FAHAMI PITA WARNA LABEL RACUN PEROSAK
Februari 27, 2008 at 3:21 pm (Agro - Journal Pertanian)
Pendahuluan
Racun perosak adalah bahan beracun dan bukan ubat. Ia digunakan untuk mengawal makluk perosak. Oleh kerana ianya racun, adalah merbahaya kepada kesihatan manusia dan persekitaran jika tidak digunakan dengan bijaksana.
Racun perosak mempunyai darjah kebisaan yang berbeza-beza. Lihat pada label botol atau bekas racun yang anda beli. Anda akan mempunyai jalur berwarna hitam atau merah atau kuning atau biru ataupun tidak berwarna.
Pada jalur warna ini, anda boleh lihat perkataan Kelas i (a) atau 1 (b) atau II atau III atau IV dan juga amaran bahaya untuk tiap-tiap satu kelas.
Jalur warna atau kelas racun ini menunjukkan tahap bahaya atau bisa racun tersebut kepada diri anda.
Pengkelasan Racun Perosak
Tahap bahaya sesuatu racun perosak dikelaskan berasaskan kebisaannya kepada manusia. Terdapat 5 kelas racun perosak iaitu:-
Pita Warna Kelas Racun
Label Ia
Warna Hitam
Beracun - Amat Bisa
Label Ib
Warna Merah
Beracun - Bisa
Label II
Warna Kuning
Beracun
Label III
Warna Biru
Berbahaya
Label IV
Warna Putih
Kelas Ia: Beracun - Amat BisaJauhkan daripada makanan dan kanak-kanak
Kelas Ib : Beracun - BisaJauhkan daripada makanan dan kanak-kanak
Kelas III: BeracunJauhkan daripada makanan dan kanak-kanak
Kelas IV: MerbahayaJauhkan daripada makanan dan kanak-kanak
Warna jalur dan kelas racun perosak
Kaitan Warna Pita Dengan Keberkesanan Racun Perosak Untuk Mengawal Perosak Tanaman
Warna pita tidak berkait dengan keberkesanan sesuatu racun perosak. Oleh itu, semua racun perosak yang berdaftar mempunyai keberkesanan untuk mengawal makhluk perosak. Ia bergantung bagaimana racun perosak diguna dan disembur seperti yang disyorkan pada label.
Bagaimana Racun Ini Boleh Memudaratkan Kesihatan Badan Anda?
Sekiranya badan anda terkena racun perosak atau terhidu wapnya semasa membancuh atau membuat semburan, anda mungkin mengalami keracunan seperti pening-pening, sakit kepala, kulit menjadi merah, gatal-gatal, melecur, pengsan dna berbagai lagi.
Langkah-Langkah Keselamatan
Untuk mengelakkan dari mengalami keracunan, gunakan pakaian pelindung yang sesuai semasa membancuh dan menyembur. Sentiasa berhati-hati semasa mengendali dan menggunakan facun perosak.
No comments:
Post a Comment