Kebun Warisan's Followers

Friday, April 4, 2008

Pelaburan Terkini KOPEDIK :Program Pelaburan Usahawan Ternakan (PPUT)

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:http://kopedikcenter.blogspot.com/

Pelaburan Terkini KOPEDIK :Program Pelaburan Usahawan Ternakan (PPUT)

Kopedik menawarkan kadar keuntungan 10%-12% sebulan kepada mereka yang turut serta dalam Program Pelaburan Usahawan Ternakan (PPUT). Modal minimum RM3000 sahaja. Tempoh perjanjian selama 3 tahun sahaja.Selepas 3 tahun, modal pelabur hanya dibayar sebanyak 50%-75% shj. Walaupun begitu, dalam masa 10 bulan, dah dapat modal kembali.Projek yang dijalankan perniagaan lembu,korban online,aqiqahonline,jualan daging segar dalam dan luar negara jenama Farm Fresh.Pembayaran keuntungan dibayar terus ke akaun anda maybank atau cimb shj.

Sila lihat akhbar Metro bertarikh 25hb. Mac 2008 hari Selasa (ruangan bisnes) - Lihat keratan di bawah .

Thursday, March 27, 2008

Keratan Akhbar : Program Pelaburan Usahawan Ternakan (PPUT)
myMetro » Bisnes (selasa :25hb. Mac 2008)

Kedai butik Daging Segar
Oleh Mohd Amin Jalilaminjalil@hmetro.com.my

SYARIKAT milik penuh Bumiputera, Farm Fresh Industries (Farm Fresh) di Seremban, Negeri Sembilan yang bergiat cergas dalam industri penternakan dan pemasaran daging segar mensasarkan pembukaan 50 lagi kedai jualan runcit di seluruh negara tahun ini melalui konsep kedai butik jenama ‘Daging Segar’.Pengarahnya, A Halim A Rahman, berkata konsep rangkaian pemasaran berkenaan akan dilaksanakan melalui kaedah perkongsian pintar yang diwujudkan syarikat melalui Program Usahawan Ternakan (PUT) sejak hujung tahun lalu dan menerima sambutan menggalakkan daripada usahawan bidang ternakan.“PUT adalah hasil inisiatif kami untuk membantu usahawan penternakan, terutama lembu meningkatkan pendapatan mereka dan turut memberi peluang kepada mereka yang berminat dalam bidang ini, tetapi tidak mempunyai kepakaran dan ilmu berkaitan.“Hasil sambutan memberangsangkan itu, syarikat menetapkan sasaran membuka lebih banyak cawangan butik Daging Segar di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak melalui konsep perkongsian pintar ini,” katanya, ketika ditemui di pejabatnya di Senawang, Seremban. Daging Segar adalah jenama bagi rangkaian butik jualan daging mentah segar dan pelbagai produk berasaskan daging yang dilancarkan Farm Fresh melalui konsep moden, berhawa dingin serta bersih bagi memenuhi permintaan pelanggan mementingkan keselesaan dan kebersihan.
Syarikat yang semakin berkembang itu turut melaksanakan sistem kontrak ladang di seluruh Malaysia serta negara jiran untuk memenuhi permintaan terhadap bekalan daging segar dan pelbagai produk berasaskan daging.A Halim berkata, melalui PUT, syarikat berkenaan memasarkan lebih 2,000 ternakan dalam tempoh kira-kira dua bulan dengan membekalkannya kepada ladang secara kontrak di dalam dan luar negara serta menjangka jumlah itu akan meningkat sehingga 5,000 ekor menjelang pertengahan tahun ini.“Semua ternakan itu ditempatkan di ladang ternakan di dalam dan luar negara. Kami yakin usaha ini akan dapat membantu negara mengurangkan kebergantungan kepada daging import, sekali gus mengelak aliran keluar wang kita ke negara luar yang mencecah berbilion ringgit,” katanya.Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, usaha syarikat itu menjalinkan kerjasama dengan pengusaha projek penternakan di luar negara dilaksanakan bagi menambah pengeluaran daging untuk memenuhi permintaan pasaran.“Usaha itu dilaksanakan melalui syarikat sekutunya, Eastana Farm Industries dengan konsep ladang kontrak dijalin dengan pengusaha di Indonesia, Thailand, Myanmar dan Kemboja bagi membekalkan ternakan dan daging proses untuk pasaran antarabangsa,” katanya.
Posted by KOPEDIK ZON TENGAH

hubungi hisham :019-2272127

No comments: