Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Rujukan dan Ilmu.
Pertanian adalah Perniagaan
Buah Naga (Dragon Fruits) / Pitahaya /Hylocerus undatus
(Sumber:Nyadi Raban: Endur Diatu: Sebarang alai Port Klang - Penang)
Pokok ini dikenali di Malaysia dengan nama pokok naga atau buah naga. Nama saintifiknya ialah Hylocereus undatus. Pokok ini merupakan salah satu daripada spesis kaktus tetapi ianya mengeluarkan buah dan bunga yang cantik. Juga dikenali sebagai cereus atau kembangan malam yang mana bunganya cuma kembang pada waktu malam. Buahnya dikenali sebagai Pitahaya. Terdapat 3 jenis iaitu isi bewarna kuning, putih dan merah. Pokok naga ini berasal dari Mexico Selatan, Costa Rica,Pasifik Guatemala dan E Salvador. Tanaman ini dibawa ke Taiwan dan mula ditanam secara kormersil di Taiwan, Vietnam dan Utara Thailand. Kebanyakanya adalah dari isi yang berwarna putih. Di Malaysia buah naga mula ditanam secara kormersil sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pokok dari spesis isi bewarna merah adalah paling sesuai dengan cuaca di Malaysia. Buah naga mempunyai 3 jenis isi iaitu putih, kuning dan merah. Buah naga isi putih mula-mula sekali diperkenalkan di Malaysia tetapi ianya kurang sesuai dengan cuaca dan persekitaran disini. Harganya juga lebih rendah dan rasanya kurang manis dan sedap jika dibandingkan dengan buah naga isi merah. Buah naga isi kuning pula mempunyai buah dan isi yang kecil dan tidak sesuai untuk dikormersilkan. Buah naga isi merah adalah dari spesis yang paling sesuai dan bermutu untuk ditanam secara besar-besaran di Malaysia. Rasanya lebih manis dan lebih berair. Buah ini juga boleh diproses menjadi berbagai produk seperti enzim, kordial, jus, jem, aiskrim dan di Eropah ianya diproses menjadi wain. Harga buah naga isi merah juga jauh lebih mahal dari jenis yang lain-lain. CARA PENANAMAN Pokok Buah naga ditanam dengan menggunakan tiang dan para konkrit. Ini adalah kerana usia pokok ini mampu mencecah usia sekurang-kurangnya sehingga 35-40 tahun. Dengan itu pokok ini memerlukan tiang penahan yang kuat dan tidak reput. Anak vegetatif diambil dari induk asal dan dipotong kira-kira satu kaki panjang. Bahagian pangkal potongan dicelupkan dengan bahan pengalak pertumbuhan akar. Setiap batang tiang konkrit akan ditanam empat batang anak vegetatif. Selapas beberapa hari beberapa tunas anak pokok akan keluar dan hanya satu mata tunas sahaja akan dikekalkan bagi menjamin kualiti pokok yang akan dihasilkan. Pokok ini ditanam dengan kaedah penanaman secara organik yang mana pokok ini tidak sesuai dengan penggunaan baja kimia, racun rumput dan sebagainya. Pokok ini mula mengeluarkan hasil selepas 8 hingga 10 bulan ditanam. Apabila mula berbuah ia akan terus berbuah sepanjang masa tanpa musim. Buahnya mengambil masa 40 hari untuk masak selepas kembang bunganya. Dari segi musuh tanaman, pokok dan buah naga ini adalah paling kurang musuh perosaknya. Binatang seperti monyet, tupai, musang dan lain-lain tidak menganggu atau merosakkan pokok dan buahnya. Satu tiang satu para tayar motor dan 4 anak benih. Awal penanaman. Bunga dragon fruit dikelilingi serangga Buah lebat, purata 10 biji satu bulan satu pokok. KANDUNGAN PEMAKANAN Nilai pemakanan bagi 100g hidangan Dragon Fruit merah Moisture 82.5 - 83 g Protein 0.159 - 0.229 g Fat 0.21 - 0.61 g Crude Fiber 0.7 - 0.9 g Carotene 0.005 -0.012 mg Calcium 6.3 - 8.8 mg Phosphorus 30.2 - 36.1 mg Iron 0.55 - 0.65 mg Vitamin B1 0.28 - 0.043 mg Vitamin B2 0.043 - 0.045 mg Vitamin B3 0.297 - 0.43 mg Vitamin C 8 - 9 mg Thiamine 0.28 - 0.30 mg Riboflavin 0.043 - 0.044 mg Niacin 1.297 - 1.300 mg Ash 0.28 g Other 0.54 - 0.68 g Facts Supply by Taiwan Food Industry Develop & Research Authorities, report code "85-2537". It might be vary from country to country due to the climate, ways of the cultivate, and type of the Pitaya. POTENSI EKONOMI Buah naga isi merah mempunyai rasa yang lebih manis dan sedap. Harganya lebih mahal iaitu antara RM 6.00 - RM 10.00 sekilogram. Disamping itu pokok naga ini mempunyai bentuk pokok dan bunga yang cantik dan sesuai untuk menjadi salah satu tarikan pelancongan. Dari segi ketahanan buah, ianya tahan selama 45 hari dalam keadaan suhu yang sejuk dan pada suhu yang biasa ianya tahan selama 15 hari. Oleh itu buah ini mempunyai ketahanan dan sesuai di eksport keluar negara. Di Taiwan kajian tentang khasiat buah ini menunjukkan yang ianya tinggi dengan serat dan warna merahnya mengandungi Beta Kerotin yang tinggi. lanya dapat memulihkan sel-sel badan yang telah mati dan sangat baik untuk sistem perkumuhan dan menghalang penyakit barah usus. Buah ini juga dapat meneutralkan toksin dan merendahkan paras kolestrol di dalam badan. ANGGARAN KOS PROJEK Keluasan 1 ekar tanah ditanam 2000 batang pokok. Setiap satu tiang konkrit (enam kaki tinggi, 1 1/2 ditanam dan l4 1/2 kaki dipermukaan) ditanam 4 batang pokok disekeliling tiang. Jarak antara tiang ke tiang iaitu 9 kaki x 9 kaki ditanam dalam bentuk diamond. Kos Satu Ekar: RM30,000 Ngarapka bala ari upis betanam betupi ulih nerangka enggau silik agi, serta selamat nguji ngagai semua Sumber : http://azmidragon.fotopages.com/ & http://pitaya.fotopages.com/ Endur meli benih : https://www.agribazaar.com.my/ahmadhc77/
1 comment:
mana nak dapat anak benih pokok buah naga ?
Post a Comment