Kebun Warisan's Followers

Wednesday, January 14, 2009

Hidup mewah ternak cacing

Hidup mewah ternak cacing

Rujukan : www.kosmo.com.my

SHAH ALAM - Jika sebelum ini kegiatan penternakan lintah dijalankan secara besar-besaran, kini peluang mula terbuka luas untuk aktiviti pembiakan cacing tanah pula.
Walaupun cacing menyebabkan ramai berasa geli, penternaknya pula boleh meraih pendapatan bulanan mencecah lima angka ekoran permintaan semakin tinggi bagi menjadikannya baja organik, pemusnah sampah organik, bahan campuran dalam makanan ternakan dan pembuatan kosmetik.

Ketua Pegawai Eksekutif AZR Agro Centre, Mustafa Abdul Wahab berkata, kegiatan itu hanya memerlukan modal rendah iaitu RM450 untuk sekilogram benih cacing selain kos penyediaan kandang mengikut keluasan.

Menurutnya, mereka yang berminat boleh memperoleh benih cacing daripada syarikatnya di samping mendapatkan bimbingan dan nasihat.

''Setakat ini kami telah menghasilkan 30 usahawan bumiputera dalam kegiatan penternakan cacing secara komersial,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian seminar penternakan cacing secara komersial yang disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Selangor, Noorazimah Taharim di sini semalam.

Berhubung dari segi pemasaran pula, Mustafa menjelaskan, para petani yang mengeluarkan hasil produk masing-masing seperti baja organik boleh menjual kembali kepada syarikatnya atau wakil pemasaran yang dipilih sendiri.

Dalam pada itu, Noorazimah pula berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukkan sebanyak RM14 juta dalam sektor pertanian termasuk kegiatan penternakan cacing yang termasuk dalam sub sektor padi pada tahun ini.


Last updated on 27 Mar 2008

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:www.kosmo.com.my

No comments: