Kebun Warisan's Followers

Sunday, December 23, 2007

>>TERNAKAN KELI KANVAS

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.

Dipetik dari Aquabase:http://aquabase.wordpress.com/category/aquakultur/
Terima kasih kpd Encik Azka

Ternakan Keli Kanvas
Mei 1, 2007
ternakan keli dalam kanvas
Ternak ikan keli di dalam khemah kanvas salah satu projek perintis terbaru yang dilancarkan oleh jabatan perikanan kelantan bagi meningkatkan taraf hidup peternak ikan air tawar. berdasarkan konsep semua orang boleh bela ikan. Projek ini berpusat di jabatan perikanan machang kelantan dengan permulaan 200 khemah kanvas berukuran 6 kaki x 16kaki bagi setiap kanvas.
setiap kanvas dapat memuat 700 ekor anak keli bersaiz 2.5′ - 3′. ternakan dapat dituai dalam tempoh masa 3 bulan dengan anggaran 4-5 ekor per kilo. makanan berprotein tinggi (>40% protein) diberikan pada peringkatan permulaan ternakan bagi mempercepatkan kadar pembesaran anak keli. anak benih berkualiti dari spesies keli afrika merupakan faktor utama kadar pembesaran anak keli.

Teknik aliran air digunapakai dalam kaedah ternakan kanvas, supaya kitar air dalam kanvas dapat berjalan dengan baik sekaligus memastikan tahap kebersihan air. tahap kebersihan air kolam memainkan peranan penting dalam menentukan rasa daging ikan keli.
9 Komen aquakultur Permalink Dipos oleh mrazka

6 comments:

Anonymous said...

saya hazeri dari melaka berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang perusahaan ikan keli kanvas ini. Saya bercadang ingin memulakan bisnes ini. Tapak sudah ada tetapi saya kekurangan modal,pengalaman dalam bisnes ini. Bole berikan saya pedoman atau petunjuk utk persoalan saya ini? Dimana saya boleh mendapat khidmat nasihat yang sepatutnya?

EP One Drop Perfumes@mas said...

TAWARAN HEBAT!!!!
Kolam kanvas Gred A tanpa besi beserta tali & lubang di sekeliling.
Ukuran Panjang=8 kaki
Lebar =3 kaki
Tinggi =2 1/2 kaki
Harga=RM 300 (boleh dirunding).Penghantaran=kurang seminggu
Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi
En. K-Rol di 019-6400502 @016-2262427

sani said...

Salam Tuan! saya sani berasal dari Kota Kinabalu sabah sangat berminat dengan penternakan ikan keli afrika tetapi saya belum tahu bagaimana membuat proses pembenihan melalui suntikan. Sabah memang mempunyai pasaran yang hebat di masa akan datang. buat masa ni saya saya sudah mempunyai 4 buah kolam tetapi sekiranya saya tahu bagaiman proses pembenihan mungkin saya akan cuba perbesarkan lagi ternakan saya. Boleh ka tuan membantu saya mendapatkan CD utk rujukan saya, buku memang saya sudah ada tetapi ada benda yang saya kurang faham. harap2 tuan dapat membantu saya. wasalam.

Anonymous said...

terima kasih kerana rajin menyediakan blog ini.

Anonymous said...

Saya baru bercdang untuk menternak keli dalam kanvas di sekitar rumah, boleh sesiapa yang berikan saya pertolongan utk persiapan yang sepatutnya apa yang saya perlu sediakan mengikut susunan sehinggalah selesai serta dimana boleh saya peroleh, untuk makluman saya di Kuantan Pahang. terima kasih

Anonymous said...

bole tak segala peralatan utk penternakan keli ni kt guna dlm penternakn jenis ikan air tawar yg lain?