Kebun Warisan's Followers

Saturday, September 12, 2009

Serai Secara Komersil

Serai Secara Komersil

Serai bagi masyarakat Malaysia adalah merupakan penyedap masakan. Serai ditanam dibelakang2 rumah dan di gunakan apabila surirumah merancang untuk memasak masakan terutamannya Tomyam ataupun Rendang. Pasarannya lebih tertumpu dikedai-kedai runcit, restoran masakan Thai dan pasar-pasar borong.Serai masih lagi berada ditahap yang belum dikomersilkan.

Di Malaysia hanya beberapa kilang memproses serai telah dibangunkan untuk pembuatan seperti sabun dan kosmetik. Penggunaan Kandungan Serai masih belum diteroka sepenuhnya.

Info Pertanian

Kami memerlukan bekalan Serai Hijau sekurang-kurangnya 500 Tan SEHARI untuk memenuhi pasaran kami. Sertai Contract Farming kami dengan segera. Kami akan membantu anda menghasilkan pendapatan lumayan dari ladang Anda!

Memandangkan kos penanaman yang meningkat disebabkan kenaikan barangan seperti minyak, baja dan racun . Harga Pembelian balik hasil dari ladang serai akan dinaikkan. Sila sentiasa berhubung dengan kami untuk untuk mendaptkan kenaikan harga baru pembelian balik hasil serai. Hubungi kami untuk keterangan lanjut mengenai Contract Farming.

Ramai Bertanya kepada kami perbezaan antara Serai Hijau dan serai-serai tempatatn yang lain. Dipamirkan imej-imej di dalam Album kami menunjukkan perbezaan antara serai-serai tersebut dengan jelas.

Baja Urea N60 akan dipasarkan kepada peserta Kontrak. Baja ini boleh menggantikan baja urea N46. Pengunaannya yang kurang dari baja N46 akan mengurangkan kos perbelanjaan penanaman.

Baja PK akan diimport.Peserta kontrak boleh mendapatkannya dengan harga yang lebih murah. Baja ini lebih baik dari baja NPK.

Citral yang didapati didalam di dalam serai boleh membunuh sel kanser. Kaji selidik ini dilakukan oleh Dr. Rivka Ofir dari University Ben Gurion. Ubat-ubatan kanser dari Citral serai akan memenuhi pasaran sedikit masa lagi. Peluang untuk penanaman serai secara komersil akan meletup.

Serai Peha Ayam sedikit masa lagi akan menembusi pasaran antarabangsa. Kaji selidik dari segi perniagaan sedang dijalankan bagi memastikan bekalan mencukupi untuk dihantar ke pasaran luar.



Rawatan-rawatan alternatif mula membuka mata terhadap serai. Kandungan citral didalam serai dikaji sebagai pembunuh sel-sel barah atau kanser.



Serai adalah satu tanaman yang akan memberikan potensi tinggi untuk pasaran yang luas dan komersil.

Tanaman kontang ini amat senang untuk ditanam dan dijaga. Peralatan yang ringkas, cara penanaman dan penjagaannya amat mudah berbanding dengan penanaman tanaman lain.

Disebabkan aroma dan rasanya yang kekelatan serta daunnya yang kesat, kebanyakan binatang tidak suka kepada tanaman ini. Ini mengurangkan risiko kepada musuh. Ulat batang adalah perosak kepada Serai tetapi boleh ditangani dengan TIDAK menggunakan baja kompos.


Penanaman Serai secara komersil masih diperingkat baru di Malaysia, peluang masih terbuka luas. KitoNego mengorak langkah dengan meneroka pasaran untuk Serai di dalam dan di luar Negara. Hasilnya ladang-ladang serai mula bertapak. Nilai Komersil Serai semakin tinggi dan penggunaan herba ini akan membantu meningkatkan tahap pendapatan orangramai.

Penyediaan Tanah

Untuk Sebarang pertanian, kesesuaian tanah adalah faktor penting untuk menjamin pembesaran tanaman dan hasil yang lumayan. Bagi tanaman serai kebanyakan tanah adalah sesuai kecuali tanah pasir, gambut dan berair.



Bajak Kasar

Tanah perlu dibersih dari hutan dan semak samun, tanah dibajak kasar dan bajak halus (rotor). Akar serai akan berfungsi dengan baik pada tanah yang digemburkan. Ini adalah penting untuk serai menghasilkan anak-anak yang banyak dan pembesaran yang maksima.

Bajak Halus


Saliran adalah penting untuk mengelakkan air dari bertakung di pangkal serai. Pangkang serai tidak boleh tenggelam air terlalu lama. Pemilihan tanah amat penting, elakkan daripada tanah selalu ditenggelami air. Dicadangkan parit disediakan di ladang dengan jarak setiap 50kaki.




Peralatan yang diperlukan

Peralatan yang digunakan untuk penanaman serai adalah ringkas dan tidak melibatkan kos yang tinggi.


Chop semasa Tuaian

Tali Pengukur Jarak

Alat Penyiraman bagi ladang yang luas

Alat Penyiraman

Penyembur racun

Penunggal untu membuat lubang dan jarak


Benih Serai

Serai akan mengeluarkan tunas-tunas baru dan dari tunas baru ini serai akan membiak. Kandungan citral dalam serai juga ditentukan dari jenis serai dan hormon yang digunakan. Anak benih akan dihormonkan dahulu sebelum ditanam, hormon yang kami digunakan adalah untuk menggalakkan proses memperbanyakkan citral serai.

Benih yang dibekalkan jika dibiarkan beberapa hari sebelum ditanam akan mengeluarkan akar dan pucuk2 yang baru. Benih ini perlu diletakkan ditempat yang redup dan sentiasa disiram dengan air. Benih-benih ini tidak boleh direndam di dalam air.


Benih kebiasaannya tidak boleh disimpan terlalu lama tanpa ditanam. Air yang berlebihan juga akan merosakkan benih serai.


Penanaman Serai

Menanam serai adalah mudah dan ringkas, tali digunakan sebagai panduan semasa penanaman untuk menentukan jarak bagi setiap lubang yang akan ditanam.

Jarak yang paling sesuai untuk penanaman serai adalah 3 kaki x 4 kaki. Jarak ini akan memberikan keselesaan kepada serai untuk terus bertunas dan kerja-kerja penyelengaraan senang untuk dilakukan.


Penunggal digunakan membuat lubang bagi memasukkan benih serai semasa penanaman. Kedalaman untuk setiap lubang adalah hanya 2.5 inci.

Serai tidak boleh ditanam terlalu dalam kerana akan menyulitkan anak tunas yang baru dari keluar. Tanah disekitar pangkang serai mesti ditekan rapat untuk mengelakkan dari air bertakung di pangkang serai.

Anak benih yang ditanam di dalam satu-satu lubang adalah sebanyak 6 batang

Setelah penanaman dilakukan, penyiraman perlu dilakukan. Siraman 7 hari pertama adalah terlalu penting untuk memastikan benih-benih yang ditanam mengeluarkan akar dan dapat memegang tanah.

Semasa penyiraman ini juga setiap rumpun yang ditanam diperiksa bagi memastikan ke enam-enam batang benih hidup. Jika terdapat benih yang mati sulapan atau gantian dengan benih yang baru perlu dibuat dengan segera. Benih yang hidup akan memastikan hasil dari penanaman serai ini.


Meracun Rumput

Rumput dan rumpai lain seperti lalang akan menghalang anak-anak tunas yang baru bertambah. Semburan racun rumput atau rumpai digunakan bagi menghalang tumbuhnya rumput. Semasa meracun rumput, pastikan racun tidak terkena kepada rumpun serai.




Racun yang sesuai perlu digunakan untuk memastikan rumput akan mati tetapi tidak mengangu pertumbuhan serai.


Pembajaan


Baja yang digunakan adalah dari jenis baja Urea dan baja NPK. Namun begitu baja-baja sokongan yang lain juga boleh digunakan.

Penggunaaan Baja Kompos seperti dari Tahi Ayam atau Tahi Lembu adalah dilarang. Ini adalah kerana baja tersebut akan mengundang serangga perosak terutamanya Ulat batang.

Pembajaan dilakukan dengan menabur di sekeliling rumpun serai dengan jarak 5 inci dari pangkang-pangkang serai yang ditanam.

Kebiasaannya pembajaan hanya dilakukan sebulan sekali sehingga ke bulan yang ke 3 daripada tarikh penanaman.


Dengan faktor cuaca, cahaya matahari, pembajaan, dan pengairan, jangkamasa tuaian serai adalah 6 bulan.Namun begitu terdapat beberapa faktor yang boleh membuatkan serai akan terbantut dan matang dengan jangkamasa yang lama sedikit. Jangkamasa matang juga boleh dipercepatkan.Kematangan serai boleh dilihat pada batang serai itu sendiri.

Apabila matang, serai akan dituai, tuaian secara komersil dilakukan secara sekaligus. Chop digunakan untuk memotong bahagian akar serai. Daun-daun juga dipotong. Kebiasaannya serai yang telah dituai akan dikumpulkan di satu tempat untuk dibersihkan dan di ikat sebagaimana yang dikehendaki oleh pemborong.


Maklumat Pertanian - Ternakan, Tanaman, Perikanan & Agrotourism
Sekadar Info,Rujukan dan Ilmu.

Sumber/Dipetik:http://www.kitonego.com/agro/
(lawatilah web ini utk artikel bergambar dll)

1 comment:

Keluarga Zain said...

tumpang tanya....

saya sedang buat kajian berkenaan serai.

ada tak maklumat berkenaan
i) berapa hektar tanaman serai di malaysia
ii) berapa hasil sisa daun serai yg dibuang di malaysia.

terima kasih