Kebun Warisan's Followers

Saturday, March 22, 2008

Pembenihan Udang Galah (Macrobrachium rosenbergii)

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:http://agricultureinmalaysia.blogspot.com/search/label/pembenihan

Pembenihan Udang Galah (Macrobrachium rosenbergii)
Pembenihan Udang Galah (Macrobrachium rosenbergii)Bahan-bahana. Tangki indukb. Tangki asuhanc. Artemiad. Kastad telure. Botol yang telah dipotong tapaknya.f. Jaringg. TaliPembiakan secara semulajadiPembenihan Udang Galah (Macrobrachium rosenbergii) dilakukan secara pembiakan secara semulajadi. Ia dilakukan dengan cara meletakkan induk jantan dan betina dalam satu tangki simen dengan nisbah 1:2. Induk jantan boleh dikenalpasti dengan penyepit yang lebih panjang dan kebiruan. Terdapat juga penyepit kecil di antara kaki-kaki di badannya. Apabila induk betina yang matang telah menghasilkan telur berwarna kuning jingga, induk tersebut diasingkan dan diletakkan di bawah pengawasan.Penyediaan dan cara kerjaInduk betina yang mempunyai telur berwarna jingga-coklat akan ditangkap dan dimasukkan ke dalam botol yang mempunyai jaring di hujungnya. Botol ini kemudiannya akan dimasukkan ke dalam tangki simen berukuran 4 x 4 x 1.5 meter dan diberi pengudaraan secukupnya. Botol tersebut diikat dengan tali di hujungnya untuk memudahkan proses pemberian makanan kepada induk. Saliniti untuk tangki pembiakan ini ialah antara 15-20 ppt. Saliniti akan diukur menggunakan refraktometer(Hanna Instrument). Setiap hari induk akan diberi makan sama ada hati ayam atau kastad telur untuk memastikan ia mendapat protein yang mencukupi untuk menghasilkan benih yang berkualiti. Induk akan diperiksa setiap hari untuk memastikan ia sudah melepaskan telurnya. Apabila induk betina telah melepaskan telurnya, ia akan diangkat dan dimasukkan kembali ke dalam tangki induk. Selepas 3 hari, rega udang galah akan diberi makan nauplii artemia yang secukupnya. Jumlah artemia yang diberi adalah berdasarkan anggaran. Artemia akan diberi di waktu pagi dan petang. Pada peringkat ini, saliniti air dikekalkan pada 17 ppt. Jumlah artemia yang diberi dipastikan mencukupi dengan memeriksa rega udang galah. Jika artemia yang diberi adalah mencukupi, rega udang galah akan berwarna kemerahan di dalam kepalanya. Jika ia tidak mencukupi,rega udang galah akan berwarna lutsinar.Selepas 2 minggu, proses penukaran makanan akan dilakukan dengan menukarkan artemia dengan kastad telur. Pada waktu ini, artemia akan diberi di waktu pagi dan kastad telur diberi di waktu petang. Selepas 3 hari, kastad telur diberi sepenuhnya di waktu pagi dan petang. Selepas 30 hari, rega udang galah akan bertukar menjadi pasca larva(post larvae,PL). Ini dapat dikenal pasti apabila anak udang ini berenang ke hadapan dan suka melekat di dinding tangki asuhan. Apabila sudah sampai ke peringkat ini, saliniti air akan diubah kepada 0 ppt secara berperingkat-peringkat untuk mengelakkan kejutan kepada anak-anak udang.PerbincanganPengurusan udang galah adalah kritikal pada peringkat pengurusan larva kerana benih udang yang sensitif kepada persekitaran, saliniti, pemakanan dan kanibalisme. Seekor induk mungkin menghasilkan beribu-ribu anak benih tetapi jika pengurusan anak benih adalah teruk, hasil yang diperolehi akan mengecewakan. Induk yang dikurung di dalam botol ini didapati agak stress kerana berada dalam tempat yang kecil dan tidak selesa.Kaedah pemerikasaan secara harian juga mendapati 2 ekor induk yang dikurung bersama akan memakan rakannya jika makanan yang diberikan tidak mencukupi.KesimpulanJumlah anak benih yang mencapai peringkat PL atau pasca larva adalah sedikit berbanding jumlah semasa mula-mula ia menetas. Ini mungkin disebabkan oleh makanan yang tidak mencukupi, kualiti air yang tidak menentu dan persekitaran yang mendedahkannya kepada penyakit dan tekanan.

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEBARANG KERUGIAN YANG DI ALAMI DISEBABKAN OLEH PENGGUNAAN MAKLUMAT DI LAMAN INI. SAYA HANYA BERKONGSI ILMU YANG ADA

No comments: