Kebun Warisan's Followers

Saturday, September 12, 2009

Jenis2 Cendawan /Nilai Nutrisi Cendawan Bagi Tujuan Perubatan

Nilai Nutrisi Cendawan Bagi Tujuan Perubatan


JIKA dahulu tidak ramai yang menggemari cendawan kecuali mereka yang tinggal di pedalaman tetapi masakan cendawan kini semakin digemari dengan dihidangkan pelbagai jenis masakan.

Bagaimanapun, selain daripada rasanya yang sedap, tidak ramai daripada kita yang benar-benar mengetahui khasiat daripada tumbuhan ini terutama dari segi perubatan.



Berdasarkan kajian oleh Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), cendawan sememangnya mempunyai banyak khasiat dan nilai perubatan seperti :


Auricularia sp (Telinga kera /Jeli hitam)

Membantu merawat gangguan kardiovaskular dengan:


mencairkan darah beku.
mengawal atur tekanan darah.
merendahkan tahap kolestrol dan lipid.
agen antioksida, melindungi DNA.
membantu mengurangkan berat badan.



Schizophyllum commune (Cendawan kukur)

Mengandungi Schizophyllan iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser.
Membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh.
Anti radangan.
Anti bakteria.
Anti parasit.
Melindungi hati.


Lentinus edodes (Shiitake)


Mengandungi Lentinan iaitu bahan yang terdapat dalam ubat anti kanser. Ia juga digunakan sebagai terapi imuniti bagi kanser paru-paru, usus, serviks dan payu dara.

Dikatakan mampu membantu merencat pertumbuhan semula kanser.
Membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh dengan merangsang limfosit dan makrofaj agen melawan bakteria, virus, sel tumor dan toksin.



Flammulina velutipes (Jarum emas)

Merupakan agen toksik kepada sel tumor.
Meningkatkan sistem imuniti tubuh serta menghalang jangkitan kulat dan virus.
Agen anti radangan.
Aktiviti pelindung gen - menghalang kerosakan DNA.



Agarcius braslllensis (Cendawan butang)

Membantu merencatkan pertumbuhan tumor.
Membantu mengawal atur tekanan darah.
Membantu Merawat gastrik.



Ganoderma sp. (Ling zhi)

Membantu menghalang dan merawat kanser.
Meningkatkan meningkatkan sistem imuniti dari segi;
Anti alahan,
Anti radangan,
Anti viral,
Anti bakteria dan,
Anti oksida.
Melegakan serta merawat paru-paru yang berpunca dari serangan lelah (asma) dan masalah pernafasan.
Melindungi hati dengan meningkatkan proses detosifikasi.




Hericum erinaceum (Cendawan bunga kubis)

Membantu merangsang faktor pertumbuhan saraf serta berpotensi untuk membantu merawat penyakit saraf seperti dementia, trauma saraf akibat strok dan juga penyakit Alzheimer.

Membantu menguatkan otot, gerakbalas motor dan fungsi kognitif.
Lektin - mampu membantu merencat pengumpulan darah merah.
Membantu merawat ulser perut.
Membantu meningkatkan sistem imuniti.



Pleurotus cystidiosus (abalone)

Pleurotus flabellatus (tiram merah jambu); Pleurotus citrinopileatus (tiram kuning); Pleurotus florida (tiram putih) dan




Pleurotus sajor-caju (tiram kelabu)

Mengawal atur darah, anti thrombotik, merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid.
Meningkatkan sistem imuniti bagi melawan jangkitan vierus dan bakteria.
Menghalang pertumbuhan tumor.
Agen anti oksida dan melindungi faktor genetik.


Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:Sumber : Utusan Online

1 comment: