Kebun Warisan's Followers

Friday, April 4, 2008

Projek Ternakan Cacing Komersial-Program Rakan Niaga Usahawan Tani ProCaKK (JV ProCaKK)

Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:Kitab Waima Group

Program Rakan Niaga Usahawan Tani ProCaKK (JV ProCaKK)

Program ini dirangka bagi menggalakkan lebih ramai Usahawan Tani yang berkecimpung dalam Industri Penternakan Cacing secara komersial. Jika dilihat kepada syarikat - syarikat lain yang mengadakan program yang sama, kebanyakannya mengenakan yuran atau deposit yang tinggi bagi memulakan penternakan ini sehingga RM10,000.00 ke atas. Pada kami, keuntungan secara zahir yang dilihat harus juga menyelami keuntungan akhirat di mana kami lebih mementingkan keselesaan dan doa dari penternak, jika mereka berjaya bangun atau bangkit dari kemiskinan dengan cara menyertai program ini. Kami sangat bersyukur dan mudah - mudahan doa mereka dirahmati dan Kitab Waima Group masih kekal dan terus menolong mereka yang inginkan kekayaan dari hasil titik peluh mereka sendiri.
Objektif
- Merangka pengurusan penternakan melalui jaringan niaga di seluruh Malaysia
- Memberi peluang sama rata kepada kaum bumiputera melayu untuk berkembang dan keluar dari kemiskinan
- Memberi pendedahan dari aspek pengurusan ladang ternakan dan pemasaran
- Mengekal dan memperkukuhkan lagi industri ternakan cacing ini dengan cara persepaduan rakan niaga di segenap jajahan.
Perlaksanaan
- Terbuka kepada kaum bumiputera melayu di seluruh negeri di Malaysia (Tidak termasuk Sabah & Serawak)
- Rakan niaga akan dipilih seorang sahaja untuk setiap jajahan atau mukim di kawasan tinggalnya kecuali kawasan taklukannya luas dan memerlukan ramai JV ProCakk.
- Rakan niaga akan dilatih dan diselia oleh pegawai dari KWG yang sentiasa memantau operasi ternakan dan pemasaran.
- Rakan niaga diberi hak untuk menjaga, pengurus dan memasarkan ternakan mengikut polisi yang telah ditetapkan.
- Agihan keuntungan diberikan sebanyak 60% (rakan niaga) dan 40% (KWG) dari hasil keuntungan bersih setiap bulan.
- Pihak KWG akan membeli dengan harga RM100.00 sekilo dan RM500.00 sekilo dijual kepada mereka yang baru atau penternak yang bukan dari kalangan AHLI KWG.
- Yuran sebagai rakan niaga (JV ProCaKK) adalah sebanyak RM3,000.00 dan tempoh perjanjian selama 5 tahun. Yuran tidak akan dikembalikan.
- Rakan niaga akan disertakan 4 kilo cacing, bekas, rak bertingkat (seperti gambar) dan 50 kilo makanan cacing.

Kepada sesiapa yang berminat, sila emailkan maklumat di bawah terus kepada Pengarah Urusan KWG di : rudy@kitabwaima.com

1 comment:

HAHA AGRO said...

KURSUS TERNAKAN CACING

PADA 26 APRIL 2008,
HARI:SABTU
TEMPAT:DEWAN UTM(ALUMNI)SKUDAI
MASA:8.00pg-5.00pm

PROGRAM YANG DISEDIAKAN MENGENAL PASTI SPESIS CACING,
PENYEDIAAN TEMPAT PEMBIAKAN,
SISTEM TERNAKAN DAN PENJAGAAN,
SISTEM PEMAKANAN,
PEMBIAYAAN PINJAMAN PROJEK
PASARAN,
PRAKTIKAL DAN BANYAK LAGI...



MAKLUMAT LANJUT
:013-7004748 EN ASRI
:013-7288218 EN JAMIL