PERTANIAN, PENTERNAKAN, PERIKANAN, TANAMAM, IKAN, KAMBING, LEMBU, AYAM, ITIK, SAYUR, SAYUR SAYURAN, BUAH, BUAH BUAHAN, HERBA, NURSERY, BUNGA, BAJA, BENIH, PROJEK EKSOTIK, BIOTEKNOLOGI, FERTIGASI, AGROTOURISM, ECOTOURISM, ANALISIS PERTANIAN, KURSUS, KOS, HARGA, KERTAS KERJA, PEMBIAYAAN
Thursday, January 15, 2009
Penternakan Ayam Penelur
Penternakan Ayam Penelur
Pengurusan Ternakan
Ternakan yang diuruskan dengan betul didalam persekitaran yang selesa akan membesar dan mengeluarkan hasil dengan baik dan berkualiti dengan baik dan dengan itu output ladang yang maksimum. Untuk output yang maksimum ia memerlukan integrasi sepadu dari segi kualiti anak ayam yang dibeli , pengurusan makanan , pengurusan air minuman , pengurusan kesihatan dan persekitaran pemeliharaan. Sebarang bentuk tekanan hendaklah dielakan. Anak ayam yang bermutu akan membesar dengan baik dan dengan itu mengeluarkan telur dengan bilangan dan kualiti yang baik. Makanan dan air minuman yang diberi hendaklah bermutu baik dan mencukupi. Makanan hendaklah disimpan ditempat dan pada suhu yang baik supaya tidak menjejaskan mutunya. Setiap ekor ayam perlu diberikan ruang lantai , ruang makanan dan minuman yang mencukupi mengikut peringkat pembesaran. Ketinggian bekas makanan dan minuman juga diselaraskan dengan peringkat pertumbuhan. Kesemua ini bukan sahaja dapat mengelakan tekanan dan pembaziran juga mempastikan keseragaman pembesaran.
Pengurusan Sisa Ladang
Sisa ladang ayam daging termasuklah sampah-saraf, saraf lantai, ayam yang mati, tahi ayam dan telur yang pecah. Sisa ini boleh menjadi tempat pembiakan lalat yang baik, menarik pemangsa datang ke ladang dan membawa bersama penyakit serta menyebabkan bau. Jika ianya tidak dilupuskan dengan sistematik dan sempurna bolih menyebabkan masalah kacau-ganggu kepada masyarakat persekitaran dan kejadian penyakit kepada ayam-ayam peliharaan.
Kawasan dan Perumahan
Pemilihan lokasi dan binaan reban yang sesuai serta pengurusan yang baik adalah penting untuk kepastian operasi ladang yang cekap, produktif, output yang maksimum dan berterusan. Kepekaan masyarakat kepada kualiti alam dan produk yang memberikan kesejahteraan kepada kesihatan dan kehidupan akan mewujudkan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh industri.
Lokasi Ladang
Pemilihan lokasi ladang yang sesuai adalah penting. Ciri-ciri penting dalam pemilihan tapak ladang adalah ;
Kawasan hendaklah jauh dari kawasan perbandaran dan perumahan
Mempunyai kemudahan perhubungan yang baik dan boleh beroperasi sepanjang masa
Jauh dari lain - lain ladang
Kawasan datar dengan sistem saliran air yang baik
Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik
Binaan Reban
Reban yang dibina hendaklah yang dapat menyediakan persekitaran yang memberi keselesaan kepada ayam dan pekerja serta kos yang ekonomik.
Bahan yang digunakan hendaklah bermutu , supaya kos penyenggaraan kurang , tahan , mudah dicuci dan tidak menyerap haba.
Pokok-pokok dan infrastruktur disekeliling reban tidak menghalang peredaran udara yang sempurna.
Rekabentuk reban memudahkan peredaran udara yang bersih yang sempurna didalam reban
Rekabentuk reban juga hendaklah dapat membantu kecekapan pekerja melaksanakan tugas-tugas penjagaan ayam dan pembersihan sisa ladang
Pengurusan Penyakit
Penyakit akan mengurangkan produktiviti kerana meningkatkan kos operasi akibat dari penggunaan ubat rawatan , kematian , menjejaskan pertumbuhan dan pengeluaran serta kualiti telur yang dihasilkan. Langkah-langkah kawalan penyakit seperti biosekuriti dan pelalian perlu dilaksanakan dengan teratur. Penggunaan ubatan didalam rawatan apabila perlu hendaklah mematuhi peraturan untuk mempastikan tiada residu ubat didalam telur atau mempastikan tidak meenggunakan ubat terlarang. Penggunaan ubat dengan betul juga dapat mengelakan pembentukan kekebalan terhadap ubat oleh kuman.
Amalan Perladangan Yang Baik
Penerapan amalan perladangan yang baik didalam perancangan menubuhkan ladang, kawalan penyakit dan pengurusan harian akan memberi beberapa faedah antaranya ladang produktif, kos diminimumkan, output dimaksimumkan, persekitaran dan kualiti hasilan yang tinggi dihasilkan. Ini akan memberikan keyakinan kepada pengguna, meningkatkan peluang pasaran dan seterusnya menjaminkan sebuah ladang yang mapan.
Teknologi
Beberapa teknologi baru telah diperkenalkan didalam pengeluaran telur ayam. Penggunaan teknologi-teknologi ini membantu menjimatkan penggunaan tenaga pekerja , meningkatkan output ladang.
Perumahan tertutup dengan ventilasi terkawal akan menyediakan persekitaran yang lebih sejuk dan selesa kepada ayam-ayam yang dipelihara. Kos pelaburan adalah lebih tinggi kerana menyediakan kemudahan untuk penyejukan reban dan kawalan persekitaran serta kos elektrik . Namun begitu ayam memerlukan ruang lantai yang lebih kecil . Maka itu lebih banyak ayam boleh dipelihara. Selain itu perumahan tertutup juga membantu didalam kecekapan pengawalan penyakit terutama penyakit bawaan burng dan haiwan liar. Antara kaedah yang digunakan sekarang adalah seperti 'evaporative cooling system' dan 'tunnel ventilation'. Perumahan seperti ini memerlukan kemahiran untuk mengurus dan menyenggaranya.
Penggunaan automasi didalam pemberian makanan dan minuman, buang paruh, memungut, membungkus dan menggred telur, pelupusan najis juga telah digunakan.
PEMASARAN TEMPATAN
Lebihkurang 90 peratus daripada pengeluaran dipasarkan dipasaran tempatan. Kesemua telur ini dipasarkan dalam bentuk 'shell-egg'. Pemasaran telur sebahagiannya dibuat oleh pemborong dan sebahagian kecil terus oleh peruncit. yang datang sendiri mengambil bekalan dari ladang. Selain dari pasaran runcit telur juga digunakan oleh loji pemprosesan makanan seperti kilang roti dan kaya.
Harga telur Ayam
Di Malaysia telur ayam dipasarkan berdasarkan sen sebiji mengikut gred. telur dikelaskan kepada beberapa gred berasaskan berat. Gred-gred tersebut adalah gred AA , A , B , C , D , E dan F. Harga telur ayam juga turun-naik (Jadual 7).
AA lebih dari 70 gram
A 65-70 gram
B 60-65 gram
C 55-60 gram
D 50-55 gram
E 45-50 gram
F dibawah 45 gram
Peratus sesuatu gred telur yang dikeluarkan bergantung kepada baka dan pengurusan. Hitungpanjangnya peratus gred adalah seperti berikut;
AA 4
A 12
B 28
C 31
D 18
E 5
F 2
Purata Harga telur Ayam (sen / biji)
AA A B C D E F
1996 18.02 17.52 16.98 16.33 15.33 14.33
1997 17.65 17.16 16.55 15.78 14.78 13.78 11.10
1998 18.52 17.83 16.94 16.16 15.21 14.21 13.21
1999 19.59 19.09 18.55 18.03 17.53 16.53 15.53
Pengangkutan
Mengurangkan tekanan haba dan stress semasa pengangkutan anak ayam adalah penting. Anak ayam yang terdedah kepada stress mungkin akan mengalam kadar kematian yang tinggi, terjejas pertumbuhan , terjejas ketahanan badan dan memudahkan terkena penyakit. Penghantaran anak-anak ayam kepada pembeli hendakalah menggunakan kenderaan yang dilengkapi dengan sistem ventilasi yang baik. telur pula mesti diangkut berhati-hati bagi mengelakan telur-telur pecah. Penggunaan sistem dan dulang telur yang baik adalah penting untuk mengurangkan masalah ini. Untuk menjaga kualiti yang baik telur sebaiknya diangkut menggunakan pengangkutan yang dilengkapi dengan sistem ventilasi yang baik terutama yang mempunyai sistem penyejukan.
Pasaran Eksport
Sebanyak 8-11 peratus daripada telur ayam yang dikeluarkan dieksport (Jadual 8 ). Kesemua telur-telur dieksport dalam bentuk 'shell-egg'. Pasaran utama adalah Singapura. Untuk memasuki pasaran eksport ladang hendaklah memenuhi syarat ditetapkan oleh negara pengimport meliputi sanitasi veterinar, jaminan kualiti dan status penyakit disamping harga dan produk yang berdayasaing.
Eksport telur Ayam ('000 tan metrik)
1996 1997 1998 1999
33,403 40,244 27,494 34,800
Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:
Labels:
Ayam,
Panduan,
Panduan Penternakan,
Penternakan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
FORUM Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia (GEM Community) - www.gem.socialgo.com
DIREKTORI Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia - www.pertanianmalaysia.blogspot.com
Global Excellent Marketing Sdn Bhd(GEM), Perunding, Pembangunan & Pengurusan Industri Sarang Burung Layang-Layang (Walet/Walit), Pakarekabentuk Rumah Burung Layang-Layang (Walet/Walit) - www.gem.tl.my
Post a Comment