Kebun Warisan's Followers

Monday, December 24, 2007

Ternakan Ayam Kampung

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.


Sumber: Tidak diketahui

Ternakan ayam kampung

Mei 18, 2007
Ayam kampung diternak secara komersil dengan kaedah separa lepas. Kejayaan ternakan bergantung kepada baka yang berkualiti, makanan, pengurusan dan persekitaran yang baik. Baka ayam kampung bagi ternakan komersil biasanya dari jenis kacukan baka tempatan dengan baka luar negara seperti australia dan UK, baka2 ini boleh didapati daripada pembekal baka tempatan.
Kaedah eraman telur diguna dalam pembiakbakaan spesies ayam ini bagi kuantiti yang besar. Kaedah ternakan lebih kurang sama dengan ayam pedaging dimana ayam diternak dalam reban terbuka hanya terdapat sedikit pembezaan itu ayam haruslah dilepas dalam tempoh masa tertentu di sekitar kawasan reban.

Kebiasaanya ayam dapat dipasarkan dalam jangka masa 2 bulan setengah ke 3 bulan dari tempoh ternakan. Harga borong ayam kampung lebih tinggi berbanding ayam pedaging biasa kerana tempoh ternakan yang lebih panjang dan permintaan yang tinggi daripada pasaran tempatan.

1 comment:

okochadt said...

Salam.Saya teruja apabila melihat penternakan Ayam kampung ni....tp tidak tahu dimana hendak bermula dan kaedah mana nak ternak ayam kampung ini secara komersial.Sememangnya sy mempunyai ayam yang banyak tetapi kebanyakannya tido di atas pokok.jd saya ade buat satu reban,semuanya x berminat untuk tido di dalam.Walaupun hampir dua minggu ayam-ayam ini di kurung.Hanya ayam2 kecil dan ibu ayam sahaja tinggal di dalam reban manakala ayam dewasa masih suka tido di atas pokok.

harap jasa baik encik jika dapat membantu....

regards:

http://penternakanayamkampung.blogspot.com/