Kebun Warisan's Followers

Sunday, December 23, 2007

>>Penanaman Cendawan Tiram Kelabu

Sumber:http://www.yourlivestock.com/penanaman_cendawan_tiram_kelabu.html

Penanaman Cendawan Tiram Kelabu

Terdapat lebih kurang 30,000 jenis spesis cendawan di dunia ini. 5,000 daripadanya yang boleh di makan. Di Malaysia ada 17 jenis spesis dari 5,000 jenis spesis yang boleh di makan.Kali ini kita akan kongsi mengenai cendawan yang di namakan Cendawan Tiram kelabu atau nama saintifik dia (Pleurotus Sajor-caju).



Khasiat Cendwan Tiram Kelabu adalah seperti berikut.

Khasiat:
1) mengawal atur darah - anti trombotik, merendahkan tekanan darah, kandungan glukosa dan lipid
2) tingkatkan sistem imun badan untuk melawan jangkitan virus dan bakteria
3) merencatkan tumbesaran tumor
4) sebagai anti-oksida dan aktiviti pelindung gen

Cara makan cendawan : (memang ada banyak jenis resipi cendawan ini)
1) di buat Tom Yam, Sup
2) di buat Sate
3) di goreng tepung
4) di masak sayur campur

Perusahaan penanaman Cendawan Tiram Kelabu secara komersial mula mendapat tempat di negara kita Malaysia.Buat masa ini permintaan adalah melebihi pasaran untuk bekalan cendawan segar. Untuk liputan kali ini, majalah YourLivestock.com beruntung kerena dapat bertemu dengan En Nabil Bin Sanusi seorang pengusaha Cendawan Tiram Kelabu di Kg Jenderam, Salak Tinggi.



En Nabil mula mengusahakan tanaman cendawan secara komersial ini dalam 6 bulan lepas iaitu dalam sekitar bulan Mac 2007. Beliau telah mula mengutip hasilnya dalam awal bulan Jun 2007.Kapasiti pengeluarannya adalah 50KG cendawan sehari dan akan di tingkatkannya kepada 100KG sehari dalam masa terdekat. Kapasiti ladang cendawan beliau buat masa ini boleh menghasilkan sehingga kepada 300KG cendawan sehari.

Encik Nabil merupakan graduan akauntan dari Universiti tempatan mula menceburi bidang logistik terlebih dahulu sehingga di perkenalkan oleh rakan-rakan beliau kepada perusahaan cendawan tiram kelabu secara komersial. Beliau kemudian telah mengambil beberapa kursus berkaitan cendawan dari Unit Tanaman Cendawan, Seksyen Penyelidikan dan Agroteknologi dan Persatuan Jurutera Pertanian Malaysia (MSAE) dan juga dari Jabatan Pertanian. Berbekalkan ilmu dan keyakinan, beliau melabur lebih dari 200K untuk membuka ladang tanaman cendawan tiram kelabu secara komersial.

1 comment:

Anonymous said...

saya pun penternak baru yg sedang mencari pasaran untuk pasarkan cacing dan baja kompos. jika kita boleh bekerja sama untuk menjayakan pemasaran secara besarbesaran sila hubungi sy di farhanramli@gmail.com atau 013-4232060. sy berada di kawasan utara di alor star kedah.