Kebun Warisan's Followers

Sunday, December 23, 2007

>>PITAYA (DRAGON FRUIT)

Sumber:http://www.famaxchange.org/index.php?ch=10&pg=468&ac=655&bb=1138


PITAYA (DRAGON FRUIT) MENDAPAT TEMPAT DI MELAKA
Disediakan Oleh: Noranhazlina Md Karim - Khidmat Risikan Pasaran FAMA Melaka (noranhazlina@yahoo.com)

Buah naga berisi merah adalah dari spesis yang sesuai
ditanam secara besar-besaran di Malaysia. Ini di
sebabkan faktor cuaca, persekitaran serta potensi pasaran
yang amat sesuai di negara ini, berbanding buah naga berisi
putih. Anggaran keluasan tanaman buah naga di Negeri
Melaka adalah 51.2 hektar dengan kuantiti pengeluaran 128
MT sebulan. Machap dan Durian Tunggal di daerah Alor Gajah
merupakan kawasan utama penanaman buah ini.
Menurut En Yahya, seorang pengusaha ‘dragon fruit’ dari
Machap, pengurusan pokok seperti pembajaan,
penstrukturan dan pencegahan bunga dari bakteria adalah
amat penting bagi menjamin pengeluaran yang tinggi dan
berkualiti. Cuaca, hujan berselang seli panas terik merupakan
cuaca yang paling sesuai bagi penanaman buah ini.
Bagi memastikan hasil yang dikeluarkan berkualiti dan pokok
tahan lama, pengusaha menggunakan baja organik, kerana
pokok ini tidak sesuai dengan penggunaan baja kimia, racun
rumput dan sebagainya. Pitaya akan mula mengeluarkan hasil
selepas 8 hingga 10 bulan ditanam dan terus berbuah
sepanjang masa tanpa musim. Buahnya mengambil masa
40 hari untuk masak selepas kembang bunganya. Tumbuhan
ini juga senang dijaga kerana pokok dan buah naga ini paling
kurang musuh perosaknya.
Kebiasaannya, pengeluaran buah naga dianggarkan 2.5 MT
/hektar /bulan. Setakat ini penawaran buah naga di Negeri
Melaka masih tidak mencukupi untuk menampung bekalan
tempatan. Justeru buah ini hanya dihantar ke pasaran
tempatan.
Harga buah naga yang berisi merah diperingkat ladang
adalah seperti berikut; Gred A RM6.50 /kg, Gred B RM5.50
/kg dan Gred C RM4.50 /kg. Manakala di peringkat runcit;
Gred A RM8.00 /kg, Gred B RM7.00 /kg dan Gred C RM6.00
/kg. Buah naga berisi putih pula; Gred A RM3.00 /kg, Gred B
RM2.00 /kg di peringkat ladang. Manakala di peringkat runcit;
Gred A RM5.00 /kg dan Gred B RM3.00 /kg.
Potensi penjualan pada hujung minggu boleh mencapai ke
100kg sehari, berbanding pada hari biasa. Buah naga berisi
merah mendapat permintaan baik kerana rasanya yang lebih
manis berbanding buah naga berisi putih. Dari segi ketahanan
buah, ianya tahan selama 45 hari dalam keadaan suhu yang
sejuk, sementara pada suhu biasa pula hanya boleh tahan
selama 15 hari. Oleh itu buah ini mempunyai ketahanan dan
sesuai di eksport keluar negara.

No comments: