Kebun Warisan's Followers

Showing posts with label AYAM BELANDA. Show all posts
Showing posts with label AYAM BELANDA. Show all posts

Monday, October 26, 2009

BLOG MENARIK:Usahawan Ternakan Unggas dan Ruminan

SILA LAWATI BLOG http://shawnagrofarm.wordpress.com/ UTK MAKLUMAT BERGAMBAR.
PENUH INFORMASI.


Usahawan Ternakan Unggas dan Ruminan
Batu 13, Jalan Sintok, 06010 Changlun, Jitra, Kedah (0194702839)


Ayam Kampung : Ori vs Kacukan•October 22, 2009 • Leave a Comment


Penternak sering keliru. Mereka beli anak ayam kampung kat kedai-kedai pets, pasar-pasar hari dan dari pembekal-pembekal dengan harapan bahawa ayam itu akan membesar macam ayam kampung asli yang biasa dipelihara di kampung-kampung. Bila dah besar depa tengok awat ayam depa tak macam ayam kampung ori tu.

Sebenarnya sama ada ori atau kacukan, kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri. Terpulang kepada motif kita menternak: untuk jual daging atau jual telur atau kedua-duanya.


ayam kampung ori

ayam kampung kacukan

Saya memetik artikel dari ANGSADARIA yang menyatakan:

Terdapat lebih sepuluh pengeluar ayam kampung kacuk yang aktif mengeluarkan anak-anak ayam berkualiti di semenanjung ketika ini. Ayam kampong kacuk merupakan yang paling banyak diternak kerana kadar tumbesarannya amat cepat iaitu 75 hari hingga 90 hari berbanding ayam kampong asli 6 hingga 7 bulan!
Ayam kampong kacuk dihasilkan daripada pembiakan yang terancang. Rupa dan bentuk badannya juga mirip ayam kampong asli. Prestasi pertumbuhannya amat cepat dan dianggap lebih baik berbanding ayam kampong asli yang terdapat di kampong-kampong.

Ciri-ciri menarik yang terdapat pada ayam kampong kacuk ialah warna kulit dan warna kakinya kuning. Rata-rata ayam kampong kacuk mempunyai balong tunggal dan tidak pandai bergaduh, melompat dan terbang melebihi lima kaki tinggi.

Kepada bakal penternak atau para penternak yang mencari ciri-ciri terbaik seekor ayam, ingat pesanan ini; jangan sekali-kali membeli anak ayam yang paruh siap dipotong (paruh atas lebih pendek). Jangan beli anak-anak ayam yang dijual di pasar-pasar.

Ingat juga pesanan kedua ini; kualiti anak ayam bukan di tentukan oleh nombor kod seperti SASSO 154 atau KH B1 atau lain-lain yang berbentuk nombor tetapi kualitinya anda yang menentukan setelah anda menternak hingga boleh dijual, analisis perkara berikut ini;

* Kadar kematiannya kurang 5%
* Kaki dan kulit warna kuning
* Paruh tidak dipotong
* Tumbesarannya sekata
* Dagingnya pejal dan rasanya sedap.
Kalau nak ternak untuk jual daging, baik pilih yang kacukan sebab lebih berat ( 2 – 3 bulan : >1.5 kg ), kalau bela yang ori kena tunggu 6-7 bulan, itu pun lebih ringan kecuali kalau guna baka sabung atau baka komersial seperti KH B1 (Super Kedah). Ada penternak yang saya jumpa boleh menjual telur ayam dari ayam kacukan dengan harga sebiji 45 sen. Dia cuma bela kurang lebih 100 ekor induk dan 10 ekor pejantan. Tiap-tiap hari pengeluaran telur memberangsangkan dan tauke restoran cina dah siap booking lagi.

Terpulanglah pada kita nak pilih yang mana. kalau saya, dua-dua saya pilih sebab saya nak jual daging ayam kampung kacukan dan ayam kampung ori saya jual telur dan tetaskan anak. Kalau bela ayam kampung ori semata-mata nak jual daging saya rasa tak banyak mana yang boleh kecuali kalau biar dia cari makan sendiri. Tapi, kalau dah beratus-ratus ekor, semua ulat-ulat,cacing-cacing,rumput-rumput dan lain-lain makanan semulajadi yang ada kat sekitar ladang pun tak cukup jugak. Nanti mesti depa bising sebab lapar. Terpaksa juga belikan makanan untuk depa walau sekadar temukut atau cari sisa makanan free kat restoran2 atau kantin2. Ramai penternak give up sebab kes nak bagi makan ni la…..last-last jual semua ayam dan tak nak bela dah. Sapa yang rugi?

Sebagai alternatif yang terbaik, jadikan yang kacukan sebagai induk betina dan cari pejantan dari baka sabung. Mesti hasilnya memuaskan. Ramai yang berjaya dengan cara ni.


yang penting ialah telur...

Posted in Penternakan Ayam Kampung
Tags: asli, kacuk, ori, sam-sam



Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:http://shawnagrofarm.wordpress.com/

Saturday, September 5, 2009

BAKA BAKA AYAM BELANDA

BAKA BAKA AYAM BELANDA

Maaf....artikel kurang jelas.
Untuk bacaan asli..sila lawati blo/web yg tertera dibawah:
http://www.jphpk.gov.my/Malay/bakaturkeys.htm



Juga dikenali sebagai ayam belanda Light Brown . Varian Bronze. Berat jantan - 35lbs; betina - 19lbs.


Serupa seperti auburn; cuma cerah sedikit atau versi "bleached out" .


Auburn
Silver Auburn

Negara asal: mid-Atlantic region. Juga dikenali sebagai Jersey or New Jersey Buff.Berwarna perang kekuning-kuningan. Kerana kacukan antara "Bronze" dan "White". Warnanya kuning pucat sekata kecuali bulu terbang berwarna cerah selalunya putih dengan jaluran kuning pucat. Berat jantan dewasa 16-28lbs dan betina 8-18lbs.

Negara asal: Eropah. Juga dikenali sebagai Black Spanish (US) atau Norfolk Black (England). Berwarna hitam metalik "lustrous dengan buluan kilat kehijauan . Sama saiz dengan Bourbon Reds. Berat standard jantan 30-35lbs dan betina 15-20lbs . Akan matang dan bertelur umur 9 bulan.


Buff
Black
Negara asal: Bourbon county, Kentucky. Juga dikenali sebagai Bourbon Butternut atau Kentucky Red, Regal Red atau Arkansas Red. Bermula dari baka Jersey Buff. Warna bulu perang hingga ke merah gelap dengan warna putih di "light" dan ekor. Gelap dan versi Buff yang pekat. Bulu badan jantan tepi berwarna hitam. Warna dada dan tengkuk ialah "chestnut mahogany", Bulu disebelah bawah ialah perang kekuningan cerah hingga ke warna putih. Pial di tengkuk warna merah, hingga bertukar ke putih kebiruan dan janggut hitam. Berat jantan standard 33lbs ; betina 16-18lbs .


Bourbon Red


Broad Breasted Bronze
Black Wing Bronze Bronze

Mempunyai nilai komersial. Baka daging. Berat standard jantan 30-40lbs; betina 14-22lbs . Terlampau berat dan sukar untuk mengawan secara semulajadi, oleh itu memerlukan permanian beradas. Warna serupa dengan Bronze. Bulu bertukar dari warna tembaga ke keemasan bergilap apabila cahaya memancar ke atasnya .

Juga di kenali sebagai Crimson Dawn. Mempunyai dada yang panjang dan lebar. Bulu primer warna hitam. Bulu kepak sekunder garisan putih di bahagian tepi. Betina mempunyai garisan putih yang ketara di badan. Warna terang merah keemasan yang predominan akan menjadikan bulu lebih berwarna warni di cahaya matahari - oleh itu ia dinamakan Crimson Dawn. Berat jantan 25-40lbs; betina 11-26lbs.

Tempat asalnya ialah North America. Berat standard jantan 34lbs ; betina 19lbs. Boleh mengawan secara semulajadi. Warna bulu ekor ialah hitam pucat dengan garisan selari warna perang, hujung bulu terdapat jaluran lebar berwarna hijau tembaga gangsa dan diikuti dengan jaluran nipis warna hitam dan penghujung terdapat jaluran lebar warna putih .




Dikenali sebagai Sweetgrass. Juga dipanggil Yellow-shouldered Ronquiere di Belgium. Hasil dari kacukan Bronze dan kacukan White


Calico
Kecil. Berat standard jantan 15-22lbs ; betina 10-12lbs. Bahagian belakang berwarna hitam dengan garisan putih di tepi dan mempunyai saiz permukaan bulu yang lebih besar. Dada berwarna putih dan bahagian hujung setiap bulu yang terdedah mempunyai lilitan hitam dan ini menjadikan warna yang kontras hitam & putih yang menyerupai sisik ikan Kontras kombinasi hitam/putih ini membuatkan nampak bersinar . Asas corak yang sama seperti Narragansett - hanya putih digantikan dengan kelabu.
Royal Palm


Sama saiz dengan Black. Dari namanya dapat di ketahui warnanya.



Perak kebiruan dengan bintik-bintik merah. Warna kepak putih dan ekor mempunyai lilitan merah yang lebar.


Chocolate
Lilac


Negara asal: Massachusetts. Berat jantan 18-20lbs; betina 10-12lbs. Serupa dengan Beltsville Whites; tapi kecil sedikit dan dada tidak berapa lebar.

Negara asal: Maryland. Berbulu putih. Berat dewas jantan - 21-23lbs; betina - 12-13lbs.




White Midget
Beltsville White

Negara asal: Narragansett Bay, Rhode Island, New England. Corak serupa dengan Bronze. Bulu badan berwarna hitam metalik kuat dengan lilitan kelabu besi dengan sedikit warna keemasan atau perang dan ini memberi gambaran ianya ialah burung yang berjalur. Warna ekor hitam pucat, mempunyai garisan tan yang selari dan garisan tepi warna kelabu. Saiz serupa dengan Blacks. Berat betina 18lbs dan jantan 30lbs. Kualiti daging yang terbaik dan pengeluar telur yang baik. Tahap kesuburan yang baik. Ibu yang baik. Paling tenang jika dibandingkan dengan ayam belanda yang lain.

Narragansett

Negara asal: Mexico. Kadang-kadang dipanggil Slates atau Blues atau Lavender. Satu jenis, 3 genotypes; True Blue, Slate dan Self Blue. Slate (juga dipanggil Splash) - warna slate atau ashy blue dengan bintik-bintik hitam bertaburan di bulunya. Warna Blue ialah pekat biru kelabu. Keseluruhan warna Self Blue ialah pudar. Berkaitan dengan Blacks tapi kurang biasa Saiz sama dengan Blacks. Jantan 18-27lbs; betina 14-18lbs.


Slate Blue
Splash Blue
Self Blue

Negara asal: Europe. Juga dipanggil British White, Austrian White. Paling popular untuk pasaran komersial kerana karkas tidak menunjukkan bulu "pin" Holland mempunyai kaki yang panjang dan mata biru. Bulu berwarna putih salji dan kepala merah ke biru Berat standard - jantan 33lbs; betina 18lbs .

Broad-breasted Whites tidak boleh mengawan secara semulajadi serupa seperti Broad-breasted Bronze. Terbesar dengan berat jantan 30-45lbs dan betina 14-25lbs


White Holland
Broad-breasted White


Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik: