Kebun Warisan's Followers

Monday, March 17, 2008

Udang Galah

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik: Annur Aquaculture


UDANG GALAH


UDANG GALAH ATAU NAMA SAINTIFIKNYA MACROBACHIUM ROSENBERGII ADALAH SPESIS YANG PALING TERKENAL DI ANTARA 200 SPESIS DARI GENUS MACROBACHIUM YANG TERDAPAT DI SELURUH DUNIA. IA BOLEH DIDAPATI SECARA SEMULAJADI DI SELURUH ASIA SELATAN, ASIA TENGGARA, UTARA OCEANIA DAN DI BARAT KEPULAUAN PASIFIK.

UMUMNYA UDANG GALAH MEMBIAK DAN HIDUP SECARA SEMULAJADI DI SISTEM SUNGAI YANG MENGALIR KE LAUT, KERANA PENETASAN BENIH UDANG GALAH BIASANYA BERLAKU DI AIR PAYAU. SPESIS DEWASA HIDUP DI SEPANJANG DASAR SUNGAI DARI MUARA AIR PAYAU HINGGA KE KAWASAN PENDALAMAN AIR TAWAR.

KEISTIMEWAAN UDANG GALAH UNTUK TUJUAN TERNAKAN DAN KOMERSIAL :

1) SAIZNYA YANG BESAR :
PERNAH DILAPORKAN TANGKAPAN SEBERAT 700 GRAM SEEKOR DI SUNGAI SEMENANJUNG MALAYSIA, IAITU MENYAMAI SEEKOR UDANG KARA DEWASA (LOBSTER). WALAU BAGAIMANAPUN SAIZ TERSEBUT ADALAH JARANG DITEMUI PADA MASA KINI. KEBANYAKAN SUNGAI-SUNGAI BESAR DI MALAYSIA , BERAT DI ANTARA 150 GRAM HINGGA 200 GRAM SEEKOR MASIH BOLEH DIDAPATI OLEH NELAYAN SUNGAI DAN PEMANCING.
DI LADANG TERNAKAN UNTUK TUJUAN KOMERSIAL, SAIZ SEBERAT 30 GRAM SEEKOR SUDAH BOLEH DIPASARKAN UNTUK MEMENUHI PERMINTAAN DOMESTIK.

2) KADAR PEMBESARAN YANG CEPAT :
DI KOLAM TERNAKAN KOMERSIAL, UDANG YANG TELAH MENCAPAI PERINGKAT BELIA ( POST LARVAE ), DIMASUKKAN DI KOLAM DAN DITERNAK SELAMA 3 HINGGA 6 BULAN. SEAWAL 3 BULAN SEBAHAGIAN UDANG DEWASA YANG MENCAPAI BERAT 30 GRAM SEEKOR, SUDAH BOLEH DIASINGKAN UNTUK DIJUAL.

3) TAHAN KEPADA SERANGAN PENYAKIT :
SERANGAN PENYAKIT YANG SERIUS JARANG BERLAKU DALAM TERNAKAN UDANG GALAH, LEBIH-LEBIH LAGI JIKA PROSEDUR-PROSEDUR DIIKUTI DENGAN KETAT.

4) HARGA PASARAN YANG TINGGI DAN STABIL :
MAKLUMAT YANG DIDAPATI DARI JABATAN PERIKANAN MALAYSIA , HARGA DI LADANG PADA TAHUN 2004 ADALAH RM 25 SEKILOGRAM. HARGA YANG KAMI DAPATI PADA TAHUN 2007 DI BEBERAPA LADANG TERNAKAN, TELAH MELONJAK KE PARAS RM 38 SEKILOGRAM.

5) PERMINTAAN YANG SENTIASA MENINGKAT :
PENGELUARAN UDANG GALAH DUNIA PADA TAHUN 1991 ADALAH BERJUMLAH 26594 TAN METRIK, MELONJAK KE 157,184 TAN METRIK PADA TAHUN 2001.
PENGELUARAN UDANG GALAH DI MALAYSIA PULA TELAH MELONJAK KEPADA 1338 TAN METRIK DARIPADA 145.10 TAN METRIK, DALAM TEMPOH YANG SAMA. UDANG GALAH ADALAH TERMASUK DALAM SPESIS TERNAKAN YANG TELAH DITETAPKAN OLEH MAJLIS TINDAKAN EKONOMI NEGARA (MTEN), DENGAN SASARAN 10 000 TAN METRIK PADA TAHUN 2010.
WALAU BAGAIMANAPUN, PENGELUARAN UDANG GALAH DI MALAYSIA MASIH BELUM MEMENUHI PERMINTAAN DOMESTIK DAN SUDAH TENTU BELUM LAGI MENCAPAI TAHAP EKSPOT.
INI BERMAKNA BANYAK LAGI KOLAM TERNAKAN KOMERSIAL PERLU DIBUKA SAMA ADA KECIL ATAU BERSKALA BESAR, UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN DOMESTIK DAN EKSPOT YANG TERBUKA LUAS.

6) PENGURUSAN TERNAKAN YANG MUDAH :
MENGIKUTI KURSUS-KURSUS TERNAKAN JANGKA PENDEK YANG DISEDIAKAN DAN MEMATUHI PROSEDUR YANG DITETAPKAN, ADALAH PERKARA – PERKARA YANG PENTING DALAM MENENTUKAN KEJAYAAN DALAM BIDANG INI.

7) KEUNIKAN UDANG GALAH :
UDANG GALAH MEMPUNYAI RASA YANG LAZAT, ISI YANG KENYAL DAN MERUPAKAN SPESIS YANG UNIK, KERANA DI MALAYSIA MERUPAKAN SATU-SATUNYA UDANG AIR TAWAR YANG BIASA DIMAKAN. ISINYA MEMENUHI SELURUH RUANG BADAN, KEPALA HINGGA KE KAKINYA YANG PANJANG BAGI UDANG JANTAN DEWASA.


Marketable size 30 grams per unit

1 comment:

Anonymous said...

baii....
ejaan nama saintifik pn salah la...
ni ejaan betulnya
macrobrachium rosenbergii