Kebun Warisan's Followers

Wednesday, January 7, 2009

Doktor Pokok

Doktor Pokok

Apakah Klinik Pengembangan Dr. Pokok?
Klinik Pengembangan Dr. Pokok ialah:
Satu tempat di mana orang ramai boleh menyalur dan menyelesaikan sebarang masalah berkaitan aktiviti pertanian.
Satu tempat di mana pelanggan dapat bertemu dengan pakar-pakar bidang pertanian bagi mendapatkan sebarang maklumat pertanian.
Satu program Jabatan Pertanian yang menawarkan perkhidmatan pengembangan pertanian sebagai teras perkhidmatannya.
Nama Klinik Pengembangan diberikan kepada tempat / kaunter yang menawarkan khidmat pengembangan pertanian, manakala nama Dr. Pokok pula merujuk kepada pegawai-pegawai Jabatan Pertanian yang memberikan khidmat nasihat serta kepakaran teknikal dan pengembangan pertanian.

Apakah Bidang Kepakaran Dr. Pokok?
Bidang-bidang kepakaran Dr. Pokok ialah:
Diagnostik Masalah Tanaman.
Khidmat Nasihat Amalan Pertanian Baik.
Perundingan dan Pelaburan Pertanian.
Kajian Daya Maju Projek Pertanian.
Pembangunan Sumber Manusia.
Kajian Kesesuaian dan Kesuburan Tanah.
Remote Sensing dan Pemetaan Tanah.
Pakej Teknologi Pelbagai Tanaman.
Teknologi Kejuruteraan Pertanian.
Teknologi Pengeluaran Benih Tanaman.
Teknologi Pengeluaran Industri Asas Tani.
Kawalan Perosak dan Penyakit Tanaman.
Kawalan dan Persijilan Kualiti Tanaman.
Kawalan Import dan Eksport Pertanian.
Kawalan dan Aplikasi Racun Makhluk Perosak.
Khidmat Analisa Makmal.
Pemasaran Hasil Pertanian.
Maklumat Statistik Pertanian.

Apakah Aktiviti-Aktiviti yang dijalankan?
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah:
Memberi khidmat nasihat / bimbingan kepada pelanggan yang meliputi semua bidang kepakaran Dr. Pokok seperti khidmat nasihat pertanian, diagnostik masalah tanaman, analisa makmal, perundingan pelaburan pertanian dan sebagainya.
Menyelesaikan masalah-masalah teknikal dan pembangunan pertanian.
Memberi penerangan / penjelasan mengenai program-program Jabatan Pertanian dan program kerajaan yang lain.
Sebagai penghubung di antara pelanggan dengan kakitangan Jabatan Pertanian, unit / seksyen / bahagian / negeri-negeri, agensi lain atau badan-badan lain yang berkaitan.
Hebahan maklumat-maklumat pertanian terkini.

Di Mana Anda Boleh Mendapatkan Khidmat Dr. Pokok?
Anda boleh mendapatkan khidmat Dr. Pokok di:
Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Putrajaya
Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri-Negeri
Pejabat-Pejabat Pertanian Daerah
Pusat-Pusat Jabatan Pertanian yang berdekatan dengan anda
Kaunter bergerak ke kawasan-kawasan projek pertanian

Bagaimana Anda Boleh Menghubungi Dr. Pokok?
Anda boleh menghubungi Dr. Pokok melalui:
Kaunter Klinik Pengembangan
di Ibu Pejabat Putrajaya, Negeri dan Daerah yang dibuka pada setiap hari bekerja.

Kaunter Bergerak
Diadakan pada setiap 2 minggu sekali di kawasan-kawasan pertanian atau di pusat-pusat pertanian. Makluman akan dihebahkan dari masa ke semasa.

Kaunter Perkhidmatan On-Call
Perkhidmatan On-Call ditawarkan setiap masa. Anda boleh menghubungi nombor "Hotline" yang disenaraikan ini:
Putrajaya 03 - 8870 3000
Johor 07 - 235 5506/07
Melaka 06 - 232 4318
Negeri Sembilan 06 - 765 9760
Selangor 03 - 5544 5440
Perak 05 - 253 1452
Pulau Pinang 04 - 537 2144
Kedah 04 - 777 5000/03
Perlis 04 - 938 4466
Pahang 09 - 573 3133
Terengganu 09 - 627 4191/89
Kelantan 09 - 744 2400
Labuan 087 - 408 513/14

Kaunter e-Khidmat Dr. Pokok

Emel sahaja pertanyaan anda kepada :
drpokok@doa.gov.my

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:drpokok@doa.gov.my

No comments: