PANDUAN MENANAM PISANG - MUSA PARADISIACA L.(Tanaman Jangka Pendek dan Sederhana)
PENGENALAN:Nama saintifik : Musa paradisiaca L.Nama tempatan : PisangKeluarga : Musaceae
Pisang yang boleh dimakan berasal dari M. accuminata Colla dan M. balbisiana Colla. Pisang masak boleh dimakan segar atau diproses menjadi berbagai-bagai produk seperti puri, hirisan dalam sirap atau buah koktel, pisang kering atau salai, makanan bayi, kerepek, keropok, jem, jeli, serbuk, minuman dan juga cuka. Pemerosesan buah pisang di peringkat matang terhad kepada pengeluaran produk kerepek dan tepung pisang.
VARIETI PISANG
Terdapat beberapa jenis pisang iaitu:-
Pisang Berangan
Mula mendapat pasaran meluas. Kebanyakan memilih berangan sebagai makanan pisang segar. Berat setandan ialah 12-22 kg, mempunyai 8-12 sisir dengan setiap sisir mempunyai 12-20 jejari. Panjang jejari diantara 12-18 cm dengan garis pusat 2.5 - 3.5 cm. Buah bersaiz sederhana hingga besar, berwarna kuning oren dan sangat menarik apabila masak sepenuhnya. Kulitnya agak tebal, mudah dikupas dan meninggalkan sedikit talian serabut setelah dikupas. Isi buah pejal, berwarna kekuningan hingga oren, berbau wangi dan manis rasanya.
Pisang Mas
Berat lebih kurang 12 kg, mempunyai 5-9 sisir setandan dan 14-18 jejari bagi setiap sisir. Panjang jejari ialah 8-12 cm dan 2-3 cm garis pusat. Kulit nipis dan berwarna kuning keemasan. Isi pejal, berwarna kuning keemasan, berbau harum kewangian dan sangat manis.
Pisang Cavendish
Mula diusahakan secara komersil dan kebanyakan hasilnya dieksport. Jenama dagangan seperti Gros Michel, Grand Naine dan lain-lain terkenal di Filipina atau Australia. Di Malaysia, jenama seperti Montel, Comel, Cabana atau Sun King Banana juga merupakan kultivar Cavendish. Berat setandan ialah 25-40 kg dan mempunyai 15-25 sisir bagi setiap tandan. Jejari berukuran diantara 15-22 cm panjang dan garis pusat 3.5 - 4.0 cm. Kulit buah adalah tebal dan mudah tanggal dari sisirnya. Isinya berwarna putih pekat, bertekstur halus dan lembut, berbau wangi dan manis rasanya.
Pisang Embun
Ditanam untuk hidangan segar. Berat setandan antara 20-40 kg dan mempunyai 10-25 sisir bagi setiap tandan dan 14-25 jejari bagi setiap sisir. Panjang jejari ialah 15-20 cm dan besar diantara 3.5 - 4.0 cm garis pusat. Kulit buah licin dan berwarna kuning apabila sudah masak. Isinya berwarna krim, sederhana pejal, berbau sedikit harum dan rasanya manis.
Pisang Rastali
Digemari sebagai pisang sajian segar. Berat setandan antara 10-18 kg dengan 5-9 sisir setiap tandan. Setiap sisir mempunyai 12-16 jejari. Panjang jejari 10-15 cm dan 3-4 cm garis pusat. Kulit buah sangat nipis tetapi mudah dikupas, berwarna kuning terang setelah masak. Isi buah lembut dan berwarna putih, rasanya manis dengan sedikit rasa masam dan kelat jika belum masak sepenuhnya.
Pisang Lang
Sesuai digoreng. Berat setandan ialah 7-10 kg dan terdapat 2 sisir bagi setiap tandan dengan 7-10 jejari bagi setiap sisir. Jejari ukuran 25-35 cm panjang dan 6-7 cm garis pusat. Kulitnya tebal dan berwarna kuning setelah masak. Isi buah berwarna krim dan bertukar kepada warna oren setelah masak digoreng. Rasanya manis dan enak dimakan.
Pisang Nipah
Hanya sesuai untuk digoreng. Berat setandan ialah antara 15-28 kg dengan 12-18 sisir dan setiap sisir terdapat 12-20 jejari. Panjang jejari diantara 10-15 cm dan besar 3-5 cm garis pusat. Jejari bersegi, pendek dan padat. Kulit buah tebal dan berwarna kuning setelah masak. Isi berwarna krim putih dan bertekstur halus. Setelah digoreng manis rasanya. Pisang nipah juga disebut pisang kapok.
Pisang Raja
Boleh dimakan segar atau dimasak untuk sajian. Berat setandan ialah 10-15 kg dengan 6-9 sisir dan setiap sisir terdapat 12-16 jejari. Panjang jejari 15 cm dan 3-4 cm garis pusat. Kulit buah tebal, berwarna kuning setelah masak dan mudah dikupas. Isinya berwarna krim oren dan bertekstur kasar.
Pisang Nangka
Berat setandan 12-14 kg dan mempunyai 6-8 sisir. Setiap sisir mempunyai 14-24 jejari. Jejarinya bersegi dan memanjang dengan saiz jejari sederhana hingga besar. Isinya krim putih bertekstur halus, lembut dan masam-masam sedikit rasanya. Pisang nangka tahan disimpan.
Pisang Awak
Sesuai untuk dimakan segar atau dimasak sebagai sajian. Berat setandan 18-22 kg dan mempunyai 8-12 sisir. Setiap sisir mempunyai 10-16 jejari. Panjang jejari ialah 10-15 cm dan besarnya 3-5 cm garis pusat. Kulitnya tebal dan isinya putih keras dan melekit. Kadangkala kultivar ini mempunyai biji.
Pisang Putar
Pisang Serendah
Pisang Tanduk
PANDUAN MENANAM :
Iklim dan tanah:
Keadaan panas dan lembap adalah paling sesuai untuk tanaman pisang. Ia boleh ditanam di atas jenis tanah yang dalam, ringan serta rata. Secara umumnya, suhu optimum antara 25oC-30oC sesuai untuk tanaman pisang. Suhu yang rendah akan memberi kesan yang negatif kepada pertumbuhan batang, daun dan melewatkan kematangan pokok. Jangan tanam di atas tanah yang bertakung air.
Tanah bertekstur lempung berpasir dan keadaan tanah adalah peroi sesuai untuk pisang. Keadaan permukaan tanah yang sesuai hingga beralun iaitu kecerunan kurang 12%. Pisang tidak sesuai ditanam di tanah yang mempunyai halangan terhadap pertumbuhan akar seperti tanah padat, lapisan batu, paras air tinggi, gambut dan lapisan asid.
Untuk pertumbuhan yang baik, pokok pisang sangat memerlukan cahaya yang terbuka. Jika terdapat naungan, pertumbuhan batang palsu akan berlarutan dan pokok bertambah tinggi. Tempoh kematangan juga akan berlarutan dari keadaan biasa.
Suhu yang terlalu tinggi serta pendedahan cahaya yang berpanjangan akan mengakibatkan kelecuran pada buah. Tiupan angin turut mempengaruhi pertumbuhan pokok. Angin yang kuat boleh merosakkan daun dan mematahkan pucuk serta merendahkan mutu hasil buah.
Penanaman pisang tidak digalakkan di kawasan yang terdedah kepada tiupan angin melebihi 15 km/jam.
Bahan tanaman:
Ada tiga jenis sulur untuk digunakan sebagai bahan tanaman:-
Sulur DaraSulur PedangSulur Payung
- Akar akar sudah terbentuk- Tegap, subur dan baik untuk dijadikan benih.- Umbi kecil dan lebar, akar dan batang lemah.
Sistem Penanaman:
Tanaman Tunggal
Diusahakan untuk pengeluaran secara komersil dan bekalan berpanjangan. Jarak tanaman ialah 2.5 m x 2.5 m dengan kepadatan 1,600 pokok sehektar. Pada jarak 3 m x 3 m kepadatan mencapai 1,100 pokok sehektar.
Tanaman Selingan
Pisang ditanam bersama tanaman kekal, seperti getah, kelapa sawit, koko dan durian sebagai tanaman selingan sebelum pengeluaran hasil daripada tanaman utama. Sebaris pisang dengan jarak 3 m x 3 m dengan kepadatan 700-900 pokok sehektar dapat ditanam antara barisan kelapa sawit atau pokok getah dan juga pokok buah-buahan yang bersesuaian.
Gali lubang sebesar 45 cm x 45 cm x 60 cm (1.5 x 1.5 x 2 kaki). Gaul tanah lapis atas dengan 11-14 kg. baja organan dan 125 gm baja fostat. Jarak tanaman ialah antara 3 m x 3 m hingga 3.6 m x 3.6 m.
Pembajaan:
Pembajaan dilakukan secara ditabur sekeliling pokok atau dimasukkan ke dalam parit yang digali sedalam 5 cm. Pembajaan menggunakan sistem poket juga biasa digunakan. Poket atau lubang sedalam 15 cm digali sejauh dalam lingkungan semeter daripada pangkal rumpun atau pokok pisang.
Dalam sistem tanaman pisang secara tunggal, adalah disyorkan pisang ditanam dengan kaedah sistem tanaman berbatang tunggal atau single stem kerana sistem ini sesuai bagi pekebun pisang yang mementingkan berat tandan dan kualiti buah khususnya untuk eksport. Dalam sistem berbatang tunggal ini, hanya pokok induk dibiar tumbuh dari mula hingga peringkat berbuah (satu generasi sahaja). Anak-anak sulur yang tumbuh dibuang semuanya bermula pada 3-4 bulan selepas menanam dan diulangi membuangnya setiap 6-8 minggu sekali sehingga permulaan musim menuai. Apabila 60% keluasan kawasan telah dituai, pemangkasan menyeluruh dilakukan untuk memilih satu anak sulur sahaja pada setiap rumpun untuk dijadikan ratun dan yang selebihnya dibuang. Pemilihan pokok ratun ini adalah berdasarkan kepada ketinggian sulur (70-100 cm) dan yang didapati tumbuh di umbisi utama.
Sementara itu sistem yang sesuai bagi tanaman selingan adalah seperti dihuraikan dalam pemangkasan sulur atau dengan mengguna kaedah sistem berbatang dua. Sistem ini bermaksud pada setiap masa serumpun pisang mempunyai dua batang pokok iaitu pokok yang akan berbuah dan anak sulur. Dalam sistem ini sulur yang dipilih adalah ketika pokok induk mula mengeluarkan bunga iaitu 8 bulan selepas ditanam bagi pisang berangan dan 6-7 bulan bagi pisang mas.
Program Pembajaan Tanaman Pisang
Bulan selepas tanam
Jenis baja
Pisang MasKadar pembajaan(g/pokok)
Pisang Berangan, Rastani, Cavendish(g/pokok)
Semasa tanam
CIRP8:8:8GML
10060100
1006060
1234569
15:15:1515:15:1515:15:1515:15:1515:15:1515:15:1515:15:15
6010010015015010050
10015015015015075250
12
!2:12:17:215:15:15
150-
-250
13!5
GML15:15:15
1000150
1000200
18
12:12:17:215:15:15
180-
-250
21
12:12:17:215:15:15:MOP
180-50
-300100
24
12:12:17:215:15:15
180-
-400
CIRP - Christmas Islands Rock PhosphateMOP - Muriate of PotashGML - Ground Magnesium Limestone
Pengurusan Air:
Pokok pisang memerlukan air sebanyak 8-12 liter sehari. Biasanya pisang tidak dibekalkan dengan pengairan tetapi ia mendapat bekalan air dari simpanan dalam tanah atau dari air hujan. Pemasangan sistem pengairan untuk tanaman pisang melibatkan kos yang tinggi. Sistem pengairan boleh dilaksanakan sekiranya permintaan pasaran pisang yang banyak dan pulangan yang boleh menguntungkan.
Pemangkasan Sulur:
Aktiviti membuang sulur yang tidak dikehendaki dengan tujuan menjarakkan penuaian hasil dalam satu-satu rumpun serta memastikan hasil dan mutu buah tidak terjejas akibat persaingan dalam permakanan. Pemangkasan peringkat awal dilakukan dengan memilih dan membiarkan satu pokok induk dan satu sulur, di peringkat pokok berumur 3 bulan bagi pisang emas dan 4 bulan bagi pisang berangan. Seterusnya sulur-sulur lain dipangkas secara berjadual iaitu 3-4 minggu sekali dan dipilih serta dikekalkan satu lagi sulur pada umur 8 bulan bagi pisang emas dan 9 bulan bagi pisangan berangan. Cara pemangkasan yang mudah ialah menggunakan pisau tajam untuk memotong sulur pada aras tanah.
Cantasan Pelepah:
Pelepah tua dan berpenyakit perlu dicantas dengan menggunakan pisau tajam dari peringkat awal penanaman. Pelepah tersebut perlu dikumpulkan di suatu lokasi yang ditentukan diantara barisan tanaman pisang.
Menyokong Pokok:
Pokok yang condong perlu ditongkat dengan kayu atau buluh untuk menahan pokok pisang daripada tumbang atau patah tengkok kerana batang tidak dapat menampung buah yang berat.
Pembungkusan Tandan Pisang:
Langkah awal untuk mengawal mutu buah pisang ialah dengan membungkus tandan pisang. Pembungkusan dapat mengelak gigitan serangga pada buah, geseran dengan daun atau kayu penyokong. Juga dapat mengelak buah dari calar atau lebam semasa penuaian, pengumpulan dan seterusnya pengangkutan ke rumah pembungkusan.
Sebelum pembungkusan, jantung perlu dipotong terlebih dahulu. Tandan buah dibungkus dengan menyarung sehingga melepasi sisir utama dan diikat kemas. Pada penghujung tandan dibiarkan sarung plastik berlebihan menutupi kesemua sisir pisang. Penandaan perlu dibuat selepas pembungkusan supaya tarikh penuaian dapat ditentukan semasa penebangan.
PENYAKIT:
Bintik-bintik Daun atau Penyakit SigatokaBintik-bintik daun atau sigatoka kuning adalah disebabkan oleh kulat Mycosphaerella musicola atau Cercospora musae (peringkat konodia) manakala Mycosphaerella fijinensis pula dikenali sebagai Sigatoka hitam. Kulat ini senang membiak di kawasan yang lembab dan mempunyai sistem saliran yang kurang baik.
Keadaan taburan hujan yang tinggi juga menggalakkan pembiakan kulat ini. Serangan berlaku pada daun yang matang. Daun akan menjadi perang dan kering dan dari jauh pokok kelihatan seperti terbakar.Serangan teruk pada peringkat pokok pisang sedang berbuah menyebabkan bilangan daun atau keluasan daun hijau yang berfungsi berkurangan seterusnya mengakibatkan saiz buah dan bilangan sisir buah berkurangan.
Buah muda tidak akan masak dan buah yang matang akan masak lebih awal dan mutunya terjejas. Serangan pada peringkat pokok muda boleh mengakibatkan pokok akan mati.Syor Kawalan:- ladang hendaklah bersih dan mempunyai saliran yang sempurna.- buang sulur yang tidak dikehendaki dan daun yang diserang Sigatoka.- pembajaan dilakukan dengan secukupnya.- sembur racun kimia yang disyorkan setiap 10 hari sekali.- racun kulat yang digunakan adalah mancozeb, benomyl, tridemorph, propiconazole, maneb dan thiophnate-methyl. Sedikit campuran minyak seperti Orchex dicampurkan dalam bancuhan boleh membantu melanjutkan kekesanan racun kulat tersebut.
Penyakit Layu PanamaPenyakit ini disebabkan oleh kulat Fusarium oxysporium f.sp. cubense ras no. 1 yang mudah menyerang pada pisang Rastali dan Embun. Pisang Emas dan Berangan rintang terhadap penyakit ini. Kulat ini akan memasuki akar pisang melalui tebukan dan kerosakan bermula disebabkan serangan nematod atau luka pada bahagian akar. Pembiakan kulat seterusnya berlaku di dalam saluran sistem pemakanan pisang tersebut terutama di bahagian umbisi. Akibatnya saluran makanan tersumbat dan mengganggu pengaliran air dan zat makanan.Tanda-tanda serangan pada peringkat pokok muda ialah pucuknya yang masih bergulung kelihatan layu dan mati. Bagi pokok tua, pucuk juga akan kelihatan kekuningan dan disamping itu daun-daun lain kelihatan patah terkulai. Tandan buah juga menghadapi masalah yang sama dan kering. Pokok-pokok yang diserang selalunya mengeluarkan banyak anak tetapi kelihatan layu.Syor dan Kawalan:- kebersihan kebun hendaklah sentiasa dijaga.- gunakan sulur yang sihat dan tanam mengikut jarak yang disyorkan.- sistem saliran kebun yang baik.- setakat ini belum ada kawalan kimia yang berkesan untuk mengawal penyakit ini.- pokok yang diserang hendaklah ditebang dan dimusnahkan dengan segera.
Penyakit Moko Pisang
PEROSAK TANAMAN PISANG:
Pengorek Umbisi Pisang (Cosmopolites sordidus Germ)Peringkat larva mengorek di bahagian umbisi dan pangkal batang yang berhampiran dengan tanah. Ia tidak menyerang pada akar. Tisu-tisu di sekeliling lubang yang dikorek akan menjadi perang dan busuk. Serangan teruk menyebabkan daun-daun menjadi kuning dan pokok mudah tumbang. Sulur bahagian tengah terbantut. Anak pokok yang diserang akan mati jika serangannya merebak sehingga ke bahagian pucuk. Pokok yang diserang akan mengeluarkan tandan buah yang lebih kecil dari saiz biasa.
Kawalan:
Cara Kultura:Guna sulur yang sihat sahaja sebagai bahan tanaman. Jalankan rawatan dengan cara memotong di sekeliling umbisi dan celup dalam air panas bersuhu 55oC selama 5-10 minit. Pemasangan PerangkapBatang pisang tua yang dipotong-potong 2-3 kaki dibelah dan ditelungkupkan. Kumbang-kumbang akan bersembunyi di bawah belahan batang pisang tersebut. Pungut kumbang tersebut dan musnahkan.Cara KimiaSiram dengan bancuhan racun Dieidrin pada kadar 0.1% a.i. di pangkal pokok pisang yang diserang dan permukaan rhizom yang dipotong ketika membuang sulur. Celupkan sulur-sulur ke dalam larutan bancuhan racun Dieldrin dengan kadar 0.1% a.i.
Kumbang Pengorek Batang Pisang (Odolporus longicollis Oliv)Menyerang dengan memakan tisu-tisu batang pisang dan bahagian tengah batang membentuk alur-alur panjang. Bahagian yang diserang akan berubah warna coklat dengan cepat. Daun menjadi kuning dan batang pisang mudah patah apabila ditIup angin kencang. Peringkat dewasa juga boleh melakukan kerosakan.
Syor dan Kawalan:- buang dan musnahkan semua batang-batang yang ditebang dan sulur yang diserang- tanam sulur-sulur yang bebas dari serangan perosak ini- sembur racun serangga Dieldrin dengan kepekatan 0.1% pada pangkal batang pisang yang diserang
Ulat Gulung Daun (Erionota thrax)Selalu menyerang pada semua jenis pisang. Serangan teruk boleh mengakibatkan daun menjadi kering dan pokok terencat. Serangga ini bertelur sebiji-sebiji pada daun muda. Setelah menetas larvanya bersembunyi dengan cara menggulungkan daun ke arah tulang daun. Larvanya cergas pada waktu malam, keluar dari gulungan daun untuk makan daun pisang. Ia menggulungkan daun dan melekatkan dengan menggunakan bebenang putih. Di waktu siang ia bersembunyi di dalam gulungan daun. Jika gulungan daun ini terbuka, larva atau kepompong akan terdedah. Daun yang bergulung akhirnya kering dan tidak berfungsi.Syor-syor Kawalan:- pungut dan musnahkan larva- serangga pemangsa semulajadi atau parasit dapat memusnahkan telur serangga
Lalat BuahMenyerang buah yang masak. Larvanya akan merosakkan buah dan tidak boleh disimpan lama dan dipasarkan. Tanda-tanda buah yang telah diserang apabila masak atau berwarna kuning terdapat bintik-bintik hitam bekas tusukan ovipositor semasa lalat buah dewasa bertelur.
NematodaMenyerang pada bahagian akar pisang. Biasanyanya berlaku pada tanaman pisang generasi kedua. Kerosakan lebih lazim berlaku di tanah peroi daripada di tanah berat. Akar yang diserang kelihatan tompok-tompok hitam. berbintil-bintil dan pecah terutama dekat bahagian umbisi dan menjadi reput. Serangan dan kerosakan pada akar boleh membawa kesan yang serupa dengan kekurangan air. Pokok yang belum berbuah bahagian tepi daun kelihatan kering manakala pokok yang berbuah serangannya mengakibatkan saiz tandan kecil, buahnya kering dan menjadi keras serta hitam semasa muda lagi. Pokok yang diserang ini mudah diserang oleh kulat Rhizoctonia solani dan Fusarium oxysporium yang akan menambahkan lagi kerosakan pada akar seterusnya pokok pisang akan mati.Syor Kawalan:- gunakan sulur yang sihat, bersihkan akar-akar umbisi dan lakukan rawatan dengan merendam dalam air bersuhu 55oC selama 10 minit.- musnahkan batang-batang pisang yang lama dan pokok-pokok pisang yang diserang nematod.- tabur dengan racun kimia bagi kawalan nematod seperti Fenamiphos dengan kadar 20g/pokok atau Carbofuran (Furadan 3G) dengan kadar 100g/pokok, kekerapan menabur 4 kali setahun.- semua buah pisang hendaklah dibungkus dengan plastik pada peringkat muda. Masa yang sesuai pembungkusan ialah setelah buah sisir terakhir terbentuk dianggarkan 10-14 hari selepas berjantung. Potong jantung dan biarkan lelehan getahnya kering, semburkan racun klorpirifos pada kadar 0.04% a.i. untuk mengawal kutu trip dan bungkus dengan plastik yang telah dilubangkan.
Kutu TripsApabila populasinya tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian kulit pisang. Kulit pisang akan berkeruping dan proses kematangan pisang terganggu.Syor kawalan:suntikan racun serangga seperti klopirifos dengan kadar 0.1% a.i., diazinon dengan kadar 0.1% a.i. atau deltamethrin dengan kadar 0.1% a.i. pada jantung pisang.
RumpaiKawalan rumpai dilakukan dengan cara manual (menggunakan cangkul, tajak atau mesin sandang) atau kimia. Sungkupan dengan menutupkan kawasan keliling pokok pisang yang menggunakan lalang, rumput kering, batang dan daun pisang boleh juga mengawal rumpai. Secara kimia rumpai dikawal dengan racun seperti paraquat, glifosat dan glufisonat-ammonium.
INDEKS KEMATANGAN BUAH PISANG
Indeks 1 -
Hijau tua keseluruhan. Buah belum matang untuk dituai.
Indeks 2 -
Hijau dengan sedikit kuning. Buah matang, sudah sesuai dituai untuk penghantaran jauh menggunakan kapal laut.
Indeks 3 -
Lebih hijau daripada kuning. Buah matang, tidak sesuai dituai untuk penghantaran jauh menggunakan kapal laut.
Indeks 4 -
Lebih kuning daripada hijau. Buah hampir masak. Hanya sesuai untuk pasaran tempatan.
Indeks 5 -
Kuning dengan sedikit hijau pada hujung buah. Buah masak, hanya sesuai untuk pasaran tempatan.
Indeks 6 -
Kuning keseluruhan. Buah masak. Hanya sesuai untuk pasaran tempatan. Peringkat terbaik untuk dimakan segar.
Indeks 7 -
Kuning jingga. Buah terlalu masak. Hanya sesuai untuk pasaran tempatan dan jangka hayat amat singkat.
Hasil pisang bergantung pada pemilihan kawasan, kultivar, pengurusan di ladang sehinggalah siap pembungkusan dibuat. Faktor cuaca yang sesuai dan tanah yang subur juga menyumbangkan pengeluaran yang menguntungkan.
Anggaran Hasil Tanaman Pisang
Jenis Pisang
Jarak Tanaman
Bil.Pokok Sehektar
Hasil/Pokok (kg)
Jumlah
Hasil Sehektar (MT)
Pokok Induk
Ratun 1
Ratun 2
Berangan Mas Rastali Cavendish
3 m x 3 m2.5 m x 2.5 m3 m x 3 m3 m x 3 m
1,1001,6001,1001,100
22121840
18101532
1281025
52304597
52434595
Buah pisang mencapai tahap matang apabila pembesaran buah berakhir. Pisang yang mencapai peringkat matang akan masak dengan sempurna. Bagi menentukan kematangan buah, beberapa panduan digunakan seperti saiz dan rupa bentuk jejari buah, warna kulit, rupa warna benang sari yang tertinggal atau umur buah selepas pengeluaran jantung.
Buah pisang yang mencapai peringkat matang mempunyai jejari yang kurang segi, berbentuk hampir bulat dan padat, dibandingkan jejari buah muda bersaiz kecil dan masih bersegi-segi. Pada hujung jejari buah matang, benang sari berwarna perang dan rapuh serta mudah tertanggal tetapi benang sari buah muda berwarna hijau. Buah matang tua berwarna hijau kecerahan berbanding dengan buah matang muda yang berwarna masih hijau pekat. Penuaian buah yang cukup matang biasa juga dihitung bilangan hari dari mula pengeluaran jantung.
Penuaian pisang, juga disebut sebagai 'menebang', iaitu dilakukan dengan menakik batang pohon pada ketinggian beberapa kaki di bawah tangkai tandan. Tandan buah dipotong setelah batang pisang tadi patah dengan keadaan tandan tergantung. Bagi pisang jenis besar seperti Embun dan Cavendish, dua orang pekerja diperlukan dengan seorang daripadanya menebang pokok dan seorang lagi menyambut buah. Apabila pokok telah ditebang, buah disambut oleh salah seorang pekerja tersebut di atas bahunya yang beralaskan span. Tangkai tandan kemudiannya dipotong.
Peringkat Pembesaran Buah Pisang
Jenis Pisang
Umur Pokok Pisang Selepas Tanam
Keluar Jantung
Pembentukan Sisir Akhir
Peingkat Buah Matang
1. Berangan 2. Mas 3. Rastali 4. Cavendish
9 bulan6 bulan9 bulan9 bulan
10 bulan 6 1/2 bulan10 bulan10 bulan
12 bulan8 bulan12 bulan13 bulan
Penuaian Buah Mengikut Umur Kematangan
Kultivar
Tarikh Penuaian(minggu selepas berjantung)
1. Cavendish 2. Mas 3. Berangan 4. Embun 5. Rastali 6. Nangka 7. Tanduk 8. Awak
20-237-911-1412_1511_1322209
ALAT MEMBUNGKUS BUAH PISANG
Alat membungkus buah pisang adalah satu teknologi yang direka khas bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja pembungkusan tandan buah pisang di ladang. Alat ini dapat meningkatkan kecekapan pembungkusan dan membolehkan pekebun melaksanakan kerja dengan mudah, cepat dan selamat serta menjimatkan tenaga, masa dan kos.
Dengan penggunaan alat ini, kerja-kerja pembungkusan buah pisang dapat dilakukan oleh seorang pekebun sahaja. Pekebun tidak memerlukan tangga, bangku, kotak kayu atau tong besi untuk mencapai tandan pisang yang tinggi.
Cara lama didapati merumitkan, mengambil masa, cerewet malah merbahaya kepada pekebun. Alat ini terdiri daripada 3 bahagian, iaitu rangka, galah dan rak.
Rangka:
Rangka berbentuk U diperbuat daripada keluli yang tahan karat, kuat dan ringan. Saiz rangka dibuat mengikut saiz beg yang digunakan. Rangka bersaiz 36 cm x 36 cm adalah sesuai untuk beg 75 cm lebar (berlapis dua) dan rangka 40 cm x 40 cm untuk beg berukuran 83 cm lebar. Beg biasa berukuran 120 cm panjang, 0.02 mm tebal, berwarna biru dan terdapat lubang-lubang kecil di seluruh permukaan beg. Rangka ini akan disambung kepada galah dengan sistem kunci skru.
Galah:
Batang galah diperbuat daripada aluminium yang tahan karat; kuat dan ringan. Ia berbentuk seperti teropong. Ia terdiri daripada tiga bahagian dan setiap bahagian berukuran 134 cm. Ia boleh dipanjangkan sehingga 4 meter. Hujung galah ini dipasang dengan sebatang skru besi untuk menyambung kunci skru yang ada pada rangka. Sistem kunci skru ini membolehkan galah aluminium digunakan sebagai alat serbaguna untuk menyambung pelbagai alat serbaguna untuk menyambung pelbagai alat-alat pertanian seperti pisau mencantas, gergaji dan lain-lain.
Rak:
Rak dibuat daripada besi dan berukuran 85 cm panjang. Di bahagian bawah berbentuk tajam dan bahagian atas berbentuk seperti sepasang tanduk. Rak ini dibenam ke dalam tanah dan bahagian atasnya digunakan untuk menyokong alat bagi memasang beg politena pada rangka. Alat ini mampu digunakan oleh seorang pekebun untuk membungkus 150 sehingga 180 tandan buah pisang sehari bergantung kepada jarak tanaman, permukaan tanah dan kemahiran pekebun.
BAGAIMANA MENGELAKKAN PISANG AWAK BERBIJI(sumber: Suara KPW Oktober 1993)
Bagi mengelakkan Pisang Awak Biji dari berbiji, persediaan anak benih pisang sebelum menanam adalah mustahak. Sulur pokok pisang yang dipilih mestilah dibuang akarnya sehingga habis terlebih dahulu. Dengan menanam sulur pisang yang tidak berakar, pokok pisang ini tidak akan mengeluarkan buah yang berbiji.
ALAT KHAS PENGGALI ANAK PISANG
Alat ini merupakan 'penggali mata leper' yng dibuat sedikit pengubahsuaian dengan menambahkan alat pemijak bebas (boleh berpusing) ke atasnya mengikut kehendak pengguna.
Cara Penggunaan:
Pilih anak pisang yang hendak digali dan sesuaikan alat pemijaknya. Tekan dengan sebelah kaki pada alat pemijak sehingga mata penggali masuk ke dalam tanah dan memotong umbisi pisang. Cungkil keluar anak pisang yang telah terpotong itu dengan cara menolak batang penggali ke kiri atau ke kanan.
Kelebihan Penggunaan Alat Ini:
Mudah, cepat dan berkesan tanpa memudaratkan anak pisang. Kepunyaan menggali bergantung kepada tenaga seseeorang. Purata keupayaan menggali dianggarkan antara 150-180 pokok seorang (bergantung kepada jarak tanaman). Anggaran harga se unit diantara RM30-40 (1993).
MESIN PENGHIRIS PISANG (UNTUK MEMBUAT KEREPEK PISANG)
Alat ini mula direka pada tahun 1996 oleh sepasukan jurutera dari Bahagian Kejuruteraan Pertanian, Jabatan Pertanian. Konsep rekacipta ialah menghasilkan sebuah mesin yang boleh menghiris pisang dengan cepat, menghiris secara menegak / mendada, ketebalan hirisan yang sekata dan terus digoreng. Mesin ini terdiri daripada komponen seperti berikut:-
Kerangka badanDiperbuat dari keluli tahan karat. Berfungsi untuk mengawal hirisan pisang supaya jatuh terus ke dalam kuali.
Cakera pemotongBerukuran 300 mm garispusat, diperbuat daripada keluli tahan karat dan dipasang dengan dua bilah pisau penghiris berbentuk bulan sabit yang diperbuat daripada keluli tahan karat. Tebal pisau penghiris ini 1.5 mm menghasilkan ketebalan hirisan 1.5 mm berpusing dengan kelajuan 230 rpm. Di bahagian atas cakera pemotong terdapat kepingan keluli tahan karat yang dipasang dua bentuk acuan pisang. Salah satunya berbentuk memanjang untuk menghasilkan hirisan memanjang dan yang lainnya berbentuk bulat untuk menghasilkan kerepek pisang berbentuk bulat.
Penutup Berbentuk CorongDiperbuat dari keluli tahan karat adalah dipasang untuk menutupi bahagian cakera pemotong. Ia juga berfungsi untuk mengawal hirisan pisang supaya jatuh terus ke dalam kuah.
Pemacu KuasaSebuah motor elektrik 0.5 kk yang berpusing dengan kelajuan 1410 pusingan seminit (psm).
Sistem transmisiTerdiri daripada kombinasi talisawat dan takal dengan nisbah 2:12. Kuasa daripada mepacu dapat memusingkan cakera pemotong dengan lejuan 230 psm.
KualiBerukuran 750 mm garispusat dan sebuah dapur gas ditempatkan di bahagian bawah cakera pemotong supaya hirisan pisang boleh digoreng secara terus.
Saiz Mesin800 x 500 x 1500 mm dan berat keseluruhannya ialah kira-kira 90 kg.
Operasi Mesin Menghiris Pisang
Mesin ini boleh menghiris pisang dengan dua bentuk hirisan iaitu bentuk memanjang atau bulatan bergantung kepada saiz buah pisang. Biasanya, kerepek pisang nipah dihasilkan dalam bentuk hirisan memanjang kerana saiz buahnya kecil, manakala kerepek pisang tanduk dihasilkan dalam bentuk hirisan bulat kerana saiz buahnya besar. Kuali pengoreng diletakkan di bawah cakera pemotong supaya hirisan yang telah dipotong jatuh terus ke dalam kualti untuk digoreng.
Faedah:
Dapat mengurangkan kos operasi
Menjimatkan masa
Meningkatkan hasil kerja
Dapat meningkatkan tahap kepuasan hasil pelanggan.
Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:Jabatan Pertanian Perak
No comments:
Post a Comment