Sekadar Rujukan dan Ilmu.
Pertanian adalah Perniagaan
PANDUAN MENTERNAK LEMBU TENUSU
sumber:http://ladanguluyam.blogspot.com
PANDUAN MENTERNAK LEMBU TENUSU
PEMBINAAN KANDANG
1.1.Penyediaan Tapak
1.Sebaiknya ditempat yang tinggi atau ditambak bagi mengelakkan menjadi lumpur
2.Berhampiran kawasan rumput
3.Berhampiran dengan punca air (sungai,kolam,perigi)
4.Kenderaan boleh datang dengan mudah
1.2.Keperluan Kandang
1.Ruang yang megikut jumlah lembu ( minima 30 kaki persegi/ekor)
2.Tempat makan (minima 2.5~3 kaki/ekor)
3.Tempat minum (10 gelen air/ekor/hari) senang dibersihkan
4.Tempat pemerahan
5.Longkang
6.Kolam najis
1.3.Keperluan Bahan Binaan
1.Lantai konkrit setebal 4 inci + BRC
2.Tiang kayu atau batu konkrit
3.Kayu pagar,dinding atau buruti (kayu hutang,saying,kayu biasa,2nd hand)
4.Atap zink,asbestos,rumbia,nipah (sebaiknya tidak panas)
PELAN SISI2.PENANAMAN RUMPUT DAN CARA PENGURUSAN RUMPUT
2.1.Rumput Napier
2.2 Kenapa Rumput Napier
1.Boleh menghasilkan minima 5 ~ 8 ekor lembu per ekar
2.Mudah ditanam dan dijagai
3.Senang dipotong
4.Mudah diangkut
5.Lembu menyukainya
6.Berkhasiat
2.3. Cara Menanam
2.3.1.Cara mendatar atau baling
1.Batang dipotong 2~3 kaki panjang2.Batang ditanam bersambungan antara satu dengan lain3.Jarak diantara barisan 2.5 kaki
2.3.2.Cara Cucuk
1.Batang Napier dipotong 1kaki panjang2.
2 batang satu pokok
3.Jarak antara 2.5 x 1.5 kaki2.
4 PEMBAJAAN
2.5 KAWALAN RUMPUT
2.6 PENYEDIAN RUMPUT
Rumput perlu ditanam tiga bulan sebelum ketibaan lembu.Penanam rumput hendaklah mengikut keperluan dan jumlah lembu yang dirancang.Nisbah keperluan rumput antara1ekar boleh menampung antara 5~8 ekor lembu.Bahagikan setiap ekar pada 4 blok dan dipotong mengiikut blok dan dibajai selepas memotong agar jumlah tunas menjadi bertambah banyak.Untuk Mendapatkan Hasil Rumbut Yang Tinggi
3.PEMELIHARAN LEMBU TENUSU
3.1.Baka Freshian Sahiwal (Dara Bunting 6 ~ 7.5 bulan).Umur lebih kurang 18 bulan dan berat lebih kurang 260kg.Berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara lembu betina jenis Friesian dan jantan Sahiwal. Baka ini dihasilkan khusus untuk dipelihara di Malaysia. Ia merupakan jenis dua-guna yang sesuai bagi Malaysia.Boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000kg. Purata berat anak semasa lahir 24kg. Berat matang ialah 360kg.Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37kg sehari.
3.2.Harga diantara RM4000.00 ~ RM4500.00 seekor.Umur 6~7.5 bulan.Jangka masa bunting selama 9½ (287 hari)sebelum ia melahirkan.
3.3.Lembu bunting perlu makanan yang baik iaitu :-1.Rumput secukupnya (40kg atau lebih/hari)2.Konsentrat antara 4 ~ 5 kg/hari
3.4.Lembu bunting akan terasa cemas apabila dibawa ke tempat baru.Ianya mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk menyesuaikan diri.Berikan lembu yang baru diterima itu makanan seperti rumput,konsentrat dan garam.Disini penternak perlu berdamping dengan lembu-lembu dengan menggosok gosok badan,leher dan muka untuk menjalinkan hubungan intim.Lembu akan cepat jinak jika dilakukan berterusan.
3.5.Kira-kira sebulan sebelum tempoh kelahiran,bawalah lembu-lembu ini ke tempat pemerahan.Beri ia makan konsentrak,menggosok dan mencuci tetek lembu bagi membiasakan lembu.Langkah ini akan menyenangkan aktiviti pemerahan bilamana lembu melahirkan anak kelak.
4.PENGURUSAN ANAK LEMBU
Setelah cukup atau lebih kurang 9.5 bulan ,lembu telah bersedia untuk melahirkan anak.Selalunya lembu akan melahirkan anak dengan tanpa ada sebarang masalah.Sekiranya timbul sebarang masalah,segeralah menghubungi Pegawai JPHPT yang berdekatan.
4.1.Periksa jika ada lendir yang melekat pada muncung anak lembu.Bersihkan lendir itu dengan kain yang bersih.
4.2.Periksa jika ada sebarang kecacatan.Ikat tali pusat 2~3 inci dari pusat.Potong sekiranya terlalu panjang,sapu iodine sehingga kering.Boleh juga digunakan Gusanex dan Dri-dress.
4.3.Pisahkan anak dari ibunya agar senang induknya diperah susu.Sebaiknya namakan anak lembu dan ibunya.(Sila rujuk ke Ladang Ulu Yam untuk menyaksikan aktiviti pemerahan dan gunanya anak dan induk diberi nama)
4.4.Beri susu awal lembu (Colostrum) kepada anak agar mendapat kekebalan penyakit.Jangan beri berlebihan kerana ianya akan menyebabkan cirit-birit dan anak akan lambat biasa dengan makanan.Anak yang berumur 6bulan keatas bolehlah dilepaskan ke padang ragut.
5.AKTIVITI PEMERAHAN SUSU
5.1.Lembu yang dipisahka dengan anaknya pada hari pertama.Pemerahan dilakukan 2 kali sehari.
5.2.Kandang mesti dicuci dan lembu perlu dimandikan dan dibersihkan badan.
5.3 Alat-alat yang digunakan untuk memerah-Baldi – baldi plastic,aluminium atau stainless steel.-Air – Air yang bersih-Ubat – Iodofor dan klorin-Tuala-Tong susu – Penapis susu – Napkin atau kain putih-Penimbang-Peti sejuk
5.4 Persediaan alat-alat pemerahanBasuh baldi,tuala,penapis dan tong susu dengan air dan sabun.Bilas alatan dengan klorin..Bilasan akhir dengan air didih untuk menghilang bau ubat.Keringkan alatan sebelum digunakan.
5.5 Persediaan Pemerah Susu.
1.Seorang pemerah susu mestilah berkeadaan bersih terutama kuku mesti pendek dan bersih.
2.Tangan tiada luka,pakaian atau pemakaian apron digalakkan.
3.Kasut pemerah mestilah bersih.
4.Seorang pemerah juga berkesihatan baik tiada penyakit atau mengidap demam atau selsema.
5.Cuci tangan dengan klorin bila ingin berpindah pada lembu yang lain.Ini dapatmengelak kuman berpindah sekiranya ada.
5.6.Persedian Lembu Tenusu
1.Berkeadaan tenang
2.Elakkan memukul dan menakutkan lembu
3.Lembu mesti dimandikan dan dibersihkan
4.Cuci tetek lembu dengan bersih
5.Ikat kaki belakang lembu dan leher lembu.
6.Jauhkan ternakan dari ternakan lain seperti kambing,ayam,itik atau anjing
5.7.Teknik Pemerahan- Putting susu dipegang dengan kesemua jari kedua-dua tangan-Perah dan lepas semua jari dan mengukut irama
6.SELESAI MEMERAH-Lembu-lembu dilepaskan ke padang ragut bagi akitiviti bersenam atau bagi melepaskan ketegangan sewaktu proses pemerahan susu dilakukan.Ini dapat mengelakkan lembu stress dan bengkak kaki.
3 comments:
Terima kasih......sila komen sekiranya tidak bersesuaian..
abghalim uluyam
assalamualaikum abghalim izinkan sy copy sedikit info dri entry nie...skrg sy tgh dlm proses membuat kertas kerja lembu tenusu utk mengantikan ternakan lembu pedaging.
Aslkm Tunpang iklan.sesiapa yang buat ternakan ayam dn ingin dapat kan peti pengeraman telor ayam dan puyoh.yg berfungsi secara automatic.kami ada menyedia kan nya.dan pelbagai model serta pelbagai harga sekiranya berminat wasap atau kol (011-40665410)
Post a Comment