Kebun Warisan's Followers

Sunday, December 23, 2007

SERAI

SERAI MAKAN

Nama Botani : Cymbopogen citratus (DC.) Stapf.Nama lain : Sereh makan (Indonesia), Takrai (Thailand) Lemongrass (Inggeris)
Famili : Graminae

PengenalanTanaman serai makan (Cymbopogen citratus) dilaporkan berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan Tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batangnya dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60−100 cm dan lebar 1.0−1.5 cm. Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.
Khasiat dan KegunaanDi Malaysia, serai makan terutama batangnya digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti masakan rendang, tomyam, kerabu, masak lemak cili padi dan asam pedas. Aroma dan rasanya yang unik dapat menambahkan keenakan masakan dan meningkatkan selera. Di sesetengah negara, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati. Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau atau `lemon’. Minyak ini terdiri daripada beberapa sebatian dan kandungan utamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehide. Peratusan sitral dalam minyak pati serai makan adalah antara 65% hingga 85%. Sebatian-sebatian lain yang menpunyai lebih rendah peratusannya termasuklah linalol, geraniol, citronellal, citronellol, farnesol, farnesal, limonene dan nerol.Minyak pati serai makan diguna sebagai pewangi sabun, bahan pencuci, syampu dan produk lain.. Walau bagaimanapun sebahagian besar daripadanya digunakan untuk mendapatkan sitral (secara isolasi fizikal) dan ionones (secara tindak balas kimia terhadap sitral).

SERAI WANGINama Botani : Cymbopogon nardus (L.) rendleNama lain : Sereh wangi (Indonesia), Citronella (Inggeris)Famili : Graminae
PengenalanTanaman Serai Wangi (Cymbopogon nardus) dipercayai berasal sama ada dari Selatan India atau Sri Lanka. Serai Wangi juga tumbuh liar di kebanyakan negara di Asia Tropika, Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai wangi biasanya ditanam di halaman rumah sebagai tanaman dapur dan kebelakangan ini terdapat beberapa pengusaha yang berminat untuk menanam serai wangi bagi menghasilkan minyak patinya. Serai wangi ialah sejenis tanaman rumput yang tinggi dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Ia boleh tumbuh sehingga 1.0–1.5 m. Daunnya bersifat tirus, panjang sehingga 70 – 80 cm dan 2 – 5 cm lebar. Ia berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai makan. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi 8 bulan.
Khasiat dan KegunaanDari segi ubatan tradisional serai wangi digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusannya sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan. Ia juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut. Bagaimanapun di kebanyakan negara serai wangi ditanam khas untuk pengeluaran minyak patinya. Serai wangi menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `citronella oil’ di pasaran antarabangsa. Minyak sitronela mengandungi dua bahan kimia penting iaitu sitronelal dan geraniol. Sitronelal dan geraniol amnya digunakan untuk bahan dasar pembuatan ester-ester seperti hidroksi sitronelal, genaniol asetat dan mentol sintetik yang mempunyai sifat lebih stabil dan banyak digunakan dalam industri wangi-wangian. Hidroksi sitronelal penting untuk sabun dan minyak wangi yang berharga tinggi, manakala mentol untuk bahan dasar ubat batuk, ubat gigi dan pencuci mulut. 2 bahan penting dalam industri... Caryophyllene & citronellol
Projek Tanaman Serai

Ok....info diatas tu cuma asas tanaman yang perlu diketahui. Semua sumber tersebut boleh didapati dari website MARDI atau pun Jabatan pertanian. Berbalik kepada projek...Untuk membuat projek tanaman serai ni (sama ada serai wangi atau serai makan) sebenarnya x susah. Maksud nya mudah....anda x perlukan tanah yang besar maupun modal yang besar untuk melakukannya. Tanah seluas 1 ekar dengan modal RM3-4 ribu pun dah cukup bg semusim penanaman. (modal aku dulu dalam RM1500 je untuk seekar semusim).
Perkara asas sebelum memulakan projek..!!
Kesesuaian Tanah - Sepengetahuan aku, serai ni mudah ditanam dimana2 jenis tanah kecuali kawasan berair/berpaya. Kalau nak buat projek dikawasan tanah lembah atau lembab (berpaya)..pastikan saliran/longkang/parit2 mencukupi. Keadaan atau jenis tanah berkait rapat dengan penggunaan baja dan penjagaan kelak. Misalnya di tanah berpasir, tanah berpasir ni kebiasaannya kekurangan unsur organik didalam tanah. Kadar pegangan air dalam tanah juga mungkin kurang baik...jadi penggunaan baja organik mungkin terpaksa dilebihkan. Kalau tanah yg asalnya berpaya, tanah tersebut mungkin pH nya agak rendah (berasid) jadi penggunaan kapur akan menjadi lebih tinggi di kawasan ini. (bagi meninggikan pH) , keadaan tanah yg berasid akan menjejaskan kesuburan tanah dan tanaman kerana kebiasaannya, baja akan hilang atau terlarut begitu sahaja hasil tindakbalas asid dlm tanah.. (asid sulfat).
Pasaran - Pastikan dulu pasaran. Target pasaran. Untuk apa? Untuk serai makan atau serai wangi. Kalau serai makan, mana nak dipasarkan? Untuk kilang memproses (dijadikan serbuk sebagai contoh ADABI), secara basah...seperti dipasar2 aataupun dikedai2 secara terus. Sebenarnya nak memasarkan serai ni taklah susah sangat...cuma nak rajin bertanya...jangan malu. Pergi sahaja kekedai2 tom yam tu...tanya terus pada pengusaha kedai.... Dipasar pun boleh..cuma peniaga di pasar ni mau 'supply' tak putus je. Jadi untuk projek tu kenalah rancang dengan teliti. Kalau dah dapat kontrak dengan pengilang, pemasaran ni taklah susah sangat. Ataupun buat pertanian kontrak. (contract farming). Rata2 usahawan, (tak semua, segelintir sahaja), bila dah dekat nak harvest baru terkial2 nak cari pasaran...bila tak dapat, macam2 alasan diberi mengenai projek..tak untunglah, info tak betul lah, sampai FAMA pun disalahkan. Kalau dah 'last minute' FAMA pun pening nak tolong carikan market. Bagitau awal2, contohnya 2-3 bulan sebelum harvest.. jadi mudahlah mereka nak rancangkan target pengeluaran serta ruang pasaran untuk kita.
Keluasan tanah - Kalau nak tanam serai ni, seperti mana yang saya sebutkan di atas, kita tak perlukan kawasan yang besar sebenarnya, memadai 1 ekar pun dah cukup...cuma bila habis musim menuai, kena lah tunggu balik, dalam 6-8 bulan untuk tuaian musi kedua, sementara musim kedua berhasil, alamat menung la menunggu. Kebiasaan untuk penghasilan berterusan sepanjang tahun sekurang-kurangnya memerlukan keluasan seluas 5-10 ekar (komersil) sistem menanam pun ikut urutan (rotation), bukan segaligus tanam. Tanam secara berperingkat/berkala. selang1 -2 bulan, tanam diplot baru misalnya(jika 1 plot keluasannya 1 ekar) jadi kelak... setiap 1-2 bulan, anda akan menuai....taklah menunggu selang 6-8 bulan untuk mendapat hasil. Kalau baru nak cuba2, boleh juga buat 1/2 ekar dulu... tak ada salahnya.
Ada tanah, tapi dah bertanam/diusahakan dengan buah-buahan (dusun misalnya), atau ladang getah/kelapa sawit. Boleh juga ditanam . Serai juga boleh ditanam secara intergrasi (boleh pakai ke istilah ni?) dengan tanaman lain. Misalnya berdasarkan pengalaman aku sendiri, sementara musim mangga keluar, aku boleh dapat hasil daripada tanaman sampingan (serai)... antara barisan pokok mangga atau tanaman lain kita boleh tanam dengan serai...jadi kuranglah sedikit pergantungan kita terhadap satu jenis tanaman sahaja. Bukannya apa, langit tak selalunya cerah kan? Kalau mangga tak menjadi, serai ada. Cuma yang penting, serai tersebut tidak berada dibawah naungan, (tidak mendapat cahaya), kalau nak dibuat di ladang getah atau pun estet, pastikan tidak dibawah naungan. (<60%). Kos - Kos untuk menanam/ projek serai ni tak lah besar.... untuk 1 ekar (pekerja kita sendiri) kosnya dalam RM1-2 ribu sahaja...itupun semusim! Betul...percayalah.... Hasilnya.. InsyaAllah kalau RM1/kilo pun boleh dapat dalam paling minimum RM10,000 semusim/ekar !!! (kalau 1 ekar dpt ditanam 5 ribu rumpun...yang mana serumpun hasilnya 2 kilo serumpun dengan harga RM1/kilo.) Aku pernah dapat serumpun 9 kilo!! Harga ketika itu, RM1.40/kilo....tp siap proses (sebatang2 diikat sekilo-sekilo). Masa - Kebanyakan daripada kita ni sudah bekerja tetap. Nak berenti sayang, lagipun tak mahu menanggung risiko. Kerja pun susah dapat sekarang. Jadi projek pertanian ni cuma part-time sahaja. Tidak mengapa...boleh... serai tidak memerlukan penjagaan serapi menanam sayur. memadai kite menjeguk1-2 minggu sekali pada hujung minggu. Kalau sesak sangat masa tu sebulan sekali. kalau nak tanam terus tinggal sampai musim menuai pun boleh...tapi sendiri mau ingatlah! Nanti semak lagi tinggi dari serai..selak semak baru jumpa serai. (kalau ular tu tak payah cerita la)....Ingat! kalau kerjanya part-time, hasilnya pun 'part-time' la! Info lagi mengenai projek....Nak mula projek!! Serai makanIkut pengetahuan saya, serai makan ni ada 2 jenis yang ketara.1. Serai paha ayam2. Serai kampungKalau nak buat projek serai secara komersil, eloklah kita ambil serai paha ayam ni. Kebaikannya ialah cuma pada saiznya sahaja. Ia lebih besar sedikit dari serai kampung. (+/- dua jari) tapi aromanya kurang kuat sikit dari serai kampung. Tempoh matang serai ni adalah antara 6-10 bulan (bergantung pada pembajaan). Bagusnya serai ni, kalau kita terlewat harvest pun tak apa, dia takkan mati, Cuma mungkin rumpunnya akan mengecil sedikit. Biasanya dalam satu ekar, kita dapat menanam lebih kurang 10000-15000 rumpun serai jika hanya tanaman serai diusahakan. Untuk integrasi kita boleh dapat antara 5000 – 8000 rumpun serai seekar. Serumpun serai pula boleh menghasilkan lebih purata 3 kg serai yang siap proses. (kalau tanah subur, baja cukup kadang2 boleh capai 9kg serumpun) Harganya bergantung pada permintaan dan kawasan. Jangan risau. Market utk serai ni luas. Sekarang ni kan kedai tom yam banyak? Tapi pastikan dulu market, ok?Jarak tanaman yang disyorkan ialah 3ft x 3ft. Antara baris 3 kaki dan antara rumpun 3 kaki. (kalau nak kemas buatlah 3 x 4 kaki) Kalau kita tanam diladang getah, pastikan ada jarak 3-4 kaki dari anak pokok getah. Bukan apa biar nampak kemas. Lagipun ini utk memudahkan kerja2 pengurusan rumpai kelak.Sebelum mula menanam, pastikan dulu plot2 yg ada untuk ditanam serai, kalau boleh tiap 1@ 2 ekar dimasukkan sebagai 1 plot. Ini untuk memudahkan pengurusan nanti. Saya rasa yang sesuai kita buat begini. 2 ekar 1 plot. Jadi dalam projek nanti ada 5 plot tanaman. Kenapa kita buat 5 plot? Tak jadi masalah sebenarnya berapa plot pun yang kita buat, Cuma untuk memudahkan kerja kita kelak. Lagipun, kita tidak akan menanam kesemua plot tu cara serentak. Kita tak buat begitu supaya esok masa harvest tak pening kepala nak harvest semua dan tak perlu tunggu sampai 10 bulan balik untuk hasil berikutnya. Jadi untuk mendapatkan hasil tiap2 bulan, maka kita perlu buat plot2 tersebut dan menanam pada masa yang berlainan bagi tiap plot, misalnya selang 2 bulan. Jadi dalam setahun kita boleh harvest 5-6 kali setahun tiap 2 bulan. (utk harvest 1-2 ekar ini kadang2 makan masa 2 bulan gak, itu bergantung pada tenaga kerja yang ada.)Penyediaan kawasan.Kalau betul-betul semak, ada pokok-pokok renek, tolaklah dahulu dengan JCB (backhoe) kosnya dalam RM300 sehari, dah bersih barulah dibajak & rotor. Kalau tanah berair, pastikan anda membuat parit perimeter (parit besar sekeliling kawasan) dan parit2kecil ditengah kawaan tanaman. Ini untuk mengelakkan air bertakung. Dah siap semua nya itu, termasuk memagar..terpulang pada anda, ikutkan serai ni takde musuh, ternakan pun tak makan, cuma takut kena pijak sahaja. (lebih baik dipagar) . Step kedua barulah dibajak dan rotor . Kalau guna traktor Jabatan Pertanian, sewanya lebih kurang RM120-RM180 seekar (bagi bajak & rotor). Jikalau sistem integrasi, jangan bayar nilai diatas untuk seekar (pasal x bajak penuh...antara pokok sahaja). Nak bajak dan rotor cuma antara pokok getah kan? Jadi kita bayar nilai diatas separuh sahaja untuk seekar atau pun nilai diatas untuk 2 ekar. Ini penting kerana ramai yang tak tahu pasal ni. Kalau sewa traktor luar mungkin mahal sikit. Dalam RM 300 adalah kot (bagi bajak & rotor..2 kerja sekaligus/ekar)..Tak perlu buat batas. Kalau nak yang lebih bagus, selepas dibajak, taburlah baja tahi ayam dan kapur pertanian dahulu, baharu dirotor. Kalau x buat pun boleh...(kalau modal tak besar)Buat lining.Seperti jarak yang disyorkan diatas, pastikan kira jarak 3-4 kaki dari anak getah dahulu (kalau integrasi). Tandakan tiap poin 3 kaki dengan buluh atau anak kayu. Buat perkara yang sama di barisan hujung.(dibuat awal sebelum hari menanam)Tarik tali untuk luruskan lining. (dibuat pada hari menanam) Ambil kayu untuk buat ukuran poin antara benih serai. (potong kayu/buluh untuk pedoman. Cthnya 3 kaki)Pada tali yang ditarik tadi kita mulakan pada kayu yang dipacak gunakan kayu pedoman untuk menanam. Ukur dan tanam. Ulang dari benih yang ditanam sampai hujung barisan. Siap satu baris, buka tali dan alihkan ke poin sebelah. (ini teknik nak jimat kos sebenarnya) buat perkara yang sama sampai siap satu plot. (biasanya 1 plot 2 ekar antara anak getah ni boleh siap antara 1-2 minggu sahaja) Awas balik rumah kena cari tukang urut. Sakit pinggang! Penandaan pancang pedoman sebelum direntang tali antara 2 hujung tanaman serai antara mangga (baru dipangkas daun dengan mesen rumput) MenanamTeknik menanam!! Ramai yang tak tahu cara ni,Tak perlu gali lubang. Sebab tanah dah gembur. Cucuk je benih tu ataupun guna kayu pedoman tu cucuk tanah dan masukkan serai dalam lubang tu. Kalau boleh satu lubang tanam 2 benih. (takut satu tu tak menjadi). Tekan sikit dileher benih tu utk padatkan tanah.Jangan tanam tegak !!! Nanti lambat keluar anak lain. Sendengkan sikit 45 darjah!!! Kalau tanam 2 anak benih selubang, sendengkan dengan cara bertentangan. Cara begini akan mendapatkan rumpun yang besar dan padat! Kalau 3 benih selubang, buat seperti lambang Mercedes dari pandangan atas. Ramai yang tak tahu cara ni.Sebelum tanam, basahkan dulu anak benih dalam air. Kalau boleh, tanam awal pagi atau petang sedikit. (tak nak benih stress) Rendam semalaman dalam besen paras leher benih pun boleh juga. (Kawan saya syorkan, rendam dalam air yang dah dicampurkan dengan hormon penggalak akar, jadi mudah untuk berakar) Saya tak pasti apa hormonnya...tapi memadai kita membeli sedikit CIRP da bancuh sedikit sahaja kedalam air dan rendam benih tadi. penanaman pada barisan yg telah di tanda dengan tali. Jarak antara benih diukur sama dgn kayu pedoman (3 kaki) PENJAGAANPembajaanSerai ni perlu juga dibaja. Cuma tak memerlukan kekerapan yang kerap dan kuantiti yang banyak. Memadai 2 atau 3 bulan sekali.Bagi permulaan mulakan dengan NPK 15:15:15. tak payah banyak, lebih kurang segenggam serumpun. Taburkan keliling rumpun tu. Tabur atas pun boleh. Tapi jgn pada tengah hari...panas. Lepas tu bolehlah cari baja yang kandungan P tinggi. Contohnya NPK 5:18:12. Nak lagi mudah, baja tahi ayam atau kambing pun boleh.Kawalan rumpaiSebelum rumpun serai membesar, tentu ada masalah rumpai diladang. Nak mudah gunakan racun rumpai sahaja. Tapi awas, jangan silap pakai! Saya menggunakan racun DIURON sahaja! Kalau kena serai (kalau disembur pada serai pun) serai tak akan mati. Rumpai lain akan mati. Cuma kesannya akan nampak selepas 4-5 hari. Tanyalah dikedai2 jual baja dan racun. Mesti ada. Ia dalam bentuk serbuk bancuh kalau dalam bentuk cecair mahal sedikit. (serbuk RM20-30/kotak sekilo, Cecair RM80-100/ botol 4 liter). Bila rumpun dah besar, masalah rumpai akan berkurangan kerana rumpai lain alah dengan serai ni. Kalau nak pakai paraquat ke basta ke glyphosate ke pun boleh, cuma pastikan tak terkena pada daun atau perdu serai ni. (boleh mati). Nak kemas lagi, kita mesin lah rumput antara barisan serai tersebut.Kawalan perosakSerai ni jarang ada musuh. Cuma ulat pengorek batang sahaja. Kalau kita jaga rumpun dengan baik tiada masalah. Caranya, kita buat trimming pada rumpun selang 2-3 bulan sekali. Potong daun diatas dan tepi rumpun.(pakai mesin rumput je) Jadi taklah lembab sangat tengah2 rumpun tu. Ini juga untuk mengelakkan tikus bersarang dicelah2 rumpun. Biasanya jadi sarang ayam hutan. (best juga) Potongan daun juga akan membuatkan batang serai jadi besar. (jgn buat kerap sangat. Nanti tak besar2 pulak) Kalau nak guna racun, guna malathion pun dah cukup tapi 30 hari sebelum harvest jgn sembur ok?! Kalau nak sembur racun racun serangga, campurkan sedikit baja foliar (apa2 jenis) dan racun kulat (Mancozeb). 3 dalam satu. Jimat masa. (buat lepas trimming pun elok juga- saja protection)Kesemua 3 kawalan diatas tak perlu dibuat selalu. Dari awal tanam hingga harvest, memadai buat 3 kali sahaja. Cubalah buat eksperimen anda sendiri. Anda akan dapat lihat perbezaannya.*kesemua teknik diatas boleh diguna pakai bagi projek tanaman serai wangi. MENUAIMasa menuai inilah masa yang paling leceh bagi projek serai ni.Tuaian boleh dibuat selepas tempoh matang atau melalui pemerhatian. Agak nampak batang dah besar tu tuailah. Nak tuai senang guna chop – macam penggali tapi depannya macam sudip burger. Asah hujung bagi tajam. Tajak sahaja dipangkal perdu rumpun dan cabut. Rebahkan rumpun tu dan potong akar dan tanah yang melekat dan tak diperlukan dengan chop tu. Daun pun boleh potong dulu dengan chop. Nak mudah, sebelum tuai, trim dulu rumpun tu macam kita buat trimming untuk kawalan perosak (guna mesen rumput). Buat pendek sikit agak2 batang serai tu tinggal 2 kaki pun boleh. Nanti lagi mudah kerja2 proses dan mengangkut nanti.Selepas cabut, kumpulkan rumpun2 tu kesuatu tempat untuk kerja membersih. Cabut batang serai satu persatu, potong lebihan akar dan daun. Nak senang ikut contoh yang ada dipasar. Bersihkan dari kotoran tanah. (cari tangki PVC tak pakai, tadah air dan rendam je....senang) Ikat atau bungkus serai yang dah diproses tadi ikut permintaan pasaran. (ada yang nak ikat sekilo-sekilo),pilih btg serai yang terbaik untuk pasaran. Yang kecil2 tu jgn dibuang. Boleh dibuat benih kembali. Jadi, benih serai tu cuma dibeli sekali sahaja. (pastikan plot untuk menanam kembali telah siap!). Ada juga yg tak memerlukan proses diatas, misalnya untuk diproses. Kalau untuk pemprosesan ataupun serai wangi, memadai mencabut perdu serai tersebut dan terus hantar ke kilang/pusat pemprosesan. (harga dalam RM1/rumpun). Terpulanglah pada anda. Nak mudah, keuntungan kurang sedikit, nak keuntungan lumayan kenalah kerja lebih sedikit. KOS Kos-kos yang terlibat secara amnya, bagi projek penanaman serai seluas 1 ekar (0.4 hektar) semusim. Benih - Benih serai harganya dari 6-10 sen sebatang, bergantung pada kawasan dan jenis. Ada sesetengah projek ladang kontrak, pengusaha harus membayar lebih sedikit untuk benih kerana benih2 terpilih sahaja yang disediakan oleh pemproses. (salah satu cara pengilang nak untung lebih...apa daaaa) JCB/Backhoe - RM300-350/ hari. bergantung pada kawasan. Traktor pembajak/rotor - RM120-300/ekar. bergantung pada kawasan dan siapa yang memberi perkhidmatan tersebut. Baja, Racun rumpai & Racun serangga - Bergantung pada jenis dan harga disesetengah tempat. Upah (menanam & harvest) - bergantung pada anda.

6 comments:

as said...

Wow! Very comprehensive, I'm impressed. Very good intro for me to consider growing serai wangi.

Can serai wangi grow under mature oil palm? Nothing seems to grow underneath and I'm thinking of growing something underneath oil palm trees.

Anak Cameron said...

Serai Wangi under mature oil palm?
A very good idea but the limitation is more towards sunlighting.Why not diversify to "Penternakan"?Projek Kambing is superb in kelapasawit area.

Anonymous said...

Salam saudara,

info yang bagus, sayangnya saudara ambil bulat2 dari blog rakan saya. Saya rasa pemilik blog itu mungkin tak kisah saudara 'leeching'.. tp apa salahnya saudara siarkan link blog tersebut sebagai penghargaan kepada pengarang asal. W/bagaimana pun, terima kasih kerana byk informasi dr blog ini.

tq

Unknown said...

Tuan,

Boleh saya tahu hormon apa yang boleh digunakan untuk tanaman serai ini ??

tk

Email : Webiklaneka@gmail.com

jugek said...

thank you la bro for the detail explaination and in a language I can faham. I hope sikap tak kedekut ilmu you ini akan di berkati allah.

jugek7781

Koperasi Temasa Berhad said...

Kami berminat tanam serai n tengah cari bibit / benih serai so, info ni sangat berguna. TQ