Kebun Warisan's Followers

Sunday, September 6, 2009

SEKADAR RENUNGAN (Utk Pengusaha Cili Yg Baru)

Maka Sempurnalah Satu Musim Penanaman Cili
SEKADAR RENUNGAN (Utk Pengusaha Cili Yg Baru)
DIPETIK DARI http://fertigasi.blogspot.com/


Assalamualaikum kepada semua penatap blog ini, terima kasih juga kepada insan - insan yang setia menanti nukilan terbaru. Disini ingin saya sampaikan saat - saat berakhirnya musim penanaman cili untuk 2007.

Kutipan cili bermula di pengakhiran bulan 9 2007, ketika itu merupakan detik - detik yang paling bermakna buat kami semua. Hasil pertama kami agak memberansangkan dengan keadaan pokok yang hampir separuh daripada tanaman kami jatuh sakit. Berat timbangan lebih kurang 15kg, harga cili sekg pada masa itu tidak begitu tinggi hanya dalam linkungan RM 4 - 5 sekg. Kami berharap lonjakkan harga cili akan berlaku pada bulan 10 2007 iaitu saat Aidilfitri.

Keadaan Cili pada peringkat pertama menjangkau minimum 8 inci. Cili kami sedikit unik daripada cili cili yang lain kerana wujudnya rasa manis (tidak seperti gula) pada buah cili, Fenomena ini agak sukar untuk kami jelaskan. Pembeli memberi komen cili kami memang sedap dibuat ulam tak kurang juga yang mengatakan cili kami tahan lama.

Kutipan cili dilakukan sebanyak 2 atau 3 hari sekali, pemborong akan datang ke kebun kami mengutip hasil. Hasil kutipan berlegar antara 10kg ke 15kg. Jika tertangguh kutipan, maka hasil akan melonjak ke 30kg.Pada masa yang sama Musim hujan masih berlansung, bagi mereka yang bertani hujan dan kerja meracun sangatlah merunsingkan selesai meracun hujan datang membasuh. Jadual meracun begitu mudah terganggu.

Sakit pokok kami makin buruk begitu jugak dengan hasil. Di peringkat buah ke-2 dan ke-3 tahap kualiti buah sangat ketara. Struktur buah mula membengkok tidak lagi lurus. Banyak putik putik bunga jatuh bergelimpangan diatas silvershine. pedih terasa hati melihat keadaan pokok sedemikian.

Jatuh Ditimpa tangga musim perayaan aidil fitri makin hampir harapan harga cili melonjak musnah apabila berlaku lambakkan cili dipasaran, harga jatuh merudum ke rm1 sekg. Kami terkedu sebentar. Selepas perayaan pokok cili kami tidak lagi dapat bertahan, sakitnya makin tenat kami tiada pilihan lain pokok terpaksa dilupuskan.

Mengumpul semangat yang pudar, kami mengambil masa beberapa ketika untuk mengatur langkah mencari kekuatan bagi melonjak kehadapan.

"Jadilah seperti Bola semakin kuat ia jatuh semakin tinggi ia melonjak"

Perancangan dimasa hadapan, kami masih ingin mengekalkan tanaman sayur sayuran, rancangnya jika tiada penghalang mungkin tanaman yang tidak begitu manja. Yang sebenarnya pilihan tersebut dipilih kerana masing masing sebuk dengan tanggungjawab yang lain, agak sukar untuk kami memberi tumpuan 100%. Namun kami akan terus berusaha mencari pengalaman.


Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:http://fertigasi.blogspot.com/

No comments: