Kebun Warisan's Followers

Sunday, September 6, 2009

Panduan Penanaman Cili

Panduan Penanaman Cili

Ingin menanam cili tetapi tidak tahu bagaimana! Ikuti petua yang disarankan oleh Prof. Madya Dr. Ahmad Mahir Mokhtar
dan Prof. Dr. Ismail Ahmad dari UKM
'
Penyediaan Kawasan ·
Meletakkan Sungkupan ·
Penyemaian dan Penyediaan Anak Benih ·
Pengubahtanaman ·
Penyiraman ·
Pembajaan ·
Pengawalan Rumpai, Perosak Tanaman dan Penyakit ·
Pungutan Hasil


Penyediaan kawasan ·
Pengapuran – dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum pengubahtanaman.
Untuk tanah gambut dan berasid, pengapuran pada kadar 2 tan/ha setahun. Untuk tanah berasid yang sangat rendah
(pH 3.5 –3.7), pengapuran pada kadar 10 – 25 tan/ha setahun. · Penyuburan tanah – tambahkan
najis haiwan pada tanah berpasir & tanah liat · Pembajakkan – tanah dibajak dan digembur sedalam 15-20sm
untuk meningkatkan sistem pengairan dan pengudaraan tanah serta untuk mencampuradukkan bahan organik.
Batas · penanaman satu baris sebatas : lebar batas 50, tinggi 30 sm · penanaman dua baris sebatas : lebar batas 120 -
150 sm · jarak antara batas : 60 –100 sm · antara batas : perlu diselangi parit seluas 75 sm untuk mengatasi
air bertakung dan banjir

Meletakkan sungkupan ·
Untuk mengawal rumpai, penyakit & serangga · Mengekalkan kelembapan tanah &
mencegah hakisan · Bahan sungkupan : plastik `silvershine’, lalang kering atau jerami padi.


Penyemaian dan penyediaan anak benih
Biji benih · 200 hingga 300 gm/ha (bergantung pada peratus percambahan) · Direndam atau dilembabkan semalaman
sebelum disemai (campuran vitamin-hormon pada air boleh meningkatkan peratus percambahan).

Kaedah penyemaian ·
Boleh dilakukan di dalam dulang semaian (60 x 30 x 10 sm) yang boleh menampung 100 anak
benih atau di dalam beg-beg plastik · diletakkan di bawah kawasan teduh berjaring> halus untuk mengurangkan
pancaran terik matahari dan mengelakkan serangga perosak · Baja NPKMg (12:12:17:2:TE) dicampurkan dengan
kadar 7 gm/liter tanah. ‘Seed-raiser’ boleh menambahkan peratus percambahan. · Selepas 2 minggu,
anak cambahan dipindahkan ke dalam polibeg bersaiz 15 x15 sm yang mengandungi campuran tanah, najis haiwan dan
pasir dengan nisbah 3:2:1 · Teduhan pada anak-anak pokok dibuang secara berperingkat. · Penyemaian juga boleh
dilakukan terus di ladang dengan memberi teduhan.

Pengubahtanaman ·
Anak-anak pokok berumur 5 hingga 7 minggu diubahtanam atas paras daun pertama dalam tanah
bagi mengelak pokok tumbang. · Jarak tanaman boleh dijarangkan (75 x 100 sm atau 50 x 60 sm) atau dirapatkan (15
x 15 sm @ 40,000 –45,000 pokok/ha) mengikut varieti. · Bagi Cilibangi -4 yang berpokok kecil dan berhasil
kurang setiap pokok, jarak tanaman >yang rapat disyorkan untuk mendapatkan hasil yang tinggi per hektar. ·
Pengubahtanaman perlu dilakukan pada waktu redup atau petang diikuti dengan penyiraman air untuk mengelakkan
kejutan. · Selepas seminggu, pokok yang berpenyakit dicabut, dibakar dan disulam dengan pokok sihat.

Penyiraman
Dilakukan 2 kali sehari dengan sistem ‘sprinkler’ pada awal pagi dan petang
Pembajaan · Pembajaan mesti dilakukan mengikut elemen-elemen baja yang diperlukan secukupnya · Baja NPK
berwarna hijau (15:15:15) atau baja cecair (15:30:15) digunakan untuk pembajaan asas. · Baja buah NPKMg berwarna
biru (12:12:17:2:TE) atau baja cecair (18:18:21) untuk pembajaan pokok dewasa. · Hormon dan vitamin tumbuhan
boleh digunakan untuk menjamin kesihatan pokok. · Jumlah baja NPK dan NPKMg yang digunakan adalah 1.8 –
2.5 tan/ha dan dibahagikan kepada 4 kali pembajaan. · Pembajaan asas dibuat sekali sebelum atau ketika
pengubahtanaman diikuti dengan 3 pusingan pembajaan permukaan. · Sebanyak 10 g baja ditabur di sekeliling pokok
setiap 2 minggu. Baja cecair dilarutkan pada kadar 1 sudu besar per liter air. Baja cecair 15:30:15 disembur dari pangkal
pokok hingga ke daun setiap 7-10 hari sehingga pokok berbunga. Baja cecair 18:18:21 juga disembur pada kadar yang
sama.


Pengawalan rumpai, perosak tanaman dan penyakit · Racun rumpai pracambah digunakan selepas tanah disediakan
untuk mengawal rumpai · Racun serangga digunakan untuk mengelakkan serangan kutu daun dan hamama serta
vektor afid yang membawa penyakit virus. · Pelekat (perangkap) lalat buah boleh digunakan semasa pembuahan. ·
Varieti-varieti Cilibangi rintang kepada penyakit kerekot daun (virus CVMV) dan antraknos buah. Racun kulat digunakan
untuk penyakit kulat yang lain.
Pungutan hasil
Hasil dipetik ketika pokok berumur 12 hingga 16 minggu. Purata hasil 16-20 tan/ha.



Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:

No comments: