Kebun Warisan's Followers

Sunday, March 9, 2008

Madu Tualang

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.


Madu Tualang terbaik di dunia

Oleh ZAMZURINA AHMADUtusan Malaysia, 24 Jan 2008

KUALA NERANG 23 Jan. - Di kalangan penduduk utara Semenanjung, madu Tualang sememangnya sudah terkenal dan diakui khasiatnya sejak berzaman berbanding madu hutan lain.
Malah, bagi penggemar madu lebah Tualang, kini mereka tidak perlu lagi risau menunggu musim untuk mendapatkannya yang sebelum ini hanya boleh diperolehi sekitar Disember hingga Mei setiap tahun.
Ini kerana orang ramai boleh mendapatkannya tanpa menunggu musim di Rumah Madu yang diwujudkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Padang Terap iaitu kira-kira 45 kilometer dari Alor Star.
Pegawai FAMA Daerah Padang Terap, Azmi Ishak berkata, selain mengumpul madu lebah Tualang, pihaknya turut menjaga kualiti agar dapat mengekalkan ketulenannya.
”Madu yang terdapat di Rumah Madu ini diperolehi daripada lebah hutan jenis ‘epis dosata’ di sekitar hutan di negeri ini antaranya hutan Pedu, Ulu Muda, Sik, Pulai dan sekitar gunung-gunung di sini.
”Malah pihak FAMA turut terlibat dalam ekspedisi mencari madu lebah bersama dengan pencari madu lebah yang terdiri daripada penduduk setempat,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Rumah Madu di sini hari ini.
Menurut Azmi, terdapat juga sesetengah pihak yang mengkelaskan madu jenis itu sebagai produk hutan terbaik di dunia berdasarkan kesan terhadap penggunanya.
”Ini kerana rahsia dan keunggulan madu tersebut mungkin terhasil daripada himpunan lebih 200 jenis bunga hutan di kawasan berkenaan,”ujarnya.
Selain itu, kaedah mengambil madu dijalankan dengan cara biasa seperti mengambil madu lebah hutan yang lain.
”Kami nyalakan api dengan menggunakan jamung dan mengambilnya pada waktu malam.
”Setiap pokok biasanya mengandungi 60 hingga 80 sarang dengan pelbagai jenis saiz,” jelasnya.
Dalam pada itu, Rumah Madu yang dibuka setiap hari dari pukul 8 hingga 5 petang kecuali cuti umum menawarkan madu dengan pelbagai jenis pembungkusan yang menarik.
Selain untuk kegunaan sendiri, madu juga boleh dijadikan cenderamata yang dijual dengan harga RM17 hingga RM200 mengikut kuantiti dan pembungkusan.
Tambah Azmi, pengguna juga berpeluang mendapatkan pelbagai maklumat mengenai madu Tualang di pusat informasi yang disediakan di sini.
February 7th, 2008 Posted in Berita No Comments

No comments: