Kebun Warisan's Followers

Monday, December 24, 2007

KELEDEK VITATO

KELEDEK VITATO


Sejak ditubuhkan hampir 40 tahun lalu, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) terus mengorak langkah memajukan industri pertanian negara.Terbaru, institut ini memperkenalkan ubi keledek varieti "VitAto" atau "Ipomea batatas", tergolong dalam famili "Convolculaceae" yang kaya dengan karbohidrat dan vitamin A.Menurut Pegawai Penyelidik Bahagian Agronomi MARDI, Zaharah Ariffin, kajian terhadap VitAto itu mengambil masa lebih lima tahun sebelum diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini."Hasil kajian MARDI mendapati ubi keledek varieti baru ini sesuai ditanam di tanah jenis bris yang banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu," katanya kepada Bernama baru-baru ini.KAYA DENGAN BETA KAROTENAKatanya VitAto mampu mengeluarkan hasil sehingga 40 tan sehektar atau lima kali ganda berbanding jenis terdahulu iaitu dari jenis Gendut, Telong dan Jalomas.Varieti Gendut disyorkan untuk makan secara segar manakala Telong dan Jalamas pula sesuai untuk pemprosesan tepung kerana kandungan kanjinya yang tinggi.Ubi VitAto sangat kaya dengan bahan anti-oksidan seperti "Beta karotena" yang ditukar menjadi vitamin A di dalam badan, vitamin C, vitamin E dan "anthocyanin".Bahan antioksidan ini penting dalam badan untuk mengelak kerosakan sel dan DNA seterusnya boleh menghalang masalah seperti kanser dan kecacatan kepada janin selain melambatkan proses penuaan.Kandungan beta karotena yang ada pada ubi keledek itu mampu kekal bila ia diproses menjadi tepung dan didapati pula tepungnya lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan tepung gandum di pasaran dari segi serabut diet dan vitamin C.PULANGAN LUMAYAN"Serabut diet dan zat kalium dalam ubi ini agak tinggi yang mampu mengelakkan penyakit kencing manis, sembelit dan kemungkinan berlakunya kanser usus besar," kata Zaharah.Muhyiddin, pada majlis mengumumkan VitAto, berkata ia memberikan pendapatan lumayan terhadap petani dengan pulangan hasil mencecah RM2,000 sebulan bagi sehektar tanah.Keledek ini dianggap cukup berpotensi untuk menjadi tanaman komersil dan alternatif kepada tembakau.Malah keledek itu dikenalpasti sesuai untuk dijadikan pelbagai jenis produk daripada bahan gantian tepung gandum dalam pembuatan roti dan kek sehingga kepada jus minuman.Zaharah berkata VitAto boleh dimakan selepas direbus, dikukus, digoreng atau dibakar serta boleh diproses menjadi produk makanan seperti jejari goreng (fries), kek, ban dan mufin.Ubinya berbentuk bujur panjang serta isinya berwarna oren.SESUAI UNTUK DIABETIS"Malah dengan rasanya yang manis ini VitAto ini boleh disediakan dalam bentuk jus dan "milk shake"," katanya.Indeks glisemik (kadar menjadi glukos dalam darah) bagi ubi keledek ini ialah 54, iaitu rendah jika dibandingkan dengan roti putih (96) atau nasi putih (70)."Ini bermakna ubi keledek ini amat sesuai dimakan oleh pesakit kencing manis," kata Zaharah lagi.Beliau berkata ketika ini sebanyak 70 hektar tanah bris di Kelantan telah ditanam dengan VitAto dan 50 hektar lagi di Terengganu.MAMPU GANTI TEMBAKAUKatanya harga borong VitAto boleh mencapai RM1.00 bagi setiap sekilogram berbanding 50 atau 60 sen bagi ubi keledek varieti lain.Tempoh matang VitAto adalah selama empat bulan selepas ditanam dan sesuai ditanam pada bulan Januari sehingga Ogos manakala bulan berikutnya didapati kurang sesuai kerana faktor cuaca.Setiap perdu tanaman VitAto boleh menghasilkan ubi seberat 9.0 kilogram jika dijaga dengan baik.Zaharah berkata "kesempurnaan" yang terdapat pada VitAto ini perlu dimanfaatkan oleh petani yang sebelum ini lebih mengharapkan kepada industri tanaman tembakau sahaja."Tidak rugi kepada petani mengusahakan ubi keledek ini selain tempoh masa yang pendek ia juga memberikan keuntungan kepada mereka," kata Zaharah.KELANTAN, TERENGGANU SESUAI TANAM VITATOPerkara yang sama turut disuarakan Muhyiddin yang menyarankan supaya Lembaga Tembakau Negara (LTN) terlibat secara aktif untuk mempromosikan tanaman itu sebagai gantian kepada tembakau dan seterusnya menjadi pendorong kepada pembangunan industri berasaskan ubi keledek di negara ini.Katanya, ini kerana kajian mendapati tanah bris di sekitar pesisir pantai Kelantan dan Terengganu yang selama ini dikenali sebagai pusat penanaman utama tembakau negara adalah sangat sesuai dengan tanaman ubi keledek."Saya melihat ia adalah tanaman alternatif terbaik setelah tembakau tidak lagi kompetitif apabila perjanjian kawasan perdagangan bebas ASEAN (AFTA) dilaksanakan sepenuhnya menjelang 2010," kata Muhyiddin.

No comments: