dibayar.
Bagaimana untuk mendapat keterangan lanjut? Disertakan senarai integrator serta alamat dan nombor telefon untuk tindakan anda seterusnya. Hubungilah pegawai yang menguruskan ternakan secara kontrak di alamat yang disediakan.