Kebun Warisan's Followers

Sunday, March 9, 2008

100 usahawan rumah burung

January 14th, 2008 Posted in Berita

100 usahawan rumah burung

Oleh Mohd Husni Mohd NoorBerita Harian, 11 Jan 2008

GLOBAL Excellent Marketing (GEM), perunding dan pakar reka bentuk rumah burung layang-layang mahu melahirkan kira-kira 100 usahawan Bumiputera bagi memperluas industri ternakan itu.
Bagi mencapai sasaran itu, GEM akan bekerjasama dengan beberapa kementerian dan agensi kerajaan termasuk Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) untuk menganjurkan seminar dan kursus kepada sesiapa yang berminat.
Perunding Pemasaran GEM, Abdul Aziz Mohd Rejab, berkata pihaknya akan mengadakan pameran bergerak dan kursus sehari di seluruh negara mulai Februari depan bagi memberi pendedahan kepada orang ramai terutama Bumiputera mengenai potensi industri ini.
Menurutnya, kursus dan pameran bergerak itu akan dikendalikan oleh cabang perniagaan GEM iaitu Global Entrepreneur Centre (GEC).
“Kursus itu merangkumi aspek pengenalan dan latar belakang industri, potensi pelaburan, reka bentuk rumah burung walet, pengurusan projek dan teknologi yang digunakan, hasil dan keuntungan, risiko dan tip penting penentu kejayaaan dan kegagalan ternakan.
“Setiap peserta kursus juga akan diberikan sijil oleh JPH bagi melayakkan mereka momohon untuk menjalankan industri ternakan itu pada masa depan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Batu Caves.
Katanya, pihaknya yakin dapat membangun dan membaik pulih sekurang-kurangnya 100 bangunan untuk dijadikan rumah burung layang-layang yang dijangka diperolehi hasil daripada sambutan orang ramai terhadap kursus dan pameran bergerak yang diadakan itu.
Selain itu, GEM turut membuka peluang kepada pelabur yang berminat untuk membina rumah ternakan itu di mana segala pembangunan dan reka bentuk akan diuruskan oleh GEM.
“GEM pula akan mendapat hak perkongsian sebanyak 20 peratus daripada projek ternakan itu dan segala urusan kutipan hasil dan pengurusan bangunan itu akan dikendalikan sepenuhnya oleh kami,” katanya.
Abdul Aziz berkata, usahawan Bumiputera perlu mengambil peluang ini memandangkan ia mampu memberi pulangan sehingga 90
peratus selain pasaran sarang burung walet itu sendiri yang boleh mencecah antara RM4,500 hingga RM5,000 sekilogram.
Buat masa ini, terdapat sekurang-kurangnya 10,000 hingga 12,000 buah rumah ternakan itu di seluruh negara yang kebanyakannya berada di Perak dan Kedah.
“Bagaimapun, hampir 90 peratus daripadanya dimiliki oleh usahawan bukan Bumiputera,” katanya.
Bagi memenuhi keperluan kursus, GEM juga bercadang membangunkan makmal rumah burung layang-layang walet di Padang Serai, Kedah tahun ini dengan kos RM300,000.
“Kami juga akan membangunkan 30 bangunan rumah burung berkonsepkan estet ternakan di kawasan seluas 3.2 hektar di Tanjung Agas, Port Dickson untuk tujuan penyewaan kepada pelabur yang berminat,” katanya.

3 comments:

Anonymous said...

Global Excellent Marketing Sdn Bhd.
Perunding Industri Ternakan Burung Walet. http://goldenswiftlet.blogspot.com

Global Excellent Marketing Sdn.Bhd (GEM) www.gemsb.com said...

KURSUS PERUSAHAAN SARANG BURUNG LAYANG-LAYANG (WALET EMAS) KUANTAN, PAHANG. 17.01.2008

TARIKH: 17.01.2009

TEMPAT: HOTEL SERI MALAYSIA KUANTAN, PAHANG

DIRASMIKAN OLEH: YB. DATO' TAN MOHD AMINUDDIN BIN HJ ISHAK (PENGERUSI JAWATAN KUASA PERTANIAN & ASAS TANI & HAL EHWAL FELDA NEGERI PAHANG.

ANJURAN: PERSATUAN WARISAN PEKAN PAHANG MALAYSIA (WARIS)

DENGAN KERJASAMA: JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR (SIJIL) + JABATAN KAWALAN PERNIAGAAN & KESIHATAN MAJLIS PERBANDARAN KUATAN(LESEN) + GLOBAL EXCELLENT MARKETING SDN BHD (GEM - Perunding , Pembangunan dan Pengurusan Industri Sarang Burung Walet Emas)

YURAN KURSUS : RM 580
50 PENYERTAAN TERAWAL : RM 480

HUBUNGI: 019-664 2264 / 019-255 6370 (PN LAILA)

www.gem.TL.my


Sertai GEM Community secara percuma. Satu tapak untuk para Usahawan - usahawan berkongsi-kongsi maklumat dan pendapat (Forum Perniagaan, Blog,Direktori, Iklan Percuma DLL) dalam bidang yang ceburi seperti Pertanian, Ternakan , Perikanan, Hartanah (Jual & Beli Tanah) DLL.

http://gem.socialgo.com

Forum – Pertanian Adalah Perniagaan.

http://gem.socialgo.com/forum

Global Excellent Marketing Sdn Bhd(GEM) Golden Swiftlet / Walet Emas – Perunding, Pembangunan & Pengurusan Industri Sarang Burung Layang-layang (walet/walit), Pakar Rekabentuk Rumah Burung Layang-layang (walet/walit). -

http://gem.tl.my

Direktori Pertanian Malaysia – Himpunan Weblog Pertanian & Penternakan Malaysia –

http://pertanianmalaysia.blogspot.com

HARTANAH (JUAL & BELI TANAH)

http://www.gem.socialgo.com/forum/top/26
http://walet.wordpress.com/tanah

Anonymous said...

Global Excellent Marketing Sdn Bhd (GEM).

www.goldenswiftlet.blogspot.com.

KURSUS PERUSAHAAN SARANG BURUNG WALET.
11.07.2009. DI HOTEL PUTRA KL.
019-6642264/019-2556370