Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik: http://www.geocities.com/lina7901/bungakertas.html
BOURGAINVILLEA
FAKTA
Nama Botani :BourgainvilleaNama Tempatan : Bunga kertas Famili : Nyetaginaceae
POKOK bunga kertas adalah pilihan bagi mereka yang inginkan taman sentiasa kelihatan ceria dan berseri dengan warna. Ini kerana pokok bunga kertas tahan panas dan boleh ditanam di tempat terbuka.
Matahari memberikan kesihatan yang baik kepada pokok bunga kertas dan membolehkan ia sentiasa berbunga.Oleh itu ia sesuai bagi mereka yang memilih konsep tropika manakala bunga yang sentiasa berkembang juga sesuai untuk menerapkan konsep kedesaan bagi landskap kediaman.Bunga kertas jarang diserang serangga.Bagaimanapun jika terkena serangan boleh disembur dengan racun serangga biasa. Boleh juga diamalkan menyembur racun serangga sekitar sebulan sekali.Tanah hendaklah sentiasa digembur bagi memberikan pertumbuhan yang sihat.Pemasuan semula perlu dilakukan apabila akar sudah memenuhi pasu.Untuk itu keluarkan pokok daripada pasu dan pangkas akarnya. Selepas itu bolehlah dimasukkan semula pokok berkenaan di dalam pasu sama atau pasu yang lebih besar dengan diletakkan tanah baru.Selepas memasu semula, letakkan pokok di tempat teduh bagi tempoh dua hingga tiga minggu. Ini kerana pokok masih berada dalam keadaan tertekan dan perlu dijaga. Meletakkan ia di tempat terbuka akan membuatkan pokok semakin tertekan. Siraman secukupnya perlu dilakukan pada pokok yang mengalami pemasuan semula.Dalam pemilihan pasu untuk pokok bunga kertas gunakan pasu tanah liat dan bukannya plastik atau jenis licin. Ini bagi membenarkan kemasukan udara dan supaya air tidak bertakung.Ada sesetengah orang hairan mengapa pokok bunga kertas mudah luruh daun dan bunganya. Ini disebabkan terlalu banyak baja dan kurang disiram. Baja sifatnya panasdan jika terlalu banyak dibubuh di tempat terbuka ia menjadikan pokok bertambah panas. Kurang siraman juga menyebabkan keadaan semakin kering.TEKNIK MENANAM DAN MENJAGA:
MEDIUM TANAMAN
Ia memerlukan campuran medium tanaman di mana air senang di mana air senang mengalir keluar. campuran yang sesuai dan disyorkan ialah 3:2:2 (tanah peroi:tanah gambut/baja organik:pasir sungai)
CAHAYA MATAHARI
Bunga kertas memerlukan cahaya matahari sepenuhnya. Oleh itu untuk menghasilkan pokok yang cantik letakkan ia di tempat terbuka.
PENYIRAMAN
Siraman yang banyak juga penting bagi pertumbuhan dan kecantikan pokok. Jika musim kering lakukan siraman dua kali sehari tetapi bagi keadaan cuaca yang sederhana sekali sehari memadai. Seelok-eloknya, pastikan medium tananman kering sebelum menyiramnya semula.
PEMBAJAAN
Pembajaan perlu dilakukan dua minggu sekali. Gunakan baja organik dan baja campuran dan boleh diselang selikan. Bagi baja campuran, pastikan ia adalah baja berwarna hijau untuk pertumbuhan batang dang daun yang sihat terutama selepas pemangkasan. baja warna merah adalh untuk pertumbuhan bunga yang banyak.
baja kandang yang telah siap diproses juga amat di syorkan.
Kadar baja adalah sekitar satu sudu besar bagi baja campuran dan dua sudu besar bagi baja organik. Ini adalah kadar untuk pokok yang di dalam pasu.
Pemangkasan perlu dilakukan apabila bunga mulai gugur dan kurang berseri. Potong bahagian yang nampak tidak elok dan selepas seminggu bolehlah dibaja.
PEMBIAKAN
ia senang dibiakkan denagn keratan batang. kaedahnya ialah kerat ebberapa batang pokok yang sudah matang berukuran lebih kurang eman inci. sapukan hormon penggalak akar dan tanam di dalam medium pasir sungai. ia juga boleh dibiakkan dengan kaedah tut.
IDEA PAMERAN
boleh ditanam atas tanah atau di dalam pasu kecil atau besar. bagi pokok yang bebrbatang kecil atau renek, ia boleh diikat pada batang kayu untuk melatihnya memanjat.
pokok pelbagai warna dan daun boleh dikawinkan menjadi satu pokok dengan kaedah tut untuk mendapatkan bunga pelbagai pameran bunga yang cantik. pamerkan ia dalam satu pasu yang besar
pokok bunga kertas boleh dijadikan pokok bonsai untuk kelihatan lebih ekslusif.
ia juga sesuai dijaidkan pokok pagaran dan topiary iaitu sejenis seni tanaman emmbentuk pokok bentuk geometri, binatang dan sebagainya
TIPS:
potong tangkai bunga selepas bunganya gugur untuk kelihatan kemas dan menggalakkan pertumbuhan pokok seterusnya
apabila membelinya dari pusat tanaman, pastikan anda membeli pokok yang tumbuh kukuh dbngan banyak kudap bungadan daunnya sihat serta bebas daripada jangkitan penyakit dan serangga
jangan pindahkan pokok ketika ia sedang berbunga kerana ini akan emnyebabkan bunganya cepat layu dan gugur secara tiba-tiba. sebaliknya jika ingin memindahkannya, lakukan selepas ia habis berbunga dan berikan baja berwarna merah untuknya berbunga semula
No comments:
Post a Comment