Kebun Warisan's Followers

Saturday, September 12, 2009

MENANAM CENGKEH

MENANAM CENGKEH


JENIS

Di Malaysia Barat jenis yang ditanam ialah berasal dari Moluccas.

KEADAAN TANAH DAN IKLIM

Tanah gembur, tanah liat gembur dan tanah dataran atau berbukit 61 meter hingga 610 meteri dari paras laut adalah didapati sangat sesuai. Memerlukan hujan tahunan lebih kurang 254 cm dan terdapat hujan yang sama rata pada tiap-tiap bulan tanpa musim kemarau atau hujan lebat yang berpanjangan. Mempunyai aras matair (water table) lebih dari 3 cm serta sistem saliran yang sempurna. pH tanah yang sesuasi bagi tanaman ini ialah diantara 5.0 - 6.5.

PENANAMAN

Menyedia benih

Tanaman cengkeh biasanya dibiak melalui biji. Biji-biji dipilih dari pohon-pohon yang subur, cukup matang dan banyak buah dan ditabur dengan secepat mungkin. Kulit buah cengkeh dibuangkan dan biji-biji ini diletakkan melintang di atas tanah gembur berpasir dalam kotak-kotak atau batas-batas semaian. Kotak-kotak semaian disiramkan dengan secukupnya dan diberi perlindungan. Dalam masa 3-4 minggu, biji-biji akan cambah dan anak-anak semaian ini diubahkan ke dalam beg-beg plastik apabila telah mempunyai 4 helai daun. Anak-anak semaian sedia ditanam di ladang apabila berumur lebih dari satu tahun.


Lubang tanaman

Saiz lubang tanaman ialah 0.8 x 0.8 x 0.8 meter (2 1/2 x 2 1/2 x 2 1/2 kaki).


Menanam

Anak-anak semaian yang subur dan sihat sahaja dipilih untuk ditanam di ladang. Jarak menanam ialah 7.6 x 7.6 meter (25 x 25 kaki) hingga 9.2 x 9.2 meter (30 x 30 kaki). Seminggu sebelum menanam, lubang tanaman dipenuhkan dengan tahi lembu yang reput, atau lain-lain bahan organan bersama dengan tanah lapisan atas (top soil). Anak-anak semaian ditanam di ladang pada awal musim hujan dan disediakan lindungan dengan menggunakan daun-daun kelapa atau daun-daun hutan. Pokok-pokok pisang boleh ditanam sebagai pokok perlindungan dan sebagai sumber pendapatan sementara menunggu pokok-pokok pala mengeluarkan hasilnya.

PENJAGAAN

Mencantas
Cantasan dilakukan untuk mengawal supaya pokok tumbuh sehingga 4.6 m - 6.1 m tinggi. Ini akan menyenangkan pungutan hasil. (Sila lihat panduan mencantas pokok di sini) !


Mengawal rumpai
Merumput di sekeliling pokok-pokok dilakukan 2-3 kali setahun.


Membaja
Baja organan dari serbuk udang disyorkan seperti berikut:-

Di lubang tanaman
Tahun pertama
Tahun kedua
Tahun ketiga
Tahun keempat
Tahun kelima
Tahun keenam
Tahun kesepuluh
Tahun kedua puluh
Tahun ketiga puluh
Tahun keempat puluh -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
0.2 kg
0.5 kg
0.9 kg
1.8 kg
2.5 kg
3.2 kg
4.1 kg
6.8 kg
9.1 kg
11.4 kg
13.6 kg sepokok setahun
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"


Serbuk udang selalunya dibahagikan kepada 2-3 kali taburan setahun. Selain daripada serbuk udang, baja organan malameal pun boleh digunakan juga.

Tahun pertama
Tahun kedua
Tahun ketiga
Tahun keempat
Tahun kelima
Tahun kesepuluh -
-
-
-
-
-
0.5 kg (1 lb) pokok setahun
0.9 kg (2 lb) "
1.4 kg (3 lb) "
1.8 kg (4 lb) "
2.3 kg (5 lb) "
3.6 kg (8 lb) "


MENGAWAL MUSUH DAN PENYAKIT

Ulat Pengorek Batang dan Ranting
Pancutkan dengan Dieldrin atau BHC ke dalam lubang.


Kutu Daun (Mealy bugs)
Serang anak semaian. Sembur dengan Malathion pada kadar 0.1% bahan aktif.


Penyakit Bintik Daun
Disebabkan oleh Phyllosticta sp. di tapak semaian. Sembur tiap-tiap minggu dengan racun kulat Maneb dengan kadar 0.1% bahan aktif.


Mati Pucuk
Tiada kawalan yang berkesan. Cuba cara di atas.


MEMUNGUT HASIL

Pokok-pokok cengkeh mulai berbunga apabila berumur 5-6 tahun selepas ditanam. Petik kuntum bunga cengkeh apabila telah cukup besar tetapi belum kembang dan asingkan bunga cengkeh dari tangkainya.



Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.
Sumber/Dipetik:http://pertanianmjg.perak.gov.my

No comments: